Anda di halaman 1dari 3

cara membuat mee:

Perlu ada,
1. Tepung
2. Mesen Pengelek Mee ( ada kat hypermarket harga tak sampai RM50)
3. 'Air abu" atau kalsium hydroksida (Basa sainsnya) biasanya ada kat kedai runcit cina.
Caranya:
Untuk makan 4/5 orang
Isi sesudu air abu kedalam gelas (kecil) dan penuhkan air dalam gelas itu.Kacau.
Kemudian tuangkan 3 per 4 air tersebut kedalam 1/2 kilo tepung. gaul hingga sebati. Kalau masih perui bila
di gengam tambah lebihan air sedikit sampai ia tidak perui. Jangan lembik nanti mee tak elok. Tepung itu
nampak macam kering kering sikit.
Kepal kan adunan itu kepada 4 /5 doh.
Leperkan dan mula gelek pada nombor 1 kat mesen tu satu demi satu.
Kemudian set kat nombor 5 pulak dan gelek lagi satu demi satu.
Peh tu pegi kat pemotong meenya dan gelek satu demi satu adunan yang dah digelek tadi. Maka dah jadi
mee mentah.
Jerang air sampai mengelegak. Jangan banyak banyak, masukkan mee mentah kedalam air yang
mengelegak tadi. Angkat mee tadi bila dia dah mula timbul. Tak lama tak sampai seminit pun. Angkat dan
toskan.
Masukan mee mentah yang belum direbus sehingga semua selesai di rebus.
Mee yang telah di toskan tadi diisi dalam besen dan dicampur minyak masak gaul hingga rata minyaknya.
Dah jadi mee. Boleh terus makan. Campur dengan kicap tengah panas panas tu wauu sedappp.
Selamat mencuba.
Kalo tak nak guna air abu sila gantikan dengan telur ayam. Sekilo tepung tu guna le 4 ke 5 biji telur ayam.
Kalo masih perui isi sikit air. Mee yang pakai telur ni dinamakan Mee Wantan.
Selamat tak ada bahan kimia. ulu saya pernah hadiri kursus anjuran iwan* tu. TOKSAHLAH PERGI. pada
saya kursus tu tak lengkap. hanya asas2 aje. kalau nak buat mee kat rumah makan sendiri tu boleh la. tapi
kalau nak meniaga payah sikit. depa ada offer package mesin proses mee tu berharga 20 ribu. sebenarnya
mesin2 tu boleh dapat dipasaran luar tak sampai 3 ribu pun. tak ke cekik darah namanya tu. depa kata nak
tolong orang melayu tapi nampak gaya nak pancung melayu adalah. nasihat saya pada yg betul betul nak
buka perniagaan mee baik ikut kursus mardi aje. kursus depa memang lengkap dan depa memang bagi
bimbingan susulan secara percuma untuk betul betul nak tolong orng melayu.
saya biasa buat mee kuning ni ... untuk makan sahaja... Kalau nak mee kuning tahan lama, simpan kat dalm
freezer, bila nak makan keluarkan balik..
Pada saya yang buat sendiri ni, tak pakai air abu pun boleh, guna telur , tepung, garam dam pewarna atau
kunyit jer. Sukatan sama macam azman buat...

kaedah pemasaaran
MNSH ENTERPRISE (SA0095666-T)
Kami memproses dan membekal Mee Kuning/Basah.
Produk Keluaran Bumiputera yang Halal, Suci Berkhasiat
& Tanpa Pengawet.
Tel No. : 016 972 7080
Faks No. : 03 3377 1877

PENGEDAR KAWASAN BERIKUT DI PERLUKAN :

Sentral : Shah Alam, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara,


Lembah Pantai, Segambut, Subang Jaya, Gombak, Selayang, Ampang,
Cheras, Wangsa Maju dan kawasan sekitar.
Klang : Kapar, Meru, Klang Utama, Batu Belah, Sg Pinang, Rantau Panjang,
Bandar Baru Klang, Sg Rasa, Kg Kuantan dan Pelabuhan Utara.
Hulu Selangor : Rawang, Bukit Beruntung, Serendah, Hulu Yam, Hulu Yam Baharu,
Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu Bharu dan Kerling atau Kalumpang.
Sabak Bernam : Sekinchan, Simpang Lima, Sg Besar, Sg Burong, Sekendi,
Batu 36, Bagan Terap, Kg Parit Enam, Kg Padang, Pasir Panjang dan Sungai Panjang.
Hulu Langat :Batu 9 Cheras, Pekan Hulu Langat, Pekan Batu 18, Kg Sg Ramal Bharu,
Sg Chua, Kajang, Sg Long, Country Height dan Tmn Saujana Impian.
Kuala Selangor : Kuala Selangor, Bukit Melawati, Kg Kuantan, Batang Berjuntai,
Tanjung Karang atau Kg Parit Empat dan Ijok, Kg Asam Jawa, Jeram, Pasir Penambang, Sg Buloh.

Kuala Langat : Kuala Langat, Banting, Sijangkang, Telok Panglima Garang, Jenjarom,
Cheeding, Kanchong, Telok Datok, Sg Buaya, Permatang Pasir, Seri Jugra, Pantai Kelanang, Morib, Kundang,
Batu Laut dan Tanjung Sepat.

Sepang : Putrajaya, Cyberjaya, Koridor Raya Multimedia, KLIA, Salak Tinggi, Sepang, Sg Pelek dan Dengkil.
mmg nak buat mcm senang, tapi bila dah buat banyak faktor yang kena handle, faktor kos yang tidak
menentu biasanya trend menaik cth harga tepung (alasan naik hari tu sebab harga petrol naik, tapi bila
petrol turun mendadak, harga tepung liat nak turun) faktor-faktor lain memang ada jugak.
Tapi kalau nak buat nasihat saya, kalau yang ada modal banyak beli mesin yang besar terus tapi pastikan
market ada untuk cover. Tapi pengalaman saya, market sentiasa berkembang cuma saya yang tak cukup
kapasiti nak penuhi permintaan, puncanya saya buat seorang, mesin pun yang 2 in 1 dalam Rm3k lebih,
dan bayangkanlah.
Kalau yang tak da modal banyak, saya cadang cari sorang kawan@saudara, sama-sama proses mi, pakai
mesin 2 in 1 pun tak apa, pasal market jangan risau sebab sentiasa berkembang tak pernah menyusut. Buat
part time pun boleh. Kalau boleh buat sebelum subuh (in case tak ada air cond), sebab suhu masih sejuk

jadi adunan tak susah nak bentuk. kalau buat lepas pukul 10pagi ke atas alamat ber'kungfu' lah nak bentuk
adunan, maklumlah matahari dah naik. lagipun customer perlu mi masa awal pagi (buka kedai).
kalau nak tahu lbh lanjut pengalaman saya.. boleh post reply..
betul tuh, saya pun sarankan g kursus dgn mardi, senarai kursus dah keluar kat web diaorg.
Salam,
Saya pernah bertanya mesin membuat mee kuning harganya dalam RM6000 boleh proses 20kg mee dalam
satu masa.. Itu saja info yang saya mesin ni ada di jual di Sungai Petani Kedah.Kalau sapa-sapa berminat
nak beli mesin ni boleh hubungi saya...
nanti saya boleh tunjukkan kedai yang menjual ......Dulu saya pun pelan nak nak buat mee kuning juga tapi
........:Modal habis dengan invesment

kepada sesiapa yang berminat untuk jadi usahawan makanan,


daripada zero knowledge, boleh belajar dengan akademi teman, taman permata. cuba layari kat sini
untuk tengok jadual kursus (Akademi Teman - Kursus Proses Makanan dan Pakej Sistem Proses
Makanan). kawan saya, ambik VSS, belajar kat sana. sekarang dah jadi usahawan makanan. dia
proses dan jual mee kuning, mee kering, sos cili, susu soya dan taufu fa (berperisa dan berwarna
pulak tu).
dia ajar secara komprehensif, camana nak jadi usahawan makanan dari motivasi, asas jualan dan
pemasaran, serta latihan memproses. dia juga ada bekalkan pakej proses lengkap untuk mee
kuning, hasilan soya, sos, bebola ikan dll.
aku bercadang juga nak pergi, jealous tgk kawan dah berjaya. kawan saya pun kata tak rugi pegi
sana. tenaga pengajar mereka orang ada kelulusan dan pengalaman.... dia ajar secara hands-on.
JOM KITA PAKAT PERGI!!!

Anda mungkin juga menyukai