Anda di halaman 1dari 11

Kota Ngah Ibrahim, Larut Matang, Perak.

Dekat sebelah mana kedudukan kota ni sebenarnya aku tak berapa pasti, ekeke, almaklumlah..
orang buta arah. Yang pasti kota ni di daerah Larut Matang & Selama.
Alhamdulillah, kota ni masih dijaga dengan baik sehingga hari ini. Tahniah dan syabas kepada pihak
yang bertanggungjawab memelihara kota ni dengan baik. Khazanah Negara memang wajar
dipelihara..
Kota ni pada asalnya merupakan kediaman Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin
Jaafar, kemudiannya pada zaman pemerintahan British, tempat ni juga dah dijadikan mahkamah
unuk perbicaraan ke atas Dato Maharaja Lela dan yang lelain-lelainnya di atas tuduhan membunuh
Residen Perak pertama J.W.W Birch. Termasuklah Ngah Ibrahim sendiri bersama bapa mentuanya
Laksamana Mohamad Amin telah dibuang ke kepulauan Seychelles. Juga telah dijadikan penjara
untuk menahan orang-orang yang menentang pemerintahan British pada masa itu.
Masa zaman pendudukan jepun pulak, kota ni telah dijadikan markas Jepun. Potong Kapara.
Malah, kesan kapal terbang jepun terhempas dekat kota ni pun leh nampak lagi. Inilah sedikit
sebanyak sejarah kota ni yg aku ingat hasil dari pembacaan aku semasa melawat kota ni.
Tak rugi luangkan masa bawa family melawat kota ni. Dalam bangunan utama kota ni korang dapat
baca sejarah pasal Perang Larut yang berlaku antara puak Ghee Hin dan Haisan, sejarah pasal
Orang Kaya Ngah Ibrahim ni sendiri dan keturunannya, pasal Dato Sagor, Dato Maharajalela, Si
Pandak Endut (pembunuh Birch), Sultan Abdullah dan beberapa pembesar lain yg terlibat dalam
pembunuhan Birch. Juga di pamerkan peralatan-peralatan melombong, perkakas-perkasas orang
British dan askar Jepun. Di tingkat atas bangunan ni pula diorang letak replika.. erm.. or maybe
arrangement untuk suasana masa perbicaraan ke atas kes pembunuhan Birch.

Di sebelah bangunan ni pulak, letaknya kubur Orang Kaya Ngah Ibrahim yang mana jenazah
Allahyarham telah dipindahkan dari Singapura (allahyarham dimakamkan di Singapura setelah
mangkat kerana di buang negeri oleh British) pd tahun 2006 kalau tak salah dan dimakamkan
semula di Matang. Al-fatihah buat Allahyarham Orang Kaya Ngah Ibrahim.

Muzium Sejarah Pasir Salak.


Pasir Salak, tempat berlakunya peristiwa pembunuhan J.W.W Birch. Ok, dekat sini ada dua
bangunan muzium, Terowong Sejarah Pasir Salak dengan Muzium Menteri-Menteri Besar Perak.
Terowong Sejarah Pasir Salak menceritakan sejarah-sejarah negeri perak dan juga serba sedikit
peristiwa bersejarah di Malaysia. Muzium Menteri Besar pulak menempatkan koleksi2 peribadi dan
menceritakan salasilah Menteri-Menteri Besar Perak dari yang pertama sehinggalah yang terkini.
Kawasan ni juga cantik pemandangannya. Cuma sayang, terdapat beberapa rumah lama yang ada
dalam kawasan muzium ni bagaikan dah tak dijaga dengan baik. Dibiarkan bersawang dan reput.
Harapnya, pihak kerajaan negeri Perak boleh bantu memelihara kawasan ni sebab ni peninggalan
sejarah kepada generasi akan datang. Nak masuk ada bayaran, kalau tak silap aku RM5 seorang
bg dewasa.
Dalam ni ada miniature peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum
merdeka dan bergelar Malaysia. Juga ada galeri keris yang menceritakan tentang sejarah keris,
pertukangan keris dan jenis-jenis keris.

Kapal Korek Bijih Timah

Besarnya kapal korek ni menyamai


bangunan 4-5 tingkat

Satu lagi antara tempat menarik yang sempat kitorang pergi, ialah ke Tanjung Tualang, melihat
kapal korek bijih timah. Selalu tengok kapal korek ni dalam gambar aje, bila tengok dari dekat,
barulah
tahu
berapa
besarnya
kapal
ni.
Kapal yang dalam gambar kat atas tu dipanggil D5, ada yang lagi besar dipanggil D7. Last kapal ni
beroperasi pada tahun 1992. Syabas le kepada syarikat bijih timah ni kerana mengekalkan dan
memulihara kapal ni dilokasi asalnya sebagai bahan sejarah kepada orang. Oh ye, ada entrance fee
tp aku tak ingat berapa kena. Cuma bahagian bawah kapal sahaja yang dibenarkan masuk.
Bahagian atas tak boleh naik dikhuatiri membahayakan keselamatan. Almaklumlah, kapal lama.
Selepas korang habis melawat, mebelek-belek kapal ni, korang boleh ke bangunan kecil yg dibina
berdekatan untuk melihat video penerangan macam mana kapal ni beroperasi. Juga dalam
bangunan tu ada dipamerkan peralatan melombong, peralatan dlm kapal, jenis2 bijih, gambar2
perlombongan bijih, jongkong bijih yang seberat 40kg, peta perlombongan dan macam2 lagi yang
berkaitan perlombongan bijih.

Kota Ngah Ibrahim


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kota Ngah Ibrahim adalah satu bangunan bersejarah yang dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka
Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, seorang pembesar Perak yang masyhur kerana menjadi salah
seorang penentang campur tangan British dalam Hal Ehwal Pentadbiran
negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874.

Isi kandungan
[sorokkan]

1Latar belakang

2Kegunaan lain

3Muzium Sejarah Matang

4Rujukan

5Pautan luar

Latar belakang[sunting | sunting sumber]


Kota ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk
di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina diMatang dalam tahun 1854. Kota ini
mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter. Tapak ini kira-kira 8 km dari
bandar Taiping. Di dalam kawasan Kota ini, Ngah Ibrahim membina sebuah rumah besar yang
menjadi kediaman rasminya. Sebuah bangunan setor digunakan sebagai tempat simpanan bijih
timah.
Selepas Ngah Ibrahim dihukum buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British. Ia
digunakan sebagai kediaman rasmi Kapten Tristam Speedy, Penolong Residen di samping
digunakan sebagai bangunan mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk
Sagor kerana tuduhan membunuh Residen British pertama di Perak, J.W.W. Birch . Mereka didapati
bersalah dan menjalani hukuman gantung di hadapan Kota Ngah Ibrahim pada 21 Januari 1877.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]


Dalam tahun 1913, Bangunan Kota ngah Ibrahim digunakan sebagai bangunan untuk Maktab
Perguruan Melayu dikenali sebagai Kolej Matang sehinggalah pembukaan Maktab Perguruan Sultan
Idris dalam tahun 1923. Bangunan itu kemudiannya digunakan sebagai bangunan Sekolah Rendah
Kebangsaan Matang. Semasa Pendudukan Jepun, bangunan ini dijadikan ibu pejabat tentera Jepun

Muzium Sejarah Matang[sunting | sunting sumber]

Selepas Jepun menyerah kalah dalam tahun 1945, bangunan ini kembali digunakan sebagai
bangunan sekolah, sehingga tahun 1985 bila mana bangunan ini diambil alih oleh Jabatan Muzium
& Antikuiti Perak dan dijadikan bangunan Kompleks Sejarah Matang.
Kompleks Sejarah Matang,
Jabatan Muzium & Antikuiti Kota Ngah Ibrahim,
34750 Matang, Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-8477970

From qwerty

kalau tak nampak:


Kota Ngah Ibrahim, Matang merupakan kawasan dan rumah kediaman Ngah
Ibrahim anak kepada Che Long Jaafar, orang yang mula-mula menemui

dan menerokai perusahaan bijih timah di Bukit Gantang, Taiping pada


pertengahan kurun ke 19. Dengan penghasilan bijih timah ini, Ngah
Ibrahim telah menjadi kaya raya melebihi dari Sultan perak sendiri.
Sultan telah menganugerahkan gelaran Menteri Larut kepada Ngah
Ibrahim.
Kemasukan kaum cina yang ramai telah mengakibatkan banyak
tertubuhnya kumpulan kongsi-kongsi gelap antaranya kumpulan Ghee
Hin dan Mai San. Kedua-dua buah kumpulan kongsi gelap ini sering
bermusuhan. Begitu juga dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris yang
ingin campur tangan di Negeri Perak untuk memonopoli perniagaan
bijih timah ini.
Atas ancaman-ancaman inilah, maka kota Ngah Ibrahim dibuat dengan
kukuh. Tembok kotanya dibuat dari beberapa lapisan batu bata
setinggi lebih 1.5 meter. Rumah Ngah Ibrahim dibina betul-betul di
tengah kota ini. Pembinaan kompleks ini dipercayai siap pada tahun
1858. Kompleks ini juga dijadikan sebagai pejabat dan pusat
memungut cukai bijih timah di jajahan Larut. Kota ini dihubungkan
dengan Kuala Sepetang dengan jalan darat dan jalan terusan.
Rumah ini juga dijadikan tempat perbicaraan Dato Maharajalela dan
Si Puntum yang telah membunuh J.W.W Birch, Residen Inggeris Pertama
pada 2 November 1784 di Pasir salak. Bangunan rumah Ngah Ibrahim
pernah juga dijadikan maktab perguruan yang pertama sebelum
dipindahkan ke Maktab Perguruan Tanjung Malim, Perak. Kemudian
bangunan ini dijadikan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Matang
sehingga ke akhir tahun 1970-an. Akhirnya kawasan dan bangunan
rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan Pusat dan Pejabat Kompleks Sejarah
Matang oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Apa yang tak diceritakan disini adalah:

1.
Dipercayai seekor gajah milik Che Long Jaafar/Ngah Ibrahim yang
menemui Bijih Timah di kawasan Matang. Kisahnya terjadi apabila gajah tu
pergi berendam lalu pulang dengan serdak bijih timah di badan. Keadaan ini
disedari Che Long Jaafar/Ngah Ibrahim apabila badan gajah itu dibersihkan.
2.
oleh sebab mereka tak berapa mengetahui cara-cara memproses bijih
timah, maka orang cina dari Pulau Pinang dibawa masuk ke perak untuk
mengusahakan lombong-lombong timah di Matang.

3.
Semasa pemerintahan Jepun, kota Ngah Ibrahim dijadikan kubu jepun
kerana tempatnya yang strategik bagi membantu penaklukan Malaya, juga kota
ini mempunyai kemudahan yang lengkap.

Kami singgah di Muzium Matang a.k.a Kota Ngah Ibrahim dalam perjalanan pulang
ke homestay dari Kuala Sepetang. Untuk ke sini ambil Jalan Taiping-Kuala
Sepetang menghala ke Kuala Sepetang. Kira-kira 10km dari Taiping terdapat satu
selekoh tajam ke kanan, kompleks sejarah tersebut berada di sebelah kiri selekoh.

Pintu masuk Kompleks Sejarah Matang / Kota Ngah Ibrahim


Muzium Sejarah Matang (yang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota
Ngah Ibrahim) telah dibina oleh Che Ngah Ibrahim pada tahun 1857. Kota ini
merupakan pusat pentadbiran dan pertahanan Daerah Larut, dan kediaman rasmi
Che Ngah Ibrahim yang merupakan pemerintah Daerah Larut pada waktu itu. Beliau
adalah orang paling kaya di Larut dan mewarisi kuasa untuk memerintah daerah
Larut dari bapanya Che Long Jaafar. Long Jaafar adalah orang yang mula-mula
menemui bijih timah di negeri Perak.

Si Larut, gajah bertuah yang menjumpai bijih timah. Ia adalah pet Long Jaafar!
Rumah Ngah Ibrahim dua tingkat dan berada di tengah-tengah kota. Diantara
pameran di tingkat bawah adalah mengenai perusahaan bijih timah, replika gajah
yang bernama Larut, ahli kongsi gelap dan penjara. Tingkat atas pula terdapat
pengenalan kepada tokoh-tokoh, pameran mahkamah, bilik darjah, dan juga bilik
tidur Ngah Ibrahim.
Di luar bangunan terdapat makam Ngah Ibrahim, perigi mandian, tugu tentera Jepun
serta menara kawalan(utara dan selatan).

Tembok yang mengelilingi kota dilengkapi lubang senapang setiap lima kaki
Rumah Ngah Ibrahim memainkan peranan penting dalam sejarah negeri Perak
khususnya dalam permulaan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Pada tahun

1876 rumah inilah yang telah dijadikan tempat perbicaraan ke atas pahlawanpahlawan dan pembesar-pembesar Perak yang telah berkomplot membunuh J.W.W.
Birch.
Birch adalah residen British yang pertama di Perak selepas termeterainya Perjanjian
Pangkor diantara pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang ditandatangani pada
Januari 1874. Birch adalah manifestasi campurtangan Inggeris di Perak, yang
didalangi kapitalis Eropah-China dengan mempergunakan Raja Muda Abdullah
untuk mengundang campurtangan Inggeris (dek kerana inginkan takhta Perak).
Perjanjian Pangkor merupakan prelude kepada penjajahan Inggeris ke atas Tanah
Melayu.

James Wheeler Woodford Birch (J. W. W. Birch)


Akhirnya ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah
ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si
Puntum dan Pandak Endut. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Laksamana Mohamad
Amin pula disingkir ke Pulau Seychelles.
Kota dan rumah Ngah Ibrahim kemudiannya dirampas oleh pihak Inggeris. Pada
tahun 1913-1922 rumah Ngah Ibrahim dijadikan Maktab Perguruan Matang.
Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu Matang (1913-1941). Semasa
Perang Dunia Kedua, ia dijadikan Markas Tentera Jepun (1941-1945). Selepas
Jepun menyerah kalah ianya kembali berfungsi sebagai Sekolah Melayu Matang

(1945-1984). Pada tahun 1985, kota ini diserahkan kepada Jabatan Muzium
Malaysia dan dijadikan Muzium Sejarah Matang.

Salah satu pameran di tingkat atas. Di bahagian belakang kiri ialah bilik tidur Ngah
Ibrahim.

Jenazah Ngah Ibrahim dipindahkan ke sini pada 2006


Pengajaran: Sebenarnya banyak pengajaran yang kita dapat dengan melawat kota
ini. 150 tahun yang lalu Matang merupakan kawasan makmur orang Melayu dan
kaya dengan bijih timah. Ketamakan individu membawa bencana kepada semua,
selepas Perjanjian Pangkor, Melayu hilang segala.

150 tahun akan datang apa pula yang tertulis dilembaran sejarah? Adakah Melayu
akan sekali lagi termakan tipu daya orang putih (dengan TPPA)?
Lokasi Muzium Matang

GPS coordinates 4 48.734N 100 40.532E


Hari & Masa Lawatan

Isnin - Ahad : 9:00 pagi - 5:00 ptg

Jumaat : 9:00 pagi - 12:15 tengahari, 2:45 ptg - 5:00 ptg

Anda mungkin juga menyukai