Anda di halaman 1dari 8

PENGGUNAAN KAEDAH I-THINK (PETA POKOK)DALAM

MEMBANTU MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID


TAHUN 5 ALPHA BAGI TAJUKTIGA KEADAAN JIRIM
Oleh:
Muhammad Syahir bin Yaakop, Marzuki bin Ngah
Jabatan Sains, IPG Kampus Dato Razali Ismail
saladeen91@gmail.com, marzukingah@yahoo.com
ABSTRAK:
Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati
murid-murid tidak dapat memberikan fokus di dalam kelas semasa mengajar
tajuk Tiga Keadaan Jirim. Melalui pemerhatian, analisis dokumen seperti
lembaran kerja yang diberikan dengan betul murid tidak dapat menjawab
kesemua soalan yang diberi dengan tepat. Mereka hanya mampu untuk
menjawab soalan mudah yang beraras rendah sahaja tetapi soalan yang
melibatkan aplikasi dan sintesis murid telah gagal menjawabnya dengan betul.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membantu murid lemah Tahun 5 Alpha
meningkatkan kefahaman bagi tajuk Tiga Keadaan Jirim melalui penggunaan
kaedah i-THINK(peta pokok). Pesertakajian ini terdiri daripada tiga orang
murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian
diagnostik, analisis dokumen dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara
deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan intervensi ini
berjaya membantu semua peserta kajian memahami tajuk Tiga Keadaan Jirim
dengan baik. Antara kekuatanpenggunaan kaedah i-THINK (peta pokok) adalah
dapat membantu menjana pemikirankreatif di samping menggalakkan
pembelajaran di dalam kelas lebih bermakna. Kaedah ini perlu ditambah baik
supaya boleh diguna pakai untuk tajuk-tajuk lain.
Kata kunci: kefahaman, kaedah I-Think (peta pokok), Tiga Keadaan Jirim,
minat

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pengalaman selama dua kali menjalani sesi latihan praktikum di dua sekolah yang berbeza telah
memberikan pengkaji pendedahan dan realiti pembelajaran murid di dalam kelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berdasarkan pengalaman tersebut, masalah yang kerap
dihadapi oleh pengkaji adalah murid kurang memahami isi kandungan pengajaran terutamanya
dalam tajuk Tiga Keadaan Jirim dengan baik. Hal ini dapat dilihat apabila murid tidak
memberikan perhatian ketika penyelidik menjelaskan konsep Sains dalam tajuk Tiga Keadaan
Jirim.Murid juga kelihatan tidak berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung apabila dilihat sering memandang ke luar kelas dan tidak fokus kepada pengkaji yang
sedang menyampaikan penjelasan konsep. Perlakuan murid yang tidak memberikan tumpuan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung ini telah mewujudkan interaksi satu
hala di dalam bilik darjah tersebut. Hal ini berlaku lantaran murid tidak menunjukkan minat untuk
melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

Akibatnya, apabila soalan latihan diberikan kepada murid semasa fasa aplikasi idea, murid tidak
dapat menjawab kesemua soalan yang diberi dengan tepat. Mereka hanya mampu untuk
menjawab soalan mudah yang beraras rendah sahaja tetapi soalan yang melibatkan aplikasi dan
sintesis murid telah gagal menjawabnya dengan betul. Lebih mengecewakan lagi apabila lebih
daripada sebahagian murid di dalam kelas tersebut memberikan jawapan yang tidak munasabah
dan bersifat rekaan. Hal ini berpunca daripada tidak sikap suka menghafal konsep Sains dan tidak
memahami terlebih dahulu akan konsep tersebut. Lantas mengakibatkan mereka tidak dapat
mengeluarkan idea dan menjana idea untuk mengaplikasikan ilmu sains yang dipelajari. Malah
Menurut Johnson G. & Price (2000), menghafal menyebabkan seseorang tidak dapat
menerangkan idea dalam perkataan sendiri, tidak dapat melihat bagaimana untuk
mengaplikasikan idea ke dalam situasi kehidupan yang sebenar dan tidak dapat melihat
kerelevanan idea tersebut di luar bilik darjah.
Jalan mudah yang diambil oleh murid ini akhirnya memberi implikasi yang negatif dalam
pembelajaran murid antaranya menyebabkan mereka tidak berminat untuk mempelajari tajuk
Keadaan Bahan dan mendorong kepada tingkah laku disruptif murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung malah turut menjadikan murid tidak mengingati fakta dan tidak
mampu menjadi kreatif dalam mengaitkan ilmu sains yang diperoleh dalam kehidupan seharian
mereka. Oleh hal yang demikian, Johnson G. & Price (2000) telah menyatakan bahawa hanya
dengan memahami berbanding menghafal, seseorang dapat mencari perkaitan antara pengetahuan
daripada bilik darjah dengan dunia sebenar, dapat mengenalpasti perbezaan, persamaan antara
idea dan implikasi bagi idea tersebut serta mampu untuk menyelesaikan masalah dan berfikir
secara kritikal tentang maklumat yang disampaikan kepadanya walaupun dalam cara yang
berbeza dengan apa yang telah disampaikan kepadanya sebelum ini.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Novak dan Gowin (1984), pembelajaran bermakna dan berkesan dapat dilakukan melalui
strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui pengaplikasian peta konsep. Satu alat
skematik mewakili suatu set makna konsep yang dikemukakan dalam satu rangka kenyataan.
Dalam kajian ini, mereka menggunakan peta minda seperti hirarki, rantaian dan sarang labahlabah.
Menurut Noriati A. Rashid (2009), strategi berpusatkan murid mempunyai kelebihan untuk
memperkembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif,
mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi. Murid akan menjadi lebih aktif dan
dapat melatih murid berfikir, mengeluarkan idea baru serta mengeluarkan idea bagi
menyelasaikan masalah semasa sesi pengajaran berlangsung.
Selain itu, antara kajian yang telah dilakukan oleh Looi Kuang Siang. (2012). Pengguaan Peta
Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan Murid Tahun 4 dalam Subjek Sains
menyatakan bahawa dengan melaksanakan kaedah peta konsep membolehkan murid dapat
mengelaskan sesuatu konsep dengan baik.
Tambahan, Omardin (2011), menyatakan bahawa pembelajaran yang menarik dapat mencetuskan
minat dan penglibatan aktif pelajar untuk belajar. Seperti mana beliau berpendapat bahawa
pendekatan dan kaedah yang digunakan melalui kaedah konstruktivisme berjaya membantu
membantu murid untuk meningkatkan kefahaman bagi sesuatu isi pelajaran.

Comment [M1]: Perlu spacing

TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk untuk membantu murid lemah Tahun 5 Alpha
meningkatkan kefahaman bagi tajuk Tiga Keadaan Jirim melalui penggunaan kaedah i-THINK
(peta pokok).
Objektif
Secara khususnya kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk:
1. Meningkatkan kefahaman murid untuk memahami fakta berkaitan dengan ciri-ciri jirim iaitu
pepejal, cecair dan gas melalui peta pokok.
2. Membantu murid mengelaskan sifat pepejal, cecair dan gas dengan betul dengan menggunakan
peta pokok.
3. Menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi pengajaran berlangsung.
Persoalan kajian
Antara persoalan kajian yang dijawab dalam kajian ini adalah:
1. Bagaimanakah kaedah peta pokok dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap topik tiga
keadaan jirim?
2. Adakah penggunaan peta pokok dapat membantu murid mengelaskan sifat pepejal, cecair dan
gas dengan betul?
3. Adakah penggunaan kaedah I-Think (peta pokok) dapat membantu murid melibatkan diri
secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan enam orang murid lemah tahun 5 yang terdiri daripada tiga orang
murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada
pemerhatian, analisis dokumen dan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen
ujian pra dan pasca, analisis dokumen pemerhatian dan soal selidik. Data kualitatif dianalisis
secara deskriptif mengikut peserta kajian. Pengkaji menggunakan instrumen ujian pra dan pasca
supaya segala perubahan yang berlaku kepada murid dapat dilihat dengan lebih mudah dan
analisis pencapaian bagi mengukur tahap kefahaman murid dapat dilaksanakan. Oleh sebab
pencapaian peserta kajian diukur melalui bilangan jawapan yang dapat dijawab dengan betul.
Pengkaji berpendapat bahawa kaedah ini adalah terbaik untuk pengkaji membuat perbandingan
antara markah yang diperoleh oleh peserta kajian dalam Ujian pra dan pasca.
Mereflek
Pengkaji telah melaksanakan refleksi p&p bagi mengenalpasti masalah utama yang dihadapi
murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, penelitian dokumen iaitu lembaran
kerja dan soal selidik. Berdasarkan masalah utama yang dihadapi, pengkaji dapati segelintir murid
tidak dapat memahami tajuk Tiga Keadaan Jirim dengan baik. Hasil daripada pengumpulan data
awal yang dilaksanakan, pengkaji membuat refleksi bahawa murid-murid ini mempunyai masalah
kesukaran untuk mengingati fakta Sains Murid tidak dapat mengingati fakta dan tidak mampu
menjadi kreatif dalam mengaitkan ilmu sains yang diperoleh dalam kehidupan seharian mereka.
Merancang
Sebagai perancangan awal, pengkaji telah membuat bacaan mengenai kajian-kajian lepas
berkaitan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengkaji telah mencari
maklumat dan membuat bacaan mengenai alam pendidikan, teori-teori pengajaran seta bahan
bantu mengajar yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian

adalah untuk meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk keadaan bahan dengan menggunakan
kaedah i-Think berfokus kepada penggunaan peta pokok.
Bertindak
Setelah itu, pengkaji mengunakan kaedah i-Think (peta pokok) untuk meningkatkan ingatan
peserta kajian tentang sifat tiga keadaan jirim. Semasa intervensi dijalankan, pengkaji
menjalankan analisis dokumen dan pemerhatian berstruktur terhadap peserta kajian. Ini bertujuan
untuk melihat kefahaman peserta kajian terhadap tajuk yang telah difokuskan. Seterusnya,
pengkaji mengedarkan ujian pasca dan soal selidik untuk mengukur keberkesanan intervensi.
Memerhati
Pada peringkat ini, pengkaji memerhati, merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi
bagi mengenalpasti keberkesanan intervensi yang dipilih dalam menyelesaikanmasalah yang
dihadapi. Bagi ujian Pra dan ujian Pasca, perbandingan markah direkod dalam bentuk jadual.
Manakala, pemerhatian, pengkaji mencatat pemerhatian tentang apa yang berlaku semasa
intervensi dijalankan berdasarkan aspek-aspek yang terdapat dalam borang pemerhatian. Analisis
pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk peratusan. Perbandingan peratusan
direkodkan dalam jadual. Analisis dokumen juga digunakan bagi melihat kemajuan peserta kajian
sebelum dan selepas intervensi
DAPATAN KAJIAN
Bagaimanakah kaedah peta pokok dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap topik
tiga keadaan jirim?
Persoalan kajian ini dijawab dengan menggunakan instrumen ujian pra dan pasca bagi tajuk Tiga
Keadaan Jirim.
Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Peserta Kajian
PK1
PK2
PK3
PK4
PK5
PK6

Ujian pra
(%)
58
36
40
38
56
44

Gred

Ujian pasca (%)

Gred

C
E
D
E
C
D

92
84
88
80
96
88

A
A
A
A
A
A

Peningkatan
(%)
34
38
48
42
40
40

Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah peserta kajian dalam dua siri ujian
Berdasarkan Jadual 1 di atas didapati terdapat peningkatan yang ketara ditunjukkan oleh peserta
kajian selepas sesi intervensi dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian telah
menjawab ujian pra bagi mengetahui tahap kefahaman mereka tentang tajuk yang akan
disampaikan. Ternyata kesemua peserta kajian yang telah dipilih telah mengalami kesukaran
untuk memahami tajuk tiga keadaan jirim ini. Didapati kesemua peserta kajian hanya mengumpul
markah yang rendah dan hanya peserta kajian 1 sahaja yang dapat mencatat markah yang tinggi
iaitu 58% dan yang paling lemah iaitu peserta kajian 2 dengan 36%. Setelah dilakukan sesi
intervensi, peningkatan yang memberangsangkan ditunjukkan oleh semua peserta kajian. Peserta
kajian 1 mencatatkan perubahan markah sebanyak 34% iaitu dari 58% kepada gred yang
cemerlang iaitu 92%. Peserta kajian 2 pula menunjukkan peningkatan yang tertinggi iaitu

sebanyak 48% iaitu dari 36% kepada keputusan yang baik sebanyak 84% iaitu memperoleh gred
A.
Peserta kajian 3 pula menunjukkan peningkatan markah yang sama dengan peserta kajian
2 iaitu sebanyak 48% iaitu dari 40% kepada 88%. Manakala peserta kajian 4 pula mencatatkan
peningkatan markah sebanya 42% iaitu dari 38% kepada 80%. Peserta kajian 5 telah merekodkan
peningkatan yang paling tinggi iaitu daripada markah 56% dan meningkat kepaada 96%. Peserta
kajian terakhir pula merekodkan peningkatan sebanyak 44% daripada 44% kepada 88% setelah
intervensi kaedah peta pokok digunakan.
Adakah penggunaan peta pokok dapat membantu kefahaman murid mengelaskan sifat
pepejal, cecair dan gas dengan betul?
Instrumen analisis dokumen telah digunakan untuk menguji persoalan kajian ini. Peserta kajian
telah diberikan jadual kosong yang mempunyai tiga ruangan kosong bagi menulis jawapan.
Peserta kajian dikehendaki mengelaskan sifat pepejal, cecair dan gas mengikut ruangan tempat
kosong yang diberikan dengan tepat. Berikut adalah hasil analisis dokumen peserta kajian bagi
persoalan kajian di atas.
Sebelum Intervensi
PK1

Selepas Intervensi

Rajah 1: Analisis dokumen dalam mengelaskan ciri-ciri jirim peserta kajian 1

Sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian 1 (PK1) gagal menjawab semua soalan dengan betul
mengenai sifat fizikal pepejal, cecair dan gas. Di sini dapat dilihat PK1 menyenaraikan contoh
bahan dan bukannya sifat-sifat jirim seperti yang ditanyakan. Namun, selepas melaksanakan
kaedah peta dakap ini, ternyata pencapaian PK1 meningkat dengan mendadak iaitu berjaya
menjawab kesemua soalan yang diberikan.

Adakah penggunaan kaedah I-Think (peta pokok) dapat membantu murid


melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung?
Persoalan kajian ini juga dijawab dengan melakukan pemerhatian berstruktur terhadap semua
peserta kajian sebelum, semasa dan selepas pengajaran menggunakan intervensi dijalankan.
Pengkaji telah menggariskan tiga item utama dalam mendeskripsikan maklumat yang diperoleh
melalui pemerhatian. Antara tiga item yang diberi perhatian semasa sesi intervensi dijalankan
ialah fokus, penglibatan dan masalah disiplin murid. Pemerhatian telah dilaksanakan sebelum dan
semasa kaedah peta dakap diperkenalkan. Hasil pemerhatian dipersembahkan dalam bentuk
jadual. Jadual 2 seperti berikut menunjukkan peningkatan penglibatan aktif peserta kajian, semasa
pengajaran sebelum dan selepas pengajaran dengan menggunakan kaedah peta pokok dijalankan.

Bil

Jadual 2
Analisis Pemerhatian Peserta Kajian
Bilangan peserta
Peristiwa
kajian (sebelum)
FOKUS
a) Memberikan tumpuan sepenuhnya
semasa guru mengajar

b) Seronok belajar
kaedahyang diajar.

menggunakan

PENGLIBATAN
a) Membuat kerja lain yang tiada
kaitan dengan pelajaran.

Bilangan peserta
kajian (selepas)

1 (17%)

6 (100%)

1 (17%)

5 (83%)

5 (83%)

0 (0%)

4 (67%)

0 (0%)

0 (0%)

4 (67%)

b) Berangan-angan atau termenung.

c) Menjawab soalan secara sukarela.

0 (0%)

5 (83%)

3 (50%)

1 (17%)

5 (83%)

0 (0%)

d) Menggalakkan rakan lain untuk


belajar.

MASALAH DISIPLIN
a) Mengganggu murid lain semasa
proses PDP berlangsung.

b) Bercakap atau bermain

Berdasarkan analisis data yang dilakukan dijadual 2, item pertama yang telah diletakkan sebagai
prioriti ialah fokus semasa pengajaran dan pembelajaran. Setelah dibuat pemerhatian oleh
pengkaji, didapati hanya seorang daripada peserta kajian dapat memberi tumpuan semasa guru
mengajar sebelum melakasanakan intervensi. Tetapi setelah intervensi dijalankan, didapati
kesemua peserta kajian dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Peserta
kajian menunjukkan tidak berminat semasa guru mengajar sebelum intervensi dilakukan, tetapi
apabila intervensi telah dilakukan, lima peserta kajian mewakili (87%) menyatakan minat untuk
mengetahui pengajaran guru selanjutnya di dalam kelas.
Bahagian kedua yang telah digariskan ialah penglibatan. Sebelum intervensi dijalankan, lima
peserta kajian (87%) membuat kerja lain yang tidak berkaitan dengan pelajaran yang diajarkan
oleh guru. Namun, setelah intervensi dilakukan, peningkatan mendadak telah ditunjukkan dengan
tiada lagi peserta kajian yang melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Kesemua peserta kajian melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, belangan peserta kajian yang berangan-rangan semasa
sesi pengajaran sebelum intervensi dijalankan seramai 4 orang. Peserta kajian kadangkala
menjenguk ke tingkap dan tempat lain serata makmal tetapi telah diketahui oleh guru. Kemudian,
setelah dilakukan intervensi, peserta kajian yang berangan-rangan telah berkurangan secara
drastik
Selain itu, sebelum intervensi dijalankan, tidak ada langsung peserta kajian yang mencuba
menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dan membantu rakan secara sukarela. Hal ini
mungkin kerana peserta kajian masih lagi belum mengetahui dan tidak yakin dengan pengatahuan
dan jawapan yang diperoleh bagi menjawab soalan dan membantu rakan mereka yang lain.
Walaubagaimanapun, setelah intervensi dilakukan, bilangan peserta kajian yang menjawab soalan
dengan sukarela dan membantu rakan mereka yang lain telah bertambah empat orang dan lima
orang peserta kajian yang telah dicatatkan.
Kemudian, item yang terakhir yang telah digariskan kepentingannya ialah masalah disiplin iaitu
mengganggu rakan lain dan bercakap atau bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum intervensi dilakukan, pemerhatian yang dapat dilihat dan dicatat bahawa seramai tiga
orang peserta kajian mewakili (50%) peserta kajian sering mengganggu rakan lain semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun, setelah intervensi dilakukan, hanya ada
seorang sahaja peserta kajian yang mengganggu rakan lain namun rakan lain tidak
mengendahkannya. Selain itu, seramai lima orang peserta kajian sering bercakap atau bermain
sebelum intervensi dilaksanakan. Tetapi, selepas itu sudah tiada lagi murid yang bercakap

mahupun bermain semasa sesi intervensi kerana semua peserta kajian melibatkan diri secara aktif
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
KESIMPULAN
Kajian tindakan yang telah dilakukan pada masa ini terdapat satu arah aliran yang mendesak
pendidik dan guru supaya mengurangkan pengajaran secara berkuliah tetapi lebih menumpukan
perhatian kepada pengajaran yang berasaskan aktiviti dan pembelajaran melalui pengalaman.
Dengan adanya penyelidikan dan Kajian Tindakan seorang pendidik secara langsung akan
menjadi pengkaji yang sentiasa membuat refleksi, menyoal dan menyelidik peranan dan tugasnya
terutama untuk menghasilkan golongan guru yang sedia membuat kritikan kendiri, menyelidik
akibat-akibat aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mengubahsuai perlakuan amalan
pengajaran guru agar lebih kritis dan kreatif.Ini akan mengukuhkan lagi perkembangan
profesionalisme guru sebagai seorang pendidik dan seterusnya akan meningkatkan mutu dan
kualiti pendidikan.
Melalui analisis dokumen yang telah dijalankan, pengkaji mendapat kemahiran mengelaskan sifat
jirim semakin meningkat. Pada analisis dokumen selepas intervensi dilakukan, kesemua 6 peserta
kajian berjaya mengelaskan sifat jirim dengan 100% tepat.Dapatan pengkaji juga selari dengan
kajian Geetha (2010) yang menegaskan bahawa pengguanaan peta konsep membantu murid
meningkatkan kemahiran mengelas sewaktu menjalankan aktiviti. Peningkatan penggunaan peta
konsep semasa sesi pengajaran dan pembelajaran akan membawa kepada peningkatan kemahiran
mengelas murid-murid.Kesimpulannya, kajian tindakan ini berjaya membantu murid Tahun 5
Alpha untuk memahami tajuk Tiga Keadaan Jirim dengan baik dan cemerlang. Namun kajian ini
boleh diberi penambahbaikkan dan diperluaskan lagi bagi melihat keberkesanan kaedah I-Think
iaitu peta dakap dalam pelbagai aspek. Semoga kajian ini dapat meningkatkan profesion
pendidikan serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada
pembangunan pendidikan negara kita.
RUJUKAN
Geetha (2010), Improve Grouping And Classifying Of Year 3 Pintar Pupils Through Scrap Book,
Projek Tahun Akhir Ijazah (Sains Pendidikan Rendah).Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail. (Tidak diterbitkan)
Johnson G. & Price (2000). Comparing students with high and low preferences for tactile
learning. Education (120): 581-586.
Looi Kuang Siang. (2012). Pengguaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman dan
Ingatan Murid Tahun 4 dalam Subjek Sains. SeminarPenyelidikan Tindakan. IPG
Kampus Batu Lintang Tahun 2012.
Noriati A. Rashid, B. P. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Novak, J.D. & Gowin, D.B. (1984). Learning how to learn. New York: Cambridge
University Press. Diperoleh 5 Februari 2014 dari
http://journalarticle.ukm.my/207/1/1.pdf
Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai