Anda di halaman 1dari 4

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

AKIDAH BENTENG KEKUATAN UMMAH


(8 Januari 2010/ 22 Muharram 1431H)
_____________________________________________________________________
Para Jemaah dan Umat Islam Yang dirahmati Allah,
Subhanallah, Maha Suci Allah, pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita
bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT

dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala

perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang
paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah Akidah Benteng Kekuatan Ummah.
Berdasarkan Rukun Islam yang pertama umat Islam wajib melafazkan perakuan keimanan mereka kepada
Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW secara tepat dan betul. Lafaz Lailahaillaah dan Muhammadur Rasulullah
menunjukkan bahawa Allah SWT adalah tuhan dan Nabi Muhammad SAW adalah Nabi kita. Penggunaan lafaz
Lailahaillaah adalah suatu bentuk perakuan kewujudan tuhan yang dinamakan Allah dan menafikan tuhan-tuhan
selain-Nya.
Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW dasar utama perjuangan baginda adalah menguatkan akidah
yang mengambil masa selama 13 tahun di Makkah. Perjuangan menegakkan akidah yang berasaskan tiada tuhan
melainkan Allah ini, bukan perkara mudah. Baginda terpaksa menjelaskan kepada masyarakat Musyrikin tentang
konsep tuhan Yang Maha Esa itu. Persoalan besar timbul di sini ialah siapakah tuhan Yang Maha Esa itu.?
Firman Allah SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad, tuhanku ialah Allah Yang maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, ia tidak beranak, dan ia pula tidak diperanakkan, dan tidak
ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.
Berdasarkan penjelasan surah al-Ikhlas ini maka mimbar ingin mengulangi sebagai orang Islam kita mesti
yakin bahawa Allah mempunyai sifat-sifat Yang Maha Esa, Dia tidak beranak dan juga tidak pula diperanakkan
serta tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya. Dengan itu, umat Islam wajib menolak segala bentuk atau
konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap
adanya tuhan dalam Islam.

Namun sejarah membuktikan bahawa manusia pada asalnya mentauhidkan Allah SWT tetapi terdapat di
kalangan manusia telah terpesong menjadi sesat kerana terpengaruh diayah yang sentiasa dibayangi musuh Allah
yakni syaitan dan hawa nafsu bahkan mereka mencipta pula pelbagai ajaran sehinggalah muncul agama yang
pelbagai. Mereka terpesong sehingga menukar sifat Allah Yang Maha Esa itu sesuka hati mereka seperti
mewujudkan tuhan yang pelbagai jantina, pokok besar sebagai tuhan, tuhan boleh makan dan minum dan manusia
juga boleh menjadi tuhan. Malah mereka menyempitkan bidangkuasa tuhan itu. Berdasarkan identiti tuhan boleh
bertukar ganti, maka konsep Allah Yang Maha Esa inilah yang membezakan akidah Islam dengan agama yang
lain.
Ajaran Nabi dan Rasul misalnya sejak Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa
alaihimussalam dan Nabi Muhammad SAW telah berusaha meluruskan akidah manusia agar berterusan
menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam melalui pesuruh-Nya Nabi Muhammad SAW hadir untuk meluruskan
kembali kesesatan agar kembali meng-esakan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 171:

Maksudnya: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah
kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam itu
hanya Pesuruh Allah, dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam, dan roh daripada-Nya.
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga.
Berhentilah, supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci
Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan
cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
Mimbar mengakui bahawa terdapat kalimah Allah di dalam kitab suci yang diterjemah ke bahasa Arab.
Kalimah ini wujud kerana sesetengah penganut samawi termasuk Kristian Arab seperti di Lubnan, Mesir dan lainlain yang muncul sebelum kedatangan Islam meyakini konsep keesaan Allah. Ia berbeza sama sekali dengan
konsep tiga dalam satu (iaitu tiga tuhan dalam satu) seperti mana pegangan doktrin kebanyakan penganut pada
hari ini.
Oleh itu, mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa kita perlu melihat apa yang
berlaku di sebalik penggunaan lafaz Allah yang diperjuangkan oleh pihak tertentu. Jika kita melihat dengan teliti
isu ini ternyata terdapat perkaitan kuat dengan isu pluralisme iaitu konsep perjuangan semua agama adalah sama.
Malah segelintir umat Islam menyokong perjuangan ini yang menubuhkan fahaman Islam Liberal. Para

pendiayah Islam Liberal berusaha kuat untuk memperlekehkan dan melonggarkan nama-nama khas Islam atau
istilah-istilah yang menjadi tunjang kekuatan Islam agar akidah umat Islam mudah goyah dan rapuh.
Selain itu, dalam usaha mengelirukan umat Islam, mereka menterjemahkan Kitab Bible sebagai alKitab, al-Quran diterjemahkan sebagai Bacaan dan mencipta Quran baru Furqaanul Haq yang diterbitkan
di Amerika Syarikat. Semuanya ini adalah agenda pendiayah-pendiayah dalam usaha mengelirukan dan
melupuskan akidah umat Islam di dunia.
Jemaah dan Umat Islam Yang Dirahmati Allah,
Islam agama yang suci mempunyai standard piawaian hukum hakam atau peraturan tertentu dalam menjaga
kesucian nama Allah dan kitab sucinya. Orang-orang Islam sendiri pun tertakluk kepada standard piawaian
penjagaan kesucian nama Allah dan al-Quran. Kita amat bimbang pihak lain menyalahgunakan kalimah suci itu.
Kita pernah mendengar dan membaca dalam laporan media cetak dan media elektronik bagaimana pihakpihak
tertentu memijak-mijak al-Quran, helaian al-Quran dimasukkan dalam lubang tandas, helaian al-Quran menjadi
kertas pembungkus, dan nama-nama Allah ditulis di alas-alas selipar dan kasut serta dipijak-pijak.
Mimbar amat bimbang jika pihakpihak terlibat menyalahgunakan penggunaan lafaz Allah dan
mengambil kesempatan menghina agama lain,

maka dikhuatiri akan menimbulkan pertikaian agama dan

mengancam keselamatan negara. Bagi mewujudkan suasana aman dan kehidupan harmoni yang telah wujud di
negara ini, maka mimbar menyeru umat Islam dan rakyat di negara ini supaya mengelak daripada menimbulkan
isu-isu sensitif dan kemarahan sesuatu agama dan kaum. Apatah lagi, penggunaan lafaz Allah telah ribuan dan
beratus-ratus tahun telah digunakan oleh masyarakat Islam akar umbi di negara ini.
Dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini, umat Islam hendaklah berpendirian selari dengan
keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-82 yang telah bersidang pada 5 hingga 7 Mei
2008. Kandungan keputusan itu yang berbunyi: Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah
merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan
dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang
terbaik dan sekiranya terdapat unusr-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka
ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, mimbar ingin menasihatkan semua pihak di negara ini agar dapat bertenang berhubung
perkara ini dan memberi peluang perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan.
Sidang jemaah dan umat Islam harus sedar bahawa cabaran yang dihadapi bukan sahaja penggunaan lafaz
Allah, mungkin selepas ini akan timbul banyak lagi cabaran yang berniat mengugat kekuatan dan kesucian Islam

di negara ini. Dalam usaha menghadapi cabaran yang mengugat akidah ini, maka mimbar menyeru umat Islam
agar mendalami dan memperkuatkan akidah dalam keluarga sendiri agar dapat mengenalpasti siapakah Allah dan
sifat-sifat sebenar Allah Yang Maha Esa. Oleh itu para penegak Islam dan ibu bapa perlu lebih peka, lebih
perihatin dan lebih berusaha menanamkan ilmu tauhid dan akidah kepada anak-anak dan masyarakat Islam agar
tidak terjebak dengan diayah sesat dalam pemahaman tentang Allah SWT.
Jemaah dan Umat Islam Yang Dirahmati Allah,
Kesimpulannya, akidah menjadi benteng kekuatan ummah. Oleh itu, mimbar ingin menarik perhatian sidang
jemaah sekalian berhubung dengan konsep ketuhanan dalam Islam iaitu:
Pertama: kalimah tauhid atau kalimah syahadah adalah ikrar peng-esaan tuhan yang maha Esa, tidak memadai
dengan hanya menyatakan perakuan tetapi kita mesti membuktikan perbuatan dan tindak tanduk seharian selari
dengan hukum Allah. Kadangkala kita marah pihak lain menghina Islam tetapi terdapat di kalangan kita pun tidak
beramal dengan akidah dan syariat Islam.
Kedua: kalimah syahadah yang dijadikan asas akidah adalah kalimah paling selamat untuk mengelakkan dan
memelihara kita terlibat dengan syirik.
Ketiga: al-Qur'an dan as-Sunnah dijadikan bahan rujukan mutlak untuk mengetahui dan memahami akan sifatsifat Allah kerana maklumat-maklumatnya yang lebih lengkap, lebih konsisten dalam mempertahankan ciri-ciri
kesejagatan Allah itu, dan
Keempat: mempertahankan konsep ketuhanan bermaksud mempertahankan pengertian mengesakan Allah yang
sebenar oleh mereka yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

Maksudnya: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan
kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatupun; dan jangan
sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah. Kemudian jika mereka
berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa kami adalah orang Islam.
( Surah Ali Imran:64)

Anda mungkin juga menyukai