Anda di halaman 1dari 6

KUIZ 1

Hadith Maudhuie (tematik) adalah istilah kajian teks hadith kontemporari yang telah meluas
penggunaannya mutakhir ini. Jelaskan perbezaan metodologi kajian tersebut berbanding kajian
Hadith Tahlili (analitik) dengan mengemukakan contoh-contoh penulisan kitab hadith muktabar
dalam kedua-dua metodologi tersebut.

Kepelbagaian Bentuk Kajian Teks Hadith.

Pembahagian kajian teks hadith secara umumnya boleh dikategorikan kepada dua bentuk kajian
yang utama initu kajian secara maudhui (tematik) dan kajian secara tahlili (siasatan terperinci).

Kajian teks hadith secara pengajian hadith maudhui adalah salah satu pendekatan yang diguna
pakai dalam mempersembahkan himpunan teks-teks hadith dalam satu tema yang tertentu untuk
menjawab persoalan dalam konteks semasa. Pendekatan ini bukan bermakna meminggirkan
pendekatan tradisional dalam menghuraikan hadith iaitu secara kajian hadith tahlili. Sebalik
hadith tahlili tetap menjadi asas dan sumber asal sebelum berlakunya pengolahan secara
maudhui.

Kajian Hadith Maudhui.

Hadith Maudhui adalah istilah kajian kontemporari yang telah meluas penggunaannya dalam
kalangan pengarang dan pengkaji teks hadith mutakhir ini. Ia telah dianggap sebagai satu
cabangan ilmu hadith baru yang tersendiri. Hadith maudhui yang dikemukan di sini adalah
definisi yang diolah dan diadaptasi dari rujukan berkenaan teori tafsir madhui. Walaupun
rujukan mengenai tafsir madhui itu sendiri masih dirasai kekurangan bahannya di dalam
perpustakaan Islam tetapi jauh terkehadapan berbanding rujukan dalam hadith maudhui.

Berikut beberapa takrifan hadith maudhui;
1. Ilmu yang memperbahaskan sesuatu permasalahan menurut semangat dan ruh nabawi dengan
melihatnya dari perspektif satu atau lebih hadith yang maqbul (sahih / hasan).
2. Ilmu yang menghimpun riwayat-riwayat hadith yang pelbagai dari sumber utama hadith yang
berkenaan dengan menjurus kepada sesuatu tajuk perbincangan samada dari segi lafaz atau pada
maknanya dan mengupas tajuk itu mengikut metodologi pengajian hadith.
3. Ilmu yang menghuraikan sesuatu tajuk dengan pencerahan Sunnah Nabawiah berdasar satu
atau lebih sumber hadith.
4. Ilmu yang memperjelaskan isu berkaitan pemikiran, pendidikan, sosial, ekonomi, alam
semulajadi atau segala lapangan ilmu pengetahuan dan kehidupan berdasarkan hadith-hadith nabi
SAW yang berkaitan dengannya bertujuan memperolehi konsep kefahaman dan jalan
penyelesaian menurut manhaj nabawi.
5. Ilmu yang mengkhususkan himpunan dan kupasan hadith-hadith pada sesuatu tajuk atau isu.
metodologi kajian hadith maudhui yang dimaksud di sini adalah suatu bentuk rangkaian kajian
hadith yang struktur paparannya untuk dijadikan acuan pada tema tertentu.

Tema-tema ini ditentukan oleh pengkaji yang bersangkutan, untuk menggali visi Rasulullah
SAW. Model penyajian hadith maudhui ini, pengkaji hadith akan mengumpulkan beberapa
hadith yang berkaitan dengan suatu tema kajian yang dipilih. Hadith yang dijadikan objek kajian
adalah dalam skop yang bersifat spesifik. Antara kelebihan kajian hadith maudhuI adalah
membentuk arah kajian menjadi fokus dan memungkinkan adanya penjelasan terhadap
bagaimana visi Rasulullah saw terhadap bidang yang dikaji secara komprehensif dan holistik.

Kajian ini biasanya membatasi hadith-hadith yang terdapat pada Al-Kutub At-Tis'ah, yakni:
Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Muwaththa' Malik, Musnad Ahmad, Sunan Abu Dawud,
Sunan At-Tirmidzi, Sunan An-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Ad-Darimi.

Kajian Hadith Tahlili

Kajian hadith tahlili (siasatan terperinci) pula adalah perbincangan terhadap teks hadith yang
dipilih dengan memaparkan segala aspek yang terdapat dalam hadith tersebut serta sistematik
dan mendalam.

Penjelasan secara sistematik dengan memulakan perbincangan setiap perkataan secara berurutan.
Huraian dan penjelasan merangkumi aspek tata bahasa, suku kata, kata dasar, asabab wurud al
hadith, kaitannya dengan hadith lain dan kefahaman muhaddithin terhadap hadith tersebut.
Secara umum kitabkitab syarah yang menggunakan pendekatan tahlili biasanya berbentuk
ma'sur (riwayat) atau ra'y (pemikiran rasional). Kajian hadith secara tahlili mempunyai ciri-ciri
sebagai berikut:

a) Pendekatan penjelasan dan huraian makna yang terkandung di dalam hadith secara
komprehensif dan menyeluruh.
b) Hadith dibincangkan secara mendalam setiap suku kata yang terdapat di dalam teks (matan)
secara berurutan berasaskan asabab wurud al-hadith.
c) Perbincangan juga akan melihat munasabah (hubungan) antara satu hadith dengan hadith lain.

Contoh:
Oleh kerana itu dalam penggunaannya, metod ini tetap menggunakan kaedah-kaedah yang
berlaku secara umum di dalam ilmu tafsir. Dalam perkembangannya, metode maudhui memiliki
dua bahagian, iaitu:

a. Mengkaji sebuah surat dengan kajian universal (tidak parsial), yang di dalamnya dikemukakan
misi awalnya, lalu misi utamanya, serta kaitan antara satu bagian surat dan bagian lain, sehingga
wajah surat itu mirip seperti bentuk yang sempurna dan saling melengkapi. Misalkan,

Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-Nya
(pula) segala puji di akhirat. Dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui Dia
mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi, apa yang ke luar daripadanya, apa yang turun dari
langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia-lah Yang Maha Penyayang lagi Maha
Pengampun. (QS. Saba : 1-2)

Di Al-Quran dalam surat saba: 1-2 ini diawali pujian bagi Allah dengan menyebutkan
kekuasaan-Nya. Setelah itu, mengemukakan pengetahuan-Nya yang universal, kekuasaan-Nya
yang menyeluruh dan kehendak-Nya yang bijak.

b. Menghimpun seluruh ayat Al-quran yang berbicara tentang tema yang sama. Semuanya
diletakkan dibawah satu judul, lalu ditafsirkan dengan metode maudhui. Contohnya: Allah
SWT, berfirman:

Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dan tuhannya , maka Allah menerima tobatnya,
sesungguhnya Allah maha penerima tobat lagi maha penyayang.

Untuk menjelaskan kata kalimat pada firman Allah Taala di atas, nabi mengemukakan ayat :

Keduanya berkata, : ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika engkau
tidak mengampuni rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang merugi.

Contoh lainnya:
Dihalalkan bagimu binatang ternak, yang akan dbiacakan kepadamu.

Untuk menjelaskan pengecualian yang terdapat pada ayat saat disana, nabi merujuk firman
Allah:

diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah dan daging babi


Perbezaan Metodologi Kajian Hadith Maudhuie Berbanding Kajian Hadith Tahlili

BIL MAUDHUIE TAHLILI
1
Mufassir tidak terikat dengan susunan
ayat dalam mushaf, tetapi lebih terikat
dengan urutan masa turunnya ayat, atau
kronologi kejadian.
Mufassir terikat dengan susunan ayat
sebagaimana tercantum dalam mushaf.
2
Mufassir tidak berbicara tema lain selain
tema yang sedang dikaji. Oleh kerana itu,
Mufassir berusaha berbicara mengaitkan
beberapa tema yang ditemui dalam satu ayat.
ia dapat mengangkat tema-tema Al-
quran yang masing-masing berdiri
sendiri dan tidak bercampur aduk dengan
tema-tema lain.
3
Mufassir tidak membahas segala
permasalahan yang terkandung dalam
satu ayat. Tetapi hanya yang berkaitan
dengan pokok perbahasan.
Mufassir berusaha menjelaskan segala sesuatu
yang ditemui dalam satu ayat
4
Mudah untuk menyusun tema-tema
alquran yang berdiri sendiri.
Sukar menemui tema- tema tertentu yang
kukuh
5
Walaupun asasnya ditemui sejak
dahulu, sebagai sebuah metode
penafsiran yang jelas dan kukuh baru
dikenali akhir-akhir ini saja.
Sudah dikenal sejak dahulu dan banyak
digunakan dalam kitab-kitab tafsir yang ada.

PENUTUP

Abd al-Hayy al-Farmawi. Al-Bidayah fi at-Tafsir al-Maudhui (al-Hadharah al Arabiyah).
Kairo, 1977, hal. 62

http://id.wikipedia.org/wiki/tafsir_al-quran (http://id.wikipedia.org/wiki/tafsir_al-quran), 05.31
pm, 23 April 2012

Ali Hasan Al Aridl. Tarikh Ilmu al-Tafsir. hal. 92-95. Dalam Muqowin, Metode Tafsir.
Makalah Seminar al-Quran, Program Pasca Sarjana (S-2) IAIN Sunan Kalijaga, 18 Desember
1997, Yogyakarta, hal. 22-23. Hujair a.h.sanaky,

Metode tafsir (perkembangan metode tafsir mengikuti warna atau corak mufassirin. Al-
Mawarid, Edisi XVIII, 2008, hal 22

Muhammad Baqir al-Sadr. Pendekatan Temalik Terhadap Tafsir AI-Quran. dalam Ulumul
Quran, Vol I, No. 4, 1990, hal. 34

Anda mungkin juga menyukai