Anda di halaman 1dari 15

Kesan Mimpi pada Psikologi: Menurut tinjauan menurut

perspektif al-Qur'an dan al-Sunnah


Pendahuluan
Manusia normal biasanya menghabiskan satu pertiga dari hidup setiap hari
dengan tidur. Ketika tidur kita akan bermimpi, samada kita sedari mahupun
tidak. Kajian-kajian moden telah menunjukkan bahawa tidur dan mimpi
adalah amat penting kepada kesihatan mental dan fizikal. Mimpi-mimpi yang
dianggap mimpi kacau sekalipun mempunyai faedah kepada manusia.
Sigmund Frued mengambarkan mimpi sebagai The royal road to the
unconscious atau dalam bahasa melayunya bermaksud jalan diraja menuju
dunia bawah sedar. Menurut Freud setiap mimpi mempunyai tafsirantafsiran yang tersembunyi seperti pemenuhan kepada impian yang tidak
tercapai atau terpendam. Impian-impian tersebut dikaitkan oleh freud dengan
impian dan keinginan seksual yang terpendam. Impian tersebut muncul
dalam mimpi melalui gambar-gambar dan simbol-simbol yang tertentu.
Lama sebelum penemuan Frued yang dianggap oleh massa sebagai tokoh
psikologi yang paling menyerlah, para intelektual Islam dalam bidang falsafah,
tasawwuf dan sebagainya telah mendahului beliau dengan kajian yang lebih
tepat dan lebih benar berdasarkan kepada sumber yang paling berotoriti
diatas muka bumi iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Kajian tentang ilmu jiwa
atau psikologi hari ini telah didahului oleh segugusan intelektual muslim
yang terbilang dalam berbagai aspek seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina,
Ikhwan al-Safa, al-Ghazzali, Ibn Khaldun, Ibn Rushd, Ibn Taymiyyah, Ibn
Qayyim al-Jauziyyah dan lain-lain. Yang menarik dalam kajian ulamak ini
ialah mereka meletakkan mimpi sebagai salah satu objek penting dalam
kajian mereka.
Definisi mimpi dan Psikologi
Mimpi mempunyai kesan yang besar kepada psikologi manusia. Kerana kesan
dan kepentingan inilah seterusnya kajian psikologi samada yang terkini
mahupun yang telah didahului oleh ulamak-ulamak muslimin akan berbicara
tentang mimpi. Untuk mendapat gambaran yang jelas terhadap kesan mimpi
kepada psikologi, tinjauan ini akan menyorot terlebih dahulu terhadap
berbagai definisi mimpi dan faktor yang mencetuskannya juga definisi
psikologi itu sendiri. yang telah diutarakan oleh para pengkaji psikologi.
Definisi mimpi dalam tinjauan ini akan merujuk kepada pendefinisian yang

diutarakan oleh dua orang psikologi Barat iaitu Freud dan Carl Gustav Jung
dan dua orang tokoh ulamak muslimin iaitu al-Kindi dan Ibn Khaldun.
Mimpi
:
Definisi
dan
latarbelakang
kajian
.
Menurut Frued ( 1865-1939), mimpi didefinisikan sebagai aktiviti Psikis
( jiwa) seseorang ketika ia berada dalam kondisi tidak sedar atau sedang
tidur. . Frued dalam karyanya yang dianggap sebagai masterpiece beliau
iaitu the interpretation of dreams yang diterbitkan pada awal 1900M telah
mengunakan pengalaman peribadi beliau sendiri sebagai panduan. Menurut
Frued, mimpi seseorang adalah dikaitkan dengan keinginan seksual yang
terpendam terutamanya semasa kanak-kanak, yang selalunya digambarkan
dalam bentuk illusi dan simbol-simbol. Perlu dinyatakan bahwa Frued
langsung tidak mengaitkan mimpi dengan roh dan alam ketuhanan (Divine).
Beliau telah membawa pandangan Aristotles yang menurut beliau
menyatakan bahawa, mimpi hanyalah persoalan psikologis bukannya ilham
dari dewa, bahkan ia lahir dari sifat-sifat kejam atau jahat (Demonic) dan sifat
kejam itulah sifat manusia yang sebenarnya. Ahli psikologi barat
kebanyakannya menyatakan asal sifat manusia adalah jahat dan kejam,
mereka menafikan sifat-sifat malaikat yang ada pada manusia.
Dua puluh tahun selepas Frued muncul Carl Gustav Jung (1875- 1961) ,
salah seorang murid Frued dengan membawa idea yang tersasar jauh dari
idea gurunya Frued. Idea-idea Jung ini diterbitkan dalam bukunya Modern
Man In Search Of A Soul pada tahun 1933 Jung menolak pandangan gurunya
yang menyandarkan mimpi kepada dorongan seksual semata-mata. Mimpi
menurut jung berlaku secara spontan ia adalah suatu aksi yang kreatif yang
digambarkan melalui imej-imej simbolik yang biasa kepada semua manusia,
ia terletak pada suatu tempat yang asas dalam jiwa manusia yang diistilahkan
oleh Jung dengan Collective unconscious atau diterjemahkan dengan alam
tidak sedar kolektif. Alam tidak sedar kolektif menurut Jung adalah sesuatu
yang diwariskan dimana setiap manusia memilikki sifat kebersamaan dengan
manusia lain. Jung percaya bahawa mimpi adalah gambaran kepada bentukbentuk mental, emosi juga potensi spiritual termasuk Telepati. Teori Jung ini
dilihat istimewa kerana penekanannya kepada aspek paranormal dan Mistik.
Menurut Dr Amir An- Najar dalam bukunya al-Ilmu an-Nafsi al-Sufiyyah,
idea-idea alam tidak sedar kolektif Jung lebih dekat dengan idea-idea kaum
Sufi. Al- Kindi mendefinisikan mimpi dengan Aktiviti berfikir yang dilakukan
oleh jiwa tanpa pengunaan pancaindera. Menurut al- Kindi kekuatan
khayalan ( ) iaitu kekuatan mengambarkan sesuatu yang ada dalam
akal manusia adalah lebih jelas dan lebih meyakinkan apabila sesorang itu

berada dalam keadaan tidur. Tenggelamnya manusia dalam aktiviti berfikir


tanpa mengunakan pancaindera menjadikan hakikat sesuatu benda dapat
dilihat dengan lebih jelas seolah-olah disaksikan dengan pancaindera. Hasil
dari aktiviti inilah lahirnya mimpi dan Ruya() . Al-Kindi
membicarakan tentang mimpi dalam kitabnya yang bertajuk .
Beliau membahagikan mimpi kepada empat jenis iaitu pertama, mimpi yang
memberi petunjuk tentang perkara yang akan berlaku yang diperlihatkan
kepada manusia sebelum ia terjadi. Kedua, mimpi yang digambarkan melalui
simbol-simbol yang menunjukkan diatas sesuatu yang lain, ketiga mimpi yang
menunjukkan sesuatu yang bertentangan dan yang keempat mimpi yang
tidak menunjukkan apa-apa erti atau di panggil mimpi-mimpi kacau.
Menurut al-Kindi, kejelasan sesuatu mimpi adalah bergantung kepada tahap
jiwa seseorang. Seseorang yang mempunyai jiwa yang bersih maka, mimpinya
adalah lebih jelas sehingga ia mendapat gambaran sesuatu sebelum ia terjadi.
Ibn Khaldun mendefinisikan mimpi dengan kesedaran yang timbul dalam
jiwa yang berakal( ) yang berlaku ketika tidur. Ruh al-Natiq dapat
mencapai persepsi alam ghaib, pancaindera adalah penghalang kepada ruh
ini untuk melihat alam hakikat. Apabila manusia tidur yang mana sebab
pada waktu itu kekuatan indera menjadi lemah, maka tabir yang menutupi
kebenaran itu akan terbuka. Apabila tabir sudah terbuka, jiwa manusia akan
berkesempatan untuk mengentahui apa saja yang dikehendakki dalam dunia
hakikat, ketika ini mereka mendapatkan kearifan pure intellection. Namun
demikian proses untuk mendapatkan pure intellection ini berbeza diantara
seorang manusia dengan manusia yang lain kerana berbezanya tingkat dan
kedudukan jiwa.
Jiwa manusia menurut Ibn Khaldun terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
i. jiwa yang secara semulajadi tidak kuat imannya. Dengan demikian ia lebih
terdorong untuk tunduk kepada tuntutan panca indera. Dengan tabiatnya ia
mampu mencapai ilmu namun terbatas kepada alat-alat idrak berbentuk
deria.
ii. Jiwa ini dapat menggarap ilmu secara rohani tanpa mengunakan alat-alat
deria. Ia merupakan kurniaan Allah s.w.t. Jiwa ini melangkaui peringkatperingkat penyaksian indera kepada penyaksian rohani. Roh peringkat ini
dimilikki oleh para wali, ulamak, orang-orang yang mempunyai pengtahuan
tentang ketuhanan yang mendalam.
iii. Jiwa para nabi dan Rasul. Roh pada tahap ini Dapat menanggapi ilmu

yang tertinggi absolute tanpa kesilapan. Mereka dapat secara semulajadinya


menukar sifat-sifat kemanusiaan yang ada dalam diri mereka kepada sifat
malaikat, kerana itu mereka dapat mendengar bicara yang penting dan
kalimah yang suci dari Allah s.w.t.
Definisi Psikologi Agama
Psikologi berasal dari bahasa Yunani kuno, psyche yang bererti jiwa dan logos
yang bererti ilmu. Oleh itu psikologi ialah ilmu tentang jiwa. Psikologi secara
umum mempelajari gejala-gejala kejiwaan manusia yang berkaitan dengan
fikiran ( Cognisi), perasaan( emotion) dan kehendak( Conasi). Gejala tersebut
secara umum memilikki ciri yang hampir sama pada diri manusia dewasa
yang normal. Ciri ini dapat diamati melalui sikap dan perilaku mereka. Harun
Nasution mendefinisikan agama berdasarkan kata asalnya iaitu al-Din. Religi(
relegere, religare). Al-Din (semit) bererti undang-undang atau hukum. Dalam
bahasa Arab pula mengandungi erti menguasai, menundukkan, patuh,
hutang, balasan dan kebiasaan. Dari kata religi ( Latin) atau relegare bererti
mengumpulkan dan membaca, kemudian religare bererti mengikat. Manakala
kata agama itu sendiri dari A= tidak dan gam= pergi, oleh itu agama bererti
tetap dan tidak pergi. Bertitik tolak dari pengertian tersebut Harun Nasution
mendefinisikan agama dengan ikatan yang harus dipegang dan dipatuhi
manusia. Dengan demikian psikologi agama merupakan cabang psikologi
yang meneliti dan mempelajari tingkah laku manusia dalam hubungannya
dengan pengaruh keyakinan terhadap agama yang dianuti serta dalam
kaitannya
dengan
perkembangan
usia
masing-masing.
Jenis-jenis mimpi: Tinjauan dari al-Quran , Al-Sunnah. Dan Kajian
Psikologi
Tinjauan

dari

al-Quran

Terdapat empat kalimah yang berbeza yang merujuk kepada mimpi di dalam
al-Quran iaitu ruya (), Manam () , bushra ( ) dan Adghasu ahlam (
. Dalam al-Quran kalimah Ruya muncul enam kali iaitu dalam ayat
5 , 43, dan ayat 100 surah Yusuf, ayat 60 surah al Isra, ayat 105 surah alSaffat, ayat 27 surah al-Fath. Manakala kalimah Manam muncul empat kali.
Dua kali merujuk kepada tidur iaitu dalam ayat 23 surah al-Rum juga ayat 42
surah al-Zumar, dan dua kali merujuk kepada mimpi iaitu dalam ayat 43
surah al-Anfal juga ayat 102 surah al-Saffat. Manakala kalimah Bushra

muncul sekali dalam alquran juga membawa maksud mimpi iaitu dalam ayat
64 surah Yunus. Ketiga-tiga kalimah iaitu Ruya Manam dan Bushra merujuk
kepada
mimpi-mimpi
yang
baik.
Untuk mimpi yang buruk alquran mengunakan kalimah Hulm. Kalimah
Hulm muncul dalam alQuran sebanyak dua kali iaitu dalam ayat 44 surah
Yusuf dan dalam ayat 5 surah al-Anbiya , kedua-duanya merujuk kepada
adghath ahlam Iaitu mimpi-mimpi yang kacau. . Secara kasarnya terdapat
sepuluh kisah mimpi dalam al-Quran iaitu empat berkaitan dengan nabi
Yusuf ,dua berkaitan dengan nabi Ibrahim dan selebihnya ialah mimpi yang
berkaitan
dengan
nabi
Muhammad
s.a.w.
Tinjauan

jenis

mimpi

dalam

al-Sunnah.

Sebagaimana al-Quran, al-Sunnah juga menaruh perhatian yang besar


terhadap persoalan mimpi. Al-Bukhari dalam himpunan hadis-hadis sahihnya
telah meletakkan mimpi dalam satu bab iaitu bab al-Tabir () . Bab ini
mengandungi 99 hadis tentang mimpi. Kesemua hadis itu juga telah
ditakhrijkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya kecuali beberapa hadis
sahaja yang tidak terlibat. Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda
menyebut mimpi terbahagi kepada dua iaitu al-Ruya dan al-Hulm. Antara
hadis-hadis tersebut ialah:
i. Sabda rasulullah s.a.w dari hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah r.a.:



Maksudnya: Mimpi yang baik ruya adalah dari Allah s..w.t, manakala mimpi
kacau al-Hulm adalah dari syaitan. Sesiapa dikalangan kamu bermimpi
sesuatu yang dibenci hendaklah diludah kesebelah kiri sambil memohon
perlindungan Allah. Nescaya syaitan tidak akan memudaratkannya.
ii. Sabda rasulullah s.a.w dari hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said alKhudri:

Maksudnya: Apabila kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, ianya


datang dari Allah s.w.t. Kerana itu hendaklah ia memuji Allah s.w.t dan sunat
memberitahu kepada orang lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi
dengan mimpi yang buruk, ianya adalah dari syaitan, maka hendaklah
berlindung dengan Allah s.w.t dari kejahatnnya, dan tidak menceritakannya
kepada
orang
lain.
Mimpi
itu
tidak
akan
memudaratkannya.

Dalam hadis yang lain rasulullah s.a.w membahagikan mimpi kepada tiga,
sabda rasulullah s.a.w:




Maksudnya: Mimpi ada tiga jenis: ruya solehah yang merupakan khabar
gembira dari Allah s.w.t, mimpi yang menyedihkan berasal dari syaitan, dan
mimpi yang termasuk peristiwa yang dialami seseorang itu sendiri. Jika kamu
bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah ia bangkit dan mengerjakan
solat. Dan janganlah ia memberitahu mimpi itu kepada orang lain
Ibn Khaldun membahagikan mimpi kepada tiga dengan bersandarkan hadis
rasulullah s.a.w:

, , :
.
Maksudnya: Mimpi ada tiga bahagian iaitu mimpi dari Allah, mimpi dari
malaikat,
dan
mimpi
dari
syaitan
Mimpi dari Allah s..w.t adalah mimpi yang jelas dan terang yang tidak
memerlukan kepada tafsiran. Manakala mimpi dari malaikat pula adalah juga
mimpi yang benar tetapi memerlukan pentabiran. Sementara mimpi dari
syaitan pula adalah mimpi-mimpi kacau yang tidak mempunyai sebarang erti.
Perbezaan bilangan jenis mimpi samada dua atau tiga tidaklah menunjukkan
bahawa terdapat pertentangan antara hadis-hadis rasulullah s.a.w kerana
mimpi yang berasal dari peristiwa yang dialami oleh seseorang itu juga
sebenarnya termasuk dalam kategori Hulm. Dalam hadis diatas Hulm
dimasukkan kedalam kategori ruya. Ruya solehah adalah khabar gembira

dari Allah sw.t. Mimpi jenis ini adalah sama dengan mimpi yang dialami oleh
para nabi yang telah disebutkan dalam al-Quran al-Karim.
Mimpi jenis kedua tergolong dalam Hulm yang menimbulkan kesedihan,
keragu-raguan dan kebatilan. Mimpi jenis ini berasal dari syaitan. Sementara
mimpi jenis ketiga merupakan pengalaman peribadi dimasa lampau atau
ingatan yang terpendam dalam alam bawah sedar seseorang yang kemudian
muncul ketika sedang tidur. Mimpi jenis kedua dan ketiga dikategorikan
sebagai Hulm yang menjadi objek kajian para psikologis moden. Sedangkan
mimpi jenis pertama merupakan ruya solehah atau ruya sodiqah yang tidak
tercakup dalam bidang kajian psikologi moden.
Jenis-jenis mimpi dalam Kajian Psikologi.
Mimpi dalam kajian psikologi terjadi kerana adanya problem kejiwaan yang
sulit disembuhkan, baik diketahui dan disedari, mahupun yang terpendam di
alam bawah sedar sejak tahun-tahun pertama dari masa kanak-kanak.
Dalam tinjauan al-Quran dan al-Sunnah mimpi ini dikategorikan sebagai alHulm atau adghat ahlam. Menurut aliran ilmu psikologi sumber dan tabiat
mimpi terbahagi kepada empat jenis iaitu:
i. stimulus perasaan yang datang dari luar jasmani, contohnya seorang yang
sedang tidur lalu mendengar suara dari luar. Suara itu menjadi stimulus
terhadap jiwa dan dapat memberikan gambar-gambar yang sesuai dengan
bentuk suara yang didengarinya.
ii. Stimulus perasaan yang datang dari jiwanya sendiri seperti stimulus lapar,
haus dan keinginan untuk membuang air. Seringkali orang tertidur lapar
melihat sebuah raga yang penuh dengan makanan atau orang yang tidak
mempunyai duit berjumpa dengan duit yang banyak.
iii. Stimulus jasmaniah batiniah seperti gejolak-gejolak dan gangguan batin
seperti orang yang hatinya terganggu sering bermimpi mati dan melihat
kondisi-kondisi yang sangat menakutkan.
iv. Sumber mimpi dari jiwa sebagai peringatan seperti adanya perhatian kuat
sesorang disiang hari atau dikala dalam keadaan sedar tentang sesuatu
kejadian. Perhatian yang kuat tersebut dapat mengenang dan memanggil
kenangan masa lalunya yang tersimpan di dalam alam sedarnya.

Cara Mendapatkan Mimpi Yang Benar.


Al- Qardawi dalam bukunya Mauqif al-Islam Min al-Ilham wa al-Kasyf wa AlRuya, menolak hujjah sebahagian ulamak tasawwuf yang melampau yang
menganggap mimpi boleh dijadikan hujjah syara. Namun demikian beliau
mengakui tentang adanya dalil terhadap kebenaran ilham , Kasyf dan ruya
yang berlaku kepada sebahagian manusia-manusia yang mempunyai tahap
keimanan dan tahap ibadat yang tinggi kepada Allah s.w.t. Menurut beliau
Ilham adalah kasyf sewaktu dalam keadaan jaga dan mimpi yang benar ruya
adalah kasyf dalam keadaan tidur.
Menurut Ibn Khaldun, Kasyf seringkali terjadi kepada orang-orang yang
membiasakan diri dengan latihan kerohanian ( Mujahadah). Latihan-latihan
kerohanian, Khalwah, zikir dan doa merupakan makanan kepada roh. Apabila
roh menjadi kuat tirai perasaan akan tersingkap dan roh akan menyedari
kewujudannya yang sebenar, ia akan memahami sifat-sifat Allah s.w.t,
mendapat bahagian dari ilmunya, menerima rahmat yang khusus , roh akan
dapat mencapai tingkatan malaikat. Dalam keadaan jiwa yang jernih dan
bersih, roh akan terbebas dari ikatan fizikal yang membolehkanya bergerak
bebas. Dalam kondisi seperti ini roh akan mampu melihat dan mendengar
sesuatu yang sangat jauh dan mampu menangkap hal-hal yang berada di
alam metafizik. Kemampuan roh inilah yang dikenali dalam dunia moden hari
ini dengan telepati. Sabda rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Kalau bukan kerana syaitan mengerumuni hati anak Adam,


pasti
mereka
mampu
melihat
alam
malakut
langit.

Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini dalam definisi mimpi,


bahawa ruh al-Aql atau Ruh al-Natiq dapat menanggapi persepsi alam ghaib.
Penghalang kepada ruh al-Natiq dari mendapat persepsi alam ghaib ini ialah
pancaindera. Dalam keadaan tidur dimana segala pancaindera direhatkan
maka ruh al-Natiq ini berada dalam keadaan aktif. Jika mimpi seseorang itu
adalah hasil dari aktiviti ruh al-Natiq , maka ia adalah mimpi yang benar atau
disebut ruya. Namun demikian jika mimpi itu diperolehi dari gambar-gambar
yang disimpan di dalam kekuatan mengingat ( ) dimana seseorang itu

telah menyimpannya dalam keadaan jaga maka ianya adalah mimpi-mimpi


yang mengelirukan() .
Menurut Ibn Khaldun, ruya dan adghathu ahlam boleh dibezakan. Menurut
beliau mimpi yang benar dapat dikenali melalui tanda-tanda berikut:
i. Pemimpi akan segera bangun sebaik sahaja dia menanggapi mimpi tersebut
sekalipun dia tidur dalam keadaan yang amat lena kerana persepsi yang
diberikan kepadanya akan membebaninya jika ia terus tidur.
ii. Mimpi itu akan berkekalan dengan segala perinchian di dalam kotak
ingatannya. Mimpi itu tetap tergambar dalam ingatannya apabila dia sudah
sedar dan tidak memerlukan pemikiran untuk mengingat kembali. Hal ini
bersesuaian dengan keistimewaan wahyu. Dalam hadis ada menyebut bahawa
mimpi adalah sebahagian daripada 46 bahagian kenabian sabda rasulullah
s.a.w:

Maksudnya: Mimpi yang baik adalah sebahagian dari 46 kenabian.
Kerana kekekalan ingatan terhadap wahyu itulah maka Allah berfirman
kepada rasulnya:

Maksudnya:

Mimpi manusia berbeza di antara satu sama lain, bergantung kepada


kesedian jiwanya. Untuk mendapatkan mimpi-mimpi yang baik ulamak telah
menyarankan beberapa adab untuk diikuti. Antaranya sebagaimana yang
dituliskan oleh Muhammad Ibn Sirin rahimahullah iaitu:
i. Sentiasa bercakap benar dalam setiap pertuturan. Sabda rasulullah s.a.w;

Maksudnya: Yang paling benar mimpi dikalangan kamu ialah mimpi orang
yang
paling
benar
dalam
percakapannya.

ii. Bersungguh-sungguh menjaga fitrah. Diriwayatkan bahawa rasulullah


s.a.w sering bertanya kepada para sahabat tentang mimpi-mimpi mereka
untuk ditafsirkan. Pada suatu ketika baginda diminta oleh para sahabat
untuk mentafsirkan mimpi mereka tapi baginda enggan dan berkata
bagaimana aku boleh mentafsirkan mimpi kamu sedangkan pada kuku kamu
terdapat kekotoran. Kekotoran itu disebabkan mereka tidak memotong kuku
sedangkan memotong kuku adalah fitrah.
iii. Tidur dalam keadaan suci dan bersih. Sabda Rasulullah s.a.w dari hadis
yang diriwayatkan oleh Abi Zarr r.a. :


Maksudnya: Kekasihku yakni rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku
tiga perkara yang tidak akan aku amalkan hingga mati iaitu: berpuasa tiga
hari dalam setiap bulan, solat sunat Fajar dua rakaat dan tidur dalam
keadaan
bersih
dan
suci.
iv. Tidur diatas lambung kanan dan meletakkan tangan kananya diatas paha
kanan
.
v.

Berdoa

dengan

doa-doa

yang

baik.

Setelah mendapat mimpi seseorang pemimpi juga perlu menjaga adab-adab


tertentu, iaitu :
i. Jika ia bermimpi dengan sesuatu yang dibenci maka hendaklah ia
mengalihkan kedudukan badannya, berpaling kekiri dan meludah sebanyak
tiga kali sambil memohon perlindungan Allah dari syaitan yang terkutuk,
bangun menunaikan solat dan tidak menceritakan mimpinya kepada
sesiapapun.
ii. Tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang dikenalpasti mempunyai
sifat hasad dengki. Sebagaimana kata-kata nabi Yaakub kepada anaknya Nabi
Yusuf:

Maksudnya : Wahai anak, janganlah engkau ceritakan mimpi mu ini kepada


saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan satu
rancangan
jahat
terhadapmu
Yusuf : ayat 5.
iii. Tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang jahil, kanak-kanak dan
orang perempuan.
iv. Tidak berbohong tentang mimpinya itu . Sabda Rasulullah s.a.w:
.
Maksudnya:
Manakala bagi orang yang mendengar mimpi juga mempunyai adab-adab
yang tertentu iaitu:
i. Berkata baik kepada orang yang bermimpi. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
apabila diceritakan kepadanya mimpi oleh para sahabat baginda berkata:

Maksudnya:

ii. Mentabirkan mimpi dengan sebaik-baik tafsiran. Sabda Rasulullah s.a.w :




Maksudnya: Mimpi akan berlaku mengikut apa yang ditafsirkan, baginda
meriwayatkan bahawa mimpi lelaki yang membawa roti yang dimakan burung
sebenarnya adalah pembohongan, namun setelah ditafsirkan ia terjadi
sebagaimana
yang
ditafsirkan.

iii. Mendengar dengan teliti mimpi yang diceritakan dan tidak tergesa-gesa
untuk mentabirkannya.
iv. Merahsiakan mimpi yang diceritakan kerana ia adalah satu amanah.
v. Tidak mentabirkannya ketika
diketika matahari sedang tenggelam.

matahari

sedang

naik

ataupun

x. Membezakan kedudukan si pemimpi ketika mentafsirkannya, contohnya


tidak boleh mentafsirkan mimpi sultan sama dengan mimpi rakyat biasa .
Kesan Mimpi Kepada Psikologi Agama : Tinjauan Menurut Perspektif alQuran dan al-Sunnah.
Sebagaimana yang telah dibahaskan dalam definisi mimpi juga dari tinjauan
jenis mimpi berdasarkan al-Quran dan al-Hadis kita dapat melihat dengan
jelas bahawa mimpi mempunyai asas yang kukuh dalam Islam. Berdasarkan
kepada kedudukan ini mimpi memang mempunyai kesan yang besar kepada
psikologi agama manusia. Hakikatnya apabila kita membicarakan kesan
mimpi kepada psikologi ia mempunyai perkaitan dengan ilmu mentafsir
mimpi. Ilmu mentafsir mimpi sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibn Khaldun
dalam muqaddimah, sudah wujud di kalangan masyarakat dan bangsa
sebelum Islam, malangnya ilmu tafsir mimpi ini tidak sampai kepengtahuan
umat Islam. Menurut Ibn Khaldun, dalam apa keadaan pun semua manusia
boleh mendapat alamat mimpi, dan mimpi ini harus ditafsirkan.
Sigmund Frued dianggap sebagai tokoh psikologi moden pertama yang
membahaskan tentang mimpi sebagai analisi ilmu jiwa Psikoanalisis. Dalam
muqaddimah bukunya the interpretation of dreams memuatkan
latarbelakang ilmiah tentang ilmu mentafsir mimpi. Beliau menyebut tokohtokoh ternama yang pernah berbicara tentang mimpi dari intelektual
tamaddun Yunani seperti Aristotles, macrobius, Artimedourous. Juga dari
sarjana-sarjana yang lebih terkini seperti John Lubhock, Herbert Spencer,
E.B Taylor. Tetapi amat malang bagi Frued kerana mengabaikan teori-teori
mimpi yang telah dibahaskan oleh tokoh-tokoh failsuf muslim seperti al-Kindi,
al-Maskawaih, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazalli, Ibn Khaldun dan segugusan
ulamak-ulamak muslimin yang tidak terbilang banyaknya.
Bibliografi

Abdul Hadi Abu Ridah (1951) Rasail al-Kindi al-Falsafi, Kaherah: Dar al-Fikr
al-Arabiy,
Abdul Malik Mujahid dalam .Dr. Muhammad Muhsin Khan (1994) Summarized
Sahih al-Bukhari, Riyadh: Maktabah Dar ussalam..
al Ghazzali, Al-Risalah Al-Laduniyyah, terj. Abdullah b. Muhammad (1977)
Ilmu Ladunni,
Alden E. Wessman, Carl Gustaf Jung, Encyclopedia Americana, USA: Grolier,
vol 16, 1991,
al-Ghazzali, Kimya al-Saadah, dalam Majmu ah Rasail al-Imam al-Ghazali
Al-Qaradhawi, Yusuf ( 1994), Mauqif al-Islam min al-Ilham wa alkasyf wa alruya. Kaherah: Maktabah Wahbah cet 1.
Al-Qushairi, Risalah
Sobih, t.t.

al-Qushairiyyah,Kaherah:

Amir al-Najjar, Al-Ilmu al-Nafsi


(2000),Ilmu Jiwa Dalam Tasawwuf

al-Sufiyyah,

Matbaah

terj.

Dr.

Muhammad

Hasan

Ali

Abrori

CD ROM al-Mausuah al-Hadis al-Syarif (2000), keluaran kedua, Global Islamic


Software. Entri.
Che Zarrina Saari, Epistemologi Islam Menurut Ibn Khaldun, dalam Jurnal
Usuluddin,
Haji Zainal Arifin Abbas ( 1973), Ilmu Tasawwuf, Kota Bharu : Pustaka Aman
Press, cet 5,
Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut: Dar Ihya al-turas al-Arabi
( t.t),
Ibn Manzur, Lisan al-Arab
Ibn Qayyim al-Jauziyyah, AlRuh, terj. Syed Ahmad Semait (1990), Singapura:
Pustaka Nasional, 1992, cet
Imam Hafiz al-Munziri, Mukhtasar Sahih Muslim, Riyadh: Dar Ibn Khuzaimah
vol 5, 1994,

Jack Maguire (1989), Night and Day, New York: Simon and Schuster, 1989,
Jalaluddin , prof. ( 1996), Psikologi Agama, Jakarta: PT RajaGrafindo, cet 8,
2004
Leah Kinberg, Dream and Sleep, dlm Encyclopedia of the Quran, Jane
Dammon Mc Auliffe et. Al, Leiden: Koninklijke Brill NV, Vol A-D, 2001,
Lucien Morgan (1996), Dream and symbol, London: Tiger Book International,
Majalah al-Islam, Kuala Lumpur : Utusan Melayu sdn bhd, november 1998,
Malik Badri, , Konflik Ahli Psikologi Islam, terj. Fadhlullah Wilmot, Petaling
Jaya: IBS buku, 1989,
Muhammad Ibn Sirin, Muntakhab al-Kalam, Di tahkikkan oleh Fatimah
Muhammad Ahlun, Beirut: Dar Ihya alTuras al-Arabiy, 2000.
Muhammad Utsman Najati(1993) Dirasat
Muslimin , Kaherah: Dar al-Syuruq.

Al-Nafsiyyah

Inda

ulama

al-

Raihaniah Zakaria ( 2005), Epistemologi Ilmu Ibn Khaldun: Analisis Peranannya


Dalam Menangani Krisis Pemikiran Ummah, Kertas kerja yang dibentangkan
dalam kuliah Epistemologi Islam( IAGU 6111) pada 19 september 2005 di
bawah seliaan Prof Madya Dr. Che Zarrina Saari bertempat di bilik kuliah 19,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( Tidak diterbitkan.)
Sahih al-Bukhari, Bab al-Tabir Beirut: Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyyah, (t.t), jil
4,
Sigmund Freud (1911), The Interpretation of Dreams, terj. Apri Donarto et. Al
(2001
Tafsir Mimpi,
Sururin M. Ag. ( 2004), Ilmu Jiwa Agama, Jakarta: PT RajaGrafindo, cet i.
Uthman Najati, Muhammad Dr. al-Hadith al-Nabawiy wa Ilm a-Nafs, terj.
Wawan Djunaidi Soffendi ( 2003) Psikologi Dalam Tinjauan Hadis Nabi
Muhammad s.a.w., Mustaqim: Jakarta cet 1.

Wan Mohd Nor Wan Daud (1998) The Educational Philosophy an Practise Of
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Kuala Lumpur: ISTAC, h 267.

Anda mungkin juga menyukai