Anda di halaman 1dari 3

1

ABSTRAK
Sikap dan tingkahlaku 30 orang murid Tahun 2 Optimis semasa pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan
mata pelajaran tersebut. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak mengenal
huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi, tidak tahu menulis suku kata dalam tulisan Jawi
serta tidak mahir menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi. Maka fokus kajian ini
adalah untuk menangani masalah tersebut dengan membantu murid mengenali huruf Jawi
yang mewakili huruf Rumi serta meningkatkan kemahiran murid menyambung suku kata
dalam tulisan Jawi. Tinjauan awal menunjukkan 30 orang murid tersebut gagal dalam
ujian mengenal huruf Jawi dan gagal menyambung suku kata mudah dalam tulisan Jawi.
Analisis soal selidik bagi mengukur minat murid terhadap P&P matapelajaran Jawi
sebelum program intervensi dijalankan menunjukkan minat yang rendah iaitu bagi semua
item, skor min yang dicapai adalah di bawah 3. Setelah Kad Dalil Avu Zar Zad
digunakan, didapati 30 orang murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili
huruf Rumi, serta dapat juga menulis suku kata mudah dalam tulisan Jawi. Ujian pos
yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf, manakala
untuk menulis suku kata mudah, peratus lulus adalah 80%. Min minat terhadap mata
pelajaran Jawi selepas program intervensi juga telah meningkat kepada sekurangkurangnya 4. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam
menulis Jawi telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad.
Selain itu, dapat dirumuskan kajian tindakan bukan sahaja dapat mengatasi masalah
pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID TAHUN 2 OPTIMIS DALAM


MENULIS JAWIMENGGUNAKAN KAEDAH
DALIL AVU ZAR ZAD
DALILAH BINTI DESA
SK BUKIT KALAM
PETI SURAT 81097
87020 WP LABUAN
Abstrak
Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah dalam
kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat
terhadap mata pelajaran jawi. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari
pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf
jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Program Dalil Avu Zar Zad telah
diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan
menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu Zar Zad. Dapatan
kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu menulis perkataan jawi dan
tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap
kali menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu. Dapat
dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai
dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan
sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Panduan penulisan Abstrak:


1.

Mengapa kajian dijalankan? Apa yang mendorong anda untuk menjalankan


kajian? (Why did you start? What motivate you?)
Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi
dan lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini
menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran jawi.

2.

Apa yang anda cuba buktikan/cuba kenal pasti? (what did you try to do?)
Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik
menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf
jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung.

3.

Apa yang anda buat? (What did you do?)


Program Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku
kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil,
manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu
Zar Zad.

4.

Apa yang anda temui? (what did you find?/what answer do you obtain?)
Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu
menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu
melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu
khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu.

5.

Apa maknanya? (What does it means?) Kesimpulan/implikasi.


Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu
menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk
mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi
masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Anda mungkin juga menyukai