Anda di halaman 1dari 3

TEKS MAJALAH DIAN

Alat Solek Membahayakan


Wanita dan alat solek merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Ini
tidaklah menghairankan kerana kaum wanita dianggap memang bersifat penyolek,
lebih-lebih lagi apabila mahu pergi bekerja, membelibelah, berziarah atau bersiar-siar.
Bahkan sewaktu keluar dari rumah itu, amat jarang dilihat wanita tidak membawa tas
tangan bersama-samanya. Dan isi tas tanganitu pula lebih banyak terdiri daripada alatalat solek yang diperlukannya untuk memperbaiki semula solekannya di mana saja ia
berada semasa di luar rumah itu apabila ada peluang berbuat demikian.
Tetapi di sebalik kegemaran kaum wanita untuk bersolek dan di sebalik kian
banyaknya pengeluaran alat-alat solek yang terbaru dan up-to date dengan iklaniklannya yang begitu menarik dan menghambat hati, namun adalah diragukan ramai
kaum wanita yang menyedari tentang bahaya-bahaya yang ditimpakan oleh alat-alat
pencantik wanita itu ke atas anggota jasmani terutama sekali kulit.
Tidak sesuai
Dari masa ke masa bilangan kaum wanita yang menggunakan alat-alat solek
kian bertambah, dan alat-alat solek ini merupakan satu-satunya hasil pengeluaran yang
mendapat pasaran hangat. Di dalam katagori alat-alat solek ialah berbagai jenis cream
,bedak,celupan rambut, bahan pembasmi bau keringat, cat kuku,bahan penumbuh dan
pelebat rambut, gincu bibir, berbagai jenis minyak dan air wangi dan sebagainya.
Menurut pakar-pakar perubatan kebanyakkan alat-alat ini boleh membahayakan kulit
para pengguna disebabkan campuran kimianya dan adanya bahan-bahan yang
membahayakan kulit.
Suatu perangkaan yang dikeluarkan oleh sebuah badan kesihatan di Amerika
Syarikat baru-baru ini menunjukkan bahawa sejumlah 15 % kaum wanita Amerika
menderita gejala sensitiviti kulit kerana banyak menggunakan alat-alat solek.
Perangkaan itu telah mendedahkan bahawa lebih kurang AS$18 juta telah dibelanjakan
oleh kaum wanita Amerika pada tahun 1969 untuk memberi alat-alat solek, tahun 1970
sebanyak AS$27 juta dan tahun 1971 sebanyak AS$100 juta. Jumlah perbelanjaan ini
terus bertambah dan dijangka pada tahun 1976 mencapai angka lebih AS$200 juta !
Tentu ramai kaum wanita yang ingin tahu bagaimana bahan-bahan solekan itu
boleh membahayakan kulit? Para doktor telah menandaskan secara umum bolehlah
dikatakan bahawa gejala sensitiviti pada kulit merupakan natijah yang pasti berlaku jika
bahan-bahan solek yang tidak sesuai dengan keadaan kulit digunakan atau bahan
solek itu digunakan melebihi had yang sepatutnya.

Bahaya cream-cream
Di antara bahan-bahan solek yang lumrah kedapatan di pasaran hari ini ialah
dari jenis cream seperti cream untuk menyegarkan kulit, melincinkan kulit muka,
menghilangkan jerawat dan freckle, meghilangkan bekas-bekas bahan solekan di kulit,
dan lain-lain cream dengan berbagai-bagai kahasiatnya seperti yang terdapat di dalam
iklan-iklan mengenainya.
Menurut pakar-pakar perubatan, sebenarnya kebanyakkan cream-cream itu
biar betapa besar khasiatnya seperti yang diiklankan pembuatnya, tidak mempunyai
sebarang kesan yang didakwakan itu, bahkan penggunaannya boleh membawa kepada
berlakunya beberapa gejala radang kulit, di samping kulit menjadi kering.
Untuk lebih jelas lagi para doktor telah memberi contoh beberapa jenis
cream yang dikatakan berkhasiat menghilangkan jerawat dan freckle. Menurut
mereka setengah-setengah cream untuk tujuan ini mengandungi bahan-bahan yang
membahayakan kulit. Sementara cream pembersih dan pelincin kulit pula mereka
katakan boleh mendatangkan bahaya besar ke atas dua jenis kulit: Kulit berminyak dan
kulit berjerawat. Kedua-dua jenis kulit ini tidak mampu menanggung banyak minyak
yang mana penggunaan cream-cream itu boleh menyebabkan kulit yang berminyak
ditimpa tompok-tompok hitam yang amat jelas. Jika digunakan pada kulit yang
berjerawat pula maka jerawat akan merebak dan semakin banyak sehingga
memburukkan kulit.
Cream-cream untuk rambut pula dikatakan oleh para doktor tidak berguna
sama sekali kecuali jika rambut seorang wanita benar-benar kering, dan keadaan ini
amat jarang berlaku. Mungkin seorang wanita merasa rambutnya sentiasa dalam
keadaan kering dan iapun segera memperbanyakkan pengunaancream-cream
sedangkan kekeringan rambut itu mungkin berpunca daripada keterlaluan
menggunakan bahan pencegah keguguran rambut atau banyak mengset rambut.
Sementara cream-cream pelican kulit muka boleh menyebabkan radang
kulit jika digunakan dengan banyak kerana ia menutup lubang-lubang kulit dan
menghalangnya menjalankan fungsinya yang normal. Kerana itu para doktor
menasihatkan agar tidak keterlaluan menggunakan cream-cream tersebut.
Cat kuku
Penggunaan cat kuku untuk tempoh yang lama boleh memberi kesan
kepada kuku dan menyebabkan mudah pecah. Lapisan cat itu mungkin terkena pada
kelipak mata dan menyebabkan sensitiviti kerana kehalusan dan kepitisan kulit kelupak
mata. Sensitiviti ini mungkin pula berubah menjadi radang yang berat dan boleh
menjalar ke muka, tenguk dan hidung.

Perlu juga diingatkan bahawa penggunaan bahan-bahan penghapus cat


kuku yang biasanya diperbuat dari campuran bahan asiton boleh mendatangkan
bahaya kepada kuku. Bahaya ini lahir dalam betuk kelumpuk-kelumpuk hitam dan kuku
pecah dengan mudah. Kerana itu kuku hendaklah diberi kerihatan beberapa kali dalam
satu bulan agar lubang-lubang seninya dapat bernafas dengan bebas.
Di dalam setengah-setengah keadaan, seseorang wanita itu hendaklah
berhenti menggunakan cat kuku buat suatu ketika khususnya jika lahir beberapa tanda
yang menunjukkan adanya radang-radang

Anda mungkin juga menyukai