Anda di halaman 1dari 59

nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
(A112 PJJ)
ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert
KBS 3093
yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
KELAS PEMULIHAN KHAS
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
[PANDUAN KERJA KURSUS]
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz
xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv
bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbqwertyu
iopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd
fghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzx

ARAHAN
1.

Terdapat 3 (TIGA) tugasan dalam kursus KBS 3093, iaitu:


i.

Tugasan 1: Pelaksanaan ujian diagnostik untuk tujuan pengajaran dan


pembelajaran murid pemulihan khas.

ii.

Tugasan 2: Menghuraikan peranan pendekatan inklusif dalam pelaksanaan


program pemulihan khas.

iii.

Tugasan 3: e-forum

2.

Tugasan yang telah lengkap perlu dihantar dalam bentuk soft-copy melalui portal
MyGuru 3 kepada Tutor e-Learning bagi kumpulan masing-masing.

3.

Sila fahami secara mendalam Panduan Kerja Kursus


tugasan.

4.

Sila beri perhatian kepada arahan dan pengumuman daripadaTutor e-Learning


kumpulan masing-masing dari semasa ke semasa.

sebelum anda memulakan

TUGASAN
PECAHAN
TUGASAN
TUGASAN
INDIVIDU 1

SOALAN/ ARAHAN

MARKAH

Pilih sekumpulan murid (minima 6 orang)


yang telah dikenal pasti memerlukan
pendidikan pemulihan khas. Huraikan
langkah-langkah yang perlu anda lakukan
supaya dapat menyedikan pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan
tahap pencapaian mereka. Penulisan anda
perlu mengandungi maklumat terperinci
seperti
i)
Cara mengenal pasti masalah
murid
ii)
Pemilihan ujian diagnostik
iii)
Melaksanakan ujian diagnostik
- Lokasi
- Cara mentadbir
- Penentuan pencapaian
- Cara mengnalisis data
- Pembentukan kumpulan
kumpulan kecil untuk tujuan
pengajaran
iv) Sediakan satu rancangan pengajaran
harian yang sesuai dengan
mengambil kira pencapaian murid
dalam ujian diagnostik yang telah
dijalankan. Nyatakan item item
kemahiran yang perlu diajar bagi
setiap kumpulan. Durasi RPH ini
ialah 30 minit.

20 markah

TARIKH
AKHIR
PENERIMAAN
Minggu ke-10

TUGASAN
INDIVIDU 2

Pendekatan pendidikan inklusif adalah


antara jenis program yang disarankan untuk
murid pemulihan khas. Huraikan kebaikan
dan kelemahan model inklusif ini. Berikan
pendapat anda tentang masa depan
pendekatan pendidikan inklusif ini.
Bincangkan juga halangan dan rintangan
dalam pelaksanaannya

20 markah

E-FORUM

4 (Empat) soalan forum disediakan untuk


dibincang secara on-line menerusi laman
MyGuru3. Selain daripada respon sendiri
anda mesti memberi respon sekurangkurangya kepada 4 respon orang lain untuk
setiap soalan.

20 markah

1
2

Bincangkan model-model pengurusan kelas 5 markah


yang digunakan dalam Kelas Pemulihan
Khas di Malaysia atau luar Negara.
Berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996 5 markah
dan Rang Undang-Undang Orang Kurang
Upaya
2007
anda
dikehendaki
membincangkan bagaimana kedua-dua akta
tersebut memberi penambahbaikan kepada
pendidikan murid-murid pemulihan khas.
Jelaskan Khidmat Sokongan Pelbagai 5 markah
Disiplin yang terlibat dalam pengurusan
murid pemulihan khas.
Bincangkan
bagaimana kumpulan ini dapat memainkan
peranan secara collective dan berkesan
dalam memberikan perkhidmatan kepada
murid pemulihan khas.
Bagaimanakah proses saringan, pencalonan 5 markah
dan seterusnya proses diagnostik dapat
membantu guru pemulihan melaksanakan
program pemulihan di sekolah. Bincangkan.

JUMLAH

Minggu ke-10

Minggu ke-4
Minggu ke-6

Minggu ke-8

Minggu ke 10

60

FORMAT TUGASAN
1.
Tugasan Individu:
i. Tugasan yang dihasilkan perlu asli.
ii. Panjang esei ialah sekurang-kurangnya 15 halaman (tidak termasuk rujukan dan
lampiran) bagi SATU tugasan
iii. Font: Times New Roman; Saiz 12/Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line
iv. Penulisan esei perlu mengandungi sekurang-kurangnya rujukan 4 buah buku
ilmiah dan beberapa artikel dari jurnal.

v. Penulisan rujukan perlu ditulis mengikut format APA.

2.

Forum E-Learning:
i. Jawab semua soalan forum dalam ruangan group forum di MyGuru3.
ii. Jawapan bagi setiap soalan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.
iii. Selain daripada memberikan jawapan terhadap soalan forum, anda digalakkan
memberikan respon atau berinteraksi dengan pelajar lain dalam kumpulan anda.
iv. Anda perlu mencetak SEMUA jawapan dan respon/interaksi anda di dalam eforum sebagai rujukan.

PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN


1.

Tugasan yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:


(a) Muka hadapan tugasan(Gunakan format seperti di LAMPIRAN 1)
(b) Isi kandungan dan halaman bagi tugasan 1 (Rujuk format dalam
LAMPIRAN 2)
(c) Tugasan 1
(d) Rujukan
(e) Lampiran (jika ada)
(f) Isi kandungan dan halaman bagi tugasan 2 (Rujuk format dalam
LAMPIRAN 2)
(g) Tugasan 2
(h) Rujukan
(i) Lampiran (jika ada)

2.

Setiap pelajar MESTI memuat naik tugasan masing-masing menerusi tapak


penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing dalam laman MyGuru3.
Lawati laman Assingment dan muat naik tugasan mengikut tapak tugasan yang
disediakan dalam kumpulan masing-masing.

3.

Tarikh akhir penerimaan tugasan secara atas talian adalah pada minggu ke-10).
Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan dengan merujuk ruangan
pengumuman dari semasa ke semasa. Bagi mengelakkan sebarang masalah, anda
digalakkan menghantar tugasan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Penghantaran
yang lewat tidak akan dilayan.

4.

Sebarang masalah yang timbul sila berhubung dengan Tutor E-learning kumpulan
anda.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


Markah

(20-18)

TUGASAN INDIVIDU
Menepati format penulisan tugsan ilmiah IAITU pengenalan yang
menarik,membincangkan dengan jelas,isi kandungan dibincangkan dengan
mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik
dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan
kemas, ada maklumat sokongan dan kesimpulan dibuat dengan baik. Tiada

kesalahan format penulisan & bahasa.

(17-15)

(14-12)

(11-9)

Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh
yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada
kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.
Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.
Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3
kesalahan).

(7-8)

Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada
tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

(5-6)

Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan
format minima (tidak melebihi 3 perkara) & kesalahan bahasa minima (tidak
lebih dari 5 perkataan).

(3-4)

(1-2)

Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan
ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa
tidak melebihi 7 perkara.
Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan.
Tiada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format &
bahasa melebihi 8 perkara.
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

(0)

LAMPIRAN

1
2
3

PEMARKAHAN
TUGASAN 1
TUGASAN 2
E FORUM
JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMUS

KBS3093

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KELAS


PEMULIHAN KHAS
TAJUK TUGASAN

KUMPULAN
_________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________


TARIKH SERAH: ________________

LAMPIRAN 2

ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0

Pendahuluan

2.0

Topik
2.1

Subtopik

2.2

Subtopik

3.0

Topik

4.0

Topik

5.0

Penutup

RUJUKAN
LAMPIRAN

CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN


Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan
http://chujuaik.blogspot.com/2012/12/cara-mengesan-murid-murid-yang.html
Pendidikan pemulihan dijalankan untuk menampung keperluan-keperluan murid di dalam
kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau
terencat akal :
1) Masalah pembelajaran akibat :
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b) sering tidak hadir ke sekolah
c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
a) masalah peribadi
b) masalah psikologi
c) kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir, bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan
lemah pengamatan.
Cara Mengesan
A

Pemerhatian

Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing.
Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih,
takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang
bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat

pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang
berlaku.
B

Penafsiran rekod prestasi

Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid,
khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat
pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk
membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian muridmurid dalam kelas.
C

Rekod profil

Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam
semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan
menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap
penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir
tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif
pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah
bentuk senarai kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya.
Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat
dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian
kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
D

Ujian kertas dan pensel

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji
penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian
subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca,
meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
E

Temu bual dengan guru darjah

Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang
hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaranm kita
boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa,
pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan
individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan
hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.
F

Temu bual dengan ibu bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah
pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa,
guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek
kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah,
Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran

murid dan dpat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid
bermasalah.
Bagaimana pentingnya penilaian diagnostik Matematik dapat membantu pembelajaran muridmurid sekolah rendah?
Bagaimana pentingnya penilaian diagnostik Matematik dapat membantu pembelajaran
murid-murid sekolah rendah?
Disediakan oleh Siti Farah Idayu binti Madi
Pendahuluan
Penilaian dignostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas
mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang
murid (Mohd Shukri Saad, 2008). Kajian Halim, Subahan Meerah & Lilia Halim (2009)
menjelaskan penilaian diagnostik bertujuan untuk mendignosis salah konsep murid dan
menggunakan hasil ujian untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran. Stiggins
(1994) menyatakan bahawa penilaian diagnostik adalah salah satu cara untuk meningkatkan
kualiti pencapaian murid. Kesimpulannya, penilaian dignostik adalah satu alat pengukuran
yang membolehkan guru mengenalpasti punca kesilapan murid dengan terperinci untuk
meningkatkan pencapaian murid melalui penambahbaikkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Justeru dalam pembelajaran Matematik, penilaian dignostik adalah penting
untuk mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid dalam pembelajaran,
membantu murid menjalani program pemulihan dengan berkesan dan sebagai motivasi
intrinsik kepada murid untuk meneruskan pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2011).
Mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid
Kepentingan utama penilaian diagnostik adalah membantu pembelajaran murid melalui
kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid. Ini
kerana, menurut Ronis (1999) penilaian melalui pemerhatian dan bertulis mampu membantu
guru mengenalpasti tahap pencapaian murid. Berdasarkan pengalaman lalu, saya telah
melaksanakan ujian diagnostik yang merangkumi beberapa topik dalam Matematik tahun 4
bagi mengenalpasti salah anggapan, kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan punca murid
lemah Matematik.
Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati murid saya mengalami masalah dalam
melakukan pendaraban dengan betul. Walaupun sebelum ini saya beranggapan murid gagal
dalam Matematik disebabkan oleh kurang faham tajuk tertentu namun, punca utama masalah
ini berlaku disebabkan oleh murid tidak menguasai kemahiran asas dalam Matematik. Ini
jelas membuktikan kajian Seah (2004) yang menyatakan ramai murid bermasalah dalam
Matematik disebabkan oleh mereka mempunyai kefahaman yang terhad dalam konsep asas.
Selain itu, keputusan ujian diagnostik membantu mengenalpasti kelemahan murid
dalam menyelesaikan soalan Matematik. Saya bersetuju dengan Cockburn (1999), yang
menyatakan kadang kala ramai murid mendapat markah rendah dalam ujian Matematik
disebabkan oleh kecuaian semasa menjawab. Pengalaman selepas melaksanakan ujian
saringan, saya dapati hampir separuh murid mendapat markah rendah. Namun begitu, setelah
disemak dengan teliti saya mendapati ia berpunca daripada kecuaian semasa menjawab.
Setelah melakukan analisis ujian diagnostik, saya mendapati hanya segelintir murid gagal

menjawab dengan betul disebabkan oleh keliru dalam memahami soalan, salah anggap
tentang nilai tempat, gagal memilih algoritma sesuai, lemah dalam memahami soalan bentuk
berayat dan kecuaian semasa menulis jawapan.
Walaupun penilaian dignostik membantu mengenalpasti kelemahan, halangan dan
punca kesalahan murid, namun ia tidak membantu sekiranya guru gagal menentukan objektif
ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak menguji individu atau kumpulan dan
kumpulan sasaran (Mohd Shukri Saad, 2008). Pengalaman semasa awal praktikum, saya telah
cuba melaksanakan ujian dignostik untuk murid tahun 4 kelas sederhana namun tidak
berjaya. Ini berpunca daripada kelemahan saya dalam menyediakan soalan ujian yang sesuai
dengan objektif, tahap perkembangan kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekitaran
murid. Kesan ujian tersebut menunjukkan saya gagal mengenalpasti murid yang lemah
kerana prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi. Hasil daripada itu,
saya menguji soalan tersebut dengan mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi,
ternyata soalan tersebut adalah buruk, tidak diterima dan perlu dibuang.
Kesimpulannya, ujian dignostik dapat membantu pembelajaran murid melalui
kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid. Namun
begitu, guru harus bijak dalam menentukan objektif ujian dan mahir menyediakan soalan
yang sesuai dengan murid. Justeru, setiap guru haruslah merancang dengan teliti kerana
mengenalpasti kelemahan murid memerlukan guru bertindak lebih banyak daripada bercakap.
(Peterson, 2011).
Membantu murid menjalani program pemulihan berkesan
Penilaian diagnostik penting untuk membantu murid menjalani program pemulihan berkesan.
Melalui ujian tersebut, guru akan memilih murid yang berjaya pada akhir pembelajaran dan
membantu melaksanakan program pemulihan untuk murid yang lemah (Motkhtar Ismail,
2009). Hasil penilaian diagnostik membantu memulihkan murid melalui penggunaan model
hubungkait sebagai rujukan sebelum membuat rancangan mengajar, memilih algoritma yang
sesuai dengan murid dan menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif.
Menurut Tighe (1997), sekiranya guru ingin meningkatkan pencapaian murid, guru
haruslah bijak merancang pengajaran menerusi penggunaan model hubungkait seperti dalam
rajah 1. Penggunaan model ini membantu guru membuat hubungkait dengan jelas akan
keperluan murid, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid. Hubungkait yang tepat dapat
menghasilkan program pemulihan yang berkesan untuk murid. Berdasarkan pengalaman
semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya telah merancang pengajaran dengan
menggunakan model tersebut. Hasilnya, saya dapat perhatikan murid dapat memahami
konsep darab dengan lebih jelas menggunakan bahan konkrit yang ada di persekitarannya.

Selain itu, hasil penilaian diagnostik membantu mengenalpasti teknik penyelesaian yang
digunakan oleh murid. Umumnya, hampir kesemua murid menggunakan penyelesaian
standard untuk masalah darab. Saya membuat penelitian dengan memilih teknik penyelesaian
lain untuk masalah darab seperti dalam Rajah 2. Ini kerana, merujuk Gardner (1983) untuk
mengatasi masalah pembelajaran, guru haruslah memilih teknik yang sesuai dengan murid di
samping peka dengan kecerdasan pelbagai yang mereka miliki.

Tambahan lagi, hasil penilaian diagnostik membantu membantu murid yang lemah melalui
penggunaan alat bantu mengajar yang efektif (Meor Ibrahim Kamaruddin & Afidah Ngadalan
2010). Merujuk kepada pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya
menggunakan bahan konkrit untuk memberi penerangan yang lebih jelas tentang asas
pendaraban. Menggunakan sarang telur dan beberapa biji guli, saya menerangkan konsep
penambahan berulang yang menjadi asas kepada pendaraban dan makna ganda. Kesannya,
murid tersebut diperhatikan dapat memahami konsep asas pendaraban dan makna ganda
dengan lebih mudah dan cepat. Morris (2009) menyatakan bahawa murid akan belajar dengan
mudah dan cepat melalui aktiviti yang membolehkan mereka menggunakan sendiri bahan
tersebut.
Walaupun penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program pemulihan
yang berkesan namun begitu, masalah akan timbul sekiranya guru gagal mengenalpasti
potensi murid semasa membuat perancangan. Berdasarkan Bloom (1956), proses pengajaran
tidak akan berkesan sekiranya guru gagal mengetahui tahap perkembangan minda murid. Ini
pernah saya alami semasa praktikum di mana murid darjah 2 sukar memahami cara
melakukan pembahagian menggunakan algoritma standard. Saya sedar bahawa saya
seharusnya menggunakan bahan konkrit terlebih dahulu sebelum menggunakan algoritma
standard.
Kesimpulannya, penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program
pemulihan berkesan. Akan tetapi, guru harus bijak membuat perancangan di samping peka
dengan perkembangan murid. Untuk memantapkan aktiviti pemulihan, guru harus sentiasa
peka dengan keperluan murid (Noriati A. Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,
2009).
Merangsang motivasi intrinsik murid
Penilaian diagnostik dapat membantu merangsang motivasi intrinsik murid melalui aktiviti
pemulihan yang menggalakkan penglibatan aktif seperti pernyataan masalah, penggunaan
strategi bermain sambil belajar dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
murid. Motivasi intrinsik juga dapat dibina melalui pengalaman yang diperoleh semasa
belajar (Caine & Caine, 1994).
Berdasarkan pengalaman semasa praktikum, hasil penilaian diagnostik membantu
saya merangsang motivasi murid untuk belajar melalui pelaksanaan aktiviti pemulihan.
Ternyata murid pemulihan melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti menggunakan bahan
konkrit yang berkait rapat dengan persekitaran mereka. Tambahan lagi, murid dapat
menjawab dengan tepat apabila ditanya. Merujuk kepada Silberman (1996), strategi
pernyataan masalah dan menggunakan bahan konkrit adalah antara aktiviti yang sesuai untuk
menggalakkan pembelajaran aktif di samping merangsang motivasi intrinsik murid untuk
belajar.
Saya bersetuju dengan Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan, and Teh (2005)
bahawa strategi pernyataan masalah dengan teknik yang betul membantu guru mengenalpasti
punca kesalahan murid. Imbas kembali pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan,
saya mengajukan murid beberapa soalan sebelum memberi mereka bahan konkrit untuk
membantu meningkatkan pemahaman mereka. Amat mengejutkan saya apabila murid
tersebut ternyata keliru dengan operasi sebenar yang perlu dilakukan. Murid tersebut keliru
mengenai perkataan kali dan darab. Baginya, kali bermaksud darab manakala darab
bermaksud bahagi sedangkan kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Setelah

membuat penelitian, saya mengenalpasti salah satu punca murid tersebut lemah matematik
disebabkan oleh tidak faham kehendak soalan. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya
menerangkan semula makna perkataan tersebut dan mengulangnya beberapa kali sehingga
murid tersebut benar-benar faham maknanya. Ternyata, setelah faham maknanya, murid
tersebut berasa seronok untuk belajar pendaraban.
Selain itu, menurut Noriati A. Rashid et al., (2009) penilaian dignostik membantu guru
memahami keperluan murid dengan lebih mendalam untuk membolehkan guru memberi
rangsangan motivasi kepadanya. Berdasarkan pengalaman saya semasa praktikum, seorang
murid saya kelihatan tidak bersemangat untuk belajar. Selepas melaksanakan ujian
diagnostik, saya mendapati dia lemah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi
asas terutamanya pendaraban. Dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran, dia adalah individu yang pendiam dan sukar memberi respon apabila ditanya
berbanding kawan-kawannya yang lain. Jadi saya mendekatinya secara tidak langsung
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, dan menggalakkannya bertanya jika dia mahu
berjaya. Hasilnya, dia sering mengangkat tangan untuk bertanya apa sahaja persoalan yang
muncul di fikirannya. Sekarang saya lihat dia semakin berminat untuk belajar.
Daripada sudut pandangan negatif, motivasi intrinsik tidak dapat dibina sekiranya pengajaran
guru tidak berkualiti kerana tiada unsur-unsur kemanusiaan (Noran Fauziah Yaakob &
Ahmad Mahzan Ayob, 1990). Ini saya alami sewaktu sekolah rendah, ketika itu, saya
langsung tidak meminati Matematik kerana guru Matematik saya terlalu serius semasa
mengajar di samping tiada hubungan mesra dengan murid.
Hakikatnya penilaian dignostik mampu merangsang motivasi intrinsik murid melalui aktiviti
pemulihan yang berkesan. Namun begitu, masalah akan timbul sekiranya pengajaran guru
tidak berkualiti dengan tiada unsur-unsur kemanusiaan. Oleh itu, untuk memastikan penilaian
diagnostik mampu merangsang motivasi intrinsik murid guru harus meningkatkan kualiti
pengajaran di samping bijak dalam melaksanakan aktiviti pemulihan kerana sekiranya guru
gagal melaksana, murid juga akan gagal dalam pembelajarannya (Slavin, 1981).
Kesimpulan
Keseluruhannya, penilaian dignostik mampu membantu pembelajaran murid melalui
kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kelemahan murid dalam
Matematik di samping membantu murid menjalani program pemulihan berkesan dan
merangsang motivasi intrinsik murid. Akan tetapi, guru haruslah bijak mengatasi segala
halangan yang ada dengan meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memilih strategi dan
teknik pengajaran sesuai serta sentiasa peka dengan keperluan, pengetahuan sedia ada dan
persekitaran murid (Johnson, Johnson & Holubec 1988). Sebagai bakal guru, saya sedar
bahawa penilaian diagnostik penting untuk membantu murid lemah menguasai Matematik.
Oleh itu, saya harus berusaha untuk memantapkan ilmu yang ada dan cakna mengenai murid
supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.
(1 599 Patah Perkataan)

Rujukan
Bloom, B. (1956). Taxonomy of educational objectives. New York: David McKay.

Caine, R.N. & Caine, G. (1994). Making connections: teaching the human brain. Don Mills,
ON: Addison.
Cockburn, A. D. (1999). Teaching mathematics with insight: the identification, diagnosis dan
demediation of young childrens mathematical errors. London: Falmer Press.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: the theory of multiple intelligences. New York: Basic
Books
Halim, A., Subahan Meerah & Lilia Halim. (2009). Pembinaan dan penggunaan ujian
dignostik ke arah mengenal pasti salah konsep pelajar dalam kursus fizik kuantum. Diakses
pada Ogos 8, 2011, daripadahttp://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-38-42009/15%20Abdul%20Halim.pdf
Johnson, D.W., Johnson, R.T. & Holubec, E. (1988). Cooperative in classroom. Edina, MN:
Interaction.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Linus: diagnostik numerasi. Diakses pada Ogos 20,
2011, daripadahttp://www.google.com.my/url?
sa=t&source=web&cd=2&sqi=2&ved=0CDEQFjAB&url=http%3A%2F
%2Fpemulihankhas.blogspot.com%2F2008%2F01%2Fujiandiagnostik.html&ei=Z551TtiUCMyJrAeWwfi_Aw&usg=AFQjCNFWW45ljNoZA4ubUcRw
Sy54yR5-2g
Meor Ibrahim Kamaruddin & Afidah Ngadalan. (2010). Diagnosis kesalahan lazim dalam
tajuk bentuk piawai di kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah johor bharu.
Diakses pada Ogos 18, 2011,
daripadahttp://eprints.utm.my/11644/1/Diagnosis_Kesalahan_Lazim_Dalam_Tajuk_Bentuk_
Piawai_Di_Kalangan_Pelajar_Tingkatan_Empat_Sekolah_Menengah_Johor_Bahru.pdf
Mohd Shukri Saad. (2008). Program pemulihan khas: ujian diagnostik. Diakses pada
September 3, 2011, daripadahttp://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/ujiandiagnostik.html
Mokhtar Ismail. (2009). 2nd edition. Pentaksiran pendidikan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd..
Morris, D. (2009, June 3). Dreambox Learning. Retrived
from http://www.dreambox.com/blog/learning-math-through-play-from-guest-blogger-dawnmorris
Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan & Teh, Soo Choon. (2005). ELT Methodology
principles and practise. (2nd ed.). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..
Noran Fauziah Yaakob & Ahmad Mahzan Ayob. (1990). Guru dan perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A.Rashid, Boon, Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Selangor, Malaysia: Laser Press Sdn. Bhd.
Peterson, S. (2011). Effective communication tips for the classroom. Diakses pada Mac 14
daripadahttp://www.ehow.com/way_5171235_effective-communication-tips-classroom.html

Ronis, D. (1999). Brain compatible mathematics. United States of America: Skylight


Training and Publishing Inc.
Seah, T. K. R. (2004). An investigation of the depth and breadth of students' knowledge of
multiplication as a basis for the development of multiplicative thinking. Unpublished M Ed.
thesis, Griffith niversity.
Silberman, M. (1996). Active learning: 101 strategies to teach any subject. United State:
Allyn & Bacon.
Slavin, R. (1981). Synthesis of research on cooperative learning. Diakses pada September,
14 daripadahttp://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_199102_slavin.pdf
Stiggins, R.J. (1994). Student-centered classroom assessment. New York: Macmillan.
Tighe, M.J. (1997). Performance-based instruction: teaching and assessing for
understanding. Orlando: Association for supervision and curriculum development.

KANDUNGANKANDUNGAN
http://www.scribd.com/doc/29311765/Ujian-Diagnostik-Dalam-PendidikanPemulihan#scribd
Mengenali ujian diagnostik.Mengenali ujian diagnostik.
i.i.
Objektif Objektif
ii.ii.
CiriCiri--ciri Utamaciri Utama

PerkaraPerkara--perkara yang patut diingati semasaperkara yang patut diingati


semasamembina ujian diagnostik.membina ujian diagnostik.

PrinsipPrinsip--prinsip/ciriprinsip/ciri--ciri sesuatu ujianciri sesuatu


ujiandiagnostik.diagnostik.

Pembinaan satu ujian diagnostik.Pembinaan satu ujian diagnostik.

Mentadbirkan satu ujian diagnostik.Mentadbirkan satu ujian diagnostik.

Penilaian dalam ujian diagnostik.Penilaian dalam ujian diagnostik.


Mengenali Ujian DiagnostikMengenali Ujian Diagnostik

CiriCiri--ciri utamaciri utama


1.1.

Ujian diagnostik membantu guru pemulihanUjian diagnostik membantu guru


pemulihanmengetahui masalahmengetahui masalah--masalah tertentu pembelajaranmasalah
tertentu pembelajarankanakkanak--kanak dalam pelajaran yang diuji.kanak dalam pelajaran
yang diuji.
2.2.
Ujian diagnostik juga menunjukkan yang pembelajaranUjian diagnostik juga menunjukkan
yang pembelajaranakan terganggu jika terdapat kesulitanakan terganggu jika terdapat
kesulitan--kesulitan,kesulitan,
3.3.
Kemajuan kendiri (self Kemajuan kendiri (self--development) adalah aspekdevelopment)
adalah aspekyang khusus dalam kelemahanyang khusus dalam kelemahan--kelemahan
(jugakelemahan (jugakekuatankekuatan--kekuatan dalam sesuatu pelajaran asas).kekuatan
dalam sesuatu pelajaran asas).
4.4.
Sesuatu ujian diagnostik boleh juga dijadikan satuSesuatu ujian diagnostik boleh juga
dijadikan satuujian pos. Jika ini berlaku, seseorang itu dapat melihat ujian pos. Jika
ini berlaku, seseorang itu dapat melihat kemajuan dicapai setelah arahan dan
keputusankemajuan dicapai setelah arahan dan keputusandibuat sama ada hendak menghantar
balik kanakdibuat sama ada hendak menghantar balik kanak--kanak itu ke kelas biasa atau
mengekalkannya terus dikanak itu ke kelas biasa atau mengekalkannya terus dibilik
pemulihan.bilik pemulihan.
PerkaraPerkara--perkara Yang Perlu Diingatiperkara Yang Perlu DiingatiSemasa Membina
Ujian DiagnostikSemasa Membina Ujian Diagnostik

CiriCiri--ciri Utamaciri Utama


1.1.
Ujian diagnostik dalam satu rancangan pemulihan adaUjian diagnostik dalam satu rancangan
pemulihan adakenakena--mengena dengan mata pelajaran asas.mengena dengan mata
pelajaran asas.
2.2.
Seseorang guru pemulihan patut memberikan berbagaiSeseorang guru pemulihan patut
memberikan berbagailatihan dalam sesuatu kemahiran ataupun kemahiranlatihan dalam
sesuatu kemahiran ataupun kemahiran--kemahiran supaya kesalahankemahiran supaya
kesalahan--kesalahan yang mungkinkesalahan yang mungkinberlaku dapat dikesan.berlaku
dapat dikesan.
3.3.
Dalam satu Ujian Bahasa (Bacaan), guru bolehDalam satu Ujian Bahasa (Bacaan), guru
bolehmenguji secara lisan atau bertulis.menguji secara lisan atau bertulis.
4.4.
TandaTanda--tanda kegugupan atau kurang koordinasi yangtanda kegugupan atau kurang
koordinasi yangbaik dapat diperhatikan semasa kanakbaik dapat diperhatikan semasa kanak-kanak itukanak itumembuat ujian.membuat ujian.
5.5.
KeputusanKeputusan--keputusan Ujian Diagnostik menunjukkankeputusan Ujian Diagnostik
menunjukkandengan tepat kawasandengan tepat kawasan--kawasan kelemahan
dalamkawasan kelemahan dalam
PrinsipPrinsip--prinsip/Ciriprinsip/Ciri--ciri Sesuatu Ujianciri Sesuatu
UjianDiagnostikDiagnostik


CiriCiri--ciri Utamaciri Utama
1.1.
Pada umumnya pelajaranPada umumnya pelajaran--pelajaran asas adalahpelajaran asas
adalahkawasankawasan--kawasan asas yang diuji untuk tujuankawasan asas yang diuji untuk
tujuandiagnostik.diagnostik.
2.2.
UjianUjian--ujian Diagnostik menguji hanya satu kandunganujian Diagnostik menguji
hanya satu kandungankawasan sahaja seperti bacaan, kirakawasan sahaja seperti
bacaan, kira--kira atau ejaan.kira atau ejaan.
3.3.
Pada mulanya, UjianPada mulanya, Ujian--ujian Diagnostik bolehujian Diagnostik
bolehditumpukan ke kawasan akademik. Untuk pengesahanditumpukan ke kawasan akademi
k. Untuk pengesahanatau penolakan rumusan pendapat, lainatau penolakan rumusan
pendapat, lain--lain ujianlain ujian(contohnya, pengamatan boleh diberikan.(contohnya,
pengamatan boleh diberikan.
4.4.
Kebanyakan Ujian Diagnostik adalah rujukan normaKebanyakan Ujian Diagnostik adalah
rujukan normayang membandingkan keputusan dengan normayang membandingkan
keputusan dengan norma--norma yang diberikan.norma yang diberikan.
5.5.
Untuk tujuanUntuk tujuan--tujuan pemulihan ujian rujukan kriteriatujuan pemulihan ujian
rujukan kriteriaciptaan guru sendiri adalah lebih sesuai.ciptaan guru sendiri adalah lebih
sesuai.

TAJUK KAJIAN
KAEDAH LBTB MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS
PERKATAAN KVKV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

NAMA PENGKAJI

NAMA INSTITUSI
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
KUALA LUMPUR

Isi Kandungan
1.0
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
2.0
KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
2.1 Pengenalan
2.2 Fokus Kajian
2.3 Tinjauan Masalah
2.3.1 Ujian Diagnostik
2.3.2 Ujian Awal
2.3.3 Pemerhatian
2.2.4 Temu bual
2.2.5 Penelitian dokumen
2.4 Analisis Masalah
2.4.1 Ujian Diagnostik
2.4.2 Ujian Awal
2.4.3 Pemerhatian
2.4.4 Temu bual
2.4.5 Penelitian dokumen
3.0 Literatur Kajian
4.0
4.1 Pengenalan
4.2
4.3
4.4
Kajian
5.0
Sasaran
6.0
Kajian
6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan
6.1.2 Merancang
6.1.3 Tindakan/ Implementasi
6.1.4 Melihat Kesan Tindakan
6.2 Tindakan yang Dirancang
6.2 Perancangan dan Cara Mengumpul Data
6.2.1 Ujian diagnostik
6.2.2 Ujian awal
6.3.2 Pemerhatian
6.3.4 Temu bual
6.3.5 Penelitian dokumen
6.4 Perancangan Cara Menganalisis Data

5
5
6
7
FOKUS
8
8
8
9
10
10
10
10
10
10
11
11
12
12
13
14
Objektif Kajian
17
17
Objektif Umum
18
Objektif Khusus
18
Persoalan
18
Kumpulan
18
Pelaksanaan
19
19
21
21
21
22
22
24
24
24
24
25
25
25

6.4.1 Ujian Diagnostik


6.4.2 Ujian Awal
6.4.3 Pemerhatian
6.4.4 Temu bual
6.4.5 Penelitian dokumen
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
7.2 Rancangan Tindakan
8.0 Kos Kajian
9.0 Senarai rujukan

26
26
27
27
28
29
29
30
31
31

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda
besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik
huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila
pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap
berkenaan belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang
belum menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada
salah satu punca keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat
persekolahan (Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita
berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan.
Frank Smith (1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai satu
langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembanganperkembangan yang diterima. Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap
individu perlu menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan
seterusnya akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia
tidak akan dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan
kepadanya.
Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua murid
sama ada seseorang yang normal atau istimewa. Hanya dengan adanya asas yang kukuh,
seseorang itu dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memuaskan. Di
Malaysia, Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan
kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula
kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh
tulisan itu.
Manakala menulis pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan sebagai proses
penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan yang
seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna (Khairuddin Mohamad, 2011). Menulis juga
merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan
untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca
(Tuan Jah Tuan Yusof, 2011).
Kesimpulannya, kemahiran membaca dan menulis perlu dikuasai oleh setiap individu.
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga mampu
memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu
dalam pelbagai bidang. Manakala kemahiran menulis pula penting untuk dikuasai supaya
individu itu dapat menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan
kepada orang lain atau pembaca.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)
Saya menjalankan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur
bermula pada 27 Januari 2014. Saya merupakan seorang guru pelatih yang mengambil
opsyen Pendidikan Pemulihan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pada
minggu pertama praktikum, saya membuat perancangan awal dalam mengenal pasti masalah
kajian saya. Perancangan dalam proses mengenal pasti masalah dirancang supaya tidak
berlaku sebarang masalah semasa mengenal pasti masalah murid.
Sebelum mengesan masalah murid, saya telah menjalankan ujian diagnostik dalam mengenal
pasti daerah-daerah kelemahan murid. Ujian diagnostik tersebut dapat membantu saya untuk
merancang dan mengetahui masalah murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang beberapa minggu mengajar, saya telah dapat
mengenal pasti beberapa masalah yang timbul. Antaranya ialah murid-murid pemulihan
masih belum dapat membaca dan menulis perkataan dengan betul dan kemas. Sebagai
contoh, mereka tidak dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar. Mereka
perlu mengeja suku kata tersebut terlebih dahulu sebelum dapat membaca perkataan tersebut.
Keadaan ini seterusnya mengakibatkan mereka tidak dapat menulis perkataan dua suku kata
KVKV tersebut dengan betul.
Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati bahawa murid-murid ini kurang
memberikan perhatian terhadap pelajaran yang sedang disampaikan kepada mereka. Saya
sentiasa perlu menegur mereka supaya memberikan perhatian terhadap apa yang sedang
diajar oleh saya. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca perkataan yang diajar
kepada mereka dengan lancar dan betul. Pada pendapat saya, masalah ini timbul kerana
murid merasa bosan dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Oleh hal yang
demikian, saya akan menjalankan satu kajian untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran saya, di samping membantu murid-murid ini untuk membaca perkataan dua
suku kata KVKV dengan lancar serta dapat menulis perkataan tersebut dengan betul.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Murid-murid dalam pendidikan pemulihan dapat dipulihkan kecuali mereka mempunyai
masalah kecacatan. Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk
kanak-kanak yang tidak kelihatan cacat pada luarannya tetapi mengalami masalah
pembelajaran dan lebih tepat lagi tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Kebanyakan murid-murid ini jauh ketinggalan dari segi akademik disebabkan oleh
kegagalan mereka untuk mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas harian biasa.
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran. Dalam kajian ini, kaedah untuk mendapatkan maklumat awal tentang
subjek kajian adalah melalui pemerhatian penuh. Melalui proses pemerhatian yang dijalankan
dalam aspek yang perlu dikaji, kemahiran membaca dan menulis merupakan aspek yang
dipilih. Sepanjang pemerhatian pengkaji, murid-murid pemulihan masih belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV.
Perkara utama untuk menangani masalah ini ialah kaedah pengajaran yang hendak digunakan
oleh guru. Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang
berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Sehubungan dengan
itu, pengajaran meliputi perkara-perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
kepada murid-murid dengan cara yang efektif. Proses ini jelas sekali menggambarkan bahawa
untuk melaksanakan satu sesi pengajaran adalah perlu melalui satu proses yang kompleks dan
perkara ini sering diambil mudah oleh sesetengah pelajar. Secara tidak langsung, kesan
daripada perkara ini boleh menjejaskan pencapaian murid dalam pembelajaran mereka.
Membaca merupakan satu proses pengamatan kerana boleh menimbulkan makna kepada
tugas-tugas pancaindera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat
dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal lambanglambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan
adalah seperti mendriskiminasi atau mengecam dan juga membezakan, figure ground iaitu
mengenal objek-objek, bentuk atau corak-corak, ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang
dilihat atau didengar dan turutan (Fatah Hassan, 2006).
Guru pemulihan perlu mengetahui pelbagai teknik, strategi dan kaedah yang bersesuaian
dengan tahap dan kemahiran murid-murid pemulihan. Hal ini bertujuan untuk membantu
murid pemulihan menguasai sesuatu kemahiran yang diajar dengan lebih mudah. Oleh itu,
dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil
Berwarna (LBTB) untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis perkataan dua
suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN


2.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan tentang fokus kajian tindakan yang dilaksanakan iaitu isu dan
masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran serta tinjauan
masalah melalui alat-alat kajian yang terdiri daripada ujian, temu bual dan pemerhatian.
2.2 Fokus Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis
perkataan dua suku kata KVKV. Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) digunakan
untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan KVKV. Setelah mengenal
pasti tahap penguasaan bagi setiap kemahiran, tindakan diambil untuk meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid
pemulihan.
Kajian ini sangat penting untuk dijalankan bagi mengelakkan murid-murid daripada
menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat membantu
murid-murid untuk membaca dengan lancar dan menulis dengan kemas.
Antara kelemahan yang dihadapi oleh murid ialah:
(i)
Tidak dapat membezakan antara suku kata yang pertama dengan suku kata yang
kedua dalam perkataan KVKV
(ii)
Tidak dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar
(iii)
Tidak dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV dengan betul dan kemas
Kamarudin Hj. Hussin (1988) menyatakan bahawa pengendalian sesuatu organisasi yang
benar-benar berlaku adalah apabila berada dalam satu bilik darjah yang mana ia digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif. Oleh hal yang demikian, guru perlu memainkan peranan
yang penting dalam mencari intervensi dan kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran membaca. Menurut Ee Ah Meng (2005) dalam buku beliau
menyatakan bahawa gaya pembelajaran amat abstrak dan berbeza antara setiap individu. Hal
ini bermaksud setiap individu itu termasuklah guru mempunyai cara yang tersendiri semasa
menyampaikan pelajaran kepada muird-muridnya.
Guru biasanya akan menggunakan kaedah, strategi dan teknik yang sedia ada ataupun
mencipta satu kaedah yang lain untuk membantu mengatasi masalah membaca yang dihadapi
oleh murid. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna
(LBTB) untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca perkataan dua suku kata
KVKV. Pengkaji berharap agar kaedah LBTB ini akan dapat meningkatkan kemahiran
membaca perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.
2.3 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah adalah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid. Dalam menjalankan tinjauan masalah ini, pengkaji
menggunakan beberapa kaedah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
murid pemulihan terutamanya dalam aspek bacaan dan tulisan. Pengkaji telah memilih
beberapa kaedah pengumpulan data seperti ujian diagnostik, ujian awal, pemerhatian, temu
bual dan penelitian dokumen.
2.3.1 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini
digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan
kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu
guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau
kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.
2.3.2 Ujian Awal
Ujian awal juga merupakan alat kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan
ini. Ujian ini akan dijalankan kepada responden untuk mengenal pasti sama ada responden
memang mempunyai masalah untuk membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV
ataupun tidak.

2.3.3 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas pemulihan, pengkaji mendapati
kebanyakan murid pemulihan mempunyai masalah dalam bacaan dan tulisan. Kebanyakan
antara mereka tidak dapat membaca dengan lancar dan mempunyai tulisan yang tidak kemas
dan tidak teratur. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami perkara yang telah
ditulis sendiri oleh mereka.
2.2.4 Temu bual
Alat kajian lain yang akan digunakan dalam tinjauan masalah ialah temu bual dengan guru
pemulihan. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada wujud atau
tidak masalah yang dikaji terhadap responden yang dikenal pasti dan menjadi sokongan
kepada data yang sedia ada (Dr. Rosinah, 2012).
2.2.5 Penelitian dokumen
Pengkaji akan menggunakan alat kajian seperti penelitian dokumen yang mana pengkaji akan
melihat hasil kerja murid dan ujian diagnostik yang telah dijalankan.
2.4 Analisis Masalah
Bahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang digunakan
bagi mendapatkan data.
2.4.1 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik
telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan murid pemulihan
Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:
Jadual 2: Analisis Ujian Diagnostik
Konstruk
Markah Responden
Tahap Pencapaian
A

Menguasai

Tidak
Menguasai

Kemahiran 1
(huruf kecil)
Kemhiran 2
(huruf besar)
Kemahiran 3
(huruf vokal)
Kemahiran 4
(suku kata KV)
Kemahiran 5
(perkataan KV+KV)
Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian
diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.
2.4.2 Ujian Awal
Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden
dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.
Jadual 3: Analisis Ujian Awal
Responden
Ujian awal
Tahap
penguasaan
Set 1
Set 2
Set 3
A
B
Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira
peratus pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.

Peratus =
diperoleh daripada item soalan yang diuji

Markah yang
X 100

Bilangan
keseluruhan item yang diuji
2.4.3 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru
semasa proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid
diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan
dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada
pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
Bil Item
Ya
Tidak
1

Adakah murid dapat membaca


perkataan dua suku kata KVKV dengan
lancar?
2
Adakah murid dapat menulis perkataan
dua suku kata KVKV dengan betul dan
kemas?
2.4.4 Temu bual
Pengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan
maklumat mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru
pemulihan cara penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan
menulis murid ini. Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan
soalan yang dirancang untuk temu bual ini.
Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:
Peserta
Temu bual
Refleksi pengkaji
Guru Pemulihan
Apakah masalah yang dihadapi
oleh murid pemulihan bagi subjek
bahasa Melayu?

Apakah tahap penguasaan


kemahiran membaca murid-murid
pemulihan semasa mereka mulamula masuk ke dalam kelas
pemulihan?
Berapakah bilangan murid yang
tidak tahu membaca perkataan dua
suku kata KVKV pada awal tahun
ini?

Adakah murid mempunyai


kesukaran dalam menulis di dalam
kelas?
Adakah murid melakukan
kesalahan secara kerap dalam
menulis huruf dan perkataan?
Adakah tulisan murid senang
dibaca dan difahami oleh guru?

Apakah kaedah pengajaran yang


digunakan oleh cikgu?

2.4.5 Penelitian dokumen


Pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen.
Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam
kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil
kerja yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di
atas garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu,
pengkaji menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai
catatan hasil analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam
lembaran kerja.

Bil

Item
1.

Menulis perkataan dengan dengan betul

2.

Menulis bentuk huruf dengan tepat

3.

Tulisan boleh difahami dan dibaca

4.

Jarak antara huruf dengan huruf dalam


perkataan tidak terlalu rapat

Ya

Jadual 4
Tidak

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan
mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan Ya atau
Tidak. Kriteria yang diperlukan untuk mendapat Ya ialah responden tidak melakukan
kesalahan yang kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala
kriteria tidak pula ialah secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan
murid kerap melakukan kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca
dan difahami.
Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi markah
yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.
Peratus =
Markah yang
diperoleh daripada item soalan yang diuji
X 100
Bilangan
keseluruhan item yang diuji
3.0 Literatur Kajian
Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca, menyebabkan mereka tidak
mengusai kemahiran asas iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran
lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan-akan sama bentuknya,
membunyikan huruf tertentu dan keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama.
Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat dan intonasi
dengan gaya yang betul (Abdul Rasid Jamian, 2008).
Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa membaca membawa maksud memerhatikan
sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
Makna lain ialah mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan

sebagainya secara lisan dengan kuat, memahamkan makna sesuatu seperti tanda, huruf dan
sebagainya tidak dengan mata tetapi dengan jari yang dikenali sebagai braille.
Kemahiran membaca merupakan komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid
khususnya setelah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca amat
penting kerana tanpa kemahiran ini, murid-murid tidak akan dapat meneroka buku ilmiah
ataupun buku bacaan lain (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011). Dalam subjek bahasa Malaysia,
kebanyakan murid-murid pemulihan mempunyai masalah untuk mengenal, mengingat dan
menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan.
Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya
mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan
bahasa, gaya kognitif dan pengalaman membaca (Yahya, 2008). Marohaini Yusoff (1999),
mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan visual
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya. Hal ini menjelaskan bahawa
kemahiran membaca merupakan satu proses yang kompleks.
Kaedah abjad dilihat sangat sesuai dan berkesan dalam mengajar asas membaca kepada
kanak-kanak kerana kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf diberi penekanan
yang khusus. Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling awal digunakan
dalam tamadun manusia seperti pada zaman Greek dan Rom. Kemahiran membaca diajar
kepada anak-anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid
(1994) yang mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai
guru yang mengajar membaca pada peringkat awal. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan
dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf
tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan
bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan.
Menerusi kajian yang telah dijalankan, kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf
a,b,c...x,y,z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh
membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a,b,c...x,y,z sebelum
mereka boleh diajar kemahiran membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad
berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk
membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan
dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal
kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau
membunyikan cantuman huruf-huruf atau suku kata- suku kata. Setelah itu, murid-murid
didedahkan pula kepada peringkat membaca perkataan-perkataan yang mudah, sebagai titik
permulaan asas membaca.
Menurut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad berperinsip bahawa setiap perkataan terdiri
daripada beberapa huruf. Murid-murid perlu mahir dan kenal akan huruf-huruf tersebut yang
merupakan unsur-unsur perkataan bagi membolehkan murid-murid membaca perkataan yang
berkenaan. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal nama-nama kesemua huruf yang ada
sebelum meneruskan kepada peringkat membaca perkataan yang senang dahulu.
Kemahiran menulis pula ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Menurut
Don Bryne (1979) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2011), menulis ialah simbol-simbol grafik
yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambanglambang bunyi semasa bercakap. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai
disebabkan penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan
seharian.
Kemahiran menulis juga merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
secara berperingkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Murid-murid perlu bersedia
dari segi kemahiran motor halus iaitu mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari bebas

meneroka, jika diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperoleh kemahiran
manipulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk
melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain (Saharifah, Siti
Hazlifah 2012 dalam Chia Mei Yin et.al, 2013). Oleh itu, peringkat awal murid-murid perlu
ditekankan kemahiran pratulis dan awal tulisan.
Kemahiran menulis amat penting dalam kehidupan seharian. Hasnah dan Habibah (2010)
dalam Chia Mei Yin et.al (2013) menyatakan bahawa kemahiran menulis merupakan
keupayaan murid menulis perkataan, ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
tulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan
kemas.
Kajian berkaitan dengan penggunaan warna dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) juga telah dijalankan oleh Barry (1976) dalam Norma Haji Hassan (2004). Kajian
Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan
realistik. Dalam kajian tersebut, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang
kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati
warna memberi sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan
menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod
yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.
Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap
kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat
merangsangkan minta murid dan bermotivasi untuk belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah
digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna
dan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid. Menurut Muhammad Hasan (2000),
penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau
perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas.
4.0 Objektif Kajian
4.1 Pengenalan
Objektif kajian ialah sesuatu yang hendak dicapai melalui kajian yang dijalankan oleh
pengkaji dan haruslah menjawab persoalan kajian yang dibina. Bahagian ini akan
menerangkan objektif kajian yang terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.
Kemudian akan diikuti oleh persoalah kajian.
4.2 Objektif Umum
Meningkatkan kebolehan membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam
kalangan murid pemulihan dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna
(LBTB).
4.3 Objektif Khusus
(i)
Meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV
menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam kalangan murid
pemulihan.
(ii)
Meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV menggunakan
Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam kalangan murid pemulihan.
4.4 Persoalan Kajian
(i)
Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat
meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV dalam
kalangan murid-murid pemulihan?
(ii)
Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat
meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan
murid-murid pemulihan?
5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan murid pemulihan bahasa Melayu Tahun 2. Pengkaji lebih menekankan
subjek bahasa Melayu kerana pengkaji membuat kajian berkaitan dengan masalah membaca

dan menulis di dalam kelas pemulihan tersebut. Responden yang dipilih ialah sebanyak dua
orang iaitu terdiri daripada dua orang murid lelaki. Kedua-dua orang responden tersebut
berbangsa Melayu.
Menurut hasil perbincangan dengan guru pemulihan, kedua-dua orang responden ini
mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengikuti pelajaran di dalam kelas perdana. Sebagai contoh, mereka tidak dapat membaca
sesuatu perkataan dengan lancar. Mereka perlu mengeja sesuatu suku kata itu terlebih dahulu
sebelum boleh membaca perkataan. Di samping itu, mereka juga dilihat tidak dapat menulis
perkataan dengan betul dan kemas.
Jadual 1: Maklumat Responden A dan Responden B
Aspek
Jantina
Umur
Bangsa
Kecenderung
an
Masalah

Responden A
Lelaki
8 tahun
Melayu
Pendidikan jasmani

Responden B
Lelaki
8 tahun
Melayu
Pendidikan Jasmani

Tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran yang


disampaikan dalam jangka masa yang lama.
Tidak dapat menulis perkataan dengan kemas dan betul.

6.0 Pelaksanaan Kajian


6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
Pelaksanaan kajian ini adalah berasaskan Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang
melibatkan beberapa peringkat. Terdapat empat kitaran yang mewakili empat peringkat dalam
melaksanakan kajian. Kesemua peringkat ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh kajian.
Peringkat-peringkat dalam model ini merangkumi refleksi iaitu mengenal pasti aspek amalan
bagi penambahbaikan dan kemudian diikuti dengan merancang tindakan iaitu merancang
perkara-perkara yang perlu dibuat. Seterusnya yang ketiga ialah melaksanakan tindakan iaitu
membuat perancangan yang komprehensif supaya tindakan bertepatan dengan masalah yang
ingin diatasi. Kemudian yang keempat ialah menilai daripada hasil pelaksanaan kajian
sehingga masalah yang dihadapi selesai.

MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN


1. Merancang ujian diagnostik
2. Merancang ujian awal
Kitaran seterusnya

REFLEKSI
1. Melihat
kekuatan
dan
kelemahan Kaedah LBTB
2. Tindakan susulan jika perlu
MELIHAT KESAN TINDAKAN
1. Temubual
2. Ujian selepas intervensi
3. Soal selidik

MERANCANG
1. Mencipta
dan
mengubahsuai
Kaedah LBTB
2. Menyediakan
bahan
untuk
intervensi
3. Merancang ujian awal
TINDAKAN / IMPLEMENTASI
1. Memperkenalkan
Kaedah
LBTB
mengikut
urutan
terlebih dahulu.
2. Jangka masa 4 minggu.

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan
Pada peringkat ini, pengkaji menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian diagnostik dan ujian
awal. Kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran
membaca dan menulis murid. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti murid yang
perlu menjalankan ujian awal. Manakala ujian awal membaca dan menulis adalah untuk
menguji kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV murid-murid
sebelum intervensi dijalankan. Hasil analisis ujian diagnostik mendapati bahawa 7 daripada 8
orang murid masih belum menguasai kemahiran perkataan dua suku kata KVKV. Namun
begitu, pengkaji hanya memilih dua orang murid sahaja sebagai sampel kajian. Antara
kesalahan yang dilakukan oleh murid ialah mereka tidak dapat menulis kedua-dua suku kata
KV dalam perkataan KVKV dengan betul. Hanya satu suku kata sahaja yang dibaca atau
ditulis dengan betul.
6.1.2 Merancang
Untuk mengatasi masalah membaca dan menulis murid, pengkaji perlu merancang dan
menyediakan bahan untuk membuat intervensi menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil
Berwarna (LBTB). Sebagai contoh, pengkaji membina kad perkataan KVKV yang mana
setiap satu suku kata adalah berlainan warna.
Teknik taktil
turut diaplikasikan dalam kaedah Lihat Baca Tactile Berwarna (LBTB). Hal ini kerana teknik
taktil dapat meningkatkan memori murid dalam pembelajaran. Di samping itu, penggunaan
warna pula bertujuan memberi penekanan kepada perbezaan antara suku kata pertama dengan
suku kata kedua dalam pekataan KVKV. Warna yang digunakan dalam kaedah akan
membantu menguatkan ingatan selain dapat memberikan impak yang positif.
6.1.3 Tindakan/ Implementasi
Tindakan yang pertama ialah pengkaji mengajar kepada responden untuk mengenal huruf
terlebih dahulu. Pengkaji membahagikan huruf kepada dua iaitu vokal dan konsonan. Apabila
kedua-duanya telah diajar, pengkaji akan menggabungkan huruf konsonan dan vokal tersebut
untuk membentuk suku kata KV. Responden akan diajar untuk membaca suku kata KV
tersebut. Kemudian, pengkaji akan mengajar responden membaca perkataan dua suku kata
KVKV.
Setelah responden membaca perkataan dua suku kata KVKV tersebut, dia akan menulis
perkataan tersebut di atas pasir berwarna. Pasir tersebut dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu satu bahagian berwarna hitam (suku kata KV yang pertama) dan satu bahagaian lagi
bewarna merah (suku kata KV yang kedua). Setelah itu, responden akan menulis semula
perkataan tersebut dalam kertas bergaris empat yang telah disediakan. Hal ini betujuan untuk
membantu murid mengatasi masalah kemahiran menulis yang mana tulisan mereka tidak
kemas.
6.1.4 Melihat Kesan Tindakan
Setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji akan menemu bual murid, menjalankan ujian akhir
dan menganalisis hasil dapatan yang diperoleh untuk melihat sejauh mana penggunaan
Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat meingkatkan kemahiran membaca dan
menulis perkataan dua suku kata KVKV responden.
6.1.5 Refleksi
Pengkaji akan membuat refleksi daripada hasil dapatan yang diperoleh melalui penggunaan
Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB). Refleksi ini dibuat bertujuan untuk membantu
pengkaji membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna
(LBTB) kepada murid-murid pemulihan.
6.2 Tindakan yang Dirancang

Bermula dengan semakan kertas soalan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Bertulis pada 29
Januari 2014, pengkaji telah memulakan langkah untuk membantu meningkatkan kemahiran
membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil
Berwarna (KBTB). Langkah pelaksanaan kaedah tersebut adalah seperti yang berikut:
(i)
Responden menyebut huruf abjad
a
b
c
d
e
f

(ii)

m
s
y

n
t
z

o
u

p
v

q
w

r
x

Responden membunyikan huruf vokal


a

(iii)

Resp
onden membaca gabungan huruf konsonan dan vokal (suku kata KV)
a
e
i
o
u

(iv)

(v)

(vi)

ba

be

bi

bo

bu

ca

ce

ci

co

cu

da

de

di

do

du

fa

fe

fi

fo

fu

ga

ge

gi

go

gu

Responden membaca perkataan dua suku kata KVKV.


baju
cucu
dadu
batu
cili
duku
bulu
ceri
duri

Responden
menulis perkataan KVKV tersebut di atas pasir yang mempunyai dua bahagian
yang berlainan warna. Perbezaan warna tersebut bertujuan untuk membezakan
antara suku kata pertama dengan suku kata yang kedua bagi sesuatu perkataan
KVKV. Contohnya adalah seperti yang berikut:

Responden menulis semula perkataan tersebut dalam kertas garis tiga.

6.2 Perancangan dan Cara Mengumpul Data


Bahagian ini membincangkan tentang cara pengumpulan data melalui beberapa alat kajian
iaitu ujian diagnostik, ujian awal, temu bual, soal selidik dan penelitian dokumen. Di samping
itu, bab ini juga membincangkan tentang cara menganalisis ketiga-tiga alat ujian dan turut
membincangkan bagaimana alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
6.2.1 Ujian diagnostik
Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini
digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan
kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu
guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau
kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.
6.2.2 Ujian awal
Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden
dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV. Hasil ujian akan direkodkan dalam
jadual seperti di bawah.
Jadual 3: Analisis Ujian Awal
Responden
Ujian awal
Tahap
penguasaan
Set 1
Set 2
Set 3
A
B
6.3.2 Pemerhatian
Dalam melakukan kajian, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur untuk
mengenal pasti masalah murid. Pemerhatian dijalankan semasa dan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Pemerhatian semasa pembelajaran bertujuan
untuk melihat cara murid-murid membaca dan menulis serta melihat kesalahan yang boleh
diperhatikan semasa mereka melakukan aktiviti. Segala pemerhatian yang dijalankan semasa
proses pembelajaran dicatatkan dalam borang pemerhatian.
6.3.4 Temu bual
Pengkaji menggunakan temu bual berstruktur bagi mendapatkan maklumat tentang murid
yang bermasalah dalam membaca dan menulis. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan
gambaran mengenai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta faktor masalah
yang dihadapi oleh mereka selain mendapatkan kepastian masalah murid.
6.3.5 Penelitian dokumen
Penelitian dokumen turut digunakan oleh pengkaji sebagai alat instrumen pengumpulan data.
Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam
kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan
kesalahan murid melalui hasil kerja mereka.
6.4 Perancangan Cara Menganalisis Data
Bahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang digunakan
bagi mendapatkan data. Jadual 1 berikut adalah perancangan cara menganalisis data yang
telah dikumpul oleh pengkaji.
Jadual 1: Cara menganalisi data
Kaedah
Cara menganalisis data

Ujian diagnostik

Melihat daerah kelemahan bagi kemahiran


yang tidak dapat dijawab oleh murid

Ujian awal

Mengesahkan kelemahan murid secara


spesifik dalam kemahiran menulis perkataan
KVKV
Refleksi berdasarkan nota lapangan
Transkripsi temu bual
Markah yang diperoleh berdasarkan ujian
diagnostik dan ujian awal

Pemerhatian
Temu bual
Penelitian dokumen
6.4.1 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik
telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan murid pemulihan
Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:
Jadual 2: Analisis Ujian Diagnostik
Konstruk
Markah Responden
Tahap Pencapaian
A

Menguasai

Tidak
Menguasai

Kemahiran 1
(huruf kecil)
Kemhiran 2
(huruf besar)
Kemahiran 3
(huruf vokal)
Kemahiran 4
(suku kata KV)
Kemahiran 5
(perkataan KV+KV)
Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian
diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.
6.4.2 Ujian Awal
Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden
dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.
Jadual 3: Analisis Ujian Awal
Responden
Ujian awal
Tahap
penguasaan
Set 1
Set 2
Set 3
A
B
Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira
peratus pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.
Peratus =
Markah yang
diperoleh daripada item soalan yang diuji
X 100
Bilangan
keseluruhan item yang diuji
6.4.3 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru
semasa proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid
diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan
dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada
pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
Bil Item
Ya
Tidak
1
2

Adakah murid dapat membaca


perkataan dua suku kata KVKV dengan
lancar?
Adakah murid dapat menulis perkataan
dua suku kata KVKV dengan betul dan
kemas?

6.4.4 Temu bual


Pengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan
maklumat mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru
pemulihan cara penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan
menulis murid ini. Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan
soalan yang dirancang untuk temu bual ini.
Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:
Peserta
Temu bual
Refleksi pengkaji
Guru Pemulihan
Apakah masalah yang dihadapi
oleh murid pemulihan bagi subjek
bahasa Melayu?

Apakah tahap penguasaan


kemahiran membaca murid-murid
pemulihan semasa mereka mulamula masuk ke dalam kelas
pemulihan?
Berapakah bilangan murid yang
tidak tahu membaca perkataan dua
suku kata KVKV pada awal tahun
ini?

Adakah murid mempunyai


kesukaran dalam menulis di dalam
kelas?
Adakah murid melakukan
kesalahan secara kerap dalam
menulis huruf dan perkataan?
Adakah tulisan murid senang
dibaca dan difahami oleh guru?
Apakah kaedah pengajaran yang
digunakan oleh cikgu?

6.4.5 Penelitian dokumen


Pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen.
Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam
kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil
kerja yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di
atas garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu,
pengkaji menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai
catatan hasil analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam
lembaran kerja.

Bil

Item

Ya

5.

Menulis perkataan dengan dengan betul

6.

Menulis bentuk huruf dengan tepat

7.

Tulisan boleh difahami dan dibaca

8.

Jarak antara huruf dengan huruf dalam


perkataan tidak terlalu rapat

Jadual 4
Tidak

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan
mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan Ya atau
Tidak. Kriteria yang diperlukan untuk mendapat Ya ialah responden tidak melakukan
kesalahan yang kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala
kriteria tidak pula ialah secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan
murid kerap melakukan kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca
dan difahami.
Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi markah
yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.
Peratus =
Markah yang
diperoleh daripada item soalan yang diuji
X 100
Bilangan
keseluruhan item yang diuji
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil
Aktiviti / Tindakan
Tarikh pelaksanaan
Catatan
1

Mentadbir ujian diagnostik

Minggu pertama - minggu kedua

Mengenal pasti isu dan


pengumpulan data awal

Minggu ketiga - minggu kelima

Minggu keenam - minggu ketujuh

Menulis cadangan
pemyelidikan tindakan
Merancang tindakan

Melaksana tindakan

Minggu kelapan - minggu kedua


belas

Minggu ketujuh kelapan

6
7

Membuat refleksi mengenai


penyelidikan tindakan
Membentangkan dapatan
penyelidikan tindakan

Minggu kedua belas


Selepas tamat intership

7.2 Rancangan Tindakan


Carta Gantt untuk perancangan pelaksanaan tindakan
Bil
Tindakan/
M M M M M
Minggu
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
6

Mentadbir ujian
diagnostik
Mengenal pasti isu
dan pengumpulan
data awal
Menulis cadangan
penyelidikan
tindakan
Merancang
tindakan
Melaksana
tindakan
Membuat refleksi
mengenai
penyelidikan
tindakan
Membentangkan
dapatan
penyelidikan
tindakan

M
6

M
7

M
8

M
9

M
10

Selepas tamat intership

8.0 Kos Kajian


Perbelanjaan
Bil
Perkara

Kuantiti

Kertas a4 (80 gram)

1 rim

Dakwat printer

3
4
5
Jumlah

Buku catatan
Alat tulis
Lain-lain

1 unit dakwat
hitam dan warna
1 unit
1 kotak

Kuantiti x Harga Jumlah Kos


Seunit
1 x RM 10.00
RM 10.00
1 x RM 50.00

RM 50.00

1x RM 5.00
1x RM 6.00

RM 4.00
RM 6.00
RM 20.00
RM 90.00

M
11

M
12

9.0 Senarai rujukan


Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan
Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.
Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chia Mei Yin, Ismail Saliyan, Tan Si Ting, Mohamad Khairul Amin Mohammad dan Nor
Aishah Abdul Aziz. (2013). Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-murid Pemulihan Khas
dalam Penulisan Rumi Menggunakan Kit Doratin. 2nd International Seminar on Quality dan
Affordable Education Tahun 2013, 220-228.
Deller, B. Sc . (1993). The Teaching Fostering Interest and Achievemet, in Llyodo. Ollila
(Ed), The Kingdergarden Children and Reading. Neward, Delaware: International Reading
Assosiation.
Ee Ah Meng. (2005). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
Ab. Fatah Hassan. (2006). Tenaga dan Keremajaan Minda: Untuk Meningkatkan Produktiviti
dan Potensi Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke Arah Kemantapan
Pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dengan Minat Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan
Universiti Putra Malaysia.
Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

TAJUK KAJIAN
KAEDAH LBTB MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS
PERKATAAN KVKV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

NAMA PENGKAJI

NAMA INSTITUSI
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
KUALA LUMPUR

Isi Kandungan

1.0

PENDAHULUAN.....................................................................................................

1.1 Pengenalan.................................................................................................................
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)............................................................
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan..........................................................................................
2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN............................................................

2.1 Pengenalan.................................................................................................................
2.2 Fokus Kajian..............................................................................................................
2.3 Tinjauan Masalah.......................................................................................................
2.3.1 Ujian Diagnostik...............................................................................................
2.3.2 Ujian Awal........................................................................................................
2.3.3 Pemerhatian......................................................................................................
2.2.4 Temu bual.........................................................................................................
2.2.5 Penelitian dokumen..........................................................................................
2.4 Analisis Masalah......................................................................................................
2.4.1 Ujian Diagnostik...............................................................................................
2.4.2 Ujian Awal.........................................................................................................
2.4.3 Pemerhatian......................................................................................................
2.4.4 Temu bual.........................................................................................................
2.4.5 Penelitian dokumen..........................................................................................
3.0 Literatur Kajian............................................................................................................
4.0

Objektif Kajian........................................................................................................

4.1 Pengenalan...............................................................................................................
4.2

Objektif Umum....................................................................................................

4.3

Objektif Khusus...................................................................................................

4.4

Persoalan Kajian..................................................................................................

5.0

Kumpulan Sasaran...................................................................................................

6.0

Pelaksanaan Kajian..................................................................................................

6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan..................................................................


6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan.........................................................................
6.1.2 Merancang........................................................................................................
6.1.3 Tindakan/ Implementasi....................................................................................
6.1.4 Melihat Kesan Tindakan...................................................................................
6.2 Tindakan yang Dirancang........................................................................................
6.2 Perancangan dan Cara Mengumpul Data................................................................
6.2.1 Ujian diagnostik................................................................................................
6.2.2 Ujian awal.........................................................................................................
6.3.2 Pemerhatian......................................................................................................
6.3.4 Temu bual.........................................................................................................
6.3.5 Penelitian dokumen..........................................................................................
6.4 Perancangan Cara Menganalisis Data.....................................................................
6.4.1 Ujian Diagnostik...............................................................................................
6.4.2 Ujian Awal........................................................................................................
6.4.3 Pemerhatian......................................................................................................
6.4.4 Temu bual.........................................................................................................
6.4.5 Penelitian dokumen..........................................................................................
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN....................
7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan.......................................................................
7.2 Rancangan Tindakan................................................................................................
8.0 Kos Kajian...................................................................................................................
9.0 Senarai rujukan............................................................................................................

3.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda
besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik
huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila
pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap
berkenaan belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang
belum menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada
salah satu punca keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat
persekolahan (Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita
berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan.
Frank Smith (1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai satu
langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembanganperkembangan yang diterima. Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap
individu perlu menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan
seterusnya akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia
tidak akan dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan
kepadanya.
Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua murid
sama ada seseorang yang normal atau istimewa. Hanya dengan adanya asas yang kukuh,
seseorang itu dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memuaskan. Di
Malaysia, Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan
kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula
kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh
tulisan itu.
Manakala menulis pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan sebagai proses
penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan yang
seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna (Khairuddin Mohamad, 2011). Menulis juga
merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan
untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca
(Tuan Jah Tuan Yusof, 2011).
Kesimpulannya, kemahiran membaca dan menulis perlu dikuasai oleh setiap individu.
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga mampu
memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu
dalam pelbagai bidang. Manakala kemahiran menulis pula penting untuk dikuasai supaya
individu itu dapat menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan
kepada orang lain atau pembaca.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (pdp)

Saya menjalankan praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur
bermula pada 27 Januari 2014. Saya merupakan seorang guru pelatih yang mengambil
opsyen Pendidikan Pemulihan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pada
minggu pertama praktikum, saya membuat perancangan awal dalam mengenal pasti masalah
kajian saya. Perancangan dalam proses mengenal pasti masalah dirancang supaya tidak
berlaku sebarang masalah semasa mengenal pasti masalah murid.
Sebelum mengesan masalah murid, saya telah menjalankan ujian diagnostik dalam mengenal
pasti daerah-daerah kelemahan murid. Ujian diagnostik tersebut dapat membantu saya untuk
merancang dan mengetahui masalah murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang beberapa minggu mengajar, saya telah dapat
mengenal pasti beberapa masalah yang timbul. Antaranya ialah murid-murid pemulihan
masih belum dapat membaca dan menulis perkataan dengan betul dan kemas. Sebagai
contoh, mereka tidak dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar. Mereka
perlu mengeja suku kata tersebut terlebih dahulu sebelum dapat membaca perkataan tersebut.
Keadaan ini seterusnya mengakibatkan mereka tidak dapat menulis perkataan dua suku kata
KVKV tersebut dengan betul.
Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati bahawa murid-murid ini kurang
memberikan perhatian terhadap pelajaran yang sedang disampaikan kepada mereka. Saya
sentiasa perlu menegur mereka supaya memberikan perhatian terhadap apa yang sedang
diajar oleh saya. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca perkataan yang diajar
kepada mereka dengan lancar dan betul. Pada pendapat saya, masalah ini timbul kerana
murid merasa bosan dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Oleh hal yang
demikian, saya akan menjalankan satu kajian untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran saya, di samping membantu murid-murid ini untuk membaca perkataan dua
suku kata KVKV dengan lancar serta dapat menulis perkataan tersebut dengan betul.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan


Murid-murid dalam pendidikan pemulihan dapat dipulihkan kecuali mereka mempunyai
masalah kecacatan. Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk
kanak-kanak yang tidak kelihatan cacat pada luarannya tetapi mengalami masalah
pembelajaran dan lebih tepat lagi tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Kebanyakan murid-murid ini jauh ketinggalan dari segi akademik disebabkan oleh
kegagalan mereka untuk mengikuti pelajaran yang diajar di dalam kelas harian biasa.
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran. Dalam kajian ini, kaedah untuk mendapatkan maklumat awal tentang
subjek kajian adalah melalui pemerhatian penuh. Melalui proses pemerhatian yang dijalankan
dalam aspek yang perlu dikaji, kemahiran membaca dan menulis merupakan aspek yang
dipilih. Sepanjang pemerhatian pengkaji, murid-murid pemulihan masih belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV.
Perkara utama untuk menangani masalah ini ialah kaedah pengajaran yang hendak
digunakan oleh guru. Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran merupakan aktiviti atau
proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu.
Sehubungan dengan itu, pengajaran meliputi perkara-perkara seperti perancangan,
pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan cara yang efektif. Proses ini jelas
sekali menggambarkan bahawa untuk melaksanakan satu sesi pengajaran adalah perlu
melalui satu proses yang kompleks dan perkara ini sering diambil mudah oleh sesetengah
pelajar. Secara tidak langsung, kesan daripada perkara ini boleh menjejaskan pencapaian
murid dalam pembelajaran mereka.

Membaca merupakan satu proses pengamatan kerana boleh menimbulkan makna kepada
tugas-tugas pancaindera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat
dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal lambanglambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan
adalah seperti mendriskiminasi atau mengecam dan juga membezakan, figure ground iaitu
mengenal objek-objek, bentuk atau corak-corak, ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang
dilihat atau didengar dan turutan (Fatah Hassan, 2006).
Guru pemulihan perlu mengetahui pelbagai teknik, strategi dan kaedah yang bersesuaian
dengan tahap dan kemahiran murid-murid pemulihan. Hal ini bertujuan untuk membantu
murid pemulihan menguasai sesuatu kemahiran yang diajar dengan lebih mudah. Oleh itu,
dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil
Berwarna (LBTB) untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis perkataan dua
suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.

4.0 FOKUS

KAJIAN

ISU

KEPERIHATINAN
2.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan tentang fokus kajian tindakan yang dilaksanakan iaitu isu dan
masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran serta tinjauan
masalah melalui alat-alat kajian yang terdiri daripada ujian, temu bual dan pemerhatian.

2.2 Fokus Kajian


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis
perkataan dua suku kata KVKV. Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) digunakan
untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan KVKV. Setelah mengenal
pasti tahap penguasaan bagi setiap kemahiran, tindakan diambil untuk meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid
pemulihan.
Kajian ini sangat penting untuk dijalankan bagi mengelakkan murid-murid daripada
menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat membantu
murid-murid untuk membaca dengan lancar dan menulis dengan kemas.
Antara kelemahan yang dihadapi oleh murid ialah:
(iv)
Tidak dapat membezakan antara suku kata yang pertama dengan suku kata yang
(v)
(vi)

kedua dalam perkataan KVKV


Tidak dapat membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan lancar
Tidak dapat menulis perkataan dua suku kata KVKV dengan betul dan kemas

Kamarudin Hj. Hussin (1988) menyatakan bahawa pengendalian sesuatu organisasi yang
benar-benar berlaku adalah apabila berada dalam satu bilik darjah yang mana ia digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif. Oleh hal yang demikian, guru perlu memainkan peranan
yang penting dalam mencari intervensi dan kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran membaca. Menurut Ee Ah Meng (2005) dalam buku beliau
menyatakan bahawa gaya pembelajaran amat abstrak dan berbeza antara setiap individu. Hal

ini bermaksud setiap individu itu termasuklah guru mempunyai cara yang tersendiri semasa
menyampaikan pelajaran kepada muird-muridnya.
Guru biasanya akan menggunakan kaedah, strategi dan teknik yang sedia ada ataupun
mencipta satu kaedah yang lain untuk membantu mengatasi masalah membaca yang dihadapi
oleh murid. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna
(LBTB) untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca perkataan dua suku kata
KVKV. Pengkaji berharap agar kaedah LBTB ini akan dapat meningkatkan kemahiran
membaca perkataan dua suku kata KVKV dalam kalangan murid pemulihan.

2.3 Tinjauan Masalah


Tinjauan masalah adalah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid. Dalam menjalankan tinjauan masalah ini, pengkaji
menggunakan beberapa kaedah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
murid pemulihan terutamanya dalam aspek bacaan dan tulisan. Pengkaji telah memilih
beberapa kaedah pengumpulan data seperti ujian diagnostik, ujian awal, pemerhatian, temu
bual dan penelitian dokumen.

2.3.1 Ujian Diagnostik


Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini
digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan
kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu
guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau
kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.

2.3.2 Ujian Awal


Ujian awal juga merupakan alat kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan
ini. Ujian ini akan dijalankan kepada responden untuk mengenal pasti sama ada responden
memang mempunyai masalah untuk membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV
ataupun tidak.

2.3.3 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas pemulihan, pengkaji mendapati
kebanyakan murid pemulihan mempunyai masalah dalam bacaan dan tulisan. Kebanyakan
antara mereka tidak dapat membaca dengan lancar dan mempunyai tulisan yang tidak kemas
dan tidak teratur. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami perkara yang telah
ditulis sendiri oleh mereka.

2.2.4 Temu bual


Alat kajian lain yang akan digunakan dalam tinjauan masalah ialah temu bual dengan guru
pemulihan. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada wujud atau
tidak masalah yang dikaji terhadap responden yang dikenal pasti dan menjadi sokongan
kepada data yang sedia ada (Dr. Rosinah, 2012).

2.2.5 Penelitian dokumen

Pengkaji akan menggunakan alat kajian seperti penelitian dokumen yang mana pengkaji akan
melihat hasil kerja murid dan ujian diagnostik yang telah dijalankan.

2.4 Analisis Masalah


Bahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang digunakan
bagi mendapatkan data.

2.4.1 Ujian Diagnostik


Ujian diagnostik telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan
murid pemulihan Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:
Jadual 2: Analisis Ujian Diagnostik
Konstruk
Markah Responden
Tahap Pencapaian
A

Menguasai

Tidak
Menguasai

Kemahiran 1
(huruf kecil)
Kemhiran 2
(huruf besar)
Kemahiran 3
(huruf vokal)
Kemahiran 4
(suku kata KV)
Kemahiran 5
(perkataan KV+KV)
Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian
diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.

2.4.2 Ujian Awal


Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden
dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.
Jadual 3: Analisis Ujian Awal
Responden
Ujian awal
Tahap
penguasaan
Set 1
Set 2
Set 3
A
B
Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira
peratus pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.
Peratus =
Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji
X 100
Bilangan keseluruhan item yang diuji

2.4.3 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru
semasa proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid
diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan
dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada
pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
Bil
Item
Ya
Tidak
1
2

Adakah murid dapat membaca


perkataan dua suku kata KVKV dengan
lancar?
Adakah murid dapat menulis perkataan
dua suku kata KVKV dengan betul dan
kemas?

2.4.4 Temu bual


Pengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan
maklumat mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru
pemulihan cara penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan
menulis murid ini. Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan
soalan yang dirancang untuk temu bual ini.
Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:
Peserta
Temu bual
Refleksi pengkaji
Guru Pemulihan
Apakah masalah yang dihadapi
oleh murid pemulihan bagi subjek
bahasa Melayu?

Apakah tahap penguasaan


kemahiran membaca murid-murid
pemulihan semasa mereka mulamula masuk ke dalam kelas
pemulihan?
Berapakah bilangan murid yang
tidak tahu membaca perkataan dua
suku kata KVKV pada awal tahun
ini?

Adakah murid mempunyai


kesukaran dalam menulis di dalam
kelas?
Adakah murid melakukan
kesalahan secara kerap dalam
menulis huruf dan perkataan?
Adakah tulisan murid senang
dibaca dan difahami oleh guru?

Apakah kaedah pengajaran yang


digunakan oleh cikgu?

2.4.5 Penelitian dokumen


Pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen.
Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam
kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil
kerja yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di
atas garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu,
pengkaji menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai
catatan hasil analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam
lembaran kerja.
Jadual 4
Bil
Item
Ya
Tidak
9.

Menulis perkataan dengan dengan betul

10.

Menulis bentuk huruf dengan tepat

11.

Tulisan boleh difahami dan dibaca

12.

Jarak antara huruf dengan huruf dalam


perkataan tidak terlalu rapat

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan
mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan Ya atau
Tidak. Kriteria yang diperlukan untuk mendapat Ya ialah responden tidak melakukan
kesalahan yang kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala
kriteria tidak pula ialah secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan
murid kerap melakukan kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca
dan difahami.
Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi markah
yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.
Peratus =
Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji
X 100
Bilangan keseluruhan item yang diuji

3.0 Literatur Kajian


Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca, menyebabkan mereka tidak
mengusai kemahiran asas iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran
lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan-akan sama bentuknya,
membunyikan huruf tertentu dan keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama.
Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat dan intonasi
dengan gaya yang betul (Abdul Rasid Jamian, 2008).
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa membaca membawa
maksud memerhatikan sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan
makna kandungannya. Makna lain ialah mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada
buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat, memahamkan makna sesuatu

seperti tanda, huruf dan sebagainya tidak dengan mata tetapi dengan jari yang dikenali
sebagai braille.
Kemahiran membaca merupakan komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid
khususnya setelah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca amat
penting kerana tanpa kemahiran ini, murid-murid tidak akan dapat meneroka buku ilmiah
ataupun buku bacaan lain (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011). Dalam subjek bahasa Malaysia,
kebanyakan murid-murid pemulihan mempunyai masalah untuk mengenal, mengingat dan
menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan.
Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya
mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan
bahasa, gaya kognitif dan pengalaman membaca (Yahya, 2008). Marohaini Yusoff (1999),
mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan visual
bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya. Hal ini menjelaskan bahawa
kemahiran membaca merupakan satu proses yang kompleks.
Kaedah abjad dilihat sangat sesuai dan berkesan dalam mengajar asas membaca kepada
kanak-kanak kerana kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf diberi penekanan
yang khusus. Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling awal digunakan
dalam tamadun manusia seperti pada zaman Greek dan Rom. Kemahiran membaca diajar
kepada anak-anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid
(1994) yang mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai
guru yang mengajar membaca pada peringkat awal. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan
dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf
tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan
bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan.
Menerusi kajian yang telah dijalankan, kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf
a,b,c...x,y,z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh
membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a,b,c...x,y,z sebelum
mereka boleh diajar kemahiran membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad
berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk
membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan
dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal
kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau
membunyikan cantuman huruf-huruf atau suku kata- suku kata. Setelah itu, murid-murid
didedahkan pula kepada peringkat membaca perkataan-perkataan yang mudah, sebagai titik
permulaan asas membaca.
Menurut Zulkifley Hamid (1994), kaedah abjad berperinsip bahawa setiap perkataan terdiri
daripada beberapa huruf. Murid-murid perlu mahir dan kenal akan huruf-huruf tersebut yang
merupakan unsur-unsur perkataan bagi membolehkan murid-murid membaca perkataan yang
berkenaan. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal nama-nama kesemua huruf yang ada
sebelum meneruskan kepada peringkat membaca perkataan yang senang dahulu.
Kemahiran menulis pula ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Menurut
Don Bryne (1979) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2011), menulis ialah simbol-simbol grafik
yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambanglambang bunyi semasa bercakap. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai
disebabkan penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan
seharian.
Kemahiran menulis juga merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
secara berperingkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Murid-murid perlu bersedia
dari segi kemahiran motor halus iaitu mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari bebas

meneroka, jika diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperoleh kemahiran
manipulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk
melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain (Saharifah, Siti
Hazlifah 2012 dalam Chia Mei Yin et.al, 2013). Oleh itu, peringkat awal murid-murid perlu
ditekankan kemahiran pratulis dan awal tulisan.
Kemahiran menulis amat penting dalam kehidupan seharian. Hasnah dan Habibah (2010)
dalam Chia Mei Yin et.al (2013) menyatakan bahawa kemahiran menulis merupakan
keupayaan murid menulis perkataan, ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
tulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan
kemas.
Kajian berkaitan dengan penggunaan warna dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) juga telah dijalankan oleh Barry (1976) dalam Norma Haji Hassan (2004). Kajian
Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan
realistik. Dalam kajian tersebut, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang
kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati
warna memberi sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan
menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod
yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.
Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap
kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat
merangsangkan minta murid dan bermotivasi untuk belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah
digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna
dan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid. Menurut Muhammad Hasan (2000),
penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau
perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas.

7.0 Objektif Kajian


4.1 Pengenalan
Objektif kajian ialah sesuatu yang hendak dicapai melalui kajian yang dijalankan
oleh pengkaji dan haruslah menjawab persoalan kajian yang dibina. Bahagian ini
akan menerangkan objektif kajian yang terdiri daripada objektif umum dan
objektif khusus. Kemudian akan diikuti oleh persoalah kajian.

4.5 Objektif Umum


Meningkatkan kebolehan membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV
dalam kalangan murid pemulihan dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil
Berwarna (LBTB).

4.6 Objektif Khusus


(iii)

Meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV


menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam
kalangan murid pemulihan.

(iv)

Meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV


menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dalam
kalangan murid pemulihan.

4.7 Persoalan Kajian


(iii)

Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat


meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata KVKV
dalam kalangan murid-murid pemulihan?

(iv)

Adakah penggunaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat


meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata KVKV
dalam kalangan murid-murid pemulihan?

8.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan murid pemulihan bahasa Melayu Tahun 2. Pengkaji lebih menekankan
subjek bahasa Melayu kerana pengkaji membuat kajian berkaitan dengan masalah membaca
dan menulis di dalam kelas pemulihan tersebut. Responden yang dipilih ialah sebanyak dua
orang iaitu terdiri daripada dua orang murid lelaki. Kedua-dua orang responden tersebut
berbangsa Melayu.
Menurut hasil perbincangan dengan guru pemulihan, kedua-dua orang responden ini
mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengikuti pelajaran di dalam kelas perdana. Sebagai contoh, mereka tidak dapat membaca
sesuatu perkataan dengan lancar. Mereka perlu mengeja sesuatu suku kata itu terlebih dahulu
sebelum boleh membaca perkataan. Di samping itu, mereka juga dilihat tidak dapat menulis
perkataan dengan betul dan kemas.
Jadual 1: Maklumat Responden A dan Responden B
Aspek
Jantina
Umur
Bangsa
Kecenderungan
Masalah

Responden A
Lelaki
8 tahun
Melayu
Pendidikan jasmani
Tidak dapat

Responden B
Lelaki
8 tahun
Melayu
Pendidikan Jasmani
memberikan tumpuan

kepada pelajaran yang disampaikan

dalam jangka masa yang lama.


Tidak dapat menulis perkataan
dengan kemas dan betul.

9.0 Pelaksanaan Kajian


6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
Pelaksanaan kajian ini adalah berasaskan Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang
melibatkan beberapa peringkat. Terdapat empat kitaran yang mewakili empat peringkat dalam
melaksanakan kajian. Kesemua peringkat ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh kajian.
Peringkat-peringkat dalam model ini merangkumi refleksi iaitu mengenal pasti aspek amalan
bagi penambahbaikan dan kemudian diikuti dengan merancang tindakan iaitu merancang
perkara-perkara yang perlu dibuat. Seterusnya yang ketiga ialah melaksanakan tindakan iaitu
membuat perancangan yang komprehensif supaya tindakan bertepatan dengan masalah yang
ingin diatasi. Kemudian yang keempat ialah menilai daripada hasil pelaksanaan kajian
sehingga masalah yang dihadapi selesai.

MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN


3. Merancang ujian diagnostik
4. Merancang ujian awal
Kitaran seterusnya

REFLEKSI
3. Melihat
kekuatan
dan
kelemahan Kaedah LBTB
4. Tindakan susulan jika perlu

MERANCANG
4. Mencipta
dan
mengubahsuai
Kaedah LBTB
5. Menyediakan
bahan
untuk
intervensi
6. Merancang ujian awal
TINDAKAN / IMPLEMENTASI
3. Memperkenalkan
Kaedah
LBTB
mengikut
urutan
terlebih dahulu.
4. Jangka masa 4 minggu.

MELIHAT KESAN TINDAKAN


4. Temubual
5. Ujian selepas intervensi
6. Soal selidik
Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan


Pada peringkat ini, pengkaji menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian diagnostik dan ujian
awal. Kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran
membaca dan menulis murid. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti murid yang
perlu menjalankan ujian awal. Manakala ujian awal membaca dan menulis adalah untuk
menguji kemahiran membaca dan menulis perkataan dua suku kata KVKV murid-murid
sebelum intervensi dijalankan. Hasil analisis ujian diagnostik mendapati bahawa 7 daripada 8
orang murid masih belum menguasai kemahiran perkataan dua suku kata KVKV. Namun
begitu, pengkaji hanya memilih dua orang murid sahaja sebagai sampel kajian. Antara
kesalahan yang dilakukan oleh murid ialah mereka tidak dapat menulis kedua-dua suku kata
KV dalam perkataan KVKV dengan betul. Hanya satu suku kata sahaja yang dibaca atau
ditulis dengan betul.

6.1.2 Merancang
Untuk mengatasi masalah membaca dan menulis murid, pengkaji perlu merancang dan
menyediakan bahan untuk membuat intervensi menggunakan Kaedah Lihat Baca Taktil
Berwarna (LBTB). Sebagai contoh, pengkaji membina kad perkataan KVKV yang mana
setiap satu suku kata adalah berlainan warna.
Teknik taktil turut diaplikasikan dalam kaedah Lihat Baca Tactile Berwarna (LBTB).
Hal ini kerana teknik taktil dapat meningkatkan memori murid dalam pembelajaran. Di
samping itu, penggunaan warna pula bertujuan memberi penekanan kepada perbezaan antara
suku kata pertama dengan suku kata kedua dalam pekataan KVKV. Warna yang digunakan
dalam kaedah akan membantu menguatkan ingatan selain dapat memberikan impak yang
positif.

6.1.3 Tindakan/ Implementasi


Tindakan yang pertama ialah pengkaji mengajar kepada responden untuk mengenal huruf
terlebih dahulu. Pengkaji membahagikan huruf kepada dua iaitu vokal dan konsonan. Apabila
kedua-duanya telah diajar, pengkaji akan menggabungkan huruf konsonan dan vokal tersebut
untuk membentuk suku kata KV. Responden akan diajar untuk membaca suku kata KV
tersebut. Kemudian, pengkaji akan mengajar responden membaca perkataan dua suku kata
KVKV.
Setelah responden membaca perkataan dua suku kata KVKV tersebut, dia akan menulis
perkataan tersebut di atas pasir berwarna. Pasir tersebut dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu satu bahagian berwarna hitam (suku kata KV yang pertama) dan satu bahagaian lagi
bewarna merah (suku kata KV yang kedua). Setelah itu, responden akan menulis semula
perkataan tersebut dalam kertas bergaris empat yang telah disediakan. Hal ini betujuan untuk
membantu murid mengatasi masalah kemahiran menulis yang mana tulisan mereka tidak
kemas.

6.1.4 Melihat Kesan Tindakan


Setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji akan menemu bual murid, menjalankan ujian akhir
dan menganalisis hasil dapatan yang diperoleh untuk melihat sejauh mana penggunaan
Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB) dapat meingkatkan kemahiran membaca dan
menulis perkataan dua suku kata KVKV responden.
6.1.5 Refleksi
Pengkaji akan membuat refleksi daripada hasil dapatan yang diperoleh melalui penggunaan
Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna (LBTB). Refleksi ini dibuat bertujuan untuk membantu
pengkaji membuat penambahbaikan dalam pelaksanaan Kaedah Lihat Baca Taktil Berwarna
(LBTB) kepada murid-murid pemulihan.

6.2 Tindakan yang Dirancang


Bermula dengan semakan kertas soalan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Bertulis pada 29
Januari 2014, pengkaji telah memulakan langkah untuk membantu meningkatkan kemahiran
membaca perkataan dua suku kata KVKV dengan menggunakan kaedah Lihat Baca Taktil
Berwarna (KBTB). Langkah pelaksanaan kaedah tersebut adalah seperti yang berikut:
(vii) Responden menyebut huruf abjad
a

(viii)

m
s
y

n
t
z

o
u

p
v

q
w

r
x

Responden membunyikan huruf vokal


a

(ix)

Resp
onden membaca gabungan huruf konsonan dan vokal (suku kata KV)

(x)

(xi)

ba

be

bi

bo

bu

ca

ce

ci

co

cu

da

de

di

do

du

fa

fe

fi

fo

fu

ga

ge

gi

go

gu

Responden membaca perkataan dua suku kata KVKV.


baju
batu
bulu

cucu
cili
ceri

dadu
duku
duri

Responden

menulis perkataan KVKV tersebut di atas pasir yang mempunyai dua bahagian
yang berlainan warna. Perbezaan warna tersebut bertujuan untuk membezakan
antara suku kata pertama dengan suku kata yang kedua bagi sesuatu perkataan
KVKV. Contohnya adalah seperti yang berikut:

(xii)

Responden menulis semula perkataan tersebut dalam kertas garis tiga.

6.2 Perancangan dan Cara Mengumpul Data


Bahagian ini membincangkan tentang cara pengumpulan data melalui beberapa alat kajian
iaitu ujian diagnostik, ujian awal, temu bual, soal selidik dan penelitian dokumen. Di samping
itu, bab ini juga membincangkan tentang cara menganalisis ketiga-tiga alat ujian dan turut
membincangkan bagaimana alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.

6.2.1 Ujian diagnostik


Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan. Ujian ini
digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan
kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu
guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau
kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.

6.2.2 Ujian awal


Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden
dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV. Hasil ujian akan direkodkan dalam
jadual seperti di bawah.
Jadual 3: Analisis Ujian Awal
Responden
Ujian awal
Tahap
penguasaan
Set 1
Set 2
Set 3
A
B

6.3.2 Pemerhatian
Dalam melakukan kajian, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur untuk
mengenal pasti masalah murid. Pemerhatian dijalankan semasa dan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Pemerhatian semasa pembelajaran bertujuan
untuk melihat cara murid-murid membaca dan menulis serta melihat kesalahan yang boleh
diperhatikan semasa mereka melakukan aktiviti. Segala pemerhatian yang dijalankan semasa
proses pembelajaran dicatatkan dalam borang pemerhatian.

6.3.4 Temu bual


Pengkaji menggunakan temu bual berstruktur bagi mendapatkan maklumat tentang murid
yang bermasalah dalam membaca dan menulis. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan
gambaran mengenai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta faktor masalah
yang dihadapi oleh mereka selain mendapatkan kepastian masalah murid.

6.3.5 Penelitian dokumen


Penelitian dokumen turut digunakan oleh pengkaji sebagai alat instrumen pengumpulan data.
Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam

kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan
kesalahan murid melalui hasil kerja mereka.

6.4 Perancangan Cara Menganalisis Data


Bahagian ini menerangkan cara menganalisis data untuk setiap alat kajian yang digunakan
bagi mendapatkan data. Jadual 1 berikut adalah perancangan cara menganalisis data yang
telah dikumpul oleh pengkaji.
Jadual 1: Cara menganalisi data
Kaedah
Cara menganalisis data
Ujian diagnostik

Melihat daerah kelemahan bagi kemahiran


yang tidak dapat dijawab oleh murid

Ujian awal

Mengesahkan kelemahan murid secara


spesifik dalam kemahiran menulis perkataan
KVKV
Refleksi berdasarkan nota lapangan
Transkripsi temu bual
Markah yang diperoleh berdasarkan ujian
diagnostik dan ujian awal

Pemerhatian
Temu bual
Penelitian dokumen

6.4.1 Ujian Diagnostik


Ujian diagnostik telah ditadbir kepada responden A dan responden B yang merupakan
murid pemulihan Bahasa Melayu. Analisis ujian adalah seperti di bawah:
Jadual 2: Analisis Ujian Diagnostik
Konstruk
Markah Responden
Tahap Pencapaian
A

Menguasai

Tidak
Menguasai

Kemahiran 1
(huruf kecil)
Kemhiran 2
(huruf besar)
Kemahiran 3
(huruf vokal)
Kemahiran 4
(suku kata KV)
Kemahiran 5
(perkataan KV+KV)
Pengkaji akan menggunakan graf untuk mewakilkan data-data yang diperoleh daripada ujian
diagnostik yang telah dijalankan terhadap responden-responden pengkaji.

6.4.2 Ujian Awal


Ujian awal merupakan ujian yang dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian responden
dalam kemahiran yang diuji iaitu kemahiran KVKV.
Jadual 3: Analisis Ujian Awal

Responden

Ujian awal
Set 1

Set 2

Tahap
penguasaan
Set 3

A
B
Bagi ujian awal pula, pengkaji akan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengira
peratus pencapaian murid dalam setiap ujian yang dijalankan.
Peratus =
Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji
X 100
Bilangan keseluruhan item yang diuji

6.4.3 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru
semasa proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlangsung. Aspek penguasaan murid
diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan
dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan. Hasil daripada
pemerhatian direkodkan dalam borang pemerhatian seperti dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
Bil
Item
Ya
Tidak
1
2

Adakah murid dapat membaca


perkataan dua suku kata KVKV dengan
lancar?
Adakah murid dapat menulis perkataan
dua suku kata KVKV dengan betul dan
kemas?

6.4.4 Temu bual


Pengkaji akan menjalankan temu bual kepada guru pemulihan khas bagi mendapatkan
maklumat mengenai masalah murid. Di samping itu, pengkaji akan berbincang dengan guru
pemulihan cara penyelesaian yang lebih berkesan untuk menangani masalah membaca dan
menulis murid ini. Temu bual yang dipilih ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan
soalan yang dirancang untuk temu bual ini.
Berikut adalah soalan yang akan ditanya kepada guru pemulihan:
Peserta
Temu bual
Refleksi pengkaji
Guru Pemulihan
Apakah masalah yang dihadapi
oleh murid pemulihan bagi subjek
bahasa Melayu?

Apakah tahap penguasaan


kemahiran membaca murid-murid
pemulihan semasa mereka mulamula masuk ke dalam kelas
pemulihan?

Berapakah bilangan murid yang


tidak tahu membaca perkataan dua
suku kata KVKV pada awal tahun
ini?

Adakah murid mempunyai


kesukaran dalam menulis di dalam
kelas?
Adakah murid melakukan
kesalahan secara kerap dalam
menulis huruf dan perkataan?
Adakah tulisan murid senang
dibaca dan difahami oleh guru?
Apakah kaedah pengajaran yang
digunakan oleh cikgu?

6.4.5 Penelitian dokumen


Pengkaji menggunakan instrumen pengumpulan data menggunakan penelitian dokumen.
Pengkaji mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja murid yang dijalankan di dalam
kelas. Pengkaji menggunakan hasil kerja murid kerana pengkaji lebih mudah mengesan hasil
kerja yang dilakukan dari aspek kekemasan tulisan dan kesalahan sama ada menulis huruf di
atas garisan atau tidak serta ketepatan menulis sesuatu huruf. Sehubungan dengan itu,
pengkaji menggunakan senarai semak di dalam jadual 4 yang ditunjukkan di bawah sebagai
catatan hasil analisis dokumen yang dijalankan dalam mengkaji tulisan murid dalam
lembaran kerja.
Jadual 4
Bil
Item
Ya
Tidak
13.

Menulis perkataan dengan dengan betul

14.

Menulis bentuk huruf dengan tepat

15.

Tulisan boleh difahami dan dibaca

16.

Jarak antara huruf dengan huruf dalam


perkataan tidak terlalu rapat

Pengumpulan data seperti ini dapat memudahkan guru dalam menganalisis data dan
mengetahui tahap pencapaian murid. Masalah dianalisis melalui penggunaan Ya atau
Tidak. Kriteria yang diperlukan untuk mendapat Ya ialah responden tidak melakukan
kesalahan yang kerap dan masih boleh dibaca dan mengikut kehendak soalan. Manakala
kriteria tidak pula ialah secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan
murid kerap melakukan kesalahan dan mempunyai masalah tulisan yang tidak dapat dibaca
dan difahami.
Pengkaji turut menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengetahui peratus bagi markah
yang diperoleh daripada ujian diagnostik dan ujian awal.

Peratus =

Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji


Bilangan keseluruhan item yang diuji

X 100

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN


PENYELIDIKAN TINDAKAN
7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil

Aktiviti / Tindakan

Tarikh pelaksanaan

Catatan

Mentadbir ujian diagnostik

Minggu pertama - minggu kedua

Mengenal pasti isu dan


pengumpulan data awal

Minggu ketiga - minggu kelima

Minggu keenam - minggu ketujuh

Menulis cadangan
pemyelidikan tindakan
Merancang tindakan

Melaksana tindakan

Membuat refleksi mengenai


penyelidikan tindakan
Membentangkan dapatan
penyelidikan tindakan

Minggu kelapan - minggu kedua


belas
Minggu kedua belas

Minggu ketujuh kelapan

Selepas tamat intership

7.2 Rancangan Tindakan


Carta Gantt untuk perancangan pelaksanaan tindakan
Bil
Tindakan/
M M M M M
Minggu 1
2
3
4
5
1
2
3
4

Mentadbir ujian
diagnostik
Mengenal pasti isu
dan pengumpulan
data awal
Menulis cadangan
penyelidikan
tindakan
Merancang
tindakan

M
6

M
7

M
8

M
9

M
10

M
11

M
12

5
6

Melaksana
tindakan
Membuat refleksi
mengenai
penyelidikan
tindakan
Membentangkan
dapatan
penyelidikan
tindakan

Selepas tamat intership

8.0 Kos Kajian


Perbelanjaan
Bil
Perkara

Kuantiti

Kertas a4 (80 gram)

1 rim

Dakwat printer

3
4
5

Buku catatan
Alat tulis
Lain-lain

1 unit dakwat
hitam dan warna
1 unit
1 kotak

Kuantiti x Harga Jumlah Kos


Seunit
1 x RM 10.00
RM 10.00
1 x RM 50.00
1x RM 5.00
1x RM 6.00

RM 50.00

RM 4.00
RM 6.00
RM 20.00
Jumlah RM 90.00

9.0 Senarai rujukan


Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan
Menulis Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun
2008.
Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chia Mei Yin, Ismail Saliyan, Tan Si Ting, Mohamad Khairul Amin Mohammad dan Nor
Aishah Abdul Aziz. (2013). Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-murid
Pemulihan Khas dalam Penulisan Rumi Menggunakan Kit Doratin. 2nd International
Seminar on Quality dan Affordable Education Tahun 2013, 220-228.
Deller, B. Sc . (1993). The Teaching Fostering Interest and Achievemet, in Llyodo. Ollila
(Ed), The Kingdergarden Children and Reading. Neward, Delaware: International
Reading Assosiation.
Ee Ah Meng. (2005). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
Ab. Fatah Hassan. (2006). Tenaga dan Keremajaan Minda: Untuk Meningkatkan Produktiviti
dan Potensi Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ke Arah Kemantapan
Pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dengan Minat Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan
Universiti Putra Malaysia.
Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai