Anda di halaman 1dari 9

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3

KAJIAN NOVEL
BUKAN DUNIAKU
TINGKATAN 1

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
Sinopsis
Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua
sindiket haram,iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe
memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya
melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.
Halim dan rakan-rakan yang sebnasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah
mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat
melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim
memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit.
Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah
kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh
ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya,
Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim
bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.
Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan
latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani
berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau
Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim
memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja
untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.
Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh meminta Halim menceritakan perkara
sebenarnya sehingga dia terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita. Halim mengimbas
kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas sikap ayah dan ibunya. Halim berasa sangat
kecewa apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Bagi Halim, ayah dan ibunya terlalu sibuk
bekerja sehingga mengabaikannya. Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-rayau di ibu
kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun,
Abang Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal kerana bertindak terburu-buru.
Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka
Halim berhubung dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah terbongkar. Saleh yang
menemani Halim ke sarang penyembunyian dadah dan ganja itu turut dipukul dengan teruk. Namun
begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya seorang
kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan
kawan-kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Halim
mengutus surat kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa ayahnya akan menanggung
belanja persekolahan Saleh.
**************

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
Tema:
Ketabahan hati seorang remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan setelah terperangkap
dalam sindiket haram.
Halim tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe. Halim
tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak
membayar sebarang upah kepadanya.
Persoalan:
i.

Kesengsaraan hidup remaja yang menjadi yang menjadi mangsa kumpulan sindiket haram.
Halim dan rakan-rakannya hidup terkongkong dan terseksa. Abang Joe telah mengarahkan koncokonconya supaya sentiasa mengawasi tindakan Halim dan rakan-rakannya. Sesiapa yang ingkar
akan arahan Abang Joe akan dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

ii.

Kekesalan remaja yang bertindak mengikut kata hati.


Halim amat kesal atas tindakannya lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah
dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Sikap terburu-buru Halim itu telah membawa musibah
kepadanya.

iii.

Sikap golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan atas
kelemahan orang lain demi kepentingan diri.
Abang Joe telah memperdayakan Halim dan rakan-rakannya supaya tinggal dengannya. Dia
memukul dan mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti menjaga petak letak
kereta dan mencuci kereta tanpa membayar sebarang upah kepada mereka.

iv.

Semangat setiakawan yang tinggi.


Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang akan
keselamatan kawan baiknya itu. Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul
oleh konco-konco Abang Joe.

v.

Kebijaksanaan seorang pegawai polis dalam menyiasat kes jenayah.


Fariz bijak menyembunyikan identitinya dalam menyiasat kes Abang Joe. Dia memberitahu Halim
kononnya dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta supaya identitinya yang sebenar tidak
terbongkar. Dia sering pergi ke tempat Halim bekerja untuk mengintip kegiatan Abang Joe dan
konco-konconya.

vi.

Peranan pihak berkuasa dalam menangani kes-kes jenayah.


Anggota polis yang diketuai oleh Fariz telah memberkas Abang Joe dan konco-konconya yang
melakukan kegiatan jenayah seperti mengedar dadah, memeras ugut, dan sebagainya.

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
Watak dan Perwatakan:
i.

Watak utama dalam novel ini ialah Halim.

ii.

Watak sampingan terdiri daripada Saleh, Abang Joe/Johari, Fariz, ayah Halim, ibu Halim, ayah
Saleh, ibu Saleh/Mak Minah, dan Mak Esah.

Halim
Halim anak tunggal dalam keluarga.
Halim berusia 15 tahun.
Halim terlalu mengikut kata hati. Dia sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati
apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
Halim mudah terpedaya. Halim terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang telah
menyelamatkannya daripada disamun. Dia percaya bahawa Abang Joe lelaki yang baik
sedangkan Abang Joe hanya ingin memerangkap remaja yang lari dari rumah seperti Halim.
Halim rajin bekerja. Halim rajin bekerja sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak
memberikan sebarang upah kepadanya.
Halim tabah menempuh dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak
berperikemanusiaan. Abang Joe akan mengarahkan konco-konconya memukul Halim jika dia
ingkar akan arahannya atau cuba melarikan diri.
Halim bersimpati kepada Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu
menanggung belanja persekolahannya.
Saleh
Saleh merupakan anak sulung dalam keluarganya.
Saleh memahami kesulitan hidup keluarganya.
Saleh anak yang rajin. Setiap nhari dia membantu ayahnya menoreh getah sebelum pergi ke
sekolah.
Saleh penyayang. Saleh amat sayang akan keluarganya sehingga dia sanggup berhenti sekolah
kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adikadiknya belajar. Saleh juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan demi membela
nasib mereka sekeluarga.
Saleh mudah termakan pujuk rayu orang yang tidak dikenalinya.Saleh membatalkan niatnya untuk
mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh olehkata-kata Abang Joe yang
menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya.
Saleh mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Dia sanggup menemani Halim berjumpa
dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh koncokonco Abang Joe.
Abang Joe/Johari
Abang Joe ketua sindiket haram. Dia mempengaruhi renmaja yang tidak berumah atau yang lari
dari rumah supaya melakukan kerja-kerja haram untuknya seperti mencuci kereta, menjaga tempat
letak kereta dan sebaginya.
Abang Joe pandai memperdayakan golongan remaja. Abang Joe pandai memperdayakan Halim
dan Saleh. Dia berjanji untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang baik di ibu kota
sedangkan tujuan sebenarnya hanya ingin memeras tenaga mereka.
CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
Fariz
-

Abang Joe kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe sanggup mengarahkan koncokonconya memukul Halim dan rakan-rakannya jika mereka ingkar akan arahannya.
Abang Joe licik dalam menjalankan kegiatannya. Dia sukar dikesan oleh pihak berkuasa walaupun
sudah menjadi pengedar dadah utama di ibu kota.
Fariz tinggi lampai, berkulit sawo matang, dan berambut pendek.
Fariz pemurah. Dia selalu membelanjai Halim makan di gerai yang berhampiran dengan tempat
Halim bekerja mencuci kereta.
Fariz bijak menyembunyikan identitinya. Dia memberitahu Halim kononnya dia seorang kerani di
sebuah syarikat swasta padahal dia merupakan pegawai polis dari bahagian narkotik dan jenayah.
Fariz berani. Fariz berani mempertahankan Halim ketika Abang Joe memarahi Halim kerana
makan bersama-sama dengannya.
Fariz bertanggungjawab. Dia telah menjalankan tugasnya untuk menyiasat kes jenayah yang
dilakukan oleh Abang Joe dengan baik sehingga Abang Joe dan konco-konconya berjaya
diberkas.

Latar:
Latar Tempat
i.

Tempat cuci kereta


tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang Joe.

ii.

Bawah pokok
tempat Halim meletakkan peralatan mencuci kereta dan tempat Halim duduk sementara
menunggu pelanggan datang untuk mencuci kereta.

iii.

Sebuah lorong di ibu kota


tempat Halim merayau-rayau setelah tiba di ibu kota. Di tempat ini Halim hampir-hampir
disamun oleh beberapa orang lelaki. Di sini jugalah Halim mula mengenali Abang Joe
yang menyelamatkannya daripada menjadi mangsa samun.

iv.

Pondok usang
di pondok ini Halim dan rakan-rakannya yang senasib dengannya ditempatkan. Di sini
jugalah Halim dan Saleh berkongsi cerita tentang kisah masing-masing. Mereka ke bandar
sehingga akhirnya termasuk dalam perangkap Abang Joe.

v.

Rumah Halim
tempat tinggal Halim sekeluarga. Di rumah ini Halim sering ditemani pengasuhnya, Mak
Esah apabila ayah dan ibunya keluar bekerja.

vi.

Rumah Saleh
tempat tinggal Saleh sekeluarga. Di rumah inilah ayah Saleh memberitahu Saleh bahawa
beliau tidak mampu menyekolahkan Saleh lagi. Di rumah ini jugalah Saleh memberitahu

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
ayahnya bahawa dia sanggup berhenti sekolah. Malah, Saleh turut memberitahu ayahnya
tentang hasratnya yang ingin mencari pekerjaan di bandar demi membela nasib mereka
sekeluarga.
vii.

Gerai makan
gerai ini terletak berhampiran dengan tempat Halim bekerja mencuci kereta. Di sinilah
Fariz membelanja Halim makan.

viii.

Sebuah pondok usang yang lain


Abang Joe menjadikan pondok ini sebagai tempat menyimpan dadah. Di sini jugalah
Halim dan Saleh dipukul oleh konco-konco Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim
berkawan dengan Fariz.

Latar Masa
i.

Pada waktu siang


setiap hari Halim bekerja mencuci kereta setelah dia termasuk dalam perangkap Abang
Joe.

ii.

Pada waktu pagi


Saleh membantu

iii.

ayahnya

menoreh

getah

sebelum

pergi

ke

sekolah.

Pada waktu malam


Halim dan kawan-kawan yang senasib dengannya tidur di sebuah pondok usang.

Latar Masyarakat
i.

Masyarakat remaja yang terlalu mengikut kata hati.


Halim yang baru berusia 15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati
apabila ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya.

ii.

Masyarakat yang hidup dalam kesusahan sebagai akibat kemiskinan.


Keluarga Saleh hidup dalam kemiskinan. Ayah Saleh tidak mampu menanggung belanja
persekolahan Saleh.

iii.

Masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban demi keluarga.


Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin
memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar. Malah, Saleh sanggup pergi ke bandar untuk
mencari kerja demi membela mereka sekeluarga.

iv.

Masyarakat yang sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain demi kepentingan diri.
Abang Joe sanggup memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Abang Joe sanggup
memperdayakan Halim dan rakan-rakannya. Dia mengugut Halim dan rakan-rakannya supaya
bekerja mencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta tanpa memberikan sebarang upah
kepada mereka.

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
v.

Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Abang Joe mengarahkan konco-konconya
memukul Halim dan Saleh apabila mereka cuba melarikan diri.

vi.

Masyarakat remaja yang tabah menghadapi dugaan.


Halim dan Saleh tabah menempuh dugaan hidup di ibu kota setelah mereka termasuk dalam
perangkap Abang Joe.

vii.

Masyarakat yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.


Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe dan tidak meninggalkan Halim
sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

viii.

Masyarakat ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap
anak. Ibu bapa Halim sibuk bekerja sehingga kurang memberikan perhatian terhadap Halim.

ix.

Masyarakat yang berusaha untuk membanteras jenayah.


Fariz dan beberapa orang rakan sepasukannya telah menangkap Abang Joe dan konco-konconya
yang menjalankan kegiatan haram seperti mengedar dadah dan memeras ugut.

x.

Masyarakat yang sanggup memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membanteras
kegiatan jenayah.
Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan tentang kegiatan
jenayah Abang Joe di mahkamah. Sebagai akibatnya, kesemua penjenayah terbabit telah dijatuhi
hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.

Nilai Murni:
i.

Kasih sayang.
Contohnya, Saleh sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu
membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar.
Malah, dia sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.

ii.

Tabah.
Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang
tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka
ingkar akan arahannya.

iii.

Rajin.
Contohnya, Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang
upah kepadanya.

iv.

Bersimpati.
Contohnya, Halim bersimpati akan nasib Saleh yang terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya
tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
v.

Setia.
Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe. Dia tidak meninggalkan Halim
sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

vi.

Bijak.
Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagian narkotik
dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.

vii.

Baik hati.
Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh.

Pengajaran:
i.

Kita haruslah sayang akan keluarga kita.


Contohnya, Saleh begitu sayang akan keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak
mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya
belajar. Dia juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka
sekeluarga.

ii.

Janganlah bertindak terburu-buru.


Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah semata-mata kerana berkecil hati
apabila ibu dan ayahnya terlupa akan hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe.

iii.

Janganlah mudah percaya akan kata-kata orang yang tidak kita kenali.
Contohnya, Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana
terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin
kehidupannya akhirnya termasuk dalam perangkap lelaki tidak berhati perut.

iv.

Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak
supaya mereka tidak berasa terabai.
Contohnya, ayah dan ibu Halim yang terlalu sibuk bekerja menyebabkan Halim berasa terabai dan
bertindak lari dari rumah.

v.

Kita mestilah tabah menghadapi dugaan.


Contohnya, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang
tidak berperikemanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka
ingkar akan arahannya.

vi.

Kita haruslah belajar daripada kesilapan.


Contohnya, Halim menyesal kerana bertindak lari dari rumah dan dia bertekad tidak akan
mengulangi kesilapan itu.

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

http://cikgusazali.blogspot.com
vii.

Kita haruslah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.


Contohnya, Saleh sanggup menemani Halim berjumpa dengan Abang Joe kerana dia bimbang
akan keselamatan kawan baiknya itu. Malah, Saleh tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun
dia dipukul oleh konco-konco Abang Joe.

viii.

Kita perlu bijak dalam menyiasat sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang.
Contohnya, Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai pegawai polis dari bahagaian narkotik
dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.

ix.

Kita hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membenteras jenayah.
Contohnya, Halim dan rakan-rakannya sanggup menjadi saksi dan memberikan keterangan
tentang kegiatan jenayah Abang Joe di mahkamah.

x.

Kita harus membantu golongan yang memerlukan bantuan.


Contohnya, ayah Halim sanggup menanggung belanja persekolahan Saleh

Salam hormat.

CSL
Ulasan Novel Bukan Duniaku

Anda mungkin juga menyukai