Anda di halaman 1dari 10

Kota Gelanggi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Gua ini terletak di daerah
Jerantut di negeri Pahang,Malaysia.Di dalam kompleks ini terdapat banyak gua, antaranya ialah
Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu, dan Gua Kelawar.
Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di
dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.

Gua Kota Balai telah berlaku perubahan bentuk kerana suatu masa dahulu (sekitar 1970an) telah
berlaku aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran untuk dijadikan
baja tanaman. Nama Gua Tangga diambil sempena tangga besi yang ada di situ. Tangga itu telah
dibina oleh pengusaha yang mengambil tahi kelawar pada masa itu.

Perihal gua-gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio.
Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke
Pahang. Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam
(Sungai Siang). Terdapat dakwaan lisan daripada penduduk setempat bahawa gua ini boleh
dihubungkan dengan negeri Pantai Timur iaitu Terengganu atau Kelantan atau Siam. Dakwaan
ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya
lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai.

Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan
Melayu Mat Kilau. Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda
Gelanggi.

Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk
menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut. Rangkaian gua-gua di sini agak
terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi
mengambil batu-batan. Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Jengka.

DEMAM DARI GUA KOTA GELANGGI

Kota Gelanggi merupakan kompleks yang mengandungi lebih 100 buah gua setiap gua disebut “kota”
kerana bentuknya bagaikan sebuah kota. Cuma kira-kira 30 buah gua saja yang dibuka kepada orang
ramai kerana faktor keselamatan antaranya Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Bukit, Kota Rebut, Kota
Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Papan, Kota Jin dan Kota Lena. Semua gua-gua tersebut dikenali
dengan nama Kota Gelanggi.
Sesiapa yang hendak memasuki gua-gua tersebut
dinasihatkan membawa pemandu pelancong atau penduduk tempatan yang arif mengenai selok belok gua
tersebut. Mereka juga dinasihatkan membawa lampu gasolin atau lampu limpah bukan lampu suluh biasa
kerana keadaan di dalam gua itu PH kegelapannya terlalu pekat. Penduduk tempatan ramai yang percaya
Kota Gelanggi dijaga oleh makhluk bunian dan Sang Kelembai. (Jin).

Ramai yang percaya, Suatu ketika dahulu Kota Gelanggi merupakan sebuah kerajaan yang besar bertukar
menjadi batu akibat disumpah oleh Sang Kelembai. Dalam gua-gua tersebut terdapat banyak batu
berbentuk manusia, binatang, perabut termasuk kolam mandi dan sebagainya.
Ahli sejarah W.Cameron mengatakan Kota Gelanggi merupakan peninggalan sejarah yang telah bertukar
menjadi batu. Tun Seri Lanang penulis Sejarah Melayu pula mengatakan Kota Gelanggi berasal dari
sebuah kerajaan yang telah wujud sebelum Temasik (Singapura) dan Melaka. Nama kerajaan itu ialah
Ganggayu dan pernah diperintah oleh Raja Chulan. Kerajaan ini dikalahkan oleh Raja Suran. Peperangan
antara angkatan Raja Suran dengan angkatan Raja Chulan ini ada diceritakan dalam Sejarah Melayu.
Pahang juga dikenali dengan nama Inderapura.

Semasa menjejak Pahlawan Mat


Kilau di Pulau Tawar, Kota Gelanggi adalah tempat yang terakhir saya lawati setelah menziarahi kubur
Mat Kilau dan tempat-tempat bersejarah yang lain.

Ketika sampai di Kota Gelanggi hari sudah petang. Waktu melawat Cuma dibenarkan sehingga jam 6
petang. Tetapi kerana saya datang dari jauh dan setelah membuat rayuan kepada petugas yang menjaga
kawasan tersebut akhirnya dibenarkan juga melawat gua-gua itu dalam masa yang singkat.

Dalam artikel Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini... yang dibuat Selasa lalu, saya
ada memberitahu harus melepaskan cerita tentang perjalanan ke Jengka itu dua minggu lalu serta
perjalanan lain yang berkaitan sebelum saya dapat beralih ke mood penceritaan seterusnya
melibatkan beberapa kenangan lama dengan wanita-wanita yang pernah muncul dalam hidup
saya. Sedikit rasa telah pun dilepaskan melalui artikel Dari atas highway Karak hingga ke Pulau
Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau... sebelum saya disibukkan dengan sedikit
aktiviti sekitar persidangan atau perhimpunan UMNO 2009 di PWTC baru-baru ini. Sekarang
bolehlah saya menyambung cerita kembali... mari!
Pada penghujung artikel Dari atas
highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau ada disebut
cerita akan disambung dengan lawatan ke Gua Kota Gelanggi...

Sebenarnya selepas lawatan ke Pulau Tawar, saya telah cuba mencari Gua Kota Gelanggi. Dah
jumpa dah bukitnya tapi tak jumpa jalan masuknya... mungkin sebab Tuhan mahu saya
menolong ibu dan ayah saya mencari jalan ke rumah tempat sepupu saya akan melangsungkan
pernikahan malam itu?
Setelah lebih 15 minit berpusing-
pusing mencari jalan masuk sedangkan bukit batu kapur yang mengandungi kompleks Gua Kota
Gelanggi sudah jelas kelihatan di depan mata, saya pun mengalah lalu menghala ke Jengka.
Sebaik sahaja masuk ke pusat bandar Jengka, kelihatan papan tanda menghala ke hospital di
mana terletaknya rumah sepupu saya.

Sebaliknya saya terasa mahu mengisi minyak kereta terlebih dahulu. Siapa sangka di hadapan
stesyen Petronas yang terletak lagi 3 km ke hadapan menghala jalan masuk ke Temerloh, boleh
terserempak kereta ayah yang ketika itu terletak di tepian jalan luar stesyen.

Bayangkan, sudah 2 bulan saya tidak bertemu mereka, boleh terserempak di tempat itu. Memang
kami dijangkakan akan bertemu di rumah pengantin perempuan malam nanti, Jumaat malam
Sabtu. Rupa-rupanya ayah sedang mencari arah ke hospital sedangkan saya dan isteri sudah lebih
dahulu ternampak arah itu. Maka dengan takdir Tuhan dapatlah kami berjumpa lalu pergi ke
rumah pengantin bersama-sama.

Apapun, saya tidak mengambil banyak gambar sekitar majlis pernikahan. Satu sudah pun
dipaparkan pada artikel Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini... sedangkan
sejumlah gambar sekitar Gua Kota Gelanggi telah diletakkan dalam 3 artikel yang baru dibuat di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi. Sila lihat :-

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - the way in...

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - enter Gua Tongkat...

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - Gua Balai and out...
Oh... ini adalah rumah peranginan
tempat kami menginap malam itu. Maaf, saya langsung tidak mengambil apa-apa gambar sekitar
majlis persandingan yang diadakan tengahari Sabtu. Biasa le... gambar-gambar itu sudah ramai
saudara-mara lain mengambilnya. Saya lebih berminat untuk mengambil gambar-gambar lain
dalam perjalanan untuk dikongsi.

Untuk pengetahuan, lawatan ke Gua Kota Gelanggi dilakukan saya dan isteri sejurus sebelum
majlis itu. Pagi itu saya terasa tidak boleh duduk diam... sudah begitu dekat dengan Gua Kota
Gelanggi tetapi belum sampai lagi ke situ. Mana boleh?

Selepas majlis nanti kami harus bergegas ke Kuala Lumpour kerana ada hal penting. Bila pula
ada masa untuk datang ke Jengka lagi? Nasib baik isteri memahami... sanggup menemani saya
mencari lagi jalan masuk ke Gua Kota Gelanggi walaupun dia sedang berbadan dua. Atau dia
risau hendak melepaskan saya keluar berjalan-jalan seorang diri? Takut terjumpa mana-mana
'minah' nanti? Hehe! Gurau je... ni mesti kena cubit nanti bila dia dapat tahu saya tulis begini,
hehe! :]
Saya cuma mengambil gambar
pemandangan dari rumah peranginan ini. Boleh kelihatan di latar-belakang ialah Gunung
Senyum yang katanya juga memiliki gua-gua menarik di dalamnya. Ah! Cukuplah saya dah
sampai ke Gua Kota Gelanggi setelah lawatan ke situ 6 tahun tertunda. Lihat kembali sedutan
dari buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" yang ada diletakkan di
dalam artikel Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini...

Selesai majlis saya dan isteri pun


bergegas untuk kembali ke Kuala Lumpur, singgah berehat sebentar di Temerloh...
Bukan apa daa... nak makan ikan
patin masak lemak gulai tempoyak kat tepi Sungai Pahang. Sedap memang sedap... tetapi tentang
harganya, nampaknya kami kena sembelih! Tak mengapa le, bukan selalu. Sedikit gambar
sekitar Temerloh ada diletakkan dalam artikel In Temerloh for a dish of ikan patin... yang dibuat
di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.

Kemudian kami pergi bersolat di masjid ini, sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Itu yang terasa
nak buat artikel Masjid (mosque of) Abu Bakar, Temerloh di blogspot SENI LAMA MELAYU
(MALAY OLDEN ART) tadi.
Selepas ini, mungkin esok lusa cerita akan disambung dengan perjalanan terbaru ke Perak yang
dibuat untuk bertandang ke rumah pengantin lelaki di Bagan Datoh. Sebelum itu, semasa di
Kuala Lumpur, saya tergerak untuk memanjat naik ke Batu Caves lalu dijadikan artikel di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk-tajuk ini.

Sempat jugalah saya merakamkan


gambar gua-gua tersebut. Kemudian saya memasuki Gua Balai. Menurut ceritanya Gua itu dijadikan
tempat bertapa serta tempat berkumpul Pahlawan Mat Kilau dengan rakan-rakan seperjuangannya.
Keadaan dalam gua itu terlalu gelap pekat. Tambahan pula ketika itu hampir senja. Setelah bergambar di
pintu gua itu saya beranikan diri melangkah masuk. Tetapi baru saja beberapa langkah masuk ke dalam
tiba-tiba badan berasa seram sejuk dan bulu roma tiba-tiba naik meremang. Saya mengucapkan
“Assalamualaikum” lalu terus keluar dari gua itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar
untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa
pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, selain
dipercayai menjadi kediaman jin islam.

Gua Kota Gelanggi

 
Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, gua lagenda ini mempunyai sejarah yang
tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota
Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan
dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai
manusia bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang
Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu menjadi batu.
Mengikut kajian Muzium Negara pada tahun 1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang
dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.

Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa dahulu adalah sebuah negeri yang
besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh
angkatan Melaka pada abad ke-15. Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga
dikatakan berlindung dan bertapa di dalam gua ini. Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada
perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio. Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati
oleh orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah oleh Raja
Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik. Anak Raja Mambang dari Lipis telah
melamar puteri tersebut. Walau bagaimanapun, anak Raja Usul dari Bera telah bertemu dengan
puteri tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini telah
diketahui oleh anak Raja Mambang lalu menyerang anak Raja Usul. Anak Raja Mambang mati
dibunuh oleh anak Raja Usul lalu anak Raja Usul berkahwin dengan Puteri Gelangi.

Anda mungkin juga menyukai