Anda di halaman 1dari 1

MODERATOR

Assalamualaikum wbt, salam ukhwah sy ucapkan kepada hadirin hadirat yang


sudi hadir mewarnai arena forum kita pada hari ini.
Dewasa ini sering kita mendengar pelbagai masalah sosial berlaku terutamanya
di kalangan remaja masa kini. Remaja kini sering didapati bergaul bebas tanpa
mengira jantina, menghadiri konsert2 yg tidak mengikut syariat, melayari laman
web lucah, tidak berakhlak dan tidak menghormati ibu bapa mereka. namun
yang paling menyedihkan dan memalukan adalah perkara ini sering berlaku di
kalangan remaja Islam sendiri. Jarang sekali kita mendengar remaja cina atau
india yang melahirkan anak luar nikah, tetapi kalau melibatkan remaja melayu,
remaja islam...tidak terkira banyaknya.
Mengapakah terjadinya perkara sedemikian?
ini adalah kerana umat islam sendiri tidak menerapkan ajaran-ajaran islam di
dalam kehidupannya. Pendidikan islam merupakan tonggak utama bagi
menjamin kejayaan hidup seseorang manusia di dunia mahupun di akhirat.
Dengan berlandaskan agama, maka terjaminlah hidup yang bahagia.
Pendidikan Islam adalah wadah pembangunan insan secara holistik, itulah tajuk
forum yang akan kita bicarakan pada pagi yg indah ini. Tanpa melengahkan masa
lagi, saya memperkenalkan...

KESIMPULAN
Jelasnya pendidikan Islam dijadikan sebagai satu proses mengasuh dan mendidik,
membela, melatih, menyucikan, membaikkan, mengawal hawa nafsu,
membentuk ketaatan kepada Allah SWT membentuk sikap sopan dan beradab
(mempunyai akhlak yang baik) dan memadamkan semua sifat tercela yang ada
dalam diri manusia. Semua definisi ini memberikan kefahaman bahawa hampir
keseluruhan pendidikan yang dikehendaki dalam Islam ialah merujuk kepada
pendidikan rohani manusia selaku hamba Allah di muka bumi ini bagi
memancarkan kejernihan akhlak dan budi pekerti yang tinggi selain untuk
perkembangan ilmu pengetahuan itu sendiri yang merupakan medium yang
amat penting dalam membangunkan ketamadunan manusia yang hidup di dunia
ini.

Anda mungkin juga menyukai