Anda di halaman 1dari 4

Broser Kesedaran Kesihatan Awam (KOSMETIK) Racun Dalam Kosmetik

Pengenalan Setiap wanita impikan kulit yang halus, gebu dan cerah kerana ianya akan menyerlahkan kejelitaan seseorang dan tampak lebih menawan. Tidak hairanlah jika wanita akan mencuba pelbagai jenama produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan kulit gebu dan licin, putih, menanggalkan bintik hitam, jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya. Banyak wang ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini. Tetapi malangnya di dalam beberapa kes, muka bukan bertambah cantik tetapi menjadi rosak, lebih teruk dari yang asal. Dan yang lebih malang lagi kesihatan diri terjejas. Semuanya ini memang berlaku setiap hari kerana ketidakprihatinan pengguna lalu memakai produk kecantikan yang tidak bakal memberi kesan yang negative kepada penggunanya.

Info Kosmetik Fungsi kosmetik adalah melindungi kulit dan mempercantik wajah. Tapi ada kalanya, kosmetik justru membawa bencana pada kulit. Memang kaum perempuan akan rela mengeluarkan dana banyak untuk membeli kosmetik. Apalagi kosmetik dekoratif yang bisa mencerahkan kulit wajah dan menutupi bagian wajah yang kurang sempurna. Jenis kosmetik yang dekoratif adalah alas bedak, bedak, perona mata, perona pipi dan lipstik. Terkadang kaum perempuan tergiur untuk membeli kosmetik berdasarkan rekomendasi seorang teman atau iklan yang begitu gencar di televisi. Padahal belum tentu kosmetik tersebut cocok untuk jenis kulit anda. Dalam keseharian pun anda menggunakan kosmetik perawatan seperti susu pembersih, penyegar, hand & body lotion, krim siang, krim malam dan krim mata. Fungsi dari kosmetik perawatan adalah mengangkat kotoran yang mencemari kulit, mempertahankan komposisi cairan kulit, melindungi kulit dari paparan sinar ultra violet, memperlambat timbulnya kerutan dan melembutkan kulit yang kasar. Tetapi pada kenyataannya, tidak semua kosmetik itu aman dan bisa melindungi kulit.

Tahukah anda? Produk yang terlalu cepat memberikan kesan terhadap pengguna selalunya mempunyai bahan aktif peluntur yang kuat seperti hidrokuinon dan raksa yang bersifat menghakis/menipis.

Tahukah anda? Pensil Alis Mata mengandungi beberapa jenis bahan kimia antaranya lampblack, petrolatum dan paraffin yang boleh menyebabkan pigmentasi pada lapisan mukosa pada mata, mata menjadi merah, radang, berair dan pandangan menjadi kabur. Pembayang Mata mengandungi ilanolin, beeswax, seresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleate dan bedak. Bedak boleh menyebabkan gangguan paru-paru jika terdedah secara berpanjangan. Maskara mengandungi garam asid stearik berserta pigmen, lanolin, parafin dan lilin carnauba. Sejak penggunaannya selama beberapa tahun, terdapat beberapa kes seperti melecur, mata berair dan kerengsaan mata ke atas penggunanya. Pengilat Kuku mengandungi xylena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan plasticizer (seperti butil-asetat, dibutil phthalate, kamfor) bersama nitroselulosa atau lain-lain resin. Sesetengah daripada bahan-bahan kimia ini, jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah dan mungkin menganggu fungsi otak Barangan Kolon serta minyak wangi amnya adalah larutan hidroalkohol yang dicampurkan dengan sedikit pewangi. Barangan ini mempunyai kandungan alkohol setinggi 50 hingga 90 peratus. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa mengantuk dan penekanan fungsi otak.

Langkah keselamatan penggunaan kosmetik Sebelum membeli kosmetik, kenali jenis kulit anda terlebih dahulu. Setelah anda mengetahui jenis kulit wajah maka akan lebih mudah memilih kosmetik yang baik untuk wajah anda. Ketahui kandungan bahan kosmetik. Hindari produk yang mempunyai bahan kimia berlebihan. Jangan terlalu sering mengganti kosmetik yang digunakan Untuk mengetahui atau memastikan sama ada anda alah kepada sesuatu kosmetik, sapukan sedikit barangan tersebut pada bahagian belakang tangan

anda. Biarkan selama 24 jam. Sekiranya anda mendapati sebarang kesankesan sampingan hentikan penggunaan barangan tersebut. Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan barangan kosmetik anda. Kemungkinan kebanyakan alat kosmetik mengandungi bahan-bahan toksik.

Kesan-kesan

Kulit muka hancur kerana semakin menipis akibat daripada Hidrokuinon, iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih.

Kulit yang nipis tidak mempunyai daya penahan, mengakibatkan wajah pengguna akan menjadi cepat tua.

RAKSA/MERKURI. Iaitu logam berat yang sangat beracun. Seperti hidrokuinon, ia juga sebagai agen pemutih. Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana ia mudah terserap ke dalam saluran darah. Raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin.

Penggunaan alis mata yang meresap ke mata juga boleh mengakibatkan mata cedera dan akhirnya buta.

Penggunaan alat kosmetik yang berlebihan boleh mengakibatkan kanser kulit.

Anda mungkin juga menyukai