Anda di halaman 1dari 2

~SEJARAH TERJADINYA SOLAT FARDHU 5 WAKTU~

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu
ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar nabi Adam sembahyang dua rakaat.
Rakaat
Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Pertama
Rakaat
Tanda syukur kerana siang telah menjelma.
Kedua
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu
tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s. seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah nabi
Ibrahimsebanyak 4 rakaat.
Rakaat
Tanda syukur bagi penebusan
Pertama
Rakaat
Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Kedua
Rakaat
Tanda syukur dan memohon keredhaan Allah SWT
Ketiga
Rakaat
Tanda syukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kibas
Keempat
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah
memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu sedang masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu sembahyang 4 rakaat kerana
baginda telah diselamatkan dari 4kegelapan iaitu:
Rakaat
Kelam dengan kesalahan
Pertama
Rakaat
Kelam dengan air laut
Kedua
Rakaat
Kelam dengan malam
Ketiga
Rakaat
Kelam dengan perut ikan Nun
Keempat
MAGHRIB
Manusia yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu
ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,

sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur nabi Isa, lalu
bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t
Pertama
Rakaat
Untuk menafikan tuduhan dan tomahan ke atas ibunya Siti
Kedua
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu
Ketiga
Allah s.w.t semata-mata, tiada dua atau tiganya
ISYAK
Manusia yang pertama mengerjakan solat Isyak pula ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu, Nabi musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negara
Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda syukur.
Rakaat
Tanda dukacita terhadap isterinya
Pertama
Rakaat
Tanda dukacitanya pada saudaranya Nabi Harun
Kedua
Rakaat
Tanda dukacita terhadap Firaun
Ketiga
Rakaat
Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Keempat

Anda mungkin juga menyukai