Anda di halaman 1dari 23

1.

KONSEP DAN PENGERTIAN

1.1 Pengertian Fiqh


Fiqh
bererti

pada bahasa bererti faham atau tahu. Menurut istilah, fiqh

ilmu

yang

menerangkan

tentang

hukum-hukum

syara

yang

berkenaan dengan amal perbuatan manusia yang diperoleh dari dalil-dali


tafsil (jelas).Orang yang mendalami fiqh disebut dengan faqih. Jamanya
adalah fuqaha, yakni orang-orang yang mendalami fiqh.
Dalam kitab Durr al-Mukhtar disebutkan bahwa fiqh mempunyai dua
makna, yakni menurut ahli usul dan ahli fiqh. Masing-masing memiliki
pengertian dan dasar sendiri-sendiri dalam memaknai fiqh.
Menurut ahli usul, Fiqh adalah ilmu yang menerangkan hukum-hukum
shara yang bersifat fariyah (cabang), yang dihasilkan dari dalil-dalil yang
tafsil (khusus, terinci dan jelas). Tegasnya, para ahli usul memberi pengertian
fiqh adalah mengetahui fiqh adalah mengetahui hukum dan dalilnya.
Menurut para ahli fiqh (fuqaha), fiqh adalah mengetahui hukum-hukum
shara yang menjadi sifat bagi perbuatan para hamba (mukallaf), iaitu: wajib,
sunnah, haram, makruh dan mubah.
Lebih lanjut, Hasan Ahmad khatib mengatakan bahawa yang dimaksud
dengan fiqh Islam ialah sekumpulan hukum syara yang sudah dibukukan
dari berbagai mazhab yang empat atau mazhab lainnya dan dinukilkan dari
fatwa-fatwa sahabat dan tabiin, baik dari fuqaha yang tujuh di madinah
mahupun fuqaha makkah, fuqaha sham, fuqaha mesir, fuqaha Iraq, fuqaha
Basrah dan lain-lain.

1.2 Pengertian Usul Fiqh


Ditinjau dari sisi kedua kata (yang menyusunnya), iaitu kata ushul dan
kata fiqh. Adapun ushul (), merupakan jama dari ashl (), iaitu apaapa yang menjadi pondasi bagi yang lainnya. Oleh kerana itu, ashl jidar (
)dan ashl syajarah ( ) ertinya akar pohon.
Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat
perumpamaan yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan
cabangnya (menjulang) ke langit
(QS Ibrahim : 24).
Sementara fiqh, secara bahasa ertinya pemahaman, berdasarkan
firman Allah taala, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka
memahami perkataanku (QS Thoha: 27-28)
Fiqh secara istilah ertinya pengenalan terhadap hukum-hukum
syari, yang sifatnya amaliyah, dengan dalil-dalilnya yang detail.
Maksud perkataan kami pengenalan iaitu secara ilmu (yakin) dan
zhon (dugaan), kerana pengenalan terhadap hukum-hukum fiqh terkadang
menyakinkan dan terkadang bersifat dugaan sebagaimana yang terdapat di
banyak masalah-masalah fiqh.
Maksud perkataan kami hukum-hukum syari iaitu hukum-hukum
yang didatangkan oleh syariat seperti wajib dan haram, maka tidak
merangkumi

hukum-hukum

akal

(logika)

seperti

mengetahui

bahwa

keseluruhan itu lebih besar dari sebagian, dan juga tidak merangkumi

hukum-hukum kebiasaan, seperti mengetahui bahwa gerimis biasanya akan


turun di malam yang dingin jika cuacanya cerah.

Maksud perkataan kami amaliyah adalah perkara-perkara yang


tidak berkaitan dengan keyakinan (akidah), contoh amaliyah tersebut
iaitu solat dan zakat, maka fiqh tidak merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan dengan keyakinan seperti mentauhidkan Allah, ataupun mengenal
nama dan sifat-Nya, yang demikian itu tidak dinamakan fiqh secara
istilah.Maksud perkataan kami dengan dalil-dalilnya yang detail adalah
dalil-dalil fiqh yang berhubungan dengan masalah-masalah fiqh yang
terperinci. Berbeza dengan usul fiqh, kerana pembahasan di dalam usul fiqh
tersebut

2.0 KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIHA


( setiap pekara dinilai berdasarkan niat dan matlamatnya )

2.1 Pengertian
Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu daripada kaedah
yang digunakan oleh para Fukaha dalam dalam Qawaid Fiqhiyyah.

Pengertian al-Umur Bi Maqasidiha Kaedah ini membawa maksud tiaptiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira
berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf
bergantung kepada apa yang diniatkannya. Kaedah ini diambil brdasarkan
sabda Rasulullah s.a.w:


.
.

Yang

bermaksud:

berdasarkan

niat,


sesungguhnya
dan

setiap

sesungguhnya

pekerjaan

bagi

setiap

itu

diambil

orang

apa

kira
yang

diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka

hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana
dunia yang ingin diperolehinya, atau berhijrah kerana wanita yang ingin
dikahwininya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.
(riwayat Muslim)

Selain daripada ini terdapat banyak lagi hadith-hadith Rasulullah yang


menyebut tentang amalan yang dilakukan berdasarkan niat. Oleh sebab
kerana itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu
samaada diberi pahala atau pun dosa. Jadi amalan yang tidak disertakan
dengan niat tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada perbuatan
seseorang mukallaf. Kaedah ini lebih menumpukan kepada niat seseorang
mukallaf dalam melakukan sesutu perkara yang berkaitan dengan hukum
syarak.

2.2 Skop Kaedah


Terdapat beberapa bidang dan skop kaedah fekah yang termasuk dalam
kaedah al-Umur Bi Maqasidiha yang mana ianya boleh di katogerikan kepada
empat bahagian antaranya:
1. Semua perkara yang berkaitan dengan perkara ibadat serperti puasa,
sembahyang, berwuduk, dan sebagainya, contohnya sembahyang
seseorang itu tidak akan sah sekiranya tidak disertai dengan niat, atau
pun puasa seseorang itu terbatal jika tidak disertai dengan niat pada
waktu yang telah di bolehkan.

2. Semua hukum yang berkaitan dengan keluarga seperti penceraian


(secara kinayah atau sindiran), rujuk dan lain-lain lagi, contohnya jika
suami yang melafazkan cerai kepada isterinya melalui lafaz kinayah
ianya memerlukan niat, jika sebaliknya talak tidak akan berlaku.

3. Semua hukum yang berkaitan dengan muamalat seperti hutangpiutang, jual-beli,sewaan dan lain lain lagi, contohnya semasa akad
jual beli penjual dan pembeli hendahlah disertakan niat semasa akad
jual beli berlangsung.jika tidak disertai dengan niat maka jual beli
tersebut tidak sah.
4. Semua

hukum

membunuh,

yang

zina,

berkaitan

mencuri

dan

dengan

hukum

sebagainya.

jenayah

Sebagai

seperti

contohnya

membunuh dengan tanpa niat, dimana pembunuh bukanlah berniat


untuk membunuh seseorang tetapi berlaku dalam keadaan tidak
disengajakan maka dia tidak akan dikenakan hukuman qisas iaitu
bunuh balas tetapi akan dikenakan diat. Kaedah ini adalah bertujuan
untuk memelihara hak masing-masing dan merupakan salah satu cara
untuk menentukan hukum mengikut kesesuainya, agar kemaslahatan
umat Islam dapat diselesaikan dengan bijaksana dan bertepatan
dengan

masalah

yang

berlaku

pada

waktu

tersebut,

walau

bagaimanapun dalam kaedah ini niat memainkan peranan yang sangat


penting dalam menentukan sesuatu hukum tersebut sama ada halal
atau haram, mahupun sah atau batal.
2.3 Pembahagian kaedah al-umur Bi maqasidiha
Kaedah ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah yang merupakan
pecahan kecil dari kaedah ini, antaranya ialah:

Kaedah ini bermaksud yang dikira dan diiktibar dalam akad ialah
tujuan dan matlamatnya, bukan lafaz atau ucapan. Untuk itu mestilah
menggunakan ucapan atau perkataan tertentu dalam urusan akad, supaya

niat tersebut menjadi sah dan dikira dalam syarak. Berdasarkan kaedah ini,
maka terbentuklah larangan syarak atau kaedah larangan membuat akad
dengan tujuan yang bertentangan dengan ucapan dan sifat akad.

Contohnya, akad yang berunsur atau bertujuan riba, akad perkahwinan


yang bertujuan untuk tahlil, kerana semua itu bukanlah bertujuan atas dasar
yang dikehendaki oleh syarak malah ianya adalah bertentangan sama sekali
dengan kehendah syarak maka akad tersebut adalah salah dan haram disisi
syarak.[5]

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang
bermaksud: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
derdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan
terhoyang-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah
disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu
sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba.
Maka jelaslah disini bahawa sesuatu niat yang bertentangan dengan
hukum syarak adalah haram sama sakali dilakukan, kerana niat tersebut
membawa kepada kemukaan Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw
yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: Allah melaknat
muhallil dan muhallalnya. Oleh itu, wajarlah bagi umat Islam menghindari
setiap perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.

Kaedah ini merupakan kaedah kedua dari pecahan kaedah al-Umur Bi


Maqasidiha, dimana ianya menfokuskan kepada niat seseorang dilakukan

dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan


perkataan atau lafaz yang mutlak, boleh menjelaskan dan menerangkan
lafaz dan perkataan yang mujammal. Sumpah yang mengkhususkan lafaz
yang am contohnya, seseorang bersumpah dengan berkata: demi Allah aku
tidak akan bercakap dengan seseorang pun. Sumpah jenis ini boleh kira
samada am atau umum, tetapi ia dapat mengkhususkan jika ia berniat tidak
mahu bercakap seseorang yang tertentu sahaja bukan dengan semua orang.
Manakala sumpah yang memuqayyadkan lafaz-lafaz yang mutlak pula
seperti seseorang itu bersumpah dan berkata: Demi Allah aku tidak akan
makan daging. Sumpah ini boleh diikatkan jika ia berniat tidak makan
daging kambing sahaja. Adapun sumpah yang berbentuk mujammal
berkaitan dengan sumpah yang boleh menerangkan sesuatu lafaz tersebut,
contohnya seseorang bersumpah dengan berkata: Demi Allah aku tidak
memakai al-jun. sumpah mujammal boleh ditafsirkan dengan kain putih
atau kain hitam. Maka sumpah tersebut bergantung kepada niat seseorang
mengikut penjelasannya.

2.4 Kesimpulan
Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu kaedah Fiqhiyyah yang
boleh digunakan oleh ahli fuqaha pada hai ini dalam menyelesaikan
masalah ummah yang tidak terdapat didalam nas al-Quran dan al-hadith,
sama ada menggunakan kedah ijtihad, qiyas dan sebagainya, ulamak pada
hari ini juga perlu bijak menggunakan fikiran mereka dalam mengeluarkan
hukum, dimana hukum yang dikeluarkan mestilah bersumberkan al-Quran,
al-Hadith, Qiyas dan ijmak Ulamak kerana setiap masalah yang berlaku
berbeza mengikut peredaran zaman, dan agar hukum yang dikeluarkan
bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan zaman tersebut. Dapat
disimpulkan juga disini, bahawa setiap sesuatu perbuatan Mukallaf itu akan
dikira berdasarkan niatnya, jika niatnya kearah kebaikkan maka dia akan
mendapat pahala, namun jika sebaliknya ia akan mendapat kemurkaan

daripada Allah swt. Niat juga merupakan salah satu alat pengukur bagi
perbuatan

seseorang

mukallaf

sama

ada

dari

segi

ibadah,muamat,muanakahat mahupun jenayah. Sesuatu ibadat itu akan


sempurna jika sesuatu perbuatan itu disertakan dengan niat.

_____________________________________________________________________
[1] Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul
Fiqh,Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 1997, hlm.248.
[2] Ibid, hlm. 284-285.
[3] Ibid, hlm.286-287.
[4] Ibid, hlm 287-288.
[5]Ibid,hlm.290.
3.0 KAEDAH AL MUSYAQQAH TAJLIBUS TAISIR
( kesusahan membawa kemudahan )

3.1 Pengertian
Kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan
dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu

diringankan , tidak seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Quran


dan hadis :
a)

Sebagaimana firman Allah:










Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki
kamu menanggung kesukaran.

b)

Firman Allah lagi:



Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan)

b)

Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan


Muslim :



Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk
menyusahkan.

Berdasarkan kaedah ketiga tersebut, meletakkan bebanan itu menjadi


kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga
menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep
kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan
dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan
musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.

Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian


manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan
seperti: kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan
menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu
musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah
atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan
kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka.

Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh
menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau
rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah,
sudah pasti manusia tidak akan hidupmu sempurna.

Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki,


mereka akan kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib
kemudian barulah berserah kepada Allah.h.

3.2 Tujuan Musyaqqah


Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan
tertenu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:
1.Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau
keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti
tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan.
Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau
harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh
membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh
membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada
pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.

2.

Adapun mushaqqah atau

kesusahan

biasa

yang

tidak

boleh

dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah, Iaitu kesusahan yang


tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya
berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari,
tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.

3.3 Sebab-sebab Rukhsah


Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat
memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab
atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh
perkara:
1.Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan
qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih
daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.

2. Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap


pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika
dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang
mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota
badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa
menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu
juga bagi orang yang beriktikaf diharuskan ia keluar dari masjid dan
menggantikan

orang

lain

untuk

mengerjakan

ibadat

haji,

dan

diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor


melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.

3. Paksaan, orang yang dipaksa dan diugut dengan sesuatu tindakakn


yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa

supaya

melafazkan

perkataan

kufur

maka

harus

ia

berlafaz

dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.

4. Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti


mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan
puasa.

5.Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada


keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah
menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka
syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.

6.Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara) juga termasuk di dalam


sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit
dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air
kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis,
begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempattempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.

7.Kekurangan,
dibebankan

juga

ke

atas

termasuk

didalam kaedah ini

kanak-kanak(taklif)

dan

orang

seperti

tidak

gila.

Kaum

perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat,


jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan
emas.

3.4 Pecahan Kaedah


Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa pecahan iaitu:





Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas.

Contohnya seorang wanita yang kehilangan walinya (tidak diketahui


dimana dia berada, hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim
ditempat itu, maka bolehlah ia melantik seorang lelaki sebagai wali tahkim
bagi

mengahwinkan

dengan

lelaki

pilihannya.

Selain

itu,

diharuskan

perempuan yang beridah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti


bekerja untuk saran hidup.







Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit.

Maksudnya apabila darurat telah telah menimpa seseorang atau jemaah,


kalau beramal dengan hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa
akan menyulitan dan membebankan mereka untu melaksanakannya, maka
kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana
darurat itu masih wujud. Inilah makna sesuatu perkara apabila tersepit akan
menjadi luas.

Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali

hukum kepada asal ia disyariatkan. Inilah yang dimaksudkan apabila


menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan sempit.

4.0
( kemudharatan hendaklah dihapuskan )
Pengertian 4.1
Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus
dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan
demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa
maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan
perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama. Dalil asas
kepada kaedah ini ialah sabda Rasulullah SAW :


.Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan
Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan
kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.
Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib dihindarkan sama ada
kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus. Sebagai
rumusannya, seseorang insane itu tidak boleh sama sekali melakukan
kemudaratan terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak boleh
pada bahagiannya. Hal ini kerana dengan kemudaratan itu membawa erti

menyertakan kerosakan kepada orang lain. Oleh itu, jumhur ulama


menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum Muslim adalah
wajib dijauhi. Selaras dengan kata-kata Imam al-Shatibi yang mengatakan
bahawa sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan
kepada manusia.

Pecahan kaedah 4.2


Berdasarkan kaedah ini, terbahagi pula kepada beberapa bahagian dan
:cabang. Antaranya


.kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan
Kaedah ini bermaksud,biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun
bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi jika
lahir bahaya yang lebih besar. Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu
tidak boleh sama sekali dihilangkan dengan kemudaratan juga. Hal ini
kerana seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia bertentangan dengan
kaedah asas. Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah
asas sebelumnya. Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan
menambahkan masalah yang lebih besar. Hukum-hukum furu yang lahir
: daripada kaedah ini ialah
Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan

.orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makananya diambil

Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah

kepada pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil


.menyebabkan pula orang itu tenat atau membawa kepada kematian
Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika

.dibimbangi memudaratkannya


kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan
.yang lebih ringan
Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah yang sebelumnya yang mana
membawa maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu masa
secara serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih berat
seharusnya dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang lebih ringan.
Dalam keadaan lain, kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua
kemudaratan, atau apabila bertentangan antara dua kemudaratan,
hendaklah diperhatikan mana yang lebih besar bahaya. Iaitu dengan
dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar
: kemudaratannya. Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah
Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih besar.
Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika
dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.
Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja
sebarang kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara terangterang bimbang akan membahayakannya.
Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang,
boleh sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu.



menolak kerosakan didahulukan daripada mengambil
.kemaslahatan
Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang
membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan,
pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan. Oleh
itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk
mendapat kebaikan yang sedikit. Hal ini kerana dibimbangi kerosakan
tersebut akan merebak hinggalah menyebabkan lahirnya kemudaratan yang
: lebih besar. Firman Allah SWT
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak
dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
.manfaatnya
: Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah
Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih
besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan yang
sedikit.
Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk
membawa kemaslahatan seperti mendamaikan dua pihak yang bertelagah.
Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang
yang berpuasa adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya.

Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk menolak


.kemudaratan berbentuk am
Kaedah ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan dan
bahaya. Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan
mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu hendaklah
ditempuhi kemudaratan khusus bagi menghindarkan kemudaratan yang
lebih umum. Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus
adalah kurang jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk
umum. Antara hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :
Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah
diletakkan di bawah kawalan dan penjagaan rapi.
Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam
.menyebarkan fitnah dan ajaran sesat
Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai
unsur-unsur ganja dan candu serta yang boleh dijadikan bahan
penyalahgunaan dadah, untuk memebendung bahaya dalam masyarakat.


.Kemudaratan dibendung semungkin yang dapat
Kaedah ini berasal daripada kaedah Usuliyyah yang berkaitan dengan skop
kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika kemudaratan
itu dapat dibendung seluruhnya, maka itulah yang terbaik. Namun, jika tidak
termampu untuk berbuat demikian, maka lakukanlah sekadar yang
termampu. Hal ini kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap mukallaf
adalah menurut kadar kemampuannya. Untuk itu, usaha untuk menyekat

segala kemudaratan tersebut supaya tidak berlaku hendaklah diusahakan.


: Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah
Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-

.Quran supaya ia tidak hilang


Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak

.timbul masalah yang lebih besar


Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau

berteriak dengan menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah


.menghindarkannya dengan tangan mahupun kayu


.Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadi
Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang lama
dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan
dihilangkan. Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada
kaedah asas yang sebelum ini. Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan
memberi kelonggaran terhadap berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang
kemudaratan padanya. Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan,
walaupun ia telah lama berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza
dengan kemudaratan yang baru berlaku. Hukum-hukum furu yang lahir
: daripada kaedah ini ialah
Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada

merawat pesakit, walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman


.yang lama dalam merawat pesakit

Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum

dan mengganggu orang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun


..telah lama berlaku.WALLAHUALAM

5.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, qawaid fiqhiyyah(kaedah fiqh) ialah suatu
kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama untuk
menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang
kaedah-kaedah hukum. Kalau tidak wujud kaedah ini, maka hukum-hukum
fiqh akan merupakan hukum-hukum furu yang terpisah-pisah dan kadangkadang pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama
lain tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan
alasan-alasan konkrit, yang menentukan arah perundangan.

Walaubagaimanapun, kaedah fiqh tidak merangkumi semua masalah,


dalam situasi tertentu kaedah fiqh ini tidak sesuai dipakai. Justeru itu, para
ulama mentakrifkan kaedah fiqh ini sebagai kaedah yang bersifat majoriti
atau aglabiyyah. Atas dasar itulah, para fuqaha tidak mengharuskan para
hakim

ketika

membuat

penghakiman

bergantung

atau

berpegang

sepenuhnya kepada kaedah-kaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada


nas lain yang bersifat khas atau am yang mencakupi kes itu, ini kerana
kaedah

fiqh

ini

walaubagaimana

bernilai

dan

diambil

pakai

dalam

perlaksanaan hukum sekalipun, ia tetap mempunyai masalah-masalah yang


dikecualikan.
Dalam erti kata lain, kaedah fiqh ini mestilah disokong dengan nas-nas
lain bagi menentukan sesuatu perkara itu, sama ada ia dibolehkan atau
tidak. Sungguhpun kaedah fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh, namun ia tidak
bererti akan mengurangkan nilai ilmiyahnya. Ini kerana terdapat di dalam
kaedah-kaedah itu suatu gambaran-gambaran yang menarik berkaitan
prinsip-prinsip fiqh yang umum yang membuka landasan-landasan prinsip itu
daripada segi teorinya,
Bahkan, kaedah fiqh ini memantapkan hukum-hukum cabang yang
amali dengan beberapa kaedah yang menjelaskan illah atau sebab hukum
pada setiap kelompok hukum furu ini. Kaedah ini juga mengumpulkan
hukum-hukum cabang di bawah satu kaedah walaupun berlainan tajuk dan
babnya.

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul
.Fiqh, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 1997

Muhammad Yusuf Muhammmad, Usul al-Fiqh wa al-Qawaid Fiqhiyyah, Kota


.Bharu, 1993
Dr. Mohd. Nasran Mohamad, Anuar Omar, Mohd Zamri Muda, Mohammad
Zaini Yahaya, Metodologi Fiqh, Program Jarak Jauh, Fakulti Pengajian Islam,
.UKM, Bangi, 2001
Mohd Qary Abd Ghapar. 2003. Qawaid Fiqhiyyah. Mesir : Al-Azhar Media
Enterprise.
Muhammad Salih bin Ahmad. 1998. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur :
.Pustaka Haji Abdul Majid

Anda mungkin juga menyukai