Anda di halaman 1dari 2

NAMA : PUTRI LIANA BT OMAR

NO.MAKTAB : 09236

NO.KP : 931114-05-5364

TAJUK : KESAN RUMAH HIJAU

TAFSIRAN :

KESAN RUMAH HIJAU

Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga
didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat
sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus
tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada
pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu
yang menyebabkan berlakunya pemanasan global.
 
Faktor dan Kesan
1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah
Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung
kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran
matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.
2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan
cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas
rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-
gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi
pembangunan global.

Komponen gas -gas rumah hijau

1. · Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api
berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa
kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera
sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.

· Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang
batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada
haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

· Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada
aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.  

· Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah


sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses
industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan
lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti
yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High
Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

Impak Rumah Hijau

 Kenaikan suhu bumi


 Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
 Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
 Kemarau
 Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
 Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
 Penipisan lapisan ozon

Anda mungkin juga menyukai