Anda di halaman 1dari 2

SPORO TRICHOSIS ( KURAP BERDARAH )

Tuesday, 19 February 2013 08:08 |

Written by Rogulatory |

SPORO TRICHOSIS ( KURAP BERDARAH ) oleh Dr. Nina

Sporotricosis ( atau juga dikenali sebagai kurap berdarah ) adalah kes yang kerap kali ditemui sejak daripada saya
masih menuntut di Universiti sehinggalah sekarang. Kes ini kerap saya lihat pada kucing-kucing yang datang ke
klinik. Tahukah anda bahawa penyakit ini disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii? Rupa
bentuk secara mikro dapat anda lihat seperti gambar di atas, sekelompok berwarna ungu. Agen ini boleh berada
ditanah, pokok-pokok dan persekitaran yang sememangnya sudah tercemar dengannya.
Kebiasaannya kita akan dijangkiti oleh agen ini melalui kulit tetapi jarang ada kes jangkitan melalui paru-paru, sendisendi, tulang dan otak. Jika jangkitan melalui kulit, agen ini akan masuk melalui luka yang ada pada badan kita.
Tetapi sekiranya jangkitan pada paru-paru, agen ini masuk melalui saluran pernafasan. Kulat ini berkembang
perlahan-lahan dan selalunya simptom akan muncul dalam masa seminggu hingga 12 minggu ( secara purata adalah
3 minggu) selepas ia dijangkiti.
Selalunya fenomena yang dapat dilihat di Malaysia, kucing merupakan haiwan yang paling banyak kes dijangkiti
penyakit ini terutamanya kucing-kucing yang berkeliaran luar rumah untuk mencari pasangan atau bergaduh. Perlu
diingatkan, agen penyakit ini mudah merebak melalui luka yang terdapat kucing. Banyak kes yang saya jumpa di
klinik haiwan yang majoritinya adalah kucing yang dilepaskan berkeliaran di luar rumah. Manusia pula dijangkiti pada
kulit melalui sentuhan dan sistem pernafasan melalui udara.
Diantara tanda-tanda yang lazim sekiranya kucing anda dijangkiti penyakit sporotricosis adalah:1.

Luka atau kudis yang tidak sembuh sehingga lebih daripada 14 hari. Ini kerana dari segi biologinya, proses
penyembuhan luka mengambil masa 7-14 hari. Sekiranya lebih daripada itu, dinasihatkan anda membawa
haiwan ke klinik untuk mendapat pengesahan oleh doktor veterinar.

1.

Dari segi visual, luka yang telah dijangkiti, kelihatan basah (berbeza daripada luka biasa yang akan cepat
kering semasa proses penyembuhan) dan berbentuk seperti benjolan.

2.

Luka atau kudis yang akan cepat merebak kebahagian luka yang lain.

3.

Ada sesetengah haiwan yang kurang ketahanan diri akan hilang selera makan, kelesuan, demam dan lain-lain.

Sekiranya anda boleh lihat tanda-tanda ini, perlulah membawa haiwan anda ke klinik veterinar dengan segera
supaya pengesahan dapat dibuat dengan kadar segera. Selepas pengesahan dibuat, haiwan yang dijangkiti perlulah
diasingkan supaya tidak menjangkiti haiwan lain dan manusia. Ubat yang selalunya akan dicadangkan oleh doktor
veterinar adalah ubat antifungal Itraconazole(Sporonox ). Namun begitu, pengambilan ubat ini mengambil masa 6

bulan ke atas mengikut tahap jangkitan agen ini. Oleh kerana pengambilan ubat yang lama, ubat antifungal ini boleh
merosakkan hati haiwan dan perlulah diberi suplimen tambahan seperti Liv52.
Anda yang mempunyai haiwan berpenyakit sporotricosis ini, dinasihatkan memakai sapu tangan semasa
menguruskan haiwan anda. Asingkan atau kurungkan haiwan anda.
Last Updated (Tuesday, 19 February 2013 15:27)

http://www.jpvtrg.gov.my/disk2/index.php?option=com_content&view=article&id=133:kuarapberdarah&catid=2:penyakit-ternakan&Itemid=17

Anda mungkin juga menyukai