Anda di halaman 1dari 33

ABSTRAK

TEKNIK PENGGUNAAN LAGU


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P).
Oleh:
NOOR HAFIZAH BT. JAUHARI
DAN
RAKAN-RAKAN GURU UNIT BM
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TERENDAK
Dalam usaha menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu, pelbagai aktiviti cuba
dilakukan oleh guru. Hal ini kerana kebanyakan pelajar menganggap subjek bahasa
Melayu adalah subjek yang mudah mendapat A dalam peperiksaan terutamanya
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga
mereka memandang enteng akan subjek ini. Untuk itu salah satu cara untuk menarik
minat pelajar belajar Bahasa Melayu adalah dengan menggunakan teknik didik hibur
iaitu teknik penggunaan lagu dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Hal ini
kerana pelajar pada hari ini begitu terdedah dengan dunia muzik yang semakin hari
semakin berkembang. Dunia remaja mereka yang gemar pada hiburan menjadikan
guru tidak dapat tidak, mengelak menggunakan lagu sebagai salah satu medium yang
berkesan dalam pengajaran. Oleh itu kami telah menggunakan lirik lagu untuk
mengesan morfologi dan sintaksis, aspek KOMSAS dan mengesan maklumat sebagai
isi karangan. Pendekatan yang digunakan oleh guru ini diharapkan dapat menarik minat
pelajar untuk terus belajar dan menguasai Bahasa Melayu.

DIDIK HIBUR DALAM P&P


1

PENGGUNAAN LAGU DALAM P&P


PENGENALAN
Dalam usaha menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu, pelbagai
aktiviti dapat dilakukan oleh para guru. Hal ini kerana kebanyakan pelajar
menganggap subjek Bahasa Melayu adalah subjek yang mudah dikuasai dan mudah
untuk

mendapat

gred

yang

baik

dalam

peperiksaan

terutamanya

dalam

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)


sehingga mereka memandang enteng akan subjek ini. Walau bagaimanapun ada
juga pelajar yang amat berminat dengan subjek Bahasa Melayu di dalam kelas dan
sentiasa mengharapkan guru yang mengajar dapat melakukan sesuatu yang
menarik untuk mereka memberi tumpuan semasa P&P. Untuk itu salah satu cara
untuk menarik minat pelajar belajar Bahasa Melayu adalah dengan mengunakan
lagu dalam P&P.
Lagu memang tidak asing dalam diri setiap individu apatah lagi para pelajar.
Hal ini kerana pelajar pada hari ini begitu terdedah dengan dunia muzik yang
semakin berkembang. Dunia remaja mereka yang gemar pada hiburan masa kini
tidak dapat tidak untuk mereka mengelak daripada muzik ini. Lagu dalam liriknya
terkandung pelbagai maklumat dan idea untuk membantu pelajar menulis sebuah
karangan. Dalam lirik lagu juga guru boleh melaksanakan pemantapan terhadap
tatabahasa pelajar selain dapat dikaitkan dengan pembelajaran KOMSAS. Oleh itu
pendekatan yang digunakan oleh guru ini diharapkan dapat menarik minat pelajar
untuk terus belajar Bahasa Melayu.

ISU SEMASA DALAM LAGU


Kebanyakan lagu ada mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat yang
dikaitkan dengan isu semasa. Sebagai contoh dalam lirik lagu Hijau nyanyian
Zainal Abidin, liriknya banyak dikaitkan dengan

unsur

kecintaan terhadap alam

sekitar dan kesan jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara. Cuba perhatikan lirik
lagu Hijau di bawah ini.
HIJAU
Nyanyian: Zainal Abidin
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto


Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
Berdasarkan lirik lagu di atas, guru boleh meminta pelajar menyenaraikan kesan
jika alam sekitar jika tidak dipelihara. Jadi isu alam sekitar dan pemeliharaan alam
sekitar ada dalam lagu ini. Lirik lagu ini boleh membantu pelajar mendapat idea
semasa mereka ingin menulis karangan tentang isu alam sekitar.
Berikut disenaraikan beberapa contoh lagu yang boleh dikaitkan dengan isu dalam
tajuk-tajuk karangan yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P.
-

Lagu
Satu, Dua, Tiga
Ayah dan Ibu
Bonda
Pusara Di Lebuh
Raya
Aku Anak Desa
Aku
Budak
Kampung
Anak Gembala
Rendang
Tak
Berbuah
Naluri Cinta
Balada
Seorang
Gadis Kecil
Doa
Takkan
berpaling
dari-Mu
31 Ogos
Warisan
Tegakkan bendera
kita
Pada Syurga di
Wajahmu
Awan Nano
Kawan
Seribu impian
Indahnya
Bumi

Penyanyi
Aris Ariwatan
Sudirman
Hj
Arshad
M. Nasir
Rahmat
Ekamatra
Sudirman
Hj
Arshad

Isu/tajuk karangan
Peranan ibu bapa mendidik anakanak.

Hattan

Penyalahgunaan dadah

Rohana Jalil
Toki
Zubir Ali
Zubir Ali
Rossa

&

Kemalangan Jalan Raya


Kehidupan masyarakat Kampung

Kesan Peperangan

Ketuhanan

Sudirman

Semangat patriotisme

Nash
Hafiz

Masalah keluarga

Ruhil
Casey
XPDC

Persahabatan
Keindahan Alam sekitar
4

Tuhan

DIDIK HIBUR DALAM TATABAHASA MENGGUNAKAN LAGU


Guru boleh juga menggunakan lagu ketika mengajar tatabahasa kepada pelajar.
Sebagai contoh mengesan kesalahan tatabahasa, kesalahan imbuhan, ayat
tergantung dan ayat songsang. Berikut merupakan contoh aktiviti mudah yang
boleh dilakukan oleh guru semasa P&P yang kami gunakan menerusi lagu Cindai
nyanyian Siti Nurhaliza.
CINDAI Datuk Siti Nurhaliza
Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan
Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan
Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi
Gurindam lagu bergema takbir
5

Tiung bernyanyi pohonan jati


Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati
Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali
Contoh aktiviti:
1. Para pelajar diberikan lirik lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan
mereka diminta menyanyi sebagai aktiviti set induksi.
2. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan
yang berbeza iaitu:
(a) Kumpulan 1 - mengesan dan membaiki kesalahan tatabahasa
(b) Kumpulan 2 - mengesan dan membaiki kesalahan imbuhan dan ayat
tergantung
(c) Kumpulan 3 - mengesan dan membaiki kesalahan ayat songsang
3. Mereka diberikan masa 15 minit untuk berbincang. Setiap kumpulan diminta
membentangkan hasil perbincangan. Guru memberikan pengukuhan.

SKEMA JAWAPAN
BI
L
1

JENIS
Kesalahan
tatabahasa

KESALAHAN

PEMBETULAN

-jalinnya layu rentah beribu

- jalinnya layu rentah


beribu-ribu

-berbantal lengan tidurku

-berbantalkan lengan
tidurku

-puas ku jaga si bunga


impian

-puas kujaga si bunga


impian

-hendaklah hendak hendak


ku rasa

-hendaklah hendak hendak


kurasa

-tidaklah tidak tidak ku daya

-tidaklah tidak tidak


kudaya

-janganlah jangan jangan ku


hiba

-janganlah jangan jangan


kuhiba

-tiung bernyanyi pohonan jati

-tiung bernyanyi di
pohonan jati

Kesalahan imbuhan

Ayat songsang

Ayat tergantung

-seberang laut berapi

-di seberang laut berapi

-bukan dirintih pada siapa

-bukan dirintih kepada


siapa

-mendendam unggas liar di


hutan

-berdendam unggas liar di


hutan

-mekarnya kuntum nak idam


kumbang

-mekarnya kuntum nak


mengidam kumbang

-mekarnya kuntum nak idam


kumbang
-hendaklah hendak hendak
ku rasa

- kumbang nak idam


mekarnya kuntum
- hendak ku rasa hendaklah
hendak

-janganlah jangan jangan ku


hiba

- jangan ku hiba janganlah


jangan

-puncaknya gunung hendak


ditawan

- hendak ditawan
puncaknya gunung

-bukanlah bukan bukan ku


pinta

- bukan ku pinta bukanlah


bukan

-derita hati jangan dikenang


-gurindam lagu bergema
takbir

- jangan dikenang derita


hati
- bergema takbir gurindam
lagu

-mendendam unggas liar di


hutan

-(siapa) mendendam
unggas liar di hutan

-menunggu sinarkan kembali

-menunggu (siapa) sinarkan


kembali

Pelajar gembira semasa membentangkan hasil dapatan mereka apatah lagi apabila
guru meminta pelajar menyanyikan baris lagu tersebut. Keseronokan jelas
terpancar dalam diri mereka sepanjang sesi P&P.

TEKNIK PENGGUNAAN LAGU DALAM DALAM KOMSAS


Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS lebih berkesan dan
menarik, guru boleh menggunakan lagu bukan sahaja sebagai permulaan untuk
mengenalkan aspek KOMSAS kepada para pelajar malah sebagai nilai tambah
kepada guru untuk memberi hiburan sambil mendidik kepada pelajar. Misalnya
dalam kertas kerja ini, kami menggunakan lagu Wajah Kesayangan Hamba
nyanyian Hail Amir untuk dikaitkan dengan prosa tradisional Hikayat Indera Nata.
Cuba perhatikan lirik lagu tersebut di bawah ini terlebih dahulu.
WAJAH KESAYANGAN HAMBA
Nyanyian Hail Amir

Ingin ku milik kasih


Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya
Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai


Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima


Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan
( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku
Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata
Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa
Jika diperhatikan daripada lirik lagu Wajah Kesayangan Hamba ini, didapati lirik
lagu ini banyak menggunakan kata adjektif dalam menilai watak seorang gadis.
Dalam pengajaran KOMSAS aspek watak sememangnya sangat penting dalam
sesebuah prosa.
Jadi di sini kami telah meminta pelajar membandingkan watak gadis dalam lagu
Wajah Kesayangan Hamba ini dengan watak puteri yang terdapat dalam prosa
tradisional Hikayat Indera Nata pada halaman 50. Dalam halaman 50 puteri
digambarkan seperti ayat-ayat di bawah:

Rambutnya laksana cincin dituang


Dahinya seperti seri bulan
matanya seperti bintang timur
Pinggangnya seperti bunga setangkai
Giginya seperti delima merekah

Manakala gadis dalam lagu Wajah Kesayangan Hamba pula adalah seperti dalam
ayat di bawah:
9

Rambut panjang terurai


Bibir merah delima
Merdu alun suara
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik

Berikut adalah contoh aktiviti dalam sebuah Rancangan Harian Lengkap:

Contoh 1
LANGKAH PENGAJARAN
ISI PELAJARAN

Prosa tradisional
Hikayat
Inderaputera

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

CATATAN

Induksi set (5minit)


i

ii

Guru perdengarkan lagu


Wajah kesayangan
hamba nyanyian Hail
Amir.
Guru mengemukakan
10

Rakaman lagu Wajah


Kesayangan Hamba
nyanyian Hail Amir.

Soalan:

Siapakah
yang
menyanyik
an lagu
berkenaan
?
Apakah
tajuk lagu
yang
kamu
dengar?
Nyatakan
unsur
penting
dalam
lagu.

iii

soalan berkenaan lagu


Guru mengaitkan
jawapan pelajar dengan
tajuk pelajaran.

Langkah 1( 10 minit )
i

Guru membaca petikan


Prosa tradisional Hikayat
Inderaputera pada ms
50.

ii

Pelajar diminta melukis


gambaran kecantikan
puteri berdasarkan
petikan yang dibaca
secara individu.

iii

Pilih lakaran pelajar dan


minta pelajar lain ulas.

Langkah 2 ( 15 minit )
i

ii

Pelajar membaca petikan


ms 50 dan
menyenaraikan kata
adjektif yang terdapat
dalam petikan
Guru mengedarkan seni
kata lagu Wajah
Kesayangan Hamba dan
pelajar diminta
senaraikan kata adjektif
11

Kata adjektif dalam


petikan:

Rambutnya
laksana cincin
dituang
Dahinya seperti
seri bulan
matanya
seperti bintang
timur
Pinggangnya

dalam lagu berkenaan


dan membandingkannya
dengan prosa Hikayat
Indera Nata.
.

seperti bunga
setangkai
Giginya seperti
delima merekah
Dll.

Kata adjektif dalam


Lirik Lagu:
Rambut
panjang terurai
Bibir merah
delima
Merdu alun
suara
Pipi pauh
dilayang
Alis matanya
lentik
Langkah 3 ( 15 minit )
11.1 Aras 1 i.

Pelajar dibahagi kepada


4 kumpulan.

Menukarkan teks
klasik kepada
teks moden

ii

2 kumpulan diminta
menukar teks klasik
kepada bahasa moden.

iii

2 kumpulan lain diminta


memasukkan kata
adjektif daripada petikan
untuk disesuaikan
dengan irama lagu
Wajah Kesayangan
Hamba dan diminta
mempersembahkan
tugasan dalam bentuk
nyanyian.

Langkah 4 ( 10 minit )
i Pelajar membuat
persembahan mengikut
tugasan masing-masing.
ii Guru memberikan
12

komen.
Penutup: ( 5 minit )
i

ii

Guru membuat
peneguhan dan
membuat sedikit ulasan
mengenai bahasa
bandingan yang
digunakan dalam bahasa
klasik untuk menilai
kecantikan seseorang.
Pelajar menjawab soalan
pemahaman berdasarkan
KEBAT

Contoh 2

PENGAJARAN KOMSAS
13

Tingkatan
Masa
Tajuk

Tiga
80 minit
Hikayat
Inderaputera
Prosa Tradisional

Genre
Fokus Utama

10.6

Fokus
Sampingan

7.1

Objektif

Pada
1
2
3

Kemahiran
Bahasa
Sistem Bahasa
Pengisian
Kurikulum
Kemahiran
Bernilai
Tambah

Langkah

Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan ,


latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan
Aras 2 (iv) Menganalisis watak dan perwatakan
Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan ,
idea utama , isi penting dan isi releven tentang bahan yang
didengar, dibaca dan ditonton
Aras 1 (iii) mentafsir dan menghuraikan maksud kata,
rangkai kata, istilah, peribahasa, ayat dan perenggan.
akhir pengajaran, murid dapat:
Mengulas aspek perwatakan dalam watak seperti yang
terdapat dalam petikan
Menyenaraikan kata-kata adjektif seperti yang terdapat
dalam petikan
Menulis semula petikan prosa tradisional ke dalam bahasa
moden

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran Membaca
Tatabahasa : Kata Adjektif
Peribahasa: laksana cincin dituang, seperti merak menggigal
Ilmu : Sivik, Kemahiran Komunikasi
Nilai: hormat-menghormati
Kemahiran Berfikir: Memberi pendapat tentang tujuan masyarakat
lama memberi gambaran kecantikan puteri yang sangat sempurna
dalam cerita-cerita klasik
Kontekstual: Mengaitkan pengalaman sedia ada

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

14

KBT / Catatan

Set Induksi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Guru menunjukkan gambar Ratu Cantik dan


meminta pelajar memberikan maklum balas
setelah melihat gambar tersebut sambil
mengaitkan tentang aspek kecantikan.
Watak dan Perwatakan
Guru mengedarkan kertas A4 yang
kosong kepada semua pelajar
Guru membacakan petikan sambil
meminta pelajar melakarkan
gambaran tentang watak seperti
yang terdapat di dalam petikan
Setiap pelajar diminta memaparkan
hasil lukisan mereka kepada rakanrakan yang lain
Lukisan-lukisan yang terbaik
ditampalkan di dinding dan guru
meminta pelajar memberikan ulasan
untuk memilih lukisan yang paling
menepati cirri-ciri watak seperti
dalam petikan yang dibaca sebentar
tadi

Tatabahasa : Kata adjektif


Semua pelajar diminta membuka
antologi Harga sebuah Lukisan untuk
membaca prosa tradisional di muka
surat 50.
Pelajar diminta menyenaraikan katakata adjektif di dalam petikan yang
dibaca ke dalam lembaran grafik
Pelajar diminta mencatat perwatakan
Puteri Cendera Lela Nur Lela dan
anak raja.
Pelajar diminta memberikan
pendapat tentang kewajaran
memberikan gambaran kecantikan
tentang seseorang puteri raja yang
sangat sempurna.
Menggantikan frasa moden dengan
bahasa lama dan sebaliknya
Guru memperdengarkan lagu Wajah
Kesayangan Hamba dendangan Hail
Amir
Guru mengedar lampiran seni kata
lagu
Pelajar-pelajar diagih kepada 4
15

Kertas A4 kosong

Lampiran 1:
LPG Kata Adjektif
Lampiran 2: LPG
Watak dan
Perwatakan Puteri
Cendera Lela Nur Lela
dan anak raja.
Soalan KEBAT

Lampiran 3 : Senikata
Lagu Wajah
Kesayangan Hamba
Lampiran 4: Seni kata

Langkah 4

Penutup

kumpulan
Dua kumpulan akan menggantikan
frasa adjektif dalam lagu yang
perdengarkan tadi dengan bahasa
lama daripada petikan prosa
tradisional
Dua kumpulan akan menggantikan
frasa adjektif dalam prosa tradisional
yang dibaca dengan frasa moden
daripada lagu yang diperdengarkan
tadi
Penilaian dan Peneguhan
Setiap kumpulan membentangkan
hasil perbincangan mereka
Guru membuat ulasan
Guru membuat rumusan tentang isi
pelajaran pada hari tersebut

Lagu yang
dikosongkan pada
frasa-frasa adjektif
Lampiran 5 : Petikan
prosa tradisional yang
dikosong pada frasafrasa adjektif

KESIMPULAN
Seorang guru perlu bijak dalam memastikan kelas dapat dikelolakan dengan baik
dalam sesi P&P. Guru juga perlu bijak dalam mengenal potensi dan minat pelajar
yang berbeza-beza. Oleh itu sebagai guru mereka perlu percaya bahawa bukan
mudah untuk menambat hati seorang pelajar ketika mereka mengajar. Jadi didik
hibur dalam P&P amat diperlukan bagi memastikan kelas dapat berlangsung
dengan lancar dan seterusnya pelajar minat untuk belajar. Diharapkan kaedah
menggunakan lagu dalam P&P ini dapat menggalakkan pelajar untuk terus belajar
dan minat akan subjek Bahasa Melayu.

16

Lampiran

Satu, dua, tiga, empat


Nyanyian: Aris Ariwatan

Satukasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
(Ulang dari *)
Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

17

Sudirman
Ayah Dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

18

Lirik Lagu Bonda M Nasir


Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
bonda

19

PUSARA DI LEBUH RAYA - EKAMATRA


Dalam perjalan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui

Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Terbayanglah kisah lalu


Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku

Kini cinta tiada lagi


Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti

Betapa aku lemah di sini


Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Kini engkau tiada lagi


Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi
20

Warisan
Sudirman Hj Arshad
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
21

Tegakkan Bendera Kita


Sudirman Hj Arshad
Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga
Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua
Tegakkan bendera kita

22

Anak Gembala
Sudirman Hj Arshad
Ooo akulah anak gembala
Merentas segenap desa
Ke gunung padang dan lurah
Dari pagi hingga senja
Berbekalkan tongkat rotan
Rotan jati dari hutan
Aaaa
Aaaa
Ooo akulah anak gembala
Merentas sungai dan rimba
Beginilah tiap masa
Tapi hatiku gembira
Bertemankan kambing tua
Lembu jantan dan betina
Aaaa
Aaaa
Ibu, sangat sayang kepadaku
Membekal pengat dan susu
Untuk mengalas perutku
Ayah memberi seruling tua
Untuk menghiburkan hati
Bila terasa sunyi
Ooo tiada siapa yang tahu
Nun jauh tinggi di gunung
Buah hatiku menunggu
Gembala seperti aku
Dia suka kepadaku
Aku suka kepadanya
Aaaa
Aaaa
23

RENDANG TAK BERBUAH - HATTAN


Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu
Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah
Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara
Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya
Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan
Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
24

Biarpun tak bersubur


Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

NALURI CINTA
To'ki & Rohana Jalil
Di daerah itu langit kelabu
Sejak lama
Suria di situ tiada lagi
Bercahaya
Degup jantung dan denyutan nadi
Di setiap saat
Ada yang terhenti
Melalui
Penderitaan hari ke hari
Disedari betapapun berat mata
Yang memandang
Betapalah jiwa yang sarat menanggung
Penderaan
Hanya kesalan dan kata kata
Sedang tindakan jauh dari nyata
Semakin jelas
Kemunafiqan makhluk bernama manusia
Usahlah kita mengharapkan lagi
Dari mereka kata simpati
Ucapan di bibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan di hati
Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
Kemanusiaan
Hanyalah kita
Sesama kita
yang memahami erti derita
Sesama kita mari semaikan
Naluri cinta
25

Kemanusiaan
Kemanusiaan

BALADA SEORANG GADIS KECIL


Zubir Ali
Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayah bonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia
Berapa abad lagi

26

Gadis kecil seperti Munir


Akan menjadi korban peperangan

DOA
ZUBIR ALI
Tuhanku dalam termangu
Kusebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingatkan kau penuh seluruh
Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku pintumu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

27

Pada Syurga Di Wajah Mu


Nash
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

28

Kan ku tahan apa hukuman


Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

AWAN NANO
Hafiz

Lihat ke arah sana


Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku

29

Sehingga kau katakan


Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Kawan
Ruhil
Kawan apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih
Kau pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka bercinta
Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi
Hei! Jangan buang masa
30

Dengan berkhayal saja


Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan
Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi

Hijau Bumi Tuhan


XPDC
Sekali ku memandang
kehijauan saujana mata
semusim yang benderang
hati riang nikmatnya tuhan
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya
Semusim ia datang
keindahan ciptaan tuhan
hijau yang terbentang
makhluk tuhan bermesra-mesra
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya
Damai terperi kicau bernyanyi
31

burung berkicauan riang terbang


ombak menghempas pantai menanti
indah biru laut ini pasti
Salam diberi insan di bumi
itu nikmat hari hari ini
tegur dan sapa senyum ketawa
itu tanda kita riang
abadikan keindahan ini

AKU BUDAK KAMPUNG


Sudirman
Duri di kaki
Peluh di dahi
Pacat dan lintah
Teman biasa
Berlagak ke sawah
Ku membantu ayah
Di halaman sekolah
Hijau persona
Ikan yang dikali
Ulam merata
Mahal sekali
Di tengah kota
Jikalau begitu
Elok di sana
Rasa nak menjamu
32

Cari sahaja
Ku budak kampung
Kau budak kampung
Oi orang kampung di tengah kota
Ku budak kampung
Kau budak kampung
Oi orang kampung
Apa khabarnya
Oi orang kampung jangan kau lupa
Oi orang kampung ibu dan ayah
Aku ingin kembali
Hidup bertani
Segar bermandi
Air telaga
Hebat di kampungku
Asal usulku
Hai biar apapun
Kupulang jua

33

Anda mungkin juga menyukai