Anda di halaman 1dari 83

BAB 1

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia merupakan suatu amalan yang
diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu

pada suatu ketika dahulu dan

ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini
dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini
kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya
diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan
karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi
mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan
berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama.

DEFINISI TERMINILOGI
Bagi konteks tesis ini, takrif terminologi berikut diguna pakai.
a) Adat
i)

Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturanaturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun
ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi

ii)

yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 975).


Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat
resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan
dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang

iii)

mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4).


Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu custom mamberi
maksud suatu adat dan kebiasaan (Mansur Ahmad Saman,1997 )

b) Budaya
i)

Setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial


sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma,
dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat

ii)

(Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).


Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea,
nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi
oleh

iii)

semua

orang

dalam

sesebuah

masyarakat

(Eshleman

&

Cashion,1985).
Perkataan budaya di dalam Bahasa Inggeris disebut culture yang memberi
maksud kebudayaan (Mansur Ahmad Saman,1997 ).

c) Tradisional

i)

Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat resam dan


suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur
Ahmad Saman,1997 )

d) Ajaran Islam
i)

Bermaksud penerimaan dan penundukan kepada Tuhan, dan penganutnya


harus menunjukkan ketaatan dengan menyembah-Nya, menurut segala
perintah-Nya dan menghindarkan diri dari segala larangan-Nya ( Eko Jati

ii)

Waluyo )
Ajaran agama Islam senantiasa disandarkan pada 2 sumber utama iaitu Al
Qur'an dan AL Hadits. Sedangk an sumber hukum yang lain (Ijma, Qiyas,
masali mursalah dan seterusnya.......) merupakan sumber hukum yang
menjadi pedoman setelah Al Qur'an dan Al Hadis, sumber-sumber tersebut
di gunakan apabila tidak ditemukan adanya ketetapan hukum dalam AlQur'an dan Al Hadits, seperti ketetapan besarnya bagian ahli waris yang
tidak di tetapkan dalam alQur'an dan Al Hadits. ( Johan, 2007)

LATAR BELAKANG KAMPUNG TOK BELIAN

Kampung Tok Belian merupakan salah sebuah kampung yang berada di dalam
jajahan Bachok. Ianya terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Bachok. Kampung Tok
Belian dihuni seramai lebih kurang 1000 orang penduduk.

Menurut sejarah, nama Kampung Tok Belian diambil dimbil berdasarkan kepada
satu kisah yang dikatakan suatu ketika dahulu terdapat sejenis permainan yang sering
dimainkan oleh penduduk kampung tersebut. Penduduk kampung memberi gelaran pada
permainan tersebut dengan gelaran Tok Belian. Maka bermula dari situlah kampung
tersebut dikenali dengan nama Kampung Tok Belian.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati penduduk di kampung tersebut


masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh
nenek moyang mereka dahulu. Adat dan budaya tradisional tersebut seakan telah sebati
dengan kehidupan mereka seharian.

OBJEKTIF KAJIAN

1- Mengenalpasti adat dan budaya tradisional di Kampung Tok Belian


2- Menentukan jenis-jenis adat dan budaya tradisional yang bercanggah dengan
nilai-nilai Islam di kampung tersebut.

3- Memberi cadangan untuk mengurangkan dan menghapuskan adat dan budaya

tradisional di Kampung Tok Belian yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Masyarakat Melayu di Kampung Tok Belian masih kuat mempraktikkan adat dan
budaya tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Adat dan budaya
tradisional merupakan suatu perkara yang penting di dalam sesebuah masyarakat. Bahkan
adat dan budaya yang diamalkan adalah berbeza-beza mengikut apa yang telah
ditinggalkan oleh nenek moyang mereka berdasarkan keadaan dan latar belakang sesuatu
5

tempat itu. Amalan adat tersebut sudah berdarah daging di dalam jiwa mereka. Ada
sesetengah adat dan budaya tradisional yang berkait rapat dengan agama dan ada juga
yang bertentangan dengan agama. Justeru itu, perhatian yang teliti perlu diberikan untuk
mengkaji sejauh manakah tahap pertembungan yang berlaku antara adat resam dan
budaya tradisional yang masih diamalkan di Kampung Tok belian dengan nilai-nilai
agama Islam. Jika dilihat dari segi adat resam dan budaya tradisional yang masih
diamalkan di kampung tersebut, ianya seakan telah menjadi suatu keperluan yang perlu
dilakukan oleh masyarakat Melayu di kampung tersebut. Adapun begitu amalan-amalan
yang masih diamalkan oleh penduduk kampung tersebut terselit nilai-nilai agama Islam
yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Namun ada juga segelintir masyarakat
Melayu di kampung tersebut yang masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya yang
agak terpesong dengan nilai-nilai agama Islam. Adalah dirasakan penting untuk mengkaji
masalah ini bagi memahami adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh
penduduk kampung tersebut. Ianya juga perlu bagi mengetahui sejauh manakah adat dan
budaya tradisional ini memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang.

RASIONAL KAJIAN

Dewasa ini jika diperhatikan masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat
resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Ada
sesetengah mereka yang terlalu taasub dengan adat resam tersebut sehingga terpesong
dari batasan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Jika dilihat dari aspek kajian lepas

yang telah dilakukan, adat resam wujud di dalam setiap aspek kehidupan masyarakat
Melayu tidak kira dari sudut lahiriyah mahupun batiniyah.

Penduduk Kampung Tok Belian juga tidak ketinggalan dengan masalah tersebut
yang mana masyarakat Melayu di kampung tersebut juga masih percaya dan berpegang
dengan

adat resam dan budaya tradisional yang ada. Ianya jelas dapat dilihat dari

amalan-amalan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga di kampung tersebut. Jika dilihat
secara kasar, amalan-amalan tersebut mungkin menjurus kepada sesuatu yang syirik
tetapi bagi masyarakat Melayu di kampung tersebut ianya mempunyai motif tertentu di
sebalik amalan-amalan yang dilakukan. Malah ianya dikatakan menjadi satu simbolik
kepada masyarakat Melayu di kampung tersebut.

Jadi apakah motif sebenarnya adat dan budaya tersebut diamalkan? Di sini saya
mendapati terdapat kekeliruan yang berlaku berkaitan adat dan budaya tradisional yang
diamalkan oleh masyarakat kampung tersebut dangan nilai-nilai Islam. Atas dasar inilah,
satu kajian perlu dilakukan untuk melihat apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh
penduduk di Kampung Tok Belian serta tahap pertembungan antara adat dan budaya
tradisional dengan nilai-nilai agama Islam di kampung tersebut. Kajian ini juga bertujuan
untuk malihat sejauh manakah adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan
keatas penduduk di kampung tersebut.

Adalah diharapkan hasil atau penemuan kajian ini dapat memberi pengetahuan
baru tentang persamaan dan perbezaan antara adat resam dan budaya tradisional dengan
7

nilai-nilai agama Islam. Dengan hasil penemuan ini diharapkan dapat dijadikan panduan
kepada semua masyarakat Melayu di Malaysia.

PERSOALAN KAJIAN

1- Apakah adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh penduduk di
Kampung Tok Belian?

2- Apakah tujuan adat dan budaya tradisional tersebut dilakukan oleh masyarakat
Melayu di Kampung Tok Belian?

3- Apakah nilai-nilai agama Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di


Kampung Tok Belian?

4- Adakah berlaku pertembungan antara adat dan budaya tradisional dengan nilainilai agama Islam di kalangan penduduk Kampung Tok Belian?

5- Sejauh manakah amalan adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan
dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kanpung Tok Belian?

DEFINISI ISTILAH

1- Adat :
- Adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib,
bersopan-santun ketika bertutur, menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula
jadi yang diikuti turun-temurun. ( Kamus Dewan )

2- Budaya :
- Warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan,
norma, dan amalan yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat.
Contohnya baju kurung merupakan baju tradisional masyarakat melayu namun
apabila apabila seorang gadis memakai baju kurung dan bertudung ianya
dianggap sopan

( Abdul Rahman ,1994 )

3- Nilai :
- Merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang
apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti
hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang
positif dan nilai yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Contohnya
sifat dermawan, kesopanan, kesabaran, kerajinan, ketekunan, dan kerifan dinggap
sebagai nilai yang positif manakala sifat kedekut, kejahatan, keangkuhan,
kelalaian dan kejahilan dianggap sebagai nilai yang negetif.. ( Noran Fauziah,
1987)
KESIMPULAN
Bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan responden dari penduduk di
Kampung Tok Belian. Laporan kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian. Bab 1
membincangkan pengenalan kajian iaitu latarbelakang, masalah kajian dan objektif dan
persoalan kajian. Bab 2 sorotan penulisan menjelaskan rujukan kajian lalu berkaitan dengan
masalah kajian. Bab 3 adalah metodologi kajian. Bab IV pula membincangkan analisis data
dan dapatan kajian. Bab V menyatakan, cadangan dan penutup kajian.

10

BAB 2

SOROTAN LITERATURE

PENGENALAN

11

Bahagian ini memberikan huraian literature mengenai kajian ini. Perbincangan


bahagian ini merujuk kepada kajian lepas yang mengenai definisi budaya, elemen budaya
dan kepntingan budaya.

SOROTAN LITERATURE

Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masingmasing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan
panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang
dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan
berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan
nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lamakelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat ... adat resam sebagai tatacara
yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya
atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial .( Mac Iver ,
1970),

Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan,
aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika
bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turuntemurun (Teuku Iskandar, 1984,). Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam
menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah
masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah
12

berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam dalam
suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, semua itu
mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju,
dinamik dan progresif.

Istilah adat ditafsirkan dengan pelbagai pengertian oleh banyak sarjana., Adat juga
merupakan perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Dalam konteks masyarakat
Melayu pula, istilah adat memberikan pengertian yang lebih luas daripada itu sehingga
sukar diberikan pengertian yang kukuh. Kesukaran tersebut timbul antara lain disebabkan
penggunaan kata adat yang agak luas dan dalam situasi yang agak tidak begitu terbatas.
Tambahan pula dapat dikatakan bahawa setiap suku bangsa mempunyai adat dengan
pengertian masing-masing.

Justeru itu, untuk membolehkan seseorang memahami

maksud adat bagi setiap suku bangsa itu, dia harus memakai budaya dan falsafah hidup
mereka (Abdullah Sidek, 1974).
Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam
adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh
masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974). Dalam
pergaulan hidup itu tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi
kebiasaan kerana dilakukan berulang kali. Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan
normatif , lalu berubah menjadi adat resam. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan
Arab iaitu kebiasaan, lembaga, resam, peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba, 1974).

Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat
resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi
13

adat-adat kebiasaan yang lainnya. Adapun adat merangkumi segala upacara semenjak
kelahiran sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut
kelahiran, adat selepas bersalin, berkhatan, mendirikan rumah baru dan lain-lain. (A.Aziz,
1995).

Definisi budaya

Kita sering memperkatakan tentang budaya. Pelbagai tafsiran dapat diberikan


tentang budaya. Ada yang mengatakan tarian, muzik, dan seni lakonan ialah budaya.
Sebenarnya ini hanya

sebahagian kecil daripada unsur budaya. Budaya telah

didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, system idea, nilai, kepercayaan,
pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam
masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman,1996). Ahli-ahli sosiologi pula
mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma,
adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat
(Eshleman & Cashion,1985).

Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan
asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya
(R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang
mengatakan

budaya

merupakan

perkembangan

kata

majmuk

daripada

budi

(Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya


yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah
14

perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1). Budaya
terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam
proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya
komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang cuma difahami oleh individu
dalam sesebuah masyarakat.

Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan


kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan
masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara
berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus
mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat resam, dan imaginasi yang akan
memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman, 1992). Sesuatu budaya itu dinamis
sifatnya, yakni berubah mengikut peredaran zaman dan perlakuan manusia yang merintis
pembaharuan. Pembaharuan dalam budaya manusia mendatangkan kesan negetif dan
positif. Budaya Melayu adalah dinamis dan sentiasa berkembang dari satu zaman ke satu
zaman secara bersambungan (Wan Abdul Kadir, 1988).

Justeru itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahanlahan mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur
dan mati. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran
masyarakat. Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan
positif terhadap masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk.
Umpamanya budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Kebudayaan dari
segi ilmu pengetahuan memberikan pengertian yang luas iaitu meliputi seluruh cara
15

hidup manusia, segala daya dan usaha dalam mencari penyelesaian dan kesempurnaan di
dunia.( Ismail Hussein, 1966).

Kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek non-material dan
aspek material. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek non-material kerana
cetusan pemikiran atau gagasan yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau
reka cipta. Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek
non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma
dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek
lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek budaya, yang
sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim,
1991).

Ahli antropologi yang telah membuat pengkajian khusus tentang budaya. Dalam
kajian tersebut, terdapat lebih kurang 164 definisi budaya yang disentuh dan
dimengertikan oleh para sarjana (Kreber dan Kluckhohn 1952). Jelas betapa pelbagai dan
tidak seragamnya definisi serta konsepssi seseorang tentang kebudayaan. Antara
sumbangan penting masa kini yang memberikan definisi budaya ialah daripada Clifford
Greetz dalam bukunya The Interpretation of Culture.
perspektif antropologi

Greetz yang menggunakan

simbolik membuat perbandingan bahawa perkaitan antara

manusia dengan kebudayaan ibarat binatang yang terperangkap dalam jerat-jerat makna
yang ditenun sendiri. Greetz juga menganggap bahawa kebudayaan sesuatu yang
berhubung dengan simbol yang tersedia di hadapan umum dan dikenali oleh ahli
masyarakat yang berkenaan. Kesimpulan daripada kajian tersebut, sarjana-sarjana Barat
16

dan Timur mempunyai pandangan ataupun takrifan tentang budaya ataupun kebudayaan
yang tidak jauh bezanya. Justeru itu, budaya mempunyai pengertian tertentu dalam
konteks sesuatu masyarakat tersebut. Namun, yang jelas konsep budaya luas
pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan persoalan
persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Oleh yang demikian, pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, keperibadian, dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu
merupakan kebudayaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah dinyatakan budaya bolehlah dirujuk


sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan diterima secara
umum secara positif dan termasuklah fenomena manusia yang berlaku dalam masyarakat
yang bukan berunsur biologi.

Elemen budaya

Eleman budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material,
budaya material dan cultural lag . Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan
material ialah simbol, bahasa, nilai, dan norma. ( Noran Fauziah, 1987, Eshleman &
Cashion, 1985).

Simbol atau lambang iaitu kewujudan sesuatu budaya bergantung kepada


kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi. Masyarakat

17

pada zaman batu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli antropologi budaya turut mengkaji simbol
sebagai salah satu unsur budaya. Antara contoh simbol ialah huruf, nombor, lambing dan
bendera.

Cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya

sesetengah simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud
yang berbeza. (Hofstede, 1991)

Bahasa merupakan sebahagian daripada unsur simbol yang

penting. Bahasa

merupakan aplikasi yang sistemetik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai,
dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang
mewujudkan proses komunikasi, namun bahasa juga merupakan kaedah komunikasi yang
unik dan mudah difahami oleh khalayak. Ini kerana banyak perkara boleh diterangkan
dan disampaikan maksudnya melalui bahasa seperti mimpi dan pengalaman. Setiap
masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa merupakan asas kepada budaya
dan penting kepada masyarakat.

Nilai merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat
tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti
hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif dan
yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai menjadi sebahagian daripada
personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti menghormati orang tua, patuh
kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong.

18

Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku.
Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang
ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan dengan mengadakan
hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya. Kawalan sosial merujuk
kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat
termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan institusi tahanan.

Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli
masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil
daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada
masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam
masyarakat yang berlainan.

Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan budaya


bukan material dan budaya bukan material ini pula tidak dapat menyesuaikan dengan
budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah baru yang adakalanya tidak
dapat diselesaikan. Contohnya seperti penciptaan perabot yang akan memusnahkan
banyak kawasan hutan.

KEPENTINGAN BUDAYA

19

Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia melambangkan identity sesuatu


bangsa dan masyarakat (Asma,1994). Seperti budaya orang Cina yang menggunakan
penyepit atau chopstick ketika makan, sari pula menunjukkan identity kaum India dan
orang Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju
kurung, kebaya, kain batik, dan baju Melayu. Selain itu, budaya juga dapat membezakan
sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.

Setiap individu harus menghormati budaya individu lain kerana ia merupakan


cara hidup yang telah sekian lama diamalkan dan ada sesetengah budaya yang berkaitan
dengan kepercayaan dan adat resam menyentuh sentimen peribadi sesuatu kaum. Sifat
budaya adalah universal tetapi dalam masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya
satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. (A.Aziz,1994).

Semua orang mesti mengetahui bahawa budaya bersifat dinamis dan akan
berubah-ubah mengikut peredaran masa. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta
mempelbagaikan lagi budaya itu. Budaya berkembang dan berubah berikutan dengan
perubahan masyarakat itu sendiri. Walaupun terdapat pengaruh dari luar ke dalam sesuatu
budaya, namun ia bukanlah satu peniruan semata-mata tetapi merupakan perolehan dan
penyesuaian yang ditentukan oleh kebudayaan yang menerimanya ( Wan Abdul
Kadir,1983).

KESIMPULAN

20

Bab sorotan kajian ini membincangkan tentang beberapa pendapat berkaitan


dengan dengan definisi budaya. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang elemenelemen budaya yang mana terbahagi kepada dua ketegori iaitu meterial dan bukan
meterial. Seterusnya bab ini juga turut menjelaskan tentang kepentingan budaya
berdasarkan beberapa pendapat daripada kajian-kajian lepas.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

PENGENALAN

Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu


kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk
21

memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul.
Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian
dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).

Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah
menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri
daripada rekabentuk kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisis data dan
kesimpulan.

REKEBENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk


menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan
rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan
(survey) berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pertembungan
antara adat resam dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di Kampung Tok
Belian.

Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk


menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995).
22

Kajian ini menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mendapat maklumat dan data yang
diperlukan.. Penggunaan temubual

merupakan cara yang menjimatkan masa untuk

mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat
memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, yang mana isu yang dikaji adalah
menfokuskan kepada amalan adat dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di
kalangan penduduk kampung Tok Belian, Bachok, Kelantan. Kajian ini dilaksanakan
dengan menggunakan kaedah

pemerhatian dan temuramah, yang mana kajian ini

menumpukan kepada aspek aspek seperti apakah adat dan budaya tradisional yang
masih diamalkan, bila, di mana dan bagaimana ia dilakukan.
SOALAN-SOALAN UNTUK TEMUBUAL PENDUDUK KAMPUNG

1) Apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh penduduk kampung?


2) Apakah adat resam dan budaya tradisional yang dimalkan oleh penduduk lain di

kampung ini?
3) Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah dengan syariat

Islam?

23

4) Pada pandangan anda, bagaimanakah adat resam yang bercanggah dengan syariat

Islam itu dapat dihapuskan atau dikurangkan?

PROSEDUR KAJIAN

Setelah soalan temubual dibaiki, penyelidik sendiri telah menemubual responden iaitu
penduduk di Kampung Tok Belian. Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pelajar bagi setiap kursus.
ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian yang dijalankan.
iii. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan temubual.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, bab ini membincangkan kaedah dan prosedur yang digunakan
untuk menjalankan kajian. Analisa dapatan kajian dibuat berdasarkan kepada setiap item
dan juga secara keseluruhan bagi setiap aspek yang dikaji. Metodologi kajian digunakan
untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan dalam Bab 1. Semua maklumat
dikumpul dengan menggunakan temubual

yang diproses dan dianalisis. Semua

keputusan dan kesimpulan yang telah diperolehi daripada analisis dinyatakan dalam Bab
4 berikut.
24

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

25

PENGENALAN
Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi
melalui temubual dari responden dikumpul dan dianalisis. Soalan terbuka dianalisis secara
mengkategori dan mengkuantitikan respon yang diberikan. Analisis data dibuat dan disusun
mengikut objektif dan persoalan kajian seperti dalam Bab 1.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN


Dalam Bahagian ini, sebanyak 4 item soalan telah dikemukakan kepada responden
untuk dijawab. Analisis data dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian seperti yang
dinyatakan dalam Bab 1.

PERSOALAN PERTAMA : Apakah adat yang masih diamalkan oleh penduduk


Kampung Tok Belian?
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa adat resam dan budaya
tradisional masih lagi wujud di Kampung Tok Belian. Malah dikatakan bahawa masih
banyak adat-adat dan budaya yang diamalkan di kampung tersebut. Menjawab kepada
persoalan pertama dalam tesis ini iaitu Apakah adat yang masih diamalkan oleh
penduduk kampung Tok Belian?, sebahagian penduduk di kampung tersebut
menyatakan adat yang masih lagi giat diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut

26

ialah melenggang perut, menunggu kubur, berkhatan, bercukur, aqiqah, tahlil, dan banyak
lagi.

Adat ini dikatakan merupakan suatu adat yang penting dan perlu diamalkan oleh
penduduk di kampung tersebut. Antara sebab yang disebutkan beberapa responden ialah
ianya merupakan amalan nenek moyang yang telah diwarisi sejak turun temurun dan
telah sebati sebagai amalan penting penduduk di kampung tersebut.

Namun terdapat juga sebahagian penduduk kampung tersebut yang mengatakan


mereka tidak mengamalkan kesemua adat resam dan budaya yang diamalkan oleh
penduduk lain di kampung tersebut. Mereka hanya mangamalkan adat resam dan budaya
yang berkaitan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam sahaja seperti berkhatam,
bercukur, dan lain-lain.

PERSOALAN KEDUA : Apakah adat resam dan budaya tradisional yang diamalkan oleh
penduduk lain di kampung tersebut?

Berdasarkan soalan kedua yang telah ditemubual, iaitu Apakah adat resam dan
budaya tradisional yang diamalkan oleh penduduk

lain di kampung tersebut?

kebanyakan penduduk menjawab adat resam dan budaya yang diamalkan oleh penduduk
lain di kampung tersebut adalah sama seperti mana yang telah diterangkan dalam soalan

27

pertama tadi. Cuma terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang hanya
mengamalkan sebahagian sahaja dari adat dan budaya tradisional tersebut.

PERSOALAN KETIGA : Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah
dengan syariat Islam?

Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan keatas 10


orang penduduk kampung, 7 orang penduduk kampung tersebut menyatakan adat dan
budaya tradisional yang diamalkan tersebut jelas bercanggah dengan syariat Islam.
Kebanyakan adat dan budaya yang mereka amalkan mempunyai unsur-unsur mistik serta
kepercayaan kepada perkara-perkara tahyul dan animisme. Amalan tersebut

seakan

sudah sebati dan menjadi suatu perkara yang harus diamalkan oleh penduduk di kampung
tersebut. Akan tetapi terdapat juga sebahagian adat-adat yang diamalkan dalam
kehidupan harian penduduk yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Malah dengan
adat dan budaya tradisional tersebut dikatakan dapat melahirkan

masyarakat yang

harmoni, bersatu padu,berkerjasama, berbudi bahasa dan lain-lain.


Namun bagi golongan muda yang tinggal di kampung tersebut, mereka
mengatakan bahawa mereka sudah tidak mengamalkan beberapa adat yang dirasakan
bercanggah dengan ajaran agama. Amalan adat seperti mandi bunga, melenggang perut,
main puteri dan lain-lain lagi yang dirasakan mempunyai unsur-unsur memuja semangat
tidak lagi diamalkan oleh golongan muda. Ini menunjukkan telah menerima pendidikan
aqidah yang baik, wujudnya kesedaran dalam diri golongan muda di kampung tersebut
serta pemikiran mereka sudah mulai terbuka kepada perkembangan semasa.
28

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang


mengatakan adat resam dan budaya tradisional tersebut tidaklah bercanggah dengan
syariat Islam. Ianya merupakan suatu adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka
dan harus diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut. Setiap amalan yang dilakukan
mempunyai motif dan maksud tertentu seperti adat melenggang perut dilakukan untuk
memohon keselamatan kepada ibu dan anak di dalam kandungan. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa golongan yang mengamalkan adat resam tersebut jahil dan
ceteknya pengetahuan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam. Antara
faktor-faktor lain yang menyebabkan adat resam dan amalan yang bercanggah itu masih
diamalkan oleh sebahagian penduduk kampung tersebut ialah pengaruh dari masyarakat
setempat iaitu mereka menganggap adalah sesuatu janggal sekiranya sesebuah keluarga
yang tinggal berhampiran tetapi tidak mengamalkan adat yang sama. Oleh itu mereka
akan melakukan mana-mana adat yang diamalkan oleh masyarakat setempat untuk
mengelakkan dari dipandang serong oleh masyarakat lain di kampung tersebut. Amalan
yang bercanggah dengan syariat masih lagi diamalkan kerana tidak ada penguatkuasaan
dari pihak yang berkaitan. Ini membolehkan penduduk di kampung tersebut melakukan
atau mengamalkan adat resam dan budaya tradisional mengikut penilaian mereka sendiri.

PERSOALAN KETIGA : Pada pendapat anda, bagaimanakah adat resam yang


bercanggah dapat dihapuskan atau dikurangkan?

Hasil temubual keatas penduduk kampung tersebut menunjukkan kebanyakan


penduduk di kampung Tok Belian berpendapat, antara langkah yang boleh dilakukan
untuk mengurangkan dan mengatasi masalah adat resam yang bercanggah ini ialah
29

dengan mengadakan lebih banyak ceramah atau kelas-kelas agama oleh seseorang yang
arif berkaitan agama di kampung tersebut. Bukan sekadar untuk kaum muda bahkan
untuk semua penduduk kampung. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman
agama supaya semua penduduk kampung dapat membezakan antara adat dan budaya
tradisional yang bertentangan atau sebaliknya dengan syariat Islam. Selain itu, mereka
juga berpendapat haruslah ada pemantauan dari pihak-pihak yang berkaitan

untuk

memastikan amalan adat yang bertentangan tidak diamalkan di kampung tersebut.


Pendapat berlainan pula yang diperolehi dari sesetengah penduduk kampung yang
mana mereka masih lagi mengamalkan adat dan budaya tradisional tersebut. Mereka
mengatakan adat resam dan budaya yang mereka amalkan itu tidaklah bertentangan atau
bercanggah dengan syariat Islam dan tidaklah memerlukan sebarang cadangan untuk
mengatasi masalah tersebut. Malah, mereka turut menyarankan supaya adat resam dan
budaya tradisional tersebut terus diamalkan oleh generasi muda supaya ianya tidak luput
mengikut peredaran masa.
MAKLUMAT HASIL KAJIAN
SENARAI ADAT YANG MASIH DIAMALKAN DI KAMPUNG TOK BELIAN,
BACHOK, KELANTAN

1- ADAT DALAM PERKAHWINAN :

a) Adat Merisik
b) Adat Meminang
c) Adat Memanggil
d) Adat perkahwinan
i Akad Nikah
ii- Adat membatalkan air sembahyang
iii Adat bersanding
iv Adat menziarah
30

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM


a)
b)
c)
d)

Memilih pasangan
Pertunangan dalam islam
Rukun nikah
Rahsia perkahwinan menurut Islam

2- ADAT BERKAITAN DENGAN KALAHIRAN


a) Adat melenggang perut
b) Azan dan iqamat
c) Adat menanam uri
d) Adat pecah mulut dan bercukur
e) Adat semasa pantang
-

KELAHIRAN MENURUT ISLAM


a)
b)
c)
d)
e)
f)

Azan dan iqamat


Tahnik
Memberi nama yang baik
Akikah dan bercukur rambut
Amalan bercukur rambut
Berkhitan

3- ADAT BERKAITAN DENGAN KEMATIAN

a) Adat menguruskan jenazah


i Memandikan mayat
ii Adat mengapankan mayat
iii Menyembahyangkan mayat
iv Menghantar mayat
v Menguburkan mayat
vi Mentalkinkan mayat
vii Menunggu kubur
b) Kenduri arwah
PENGURUSAN JENAZAH MENURUT ISLAM
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Adat memandikan jenazah


Peralatan memandikan jenazah
Cara-cara memandikan jenazah
Peralatan kafan
Cara-cara mengkafankan jenazah
Solat jenazah
Cara pengebumian jenazah
31

4- ADAT-ADAT LAIN
a)
b)
c)
d)

Adat berjiran
Adat bersahabat
Adat unjuk-mengunjuk
Adat menziarahi orang sakit

ADAT BERMASYARAKAT MENURUT ISLAM


a) Adab bersahabat mengikut syarak
b) Adab berjiran
c) Adab menziarahi orang sakit

5- BENTUK-BENTUK

BUDAYA

TRADISIONAL

YANG

MASIH

DIAMALKAN OLEH PENDUDUK DI KAMPUNG TOK BELIAN


a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Amalan gotong-royong
Mengambil berat
Pakaian
Memberi salam
Bersalaman
Mengaji al-Quran
Permainan tradisional
i Congkak
ii Sepak raga
iii Selambut atau seremban

BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM


a) Memberi salam dan bertanya khabar
b) Belajar al-Quran

32

1- ADAT DALAM PERKAHWINAN


-

a) Adat Merisik
Merupakan permulaan adat perkahwinan yang juga proses awal untuk
menentukan calon gadis bakal tunang seseorang teruna. Adat merisik adalah
istilah komunikasi lisan yang difahami oleh penduduk kampung tersebut yang
memberikan pengertian bahawa seseorang gadis itu sedang diintip, diselidiki
ataupun ditinjau oleh wakil pihak lelaki ataupun lelaki itu

Apabila seseorang berhajat untuk berkahwin, ibu bapanya akan melantik wakil
daripada keluarga ibu bapanya sendiri ataupun jiran tetangga untuk merisik
seseorang gadis untuk dijadikan calon isteri. Rupa paras dan tingkah laku
merupakan ciri-ciri penting yang diperlihatkan sebagai penilaian oleh wakil yang
mengintip. Perbuatan mengintip dalam adat merisik merupakan komunikasi
bukan lisan iaitu gadis itu menjadi objek yang dinilai melalui tingkah laku, cara
berjalan, cara pertuturan dan sebagainya.

Setelah pemerhatian dibuat dalam adat merisik, si pemerhati akan melaporkan


keputusan itu kepada ibu bapa si pemuda. Biasanya wakil yang membuat tinjauan
itu berpengalaman melihat tingkah laku seseorang gadis sama ada sesuai ataupun
serasi dengan pemuda itu.

b) Adat Meminang

33

Merupakan adat susulan setelah adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat


meminang dilakukan setelah ibu bapa lelaki bersetuju unSDAtuk menjadikan
gadis yang dirisik bakal menantunya. Meminang disempurnakan dengan
membawa tepak sirih yang lengkap, diisi dengan daun sirih yang elok, kapur,
gambir, bunga cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan
kepada keluarga si gadis.

Biasanya dalam adat meminang, tarikh kedatangan rombongan wakil pihak lelaki
telah ditetapkan. Tepak sirih merupakan simbol komunikasi tanpa lisan yang
memberikan pengertian tertentu yang dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak
bergantung pada majlis yang dilakukan.

Mengikut masyarakat Melayu, meminang bermaksud menghantar tanda dengan


menyarung cincin tanda ke jari manis gadis sekali gus menunjukkan kesediaan
gadis itu menerima lamaran pemuda itu.

Dalam proses meminang ini jugalah ditentukan tarikh untuk melangsungkan


perkahwinan. Di sini jelas berlaku perbezaan dalam adat meminang yang
diamalkan di Kampung Tok Belian dengan sesetengah kawasan atau negeri lain
yang mana di kampung tersebut, adat meminang dan adat pertunangan diadakan
secara serentak. Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua-dua
belah pihak untuk membuat persediaan hari perkahwinan.
c) Adat Memanggil

Adat memanggil atau menjemput penting dilakukan sebelum melangsungkan adat


perkahwinan. Adat memanggil merupakan interaksi sosial masyarakat Melayu
untuk memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga, dan seluruh
masyarakat kampung berkenaan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan.
Cara jemputan yang digunakan oleh penduduk kampung tersebut ialah dengan
34

dua cara iaitu jemputan mulut dan jemputan kad. Selain membuat jemputan,
seseorang itu dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai secara dekat dan
dapat mencetuskan keakraban silaturahim.

d) Adat perkahwinan
-

Merupakan upacara kemuncak bagi pasangan pengantin yang disatukan, mereka


disahkan menjadi suami isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam
adat perkahwinan, pengantin akan melalui empat proses adat iaitu tahap pertama
bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang, tahap ketiga adat
persandingan dan tahap keempat adat manziarah. Keempat-empat tahap dalam
proses adat perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib.
I- Akad nikah
Merupakan adat wajib mengikut hukum syarak dan peraturan adat
masyarakat Melayu. Adat bernikah dilakukan sebelum melakukan majlis
persandingan. Adab bernikah merupakan ijab dan Kabul di antara
pengantin lelaki dengan bapa pengantin perempuan sebagai wali atau
mewakilkannya kepada tok kadi. Sebelum majlis akad nikah, tok kadi
akan menyuruh si pengantin lelaki mengucap dua kalimah syahadah dan
beristighfar. Majlis adat bernikah itu juga dijalankan di hadapan dua orang
saksi daripada pihak lelaki dan perempuan. Selepas pengucapan kata-kata
ijab dan kabul, tok kadi akan menanyakan kedua-dua saksi pihak lelaki
dan perempuan sebagai mendapat persetujuan sah bagi kedua-dua belah
pihak. Perucapan lafaz sah merupakan komunikasi lisan yang
bermaksud pernikahan tersebut sah di sisi agama dan adat istiadat
masyarakat Melayu. Tok kadi kemudiannya meminta pengantin lelaki dan
35

pengantin perempuan menurunkan tandatangan sebagai satu perjanjian


bertulis, iaitu komunikasi tanpa lisan yang bermaksud perkahwinan
tersebut dijalankan mengikut undang-undang agama dan tuntutan adat
istiadat masyarakat Melayu.
ii- Adat Membatalkan Air Sembahyang
Merupakan satu upacara menyarungkan cincin oleh si suami kepada isteri
setelah selesai majlis akad nikah. Kebiasaannya, majlis ini diadakan di
kamar pengantin perempuan yang disaksikan oleh ibu bapa pengantin
perempuan dan pengantin lelaki. Perbuatan menyarungkan cincin ke jari
manis isteri merupakan komunikasi tanpa lisan yang memberikan
pengertian bahawa si isteri sudah diberikan tanda dan ikrar bahawa pada
saat itu sudah menjadi milik orang, iaitu sebagai isteri yang telah terpisah
daripada tanggungjawab ibu bapanya.
iii- Adat Bersanding
Merupakan tahap terakhir dan kemuncak acara dalam adat perkahwinan.
Kebiasaannya, rombongan pengantin lelaki akan datang bersama-sama
hantaran seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika
dalam adat pertunangan. Pengantin perempuan akan diapit oleh mak
andam untuk menjemput pengantin lelaki yang berada di luar kawasan
rumah pengantin perempuan. Apabila kedua-dua mempelai menghampiri
anak tangga rumah, beras kunyit ditaburkan di anak tangga. Kemudian
kedua-dua mempelai akan dibawa duduk di pelamin yang telah disediakan
di hadapan para hadirin. Ketika itu,kedua-dua pengantin diperlakukan
seolah-olah mereka sebagai raja. Wakil sebalah pengantin perempuan akan
menyambut hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki dan diletakkan di
hadapan

pelamin.

Kemudian

kedua-dua

pengantin

yang

sedang
36

disandingkan itu direnjis dengan tepung tawar oleh kedua-dua kaum


kerabat pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah itu, kedua-dua
kedua-dua mempelai dibawa ke tempat hidangan pengantin untuk
menikmatinya.

iv- Adat Menziarah


Merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk kampung selepas selesai
adat

perkahwinan.

Kebiasaannya

sanak

saudara

pengantin

akan

mengundang kedua-dua mempelai ke rumah mereka. Adat menziarah ini


dilakukan bertujuan merapatkan lagi silaturahin sesama keluarga dan jiran
tetangga.
PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.


Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,
menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.. Perkataan zawaj digunakan di dalam alQuran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan
mengharamkan zina. Tuntutan perkahwinan jelas disebutkan di dalam ai-Quran
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri,
agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram
37

kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih


dan sayang .
(surah al-Rum :21)

Tuntutan perkahwinan bukan sekadar sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di


atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang
melanda hati sanubari setiap individu.
Islam turut menggalakkan seseorang individu yang ingin berkahwin supaya
memilih dahulu bakal isteri dan bakal suami. Terdapat beberapa dasar yang perlu dilihat
dari sudut pandangan islam untuk melihat bakal isteri iaitu:
a) Perempuan yang taat beragama. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan
kerana

keturunannya,

dan

kerana

kecantikannya, dan kerana agamanya, maka


pilihlah yang beragama nescaya kamu akan
beroleh keuntungan.
Oleh itu, utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat,
menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan,
nasab, keturunan dan rupa paras yang menawan.
b) Berketurunan yang baik dan di besarkan dalam persekitaran yang sempurna
akhlaknya. Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab
keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan
masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan
nilai hidup yang diredhai Allah SWT.
38

c) Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak. Nabi Muhammad
SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti
terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa.
d) Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktror lain yang membawa kepada
kebahgiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur.
Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal
isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih daripada perempuan.
e) Masih gadis atau anak dara. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam memilih
isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda SAW
kepada seorang, Jabir r.a kemesraan yang akan lahir lebih menggenbirakan keduadua belah pihak.
f) Pasangan bukan daripada keluarga terdekat tidak begitu digalakkan berkahwin

dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat ang hampir seperti sepupu.
Manakala dasar pemilihan suami yang disyariatkan oleh islam pula ialah kuat
beragama dan berakhlak mulia, bukan dari keluarga yang terdekat serta bebas daripada
penyakit berat.

Pertunangan dalam Islam


Setelah mengambil kira dasar-dasar pemilihan isteri dan suami, maka pihak lelaki
bolehlah mengutuskan wakil untuk melamar dan meminang calon isteri. Sebeluum
menerima lamaran tersebut, ibu dan bapa harus mendapatkan persetujuan anak
perempuannya terlebih dahulu. Ini perlu dilakukan untuk memberikan peluang kepada si
anak meluahkan isi hatinya yang ikhlas agar perkahwinan yang bakal dilangsungkan nanti
39

akan menambah kerukunan dan kebahagiaan hingga ke anak cucu, bukan atas dasar
paksaan ibu bapa semata-mata.
Adalah tidak wajar jika paksaan dilakukan oleh wali terhadap anak perempuannya
untuk menerima lamaran seseorang yang semata-mata disukai atas dasar ketaatan
beragama. Setelah selesai acara peminangan, kebiasaannya dengan tersarungnya cincin
pertunangan di jari manis orang yang dipinang, persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak
untuk melangsungkan perkahwinan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Inilah tempoh
percubaan yang paling mencabar kepada bakal pasangan suami isteri ini. Islam
mengharamkan mereka berdua-duaan ke sana ke mari kerana pertunangan bukanlah tiket
untuk melakukan perkara-perkara yang dihalalkan dalam perhubungan suami isteri . sesuai
dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
Tidak dibolehkan lelaki berdua-duaan dengan
perempuan melainkan ada bersama-sama mahramnya
( bapa atau keluarganya yang diharamkan berkahwin
dengannya).
Hadis Rasullullah yang lain berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang dan
meminang pula ialah :
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah
SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin
dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah
melihatnya?jawabnya

tidak(kata

lelaki

itu

kepada

Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan


kamu terjamin berkekalan."
(Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
40

Rukun Nikah

Akad nikah dan perkahwinan yang ingin disempurnakan perlu memenuhi rukunrukun seperti pertama lelaki yang bakal menjadi suami. Kedua perempuan yang bakal
menjadi isteri. Ketiga wali yang mengakad nikahkan pasangan atau mewakilkan kepada
jurunikah. Keempat dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah. Dan
kelima ialah ijab dan kabul ( ijab ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil, kabul ialah
ucapan pengantin lelaki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.

Setelah selesai ijab dan kabul tersebut maka telah sahlah pasangan pengantin
menjadi suami isteri. Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf
melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak keidupan yang sempurna yang
diredhai Allah SWT dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW, rumah tangga yang dibina
merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah
masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.

RAHSIA PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

41

Demi sesungguhnya kami (Allah) telah mengutus


beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan
untuk mereka isteri-isteri dan keturunan
( Surah al-Rad : 38)
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan
akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan
bumi Allah SWT. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat
menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu
Allah dalam keadaan suci dan diredhai . Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan daripada
Rasulullah SAW bermaksud :

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia


telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah
dia

kepada

Allah

pada

separuh

yang

belum

disempurnakan lagi

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang
miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap
isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang
diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut
kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku
42

Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui
perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumahtangga,
hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian
dapat

menundukkan

penglihatan

dan

memelihara

kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia


berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan
batiniah (nafsu syahwat).

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan,


pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak. Melalui perkahwinan wujud disiplin
rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada
disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

43

2- ADAT BERKAITAN DENGAN KELAHIRAN :


a) Adat melenggang perut
Merupakan adat untuk wanita yang mengandung sulung. Wanita pada
peringkat ini, biasanya dijaga rapi sehingga hari kelahiran. Kebiasaannya, adat
melenggang perut dilakukan ketika wanita itu mengandung tujuh bulan.
Biasanya, pada hari melakukan adat melenggang perut diadakan kenduri ala
kadar untuk sanak saudara yang dekat ataupun jiran tetangga. Adat ini akan
dilakukan oleh seorang bidan. Pada kebiasaannya, bidan akan menyediakan
segala kelengkapan untuk adat melenggang perut seperti sebiji kelapa, minyak
urut dan nasi kunyit. Keperluannya adalah bergantung pada kehendak bidan
tersebut. Setiap orang yang menempah bidan mestilah disertakan dengan
pengeras yang diletakkan di dalam tepak sirih . Adat melenggang perut
dijalankan sebelum matahari tegak. Bidan yang ditempah akan mengendalikan
upacara itu yang dihadiri oleh suami dan saudara terdekat wanita tersebut.
Bakal ibu itu disuruh berbaring terlentang dan kepalanya menghadap kiblat.
Bidan memulakan upacara dengan disertai jampi serapah sebagai doa yang
dipohon kepada Allah s.w.t. semoga mendapat perlindungan dan keselamatan
bagi kedua-dua ibu dan bayi yang akan dilahirkan. Setiap pekerjaan dilakukan
terlebih dahulu dengan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. Justeru itu,
jampi serapah dan mentera merupakan komunikasi antara manusia dengan
Allah s.w.t. Pengucapan yang dilafazkan ialah doa atau permohonan yang
ditujukan kepada Tuhan. Setelah jampi mentera dilafazkan, bidan mengibas
kain yang disediakan. Perbuatan bidan tersebut mengikut kepercayaannya
mengibas penyakit yang ada pada tubuh wanita mengandung itu. Kain
kemudiannya diletakkan di bawah pinggangnya dan ditarik ke kiri dan ke

44

kanan sebanyak tiga kali. Perbuatan menarik kain itulah yang menerbitkan
panggilan adat melenggang perut. Perlakuan itu secara rasionalnya bertujuan
untuk melonggarkan tulang pinggang dan membesarkan ruang tulang
punggung supaya senang melahirkan anak. Setelah selesai melenggang perut,
kain tersebut dicampakkan keluar tingkap atau pintu. Mengikut kepercayaan
bidan, perbuatan itu bertujuan untuk membuang segala malapetaka dan
syaitan serta iblis yang melekat pada kain itu. Apabila kain itu jatuh ke tanah,
bererti segala kejahatan juga tercampak lalu membebaskan wanita yang akan
bersalin daripada gangguan makhluk halus.
b) Azan dan Iqamat
Merupakan suatu adat yang dilakukan setelah selamat bayi tersebut dilahirkan,
maka bapa akan menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengazan dan
mengiqamatkan di telinga bayi yang baru lahir itu. Kebaisaannya azan akan
dilaungkan di sebalah telinga kanan bayi manakala iqamat pula dilaungkan di
telinga sebelah kiri. Ini bagi memastikan ayat pertama yang didengar oleh
bayi tersebut adalah berkaitan Islam.
c) Adat menanam uri
Dalam adat menanam uri, ada beberapa tatacara yang perlu dipatuhi.
Kebiasaannya selepas si ibu selamat melahirkan, bidan akan terus menanam
uri tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang lebih layak dan elok untuk
melakukannya ialah bapa bayi itu sendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat
Melayu, jika si bapa yang menanam uri itu, apabila bayi itu dewasa ia akan
patuh, taat dan takut pada bapanya. Selain itu, anak itu senang diasuh dan
dilentur supaya menjadi orang baik-baik iaitu mudah mengaji al-Quran, tidak
tinggal solat, dan taat pada hukum agama. Adat menanam uri tidak boleh

45

dipandang ringan kerana uri tidak boleh ditanam sesuka hati. Dalam
masyarakat Melayu, ada tatatertib tertentu ketika proses menanam uri
dilakukan. Seseorang yang menanam uri hendaklah melafazkan doa kepada
Allah s.w.t. supaya anaknya dilindungi daripada keburukan dan kejahatan di
dunia dan di akhirat. Sebelum ditanam, uri hendaklah dicuci. Orang yang
melakukannya hendaklah berwuduk terlebih dahulu. Semasa mencuci uri, dia
mestilah menghadap ke kiblat dan berselawat berulang kali keatas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w. sehingga selesai uri itu dicuci. Uri tersebut
dicuci dengan air asam dan air garam. Setelah dicuci uri hendaklah dibungkus
dengan kain putih berserta beberapa batang jarum atau paku dan asam
gelugur. Ketika menanam uri, ada beberapa peraturan dan adab yang perlu
diikuti dan dipatuhi. Peraturan dan adab itu merupakan tatacara menanam dan
doa yang dibaca. Tempat atau kawasan yang dipilih menanam uri mestilah
menghadap arah kiblat. Sebaik-baiknya uri itu ditanam secepat mungkin
selepas bayi itu dilahirkan. Perbuatan melambat-lambatkan menanam uri
dipercayai menyebabkan bayi mudah kembung perut dan sesak nafas.
Menanam uri seolah-olah menanam mayat dan lubang yang digali juga
mestilah menghadap kearah kiblat. Mengikut kepercayaan masyarakat
Melayu, jika uri ditanam sembarangan, bayi yang dilahirkan sering menangis
dan meragam dan selalu dikaitkan tidak mengikut peraturan dan adat yang
dikehendaki.

d) Adat pecah mulut dan bercukur

46

Merupakan adat tradisi masyarakat Melayu yang dilakukan selepas adat


bersalin. Biasanya adat ini dilakukan ketika bayi berusia tujuh hari. Adat
bercukur bertujuan membuang rambut yang kotor daripada rambut asal bayi
supaya rambut baru dapat tumbuh subur. Peralatan yang digunakan untuk adat
itu ialah air zam zam, buah kurma, kismis, garam, gula, cincin emas dan
cincin perak. Adat ini dimulakan dengan imam membaca selawat kemudian
imam tersebut mengunyah kurma lalu dimbil sedikit dari mulutnya dan
dimasukkan ke mulut bayi tersebut. Ini dilakukan bertujuan untuk mengambil
berkat dari seseorang yang alim keatas bayi tersebut. Setelah itu imam dan
semua tetamu bangun dan berselawat beramai-ramai. Ketika itulah bapa
kepada bayi tersebut mendukung bayinya dan menghampiri setiap seorang
tetamu untuk melakukan adat bercukur kapala. Adat ini dikira selesai setelah
selesai mengelilingi setiap tetamu yang hadir dalam bentuk bulatan.
Kemudian para tetamu dihidangkan

dengan sedikit jamuan yang telah

disediakan oleh pihak tuan rumah. ( 22 September 2009 )

e) Adat semasa pantang


Merupakan suatu proses yang dilalui oleh seorang ibu yang baru melahirkan
anak mengikut peraturan dan pantang larang. Peraturan dan pantang larang ini
merupakan pendisiplinan ibu dari segi mental dan fizikal selama 44 hari.
Selama tempoh tersebut, si ibu tidak boleh minum dan makan sembarangan
sebagaimana orang lain. Makanan tidak boleh mengandungi sesuatu yang
memudaratkan. Selain itu, si ibu tidak boleh bersama-sama suaminya selama
100 hari bagi memberi tempoh masa untuk saluran peranakan dan urat
sarafnya dibaik pulih. Kebiasaannya selepas tiga hari si ibu melahirkan anak,

47

ia diurut selama tiga pagi. Setelah selesai adat berpantang, maka tamatlah
proses kesemua adat berkaitan kelahiran. Hal ini memperlihatkan bahawa
masyarakat Melayu mempunyai komunikasi budaya yang tersendiri dalam
adat bersalin.

KELAHIRAN MENURUT ISLAM

Azan Dan Iqamat


Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru itu,
terdapa beberapa perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi
seperti azan dan iqamat. Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan
iqamat dilaungkan di telinga kiri bayi, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. yang bermaksud :

48

Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan.


Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah
mendapat anugerah kebaikan-Nya..

Tahnik

Perkara yang kedua yang disunatkan oleh Islam dalam menyambut kelahiran bayi
ialah tahnik. Anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau
memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh
orang alim dan bertaqwa. Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari
telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini
dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak
bayi. Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud :
Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku
membawanya kepada nabi SAW, Baginda menamakannya
Ibrahim, lalu mentahnikkannya( memecahkan mulutnya )
dengan sebiji kurma.

Antara hikmah amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi
mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.

49

Memberikan Nama Yang Baik

Seterusnya perkara yang ketiga yang disunatkan dalam menyambut kalahiran bayi
ialah memberikan nama yang baik. Tunututan memilih nama-nama yang elok dan
mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya pemilihan namanama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak
seseorang Muslim.Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah
SAW pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan
dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masingmasing dan nama bapa masing-masing ( seperti nama di
dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk
kamu sekalian.
Ini beerti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan
nama-nama tercela yang membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat
penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan
masyarakat.

Akikah Dan Bercukur Rambut

50

Menamakan bayi yang beru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan
juga mencukur rambut bayi. Akikah dari segi bahasa adalah memutus. Manakala dari segi
syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, dan
kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewatlewatnya sebelum anak itu baligh.

Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ialah dari Imam Bukhari yang
meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah


untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang
menyakitkan ( iaitu kekotoran dan najis).
Hukum bagi daging akikah itu adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga,
jiran tetangga dan saudara mara terdekat.

Amalan Mencukur Rambut

Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah ini mengandungi hikmah
khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan
tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya
51

penglihatan , pendengaran dan deria hidu. Hikmah berakikah ialah melahir rasa gembira
atas kelahiran satu jiwa Muslim baruyang sujud dan menyembah Allah SWT di dunia.,
mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan dan mengukuhkan
tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum
keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Hikmah skikah juga dikatakan bagi
menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya serta menjauhkan anak
tersebut daripada segala bahaya dan bencana. .

Berkhitan
Hikmat berkhitan ialah boleh membawa kepada kesempurnaan beragama. Ia juga
bagi membezakan antara orang Islam dan bukan Islam dan menjaga kesihatan dan
mengawal syahwat. Selain itu ia juga pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit.
Terdapat sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW
bersabda yang bermaksud:

Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah


ialah berkhatan, mencukur bulu kemaluan ( lelaki
ataupun perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong
kuku dan menggunting misai.

Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW yang bermaksud :

52

Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan


bagi kaum wanita.

Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat alZuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :

Bagi sesiapa yang masuk Islam, wajiblah ia berkhitan,


sekalipun ia sudah dewasa.

Disebutkan juga oleh Imam Ahmad daripada Ummu Athiyyah bahawa Rasulullah SAW
pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong
keterlaluan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud :

Jika kamu menkhitan maka janganlah kamu berleihlebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita
dan lebih disukai oleh suami.

3- ADAT BERKAITAN DENGAN KEMATIAN


a) Adat membaca Yasin

53

Adat

ini merupakan penghormatan kepada si mati. Ahli keluarga, sanak

saudara, dan jiran tetangga yang datang akan membacakan surah Yasin dan
juga ayat-ayat al-Quran yang lain di sisi jenazah itu. Ianya dilakukan
bertujuan untuk tujuan disedekahkan kepada si mati terbabit.
b) Adat menguruskan jenazah
Adat ini dilakukan setelah sanak saudara kaum kerabat berkumpul di rumah si
mati untuk menyelenggarakan pengebumiannya. Jenazah si mati tidak boleh
ditangguh pengurusannya lebih-lebih lagi sengaja dilewatkan sebagai
memenuhi kehendak seseorang. Dalam adat menguruskan jenazah, terdapat
enam tahap

sehinggalah selesai urusannya. Tahap pertama adalah

memandikan mayat , kedua mengapankan mayat, ketiga menyembahyangkan


mayat, keempat menghantar mayat, kelima menguburkan mayat dan keenam
mentalkinkan mayat. Dalam keenam-enam tahap ini, mayat si mati akan
diuruskan mengikut tertib.

i)

Memandikan mayat
Merupakan tahap pertama dalam adat menguruskan jenazah. Si mati
akan dimandikan dengan penuh adat dan tertib oleh mereka yang
mahir. Biasanya jenazah akan dimandikan oleh mereka yang mahir dan
amanah, iaitu tidak menceritakan apa-apa yang dilihat ketika mayat itu
dimandikan. Ketika proses memandikan mayat dilakukan, seseorang
tidak digalakkan berkata-kata melainkan membisu ataupun berzikir.
Biasanya sebelum mayat dimandikan, kain tabir direntangkan supaya
terlindung daripada penglihatan orang ramai terutama yang bukan
54

muhrim. Proses bermula dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.


Penyiraman air bermula di sekitar tubuh mayat di sebelah kiri hingga
ke siku dan kepalanya. Seterusnya air disiram ke kaki kanan dan kaki
kiri iaitu di bahagian ketika berwuduk. Apabila air siraman membasahi
keseluruhan tubuh si mati, badannya digosok dan disabunkan dengan
sebersih-bersihnya. Mayat tersebut boleh disiram beberapa kali yang
diperlukan supaya bersih. Air mandian mayat sebaik-baiknya
dicampurkan dengan daun bidara atau wangian lain. Air siraman
penghabisan

dicampurkan

dengan

kapur

barus.

Rasionalnya

penggunaan aie kapur barus dan daun bidara untuk menghindarkan


mayat daripada berbau.
ii)

Adat mengapankan mayat


Merupakan tahap kedua dalam adat menguruskan jenazah. Tujuan
mengapankan mayat adalah untuk menutup tubuh badan dan aurat
mayat sebagai penghormatan terakhir bagi manusia. Hukumnya fardu
kifayah dan boleh dilakukan dengan pakaian mana sekali pun asalkan
bersih dan biasanya dipakai oleh orang muslim dalam apa-apa warna
sekali pun ( Said Abdullah al-Hamdani, 1964). Sesungguhnya telah
menjadi adat masyarakat Melayu menggunakan kain putih untuk
mengapan mayat. Kain berwarna putih bermaksud kesucian,
kebersihan dan kemurnian. Hai ini menunjukkan bahawa kain kapan
yang membaluti tubuh mayat adalah untuk memperlihatkan kebersihan
ketika menghadap Allah s.w.t. sebagaimana manusia dilahirkan bersih
dan begitu juga akhiar hayatnya. Bagi mayat lelaki tiga helai kain
kapan digunakan manakala bagi mayat perempuan pula adalah

55

sebanyak lima helai. Sebaik-baiknya orang yang mengapankan mayat


itu telah dipercayai untuk memandikannya agar aurat si mati itu
tersimpan baik.
iii)

Menyembahyangkan mayat
Merupakan

tahap

ketiga

dalam

adat

menguruskan

jenazah.

Sembahyang mayat disyariatkan untuk mendoakan dan memohon


rahmat Allah s.w.t. untuk si mati. Hukum sembahyang mayat adalah
fardu kifayah, iaitu setelah dikerjakan oleh sebahagian Muslimin maka
gugurlah kewajipan itu dari yang lain dan lepaslah tanggungjawab
kewajipan mereka ( Said Abdullah al- Hamdani, 1964). Adat
menyembahyangkan mayat merupakan penghormatan terakhir oleh
sanak saudara terhadap si mati. Selain itu, sembahyang mayat
merupakan penyempurnaan si mati sebelum istiadat pengebumian.

iv)

Menghantar mayat
Merupakan tahap keempat dalam adat menguruskan jenazah yang
dilaksanakan dengan penuh penghormatan dan beradat. Penghormatan
dan adat ini memperlihatkan kasih sayang antara mereka yang masih
hidup dengan si mati.
Sebaik-baiknya orang yang mengiringi mayat ke kubur itu berdiam
diri dan berzikir di dalam hati. Ini kerana supaya seseorang itu dapat
mengambil ikhtibar dan dapat menginsafi hakikat kahidupan ini.

v)

Menguburkan mayat

56

Merupakan

tahap

kelima

dalam

adat

menguruskan

jenazah.

Menguburkan mayat adalah menimbus jasad dengan tanah di dalam


liang lahad untuk mencegah tercium bau busuknya oleh seseorang
yang hidup dan supaya tidak dapat dimakan oleh binatang buas.
Penguburuan mayat merupakan tanda penghormatan Allah s.w.t.
kepada manusia semasa hidupnya dan sesudah matinya. Ketika
meletakkan mayat di dalam liang lahad seseorang mestilah berdoa
memohon keampunan dan keredhaan Allah s.w.t. . setelah selesai
kubur ditimbus dengan tanah, kubur itu ditandakan dengan pokokpokok sebelum ianya digantikan dengan batu nisan seminggu
kemudian.
vi)

Mentalkinkan mayat
Merupakan tahap terakhir dalam adat menguruskan jenazah.
Mentalkinkan mayat yang sudah dikebumikan merupakan amalan
masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Mengikut kepercayaan
masyarakat Melayu pada zaman silam, membaca talkin bertujuan
mangajar si mati menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan
oleh malaikat.

vii)

Menunggu kubur
Adat menunggu kubur masih lagi menjadi satu amalan yang biasa bagi
penduduk Kampung Tok Belian. Dalam adat ini, seseorang yang alim
akan diupah untuk menunggu kubur si mati bagi membacakan ayat
suci al-Quran sepanjang tempoh yang telah dipersetujui. Tempoh
57

amalan ini bergantung kepada kemampuan keluarga si mati.


Kebiasaannya keluarga si mati akan menghantar makanan kepada
orang yang menunggu kubur tersebut. Setelah selesai tempoh tersebut,
maka keluarga si mati akan memberikan upah kepada si penunggu
kubur tersebut.
c) Kenduri arwah
Merupakan perjumpaan sanak saudara dan jiran tetangga setelah jenazah
selamat dikebumikan. Mereka dijemput ke majlis kenduri arwah untuk
memperingati si mati dengan mengadakan pembacaan doa dan tahlil sebagai
memohon keampunan dan keberkatan Allah s.w.t. untuk disedekahkan kepada
si mati. Selain itu, majlis ini merapatkan lagi silaturahim

sesama sanak

saudara yang jauh dan dekat ketika kenduri arwah dijalankan. Kebiasaanya
kenduri arwah akan diadakan selama tujuh malam berturut-turut dan dikuti
dengan senggu sekali iaitu pada malam jumaat selama beberapa minggu
kemudian kenduri arwah diadakan pula pada hari keempat puluh dan hari
keseratus kematian.

PENGURUSAN JENAZAH MENURUT ISLAM

58

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka hendaklah dilaporkan kepada pihak yang
berkenaan untuk mendapatkan kebenaran pengebumian.
a) Adab memandikan jenazah
Orang yang memandikan jenazah hendaklah terdiri daripada orang yang amanah,
tidak akan menceritakan keburukan-keburukan si mati yang dimandikan. Riwayat
daripada Ahmad Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Daripada Aisyah r.ha. telah bersabda Rasulullah
SAW : Sesiapa yang memandikan mayat kemudian
dipeliharanya dan tidak menceritakan apa yang ada
pada orang mati itu maka bersihlah ia daripada dosa
sebagaimana ia baru dilahirkan.
b) Peralatan memandikan jenazah
Antara peralatan untuk memandikan jenazah ialah tempat mandi jenazah, air
mutlak secukupnya, air daun bidara, kapas, putik kapas, sabun, minyak attar, air
mawar, serbuk cendana, kapur barus, sarung tangan, apron plastik dan dan bekas
menjirus air.

c) Cara-cara memandikan jenazah


Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap sarung tangan dan apron.
Kemudian letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. Siramkan mayat
dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. Siraman hendaklah
bermula dari kepala. Kemudian istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan
menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya. Angkat sedikit bahagian
59

kepalanya sehingga paras dadanya. Kemudian keluarkan segala kekotoran dalam


perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan dan
diikuti dengan membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau
kekotoran yang tertinggal. Siram dan basuhkan dengan air sabun pada mayat.
Setelah itu bersihkan gigi dan bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah
ketiak. Bersihkan juga rambut jari kaki, hidung, dan telingal berniat. . Selepas itu
siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.. Kemudian bilas
dengan air bersih seluruh anggota badan mayat sambil berniat Telentangkan
mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
Siram sebelah kanan tiga kali dan sebelah kiri tiga kali. Kemudian mengiringkan
mayat ke kiri dan basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
Mengiringkan mayat ke sebelah kanan basuh bahagian lambung kiri pula.
Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung
kaki. Sediakan air kapur barus. Tutup seluruh anggota mayat dengan kain

( kain

kapan). Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas
kepala sehingga hujung kaki. Kemudian wudukkan mayat. Lapkan menggunakan
tuala pada seluruh badan mayat. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan
cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain. Setelah itu,
mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan. Segala bahagian yang
tercabut dari anggota mayat hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama
dengan mayat.

d) Peralatan kafan
Antara peralatan untuk mengkafankan mayat ialah kain putih, tali 5 utas, guntung,
kapas, serbuk cendana, kapur barus, minyak attar dan air mawar.
60

e) Cara-cara mengkafankan jenazah


Sediakan tiga atau lima utas tali yang dihamparkan di atas tempat pembaringan.
Tali ini diambil dari kain kafan. Ketinggian jenazah diukur untuk menentukan
kepanjangan kain kafan. Kain kafan dipotong menjadi tiga bahagian. Ketiga-tiga
dihamparkan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain. Hamparkan kapas
gulung di tengah kain memanjang ke bawah mengikut anggaran saiz jenazah.
Serbuk cendana ditaburkan di atas kapas yang telah dibentangkan. Angkatlah
mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang
sudah dibentangkan. Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan
pada bahagian-bahagian seperti kemaluannya, kedua-dua siku tangan dan dada,
kedua-dua telinga dan muka. Sekali lagi taburkan serbuk kayu cendana di atas
kapas yang berada di atas jenazah. Kain kafan diselimutkan atau ditutupkan dari
lembar yang palimg atas sampai lembar yang paling bawah satu persatu. Ikatkan
dengan tali yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Bermula
daripada bahagian hujung kaki, lutut, dan pinggan. Hendaklah ikatan hidup
( boleh dibuka ) kerana tali ini akan dibuka semula di dalam kubur. Biarkan
bahagian muka terbuka untuk tatapan sanak saudara. Tali di bahagian leher dan
atas

kepala

diikat

apabila

jenazah

sedia

untuk

diusung

atau

untuk

disembahyangkan. Setelah siap renjislah air mawar dan sapulah minyak wangi.

f) Solat jenazah
Mengerjakan solat jenazah adalah fardu kifayah. Walau bagaimanapun
sewajarnya setiap umat Islam mengambil kira bahawa solat itu merupakan suatu

61

doa untuk mengurangkan bebanan si mati ataupun menambahkan lagi


martabatnya di sisi Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
Tiada

seorang

muslim

yang

meninggal

kemudian disolatkan keatasnya oleh 40 orang


lelaki yang tidak menyekutui Allah dengan
sesuatu

pun

melainkan

diberikan

syafaat

terhadapnya pada hari kiamat nanti.


g) Cara pengebumian jenazah
Jenazah Muslim tidak dikebumikan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya.
Disunatkan menguburkan jenazah di kawasan perkuburan. Para syuhada
hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu di tempat mereka syahid dan
tidak boleh dipindahkan ke tempat lain. Boleh dikuburkan jenazah pada malam
hari. Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung empat penjuru.
Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan ia berdiri
sehingga mayat itu hilang daripada pandangan. Boleh menguburkan dua jenazah
atau lebih dalam satu lubang kubur kerana keadaan yang terdesak dan darurat.
Tetapi sekiranya ada kemampuan hendaklah menguburkan setiap satu jenazah
untuk satu lubang. Sekurang-kurangnya kubur bagi mayat itu ialah satu lubang
yang dapat menghalang bau mayat serta dapat melindungi mayat daripada
dibongkar oleh binatang buas. Mengumpulkan beberapa mayat yang mempunyai
hubungan kerabat adalah baik dan digalakkan. Seelok-eloknya hendaklah lubang
kubur itu luas dan dalam, lebih kurang 6 kaki dalamnya. Liang lahad lebih baik
daripada liang kembal budi (Syaq ) jika tanah perkuburan itu keras. Liang lahad
bermaksud dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat daripada tepi kubur.
Manakala liang kembal budi

( syaq) bermaksud diperbuat satu lubang kecil


62

ditengah seperti parit seluas badan mayat di sebelah bawah kubur. Cara
meletakkan mayat di dalam kubur hendaklah mayat itu dimasukkan dengan
menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh tiga orang yang menanti di
dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat.
Setelah itu ditutup liang lahad dengan papan atau seumpamanya dan ditutup
dengan tanah dan ditanam. Sesudah lubang kubur ditimbus, tanahnya hendaklah
ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan batu nisan di bahagian
kepala dan kakinya, dicacakkan daun hijau lalu dijirus air di atas kubur itu yang
dimul;ai dari kepala hingga dua kakinya. Orang yang membaca talkin untuk
mayat itu hendaklah duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan
kiblat. Sementara orang yang hadir pula berdiri dengan mengangkat tangan
mendoakan mayat itu semoga ditetapkan hati dan diampunkan dosanya.
ADAT-ADAT LAIN YANG MASIH DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG TOK BELIAN, BACHOK,
KELANTAN

a) Adat berjiran
Merupakan sesuatu yang selalu diamalkan oleh penduduk kampung tersebut.
Mereka saling mengambil berat tentang apa pun yang berlaku terhadap jiran
mereka di dalam kehidupan mereka seharian. Jiran merupakan orang yang paling
dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga kita. Untuk itu, bagi penduduk di
kampung tersebut adalah penting untuk menghormati mereka, menjaga hati
mereka dan mengambil berat tantang apa yang berlaku pada jiran kita.
b) Adat bersahabat

63

Merupakan suatu adat yang sangat ditekankan olah penduduk di kampung


tersebut. Sudah menjadi suatu yang lumrah setiap ibu bapa akan berharap agar
anak-anak mereka mendapat sahabat yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang
melanggar syariat. Mereka amat menganbil berat tentang pergaulan anak-anak
mereka, dengan siapa mereka berkawan dan lain-lain lagi.
c) Adat unjuk-mengunjuk
Merupakan adat yang biasa di kalangan masyarakat Melayu di kampung tersebut.
Malah melalui adat ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame
penduduk. Sekiranya sesebuah keluarga itu memasak kuih atau lauk pauk yang
banyak, maka mereka akan memberikannya sedikit kepada jiran mereka.
Kemudian jiran tersebut juga akan membalas balik pemberian itu dengan sesuatu
jika ada. Atau mereka akan membalas semula peberian itu apabila ada
kesempatan.
d) Menziarahi orang sakit
Sudah menjadi satu kebiasaan bagi penduduk kampung Tok Belian untuk
menziarahi orang sakit. Amalan ini dilakukan tanpa mengira saudara mara, jiran
tetangga atau penduduk sekampung mahupun pada penduduk di kampung yang
bersebelahan. Amalan ini adalah bertujuan untuk menzahirkan rasa simpati
kepada pesakit serta menunjukkan tanda mengambil berat sesama Islam.

64

ADAT BERMASYARAKAT MENURUT ISLAM


Adab Bersahabat Mengikut Syarak
Banyak panduan yang telah diberikan oleh syarak dalam pemilihan sahabat ini. Dalil
dari ayat al-Quran yang bermaksud:
Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami
lalikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikut
hawa nafsunya
( Surah al-Kahfi: 28)
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seseorang itu atas agama ( perjalanan) rakannya, maka
hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai
teman atau rakan.
Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa
melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Saidina Ali
k.m.h. pernah berkata yang bermaksud :
Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa
berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup
membahayakan

dirinya

demi

kebaikanmu,

sannggup

berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.


Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang
sebelum memilihnya sebagai rakan iaitu :
iOrang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian
iiOrang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan


persahabatan dengan orang-orang yang betaqwa, beriman dan berakhlak mulia yang
dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia
65

kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.


Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya:

Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersamasama dan janganlah pula berpecah belah.
( Surah Ali Imran : 103)

Adab Berjiran
Rasulullah SAW mengutamakan konsep menghormati dan berbaik-baik dengan jiran
tetangga melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Syaikani yang bermaksud:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,


hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya.

Umumnya ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam


menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangganya. Antaranya ialah
sama-sama menanggung penderitaan tetangga iaitu bersimpati dan membantu
kesusuahannya. Kita juga perlu menghindarkan diri daripada menyakiti hati tetangga
serta melindungi tetangga daripada kezaliman orang lain. Kita juga mestilah memaafkan
kesalahan tetangga yang tidak disengajakan atau yang disengajakan.

66

Menziarahi Orang Sakit


Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Sebenarnya
ziarah-menziarahi digalakkan bukan sekadar pada masa sakit masa sakit sahaja bahkan
melengkapi semua keadaan, baik semasa sihat mahupun berdukacita, sama ada terhadap
sahabat handai, saudara-mara, kaum keluarga, yang muda, lebih-lebih lagi yang tua,
bujang ataupun sudah berkahwin.

Semua ini telah pun dilakukan oleh Bagnda Rasulullah SAW. Amalan seumpama
ini akan mendapat ganjaran yang besar, sebagaiamana sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:

Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah


saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara
yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus
langkahmu, dan ambillah tempat tinggalmu di dalam
syurga

Sabdanya lagi daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud:

Berilah makanan kepada orang yang lapar, ziarahilah


orang yang sakit dan lepaskanlah orang tawanan

67

Sebagaiamana ibadat-ibadat lain yang mempunyai syarat dan rukun serta adab,
maka menziarahi orang sakit juga mempunyai adab yang tersendiri untuk diikuti, agar
ziarah itu mengikut syariat Islam.

BENTUK BUDAYA TRADISIONAL YANG DIAMALKAN OLEH PENDUDUK


KAMPUNG TOK BELIAN, BACHOK, KELANTAN.

a) Amalan gotong- royong


Tradisi dan adat bagi masyarakat Melayu berkait rapat dengan agama
Islam. Justeru itu, penduduk di Kampung Tok Belian masih lagi
mengamalkan budaya gotong-royong terutamanya di dalam majlis atau
kenduri. . Ia bukan sahaja suatu budaya bahkan tuntutan agama yang
masih dipegang kuat oleh penduduk kampung tersebut. Sifat
kerjasama atau gotong-royong dalam majlis kenduri bukan sahaja

68

dibuktikan dalam satu aspek seperti menyediakan jamuan makan,


malah melibatkan aspek kerohanian dan hadir ke majlis itu sendiri.
Hadir ke majlis kenduri itu sendiri adalah suatu bentuk budaya gotongroyong yang dizahirkan secara tradisi. Tujuannya adalah untuk
meringankan beban orang yang mengadakan kenduri tersebut selain
untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk. Sifat
gotong-royong dalam kenduri telah bermula sebelum hari kenduri
diadakan. Untuk persediaan mengadakan kenduri orang ramai
dijemput datang untuk kerja-kerja memotong bawang, halia, dan serai.
Di kawasan lapang didirikan khemah bagi para jemputan. Biasanya
orang-orang yang terlibat dalam gotong-royong tersebut akan saling
membantu apa-apa yang perlu sehingga majlis selesai.

b) Mengambil berat
Merupakan suatu adat yang sentiasa dipegang oleh penduduk kampung
tersebut. Budaya ini boleh dilihat secara jelas melalui sikap penduduk
yang sentiasa prihatin tentang apa saja yang berlaku kepada jiran atau
semua penduduk kampung tersebut.
c) Pakaian
Merupakan budaya tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Sudah
menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di Kampung Tok Belian
menjadikan pakaian yang menutup aurat sebagai pakaian asasi mereka.
Contohnya bagi anak gadis adalah biasa apabila memakai baju kurung
tetapi apabila baju kurung dipakai bersama tudung dan menutup aurat,
maka itu melambangkan gadis tersebut adalah seorang yang sopan.

69

d) Memberi salam
Merupakan sesuatu budaya yang sentiasa diamalkan oleh semua umat
Islam. Begitu juga di Kampung Tok Belian, penduduknya sentiasa
mengamalkan budaya memberi salam samada ketika bertegur sapa
apabila bertemu, ketika mengunjungi rumah saudara mara atau jiran
tetangga, dan lain-lain lagi.
e) Bersalaman
Budaya ini dianggap suatu yang penting dan dianggap sopan dan
tinggi akhlaknya jika seseorang itu sentiasa mengamalkannya.
Bersalaman dilakukan apabila seseorang itu berjumpa, hadir dalam
sesuatu majlis, ketika hendak berpisah dan lain-lain. Kebiasaannya
seorang yang muda akan mencium tangan orang yang lebih tua
daripadanya ketika bersalaman.

f) Mengaji al-Quran
Sudah menjadi satu amalan dan budaya penduduk

di kampung

tersebut untuk menghantar anak-anak mereka sedari kecil lagi.


Kebiasannya mereka menghantar anak-anak mereka untuk belajar
membaca dan mengaji al-Quran dengan seseorang yang arif tentang
bacaan al-Quran sejak kanak-kanak itu berusia 4 tahun lagi. Ini bagi
memastikan anak-anak mereka mudah dibentuk dan khatam al-Quran
awal. Setelah anak-anak mereka berjaya menamatkan pembelajaran alQuran dengan guru mengaji tersebut, maka kenduri atau jamuan kecil
diadakan bagi melahirkan kesyukuran dan rasa berterima kasih kepada
guru mengaji atas tunjuk ajar kepada anak-anak mereka.
70

g) Permainan tradisional
Merupakan suatu aktiviti atau kegiatan riadah yang dilakukan pada
waktu lapang. Ianya dilakukan oleh kebanyakan penduduk kampung
tersebut tanpa mengira umur dan jantina, serta boleh dimainkan di
mana-mana sahaja bergantung kepada jenis dan sifat permainan
tersebut.

a) Congkak
Permainan ini dimainkan oleh dua orang individu. Permainan ini
menggunakan papan congkak dan juga guli. Ianya memerlukan
pemain bersifat tangkas, malah ia juag memerlukan pemain membaca
rumah lawannya sambil mengatur strategi untuk membolehkan dia
menembak rumah lawan yang penuh dengan buah congkak atau guli.
Bagaimanapun,

lazimnya

permainan

congkak

lebih

dianggap

permainan yang bersifat rekreasi, yakni permainan yang lebih


menekankan unsur hiburan dan pengisian waktu lapang. Persoalan
kalah atau menang dal mpermainan rekriasi tidak diutamakan. Yang
penting ialah kegiatan itu dapat menimbulkan keriangan dan
kegembiraan dan terisi masa lapang. Permainan jenis ini lebih banyak
dimainkan oleh kanak-kanak dan biasanya dimainkan di anjung rumah
ataupun loteng.
b) Sepak raga
71

Merupakan sejenis permainan yang mempunyai peraturan yang


lengkap dan cabaran permainan yang tinggi dari segi fizikal dan
mental serta dapat merangsangkan semangat kesukanan yang
tinggi. Permainan yang asalnya disebut sepak raga bulatan kerana
kaedah permainannya menghendaki para pemain bermain dalam
bentuk bulatan dan mengangkat bola raga ke udara dengan cara
sepakan, juga dikenali sebagai sepak takraw.
c) Selambut atau seremban
Merupakan sejenis permainan yang gemar dimainkan oleh kanakkanak perempuan . ianya boleh dimainkan di mana-mana sahaja.
Permainan ini tidak menetapkan bilangan pemain. Ianya hanya
menggunakan beberapa biji batu atau guli. Melalui permainan jenis
ini kanak-kanak boleh berinteraksi sesama mereka dan juga dapat
membina daya koordinasi otot dengan fikiran.

BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM

Memberi Salam Dan Bertanya Khabar

72

Ramai orang yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan
perpaduan, ikatan persefahaman dan kasih mengasihi sesama ahli masyarakat ialah
memberi salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing. Islam amat
menganjurkan kita bersalaman dan bertanya khabar sesama jiran tetangga dan sahabat
handai. Tentang keutamaan memberi salam ini, Rasulullah SAW bersabda yang
diriwayatkan oleh Abu Daud r.a. yang bermaksud :

Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah


orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang
lain.

Baginda SAW seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni r.a. yang
bermaksud:

Sesiapa yang menjawab salam, maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang
tidak menjawabnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku.

Setelah memberi salam dan menjawab salam, maka diikuti pula dengan khabar
pertanyaan tentang urusan kerja masing-masing,
berbincang

hal ehwal kesihatan kelaurga,

tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya dan sebagainya. Jelaslah

manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak, sebagai pembuka bicara dan
73

penghubung tali silaturahim sesama Islam yang dikenali mahupun yang belum dikenali.
Memberi salam adalah sunat sedangkan menjawabnya adalah wajib.

Belajar Al-Quran

Hakikatnya, Al-Quran merupakan wahyu Allah SWT dan peninggalan Rasulullah


SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah sehingga kiamat.
Maka di peringkat awal kanak-kanak, pengajaran dan pembacaan al-Quran sememangnya
digalakkan. Seorang sahabat Nabi SAW, Saad Ibn Abi Waqas r.a. meletakkan kepentingan
mengajar

al-Quran

kepada

anak-anaknya

sepertimana

keutamaan

peperangan

menegakkan agama Allah.

Pengajaran al-Quran kepada anak-anak melalui pembacaan adalah sebagai satu


usaha menanamkan asas keimanan yang padu dalam jiwa mereka. Rasulullah SAW
pernah bersabda yang bermaksud:

Setiap anak yasng dilahirkan membawa fitrah


beragama

( percaya kepada Allah).maka kedua-

dua orang tuanyalah yang sebaiknya menjadikannya


beragama

Yahudi,

Nasrani

atau

Majusi

sebagaiamana binatang yang melahirkan anaknya


dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang
kecacatan.

Adakah

kamu

mendapati

binatang

74

dilahirkan

dalam

keadaan

sama

ada

hidung,

telingaatau mana-mana anggota terpotong?

Dari sudut pendidikan kanak-kanak terdapat sebab mengapa al-Quran perlu diajar
di peringkat awal. Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui khususnya
pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan kanak-kanak ini adalah dari segi
perkembangan potensi otak manusia.

KESIMPULAN

Analisis dan dapatan kajian menunjukkan bahawa adat resam dan budaya
tradisional masih lagi diamalkan oleh penduduk di Kampung Tok Belian. Terdapat dua
ketegori adat resam yang masih lagi diamalkan iaitu adat yang bercanggah dengan syariat
Islam dan adat yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

BAB 5

75

CADANGAN DAN PENUTUP

PENGENALAN
Bahagian bab 5 adalah terdiri daripada rumusan, perbincangan dan cadangan
kajian. Dapatan kajian yang diperolehi dalam bab 4 akan dibin cangkan dalam bab ini
berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya,
cadangan dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang.

CADANGAN
1- Merancakkan Gerakan Akidah
a) Membuat kajian yang bertentangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
pemurnian akidah serta perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan adat resam
bagi mengenal pasti langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan terbaik bagi
membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam.
b) Mengadakan seminar dan perbincangan secara bersiri bagi mendedahkan maklumat
dan pengetahuan berkaitan dengan ajaran dan syariat Islam agar dapat dinilai
kegiatan atau amalan yang telah dijalankan dan memikirkan cara serta langkah
terbaik bagi menangani amalan-amalan tersebut pada masa hadapan.

2- Pendidikan Islam

76

a) Subjek Pendidikan Islam wajar dijadikan mata pelajaran teras setaraf dengan mata
pelajaran metemetik, sains, bahasa Melayu, dan bahasa inggeris dengan
mensyratkan pelajar wajib lulus dengan baik mata pelajaran Pendidikan islam
sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
b) Mengambil pendekatan yang disarankan oleh Al-Ghazali yang menekankan
proses pendidikan akidah yang mesti diajarkan kepada kanak-kanak dan orang
awam iaitu dengan cara semua selok-belok isi kandungan akidah itu mestilah
diterapkan melalui empat tahap berikut:
i mestilah dimulai dengan menghafaz
ii kemudian diikuti dengan proses memahaminya iaitu dengan dibentuk
kefahaman mengenai cara mendedahkan pengertian isi kandungan akidah tersebut
sedikit demi sedikit
iii setelah itu diiktikadkan dengan penuh kepercayaan
iv kemudian ditasdiqkan ( dibenarkan ) dengan penuh keyakinan
c) Pendidikan tidak formal khusus untuk penduduk kampung
i Menggubal satu kokurikulum pendidikan Islam khusus untuk penduduk di
Kampung Tok Belian agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran dan
syariat islam.
ii Memanfaatkan fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat
pendidikan Islam di kalangan umat Islam agar mereka terus menghayati
Islam sebagai cara hidup yang lengkap
iii - Mempertingkatkan bilangan guru agama yang berkelayakan untuk mengisi
kekurangan kelas-kelas pengajian Islam di semua masjid
iv Memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid supaya umat Islam dapat
memantapkan pengatahuan ilmu Islam
v - Menjadikan pendidikan islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang
wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, tanpa mengira umur. Ini kerana tradisi
pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan
diceburi oleh semua anggota masyarakat.
3- Memupauk kesedaran masyarakat Islam
77

a) Mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan


memelihara kesucian akidah serta mendorong mereka untuk melibatkan diri
dalam gerakan pemurnian dan pengukuhan akidah mengikut cara dan
kemampuan masing-masing.
b) Setiap penduduk di Kampung Tok Belian sewajarnya berusaha menyeru ahli
keluarganya agar sama-sama mengimarahkan dan memanfaatkan institusi
masjid sebagai pusat penyebaran ilmu Islam dan juga pemantapan akidah.

PENUTUP

Dalam penutup ini akan diimbas kembali beberapa perkara yang dirasakan
penting untuk dilihat dan diberikan perhatian dengan lebih jelas, serta beberapa
penemuan yang dihasilkan daripada keseluruhan kajian ini.

78

Hasil daripada kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa kesimpulan penting


yang mewajarkan perhatian serius dan tindakan bersepadu daripada pihak-pihak
berkenaan berkaitan isu-isu amalan adat resam di Kampung Tok Belian. Di antaranya
ialah :

1- Amalan adat resam adalah suatu permasalahan yang perlu dipandang berat oleh
penduduk di Kampung Tok Belian kerana ianya melibatkan perkara-perkara yang
bertentangan dengan syariat Islam
2- Amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam masih terus
diamalkan kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman yang berkaitan
dengannya. Dalam masa yang sama, penduduk kampung seolah-olah menganggap
kepercayaan dan adat resam yang diamalkan ini sebagai suatu kebiasaan yang
pada pandangan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
3- Di antara faktor-faktor yang menyumbang

kepada amalan adat resam yang

bertentangan dengan syariat Islam ini secara berterusan ialah kejahilan terhadap
ilmu akidah dan syariat Islam, suasana persekitaran, kelemahan penguatkuasaan,
kesinambungan budaya dan corak pendidikan.

4- Penguatkuasaan undang-undang untuk membanteras amalan adat resam yang


bertentangan dengan syariat Islam ini sama ada tidak berkesan atau tidak
dilaksanakan langsung.
5- Penduduk di kampung Tok Belian masih lagi terkeliru dengan isu-isu semasa
berhubung akidah yang timbul dalam masyarakat seperti isu-isu animisme dan
perkara-perkara syirik
79

6- Penduduk di Kampung Tok Belian rata-rata masih mewarisi kepercayaan dan


amalan tradisional di samping terus-menerus mengamalkan dan terlibat dengan
amalan-amalan syirik dan khurafat. Malah terdapat juga di kalangan penduduk
kampung yang masih terkeliru dengan hukum-hukum amalan seumpama
melenggang perut, menunggu kubur, dan sebagainya yang mana amalan tersebut
terang-terangan bertentangan dengan syariat Islam.
7- Tugas untuk membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat
Islam adalah tugas dan tanggungjawab bersama. Ia bukan diletekkan pada bahu
satu-satu pihak tertentu sahaja, malah ia melibatkan penyertaan semua lapisan dan
kedudukan masyarakat daripada orang perseorangan hinggalah kepada pihak yang
berkuasa memikul amanah yang lebih besar dalam menyusun strategi pemurnian
dan pengukuhan akidah di kalangan penduduk kampung.
8- Dengan demikian sebagai rumusan saya, pendidikan kearah kesedaran berkenaan
perkara ini perlu dianggap oleh pihak berwajib sebagai suatu prioriti.

80

BIBLIOGRAFI

1- Abdul Rahman Ahmad Hanafian. (2004). Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim
Ke Alam Barzakh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2- Che Su Mustaffa, Abdul Rahman Abdul Aziz, Rohani Ab. Ghani, Jamaludin
Mustaffa, Nuredayu Omar. ( 2005). Isu-Isu Budaya Dalam Pembangunan Sosial.
Sintok. Universiti Utara Malaysia.
3- Dato Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. ( 2009 ). Indahnya Hidup
Bersyariat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd.
4- Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Hj. Idris. (2000). Al-Bidah Bahaya dan
Keburukannya. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publishers.
.
5- Dr Yusuf Qardhawy, Muhammad Al-Ghazali. (2004). Bidah Dan Syirik: Perkara
Yang Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya. Kuala
Lumpur.Jasmin Enterpaise.
81

6- Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi. ( 2006 ). Ajaran Sesat Di Negeri
Terengganu, Kajian Terhadap Faktor Penyebaran dan Langkah Mengatasinya.
Kuala Lumpur. Universiti Melaya.
7- Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. ( 2007 ). Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang
Terpesong. Selangor. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
8- Fauzi bin Yusoh. ( 2004 ). Hubungan Kemasyarakatan Diantara Orang Islam
Dengan Orang Bukan Islam Menurut Pandangan Islam. Bangi. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
9- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. ( 2007 ). Al-Quran Dan Terjemahannya. Kuala
Lumpur. Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
10- Joyce M. Hawkins. ( 1991 ). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
11- Mohd Saifulbahri bin Abdullah. ( 2006 ). Amalan Kejiranan Menurut Al-Sunnah :
Kajian Di Mukim Chendering, Kuala Terengganu.kuala Lumpur. Universiti
Malaya.
12- Mohd. Taib Osman, Wan Kadir Yusoff. (1987). Kajian Budaya Dan Masyarakat
Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran
Malaysia.
13- Mustafa Abdul Rahman. ( 2008 ). Hadis 40 Terjemahan Dan Syarahnya.
Selangor. Dewan Pustaka Fajar.
14- Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim. ( 2003 ). Pengaruh Bomoh Dalam
Masyarakat Melayu dalam Pemikir. Julai September 2003.

82

15- Wan Awang bin Ali. ( 1996 ). Amalan Orang Melayu Ditinjau Dari Perspektif AlSunnah. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia
16- Zahazan Mohamed. ( 2003 ). Khurafat di Zaman Teknologi dalam Utusan
Malaysia. 15 Januari 2003.
17- http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

18- http://www.ashtech.com.my/adat/

19- http://yudhim.blogspot.com/2008/01/pengertian-kebudayaan.html

20- http://traditionalislam.tripod.com/KebudayaanDalamPandanganIslam.htm

83

Anda mungkin juga menyukai