Anda di halaman 1dari 10

Tebu merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula.

Terdapat
beberapa spesies tebu, tetapi yang paling biasa dilihat adalah tebu kuning. Terdapat
juga tebu hitam.

Isi kandungan

1 Penanaman dan kegunaan

2 Sejarah

3 Penanaman

4 Pemprosesan
o

4.1 Pengilangan

4.2 Penapisan

4.3 Sirap Tebu Reben

5 Tebu sebagai barang makanan

6 Tebu untuk penghasilan etanol (sebagai penggantian untuk gasolin)

7 Lihat juga

8 Pautan luar

Penanaman dan kegunaan[sunting | sunting sumber]


Kira-kira 107 buah negara menanam pokok tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan
(melebihi enam kali jumlah bit gula yang dihasilkan). Pengeluar-pengeluar terbesar
ialah Brazil, India, China, dan Pakistan, dan merupakan melebihi 50% daripada
pengeluaran dunia.

Sejarah
Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya
yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan
dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak
2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis
berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah

tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8
A.D. orang-orang Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia
ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke
Amerika oleh orang-orang Sepanyol.
Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan
sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu
keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru,
pengilangan Eropah danhamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulaupulaunya begitu berharga sehinggakan ia
menukarkan Kanada kepada Britainbagi mendapat
kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang
Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula
di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New
Netherlands (Amsterdam Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima
sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut
memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih
merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados,Repbulik
Dominican, Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu
adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal
dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.
Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau
Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai
keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah
dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari
pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi
industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini,
menjejaskan dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.
Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi
menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi
menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel.

Penanaman
Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan
minima 600 mm (24 inci) setahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang
memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu
menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada [biojisim]]. Dalam wilayah
penanaman utama, seperti Hawai, tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi
setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari.
Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah
jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui

potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan


mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup, dan potongan batang ini
biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang
tebu boleh dituai beberapa kali; setiap kali selepas tuaian, batang asal akan
menumbuhkan pucuk baru, dikenali sebagai ratoons. Biasanya, setiap tuaian
yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan, dan akhirnya pengurangan
hasil menyokong penanaman semula. Bergantung kepada amalan penanaman,
tuaian antara 2 hingga 10 boleh dilakukan antara setiap penanaman.
Tebu digunakan sebagai tumbuhan makanan oleh larva sesetengah
spesies lepidoptera, termasuk kupu-kupu turnip.
Tebu boleh dituai menggunakan tangan atau mekhanikal. Penuaian
menggunakan tangan menyumbang kepada separuh dari pengeluaran dunia,
dan amat berleluasa di negara membangun. Apabila dituai dengan tangan,
ladang tebu akan dibakar. Api merebak dengan cepatnya, membakar daun,
tetapi membiarkan batang dan akar yang dipenuhi air selamat. Penuai kemudian
memotong batang yang tegak pada aras tanah dengan pisau. Penuai tebu yang
mahir mampu memotong 500 kg tebu sejam.
Mesin penuai gabungan tebu, atau penuai pemotong, adalah mesin tuaian yang
pada asalnya dimajukan di Australia. Mesin penuai memotong tebu pada pangkal
batang, menceraikan tebu dari daunnya, dan kemudiannya meletakkan batang
tebu kedalam pedati sementara menghembus daun yang dipotong kembali
keladang. Mesin sedemikian mampu menuai 30 tan tebu sejam, tetapi tebu yang
dituai menggunakan mesin sedemikian perlu dihantar kekilang dengan cepat;
apabila dipotong tebu mula kehilangan kandungan gulanya, dan kerosakan pada
batang tebu semasa tuaian mekhanikal hanya mempercepatkan penguraian ini.

Pemprosesan
Secara traditional, tebu akan diproses dalam dua tahap. Kilang tebu di kawasan
pengeluaran tebu, mengeluarkan gula dari tebu yang dituai segar, menghasilkan
gula mentah bagi pemprosesan semula, dalam bentuk gula kilang putih bagi
kegunaan tempatan. Pengilang gula, sering kali terdapat dalam kawasan
pengguna gula yang tinggi seperti Amerika Utara, Europah, dan Jepun,
kemudiannya akan menghalusi gula mentah bagi menghasilkan gula putih halus,
keluaran yang lebih dari 99% sucrosesepenuhnya. Kedua tahap ini perlahanlahan semakin kabur. Peningkatan kekayaan di kawasan tropik pengeluar gula
mendorong kepada peningkatan bagi gula halus di kawasan tersebut, dan
terdapat trend kearah menggabung pengilangan dan penghalusan di kawasan
tersebut.

Pengilangan

Di kilang tebu, tebu dibasuh, dan kemudiannya dipotong dan dicincang oleh
mata pisau yang berputar. Tebu yang dicincang kemudiannya dicampurkan
berulang kali dengan airdan digelek antara penggelek; air tebu yang terkumpul
(dikenali di Brazil sebagai garapa) mengandungi 1015% sucrose, sementara
pepejal berfiber yang tinggal, dikenali sebagai hampasinggeris: bagasse, dibakar
sebagai bahan api. Hampas menjadikan kilang gula lebih dari berdikari dari segi
penggunaan tenaga; hampas lebihan kemudiannya boleh digunakan sebagai
makanan haiwan, dalam penghasilan kertas, atau dibakar bagi menghasilkan
eletrik bagi grid tenaga tempatan.

Kilang gula di sebuah ladang tebu yang lama di Antigua.


Air tebu kemudiannya dicampurkan dengan batu kapur bagi
menyesuaikan pHnya kepada 7. Ini menghalang penguraian sucrose kepada
glucose dan fructose, dan menyingkir keluar sebahagian kekotoran. Campuran
ini kemudiannya diheningkan, membenarkan kapur dan pepejal terapung lain
mendak dan cecair yang l;ebih jernih ini dipekatkan dalam pengeluwap pelbagai
kesan (multiple-effect evaporator) bagi menghasilkan sirap dengan kandungan
sucrose sekitar 60% menurut berat. Sirap ini kemudiannya dipekatkan dalam
vakum sehingga ia menjadi superpekat, dan kemudiannya disemai dengan
kristal gula. Apabila disejukkan, gula berkristal keluar dari sirap. Mesin
(centrifuge) digunakan bagi mengasingkan gula dari cecair yang tinggal,
atau molasses. Pengkristilan tambahan mungkin dilakukan bagi mengeluarkan
lebih banyak gula dari molasses; baki molasses selepas kesemua gula yang
boleh dihasilkan telah dikeluarkan secara kos-efektif dikenali
sebagai blackstrap.
Gula mentah berwarna kuning hingga gula perang. Sekiranya gula putih
diperlukan buih sulfur dioxida mungkin ditiup melalui air tebu sejurus sebelum
pengelowapan. Peluntur ini menjadikan bahan cemar bewarna menjadi tanpa
warna. Gula yang diluntur menjadi putih melalui proses sulfitation ini dikenali
sebagai putih kilang, putih ladang atau gula kristal. Gula dalam bentuk ini
merupakan bentuk gula yang paling banyak digunakan dinegara penanam tebu.

Penapisan
Dalam penulinan gula, gula kasar ditulinkan lebih lanjut. Mula-mula gula kasar
dicampurkan dengan sirap pekat dan dibersihkan secara centrifuge. Proses ini
dikenali sebagaiaffination; tujuannya adalah bagi membersihkan selaput luar
kristal gula kasar, yang kurang tulin berbanding bahagian dalam kristal. Baki gula
kemudian dilarutkan bagi menghasilkan sirap, sekitar 70% menurut berat
pepejal.
Larutan gula ini kemudiannya dijernihkan melalui campuran asid
phosphorik dan kalsium hidrosida, yang bergabung bagi mengeluarkan kalsium
phosphate. Partikel calcium phosphate memerangkap sebahagian bahan cemar
dan menyarap yang lain, dan kemudiannya terapung di bahagian atas tangki, di
mana ia akan diceduk buang. Pilihan lain kepada
teknik phosphatation adalah karbonatation, yang hampir serupa, tetapi
menggunakan karbon dioksida dan kalsium hidroksida bagi menghasilkan
penyingkiran kalsium karbonat .
Selepas sebahagian baki pepejal ditapis keluar, sirap jernih ini dinyahwarna
melalui penapisan melalui lapisan karbon aktif. Sesetengah baki cemaran
bewarna diserap dalam tapisan karbon. Sirap yang ditulinkan kemudiannya
dipekatkan lagi menjadi amat pekat dan dikristalkan dalam keadaan hampagas,
bagi menghasilkan gula putih tulin. Sebagaimana di kilang gula, kristal gula
dipisahkan dari molasses melalui centrifugation. Gula tambahan diambil dengan
mencampur baki sirap dengan basuhan dari affination dan dikristalkan sekali lagi
bagi menghasilkan gula perang. Apabila tiada lagi gula dapat dihasilkan dengan
mudah, molasses terakhir masih mempunyai 2030% sucrose, termasuk 15
25% glukos dan fructos.
Untuk menghasilkan gula kasar dari mana bijian gula individual tidak melekat
sesama sendiri, gula perlu dikeringkan. Ini dicapai dengan mula-mula
mengeringkan gula dalam pengering pemutar panas, dan
kemudian merawat gula tersebut dengan meniup udara sejuk melaluinya selama
beberapa hari.

Sirap Tebu Reben

Penyejat yang menggunakan dulang sesekat dan pencedok busa untuk membuat sirap tebu reben.
Muzium Persatuan Sejarah Three Rivers di Browntown, Carolina Selatan

Tebu Ribon adalah jenis separa tropika yang dahulunya pernah ditanam secara
meluas di selatan Amerika Syarikat, ke utara sejauh persisiran North Carolina.
Airnya dikeluarkan dengan menggunakan pemerah berkuasa kuda atau baghal,
kemudian cecair itu dididihkan, sama seperti sirap maple, dalam dulang leper,
kemudiannya digunakan dalam bentuk sirap sebagai pemanis makanan lain. Ia
bukannya tanaman perdagangan masa kini, tetapi sebilangan kecil petani cuba
mengekalkan tradisi lama dan mendapati pasaran tersedia bagi keluaran
mereka. kebanyakan pengeluaran tebu di Amerika Syarikat dilakukan
diFlorida dan Louisiana, dan sebahagian kecilnya di Hawaii dan Texas.

Mesin tebu yang digunakan di Malaysiabagi memerah air tebu.

Tebu sebagai barang makanan[sunting | sunting sumber]


Dalam kebanyakan negara di mana tebu ditanam, terdapat beberapa makanan
dan hidangan popular yang dihasilkan darinya, seperti:
Batang tebu yang dimakan terus, yang dimamah bagi mengeluarkan airnya
dan hampas diludah keluar.
Air tebu yang dihasilkan melalui tangan, atau mesin eletrik dangan sedikit
campuran limau nipis dan air batu, menghasilkan minuman yang sedap dan
amat popular.
Molasses, digunakan sebagai pemanis dan juga sebagai sirap bersama
makanan lain, seperti keju
Rapadura, kandi dihasilkan dari gula perang pepejal di Brazil, yang boleh
dimakan dalam blok keras kecil, atau dalam bentuk hancur (tepung), sebagai
tambahan kepadapembasuh mulut lain.

Tebu untuk penghasilan etanol (sebagai penggantian


untuk gasolin
Minat dalam penggunaan tebu bagi menghasilkan ethanol semakin meningkat,
disebabkan kenaikan harga minyak dan gasolin. Brazil telah berjaya
menggunakan ekonomi bahan apinya bagi menggantikan kebanyakan
penggunaan gasolin dengan penggunaan ethanol. Jagung digunakan secara
meluas di Amerika Syarikat bagi penghasilan ethanol. Tebu bagaimanapun
adalah lebih berkesan bagi menghasilkan ethanol. Penggantian
ethanolberasaskan jagung kepada ethanol berasaskan tebu membolehkan
Negara bergantung minyak seperti Amerika Syarikat bagi mengurangkan
pergantungan kepada minyaknya.

Keperluan Tanaman Tebu


Tebu sesuai dalam iklim panas seperti cuaca tropika. Taburan hujan melebihi 600
milimeter (mm)/tahun.Tebu sesuai hidup pada tanah subur dan gembur hingga ke
tanah jenis liat tetapi perlukan sistem saliran yang baik untuk mengelakkan dari air
bertakung. Berikut adalah panduan menanam tebu.

Penanaman Tebu
Penyediaan tanah

Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikan tanah untuk
menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak
putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.

Jika tanah terlalu berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.

Untuk tanaman tebu gula, kebiasaannya alur penanaman dibuat untuk


memudahkan penanaman.

Bahan tanaman dan jarak tanaman

Tebu biasa ditanam menggunakan keratan batang tebu yang diambil dari
bahagian tengah tebu yang dipotong sepanjang 30 sentimeter (sm) yang
mengandungi tiga hingga lima mata tunas.

Batang tebu perlulah sihat, bebas penyakit dan perosak seperti ulat pengorek
batang.

Seludang yang terdapat padat keratan tebu tersebut perlu dibuang dan
dirawat dengan racun kulat untuk mendapatkan kadar pertumbuhan yang
tinggi.

Keratan yang telah dirawat diatur dalam alur sedalam di antara 20 dan 25 sm
dengan jarak alur di antara 120 dan 130 sm.

Mata tunas tebu mestilah menghala kiri dan kanan dan tanah dikambus
longgar untuk memudahkan mata tunas tumbuh.

Penanaman biasa dihalakan pada penghujung musim hujan dan sekiranya


cuaca panas dan kering semasa penanaman, sistem pengairan adalah perlu.

Mata tunas akan tumbuh dalam masa 10 hingga -14 hari jika cukup
kelembapan.

Pembajaan Tebu

Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.

Kadar

pembajaan

yang

biasa

adalah

120N:100P2O5:450K2O

kg/ha

bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.

Setengah dari baja yang membekalkan unsur N dan K serta kesemua baja
yang membekal unsur P diberi semasa penanaman dan baki baja diberi
selepas tiga bulan penanaman.

Selepas baja ditabur, tanah akan ditimbun ke pangkal pokok tebu untuk
mengelakkan baja meruap serta dihakis supaya dapat digunakan secukupnya
oleh pokok di samping dapat mengelak dari pokok tebu mudah tumbang.

Kawalan perosak dan penyakit

Musuh utama tanaman tebu ialah ulat pengorek batang. Beberapa spesies
yang dikenali ialah seperti Eucosma isograma, Phragmatacia spp dan
Proceras sacchariphagus.

Kawalan ulat pengorek batang ini adalah dengan amalan kultura yang baik
dimana pokok-pokok yang diserang hendaklah dimusnahkan di samping
kawalan secara biologi dan kawalan kimia.

Koya Saccharicoccus sacchari adalah juga musuh utama tanaman tebu.


Pengawalannya adalah dengan memusnahkan seludang tebu yang diserang.

Tebu jarang diserang penyakit yang merbahaya dan jarang merabak seperti
penyakit yang disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus.

Pengawalan penyakit adalah dengan menggunakan keratan tebu yang bebas


dari penyakit dan sihat. Semburan racun kimia adalah mengikut keperluan
dan amat penting amalan kultura yang baik seperti membuang pokok-pokok
yang diserang dan mengelak menanam tanaman seperti jagung, sekoi dan
lain-lain dari famili Poacea untuk mencegah penularan penyakit virus.

Pengawalan rumpai

Merumpai dijalankan terutama pada peringkat awal pertumbuhan pokok


dengan cara manual atau menggunakan racun rumpai.

Selepas kerja membaja, merumpai boleh dijalankan serentak selepas itu.

Selepas pokok membesar, merumpai adalah mengikut keperluan kerana


pengawalan awal rumpai akan menyekat pertumbuhannya selepas pokok
tebu tinggi.

Pemungutan hasil Tebu

Kandungan gula sukros dalam tebu akan menentukan kualiti tebu tersebut
dimana kandungnya akan mula meningkat bermula dari sembilan bulan
hingga 14 bulan bergantung kepada penjagaan, jenis tebu dan keadaan
cuaca.

Anggaran hasil adalah di antara 90 dan 120 tan/ha bergantung kepada penjagaan
dan jenis ubi tebu

Anda mungkin juga menyukai