Anda di halaman 1dari 7

PENGERTIAN AL-JAMAAH

Al-Jamaah sebagai yang warid menurut pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah

ialah: Makna Jamaah di segi bahasa: Dari kata . Dikatakan: Menyatukan yang
berpecah-belah. Dan Jamaah lawannya berpecah-belah.[1]
Lafaz jamaah terdapat di beberapa hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu alaihi
wa-sallam:

Tangan Allah bersama Jamaah.[2]

Semuanya di neraka kecuali satu iaitu jamaah.[3]
.
Semuanya di neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah.[4]
Al-Jamaah juga secara bahasa diambil dari kalimah ( )al-Jamu iaitu:
Pertama: Al-Jamaah bermaksud:
(1). Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai).[5]
(2). Bersatu dan lawannya berpecah-belah.
(3). Perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama.[6]
Kedua: Golongan yang terbesar atau yang paling ramai ( ) dari kalangan umat
Islam.[7] Termasuk juga para ahli ilmu, imam-imam mujtahid[8] dan para awliya.
Ketiga: Golongan para ulama yang mujtahid.[9]
Keempat: Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah satu amir (pemerintah Islam).[10]
Kelima: Secara khususnya ialah para sahabat Nabi Muhammad.[11] Pengertian ini diambil
dari sabdanya:

Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat
petunjuk.[12]

Keenam: Setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad[13] walaupun seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:
:
Al-Jamaah: Iaitu yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku.[14]
Berkata Imam Syatibi rahimahullah berkaitan hadis di atas:
Nabi sallallahu alaihi wa-sallam tidak menjelaskan firqah (golongan) yang berjaya kecuali
menunjukkan sifat mereka. Tidak dikatakan misalnya: Aku dan sahabat ku. Tetapi disebut
sifatnya (manhajnya), iaitu: Apa yang ada pada aku (seperti manhaj aku) dan para
sahabatku. Tidak diragukan lagi bahawa para sahabat termasuk apa yang disifatkan oleh
baginda (tentang kesempurnaan manhajnya. Pent). [15]
Beliau meneruskan lagi:
Ini bermakna kemenangan tidak dikhususkan kepada sesiapa yang telah berlalu sebaliknya
meliputi setiap yang mendatangkan (mengikut/mencontohi) sifat-sifat golongan yang berjaya
sehinggalah ke Hari Kiamat.[16]
Contoh Jamaah yang berjaya tentulah Jamaah Nabi dan para sahabat baginda sebagaimana
disebut:
:
Al-Jamaah: Ia adalah yang berada di atas contoh (seperti) apa-apa yang aku dan para
sahabatku berada di atasnya pada hari ini.[17]
Berkata Abu Syamah rahimahullah:
Setelah datang perintah agar sentiasa dalam jamaah maka yang dimaksudkan dengan jamaah
ialah sentiasa komitmen (iltizam) mengikut kebenaran dan berjamaah, sekalipun yang
berpegang dengan kebenaran itu sedikit dan yang menentangnya ramai. Kerana kebenaran
yang sebagaimana pada jamaah pertama dari golongan para nabi dan para sahabat tidak
pernah terkesan walaupun melihat kepada banyaknya ahli batil semasa atau selepas mereka.
[18]
Kenyataan Abu Syamah amat bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Ibn Masoud
radiallahu anhu:

.
Sesungguhnya kebanyakan manusia akan meninggalkan Jamaah, sesungguhnya Al-Jamaah
ialah apabila mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan).[19]
Berkata Abu Syamah rahimahullah:
Apabila telah datang perintah agar komitmen kepada al-Jamaah, yang dimaksudkan
dengannya ialah beriltizam pada al-Hak (kebenaran) dan mengikutinya, walaupun yang

berpegang kepada kebenaran amat sedikit, yang meninggalkannya amat banyak. Kerana
kebenaran yang berada bersama pada Jamaah yang pertama bersama Nabi sallallahu alaihi
wa-sallam serta para sahabat radiallahu anhum tidak pernah melihat kepada ramainya ahli
batil sesudah mereka.[20]
Berkata juga Naim bin Hammad:
.
Iaitu apabila telah rosak sekalian jamaah maka bagimu mengikut sebagaimana jamaah yang
belum rosak sekalipun engkau seorang diri kerana bahawasanya engkau dikala itu dalam
jamaah.[21]
Oleh yang demikian Ibnu Qaiyim berkata:
Keseluruhan manusia dizaman Imam Ahmad bin Hambal telah tergelincir hatinya ()
kecuali sedikit yang masih di atas kebenaran maka yang sedikit itulah yang dalam Jamaah.
Yang diketika itu para kadi (gabenor/pembesar), para mufti dan Khalifah mereka semua telah
tergelincir (akidah mereka) hanya Imam Ahmad seorang sahaja dalam Jamaah.[22]
Imam Ahmad, pada zamannya dianggap dalam Jamaah walaupun keseorangan dalam
menegakkan kebenaran, yang mana beliau mempertahankan kebenaran bahawa Al-Quran itu
adalah Kalamullah bukan makhluk. Beliau ditentang oleh seluruh kadi, mufti dan Khalifah
yang sudah rosak pemahamannya kerana meyakini bahawa al-Quran itu makhluk. Menurut
pengertian dan hakikat Jamaah maka Imam Ahmad tetap dalam Jamaah kerana beliau berada
di dalam kebenaran dan mempertahankannya. Dengan ini jelaslah bahawa kebenaran itu
adalah al-Quran dan as-Sunnah. Al-Jamaah adalah sesiapa yang kembali kepada kebenaran
(al-Quran dan as-Sunnah) mengikut manhaj para sahabat kerana para sahabat sentiasa
memelihara dan mengikut kebenaran yang diturunkan kepada Rasullullah yang berupa alQuran dan as-Sunnah. Allah berfirman:
.

Kebenaran itu dari Tuhanmu sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang
yang ragu.[23]
Dari ayat inilah Ibn Qaiyim rahimahullah berpendirian bahawa Imam Ahmad rahimahullah
adalah contoh ketabahan ulama yang mempertahankan Jamaah walaupun kebanyakan dari
mereka telah menyeleweng. Ini ditegaskan oleh beliau dalam ucapannya:
Telah menyimpang manusia semuanya pada zaman Imam Ahmad bin Hambal kecuali
beberapa orang sahaja yang masih dalam Jamaah. Dimana para kadi dimasa itu dan para
mufti serta khalifah dan pengikut mereka semuanya telah menyimpang namun Imam Ahmad
bersedirian dalam Jamaah.[24]
Antara penafsiran yang paling tepat (rajih) tentang Jamaah ialah:
Mereka yang tergolong dari kalangan sahabat kerana sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan
golongan yang teramai ( ) mengikut fahaman salaf yang paling hak.[25]

Dengan ini sesiapa yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik maka ia digolongkan
sebagai al-Jamaah. Ada pun antara nama-nama jamaah yang diberikan namanya oleh
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam ialah:
1- Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar.[26]
Digelar Ahli Hadis kerana beramal dan menyibukkan diri mereka dengan hadis Rasulullah
sallallahu alaihi wa-sallam. Dan digelar Ahli Athar kerana mereka para sahabat Nabi yang
paling memahami hadis, mengamalkan, paling mengetahui untuk membezakan antara yang
hak dengan yang batil dan sentiasa berhujjah dengan hadis.
Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:
Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul
Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadis, percekcokan pada golongan Muktazilah,
pembohongan pada ar-Rafidhah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii.[27]
Berkata Abdul Qadir Jailani rahimahullah:
Sesungguhnya Ahli Sunnah, mereka tidak mempunyai nama kecuali nama yang satu iaitu
Ashabul Hadis.[28]
2. Firqah an-Najiyah, Firqah al-Mansurah atau At-Taifah an-Najiyah, at-Taifah al-Mansurah.
Berkata Ibn Taimiyah:
Apa yang dikatakan Firqah an-Najiyah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu
alaihi wa-sallam. Ia adalah syiar (Ahli sunnah). Dinamakan Firqah an-Najiyah kerana
mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah.[29]
3. Ahli Ittiba. Dinamakan Ahli Ittiba kerana berittiba (mentaati) al-Quran, as-Sunnah serta
athar para sahabat.
3. Al Guraba ( )bermaksud: Golongan yang aneh, asing, luar biasa, dagang atau
sedikit:
.

Islam itu bermula dengan aneh maka akan kembali menjadi aneh maka berbahagialah orang
yang aneh.[30]
:
Sufyan ath-Thauri berkata: Berwasiatlah kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana
mereka ghuraba.
Paling tepat dinamakan al-Jamaah ialah: Mereka yang termasuk dalam nama-nama yang
berkaitan dengan Jamaah Islamiyah yang mengikuti manhaj para sahabat, tabiin, tabiut attabiin dengan baik, terutama para ulama mujtahid yang berpegang kepada al-Kitab dan asSunnah.[31] Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat.

Imam Malik rahimahullah ketika ditanyakan kepada beliau siapa Ahli Sunnah, beliau
menjawab:

.
Ahlu Sunnah adalah mereka yang tidak memiliki gelaran tertentu yang mereka dikenali
dengan gelaran tersebut. Mereka bukan Jahmiyah, bukan Qadariyah dan bukan Rafidhah.
[32]
Selain yang bermanhaj Salaf, mereka adalah Ahli Bidah. Keterangan ini diambil dari athar
Ibn Abbas apabila menafsirkan Firman Allah:[33]
.

Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam
muram.[34]
Menurut Ibn Abbas radiallahu anhu:
Orang yang putih berseri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang
hitam muram mukanya ialah ahli bidah atau orang yang sesat.[35]
Dan sesiapa yang meninggalkan manhaj Salaf as-Soleh adalah firqah yang terkeluar dari Ahli
Sunnah wal-Jamaah kerana Rasulullah bersabda:
.
: : .
Akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda
ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Al-Jamaah.[36]
Dalil yang menjelaskan hanya yang berpegang kepada al-Quran, as-Sunnah, athar dan
bermanhaj Salaf as-Soleh berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berdasarkan
hadis:
.
(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku hari ini dan para sahabatku.[37]
Diperintahkan agar bermanhaj akidah dan amal seperti manhajnya para sahabat, tabiin dan
tabiut at-tabiin kerana mereka para salaf yang wajib diikuti manhajnya. Firman Allah:


Hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin.[38]
Yang dimaksudkan syuhada, solehin dan siddiqin adalah para sahabat kerana mereka adalah
golongan Salaf sebenar. Dan bermanhaj Salaf adalah suruhan al-Quran. Firman Allah:

Ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu.[39]


Mereka yang kembali ke jalan Allah tentulah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka
mematuhi firman Allah:
.

Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, janganlah kamu
mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran.
[40]
Mengikut apa yang telah diturunkan ialah kembali kepada wahyu. Wahyu ialah Al-Quran
dan sunnah Rasulullah berdasarkan firman Allah:

Tiadalah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu wahyu yang
diwahyukan.[41]
Adapun syiar Ahli Sunnah wal-Jamaah itu ialah mengikuti (manhaj) Salaf as-Soleh dan
meninggalkan segala bentuk bidah serta perkara-perkara baru yang dimasukkan ke dalam
agama.[42]

[1]. Lihat: (1). Lisan al-Arabi 8/53 () .


Lihat: (2). 3/157 Ibn Taimiyah.
[2]. H/R Turmizi dalam Sunannya 6/334.
Diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak 1/115, 116
[3] . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitabul Ilm. Disahihkan
oleh Ibn Majah sebagaimana menurut al-Albani 2/364. Kitab alFitn.
[4] . H/R Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm.
[5]. Lihat: (1). 1/20 . Khalid bin Abdul Latif.
(2). ( ): . Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi.
[6]. Lihat: (1) Jld. 3. Hlm. 157.
(2). ( ): . Jld. 1. Hlm. 135.
[7]. Lihat: H/R At-Tabari dalam Al-Kabir (1/320).
[8] . Inilah yang diutamakan oleh Imam Bukhari, lihat dalam Sahihul
Bukhari 13/316. Fathul Bari bab: Dan
lihat: Sunan at-Turmizi. 6/335.
[9]. (1). Ini kata-kata Amru bin Qais dalam 2/492 .. Ibn Battah
(2). Perkataan Bukhari di dalam kitab sahihnya (13/328).
(3). Turmizi dalam sunnannya (4/467).
[10]. Lihat: Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi. Fathul Bari 13/38.
[11]. Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam Hlm. 22.
[12]. H/R Ahmad 4/162. Abu Daud 5/13. Turmizi 7/437 dan Ibn
Majah 1/15.
[13]. Lihat: Hlm. 22. Al-Barbahari.
[14]. Lihat: 340-7/399 . Berkata Turmizi: Hadis ini hasan

dan gharib. Lihat: No. 203 atau 1192.


Syeikh Al-Albani.
[15] . Lihat: 289-2/287 . As-Syatibi.
[16] . Ibid.
[17] . As-Sahihah No. 203 dan 1492.
[18] . Lihat: hlm. 22. Abu Syamah.
Tahqiq Uthman Ahmad Ambar. Cetakan pertama Mesir.
[19]. Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali. Hlm. 22.
Abu Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani.
Lihat: hlm. 91-92. Tahqiq Masyhur
bin Hasan Salman.
Lihat: Syarah Usul iktiqad. No. 160. Al-Lalikaii.
[20] . Lihat: Hlm. 22 Abu Syamah
Ditahqiq: Uthman Ahmad Anbar. Cetakan Pertama 1978 Mesir.
[21] . Lihat: 3/397 . Ibnu Qaiyim.
[22] . Ibid.
[23]. Al-Baqarah, 2:147.
[24] . Lihat: 3/397 . Ibnul Qaiyim.
[25]. Lihat: 23 /1 . .
[26]. Lihat: 1/290 Abu al-Hasan Ali Bin Ismail al-Asyari
[27]. Lihat: Bahaya Taqlid Buta & Tasub Mazhab. Hlm. 81. Rasul
Dahri.
[28]. Lihat: 1/71 Abdulqadir Jailani. Darul Marifah.
Bairut. Cetakan kedua.
[29]. Lihat: Jld. 3. Hlm. 457. Ibn Taimiyah.
[30]. H/R Muslim.
[31]. Lihat: Juz 1
Hlm.23.
[32] . Lihat: hlm. 35. Ibn Abdil Barr.
[33]. Lihat: 1/23 .
[34] . Ali-Imran, 3:106.
[35]. Ibid.
[36]. H/R Ibn Majah (2/1322). Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi
dalam (). Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam kitab
( ) .
[37]. Lihat: H/R Turmizi. (( ) 240-7/399).
[38]. Taha, 20:119.
[39] . Luqman, 31:15.
[40] . Al-Araf, 7:3.
[41] . An-Najm. 54:3-4.
[42] . Lihat: 1/364 . Al-Asbahani.

Anda mungkin juga menyukai