Anda di halaman 1dari 10

BERIMAN KEPADA ASMA AL-HUSNA

UNIT 1 : ASMA AL-HUSNA


MAKSUD TAUHID ASMA AL-HUSNA
-

SEBAB PERLU BERIMAN DENGAN ASMA Al-HUSNA

Asma Al-Husna ialah Nama-nama Allah yg indah.


Asma Al-Husna menunjukkan sifat kesempurnaan Allah.
Asma Al-Husna mengandungi 99 nama Allah.

Untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Memudahkan kita berdoa mengikut kesesuaian permintaan.
Sebagai tanda kasih dan cinta kita kpd Allah.

KESAN BERIMAN DENGAN ASMA AL-HUSNA


Sentiasa
mengharapkan
pertolongan Allah.

Menginsafi kelemahan
diri.

Membudayakan sifat
kesempurnaan Allah
dlm kehidupan.

Menjadi seorang yang


gigih, tekun dan
beramal soleh.

Mempunyai cita-cita
yang tinggi.

DALIL ALLAH MEMPUNYAI 99 NAMA ASMA AL-HUSNA







: ( )







.









Maksudnya : Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, sesiapa yang menghitungnya ( memikirkan tujuan maknanya dan beramal dengan
tuntutan maknanya itu ), mereka akan masuk syruga.
( Hadith Riwayat Al-Bukhari )

PENGHAYATAN
1.
2.
3.
4.

Sentiasa berzikir dengan Asma Al-Husna.


Membudayakan sifat-sifat kesempurnaan
dalam kehidupan.
Yakin dengan kesempurnaan Allah.
Menyebut nama-nama Allah ketika berdoa.

INFO TAMADUN6 dari Sifat-sifat


Allah ( asma' Al
Sebagai umat yg beriman dgn AsmaAl-Husna,
Husna) yang
kitahendaklah menjaga nama & imejakan
supaya
dipandang mulia dgn cara menjadi : dibincangkan

Pencipta bukan Pengguna (Kreatif).


dlm tingkatan 2 :

Pemberi bukan Penerima (Produktif).


Pemimpin bukan Dipimpin (Inovatif).

1. Al-Wahid
MINDA BESTARI 2. Ar-Rahman

INFO AL-DIN

3. Ar-Rahim

Tahukah anda, nama yang paling disukai oleh


Allah ialah nama Abdullah dan Abdul Rahman.

Al-Hakim
Cuba anda fikirkan kalau pada masa4.senang
anda
tidak mengingati Allah, bagaimanakah
akan
5. Allah
Al-'Alim
mengingati anda ketika anda susah.6. Al 'Adli

PENILAIAN
1.
2.
3.
4.
5.

Nyatakan pengertian Asma Al-Husna.


Tuliskan naqli bahawa Allah mempunyai 99 nama Asma Al-Husna.
Jelaskan sebab perlunya beriman kepada AsmaAl-Husna.
Terangkan tiga kesan beriman dengan Asma Al-Husna.
Huraikan kelebihan menyebut Asma Al-Husna.

Al Wahid: Allah SWT Maha Esa


Maha Esa Allah
SWT meliputi
pada zat, sifat
dan perbuatan
(afal).

Maksud: Allah SWT bersifat Al Wahid

yang bermaksud Maha Esa.

Maha Esa Allah SWT


pada zat bermaksud Allah
SWT memerintah dan
mentadbir alam ini secara
bersendirian tanpa
bantuan sesiapa.

Maha Esa Allah SWT


pada sifat bermaksud
Allah
SWT bersifat
dengan
sifatsifat
kesempurnaan
yang
berbeza
dengan
sifat
makhluk yang bersifat
lemah.

Maha Esa Allah SWT pada


perbuatan pula bermaksud
perbuatan
Allah
SWT
tidak
menyerupai
perbuatan
makhluk

Kesan beriman dengan sifat Al Wahid


pada akidah:

Kesan beriman dengan sifat Al Wahid


terhadap ibadat:

(a) bebas daripada amalan syirik dan


khurafat;
(b) reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c) yakin dengan pembalasan Allah SWT di
akhirat.

(a) melakukan perintah Allah SWT


dengan ikhlas;
(b) melakukan pekerjaan hanya untuk
mendapat keredaan Allah SWT.

Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:


(a) sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b) sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.
Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:
(a) melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b) melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c) melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan
dengan syariat Allah SWT.

11.2 Ar Rahman: Allah SWT Maha Pemurah


1.

Allah SWT bersifat Ar Rahman yang bermaksud Allah SWT Maha Pemurah.

2.

Bukti-bukti Allah SWT bersifat Ar Rahman:

(a) kurniaan rezeki yang melimpah ruah kepada semua makhluk;


(b) tubuh badan yang sihat dalam menjalani kehidupan.
3.

Kesan beriman dengan Ar Rahman:

(a) lahir individu yang bersifat pemurah kepada orang lain;


(b) sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan Nya;
(c) sentiasa merendah diri walaupun memiliki kekayaan kerana yakin semuanya adalah
kurniaan Allah SWT.
4.

Perbezaan antara pemurah Allah SWT dengan pemurah manusia:

(a) sifat pemurah Allah SWT:

tidak terbatas kerana kekayaan Allah SWT adalah mutlak;


memberi sesuatu tanpa mendapat manfaat, tetapi untuk menguji keimanan
manusia.

(b) sifat pemurah manusia:

terbatas kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang mutlak;


memberikan sesuatu untuk mendapatkan manfaat atau ganjaran.
5.

Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Ar Rahman:

(a) kedekut atau bakhil kepada orang miskin;


(b) bersifat kejam terhadap makhluk Allah SWT;
(c) percaya kekayaan adalah hasil usaha diri sendiri, bukannya daripada Allah SWT.
11.3 Ar Rahim: Allah SWT Maha Penyayang
1.

Allah SWT bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang.

2.

Tanda-tanda Allah SWT bersifat Ar Rahim:

(a) Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia;


(b) Allah SWT menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya
dapat beribadat dengan sempurna;
(c) Allah SWT memberi rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang
pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa.
3.

Kesan beriman dengan sifat Ar Rahim:

(a) bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan takbir atas nikmat
yang dikurniakan;
(b) menggunakan nikmat Allah SWT pada jalan kebaikan;
(c) mempertingkatkan ibadat dan amal kebajikan kepada Allah SWT.
4.

Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim:

(a) bersifat bakhil kepada orang miskin;


(b) suka bergaduh dan bersifat bengis terhadap orang lain;
(c) menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.
5.

Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:

(a) sifat Ar Rahman:

untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam;


untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan
sebagainya.

(b) sifat Ar Rahim:

khusus untuk orang yang beriman saja;


untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan
sebagainya.
11.4 Al Hakim: Allah SWT Maha Bijaksana
1.

Allah SWT bersifat Al Hakim yang bermaksud Allah SWT Maha Bijaksana.

2.

Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Hakim:

(a) cap jari manusia yang berlainan antara individu dengan individu yang lain;
(b) kejadian tanam-tanaman yang beraneka jenis dan rasa;
(c) kejadian binatang yang pelbagai bentuk dan rupa.
3.

Kesan beriman pada Al Hakim:

(a) bersyukur dengan kejadian Allah SWT yang sempurna;


(b) bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan;
(c) menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara.
4.

Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan konsep Al Hakim:

(a) menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan;


(b) tidak berusaha untuk membuat perubahan kea rah kemajuan diri;
(c) banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha.

11.5 Al Alim: Allah SWT Maha Mengetahui


1.

Allah SWT bersifat Al Alim yang bermaksud Maham Mengetahui.

2.

Perbezaan antara ilmu Allah SWT dengan ilmu manusia:

(a) Ilmu Allah SWT:

ilmu Allah SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi;
Allah SWT mengetahui perkara yang nyata dan perkara yang ghaib;

(b) ilmu manusia:

ilmu manusia adalah terbatas, iaitu mereka mengetahui perkara yang berlaku di
sekeliling mereka saja;
manusia hanya mengetahui perkara yang nyata saja serta tidak mampu
menjangkau perkara yang ghaib seperti alam barzakh.
3.

Kesan beriman pada sifat Al Alim:

(a) melahirkan individu yang amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara;
(b) melahirkan ilmuan yang merendah diri kepada Allah SWT;
(c) melahirkan individu yang berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi
mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat.
4.
(a)
(b)
(c)
(d)

Amalan yang bertentangan dengan sifat Al Alim:

tidak berminat untuk belajar;


bersifat sombong dan takbur apabila memiliki ilmu:
memandang ringan terhadap dosa yang dilakukan;
tidak suka memberi sumbangan ilmu yang dimiliki kepada orang lain.
11.6 Al Adl: Allah SWT Maha Adil
1.

Allah SWT bersifat Al Adl yang bermaksud Maha Adil.

2.

Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Adl:

(a) kejadian manusia yang memiliki tubuh badan yang sempurna serta akal fikiran yang
dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil;
(b) Allah SWT memberi rezeki kepada seseorang berdasarkan usaha;
(c) Allah SWT menghisab semua amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia.
3.

Ciri-ciri orang yang adil:

(a) menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik;


(b) membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih
dahulu;

(c) memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat.
4.

Kesan melaksanakan keadilan:

(a) mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam hidup;


(b) perpaduan dan semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam masyarakat;
(c) lahir pakar-pakar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kemahiran.
5.

Akibat tidak berlaku adil:

(a) mendapat kemurkaan Allah SWT serta jauh daripada rahmat Nya;
(b) berlaku perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat;
(c) keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terhakis.
Tajuk: 12 Kesan Beriman Kepada Allah SWT
1.
Tauhid ialah mengesakan Allah SWT iaitu tidak meyamakan Allah SWT
dengan makhluk Nya sama ada dari segi zat, sifat dan perbuatan Nya.
2.
Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tauhid Rububiyyah, tauhid
Uluhiyyah
dan tauhid Asma Wassifa.
3.
Tauhid Rububiyyah bermaksud yakin dan percaya bahawa hanya Allah SWT
saja yang mencipta, mentadbir, memiliki, memelihara dan memerintah seluruh alam.
4.
yang

Tauhid Uluhiyyah bermaksud meyakini bahawa hanya Allah SWT saja


berhak disembah, dipatuhi, diminta pertolongan, digeruni dan dicintai.

5.
Tauhid Asma Wasifat pula bermaksud yakin dan percaya bahawa Allah
SWT
saja yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna
serta
mensucikan Allah SWT daripada segala sifat yang boleh menyerupai
makhluk.
6.

Kesan beriman dengan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah:

(a) kesan terhadap individu:

melakukan amal ibadat dan kebajikan untuk mendapat kebahgiaan hidup di dunia
dan di akhirat;
mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

(b) kesan terhadap masyarakat:

bebas daripada perkara maksiat;


jauh daripada perkara khurafat dan tahyul.

(c) kesan terhadap negara:

negara berada dalam keadaan aman dan makmur;


negara dihormati dan disegani oleh negara-negara luar.
Tajuk: 13 Beriman Kepada Malaikat
13.1 Keunikan Malaikat
1.
Beriman kepada malaikat bermaksud percaya bahawa Allah SWT telah
mencipta sejenis makhluk daripada cahaya yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan
sentiasa
taat dan patuh pada perintah Allah SWT.
2.

(a)
(b)
(c)
(d)

dicipta daripada cahaya;


makhluk yang bersayap;
boleh menjelma dengan rupa lelaki;
sentiasa beribadat kepada Allah SWT.
3.

(a)
(b)
(c)
(d)

Keistimewaan malaikat:

Sifat-sifat malaikat:

tidak mempunyai jantina;


tidak berkahwin;
tidak makan, minum dan tidur;
tidak dapat dilihat oleh makhluk.
4.

Kesan beriman kepada malaikat terhadap individu:

(a) berhati-hati dalam setiap tindakan;


(b) mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.
5.

Kesan beriman kepada malaikat terhadap masyarakat:

(a) berwaspada dalam melakukan sesuatu tindakan;


(b) tekun melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan.
6.

Kesan beriman kepada malaikat terhadap negara:

(a) jabatan kerajaan berjalan dengan baik dan teratur;


(b) negara akan berkembang maju;
(c) organisasi kerajaan akan lebih telus dan berdisiplin.
13.2 Tugas-Tugas Malaikat
1.

Nama dan tugas malaikat yang wajib diketahui:

(a) Jibrail menyampaikan wahyu kepada nabi dan rasul;


(b) Mikail menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki;
(c) Israfil meniup sangkakala pada hari kiamat;

(d)
(e)
(f)
(g)
(h)
(i)
(j)

Izrail mengambil nyawa makhluk;


Munkar menyoal orang mati dalam kubur;
Nakir menyoal orang mati dalam kubur;
Ridhuan menjaga pintu syurga;
Malik menjaga pintu neraka;
Rakib mencatat amalan baik setiap manusia;
Atid mencatat amalan buruk manusia.
2.

Tugas umum malaikat:

(a) mendoakan orang mukmin yang beribadat;


(b) menyelenggara proses kejadian manusia dalam rahim ibu;
(c) membantu tentera Islam menentang musuh.

3.

Perbezaan tugas antara malaikat dengan manusia:

(a) tugas malaikat:

melaksanakan tugas tanpa ganjaran pahala;


sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT dan tidak diperintahkan untuk
memakmurkan kehidupan dunia.

(b) tugas manusia:

melaksanakan tugas dan mendapat ganjaran pahala;


di samping melakukan ibadat kepada Allah SWT, manusia diwajibkan
memakmurkan dunia.
13.3 Kesan Beriman Kepada Malaikat
1.
Kesan beriman kepada malaikat dari aspek perkataan, perbuatan, hati
dan pemikiran seseorang:

(a) aspek perkataan:

bercakap sesuatu perkara yang baik;


berzikir, bertasbih dan membaca al Quran;
mengajak orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

(b) aspek perbuatan:

sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT;


hormat dan patuh pada ibu bapa, guru dan pemimpin;
istiqamah dalam beribadat kepada Allah SWT.

(c) aspek hati:

ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT;


teguh hati dalam menghadapi ujian dan cabaran hidup;
takut dan malu apabila hendak melakukan maksiat.

(d) aspek pemikiran:

berfikiran jauh dalam sesuatu perkara;


berfikir supaya menjadi manusia yang terbaik dan mulia seperti malaikat;
bijak dalam membuat keputusan.
Tajuk: 14 Beriman Dengan Kitab-Kitab Suci

(a)
(b)
(c)
(d)

1.
rasul

Kitab suci ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi dan
melalui perantaraan malaikat Jibrail.

2.

Empat buah kitab yang wajib diketahui:

Zabur Nabi Daud;


Taurat Nabi Musa;
Injil Nabi Isa;
Al Quran Nabi Muhammad.
3.
yang
saja.

Suhuf ialah wahyu Allah SWT yang diwahyukan kepada nabi dan rasul
mengandungi hukum-hukum dasar yang berbentuk lembaran-lembaran

4.
Hikmat al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara
beransuransur:
(a) memudahkan Rasulullah SAW menyampaikan ajaran al Quran kerana ia diturunkan
bertepatan dengan peristiwa yang berlaku;
(b) supaya umat Islam mudah memahami dan mengamalkan ajaran al Quran.
5.
(a)
(b)
(c)
(d)

Antara kandungan al Quran ialah:

akidah, contohnya beriman kepada Allah SWT;


ibadat, contohnya menunaikan solat;
akhlak, contohnya berbuat baik kepada orang tua;
muamalat, contohnya jual beli.
6.

Tujuan al Quran diturunkan:

(a) menjadi mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasulullah SAW;


(b) menjadi petunjuk dan panduan kepada manusia dalam semua urusan kehidupan.
7.

Kesan beriman dengan al Quran:

(a) memperoleh hidayat Allah SWT;


(b) mendapat rahmat dan keberkatan dalam hidup;
(c) jiwa dan perasaan sentiasa tenang.
8.

Mukjizat al Quran:

(a) kandungan al Quran terjamin keasliannya sepanjang masa tanpa berlaku sebarang
perubahan;
(b) kehebatannya tidak dapat ditandingi dan tiada seorang pun yang dapat membuat
kitab lain seperti al Quran;
(c) bahasanya sangat indah dan tinggi nilainya yang menjadi rujukan pakar bahasa.

Anda mungkin juga menyukai