Anda di halaman 1dari 20

CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS

EDUCATION
(SME 6044)
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Ahli kumpulan:
GAYATHIRI A/P JAYA
KRISHNAN

M20121000049

MOHANA A/P KRISHNAN

M20122001687

SANGEETHA A/P
MAHDEVAN

M20122001683

THAMIL SELVAN A/L


SHANMUGAM

M20122001196

LECTURER

DR.MARLINI ADNAN
1

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN

1-2

2.0 KEPENTINGAN KBAT

2-6

3.0 KESAN& ISU BERKAITAN KBAT

6-9

4.0 LANGKAH MENGIMPLIMENTASIKAN KBAT

10-15

5.0 KESIMPULAN

15

RUJUKAN

16-18

1.0 Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditafsirkan sebagai penggunaan potensi minda
untuk menangani cabaran baru dan KBAT juga merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan
dan latihan dan seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian.
Seperti mana kita tahu, idea dihasilkan menerusi berfikir. Penghasilan sesuatu idea
memerlukan pemikiran yang kompleks iaitu kemahiran-kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
seperti kemahiran menyelesaikan masalah, mereka, menganalisis, menilai dan sebagainya untuk
memproses maklumat yang diperolehi. Sehubungan ini, satu idea baru yang kreatif dapat
dicetuskan dengan lebih berkesan. Maka, KBAT merupakan elemen yang sangat penting dalam
pencetusan idea.

Kemahiran berfikir khususnya aras tinggi amat diperlukan untuk diintegrasikan dan
diterapkan ketika kita berusaha memahami sesuatu maklumat yang akan digunakan bagi
pencetusan idea. Pemikiran aras tinggi mencabar pelajar untuk menginterpretasi, menganalisis
atau memanipulasikan maklumat. Hal ini kerana suatu idea yang kreatif dan logik tidak dapat
dicetuskan melalui pengaplikasian harian terhadap pengetahuan yang pernah dipelajari.
Pemikiran aras tinggi meminta seseorang individu untuk menggunakan maklumat baru atau
pengetahuan sedia ada serta memanipulasikan maklumat sehingga memperoleh jawapan yang
munasabah bagi situasi baru.
Pemikiran aras tinggi sering digunakan di sekolah dan juga di Institusi Pengajian Tinggi.
Penjanaan idea-idea baru juga ditekankan pada peringkat sekolah kerana tugasan ataupun kerja
kursus adalah berbentuk lebih kompleks dan mencabar. Pelajar diberi pelbagai jenis projek
akademik dan bukan akademik yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif.
Hampir kesemua aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah mempunyai
unsure-unsur kemahiran berfikir. Tidak boleh dinafikan bahawa pelajar menguasai kemahiran
berfikir hasil daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sekolah. Oleh kerana itu,

pelajar harus mempelajari dan menggunakan KBAT dalam penjanaan idea supaya tugasan kerja
kursus dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.
2.0 Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KBAT memainkan peranan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Matematik. Ia telah menjadi satu elemen yang penting dalam PdP Matematik. Hal ini kerana
Matematik merupakan satu subjek yang memerlukan murid-murid membuka minda secara
meluas dengan perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan
maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam
situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Sebenarnya KBAT telah lama berada dalam
dunia pendidikan menerusi Taksonomi Blooms oleh Banjamin Blooms, namun apa yang berbeza
sekarang ialah peringkat Blooms telah disemak kembali oleh Anderson dan Krathwal pada
tahun 2001 dan memberikan beberapa istilah baru untuk peringkat yang sedia ada.
Selain itu KBAT yang melibatkan soalan aras tinggi dapat menggalakkan pembelajarn
sebab soalan jenis ini memerlukan murid-murid mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan
menilai maklumat secara kendiri ataupun menerusi perbincangan antara kumpulan. Soalan aras
tinggi ini berbeza dengan soalan aras rendah yang mana hanya menguji kebolehan murid-murid
untuk mengimbas kembali fakta yang telah dihafal oleh mereka. Maka soalan aras tinggi yang
melibatkan KBAT ini mampu melahirkan murid-murid yang bukan menurut segala apa yang
diajar oleh guru malah menganalisis dan membina idea mereka sendiri secara aktif untuk
mendapatkan penyelesaian.
Seterusnya, kita semua sedia maklum bahawa Negara kita Malaysia kian hari mengalami
anjakan paradigma yang ketara dalam bidang Sains dan Teknologi. Selaras dengan kemajuan
Negara kita, kita memerlukan bakal pemimpin dan tenaga kerja yang arif dan sedia menghadapi
cabaran abad ke-21 . Maka untuk melahirkan warga yang sedia menghadapi cabaran abad ke-21
kita memerlukan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan, seperti yang
4

digariskan dalam Wawasan 2020 : Prinsip 6). Maka tidak hairanlah jika dikatakan KBAT yang
diimplimentasikan menerusi soalan aras tinggi mampu melahirkan generasi yang mampu
menghadapi cabaran abad ke-21.
Selain itu KBAT juga penting dalam melahirkan dan menjana minda kreatif dan inovatif.
Kita semua sedia maklum bahawa minda kreatif dan inovatif merupakan komponen yang diwarwarkan kian hari. Hal ini kerana Segala inovasi dalam kurikulum dan kokurikulum sistem
pendidikan dan pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan
pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ini adalah satu daripada 31 usulan yang
diterima pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke empat anjuran Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) awal bulan ini di sini. Seminar itu
berpendapat bahawa inovasi itu juga perlu melahirkan pelajar yang pada masa yang sama tetap
utuh mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia. Minda yang kreatif dan Inovatif
hanya dapat dilahirkan apabila minda itu sentiasa diberi tugasan yang mencabar. Maka disinilah
KBAT memainkan peranan yang penting dimana soalan-soalan aras tinggi dalam KBAT mampu
mencabar dan menggalakkan penggunaan minda yang meluas dan seterunya melahirkan individu
yang kreatif dan inovatif.
Penggunaan KBAT dalam PdP Matematik juga mampu menggalakkan murid-murid
membuat refleksi kendiri. Dalam konteks ini Refleksi Kendiri mampu memberikan ruang kepada
murid-murid untuk menilai dan mengenal keupayaan diri sendiri. Membuat refleksi kendiri
selepas setiap kali slot PdP menjamin murid-murid memahami 100% apa yang diajar oleh guru.
Maka cara yang terbaik untuk menggalakkan reflektif kendiri ialah memberikan murid-murid
soalan aras tinggi dan memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menstrukturkan jalan
penyelesaian bagi soalan yang diberi.
Seterusnya KBAT juga penting dalam PdP Matematik kerana ia mampu menjadikan
murid-murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Ini bermaksud,
murid-murid perlu berkerja untuk mendapatkan ilmu. Hal ini kerana murid-murid perlu
meneroka sendiri dan membuat pembacaan sendiri bagi mendapatkan penyelesaian sama ada
5

dalam bentuk individu atau dalam bentuk kumpulan. Maka KBAT melahirkan warga yang lebih
bertanggungjawab yang dilatih sejak dari bangku sekolah lagi.
Tidak dapat dinafikan jika dikatakan KBAT juga mampu menjadikan sekolah satu tempat
yang menarik dan seronok kerana murid-murid diberikan peluang menyuarakan pandangan dan
pendapat mereka. Hal ini dapat membantu murid-murid untuk bersikap berani dalam
menyuarakan pandangan mereka dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh dan rasional.
Maka untuk mendapatkan sokongan idea kepada pendapat yang dikemukakan secara tidak
langsung murid-murid perlu menjalankan pembacaan yang meluas.
KBAT juga memainkan peranan yang penting dalam merapatkan hubungan yang positif
antara guru dengan murid-murid. Hal ini kerana apabila murid-murid diberikan masalah yang
melibatkan KBAT, mereka perlu berbincang dengan guru untuk menstrukturkan idea mereka.
Melalui KBAT, guru bukan lagi memberi semua langkah-langkah dalam penyelesaian sesuatu
masalah, malah tugas guru bertukar sebagai fasilitator yang mana guru hanya menunjukkan cara
untuk menyelesaikan masalah dan murid-murid perlu melakukan percambahan idea (Brain
Storming) untuk mendapatkan jawapan. Maka semasa perbincangan murid-murid akan aktif
berkomunikasi dengan guru ukntuk meluaskan lagi idea mereka untuk mendapatkan penyelsaian.
KBAT juga mampu membimbing murid-murid untuk menggabungkan cebisan-cebisan
idea mereka sehingga mereka mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Maka boleh dikatan
bahawa KBAT mampu melatih murid-murid untuk melakukan seuatu tugas secara sistematik
menggunakan urutan yang betul.
KBAT juga mampu merealisasikan aspirasi Pendidikan Negara. Apabila kita mengkaji
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 . Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran
telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam
usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil
keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan
antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian
6

telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan
oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi
Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa,orang ramai
dan murid di seluruh negara.( PIPP 2013-2025). Daripada 5 aspirasi 2 aspirasi berkait terus
dengan pelaksanaan KBAT yakni Kualiti dan Kecekapan dimana kedua-dua aspirasi ini
memerlukan Malaysia memerlukan KBAT untuk mencapainya.

Seterusnya KBAT juga penting dalam memartabatkan imej Negara dalam persada antara
bangsa. Hal ini kerana, KBAT merupakan penanda aras dalam TIMSS dan PISA. Seperti yang
kita semua sedia maklum TIMSS ( Trends In International Mathematics and Sciences) ialah
pentaksiran yang dijalankan untuk menilai kedudukan sesebuah Negara dalam kemahiran Sains
dan Matematik. TIMSS dianjurkan oleh International Association for the Evaluation of
Educational Achievement (IEA). Malaysia mula menyertai TIMSS sejak tahun 2009. Kajian ini
melibatkan murid Tingkatan 2 yang dipilih dari Sekolah KPM menerusi kaedah Standard
Stratified Multiple Clustering. PISA pula merupakan akronim bagi Programme for International
Student Assessment yang dianjurkan oleh Organisation for Economic Cooperation and
Development. Objektif pentaksiran ini adalah untuk menilai tahap pencapaian murid-murid
dalam Matematik. Kajian yang melibatkan murid-murid lebih dari 15 tahun ini disertai oleh
Malaysia sejak tahun 2009.

Hasil dapatan TIMSS dan PISA mendapati bahawa Malaysia kedudukan Malaysia terus
merundum sejak tahun 2009 hingga kini. Antara 74 buah Negara yang telibat Malaysia berada
pada kedudukan 57 dalam PISA dan purata skornya iaitu 404 adalah dibawah nilai min yang
dicatatkan oleh Negara-negara OECD. Apabila dikaji mengapakah keadaan ini berlaku, sebab
mutlaknya adalah murid-murid yang dilibatkan dalam pentaksiran ini kurang didedahkan dengan
KBAT yang melibatkan soalan-soalan aras tinggi. Contoh soalan-soalan TIMSS dan PISA
dilampirkan di belakang penulisan ini (LAMPIRAN1). Maka bagi mengubah kedudukan
Malaysia dan menjaga imej Negara Malaysia adalah penting bagi menghidupkan KBAT di
kalangan murid-murid sejak bangku sekolah lagi secara perlahan-lahan (Soft- Landing).

Memandangkan kesemua anjakan yang berlaku dalam dunia pendidikan berkait secara
langsung dengan KBAT, adalah penting bagi semua pihak bagi memahami kepentingan KBAT
dan mengaplikasikannya dengan efektif.

3.0 Kesan dan Isu Berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya
fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan
imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam
pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Jelas di sini,
pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif
dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan
mempunyaikomitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara.
Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran seperti yang
diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 yang lalu
menggambarkan keprihatinannya terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan. Peruntukan
tambahan ini adalah khusus untuk melaksanakan latihan, kursus atau penambahbaikan kepada
guru berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.
3.1 Kesan KBAT kepada murid
Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah
yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh kemahiran ini hanya
memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan
oleh guru kepada mereka. Kemudian,meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang
memerlukan jawapan mereka.Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan
kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum
membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu
8

data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam
berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Kesan mengaplikasikan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah murid bebas untuk
membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat
mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka
murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa
sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di
kalangan murid. Justeru ini,

proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid

melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis
dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea
baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid
menjadi lebih produktif dan berdaya maju.

3.2 KESAN KBAT KEPADA GURU

Kesan apabila penggunaan KBATdalam mata pelajaran matematik ialah dapat


meningkatkan tahap kecekapan mereka apabila item untuk murid-murid. Melalui ini, guru-guru
akan menggunakan teknologi yang canggih untuk mendapat banyak maklumat. Selain itu, guru
akan lebih bersedia sebelum mula sesuatu kelas. Melalui ini, guru dapat meningkatkan tahap
pembacaan mereka. Mereka akan merujuk beberapa bahan rujukan untuk menghasilkan soalan
yang berunsur bukan rutin. Justeru ini, guru-guru dapat meningkatkan tahap pengetahuan
mereka. Guru-guru akan meluangkan lebih masa untuk mencari maklumat yang berkaitan
dengan soalan KBAT.

Melalui ini, guru dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada murid-murid. Ini adalah
kerana, guru-guru akan menerokai pelbagai sumber untuk mendapat maklumat yang bertaraf
tinggi. Di samping itu, guru akan mula untuk menggunakan inovasi dala pengajaran dan
pembelajaran harian. Melalui ini, dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan
dapat menarik minat murid. Guru-guru juga akan menangani pelbagai cabaran yang mungkin
timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
9

3.3 KESAN KEPADA NEGARA

Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, Trends in


International Mathematics and Science Studies (TIMSS) sejak 1999, dan Programme for
International Student Assessment (PISA) sejak 2009 untuk mengetahui prestasi murid di
Malaysia dalam bidang Sains dan Matematik berbanding dengan negara lain di seluruh dunia.
Berdasarkan dapatan daripada pentaksiran tersebut, pencapaian murid dalam kedua-dua
pentaksiran Sains dan Matematik menunjukkan kadar penurunan pencapaian murid yang sangat
ketara dan membimbangkan.Bagi menangani masalah tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 2025, mensasarkan agar menjelang tahun 2025, Malaysia berada di
tahap satu pertiga teratas bagi kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA. Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan sebagai pemegang tanggungjawab terhadap
beberapa inisiatif penting yang merupakan antara usaha untuk menangani masalah kemerosotan
ini

Kesannya penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah bagi meningkatkan
pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran berkenaan, dan seterusnya melonjakkan
pencapaian Malaysia agar berada di kedudukan satu pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA
menjelang 2025.

3.4 ISU-ISU PELAKSANAAN KBAT

Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari
segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul
tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara.

Tetapi, dengan penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik, timbulnya beberapa
isu-isu. Antaranya ialah, kefahaman guru di mana guru kurang jelas dengan makna KBAT. Ini
menyebabkan mereka tidak mengutamakan atau tidak mengambil berat tentang penggunaan
10

KBAT dalam mata pelajaran matematik. Ini memberi kesan yang buruk kepada seseorang murid.
Selain itu, penyediaan bahan untuk soalan KBAT adalah sukar. Maka, ini mereka kesukaran
kepada guru. Selain itu, guru tidak mencukupi masa untuk mencari maklumat kerana soalan
KBAT memerlukan masa untuk menerokai pelbagai maklumat.

Justeru ini, isu yang timbul apabila penggunaan KBAT ialah sesetengah guru kurang
mahir dalam pembinaan item KBAT. Ini adalah kerana, pembinaan item memerlukan maklumat
yang banyak.
Isu yang timbul terhadap murid adalah murid-murid kurang mampu untuk menjawab
soalan KBAT. Ini adalah kerana, mereka perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk
menjawab sesuatu soalan. Ada sesetengah murId yang malas untuk berfikir menyebabkan
mereka tidak dapat menjawab soalan yang berunsur KBAT. Kajian menunjukkan bahawa,
hampir 30% murid tidak menjawab soalan jika soalan itu berunsur bukan rutin.
3.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU ISU

Pertamanya ialah, perlu memberi latihan atau keterangan kepada guru-guru untuk
membina manual item-item KBAT. Ini akan memudahkan guru untuk membina item dengan
sendiri.

Selain itu, mempelbagaikan persembahan item-item KBAT. Contohnya melalui

powerpoint atau persembahan di atas pentas. Guru-guru juga perlu kerap menujukkan itemitem KBAT kepada pelbagai tahap murid. Ini akan menyesuaikan murid untuk menjawab soalan
yang berbentuk KBAT.

Justeru ini, persembahan item KBAT mesti dalam bentuk yang menari supaya dapat
menarik minat murid untuk menjawab sesuatu soalan. Murid-murid perlu dibiasakan dengan
pelbagai bentik item KBAT. Melalui ini, mereka tidak berasa susah untuk menjawab soalan yang
berbentuk KBAT. Di samping itu, perlu menambahbaik reka bentuk instrument pentaksiran
supaya menarik minat murid untuk menjawab soalan tersebut.

11

4.0 Langkah Mngimplimentasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Dalam PdP Matematik
Terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di kalangan
pelajar.
4.1 Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar
secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti,
menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan
berdikari atas pembelajaran mereka.

Menurut Gardner dan Mille(1996), murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk
merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. Murid perlu pro-aktif dalam proses
pembelajaran (Autonomy 2000 Paper Catering for Individual Learning Styles by Fitzerald
Morral and Morrison). Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada peranjakan
mod pengajaran dan pembelajaran berpustkan guru kepada pembelajaran sendiri.

Objekti program pembelajaran akses kendiri ialah murid akan:

Berusaha memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

Belajar untuk belajar

Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajran sendiri.

Belajar berasaskan keperluan dangaya sendiri.

Bertanggungjawab mentaksir pencapaian sendiri.

Ciri-ciri pembelajaran akses kendiri.

Enviromen pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.

Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator

Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas

Belajar secara bersendirian/kumpulan

Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu


12

Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri.

Bahan-bahan PAK merangkumi cara penyimpanan dan penyusunan bahan-bahan atau peralatan
PAK untuk menjamin ketahanan dan jangka hayatnya.
a. Bahan bercetak

Lembaran Kerja
-disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada
yang susah
-disusun di dalam kotak (browser boxes)
-kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran
-dibalut dengan plastic(laminate) untuk ketahanan/keselamatan

Buku/ majalah/ surat khabar


-disusun di sudut bacaan
-disusun di ats rak

b. Bahan bukan bercetak

Pita kaset/video/cakera padat


-disusun di atas rak
-disusun secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk.

4.2 Modal Pembelajaran interaktif

Model pembelajaran interaktif ini dirancang agar pelajar

akan bertanya dan kemudian

menemukan jawaban persoalan mereka sendiri (Faire & Cosgrove dalam Harlen, 1992).
Meskipun pelajar-pelajar mengajukan pertanyaan dalam kegiatan bebas, pertanyaan-pertanyaan
tersebut akan terlalu melebar dan seringkali kabur sehingga kurang terfokus. Guru perlu
mengambil langkah khusus untuk mengumpulkan, memilah, dan mengubah pertanyaanpertanyaan tersebut ke dalam kegiatan khusus. Model pembelajaran interaktif memiliki lima
langkah.
(1) persiapan,
(2) kegiatan penjelajahan,
(3) pertanyaan
13

(4) penyelidikan,
(5) refleksi
4.3 Projek

Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif dengan


melibatkan pelajar-pelajar dalam penyiasatan yang berterusan dan berkerjasama (Bransford &
Stein, 1993). Merujuk kepada model pembelajaran berasaskan projek yang diperkenalkan oleh
Merill (1991). Terdapat lima langkah dalam model Merill untuk melaksakan projek. Antara
langkah-langkahnya adalah:
1. Menentukan tajuk
2. Perancangan pelaksaan projek
3. Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek
4. Pembimbingan
5. Penilaian dan refleksi
Projek akan meningkatkan prestasi pemahaman murid-murid berkaitan idea, konsep, teori
dan prinsip. Prestasi murid-murid ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan penyediaan butirbutir serta hujah yang tepat. (Newmann & Wehlage 1995). Kaedah pembelajaran berasaskan
projek telah menukarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran daripada berpusatkan guru kepada
berpusatkan murid.

4.4 Modal penyelesaian masalah


Menurut The Conditions of Learning (3nd.ed), Gagne membincangkan tentang peranan
guru diperluaskan dalam mendidik pelajar menyelesaikan masalah (Gagne, R.M. 1977). Di
dalam perkara ini ini masalah juga perlu dikenalpasti dan dalam situasi tertentu perlu ada
matlamat untuk menyelesaikan. Perlu ada keinginan untuk mencari titik kesudahan dan
mempunyai laluan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Pakar yang menyelesaikan
masalah selalunya menentukan subgoal/ matlamat kecil apabila dia bergerak untuk penyelesaian
terakhir (Schunk 1991).

14

Heuristik berasal daripada perkataan Greek Heurisco yang bermaksud SAYA CARI ,
SAYA JUMPA. Ia juga merupakan satu kaedah meneroka dan

salah satu alat untuk kita

menyelesaikan masalah. Kaedah Heuristik boleh melibatkan gambar rajah, jadual, dan model.
Ini membolehkan kita memilih cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah. Strategi dalam
kaedah Heuristik
1. Lukis Gambar atau Gambarajah
2. Cari Pola
3. Teka, Semak & Ulang
4. Guna Objek
5. Buat Senarai Semak
6. Guna Jadual
7. Guna Ayat Matematik
8. Penyelesaian ke Belakang
9. Guna Kaedah Logik
10. Permudahkan

Menurut polya (1957), penyelesaian masalah yang baik mengandungi empat fasa. Beliau
mendefinisikan sebagai fasa pertama sebagai memahami masalah. Tanpa memahami maksud
masalah tersebut, mereka seterusnya dapat merancang langkah seterusnya. Contoh bagi masalah
rutin seperti berikut: polya mencadangkan pada fasa ketiga dengan melaksanakan rancangan
tersebut. Penyelesaian yang diambil bagi mengesahkan ketepatan penyelesaian.
Prinsip empat langkah adalah proses yang George Polya telah mencadangkan dalam
bukunya. Tiada jalan cepat dalam menyelesaikan bukan rutin atau aplikasi masalah tetapi empat
langkah ini berguna sebagai panduan mencari penyelesaian.
Masalah bukan rutin tidaklah mudah sebagaimana ia perlukan kemahiran, strategi dan
pengalaman bersama penganalisaan masalah sebahagian sebelum mencapai matlamat atau
jawapan bagi masalah.

15

4.5 Program i-Think


Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan
pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Program i-THINK telah
mula diperkenalkan sejak 2011 tetapi perlaksanaan whole-school approach dimulakan pada
tahun 2012.

Ringkasnya, pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah
Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan
program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan
kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan
program ini pada tahun 2014.
Objektif program i-Think
Murid dan Guru dapat berfikiran kreatif dan kritis
Murid berupaya membuat refleksi kendiri
Murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.
Menjadikan sekolah tempat yang seronok belajar dan murid bebas memberikan
pandangan yang positif
Merapatkan hubungan guru dan murid kerana guru lebih banyak berperanan sebagai
fasilitator
Terdapat lapan peta pemikiran dalam program i-think
1. PETA BULATAN
2. PETA POKOK
3. PETA BUIH
4. PETA BUIH BERGANDA
5. PETA ALIR
6. PETA ALIR BERGANDA
7. PETA DAKAP
8. PETA TITI
16

4.6 Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri,
sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta
pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan
beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi
maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang
bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan
negara Malaysia ke aras negara maju.

5. Kesimpulan
Keberkesanan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi melalui pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada beberapa factor, antaranya ialah guru, pendekatan yang
digunakan dan bahan yang dipilih. Guru harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran berfikir
aras tinggi untuk mengajar. Guru juga harus peka terhadap keperluan mengajar kemahiran
berfikir. Pendekatan yang digunakan oleh guru harus memastikan bahawa terdapat penglibatan
pelajar yang aktif di mana pelajar mempunyai peluang yang cukup untuk melalui proses
pemikiran aras tinggi. Oleh kerana itu, semua pihak harus berganding bahu untuk
mengimplikasikan kemahiran KBAT di kalangan masyarakat.

17

Rujukan
Ahmad, E., Razali, H., Jamaludin, H. dan Mohd Yusop, H. (2009). Cabaran Pemdidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) Di Malaysia: Peranan UTHM Dalam Melahirkan Pendidik
Berketrampilan. Kertas Institusi seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009.
Impiana Casuarina, Ipoh: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ainon & Abdullah (1994). Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Baharom, M., Ahmad, E. & Husin Junoh (2008). Psikologi Pendidikan Dalam PTV.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Penerbit UTHM.
Bess, J. L. (1998). Teaching Well: Do You Have To Be Schizophrenic? The Review of
Higher Education. 22(1). 1-15.
Beyer, B. K. (1988). Developing A Thinking Skills Program. Boston, Mass: Allyn &
Bacon.
Dewey, J. (1933). How We Think: A Restatement Of The Relation of Reflective
ThinkingTo The Educative Process. D.C: Heath And Co. Mass
Ewing, J. C. (2006). Teaching Techniques and Cognitive Level of Discourse, Questions
and course Objectives, and Their Relationship to Student Cognition in College of Agriculture
Class Session. The Ohio State University: Ph.D Dissertation.
Kuh, G. D. (2001). Assessing What Really Matters To Student Learning: Inside The
National Survey of Student Engagement. Change: The Magazine of Higher Learning. 33(3).
131-137.
Lewis, A. & Smith, D. (1993). Defining Higher Order Thinking Theory Into Practice.
32. 131-137.
Marzano, R. J. (1992). A Different King of Classroom: Teaching with Dimension of
Learning. Alexandria, VA: ASCD.
18

Marzano, R. J., Pickering, D. J. & McTighe, J. (1993). Assessing Student Outcomes:


Performance Assessment Using The Dimension of Learning Model. Alexandria, VA: ASCD.
Marzano, R. J., Pickering, D. J., arredondo, D. E., Blackburn, G. J., Brandt, R. S.,
Moffett, C. A., Paynter, D. E., Pollock, J. E., & Whisler, J. S. (1997). Dimensions Of Learning:
Teachers Manual. Alexandria, VA: ASCD.
Mayer, R. E. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. San Francisco: Freeman.
Mohd, A. & Hassan, A. (2001). Pemikiran Lateral : Teknik-Teknik Berfikir Cara Baru
Untuk Menerbitkan Idea-Idea Kreatif. BentongPTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Newmann, F. M. (1990). Higher Order Thinking In Teaching Social Studies: A
Rationale for The Assessment of Classroom Thoughtfulness. Journal of Curriculum Studies. 22.
41-56.
Nickerson, R. S., Perkins, D. N. & Smith, E. E. (1985). The Teaching Of Thinking.
Hillsdale, N. J.: Lawrence Erlbaum.
Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994). Creating More Thoughtful Learning
Environment. in J. Mangieri & C. C. Blocks (Eds.). Creating Powerful Thinking In Teachers
And Students Diverse Perspectives. Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers.
Philips, A. J. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir Teori dan Amalan. Selangor:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Smith, E. E. & Medin, D. L. (1981). Categories And Concepts. Cambridge, Mass:
Harvard University Press.
Som, Hj. N. & Mohd Dahalan, M. R. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan
Kreatif (KBKK). Malaysia: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Stahl, R. J. (195). Cognitive Information Processes And Processing Within A
Uniprocess And Processing Within A Uniprocess Superstructure/ Microstructure Framework: A
Practical Information-Based Model. Unpublished Manuscript. University of Arizona, Tucson.
19

Weimer, M. E. (2003). Focus On Learning, Transform Teaching. Change: The


Magazine of Higher Learning. 35(5). 49-54.
Whittington, M. S. (2003). Improving The Cognitive Capacity Of Students By fully
Engaging Professors In The Teaching And Learning Process. Unpublished Manuscript. The
Ohio State University.
Yee, M. H., Jailani, M. Y.,Noraini, O., Suzanna, I., Tee, T. K. (2010b). The Perception
Of Student On Mastering The Level Of Higher Order Thinking Skills In Technical Education
Subjects. Proceeding The 3rd Regional Conference On Engineering Education & Research In
Higher Education 2010. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Anderson, S. E. (2010). Moving change: evolutionary perspectives on educational
change. Second International Handbook of Educational Change, 23: 65-84.
Baharudin Yaacob. (2003). Pemikiran pendidik guru terhadap hasrat dan pelaksanaan
inovasi kurikulum di maktab perguruan: satu kajian kes. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru
Peringkat Kebangsaan pada
Berg, B. L. (2007). Qualitative research methods for the social sciences. 6th Edition.
Boston: Pearson Education Inc. 19 - 20 Ogos 2003.
Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. 4th
George, A. A., Hall, G. E. & Stiegelbauer, S. M. (2006). Measuring implementation in
schools: the stages of concern questionnaire. Austin, TX: SEDL. Edition. New York: Teachers
College, Columbia University.
Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2008). Globalisasi dan
cabaran pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31 (1): 91-100.
Hall, G. E, Dirksen, D. J. & George, A. A. (2006). Measuring implementation in schools:
Levels of use. Austin, TX: SEDL

20

Anda mungkin juga menyukai