Anda di halaman 1dari 1

Menara Jam Condong Teluk Intan

Menara Jam Condong Teluk Intan setinggi lia tingkat ini merupakan
satu-satunya bangunan yang condong di Negara kita. Menara ini
menjadi daya tarikan kepada para pengkaji sejarah. Kebanyakkan
daripada mereka berminat untuk membuat kajian tentang
keadaannya yang unik dan kedudukannya yang condong itu.
Mengikut sejarah, menara ini dibina pada tahun 1890, oleh
seorang hartawan Cina yang bernama Leong Choon Chong. Menara
ini dibina untuk dijadikan memorial kepada Neol Danison, Penguasa
Daerah Teluk Intan. Selain itu, menara ini juga dijadikan mercu
tanda bagi bandar Teluk Intan.
Menara ini sebenarnya mempunyai ketinggian lima tingkat saja
tetapi kelihatan seperti mempunyai lapan tingkat jika dipandang
dari luar. Tingginya tujuh meter dan mempunyai 100 anak tangga.
Reka bentuknya unik kerana seakan-akan pagoda, bangunan yang
terkenal di Jepun. Sewaktu bandar Teluk Intan dibom oleh pesawat
Jepun, menara ini hamper-hampir musnah. Hal ini disebabkan
terdapat sebutir bom yang digugurkan oleh pesawat Jepun telah
jatuh hanya empat meter sahaja dari bangunan ini.
Orang ramai dibenarkan memanjat hingga ke puncaknya yang
tinggi sekali tetapi tidak dibenarkan memasuki menara ini kerana
keadaannya yang sangat membahayakan.
-------------------------------------------------------------------------------1. Bilakah menara ini dibina? (Pada tahun 1890)
2. Siapakah yang membina menara ini? (Menara dibina oleh
seorang hartawan Cina bernama Leong Choon Chong)
3. Bagaimanakah reka bentuk menara jam ini? (Reka bentuk
menara jam ini adalah seakan-akan pagoda)
4. Apakah tujuan menara ini dibina? (Menara dibina bertujuan
untuk dijadikan memorial kepada Neol Danison, Penguasa
Daerah Teluk Intan)
5. Mengapakah menara Jam Condong menjadi tarikan? (Menara
menjadi tarikan kerana keadaannya yang unik dan
kedudukannya yang condong)

Anda mungkin juga menyukai