Anda di halaman 1dari 2

Mohamad Bin Ahmad,

No 6, Lorong Anggun 4,
Taman Anggun,
Kepala Batas,
13200, Pulau Pinang
________________________________________________________________________
Pegawai yang berkenaan,
Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3& 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

26 April 2014

Tuan,
Memberi Keizinan kepada Isteri untuk Bertukar ke PPD Seberang Prai Utara
Saya seperti nama di atas adalah suami kepada Siti Binti Mat, no kad pengenalan
850603025214. Isteri saya telah bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Damai
bermula 1 Januari 2014 sehingga kini.
2.
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk memberitahu keizinan saya untuk isteri
saya membuat permohonan bertukar dari PPD Timur Laut ke PPD Seberang Prai
Utara. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor berikut:
a)
Jarak antara sekolah dan tempat tinggal kami sangat jauh ( 100km pergi
dan balik)
b)
Kos perjalanan tinggi ( tol dan minyak).
c)
Faktor keselamatan di mana isteri saya perlu memandu awal pagi dan
keadaan jalan yang sunyi
d)
Isteri saya juga sukar untuk memberi fokus kepada kerjaya dan
rumah tangga kerana keletihan yang melampau.
3.
Saya sangat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan pertukaran
isteri saya. Sebagai guru, saya ingin melihat isteri saya menjalankan tanggungjawabnya
sebagai guru dengan lebih efisien disamping dapat menjalankan tanggungjawabnya
sebagai isteri.
4.
Besarlah harapan saya agar pihak tuan meluluskan permohonan pertukaran isteri
saya. Segala pertimbangan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
______________________
( MOHAMAD RASYIDI BIN GHAZALI)

Anda mungkin juga menyukai