Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Menurut kajian yang dibuat maka didapati bahawa pelaburan terhadap latihan kemahiran terus
meningkat pesat berbanding beberapa dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan
ekonomi berasaskan pengetahuan,pembangunan teknologi, peningkatan produktiviti dan daya
saing (Fong Chan Ong, 2006; ILO, 2003; Malaysia, 2001a, 2001b, 2001c; Kraak 1999; Lewin
1998; Carnoy, 1998; Davies & Guppy 1997; Steward 1996). Kerajaan (Malaysia, 2001a,b,c)
dan penyelidikan lalu (seperti Dearden et al 2002; Psacharopoulos 1997; Decker & Campbell
1996; World Bank 1995;Lewin, 1993) menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam
dinilai selalu untuk mempastikan kecekapan dan keberkesanan program latihannya tercapai.
Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran belia mengukuhkan lagi
justifikasi untuk mengkaji keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang
dijalankan oleh institusi latihan ini bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya (NEAC,
2003; Malaysia, 2001c). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membandingkan
kompetensi tenaga kerja yang dikehendaki oleh majikan dan kompetensi tenaga kerja yang
dihasilkan oleh institusi latihan kemahiran awam.
Definisi Kompetensi Tenaga Kerja
Definisi kompetensi boleh ditafsirkan dari berbagai dimensi. Dari prespektif ahli falsafah
seperti Canto-Sperber dan Dupy, kompetensi diperlukan untuk kehidupan sempurna, bagi ahli
antropologi pula seperti Goody, kompetensi membawa maksud kualiti umum yang diperlukan
untuk kehidupan modern dan ahli sosiologi seperti Perrenoud, menyatakan kompetensi
membolehkan individu melaksanakan autonominya dalam berbagai situasi sosial (dalam
Rychen dan Salganik 2000). Dalam konteks kajian ini tafsiran kompetensi dan komponen
kompetensi lebih terfokus kepada peranan individu dalam melaksanakan kegiatan ekonomi
atau pekerjaannya. Bersandarkan teori modal manusia (Becker 1994) individu yang memiliki
pendidikan dan latihan lebih produktif berbanding tenaga kerja yang tidak berpendidikan dan
menerima latihan. Justeru itu, dengan pendidikan dan latihan kompetensi tenaga kerja boleh
ditingkatkan. Ini bermakna kompeten merujuk kepada keupayaan individu melakukan
tanggungjawab kerja, manakala kompetensi merujuk kepada prestasi sebenar individu dalam
situasi tertentu (McConnell 2001). Definisi kompetensi merangkumi aspek bukan sahaja
kemahiran asas akademik, tetapi meliputi berbagai tingkahlaku dan sikap (Saterfiel dan
McLarty 1995). Bowles dan Gintis (2002) dalam teori reproduksi sosialnya menjelaskan
kejayaan individu di pasaran buruh bergantung kepada ciri-ciri personaliti berbanding

kemahiran spesifik kerana majikan lebih mengutamakan etika serta nilai murni yang dimiliki
oleh tenaga kerja.

Menurut Sherer and Eadie (dalam Cotton 1999) pula kompetensi bukannya kemahiran kerja
spesifik, tetapi kemahiran yang merentasi tanpa mengira jenis industri dan hiraki pekerjaan
dari peringkat rendah hinggalah ketua eksekutif. Resnick dan Wirt (dalam Leon dan Borchers,
1998) juga merumuskan kompetensi bukan hanya tertumpu kepada pekerjaan tertentu atau
kluster sesuatu pekerjaan. Neill (1999) turut menyatakan kompetensi sebagai kemahiran yang
penting di tempat kerja yang merentasi semua jenis pekerjaan dan bidang akademik.
Sedangkan Hurd (2004) memberikan tafsiran kompetensi sebagai kemahiran, pengetahuan
dan tingkahlaku yang diperlukan untuk cemerlang dalam melaksanakan pekerjaan. Clagett
(dalam Imel, 1999) pula memberikan tafsiran kompetensi ini amat perlu kepada individu di
semua peringkat pekerjaan. Tambahan pula, Australian Council for Education Research atau
ACER (2002) merumuskan kompetensi sebagai kualiti tenaga kerja yang diperlukan bukan
sahaja untuk berjaya dalam dunia pekerjaan malah dalam kehidupan. Kualiti tenaga kerja
yang dimaksudkan termasuklah pintar, berkebolehan menyesuaikan diri dan fleksibel. Cotton
(1999) pula menyatakan kompetensi sebagai kemahiran generik dan majikan mengutamakan
kemahiran ini berbanding kemahiran spesifik pekerjaan berkenaan. Sedangkan Leon dan
Borchers (1998) menegaskan majikan lebih mengutamakan pekerja yang memiliki nilai
ketrampilan dalaman berbanding kebolehan akademik mahu pun teknikal. Bagi Zargari
(1997) pula majikan inginkan pekerja yang mampu serta cemerlang dalam menampilkan
kombinasi kemahiran teknikal dan kemahiran hubungan antara manusia. Kesimpulannya
kompetensi kerja merupakan kebolehan bersifat umum dan diperlukan dalam apa juga jenis
dan peringkat pekerjaan.
Komponen Kompetensi
Teori Kesepadanan Kerja (Arrow & Spencer 1979) menjelaskan kesepadanan antara
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh pasaran (majikan) dan apa yang
dimiliki oleh tenaga kerja akan menentukan pulangan ekonomi dari pasaran buruh dan
kemungkinan memperolehi pekerjaan. Beberapa negara berikut menyenaraikan komponen
kompetensi yang perlu ada bagi setiap tenaga kerja, agar negara dan firma memiliki tenaga
kerja yang berkualiti selari dengan tuntutan pasaran di era globalisasi. Di Amerika, Laporan
SCANS (1991,1994) menyatakan pekerja yang kompeten mestilah memiliki tiga komponen
kompetensi asas, kemahiran asas, kemahiran berfikir dan kualiti peribadi serta memiliki

ketrampilan di tempat kerja dalam menggunakan sumbersumber, hubungan interpersonal,


sistem maklumat dan teknologi. Sedangkan kajian Leon dan Borchers (1998) di Texas,
Amerika, pula menyatakan sembilan komponen kompetensi yang diperlukan iaitu membaca,
menulis, dan mengira, berkomunikasi, berfikiran kritis, berinteraksi dalam kumpulan, sentiasa
memajukan diri, menguasai kemahiran komputer, sistem teknikal dan kepimpinan. Kajian
oleh Moraine Park Technical College (dalam Neil, 1999) pula menyatakan kompetensi
mengandungi tujuh kebolehan utama iaitu, bekerja dengan produktif, belajar dengan berkesan,
berkomunikasi dengan jelas, berkerjasama, bertindak dengan penuh tanggungjawab, menilai
diri secara positif, berfikir secara kritis dan kreatif.
Jadual 1: Komponen Utama Kompetensi Mengikut Negara

Kompetensi 2000+ yang digariskan oleh The Conference Board of Canada, (1998) pula
merangkumi kompetensi yang diperlukan untuk memasuki, kekal dan maju dalam dunia
perkerjaan sama ada bekerja sendiri mahu pun bekerja makan gaji. Komponen kompetensi
yang dimaksudkan termasuklah komunikasi, penyelesaian masalah, tingkahlaku dan sikap
positif, adaptasi, berkerjasama dengan orang lain, dan penguasaan kemahiran sains, teknologi
dan matematik. Di Australia pula, Kilpatrick dan Allen (2001) meramalkan kompetensi yang
bertambah permintaannya dan perlu diterapkan dalam latihan vokasional ialah kemahiran
untuk bekerja (idea, rekabentuk, innovasi, pemasaran, pemantauan dan pengurusan), soft
skills (penyelesaian konflik, kepimpinan, pembinaan kumpulan dan komunikasi tempatkerja)
celik huruf dan kemahiran mengira. ACER (2001), ACCI (2002) dan NCVER (2002a,b)
merumuskan tenaga kerja yang diperlukan perlu memiliki kompetensi yang meliputi
kemahiran asas, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir,
kefahaman perhubungan, kemahiran organisasi, pembelajaran berterusan, personaliti dan
kemahiran interpersonal.
Kajian yang dibuat oleh Van Loo dan Semeijn (2001) dan Allen, Ramaekers & Van Der
Velden (2003) di Belanda, menunjukkan pelatih yang ingin diambil bekerja oleh majikan
perlulah menguasai teori, keadah dan teknik bidang pengkhususannya. Di samping itu, pelatih
juga

hendaklah

berkebolehan

menggunakan

teknologi

maklumat,

berkebolehan

berkomunikasi, berupaya merancang kerja, boleh menyelaras dan mengelola aktiviti di tempat
kerja, memiliki ciri-ciri kepimpinan, berkejasama, kerja berpasukan, berdikari, berupaya
mengharungi cabaran, ketepatan, menguasai pengiraan, berinisiatif, kreatif dan berorentasikan
antarabangsa. Agensi buruh antarabangsa ILO (2001,2003) pula mengariskan tenaga kerja
yang ingin dihasilkan bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing, malah celik huruf,
menguasai asas pengiraan, memiliki kualiti personal lagi kreatif, celik komputer serta
berupaya menyelesaikan masalah diri, pekerjaan dan kehidupan. Skills Task Force Group di
United Kingdom yang terdiri dari Dearden, McIntosh, Myck & Vignoles (2002) pula
mengariskan penguasaan komunikasi, pembangunan diri dan pembelajaran, bekerja bersama,
aplikasi pengiraan, penyelesaian masalah, menguasai teknologi maklumat & bahasa asing
moden sebagai kompetensi yang perlu dibina kepada tenaga kerja yang akan memasuki
pasaran buruh mahu pun yang telah bekerja. Malaysia turut menyenaraikan lapan komponen
kompetensi yang berlu ada pada setiap tenaga kerja dalam ekonomi berasaskan pengetahuan
iaitu kemahiran belajar, literasi, komunikasi, pemikiran kreatif, perancangan hidup, kerja
berpasukan, kepimpinan, etika dan nilai (Malaysia 2002).

Kajian tempatan oleh Azmi Zakaria (1988) mendapati majikan meletakan ketepatan hadir
bekerja, menampilkan rasa bertanggungjawab, bekerjasama dengan penyelia, dan memiliki
sikap positif terhadap kerja sebagai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh majikan. Ramli et al
(2001) pula melakukan temuduga terhadap majikan bagi mengenalpasti persepsi majikan
terhadap kompetensi di kalangan graduan politeknik dan sekolah teknik dan vokasional. Hasil
penelitian beliau, di samping kemahiran teknikal, motivasi diri, kemahiran komunikasi,
kemahiran sosial dan hubungan interpersonal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,
kemahiran keusahawanan dan sikap positif terhadap kerja merupakan komponen kemahiran di
tempat kerja yang amat diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Kajian oleh Van
Loo dan Semeijn (2001) dan Allen, Ramaekers & Van Der Velden (2003) di Belanda,
menunjukkan pelatih yang ingin diambil bekerja oleh majikan perlulah menguasai teori,
keadah dan teknik bidang pengkhususannya. Di samping itu, pelatih juga hendaklah
berkebolehan menggunakan teknologi maklumat, berkebolehan berkomunikasi, berupaya
merancang kerja, boleh menyelaras dan mengelola aktiviti di tempat kerja, memiliki ciri-ciri
kepimpinan, berkejasama, kerja berpasukan, berdikari, berupaya mengharungi cabaran,
ketepatan, menguasai pengiraan, berinisiatif, kreatif dan berorentasikan antarabangsa. Agensi
buruh antarabangsa ILO (2001,2003) pula mengariskan tenaga kerja yang ingin dihasilkan
bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing, malah celik huruf, menguasai asas pengiraan,
memiliki kualiti personal lagi kreatif, celik komputer serta berupaya menyelesaikan masalah
diri, pekerjaan dan kehidupan.
Skills Task Force Group di United Kingdom yang terdiri dari Dearden, McIntosh, Myck &
Vignoles (2002) pula mengariskan penguasaan komunikasi, pembangunan diri dan
pembelajaran, bekerja bersama, aplikasi pengiraan, penyelesaian masalah, menguasai
teknologi maklumat & bahasa asing moden sebagai kompetensi yang perlu dibina kepada
tenaga kerja yang akan memasuki pasaran buruh mahu pun yang telah bekerja. Malaysia turut
menyenaraikan lapan komponen kompetensi yang berlu ada pada setiap tenaga kerja dalam
ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu kemahiran belajar, literasi, komunikasi, pemikiran
kreatif, perancangan hidup, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan nilai (Malaysia 2002).
Kajian tempatan oleh Azmi Zakaria (1988) mendapati majikan meletakan ketepatan hadir
bekerja, menampilkan rasa bertanggungjawab, bekerjasama dengan penyelia, dan memiliki
sikap positif terhadap kerja sebagai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh majikan. Ramli et al
(2001) pula melakukan temuduga terhadap majikan bagi mengenalpasti persepsi majikan
terhadap kompetensi di kalangan graduan politeknik dan sekolah teknik dan vokasional. Hasil

penelitian beliau, di samping kemahiran teknikal, motivasi diri, kemahiran komunikasi,


kemahiran sosial dan hubungan interpersonal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,
kemahiran keusahawanan dan sikap positif terhadap kerja merupakan komponen kemahiran di
tempat kerja yang amat diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai