Anda di halaman 1dari 2

Maksud komunikasi

Komunikasi boleh di anggap sebagai satu proses manusia menghantar dan


menerima mesej.Dengan erti kata lain komunikasi ialah satu proses di mana
manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea,maklumat dan perasaan.melalui
komunikasi berkesan manusia boleh memahami antara satusama lain.Sebaliknya
komunikasi yang tidak tepat menyebabkan salah faham sesama manusia yang
seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.Menurut Hybles dan
Weavers(1992)umpamanya melihat komunikasi sebagai satu proses di mana
seseorang berkongsi maklumat,idea dan perasaan.Sementara Byrnes
(1975)menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia , di
mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak isyarat atau
symbol,dengan tujuan untuk member dan bertukar-tukar maklumat dengan
mempengaruhi tingkah laku,memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau
mental mereka.Abraham(1986)pula berpendapat yang komunikasi merupakan
satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada
sumber kepada penerima dan ada maklumat balas di antara keduaduanya.ringkasnya ,dapatlah disimpulkan bahawa komunikasi itu ialah satu
proses perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat,idea atau perasaan
melaluipenggunaan symbol sama ada yang berbentuk perkataan ,lisan,bahasa
badan,tulisan,visual atau symbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak
penerima dengan harapan akan menghaasilkan maklum balas atau respon yang
dihajati.

Maksud teori

Di antara defenisi teori yang dinayatakan oleh Cragan dan Shield,(1998)ialah


kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang
membolehkan seseorang memehami ,menjelaskan ,menerang, menilai,membuat
ramalan dan membuat kawalan terhadap fennomena.Manakala menurut
Littlejohn(1996) pula ialah percubaan untuk menerangkan /menjelaskan
pengalaman ,idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku.Griffin(1997),
teori adalah peta tentang kebenaran;teori adalah jawapan sementara yang
dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena.Kesimpulan
yang boleh dibuat di sini adalah teori adalah kenyataan/penerangan yang kita
bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena.Ia bersifat
sementara .Kita boleh menerima menolak ataupun mengubahsuai teori
berdasarkan kajian yang kita jalankan.Tanpa kita sedari,kita sebenarnya banyak

berteori dengan perkara-perkara yang kita hadapi dalam kehidupan


kita.Kefahaman tentang teori dapat membantu kita dalam kehidupan kita
seharian.

Maksud teori komunikasi

Menurut Cragan dan Shields(1998),hubungan di antara konsep teoretikal yang


membantu member ,secara keseluruhannya ataupun sebahagiannya
,keterangannya ,penjelasannya ,penerangan,penilaian ataupun ramalan tindakan
manusia berdasarkan komunikator(orang) berkomunikasi
(bercakap,menulis,membaca,mendengar,menonton dan sebagainya)untuk masa
tertentu melalui media.Mnakala Littlejohn (1996) pula,satu teori atau kumpulan
pemikiran kolektifyang di dapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang
berkaitan proses komunikasi.Borman(1998) satu perkataan /istilah yang
merupakan payun untuk semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara
berhati-hati ,sistematik dan sedar tentang komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai