Anda di halaman 1dari 9

1

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN


PANITIA BAHASA MALAYSIA BAHAGIAN TINGKATAN ENAM SMK SACRED HEART

2011

PANDUAN KHUSUS UNTUK PEMERIKSA

BAHASA MALAYSIA
KERTAS 2 (910/2)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM KALI KEDUA TINGKATAN ENAM ATAS


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

2
SOALAN 1 Ramai pihak beranggapan bahawa subjek Sains dan Matematik sewajarnya diajar dalam Bahasa Melayu. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan ini. PENDAHULUAN Perkara yang sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat Ramai yang menyokong dan menentang masing-masing mempunyai pendapat tersendiri Ada kebaikannya jika subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu Tidak menafikan bahawa kedua-dua subjek ini juga perlu diajar menggunakan Bahasa Inggeris Perkara ini akan diulas dengan lebih terperinci

SKOP 1 : SAINS DAN MATEMATIK WAJAR DIAJAR DALAM BAHASA MELAYU Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kita lebih daripada 50 tahun. Bahasa Melayu mudah difahami dan merupakan bahasa komunikasi dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Bahasa Melayu semakin berkembang pesat sebagai bahasa ilmu. Banyak universiti luar negara telah menyediakan kursus pengajian Melayu dan pelbagai program telah diadakan oleh kerajaan dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris tidak mahir berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Mereka telah menggunakan bahasa rojak dan hanya membaca nota semasa mengajar tidak dapat menerangkan sesuatu konsep dengan jelas apabila pelajar bertanya. Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan menyebabkan pelajar luar bandar terus ketinggalan jika dibandingkan dengan pelajar bandar. Mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Kemudahan pembelajaran juga kurang hilang minat belajar ada yang berhenti sekolah. Negara kita masih kekurangan buku-buku ilmiah dalam bidang Sains dan Matematik yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Ini telah menyukarkan pelajar membuat rujukan dan penyelidikan sekiranya diperlukan kegiatan penterjemahan dan pembentukan istilah baharu yang khusus dalam bidang sains dan matematik juga masih belum memuaskan jika kita mahu subjek sains dan matematik diajar menggunakan bahasa Inggeris, aspek ini harus dimantapkan dan dimajukan dahulu.

SKOP 2 : SAINS DAN MATEMATIK WAJAR DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas dalam bidang sains dan teknologi. Kebanyakan bahan rujukan berkaitan dengan subjek Sains dan Matematik terdapat dalam Bahasa Inggeris. Usaha ini akan mempercepat proses menjadikan negara kita sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pelajar yang fasih berbahasa Inggeris mampu berdaya saing dan meneroka pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan industri, teknologi maklumat, sains dan sebagainya kerajaan boleh menghantar mereka ke luar negara untuk menimba pengalaman dan menambah kepakaran jika asasnya sudah diajar dan dimantapkan dalam negara mereka dapat mengikuti pengajian dengan mudah semasa di luar negara. Ibu bapa terutamanya di kalangan masyarakat bandar lebih suka jika kedua-dua subjek ini diajar menggunakan Bahasa Inggeris berpendapat bahasa Inggeris penting untuk masa hadapan anak mereka selepas menamatkan alam persekolahan. Program PPSMI yang dilaksanakan telah mulai menampakkan kejayaan dan amat merugikan jika dihentikan kerana kerajaan telah mengeluarkan banyak kos untuk melaksanakan program tersebut semua peralatan pengajaran dan pembelajaran telah disediakan guru-guru telah dilatih buku teks dan buku rujukan yang mantap dan kemas kini adalah mencukupi

PENUTUP Kerajaan harus bijak dalam mengendalikan isu ini agar tidak merugikan negara pada masa hadapan. Bahasa bukan masalah utama dalam menguasai ilmu sains dan matematik Negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman mampu menjadi negara maju tanpa mengabaikan bahasa Ibunda mereka sendiri.

3
SOALAN 2 Masalah kedegilan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik wang pinjaman mereka selepas menamatkan pengajian semakin membimbangkan kerana jumlah mereka semakin ramai. Pada pendapat anda, mengapakah masalah ini berlaku? Berikan cadangan untuk mengatasi masalah ini. PENDAHULUAN Kita harus memandang serius masalah yang dihadapi oleh Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN). Kadar pembayaran balik yang terlalu rendah, berjumlah RM93 juta berbanding RM418.5 juta pinjaman yang sepatutnya dikutip. Keadaan memberikan satu gambaran yang amat negatif. Isu PTPTN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM7.9 bilion sehingga kini menunjukkan satu senario atau pun trend yang membimbangkan dari segi pelaksanaan visi dan objektif murni Kerajaan membantu pelajar. Punca-punca masalah dan cadangan untuk mengatasi masalah harus dibincangkan.

SKOP 1 : PUNCA-PUNCA MASALAH Sikap peminjam tidak pandai menguruskan kewangan suka hidup bermewah-mewah berbelanja besar untuk hiburan dan keseronokan tetapi tidak mahu membayar hutang sengaja tidak melaporkan diri kepada pihak PTPTN selepas bekerja gaji yang tinggi selalu tidak mencukupi disebabkan sikap boros. Kos hidup semakin meningkat memerlukan wang yang banyak pada setiap bulan untuk menyara keluarga harga barang semakin tinggi bayaran untuk perkhidmatan semakin mahal banyak yang terpaksa ikat perut terutamanya mereka yang tinggal di bandar bukan tidak mahu membayar hutang tetapi tidak mampu Pihak PTPTN tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu ini peminjam yang degil dan ingkar tidak dikenakan tindakan surat amaran sahaja dikirim tetapi tidak menakutkan peminjam hukuman yang dikenakan juga tidak menakutkan peminjam Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak menjadi manusia yang bertanggungjawab ibu bapa tidak kisah apabila anak tidak membayar hutang PTPTN didikan keagamaan tidak diperkukuh dalam jiwa anak sejak kecil semua agama tidak menggalakkan umatnya tidak membayar hutang ramai orang mengabaikan ajaran agama Penganggur yang tidak bekerja tamat pengajian tidak mendapat pekerjaan selama bertahun-tahun tidak ada sumber kewangan tetap untuk membayar PTPTN.

SKOP 2 : CADANGAN MENGATASI Penambahbaikan penguatkuasaan undang-undang hukuman harus lebih tegas heret peminjam degil ke mahkamah senaraihitamkan peminjam degil daripada membuat pinjaman kenderaan dan perumahan larang mereka daripada pergi ke luar negara gubal undang-undang baru seperti tidak memberikan pinjaman kepada ahli keluarga, adik-beradik, dan anak peminjam Memperkasa lagi peranan media massa menyiarkan iklan PTPTN pada waktu perdana di semua stesen televisyen dan media cetak seperti majalah dan surat khabar peminjam sedar akan tanggungjawab mereka membayar hutang. Pihak universiti harus menyediakan kursus yang mempunyai peluang pekerjaan selepas mahasiswa menamatkan pengajian banyak yang menganggur tiada sumber kewangan untuk membayar PTPTN. PTPTN harus mengadakan karnival bersama rakyat memudahkan orang ramai mendaftar, melengkapkan maklumat atau membayar pinjaman dan pelbagai lagi urusan adakan di semua negeri.

PENUTUP Peminjam harus mempunyai kesedaran moral untuk membayar pinjaman PTPTN mereka Kegagalan mereka membayar pinjaman akan menutup peluang orang lain pada masa hadapan. Ini sudah tentu akan merugikan negara dan menggagalkan matlamat kerajaan.

4
SOALAN 3 Masyarakat pada masa ini lebih suka mengadakan demonstrasi dan rusuhan untuk menyelesaikan sesuatu masalah daripada berbincang dan berunding secara aman. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku akibat daripada tindakan demonstrasi dan rusuhan dan cadangkan cara-cara untuk mengelakkan masyarakat daripada mengambil tindakan sedemikian untuk menyelesaikan sesuatu masalah. PENDAHULUAN Sering digunakan oleh rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan yang memerintah demonstrasi yang dibuat secara aman tidak mendatangkan masalah malangnya, demonstrasi tersebut sering berakhir dengan pergaduhan dan pertumpahan darah kesan-kesan dan cara-cara untuk mengelakkan masyarakat mengadakan demonstrasi dan rusuhan akan dibincangkan

SKOP 1 : KESAN-KESAN DEMONSTRASI DAN RUSUHAN Mengancam kestabilan dan keamanan sesebuah negara negara akan jadi kucar-kacir kekacauan berlaku di mana-mana kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat rakyat hidup dalam ketakutan dan sentiasa terancam. Meruntuhkan ekonomi sesebuah negara banyak kegiatan ekonomi akan terbantut urusan import eksport tergendala kedai, kilang, dan premis perniagaan dibakar oleh perusuh pelabur asing lari ke negara lain orang ramai tidak dapat bekerja seperti biasa pendapatan negara merosot. rakyat akan hidup melarat dan menderita bekalan makanan susah diperoleh harga barang naik mendadak penawaran melebihi permintaan kehilangan sumber pendapatan hidup dalam kemiskinan kes jenayah seperti rompak, rogol, ragut akan meningkat. Menjejaskan imej sesebuah negara melambangkan kelemahan pemimpin dan rakyat negara itu tidak pandai menguruskan hal ehwal di negara sendiri dipulaukan atau dilucutkan keahlian dalam PBB dan pertubuhan antarabangsa yang lain. Sistem pendidikan tidak dapat dijalankan dengan lancar sekolah, kolej, universiti akan ditutup pelajar tiada tempat untuk menimba ilmu rakyat negara tersebut akan terus ketinggalan generasi mudah yang dilahirkan kurang berilmu kerana tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian SKOP 2 : CARA-CARA MENGELAKKAN RAKYAT MENGADAKAN RUSUHAN memperkasa peranan pemimpin rusuhan berlaku kerana rakyat tidak puas hati dengan pemimpin harus bekerja dengan amanah dan penuh tanggungjawab jangan terlibat dengan rasuah memerintah dengan adil dan saksama sentiasa mendengar suara hati rakyat jelata sentiasa turun padang untuk mendengar suara hati dan keluhan rakyat jelata penambahbaikan penguatkuasaan undang-undang perusuh mesti ditangkap dan dihukum pasukan keselamatan mesti tegas dan kental berhadapan dengan perusuh undang-undang baharu hendaklah digubal perusuh dilucutkan kewarganegaraan mengaktifkan peranan media massa sama ada media cetak atau media elektronik menyebarluaskan maklumat berkaitan keburukan demonstrasi dan rusuhan melalui iklan, forum, simposium yang disiarkan secara langsung di televisyen supaya rakyat sedar dan tidak melakukannya membuka ruangan khas di suratkhabar untuk rakyat menyuarakan ketidakpuasan mereka. mengkaji semula peranan sistem pendidikan pendidikan keagamaan, sivik, dan moral hendaklah diajar untuk membentuk keperibadian luhur dalam kalangan pelajar tidak terlalu menekankan peperiksaan sehingga mengabaikan usaha menjana modal insan yang berkeperibadian mulia boleh berfikir secara rasional dan tidak melakukan sesuatu secara membabi buta tidak berfikir panjang PENUTUP demonstrasi dan rusuhan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah sesebuah negara hanya merugikan kerajaan dan rakyat gunakan cara rundingan dan musyakarah terlebih dahulu semua pihak pasti berpuas hati

5
SOALAN 4 Kini, pelajar tingkatan enam diwajibkan melaksanakan penyelidikan dan kolokium sepanjang pengajian mereka di tingkatan enam. Program ini mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar dan pihak sekolah jika dilaksanakan dengan berkesan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru yang terbabit. Sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Enam anda diminta menghantar satu memorandum kepada Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan masalah-masalah yang timbul dan mengemukakan cadangan untuk meningkatkan perlaksanaan keberkesanan penyelidikan dan kolokium tersebut. Tulis memorandum tersebut selengkapnya. PENDAHULUAN penyelidikan dan kolokium diwajibkan kepada semua pelajar Tingkatan Enam mulai tahun 2008 memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pelajar mendatangkan banyak kemaslahatan kepada pelajar yang bakal menjejakkan kaki ke universiti masalah yang timbul tidak dapat dinafikan masalah-masalah dan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan penyelidikan akan dibincangkan.

SKOP 1 : MASALAH YANG TIMBUL SEMASA PELAKSANAAN PENYELIDIKAN DAN KOLOKIUM Pelajar tidak mempunyai pengalaman membuat penyelidikan dan kolokium mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri hilang minat tiada komitmen dan kesungguhan selalu tidak datang semasa sesi penyelidikan dan kolokium diadakan tidak aktif. Pelajar hanya meniru kajian orang terdahulu mengambil dan mengubahsuai kajian yang ada di internet atau sumber-sumber lain. Guru tidak membantu pelajar dengan bersungguh-sungguh hanya lepas tangan membiarkan pelajar melakukan penyelidikan sendiri kurang memantau dan membimbing pelajar kerana kesuntukan masa Pelaksanaan penyelidikan dan kolokium di sekolah menyimpang daripada perkara yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pelaksanaan di setiap sekolah adalah berbeza ada sekolah yang terlalu fokus kepada penyelidikan dan kolokium ada pula sekolah yang langsung tidak melakukannya. SKOP 2 : CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN Peranan guru hendaklah diperhebat berikan mereka kursus berkaitan dengan penyelidikan dan kolokium curahkan ilmu dan kemahiran kepada guru membantu pelajar apabila balik ke sekolah banyak guru masih kabur dan tidak faham dengan kilokium. Sikap dan mentaliti pelajar haruslah diubah melaksanakan penyelidikan dan kolokium dengan minda yang positif menyedari kebaikannya tidak mencedok atau meniru kajian orang lain semata-mata cuba membuat penyelidian sendiri. Penambahbaikan dalam aspek penilaian hasil penyelidikan dan kolokium hendaklah dinilai dan diambil kira semasa kemasukan ke IPTA diadakan dalam bentuk pertandingan pelajar yang dipilih sebagai pemenang diminta untuk membentang hasil kajian di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Perbanyakkan bahan rujukan di sekolah untuk rujukan guru dan pelajar sekarang tiada panduan yang khusus walaupun masih boleh diguna pakai PENUTUP Pelaksanaan penyelidikan dan kolokium di sekolah memang banyak manfaatnya Semua pihak wajar memberikan sokongan kepada pelajar untuk melakukannya. Membantu kita melahirkan generasi muda yang kreatif dan inovatif pada masa hadapan

6
BAHAGIAN B : RUMUSAN KARANGAN SOALAN 5

ISI UTAMA

Budaya kahwin ketika belajar sudah lama berlaku. Bebanan dan tanggungjawab sebagai pelajar tidak menjadi halangan mencari teman hidup. Mereka sanggup memperjudikan nasib dan masa depan yang masih samar. Tindakan ini dapat menghindari mereka daripada terus terjebak dengan gejala sosial yang menjatuhkan maruah keluarga.

IUT

1/5 2/5 3/5 4/5 5/5

IUL

ISI SAMPINGAN 1

Mereka yang ingin berkahwin sewaktu belajar perlu berfikir sedalam-dalamnya kerana perkahwinan merupakan komitmen sepanjang hayat. Perkahwinan menjurus kepada persediaan memikul tanggungjawab dan membangunkan institusi keluarga serta masyarakat.

IS

ISL

1/4 2/4 3/4 4/4

ISI SAMPINGAN 2

Masyarakat selalu mempersoalkan kemampuan golongan ini dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Mereka masih di bawah tanggungan ibu bapa, belum bekerja dan belum mampu menyara diri sepenuhnya, inikan pula mahu menanggung pasangan.

IS ISL

1/3 2/3 3/3

ISI SAMPINGAN 3

Kebanyakan mahasiswa yang berkahwin awal ini mengambil tindakan drastik kerana merasakan diri sudah bersedia dan tidak sanggup berpisah dengan pasangan. Mereka tahu segala risiko tapi tetapi melakukannya kerana perasaan sayang.

IS ISL

1/4 2/4 3/4 4/4 1/3 2/3 3/3

ISI SAMPINGAN 4

Apabila berkahwin, tanggungjawab bertambah. Tumpuan pada pengajian, perasaan, emosi dan kehendak pasangan perlu dilunaskan. Kematangan dalam setiap sudut diri perlu dipergunakan sepenuhnya.

IS ISL

ISI SAMPINGAN 5

Faktor ekonomi boleh menjuruskan pasangan kepada kebahagiaan mahupun kemudaratan perhubungan kerana mereka tiada sumber kewangan kukuh bagi menampung perbelanjaan.

IS ISL

1/2 2/2

ISI SAMPINGAN 6

Komitmen juga semakin tinggi menyebabkan mereka tidak kuat sehinga tidak mampu memperoleh keputusan cemerlang kerana terikat dengan pelbagai masalah. Mereka meneruskan pengajian dalam keadaan tertekan, penat dan letih hingga menjejaskan mutu pencapaian.

IS ISL

1/5 2/5 3/5 4/5 5/5

PENUTUP

Mereka yang ada keinginan untuk berkahwin ketika belajar perlu memahami tujuan sebenar perkahwinan dan jangan mengambil tindakan terburu-buru kerana musibahnya sangat besar. Sebagai golongan terpelajar, gunakan kelebihan itu untuk membuat keputusan matang bagi kebahagiaan diri sendiri dan masa depan.

KT KL

1/4 2/4 3/4 4/4

7
BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS SOALAN 6 Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan, adapun matanya itu daripada intan dan bulunya itu daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Maka bayan itu pun hinggap pada pohon kemunting itu seraya berbunyilah terlalu merdunya suaranya. Setelah didengar oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bunyi bayan itu maka tuan puteri pun memandang ke atas pohon kemunting itu. Maka dilihat oleh tuan puteri seekor burung bayan terlalu indah rupanya. Maka kata tuan puteri kepada inangda, Tangkaplah bayan itu. Maka inangda pun bersegeralah naik hendak menangkap bayan itu. Maka bayan itu pun terbanglah ke atas pucuk kemunting itu. Maka sembah inangda kepada tuan puteri, Tidak dapatlah patik menangkap bayan ini. Setelah didengar oleh tuan puteri sembah inangda itu, maka titah tuan puteri kepada seorang dayangdayang, Pergilah diri tangkapkan kami bayan itu. Maka dayang-dayang itu pun segeralah berbangkit naik dari kolam itu dengan kainnya basah. Maka dijolok oleh dayang-dayang itu hendak menangkap bayan itu. Maka bayan itu pun terbanglah pula kepada suatu dahan kepada suatu dahan seraya tertawa. Maka sembah dayang itu, Ya tuanku tuan puteri, tiada tertangkap bayan itu terlalu liarnya burung ini. Maka disuruh seorang lagi tiada juga tertangkap bayan itu. (Dipetik daripada Hikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) JAWAPAN YANG DICADANGKAN 1 Setelah selesai, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi turun mandi. Raja Indera Bumaya berjalan-jalan di tepi kolam itu. Dia tiada dilihat oleh sesiapa. Raja Indera Bumaya berlindung di pohon kemunting. Baginda menyamar diri menjadi seekor burung bayan yang cantik. Mata burung bayan itu daripada intan, bulu daripada pusparagam dan kaki daripada emas. Burung bayan itu hinggap di pohon kemunting sambil berbunyi dengan suaranya yang merdu. Apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mendengar bunyi burung bayan itu, tuan puteri memandang ke atas pohon kemunting itu. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi melihat seekor burung bayan yang terlalu cantik rupanya. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi meminta Inangda menangkap burung bayan itu. Inangda dengan segera naik untuk menangkap burung bayan itu. Burung bayan itu terbang ke atas pucuk kemunting itu. Inangda memberitahu Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa dia tidak dapat menangkap burung bayan itu. Setelah mendengar kata-kata Inangda, Tuan Puteri meminta seorang dayang untuk menangkap burung bayan itu. Dayang itu segera naik dari kolam dengan kainnya yang basah. Dayang itu menjolok burung bayan itu untuk menangkapnya. Burung bayan itu terbang dari satu dahan ke satu dahan sambil tertawa. Dayang itu memberitahu Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa dia tidak dapat menangkap burung bayang yang liar itu. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi meminta seorang lagi menangkap burung bayan itu tetapi burung bayang itu tetap tidak dapat ditangkap.

8
SOALAN 7 Undang-Undang Malaysia AKTA 611 Kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis, dan sebagainya. 32. Mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-kanak atau, sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, membenarkan kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud (a) mengemis, menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan; atau (b) menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu, Orang itu dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan 33. Mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, yang meninggalkan kanak-kanak itu (a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanakkanak itu; (b) (c) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan; atau dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan,

Orang itu dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

JAWAPAN YANG DICADANGKAN 1 2 Undang-undang negara Malaysia, Akta 611 menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis dan sebagainya. Seksyen 32 memperuntukan akta untuk orang yang mempunyai hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menyebabkan, mengakibatkan, dan membenarkan kanakkanak itu berada di mana-mana jalan, premis, atau tempat bagi tujuan mengemis, menerima sedekah, sama ada atau tidak ada dengan alasan menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jualan. Seksyen 32 turut memperuntukan akta kepada sesiapa yang menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian, atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu. Orang itu dianggap melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Undang-undang Malaysia, Akta 611 menyatakan bahawa tindakan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan adalah merupakan kesalahan. Seksyen 33 memperuntukkan akta untuk ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang mempunyai hak pemeliharaan ke atas seseorang kanak-kanak. Sekiranya mereka meninggalkan kanak-kanak itu tanpa menyediakan persediaan bagi tujuan pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan ke atas kanak-kanak itu selama satu tempoh yang tidak wajar atau dalam keadaan yang tidak sepatutnya atau mana-mana keadaan yang lain, orang itu dianggap melakukan kesalahan. Apabila disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

4 5

9
BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA SOALAN 8 Isu pemberian biasiswa selalu dibangkitkan setiap kali selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Ada pihak kurang berpuas hati kerana ada pelajar yang layak gagal mendapat biasiswa terutama dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Agihan biasiswa pada pelajar cemerlang dikatakan tidak adil sehingga wujud dakwaan pilih kasih dan salah guna kuasa. Malah, lebih serius turut ada dakwaan wujud diskriminasi antara kaum yang dibangkitkan terutama oleh pemimpin politik kaum masing-masing. Kita percaya adalah mustahil agihan biasiswa yang JPA buat dapat memuaskan hati semua pihak. Namun, kita mahu pihak terbabit dan ibu bapa pelajar memahami bahawa peruntukan biasiswa yang disediakan adalah terhad dan sudah pasti ada pelajar tercicir daripada menerimanya. Kita percaya kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan membantu pelajar terbabit melanjutkan pelajaran pada peringkat tertinggi dengan sejumlah biasiswa yang disediakan oleh kerajaan melalui JPA. Oleh kerana itu, penjelasan Datuk Seri Najib Razak bahawa mulai tahun 2012 pelajar cemerlang SPM tidak lagi diberikan biasiswa JPA untuk melanjutkan pengajian peringkat pra-universiti, termasuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi serta A-Level harus diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak.

BIL 1

AYAT 3

KESALAHAN pada

SEBAB KESALAHAN
Kata sendi nama pada hanya digunakan untuk merujuki waktu atau masa. Untuk merujuki sasaran, kata sendi nama kepada perlu digunakan. Kata hubung gabungan malah digunakan untuk menyambung ayat, dan tidak boleh digunakan untuk memulakan ayat Kesalahan struktur ayat pasif diri ketiga. Struktur binaan ayat pasif diri ketiga mestilah terbina daripada kata kerja berawalan di- dan diikuti oleh frasa sendi nama oleh serta frasa nama.

PEMBETULAN kepada

salah guna kuasa. Malah, lebih serius yang JPA buat

salah guna kuasa, malah, lebih serius yang dibuat oleh JPA

Namun, kita mahu ...

Kata hubung pancangan keterangan pertentangan namun tidak boleh dijadikan sebagai penanda wacana untuk memulakan ayat. Kata yang sesuai digunakan ialah namun begitu
Ayat ini mesti dipancangkan dengan kata hubung pancangan komplemen untuk kerana ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen. Kata hubung kerana tidak boleh digunakan selepas perkataan oleh kerana oleh harus diikuti oleh kata nama. Oleh itu, kata kerana harus digugurkan dan digantikan dengan kata nama sebab. Kesalahan ejaan. Tanda sempang ( - ) tidak diperlukan untuk merangkaikan imbuhan pinjaman pra dengan kata nama am.

Namun begitu, kita mahu

berusaha mencari jalan membantu Oleh kerana itu

Berusaha mencari jalan untuk membantu Oleh sebab itu

pra-universiti

prauniversiti

Anda mungkin juga menyukai