Anda di halaman 1dari 19

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peraturan dan Syarat Pertandingan

KOMPANG SELAWAT &

BERZANJI MARHABAN

SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM


BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JANUARI 2015

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

TAJUK
1.

Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

DIKEMUKAKAN OLEH
2.

Kertas ini dikemukakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

TUJUAN
3.

Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri-negeri bertujuan untuk


memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

LATAR BELAKANG
4.

Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan Selamat
Datang dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah
Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh
para pendakwah Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk
mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata
cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian
penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.

5.

Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak
penghijrahan Rasullullah SAW. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada
marhaban, kalimah selawat adalah ucapan taufiqi yang diajarkan oleh Allah SWT.
Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh dalam kalangan
masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan
pujian terhadap Baginda Rasulullah SAW. dan melahirkan kesyukuran terhadap
Allah SWT.

6.

Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul
SAW., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan
majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian
kepada Nabi Muhammad SAW. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta
melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.

7.

Kumpulan marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh
golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan.
Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali.

TUJUAN PERTANDINGAN
8.

Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara


warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan
remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat
dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dirangka
untuk dilaksanakan.
Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

9.

Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu
cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Ia
juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput
jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang
watannya.

10. Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada
umum riwayat hidup Rasulullah SAW. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji
dan mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya
masyarakat dapat mengamalkannya dalam kehidupan.
PERKARA YANG DIMAKLUMKAN
11. Tajuk
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
12. Matlamat
Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti
kokurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri
yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang
luhur dan murni.
13. Objektif
1.

Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan
aktiviti kokurikulum;

2.

Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya


melalui aktiviti kokurikulum;

3.

Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid


sekolah rendah dan menengah;

4.

Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada


murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah;

5.

Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi
akal budi; dan

6.

Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput


ditelan zaman.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

14. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah


Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
14.1 Penyertaan
14.1.1

Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah


rendah dari tahun satu hingga tahun enam di sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

14.1.2

Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam


warganegara Malaysia di sekolah rendah dari tahun satu hingga
tahun enam Sekolah Rendah Agama Negeri / Majlis Agama
Islam / Yayasan Negeri / Sekolah swasta berdaftar dengan JPN.

14.1.3

Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar


satu kumpulan Kompang Selawat tidak melebihi 12 orang bagi
setiap kumpulan.

14.1.4

Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang dan


mengalunkan lagu.

14.1.5

Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang


sama sahaja.

14.1.6

Setiap peserta hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan


sahaja.

14.1.7

Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,


sama ada lelaki atau perempuan.

14.1.8

Kumpulan yang menjadi johan di peringkat daerah akan


mewakili daerah ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

14.1.9

Mana-mana
kumpulan
dilarang
sama
sekali
untuk
memperkenalkan identiti kumpulan, sekolah, daerah atau negeri
dalam apa jua bentuk semasa persembahan samada secara
lisan, pada pakaian dan peralatan.

14.1.10 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh


dibatalkan penyertaannya.
14.2

Pengundian
14.2.1

Pengundian giliran kumpulan


pendaftaran dilakukan.

dilaksanakan

14.2.2

Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen


atau wakilnya.

14.2.3

Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa


yang ditetapkan, undian dilakukan oleh urus setia pertandingan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

pada

hari

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

14.3

Borang Penyertaan
14.3.1

Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan


rasmi (Lampiran) yang mengandungi;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

14.3.2
14.4

14.5

Nama Sekolah.
Nama Kumpulan.
Nama Ahli Kumpulan.
Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak.
Nama Pengurus Pasukan

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada


pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan.

Paluan
14.4.1

Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan


sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain.

14.4.2

Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.

14.4.3

Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk


paluan iaitu melalu dan meningkah.

14.4.4

Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan


adalah satu kelebihan (contoh;menyilang,menganak dan lainlain).

14.4.5

Paluan kompang lagu pertama mestilah berentak tradisional


Melayu (masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan manamana rentak di atas).

14.4.6

Paluan kompang lagu kedua adalah bebas.

Formasi persembahan.
14.5.1

Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli kumpulan


dan bersesuaian dengan rentak paluan.

14.5.2

Pergerakan formasi lagu pertama mestilah bersesuaian dengan


alunan selawat yang dipersembahkan.

14.5.3

Pergerakan yang keterlaluan, agresif, berbahaya dan akrobatik


adalah tidak dibenarkan.

14.5.4

Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah
tidak dibenarkan.

14.5.5

Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam


ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 25 kaki x 25
kaki persegi.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

14.6

14.7

14.8

Lagu
14.6.1

Setiap kumpulan mestilah mempersembahkan dua buah lagu.

14.6.2

Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang


sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian.

14.6.3

Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam


Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan ditetapkan oleh BPI dari
semasa ke semasa.

14.6.4

Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama


yang sedia ada atau ciptaan baru. Namun, lagu berunsur
hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya
adalah dilarang sama sekali.

14.6.5

Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa.

14.6.6

Penggunaan dialek kenegerian/kedaerahan tidak dibenarkan.

Lirik Lagu
14.7.1

Lirik lagu pertama hendaklah dalam


bertemakan selawat tradisional sahaja.

Bahasa

Arab

dan

14.7.2

Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa


Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau
ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja.

14.7.3

Skrip lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan


Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya.

14.7.4

Lirik lagu kedua hendaklah ciptaan sendiri berpandukan tajuk


mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 yang
akan ditetapkan oleh BPI dari semasa ke semasa.

14.7.5

Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian


keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali.

14.7.6

Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.

14.7.7

Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang


dipertandingkan kepada urus setia pertandingan pada tarikh dan
masa yang ditetapkan.

14.7.8

Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh


dibatalkan penyertaannya.

atau

Masa
14.8.1

Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja


untuk menyampaikan persembahan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

14.9

14.10

14.8.2

Markah akan dipotong jika persembahan melebihi atau kurang


dari masa yang ditetapkan.

14.8.3

Masa dikira bermula apabila peserta pertama mula masuk ke


kawasan persembahan.

14.8.4

Masa tamat akan dikira apabila peserta pertama mula keluar


dari kawasan persembahan.

Pakaian
14.9.1

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.

14.9.2

Pakaian Lelaki: Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin,


bersongkok hitam dan berkasut lengkap.

14.9.3

Pakaian Perempuan: Baju kurung, bertudung yang sempurna


dan sopan serta berkasut lengkap.

14.9.4

Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak


keterlaluan.

Jenis kompang
14.10.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38
cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz
kompang dibenarkan.
14.10.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang
sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak.
14.10.3 Kompang berkerincing, jedor, alatan muzik atau alat elektronik
selain daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali.
14.10.4 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.

14.11

Suara
14.11.1

14.12

Suara mestilah jelas.

Penghakiman dan Pemarkahan


14.12.1

Bahagian Paluan (35 markah)


Aspek penghakiman;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Gubahan rentak.
Bentuk paluan.
Tempo.
Kualiti ton.
Dinamik / ekspresi.
Keseimbangan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

14.12.2 Bahagian Formasi Persembahan (25 markah)


Aspek penghakiman;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Kreativiti.
Keseragaman.
Disiplin dan susun atur.
Kesesuaian gerak formasi.
Pakaian.

14.12.3 Bahagian Suara (20 markah)


Aspek penghakiman;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Kualiti suara.
Kesepaduan suara.
Keharmonian suara.
Kejelasan dan kefasihan sebutan.

14.12.4 Bahagian Lagu (20 markah)


Aspek penghakiman;
(i) Gubahan lagu.
(ii) Lirik yang sesuai.
(iii) Kesesuaian lagu dengan irama.
14.13

Penentuan Keputusan Pertandingan


14.13.1 Kumpulan yang memperolehi markah
diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.

tertinggi

akan

14.13.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan


ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian
pemarkahan berikut mengikut turutan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Paluan;
Formasi Persembahan;
Suara; dan
Lagu.

14.13.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim


akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.
14.13.4 Keputusan hakim adalah muktamad.
14.14

Bantahan
14.14.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi oleh
pengurus kumpulan kepada Pengerusi Jemaah Hakim
menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

14.14.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan


bukti.
14.14.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan diumumkan.
14.14.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan
diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

15. Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban


Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
15.1

Penyertaan
15.1.1

Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah


menengah dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima di
sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

15.1.2

Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam


warganegara Malaysia di sekolah menengah dari tingkatan
peralihan hingga tingkatan lima dan berumur tidak melebihi 18
tahun pada hari pertandingan dari sekolah berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

15.2

Sekolah

Sekolah Menengah Agama Negeri / Majlis Agama Islam /


Yayasan Negeri.
Maktab Rendah Sains Mara.
Kolej Vokasional KPM.
Sekolah swasta yang berdaftar dengan JPN

15.1.3

Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar


satu kumpulan Marhaban yang tidak lebih daripada 9 orang bagi
setiap kumpulan termasuk pembaca rawi.

15.1.4

Pertandingan peringkat zon dan daerah, setiap kumpulan


hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama manakala
kumpulan yang mewakili daerah dan negeri ke pertandingan
peringkat negeri dan kebangsaan adalah dibenarkan mengambil
murid dari sekolah yang berlainan.

15.1.5

Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,


sama ada lelaki atau perempuan.

15.1.6

Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili


daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

15.1.7

Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh


dibatalkan penyertaannya.

Pengundian
15.2.1

Pengundian giliran kumpulan


pendaftaran dilakukan.

dilaksanakan

15.2.2

Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen


atau wakilnya.

15.2.3

Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa


yang ditetapkan, pengundian giliran akan dilakukan oleh urus
setia pertandingan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

pada

hari

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

15.3

15.2.4

Pengundian giliran kumpulan hendaklah dibuat lebih awal


daripada pengundian rawi.

15.2.5

Setiap kumpulan hanya dibenarkan membaca rawi yang diundi


sahaja. Kumpulan yang membaca selain daripada ayat
undiannya akan dikira terbatal.

Borang Penyertaan
15.3.1

Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan


rasmi yang mengandungi (lampiran);
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

15.4

15.5

Nama Sekolah/Daerah/Negeri.
Nama Kumpulan.
Senarai Nama Ahli Kumpulan.
Nombor Kad Pengenalan.
Nama Pengurus Pasukan

15.3.2

Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks


marhaban yang akan dipersembahkan. (4 salinan)

rawi dan

15.3.3

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada


pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan.

Format Persembahan
15.4.1

Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi.

15.4.2

Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi.

15.4.3

Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika mempersembahkan marhaban.

Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum


15.5.1

Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan


oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan.

15.5.2

Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah


berdasarkan tarannum asli yang muktabar iaitu Sikah, Rakbi dan
Rast.

15.5.3

Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan


kepada tarannum Arab Hijazi sahaja.

15.5.4

Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai dan


diakhiri dengan selawat.

15.5.5

Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi sekurangkurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan.

15.5.6

Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat


(tingkatan).

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

10

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

15.6

15.7

15.8

Rawi Berzanji dan Teks Marhaban


15.6.1

Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab


sahaja.

15.6.2

Setiap teks rawi dan marhaban hendaklah berdasarkan teks yang


muktabar.

Masa
15.7.1

Setiap kumpulan diberi masa selama 18 - 20 minit sahaja untuk


menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban.

15.7.2

Markah akan dipotong jika persembahan kurang daripada 18 minit


atau melebihi masa 20 minit.

15.7.3

Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka dan


berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup.

Pakaian
15.8.1

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.

15.8.2

Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin dan


bersongkok hitam.

15.8.3

Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung yang


sempurna dan sopan.

15.8.4

Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan dan


solekan yang keterlaluan akan dipotong markah persembahan.

* Perhatian
Kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.9

Penghakiman dan Pemarkahan


15.9.1

Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan Berzanji


dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur.

15.9.2

Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada Berzanji


dan Marhaban seperti berikut :
15.9.2.1 Berzanji
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Tarannum
Tajwid
Fasohah
Suara

30
25
25
20

markah
markah
markah
markah

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

11

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

15.9.2.2 Marhaban
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

15.9.3

Tarannum 40 markah
Suara
25 markah
Fasohah 20 markah
Persembahan 15 markah

Penghakiman Berzanji
15.9.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Tarannum Arab Hijazi yang muktabar.


Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara
teratur dalam empat harakat tanpa takrir.
Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan dalam
tiga tabaqat.
Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan teratur
dan tersusun serta tidak bercampur-aduk.

Jenis-jenis kesalahan;
(i)

Kurang daripada empat harakat dalam setiap


rangkap.
(ii)
Tidak dapat mengawal mahattah dan qitah.
(iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan.
(iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai.
(v)
Terdapat takrir pada harakat qitah.
(vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
(vii) Tarannum yang tidak disampaikan dalam tiga
tabaqat.
(viii) Tarannum yang bercampur aduk.
* Perhatian
(i)
(ii)

Pemotongan markah bagi kesalahan yang


berulang-ulang
hendaklah tidak melebihi 5
markah.
Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah
istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut
ciri-ciri yang tertentu.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)

(ii)

Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang


sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah jawabnya Mayyah, Rakbi jawabnya Hijaz dan
Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz.
Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah
Arab.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

12

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

(iii)
(iv)
(v)
15.9.3.2

Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4


tabaqat secara menarik.
Harakat yang mempunyai ikhtilalul lahn.
Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

Tajwid. Aspek yang dihakimi;


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Memelihara
Memelihara
Memelihara
Memelihara
qamariah.
Memelihara
Memelihara
Memelihara

hukum nun sakinah dan tanwin.


hukum mim.
hukum idgham.
hukum alif lam shamsiah

dan

hukum tarqiq, taghliz dan tafkhim.


hukum mudud.
wajibul ghunnah.

Jenis-jenis kesalahan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Tidak memelihara hukum mudud kecuali di


beberapa tempat tertentu dan pada mad aridh
lissukun.
Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin.
Menyalahi hukum mim.
Menyalahi hukum idgham.
Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan qamariah.
Menyalahi hukum tarqiq, taghliz dan tafkhim.
Menyalahi wajibul ghunnah.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)
(ii)
15.9.3.3

Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah.


Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis.

Fasohah. Aspek yang dihakimi;


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.


Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida.
Memelihara tanda baris dan tasydid.
Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.

Jenis-jenis kesalahan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat


huruf.
Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida.
Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
Melanggar kesederhanaan dan keselarasan rentak
bacaan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

13

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)
(ii)

15.9.3.4

Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai


pada keseluruhan persembahan bacaan.
Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang panjang
dalam satu nafas.

Suara. Aspek yang dihakimi;


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Kebersihan suara (tidak serak).


Kelicinan suara (tidak pecah).
Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.
Kelantangan dan ketajaman suara.
Kekerapan burdah yang disusun rapi.
Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).

Jenis-jenis kesalahan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Suara serak / parau yang merosakkan


Suara sumbang yang merosakkan
Suara tenggelam
Suara terpecah / terputus
Suara tersepit / tercekik
Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x)
Suara yang berubah kualiti
Ciri-ciri keistimewaan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
15.9.4

Suara berlahjah Arab.


Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat
dengan selesa.
Suara yang bergerak / hidup.
Suara yang mempunyai kemerduan.

Penghakiman Marhaban
15.9.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
(i)

Taranum
yang
dipersembahkan
hendaklah
berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

14

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

(ii)
(iii)
(iv)

(v)

Setiap persembahan mestilah mengandungi


sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang
dibenarkan.
Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3
tabaqat.
Tarannum marhaban yang
dipersembahkan
hendaklah seiring/sama/selaras dengan tarannum
berzanji. Contoh; rawi sikah marhaban mestilah
sikah, rawi rakbi - marhaban mestilah rakbi dan
rawi rast marhaban mestilah rast.
Kesinambungan di antara tarannum hendaklah
menggunakan wazan tarannum yang bersesuaian.

Jenis-jenis kesalahan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau


saduran.
Kurang
daripada
tiga
tarannum
dalam
persembahan.
Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga
tabaqat.
Sumbang ketika menukar alunan tarannum.
Tarannum marhaban tidak seiring dengan
tarannum rawi.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)
(ii)
(iii)

Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah


arab.
Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4
tabaqat dengan selesa.
Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

15.9.4.2 Suara. Aspek penghakiman;


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)

Kebersihan suara (tidak serak).


Kelicinan suara (tidak pecah).
Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.
Kelantangan dan ketajaman suara.
Kekerapan burdah yang disusun rapi.
Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).
Kesepaduan suara (kumpulan).
Hanya menggunakan satu suara (unisound).

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

15

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Jenis-jenis kesalahan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Suara serak / parau yang merosakkan


Suara sumbang yang merosakkan
Suara tenggelam
Suara terpecah / terputus
Suara tersepit / tercekik
Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x)
Suara yang berubah kualiti
(xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni
* Perhatian
(i)
15.9.4.3

Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2


markah sahaja.

Fasohah. Aspek yang dihakimi;


(i)
Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.
(ii)
Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan.
Jenis-jenis kesalahan;
(i)
Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii)
Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Tidak selaras rentak bacaan.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i)
(ii)

15.9.4.4

Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai


pada keseluruhan persembahan bacaan.
Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam
satu nafas.

Persembahan. Aspek yang dihakimi;


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Disiplin dan susun atur.


Pakaian peserta yang bersesuaian.
Memula dan menutup persembahan dengan
selawat.
Penghayatan (ekspresi).
Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan.
Menepati masa yang ditentukan.
Keseimbangan persembahan / penampilan di
antara solo dengan ramai.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

16

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Jenis-jenis kesalahan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Kurang berdisiplin.
Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai.
Tidak memula dan menutup persembahan dengan
selawat.
Tiada penghayatan.
Gaya yang keterlaluan.
Tidak menepati masa.
Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan.

Ciri-ciri keistimewaan;
(i)
(ii)

Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang yang


menarik.
Dapat menamatkan persembahan tepat pada masa
yang ditetapkan (20 minit).

15.10 Penentuan Keputusan Pertandingan


15.10.1 Kategori Pertandingan;
15.10.1.1
15.10.1.2
15.10.1.3

Kategori Berzanji Pembaca Rawi Terbaik


Kategori Marhaban Persembahan Terbaik
Kategori Berzanji dan Marhaban Johan, Naib
Johan,Ketiga dan Saguhati

15.10.2 Bagi kategori Berzanji Pembaca Rawi Terbaik, pemilihan


berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat markah
tertinggi.
15.10.3 Bagi kategori Marhaban Persembahan Terbaik, pemilihan
berdasarkan kepada persembahan marhaban yang mendapat
markah tertinggi.
15.10.4 Markah wajaran bagi berzanji ialah 40% dan marhaban ialah 60%.
15.10.5 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, kumpulan yang memperolehi
markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji dan Marhaban
dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.
15.10.6 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan
ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian
pemarkahan berikut mengikut turutan;
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Tarannum (rawi dan marhaban);


Tajwid (rawi);
Suara (rawi dan marhaban);
Fasohah (rawi dan marhaban); dan
Persembahan (marhaban).

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

17

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

15.10.7 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan


bermuzakarah untuk menentukan keputusan pertandingan.
15.10.8 Keputusan hakim adalah muktamad.
15.11 Bantahan
15.11.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan oleh pengurus kumpulan
secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan
Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.
15.11.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan bukti.
15.11.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan rasmi diumumkan.
15.11.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan
diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

18

Anda mungkin juga menyukai