Anda di halaman 1dari 8

BANGUNAN DATO' JAAFAR

Bangunan bersejarah adalah warisan budaya yang perlu


dipelihara, dipulihara dan dikekalkan. Sebagai contoh, Bangunan Dato' Jaafar ini yang berusia
110 tahun masih tersergam indah di atas Bukit Senyum, Johor Bahru, beralamat di JKR 514,
Jalan Yahya Al-Dattar.

Bangunan ini bukan sekadar menyimpan banyak rahsia sejarah, tetapi juga unik dari segi reka
bentuk yang menyamai beberapa bangunan lama di England seperti Hardwick Hall dan River
Castle.

Rumah ini dibina oleh Dato' Jaafar Mohamad, Menteri Besar Johor yang pertama. Pembinaan
rumah ini bermula pada tahun 1986 dan siap dalam tempoh dua tahun, dengan kos pembinaan
peringkat pertama berjumlah RM 80,000.00. Selama 22 tahun Dato' Jaafar mendiami rumah ini.
Selepas kematiannya -ada 3 Julai 1919, kerajaan Johor mengambil alih rumah ini.

Untuk beberapa ketika, bangunan ini terbiar begitu sahaja. Pada zaman pemerintah Jepun (1941 -
1945) bangunan ini digunakan oleh tentera-tentera Jepun untuk meletakkan perempuan-
perempuan simpanan mereka. Pihak Inggeris juga selepas berkuasa semula di Tanah Melayu
pernah menggunakan bangunan itu sebagai markas tentera.

Selepas Merdeka, Bangunan Dato' Jaafar dijadikan Maktab Perguruan Bahasa sebelum insitusi
itu dipindahkan ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beberapa pejabat kerajaan seperti JKR,
KEMAS dan Yayasan Warisan Johor pernah ditempatkan di bangunan ini.

Sekarang bangunan ini telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Johor lkepada Yayasan Warisan
Johor untuk dibangunkan sebagai Muzium Tokoh. Namun beberapa tahun kebelakangan ini,
bangunan tersebut masih terus sunyi tanpa penghuni. Takut-takut kesepian itu nanti diriuhkan
oleh anak-anak muda yang berpesta yang akhirnya mengundang keruntuhan moral. Khabarnya
projek ini tergendala kerana kekurangan peruntukan kewangan. Janganlah biarkan dibazirkan
khazanah negara dengan sikap yang tidak serius dan komitmen yang rendah. Selamatkanlah
segera Bangunan Dato' Jaafar!
# posted by ISBIHA @ 8:57 AM
Sekilas Pandang
Bangunan ini dibina oleh Dato' Jaafar Mohamad, Menteri Besar Johor yang pertama. Pembinaan
rumah ini bermula pada tahun 1886 dan siap dalam tempoh dua tahun, dengan kos pembinaan
peringkat pertama berjumlah RM 80,000.00. Selama 22 tahun Dato' Jaafar mendiami rumah ini.
Selepas kematiannya pada 3 Julai 1919, kerajaan Johor mengambil alih rumah ini.

Bangunan Dato' Jaafar ini masih tersergam indah di atas Bukit Senyum, Johor Bahru, beralamat
di JKR 514, Jalan Yahya Al-Dattar. Bangunan ini bukan sekadar menyimpan banyak rahsia
sejarah, tetapi juga unik dari segi reka bentuk yang menyamai beberapa bangunan lama di
England seperti Hardwick Hall dan River Castle.

Untuk beberapa ketika, bangunan ini terbiar begitu sahaja. Pada zaman pemerintah Jepun
bangunan ini digunakan oleh tentera-tentera Jepun untuk meletakkan perempuan-perempuan
simpanan mereka. Pihak Inggeris juga selepas berkuasa semula di Tanah Melayu pernah
menggunakan bangunan itu sebagai markas tentera.

Selepas Merdeka, Bangunan Dato' Jaafar dijadikan Maktab Perguruan Bahasa sebelum insitusi
itu dipindahkan ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beberapa pejabat kerajaan seperti JKR,
KEMAS dan Yayasan Warisan Johor pernah ditempatkan di bangunan ini.
Sekarang bangunan ini telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Johor lkepada Yayasan Warisan
Johor untuk dibangunkan sebagai Muzium Tokoh. Namun beberapa tahun kebelakangan ini,
bangunan tersebut masih terus sunyi tanpa penghuni.

Anda mungkin juga menyukai