Anda di halaman 1dari 8

14390 BANDAR BAHARU

KERTAS KONSEP
ENGLISH DAY
MBI PROGRAM

2012

2
1.

RASIONAL

Pelaksanaan program English Day ini adalah sebagai salah satu usaha
untuk membantu dalam peningkatan pengguasaan dan pencapaian Bahasa
Inggeris murid-murid di sekolah ini. Adalah diharapkan pelaksanaan program
ini mampu menyediakan dan memberi ruang(exposure) yang menggalakkan
dan kondusif kepada semua murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris
dalam kegiatan harian mereka.

Pengwajiban penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan bagi


satu hari seminggu mampu melatih murid untuk menjadi lebih berani dan
tidak malu untuk bertutur kerana semua warga sekolah perlu menggunakan
Bahasa Inggeris sepanjang hari. Adalah diharapkan agar program ini akan
dapat membantu murid-murid menjadi lebih berkeyakinan dan seterusnya
dapat melahirkan murid yang berkebolehan.

Justeru itu, pemilihan program ini sebagai salah satu daripada program di
dalam

program-program

dicetuskan

oleh

Meningkatkan

Kementerian

Bahasa

Pendidikan

Inggeris

adalah

(MBI)

bertepatan

yang
dalam

memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah diharapkan


agar program ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada semua
warga sekolah bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar
dan mencapai objektifnya.

4
2.

OBJEKTIF PROGRAM
Untuk menggalakkan murid dan semua warga sekolah menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.
Untuk melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa
rendah diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan pengguasaan murid dalam
subjek Bahasa Inggeris di sekolah ini.
Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi
murid-murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk
menguasai Bahasa Inggeris demi masa depan mereka.
Bagi melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dalam kehidupan harian mereka.

5
3.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PROGRAM ENGLISH DAY
SK SG KECHIL ILIR
BANDAR BAHARU, KEDAH

PENASIHAT :
GURU BESAR SKSKI

PENGERUSI :
EN ABDUL WAHID BIN AYOB
PENGERUSI PANITIA BAHASA INGGERIS

SETIAUSAHA :
EN MOHD AZNIZAM BIN ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA:
PN SALMAH BT HAMID
PN JAMSIAH BT JAAFAR
MISS TAN TZE YUEN
MR. CHANDRA
SEMUA GURU SKSKI

6
4.

KAEDAH PELAKSANAAN

Program ini dijalankan setiap hari Isnin pada setiap minggu. Semua warga
sekolah digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua kegiatan
mereka di sepanjang hari. Sebarang aktiviti di sekolah seperti pengumumam
dan ucapan selamat hendaklah dibuat menggunakan Bahasa Inggeris bagi
menggalakkan dan memberi contoh yang baik kepada semua murid. Pihak
sekolah perlu memastikan suasana yang menggalakkan bagi memberi
keselesaan kepada murid-murid untuk cuba menggunakan Bahasa Inggeris.

Kerjasama daripada semua guru dalam memberi galakan kepada muridmurid adalah memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan
semua murid memberi kerjasama dan perhatian yang sewajarnya terhadap
kelancaran

dan

keiayaan

perjalanan

program

ini.

Pihak

guru

boleh

memulakan aktiviti ataupun usaha seperti menegur murid dengan bertanya


khabar ataupun mengucapkan selamat.

Murid-murid perlu dididik dan digalakkan untuk terus menggunakan Bahasa


Inggeris walaupun membuat kesilapan ataupun menggunakan broken
English. Sebarang bentuk hukuman ataupun denda hendaklah dielakkan bagi
memupuk minat dan kecintaan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa perbualan harian.

7
5.

PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu


murid-murid

untuk

lebih

berkeyakinan

dan

tidak

rendah

diri

untuk

menggunakan Bahasa Inggeris sesama rakan ataupun dengan warga sekolah


yang lain. Kerjasama daripada semua pihak di sekolah sama ada dari
peringkat pengurusan mahupun para guru yang lain adalah amat kritikal dan
membantu di dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.
Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan semaksimun
yang mungkin dalam mencapai hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

8
5.0 KAEDAH PEMANTAUAN

Anda mungkin juga menyukai