Anda di halaman 1dari 4

Adab Dan Doa Minum Air Zam-Zam

Posted 08/10/2013 by Shafi-Q in Doa Haji Dan Umrah, HAJI. Tagged: Adab/Cara Minum Rasulullah SAW, Adab/Doa
Minum Air Zam-zam/zamzam, Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam. Leave a Comment

.
Umat Islam percaya bahawa air zam-zam adalah kurniaan dan rahmat dari Allah
.Air zam-zam mampu menghilangkan dahaga dan kelaparan. Itulah sebabnya jemaah
umrah dan haji disunatkan meminum air zam-zam sepuas-puasnya terutama selepas
melakukanIbadah Tawaf.
Sesungguhnya Rasulullah ada bersabda: Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum
munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zam-zam. (Hadis riwayat
Addara Qutni dan lbnu Majah).
.
.
A. A. Adab Meminum Air Zam-Zam

Adab ketika minum air zam-zam itu sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian Fuqaha
adalah termasuk dalam hukum sunat, antaranya:
1.
2.
3.
4.
5.

Menghadap kiblat,
Membaca Bismillah sebelum minum.
Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.
Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru
teguk lagi.
6.
Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke arah Kaabah/kiblat.
7.
Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya
sehingga kenyang.
8.
Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah ( baca Alhamdulillah).
9.
Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.

.
.
B. Hadis Ibnu Majah
.
Adab minum air zam-zam ini juga sebagaimana disebutkan dalam hadis oleh Ibnu Majah:
.
Daripada Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Bakr, katanya: Ketika aku duduk di sisi
Ibnu Abbas datang seorang lelaki kepadanya, lalu berkata Ibnu Abbas: Dari mana
engkau datang?
Lelaki itu berkata: Dari perigi zam-zam.
Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau minum dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya.
Lelaki itu berkata: Bagaimana?
Ibnu Abbas berkata: Apabila engkau minum air zam-zam, maka menghadaplah ke kiblat,
sebut nama Allah dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zam-

zam sehingga kenyang dan jika sudah selesai maka pujilah Allah azza wajalla.
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sesungguhnya tanda yang membezakan antara
kita dengan orang-orang munafiq, sesungguhnya mereka tidak minum air zam-zam itu
sehingga kenyang. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
Ibnu Abbas menjelaskan: Apabila minum air zam-zam hendaklah menghadap kiblat,
sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru
teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah ( baca
Alhamdulillah).
.
.
.
B. C. Adab Mengambil Air Zam-Zam

.
1. Sunat melihat dan masuk ke tempat perigi zam-zam.
2. Sunat menggunakan timba bagi mengambil air lalu meminumnya.
3. Merenjiskan air zam-zam ke kepala, muka dan dada.

Kini setelah proses pemodenan dan didirikan kilang pembotolan, orang awam tidak lagi
dibenarkan mengambil dan memasuki ke kawasan sebenar telaga zam-zam.
.
.
.
C. D. Doa Minum Air Zam-Zam

.
1. Doa Ketika Minum Air Zam-Zam
.

.
.
Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zam-zam berdoa:

Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang


memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit. (Hadis
riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat tinggi pekertinya, mendalam
ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

.
.
2. Doa Dan Niat Minum Air Zam-Zam
.

.
.
.
E. Berkata Imam At-Tirmizi
Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata:
Orang yang meminum air Zam-zam itu:

Jika
dia
minum
untuk
kenyang,
maka
Allah
akan
mengenyangkannya.
Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.
Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan
menyembuhkannya dari penyakit.
Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan
mengelokkan akhlaknya.
Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah
akan menghilangkannya.
Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan
mengkayakannya.
Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan
memakbulkannya.
Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah
melindunginya.
Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan
menghilangkan kesusahannya.
Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan
membantunya.

Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab Mukjizat Perubatan Dengan Air
Zam Zam karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim.
.
.
.
F. Penutup
.
Berdasarkan hadis-hadis di atas, betapa pentingnya adab dan niat semasa meminum air zamzam. Sebenarnya, apa jua niat, asalkan niat itu baik dan halal, InsyaAllah ianya akan
dimakbulkan oleh Allah .

.
Allah berfirman :

Berdoalah kepadaKu, nescaya Daku perkenankan doa permohonanmu. Sesungguhnya
orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.
(Surah Al-Mukmin: Ayat 60)

Anda mungkin juga menyukai