Anda di halaman 1dari 4

MATA PELAJARAN FIZIK

INKUIRI BERPANDU

Tajuk: Daya Apungan


Hasil Pembelajaran:
i) Mencari hubungkait antara ketumpatan cecair dan daya apungan.
ii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan perbezaan ketumpatan dan daya
apungan.

Soalan:
1. Apakah yang anda perhatikan?
2. Pada pandangan anda, mengapa fenomena ini berlaku?

Bahan:
Neraca spring, tin eureka, silinder penyukat, benang dan pemberat berslot.

A. Berdasarkan situasi di atas, rangka eksperimen yang boleh anda


jalankan untuk menerangkan teorinya.

B. Tuliskan laporan eksperimen yang telah anda jalankan dan laporan


anda perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
1) Tujuan
2) Pernyataan Masalah
3) Hipotesis
4)Pembolehubah
5) Prosedur eksperimen
6) Penjadualan data
7) Analisis data
8) Kesimpulan eksperimen.

C.Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang


permasalahan berikut:
Rajah di bawah menunjukkan dua kapal berjisim sama, terapung di permukaan
sungai dan di permukaan laut.

Terangkan mengapa kapal itu boleh terapung dan paras kapal yang tenggelam
berbeza di dalam sungai dan di dalam laut.

MATA PELAJARAN FIZIK


INKURI BERPANDU
LAPORAN EKSPERIMEN

1. Tujuan : Mengkaji hubungan antara daya apungan dan berat bendalir yang
disesarkan.
2. Pernyataan masalah : Menentukan hubungan antara perbezaan
ketumpatan dan daya apungan.
3. Hipotesis : Semakin besar daya apungan semakin besar berat air yang
disesarkan.
4. Pembolehubah :
a) Manipulasi : Daya apungan
b) Bergerakbalas : Berat air yang disesarkan.
c) Dimalarkan : Ketumpatan air
5. Prosedur eksperimen
a) Berat pemberat ditimbang di udara, W1 dengan menggunakan neraca
spring.
b) Kemudian pemberat dimasukkan ke dalam tin eureka yang berisi air
pada paras berlabel 1 seperti Rajah 1 dan bacaan neraca spring, W 2
dicatatkan.
c) NIlai daya apungan, FB dikira dengan menggunakan formula
Daya apungan = (berat jasad di udara)- berat jasad
dalam air
FB = W1 W2
Isipadu air yang tersesar di dalam silinder penyukat, V diukur.
d)
NIlai berat air yang disesarkan, W dikira dengan menggunakan formula
e)
W = gV = 0.01 x V
106
f) Langkah a-e diulangi dengan memasukkan pemberat di paras berlabel
2,3,4, dan 5.
g) Nilai-nilai W1, W2, FB, V dan W direkodkan dalam Jadual.

6. Penjadualan Data

W 1 /N

W 2 /N

F B /N

V/ cm

7. Graf daya apungan melawan berat air yang disesarkan diplotkan.

W/N

8. Kesimpulan:
Daya apungan berkadar secara langsung dengan berat air yang disesarkan.

JAWAPAN C:

F=Vg
V=

F
g

Berdasarkan formula di atas,


Daya Apungan = Berat air tersesar
= Berat objek

Ketumpatan cecair berubah, daya apungan tidak berubah kerana berat bot
adalah sama.
Tetapi,
Apabila ketumpatan cecair berubah, isipadu cecair yang tersesar akan berubah.
(ketumpatan meningkat, isipadu cecair tersesar akan menurun)

ketumpatan air laut >ketumpatan air sungai


Oleh itu,

isipadu air tersesar bagi air laut <isipadu air tersesar bagi air sungai

Anda mungkin juga menyukai