Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR ASRAMA TAHUN 2015

, Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar asrama pada Tahun 2015 di hari yang
penuh keberkatan ini .
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , kami akan
menjadi pelajar asrama yang cemerlang, terbilang , pelajar asrama yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu
melahirkan generasi pelajar asrama yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.Kami mohon
kepada Mu Ya Allah , agar engkau jadikan Pelajar Asrama SMK Temerloh sentiasa
mendapat Rahmat Mu .
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah
kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang
sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan
fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau
jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam
peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai