Anda di halaman 1dari 19

Asas Bagi Fiqh Minoriti Muslim : Kajian Kes Awal Mengenai Muslim Yang

Berhijrah 1 Ke Habsyah 2 Semasa Zaman Rasulullah s.a.w


Muhammad Haniff Hassan

PENGENALAN
Kertas ini ditulis atas premis bahawa minoriti Muslim menghadapi persekitaran yang
berbeza dari umat Islam yang berada di negara-negara Islam. Di sebabkan perbezaan
persekitaran dan realiti, minoriti Muslim memerlukan fiqh yang berbeza.
Hakikat ini juga dibina atas perspektif bahawa pengamalan Islam haruslah mengambil
kira persekitaran dan realiti semasa, selain dari meraikan prinsip-prinsipnya yang tetap.
Kertas ini bukan bertujuan untuk membicarakan secara komprehensif persoalan fiqh
minoriti Muslim tetapi ia hanya bertujuan untuk mendedahkan riwayat mengenai
masyarakat Islam di Habsyah selaku kumpulan minoriti Islam awal dan isu yang timbul
dari riwayat ini.
Sehingga kini, masyarakat Islam Singapura tidak banyak terdedah dengan riwayat sejarah
ini yang di dalamnya mengandungi pelbagai pengajaran yang membantu mereka untuk
menghadapi situasi kehidupan mereka selaku minoriti Muslim.
Pengkajian terhadap riwayat-riwayat awal ini sejajar dengan prinsip pembangunan fiqh,
iaitu sentiasa merujuk kepada sumber-sumber asal dan utama yang sahih.
Dengan itu, fiqh minoriti Muslim yang dibangunkan tidak diragui dan tidak dilihat
sebagai sesuatu yang lahir dari jiwa yang lemah dan mengalah (defeatist). Sebaliknya, ia
adalah sesuatu yang asli dan lahir dari roh agama ini yang bersifat praktikal dan realistik.
Pastinya pembangunan fiqh minoriti Muslim tidak terbatas pada sejarah umat Islam di
Habsyah sahaja. Namun dengan pendedahan ini, diharap akan mencetus kajian
selanjutnya. Khususnya, perbahasan terperinci berkaitan isu-isu yang ditimbulkan.
MINORITI MUSLIM DI DUNIA & CABARAN BAGI KEHIDUPAN AGAMA

Hijrah ke Habsyah adalah hijrah pertama yang dicadangkankan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabatnya. Hijrah
pertama ke Habsyah berlaku pada tahun ke 5 setelah kenabian. Apabila orang-orang Islam yang berhijrah mendengar
berita bahawa orang-orang Quraisy telah masuk Islam setelah turunnya ayat dalam surah An-Najm, sebahagian dari
mereka pulang ke Mekah. Namun mereka dapati berita itu tidak benar, bahkan Quraisy semakin keras menentang
Islam. Lalu berlakulah hijrah ke Habsyah kali kedua. Rujuk Ibn Katsir, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, Maktabah AlMaarif, 1984, jld 3, ms 66 67 dan Sa`id Hawwa, Al-Asas Fi As-Sunnah (As-Sirah An-Nabawiyah), Dar As-Salam,
1989, jld 4, ms 248-249.
2
Habsyah adalah sebuah negara di Afrika yang sekarang ini lebih dikenali dengan Ethiopia. Pantainya menghadap Laut
Merah. Pantai di seberang pula ialah pantai Semenanjung Tanah Arab (Arab Saudi).

Pada Muktamar Minoriti Muslim yang diadakan di Riyadh pada tahun 1986 telah
diadakan pengiraan bagi menunjukkan jumlah minoriti Muslim di seluruh dunia.
Gambaran yang diperolehi mengenai minoriti Muslim adalah seperti berikut;
Benua

Asia
Afrika
Amerika
Australia
Eropah
Jumlah
Peratus

Jumlah orang Islam di


negara-negara Islam pada
kadar juta
470j
223j
2
695
65%

Jumlah orang Islam di


negara-negara
bukan
Islam pada kadar juta
282j
70j
4j
0.3j
15
371.3j
35%

Jumlah

752j
293j
4j
0.3j
17j
1066.3j
100%

Dilaporkan juga bahawa peningkatan jumlah umat Islam di dunia ialah pada kadar 21
25 juta setahun 3 .
Oleh kerana sekarang ini kita berada di tahun 2003, angka di atas pastinya telah berubah.
Namun yang penting ialah untuk memberi gambaran umum akan kewujudan minoriti
Muslim di dunia hari ini 4 . Gambaran ini pastinya amat berbeza dengan gambaran umat
Islam di zaman awal Islam. Yang mana, umumnya tempoh kehidupan umat Islam sebagai
minoriti di Mekah dan Habsyah boleh dikatakan singkat dan sementara. Pada zaman
kegemilangan tamadun Islam pula, rata-rata umat Islam semua bernaung di bawah
kerajaan Islam yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Gambaran umum ini menunjukkan pada kita bahawa jumlah umat Islam yang hidup
sebagai kaum minoriti bukanlah sedikit tetapi berjumlah jutaan manusia. Sebilangan dari
kalangan mereka pula adalah penduduk asal negara berkenaan.
Sebagai kaum minoriti, pastinya realiti hidup mereka berbeza dengan umat Islam yang
hidup di negara Islam. Realiti pastinya menuntut mereka untuk mengkontekstualkan
amalan atau sikap dalam beragama sesuai dengan realiti yang ada dan berbeza dengan
saudara-saudara mereka di negara Islam.

Sulaiman Muhammad Tubuliyak, Al-Ahkam As-Siyasiyah Li Al-Aqalliyat Al-Muslimah Fi Al-Fiqh Al-Islami (Hukum
Bagi Minoriti Muslim Dalam Bidang Politik Dari Sudut Fiqh Islam), Dar An-Nafais, 1997, ms 43. Lihat juga kertas
kerja Al-Aqalliyat Al-Islamiyah Fi Al-`Alam (Minoriti Muslim Di Dunia), ms 132, dibentangkan di Muktamar Minoriti
Muslim, Riyadh, 1986.
4
Beberapa data baru mengenai minoriti Muslim ialah:
a.

b.
c.
d.
e.

Muslim di Amerika dianggarkan berjumlah 2 7 juta. Lihat majalah Kehidupan Orang Islam di Amerika, terbitan
Pejabat Program-program Maklumat Antarabangsa, Pejabat Jabatan Negara Amerika Syarikat,
http://usinfo.state.gov
Muslim di United Kingdom dianggarkan berjumlah 1.6 juta. Lihat http://www.statistics.gov.uk
Muslim di Perancis dianggarkan berjumlah 3 5 juta. Lihat http://www.francobritishcouncil.org.uk/Muslims.htm
Muslim di Cina dianggarkan berjumlah 20 200 juta. Lihat www.ehalal.net
Muslim di India dianggarkan berjumlah 101 juta. Lihat http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/intoc.html

Hakikat ini adalah kerana amalan Islam tidak boleh dipisahkan dengan realiti dan
persekitaran yang ada. Adalah tidak munasabah bagi umat Islam minoriti yang pastinya
mempunyai keterbatasan tertentu dituntut untuk menyamai umat Islam yang majoriti
dalam semua tanggungjawab agama.
Atas dasar inilah timbul keperluan dan gagasan bagi mewujudkan fiqh yang khusus bagi
minoriti Muslim Fiqh Al-Aqalliyat Al-Muslimah kerana fenomena minoriti Muslim
dalam bentuk seperti sekarang ini adalah satu fenomena yang baru. Oleh itu tidak banyak
didapati pandangan ulama dahulu mengenainya. Apatah lagi, fiqh Islam umumnya ditulis
oleh para ulama di zaman Islam adalah kuat dan umat Islam hampir keseluruhannya
bernaung di bawah kerajaan Islam. Maka banyak perspektif dan hukum yang dihasilkan
dipengaruhi oleh konteks sedemikian, yang tidak sesuai pula bagi konteks hari ini atau
bagi konteks minoriti Muslim.
Persoalannya ialah apakah dasar bagi membina fiqh ini? Adakah terdapat dalam sumber
rujukan Islam yang utama satu kes yang boleh dirujuk dan dikaji agar dapat dibina
beberapa prinsip dan panduan bagi minoriti Muslim?
Dari apa yang dinyatakan dapat digambarkan bahawa minoriti Muslim membentuk 1/3
dari jumlah umat Islam di dunia. Jika penambahan umat Islam berterusan pada kadar
yang dinyatakan, mereka akan menjadi jumlah yang teramai dalam tempoh yang terdekat.
Atas dasar itu, adalah penting akan persoalan minoriti Muslim ini diambil perhatian yang
berat dan hendaklah ada hubungan yang pelbagai di kalangan mereka agar mereka dapat
saling mengambil faedah antara satu sama yang lain melalu pertukaran kepakaran.
Minoriti Muslim ini, jika dapat dimanfaatkan dengan baik pula akan mampu memberi
sumbangan yang besar kepada Islam. Tidak harus pula kita mengabaikan mereka tanpa
mengambil berat akan masalah mereka. Ini pastinya tidak sesuai bagi manusia, apatah
lagi bagi seorang Muslim. Bahkan handaklah kita membantu mereka dengan segala
keupayaan yang ada 5 .
Salah satu dari usaha untuk membantu kelompok minoriti Muslim ini ialah dengan
membangun fiqh minoriti Muslim dan dasar-dasarnya dalam konteks yang umum. Fiqh
dan dasar-dasar umum bagi minorit Muslim ini pula kemudiannya dijadikan panduan
bagi setiap minoriti Muslim yang wujud di negara masing-masing untuk
mengkontekstualkan amalan agama mereka sejajar dengan realiti yang dihadapi di negara
berkenaan, baik dalam persoalan politik, sosial atau ekonomi, serta menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi.
RIWAYAT-RIWAYAT MENGENAI MINORITI MUSLIM DI HABSYAH
Di bawah ini dibawa beberapa riwayat yang berkaitan dengan umat Islam yang berhijrah
ke Habsyah. Riwayat-riwayat ini walau pun sedikit tetapi ia amat berguna bagi
menangani beberapa persoalan dasar bagi masyarakat minoriti Muslim di zaman moden.
5

Sulaiman Muhammad Tubuliyak, Al-Ahkam As-Siyasiyah Li Al-Aqalliyat Al-Muslimah Fi Al-Fiqh Al-Islami (Hukum
Bagi Minoriti Muslim Dalam Bidang Politik Dari Sudut Fiqh Islam), ms 43.

Apa yang dibawa di bawah ini bukanlah keseluruhan riwayat yang terdapat dalam
khazanah buku hadits dan sejarah Islam. Namun ia mengandungi yang terpenting.
Kebanyakan yang lain adalah pengulangan-pengulangan. Oleh itu, ia tidak disertakan.
Apa yang dibawa di bawah ini pula ialah yang sahih dari di riwayat-riwayat yang banyak
itu, berdasarkan pada komentar-komentar para ulama yang telah ditukil.
Riwayat Pertama 6
Muhammad b. Ishaq telah berkata Apabila Rasulullah s.a.w melihat apa yang menimpa
para sahabatnya dari pelbagai bala, sedangkan beliau terpelihara darinya kerana
kedudukannya di sisi Allah azza wajalla dan kerana perlindungan Pak Ciknya Abu Talib.
Beliau s.a.w pula tidak mampu untuk menghalang mereka dari bala yang menimpa
mereka. Beliau s.a.w lalu berkata Mengapa tidak kamu keluar ke bumi Habsyah? Di
sana ada seorang raja yang tidak menzalimi sesiapa. Ia adalah bumi kebenaran, (kamu
kekal di sana) sehingga Allah menjadikan kelapangan dari apa yang kamu hadapi
sekarang ini.
Maka pada ketika itu, keluarlah beberapa orang-orang Islam dari sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w ke bumi Habsyah kerana takutkan fitnah dan kerana menyelamatkan
agama mereka untuk menuju kepada Allah. Peristiwa itu adalah hijrah pertama dalam
Islam.
Komentar
Riwayat ini menceritakan akan sebab berlakunya hijrah iaitu untuk mengamankan diri
dan agama orang-orang Islam dan juga sebab pemilihan Habsyah sebagai tempat
berhijrah, kerana rajanya yang adil.
Riwayat Kedua 7
Abdullah b Mas`ud berkata; Rasulullah s.a.w telah mengutus kami kepada Najasyi. Kami
berjumlah sekitar 80 orang. Di kalangan mereka ada Abdullah b. Mas`ud, Jakfar,
Abdullah b. Arfatah, Utsman b. Maz`un dan Abu Musa. Mereka pun mendatangi Najasyi.
Lalu orang Quraisy menghantar Amru b. Al-`As dan `Imarah b. Al-Walid dengan
hadiah. Apabila mereka menghadap Najasyi, mereka sujud kepadanya. Kemudian mereka
bersegera ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri. Kedua mereka lalu berkata kepada
Najasyi Sesungguhnya beberapa orang dari kaum kami telah tiba di negeri tuan. Mereka

Ibn Katsir, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jld 3, ms 66.


Ahmad b. Hanbal, Al-Musnad, Dar Al-Hadits, 1995, jld 4, ms 244 246, hadits 4400. Lihat juga Ibn Katsir, AlBidayah Wa An-Nihayah, jld 3, ms 69. Beliau berkata bahawa riwayat ini mempunyai sanad yang baik,kuat dan isi
yang baik. Ibn Katsir juga meriwayatkan hadits yang hampir sama dari Al-Hafiz Abu Nu`aim dari buku Ad-Dalail
dengan sanad yang sampai sehingga ke Abu Musa Al-Asy`ari.
7

tidak suka kepada kami dan agama kami. Najasyi berkata Di mana mereka? `Amru dan
`Imarah berkata Di negeri tuan. Hantarlah utusan kepada mereka untuk datang.
Najasyi lalu menghantar utusan. Lalu berkata Jakfar Saya adalah jurubicara kamu semua
hari ini. Ikutlah dia (utusan). Jakfar lalu memberi salam dan tidak bersujud. Maka orang
ramai berkata Kenapa engkau tidak sujud kepada raja? Berkata Jakfar Sesungguhnya
kami tidak sujud kecuali kepada Allah azz wa jalla. Najasyi berkata Apakah itu
(Allah)? Jakfar berkata Allah mengutus kepada kami seorang rasul kemudian
memerintah kami agar tidak bersujud kepada sesiapa kecuali kepada Allah azza wa jalla
dan Dia memerintahkan kami agar bersolat dan berzakat.
`Amru berkata Sesungguhnya mereka berbeza dengan tuan mengenai Isa b. Maryam.
Najasyi berkata Apa pendapat kamu mengenai Isa. B. Maryam dan ibunya? Jakfar
berkata Kami berkata sebagaimana Allah berkata bahawa dia adalah kalimah dan
rohNya. Dia meletakkannya dalam diri seorang perawan yang suci, yang tidak disentuh
oleh manusia dan belum mempunyai anak.
Berkata Ibn Mas`ud Najasyi kemudian mengangkat sebatang ranting dari bumi
kemudian berkata Wahai penduduk Habsyah, para paderi dan pendita! Demi Allah,
mereka tidak berlebihan dalam apa yang kita katakan mengenai Isa kecuali seperti ranting
ini sahaja. Selamat datang bagi kamu dan sesiapa yang datang bersama kamu. Aku
bersaksi bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. Dialah yang kami dapati dalam Injil. Dia
adalah rasul yang diberitakan oleh Isa b. Maryam. Tinggallah di mana kamu mahu. Demi
Allah, jika tidak kerana kedudukan yang aku berada di atasnya, pasti aku akan
mendatanginya sehingga aku menjadi orang yang membawa capalnya.
Najasyi kemudian memerintahkan agar segala hadiah dikembalikan kepada `Amru dan
`Imarah. Kemudian Ibn Mas`ud bersegera pulang sehingga ia dapat menghadiri Perang
Badr. Ibn Mas`ud mendakwa bahawa Nabi s.a.w memohon ampun bagi Najasyi ketika
tiba kepadanya berita kematian Najasyi.
Komentar
Di dalam riwayat ini terdapat fakta mengenai jumlah orang-orang Islam yang behijrah ke
Habsyah, usaha Quraisy untuk menghalang orang Islam dari menetap di Habsyah dan
dialog antara Jakfar b. Abu Talib dengan Najasyi mengenai agama Islam. Usaha wakil
Quraisy berakhir dengan kegagalan.
Di dalam riwayat ini terdapat indikasi akan kecenderungan Najasyi terhadap agama Islam
bahkan pengakuannya terhadap kerasulan Muhammad s.a.w.
Riwayat Ketiga 8
8
Ahamd b. Hanbal, Al-Musnad, jld 2, ms 354 360, hadits 1740. Lihat juga Sa`id Hawwa, Al-Asas Fi As-Sunnah (AsSirah An-Nabawiyah), Dar As-Salam, 1989, jld 1, ms 252 255. Sa`id Hawwa menukil bahawa Ibn Hajar Al-Haitsami
dalam bukunya Majma Az-Zawaid (jld 6, ms 27) bahawa perawi cerita ini adalah perawi-perawi yang sahih.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Ummu Salamah binte Umayyah b. Al-Mughirah,


isteri Nabi s.a.w telah berkata Apabila kami tiba di bumi Habsyah, Najasyi telah
melayan kami dengan sebaik-baik layanan. Kami berasa aman dengan agama kami dan
kami menyembah Allah. Kami tidak diganggu dan tidak mendengar sesuatu yang kami
benci.
Apabila sampai berita mengenai kami kepada orang-orang Quraisy, mereka berpakat
untuk menghantar kepada Najasyi dua orang lelaki yang petah bercakap mengenai
perkara kami. Mereka hendak memberi hadiah kepada Najasyi hadiah-hadiah yang boleh
didapati dari barang-barang Mekah.
Adapun perkara yang paling mengkagumkan Najasyi dari Mekah ialah kulit-kulit
binatang. Mereka kemudian mengumpul banyak kulit-kulit binatang. Mereka tidak
membiarkan seorang pembesar pun, kecuali mereka memberi hadiah kepadanya.
Kemudian mereka mengutus Abdullah b. Rabi`ah Al-Makhzumi dan `Amru b Al-`As b.
Wail As-Sahmi dan melantik mereka berdua orang yang bertanggungjawab atas urusan
mereka. Mereka berkata kepada mereka berdua Berikan kepada semua pembesar
hadiahnya sebelum para pembesar itu bercakap dengan Najasyi mengenai mereka.
Kemudian berikan kepada Najasyi hadiah-hadiahnya. Mintalah darinya agar
mengembalikan orang-orang Islam kepada kamu sebelum dia bercakap dengan mereka.
Ummu Salamah berkata Mereka berdua lalu keluar dan menghadap Najasyi. Ketika itu
kami berada di negerinya di tempat tinggal yang terbaik dan di sisi tuan rumah yang baik.
Tiada seorang pun dari pembesarnya kecuali kedua mereka memberi hadiah sebelum
mereka bercakap dengan Najasyi.
Kemudian mereka berdua bercakap kepada setiap pembesar dari kalangan mereka
Sesungguhnya telah keluar ke negeri raja kamu orang-orang bodoh dari kalangan kami.
Mereka telah meninggalkan agama kaum mereka dan tidak pula masuk ke agama kamu.
Mereka membawa satu agama yang baru yang kami tidak tahu dan kamu juga tidak tahu.
Para pembesar kaum mereka telah mengutus kami kepada raja agar kamu
mengembalikan orang-orang itu kepada kaum mereka. Sesungguhnya kaum mereka lebih
utama untuk menjaga mereka dan lebih tahu akan apa yang mereka cela terhadap orangorang Islam. Lalu para pembesar itu berkata kepada mereka berdua Ya.
Kemudian mereka berdua mendatangkan hadiah-hadiah mereka kepada Najasyi, lalu
berkata kepadanya Wahai Tuanku Raja, sesungguhnya telah keluar ke negeri tuanku
orang-orang bodoh dari kalangan kami. Mereka telah meninggalkan agama kaum mereka
dan tidak pula masuk ke agama tuanku. Mereka membawa satu agama yang baru yang
kami tidak tahu dan tuanku juga tidak tahu. Para pembesar kaum mereka dari kalangan
ibu bapa dan kaum kerabat mereka telah mengutus kami kepada tuanku agar tuanku
mengembalikan orang-orang itu kepada kaum mereka. Sesungguhnya kaum mereka lebih
utama untuk menjaga mereka dan lebih tahu akan apa yang mereka cela terhadap orangorang Islam.

Berkata Ummu Salamah Tiada satu pun yang paling dibenci oleh Abdullah b Abi
Rabi`ah dan `Amru b. Al-`As daripada kata-kata yang Najasyi dengar dari mereka itu.
Para pembesar Najasyi yang berada di sekelilingnya pula berkata Benarkanlah, wahai
tuanku raja. Kaum mereka lebih patut menjaga mereka dan lebih tahu apa yang mereka
cela terhadap orang-orang Islam itu. Serahkanlah mereka kepada mereka berdua ini agar
mereka mengembalikan mereka (orang-orang Islam) ke negeri mereka dan kaum
mereka.
Najasyi menjadi marah kemudian berkata Tidak! Demi Allah, aku tidak akan
menyerahkan mereka kepada dia berdua. Tiada satu kaum yang berlindung denganku
dan datang ke negeriku, mereka telah memilih aku dari yang lain, sehingga aku akan
panggil mereka. Aku akan tanya apa yang dia ini katakan mengenai mereka. Jika mereka
seperti apa yang dikatakan oleh mereka berdua ini, aku akan kembalikan mereka dan
menyerahkan mereka kepada kaumnya. Jika tidak, aku akan lindung mereka dari dia
berdua dan aku akan perelokkan perlindunganku selama mereka mahu berlindung di
bawahku.
Najasyi kemudian mengutus kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Dia memanggil
mereka. Apabila utusan Najasyi datangi para sahabat, mereka pun berkumpul. Kemudian
mereka saling berkata antara satu sama lain Apakah yang kamu akan cakap, jika kamu
mendatangi Najasyi. Mereka berkata Demi Allah, kita sampaikan apa yang kita tahu
dan apa yang Nabi kita s.a.w perintahkan kita dari apa yang ada.
Apabila mereka mendatangi Najasyi, dia telah pun memanggil paderi-paderinya. Mereka
mengedarkan kitab-kitab suci di sekeliling mereka. Najasyi pun bertanya Apakah agama
ini yang dengannya kamu telah memisahkan diri dari kaum kamu, dan tidak pula kamu
anuti agamaku. Dia bukan pula agama sesiapa dari umat ini?
Ummu Salamah berkata Adapun yang bercakap kepada Najasyi ialah Jakfar b. Abi
Talib. Dia berkata Wahai tuanku, kami dahulu satu kaum jahiliyah. Kami sembah
patung, memakan bangkai, melakukan kejahatan, memutuskan silaturrahmi, kami buruk
dalam berjiran dan yang kuat dari kalangan kami mengambil hak yang lemah. Kami
berada dalam keadaan sedemikian, sehingga Allah mengutus kepada kami seorang Rasul
dari kalangan kami. Kami tahu keturunannya, kebenarannya, sifat amanahnya dan
kesuciannya. Dia mengajak kami untuk beriman kepada Allah, agar kami
mentauhidkannya, menyembahnya dan meninggalkan apa yang kami dan ibu bapa
sembah dahulu selain dari Allah dari batu-batu dan patung-patung. Dia memerintahkan
kami agar bercakap benar, menunaikan amanah, bersilaturrahmi, berlaku elok dalam
berjiran, menahan diri dari wanita-wanita yang diharamkan dan menumpahkan darah. Dia
melarang kami dari melakukan kejahatan, menjadi saksi palsu, makan harta anak yatim
dan menuduh perempuan yang suci berzina. Dia memerintahkan kami agar menyembah
Allah sahaja dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia memerintahkan kami agar
melakukan solat, zakat dan berpuasa. Jakfar lalu menyenaraikan beberapa perkara
mengenai Islam. Lalu berkata Kami membenarkannya, beriman dengannya dan
mengikuti apa yang dia bawa. Kami kemudian menyembah Allah sahaja dan tidak

mensyirikkanNya. Kami mengharamkan apa yang diharamkan ke atas kami dan


menghalalkan apa yang dihalalkan bagi kami. Namun, kaum kami memusuhi kami.
Mereka menyiksa kami dan menimbulkan fitnah ke atas agama kami agar kami kembali
kepada penyembahan patung dari menyembah Allah azza wa jalla. Mereka mahu kami
menghalalkan kejahatan yang dahulu kami lakukan. Apabila mereka memaksa,
menzalimi, menyulitkan serta menjadi penghalang antara kami dan agama kami, kami
keluar ke negeri tuanku. Kami pilih tuanku dari yang lain. Kami suka mendapatkan
perlindungan tuanku dan kami berharap agar kami tidak dizalimi di sisi tuanku.
Berkata Najasyi Adakah bersama kamu sesuatu dari apa yang nabi kamu bawa dari
Allah? Jakfar berkata Ya. Najasyi pula berkata Bacakanlah ia. Jakfar kemudian
membaca secara menghafal dari Kaf Ha Ya `Ain Sad (Awal surah Maryam).
Ummu Salamah berkata Demi Allah, Najasyi menangis sehingga basah janggutnya dan
menangis paderi-paderinya sehingga basah kitab suci mereka ketika mendengar apa yang
dibaca kepada mereka. Kemudian Najasyi berkata Demi Allah dan apa yang dibawa oleh
Musa, sesungguhnya ini adalah sesuatu yang datang dari sumber yang satu. Pergilah
kamu berdua. Demi Allah, aku tidak akan menyerahkan mereka kepada kamu berdua
selama-lamanya.
Ummu Salamah berkata Apabila mereka berdua (utusan Quraisy) keluar dari Najasyi,
berkata `Amru b. Al`As Demi Allah, aku akan beritahu Najasyi esok. Aku akan
mengaibkan mereka, kemudian aku akan hancurkan mereka. Lalu Abdullah b. Abi
Rabiah, seorang yang lebih bertakwa dari antara mereka berdua pada pandangan kami,
berkata Janganlah kau buat sedemikian. Sesungguhnya mereka masih mempunyai
hubungan silaturrahmi dengan kita, walau pun mereka berkhilaf dengan kita. `Amru
berkata Demi Allah, aku akan beritahu mereka apa yang mereka (orang-orang Islam)
dakwa mengenai Isa b. Maryam sebagai hamba.
Ummu Salamah berkata Apabila tiba hari esok. `Amru berkata kepada Najasyi Wahai
tuanku, sesungguhnya mereka (orang-orang Islam) berkata mengenai Isa satu kata-kata
yang berat. Hantarkanlah utusan kepada mereka dan tanyalah mengenai apa yang mereka
katakan mengenai Isa.
Ummu Salamah berkata Najasyi pun mengutus kepada mereka (orang-orang Islam)
bertanya kepada mereka mengenai Isa. Sebelum ini, belum ada sesuatu yang menimpa
kami seperti ini. Orang-orang Islam pun berkumpul dan saling berkata Apa yang kamu
akan kata mengenai Isa, jika dia tanya mengenainya? Mereka berkata Demi Allah, kita
katakan mengenai Isa apa yang Allah telah firmankan dan apa yang Nabi kita datangkan.
Apabila mereka (orang-orang Islam) masuk menghadap, Najasyi berkata Apa yang
kamu katakan mengenai Isa b. Maryam? Jakfar berkata Kami katakan apa yang Nabi
kami bawa bahawa dia adalah hamba Allah, RasulNya, rohNya dan kalimatnya yang
diletakkan dalam Maryam perawan yang suci. Najasyi lalu meletakkan tangannya di
bumi, lalu mengambil sebatang ranting kemudian berkata Perbezaan antara Isa (pada
kami) dengan apa yang kau katakan hanyalah seperti ranting ini sahaja. Lalu para

pembesar Najasyi yang berada di sekelilingnya pun mula kecoh apabila dia berkata
sedemikian.
Najasyi lalu berkata Demi Allah, walau pun kamu semua kecoh. Pergilah kamu semua.
Kamu semua aman di bumiku. Siapa yang mencela kamu, akan membayar denda, siapa
yang mencela kamu, akan membayar denda. Tidak akan menyukakan aku walau aku
mempunyai emas yang banyak, jika aku menyakiti sesiapa dari kalangan kamu.
Kembalikan kepada mereka berdua (utusan Quraisy) hadiah-hadiah mereka. Aku tidak
memerlukannya. Demi Allah, Allah tidak mengambil dariku rasywah ketika dia
mengembalikan kepadaku kerajaanku sehingga aku perlu mengambil rasywah pula.
Selama mana manusia taat kepadaku, aku akan taati mereka pula.
Ummu Salamah berkata Kedua utusan Quraisy keluar dalam keadaan hina dan segala
mereka bawa dikembalikan. Maka tinggallah kami di sebaik-baik tempat tinggal bersama
sebaik-baik pelindung. Sesungghnya kami kekal dalam keadaan sedemikian, sehingga
datang kepada Najasyi seorang yang ingin merampas kerajaan darinya. Demi Allah, kami
tidak tahu satu kesedihan yang kami berasa sedih terhadapnya dari rasa sedih kami pada
ketika itu kerana merasa takut kalau lelaki itu mengalahkan Najasyi. Lalu datang pula
seorang yang tidak memelihara hak kami sebagaimana Najasyi memeliharanya. Najasyi
lalu keluar sehingga dia berada di satu tempat, yang antara keduanya (Najasyi dan
lawannya) ialah sungai Nil.
Para sahabat Rasulullah s.a.w berkata Siapakah yang boleh keluar untuk mendatangi
kaum itu untuk membawa berita. Zubair b. Awwam berkata Saya. Pada ketika itu, dia
(Zubair) antara yang paling muda dari kalangan orang-orang Islam. Orang-orang Islam
lalu meniupkan pelampung bagi Zubair. Dia lalu letakkannya di dadanya dan kemudian
berenang di atas pelampung sehingga dia tiba di tebing sungai Nil ditempat pertempuran
berlaku. Dia lalu pergi untuk hadir bersama mereka. Kami berdoa kepada Allah agar
Najasyi menang ke atas musuhnya dan mengukuhkannya di negerinya.
Komentar
Riwayat ini mengandungi fakta-fakta yang hampir sama dengan riwayat yang lalu tetapi
ia lebih terperinci dan panjang.
Fakta tambahan yang boleh diperolehi di dalam riwayat ini ialah indikasi jelas akan
kesolehan dan keadilan Najasyi. Sekali lagi, di dalam riwayat ini Najasyi menunjukkan
kecenderungannya terhadap ajaran Islam walau pun di sini ia tidak menyatakan kejelasan
kesaksiannya terhadap kerasulan Muhammad s.a.w.
Fakta penting dalam riwayat ini ialah mengenai bantahan para pembesar Najasyi terhadap
kecenderungannya terhadap Islam.
Riwayat ini juga mengandungi fakta mengenai pemberontakan ke atas Najasyi yang
menyebabkan kebimbangan orang-orang Islam. Di sini ditunjukkan dengan jelas bahawa
orang-orang Islam menyebelahi Najasyi bahkan berdoa untuk kemenangannya.

Az-Zahabi meriwayatkan bahawa Ummu Salamah berkata kami tidak tahu satu
peperangan yang amat dahsyat yang perang yang kami perangi pada ketika itu. Ini
adalah kerana riwayat diatas meriwayatkan dengan kata-kata huzn.. hazanahu yang
bermaksud kesedihan, sedangkan riwayat satu lagi meriwayatkan dengan kata-kata
harb.. harabnahu yang bermaksud peperangan 9 .
Riwayat yang menggunakan kata-kata perang, memberi indikasi jelas bahawa orangorang Islam bukan hanya menyokong atau berpihak kepada Najasyi tetapi juga
melibatkan diri dalam peperangan sebagai tanda sokongan mereka. Ini pastinya memberi
implikasi besar dalam tingkah laku seorang Muslim dalam persoalan pertahanan negara
bukan Islam yang ia berada di dalamnya.
Riwayat Keempat 10
Dalam sebuah riwayat lain, Ummu Salamah diriwayatkan berkata (Zubair) berenang di
atas pelampung sehingga dia sampia di tebing sebelah di tempat kedua pihak bertemu.
Dia lalu menghadiri peperangan. Allah lalu mengalahkan raja (yang memberontak) itu
dan membunuhnya. Najasyi pun menang ke atasnya. Zubair kemudian mendatangi kami
sambil mengibarkan selendangnya dan berkata Bergembiralah! Allah telah
memenangkan Najasyi. Demi Allah kami tidak kami tahu satu kegembiraan yang paling
kami merasa gembira dari kegembiraan kami dengan kemenangan Najasyi. Kami
kemudian menetap di sisi Najasyi sehingga sebahagian dari kami pulang ke Mekah dan
sebahagian yang lain kekal menetap.
Komentar
Riwayat ini menambah satu fakta menarik iaitu Zubair menghadiri pertempuran. Ini
memberi indikasi akan kemungkinan dia terlibat dalam peperangan berkenaan di pihak
Najasyi. Riwayat ini secara jelas menyatakan kegembiraan orang-orang Islam atas
kemenangan Najasyi.
Riwayat Kelima 11
Dalam sebuah riwayat yang diriwayatkan oleh Abu Daud, dinyatakan bahawa para
penduduk Habsyah telah berkumpul. Mereka kemudian berkata kepada Najasyi
Sesungguhnya kau telah berpisah dari agama kami dan keluar darinya. Najasyi lalu
mengutus kepada Jakfar dan sahabat-sahabatnya dan menyediakan untuk mereka
beberapa kapal. Najasyi lalu berkata Naikilah kapal-kapal dan tetaplah di dalamnya. Jika
aku kalah, maka berlayarlah ke mana kamu mahu. Jika aku menang, maka kekallah di
sini.
9

Sa`id Hawwa, Al-Asas Fi As-Sunnah (As-Sirah An-Nabawiyah), jld 4, ms 2144. Sa`is Hawwa menukil riwayat AzZahabi.
10
Ibn Katsir, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jld 3, ms 75.
11
Ibn Katsir, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jld 3, ms 77.

10

Najasyi kemudian mengambil sebuah kitab. Dia menulis di dalamnya bahawa dia
menyaksikan tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah seorang hamba
dan RasulNya. Dia juga menyaksikan bahawa Isa adalah seorang hamba, Rasul, roh dan
kalimahNya yang diletakkan dalam diri Maryam.
Kemudian dia meletakkannya di baju luarnya di sebelah kanan dan keluar bertemu
dengan para penduduk Habsyah yang berbaris untuknya. Najasyi berkata Wahai para
penduduk Habsyah! Tidakkah aku orang yang lebih berhak bagi kamu? Mereka berkata
Ya. Najasyi berkata Bagaimanakah sejarahku bersama kamu selama ini? Mereka
berkata Sebaik-baik sejarah. Najasyi berkata Oleh itu, kenapakah kamu ini? Mereka
berkata Tuanku telah meninggalkan agama kami dan mendakwa bahawa Isa adalah
hamba Allah dan RasulNya. Najasyi berkata Apakah pandangan kamu mengenai Isa?
Mereka berkata Kami berpendapat bahawa dia adalah anak Allah. Najasyi berkata,
sambil meletakkan tangannya di bahagian dada di atas baju luarnya, dan bersaksi bahawa
sesungguhnya Isa itu tidak lebih dari ini, maksudnya apa yang dia tulis (dalam kitab yang
berada di bajunya itu).
Para penduduk Habsyah pun merasa redha dan beredar. Berita ini sampai kepada
Rasulullah s.a.w. Sehingga apabila Najasyi meninggal dunia, Rasulullah s.a.w bersolat ke
atasnya dan memohon keampunan untuknya.
Komentar
Riwayat ini menceritakan bagaimana bantahan penduduk Habsyah terhadap
kecenderungan Najasyi kepada Islam khususnya dalam isu Isa b. Maryam. Bahkan
riwayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Najasyi telah memeluk Islam secara
rahsia. Beliau terpaksa merahsiakan keIslamannya kerana bantahan para penduduk
Habsyah.
Riwayat ini juga memberi indikasi akan sebab pemberontakan berlaku ke atas Najasyi. Di
sebabkan kedudukannya yang agak tersepit, Najasyi terpaksa menggunakan helah bagi
mempertahankan kedudukannya sebagai raja dan memenangi semula hati rakyatnya.
Riwayat Keenam 12
Di dalam riwayat dari Al-Hafiz Ibn `Asakir dengan sanad yang sampai ke Jakfar b. Abi
Talib, bahawa setelah Najasyi mendengar penjelasan mengenai Isa b. Maryam, dia
berkata Adakah sesiapa yang menggangu kamu? Mereka (orang-orang Islam berkata)
Ya. Najasyi lalu memerintah seseorang agar mengumumkan bahawa sesiapa yang
mengganggu sesiapa dari kalangan mereka hendaklah didenda dengan 4 dirham. Najasyi
lalu berkata Adakah mencukupi? Kami berkata Tidak.. Lalu dia menggandakannya.

12

Ibn Katsir, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jld 3, ms 72. Ibn Katsir menukil Ibn `Asakir berkata bahawa riwayat ini
adalah Hasan Gharib.

11

Jakfar berkata Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah dan menjadi kuat di sana.
Kami berkata kepada Najasyi Sesungguhnya Rasulullah telah kuat dan berhijrah ke
Madinah. Beliau telah memerangi mereka yang kami bicarakan kepada tuan mengenai
mereka. Kami mahu berlayar kepadanya, maka kembalikanlah kami. Najasyi berkata
Ya.
Najasyi lalu menyediakan pengangkutan dan bekalan. Kemudian dia berkata Beritahulah
sahabat (Rasulullah s.a.w) kamu mengenai apa yang aku lakukan terhadap kamu dan ini
sahabatku bersama kamu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan dia adalah
Rasulullah s.a.w. Katakanlah kepadanya agar memohon keampunan bagiku.
Jakfar berkata Maka kami pun keluar sehingga tiba di Madinah. Rasulullah s.a.w
menyambutku dan memelukku. Beliau kemudian berkata Aku tidak tahu samada aku
lebih gembira dengan penaklukan Khaibar atau dengan kedatangan Jakfar? Kedatangan
itu bersamaan dengan penaklukan Khaibar.
Kemudian Rasulullah s.a.w duduk dan berkata utusan Najasyi Ini adalah Jakfar.
Tanyalah dia bagaimana sahabat kami melayannya. Jakfar berkara Ya. Dia telah
melayan kami begini dan begitu. Dia menyediakan pengangkutan dan bekalan dan
bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kau adalah Rasulullah s.a.w. Dia berkata
kepadaku Katakan kepadanya agar memohon kemapunan bagiku.
Rasulullah s.a.w lalu bangun dan berwudhu. Dia kemudian berdoa tiga kali Ya Allah
ampunkanlah Najasyi. Kaum Muslimin mengaminkan beliau. Kemudian Jakfar berkata
Aku berkata kepada utusan itu, kembalilah dan khabarkan apa yang kau lihat mengenai
Rasulullah s.a.w.
Komentar
Riwayat ini menceritakan mengenai kepulangan para sahabat ke Madinah, iaitu pada
sekitar tahun 6 7 hijrah ketika berlaku Perang Khaibar. Ertinya para sahabat tidak
segera bergabung dengan Rasulullah s.a.w sejurus selepas beliau berhijrah ke Madinah.
Riwayat menjelaskan pengisytiharan Najasyi akan keIslamannya kepada Rasulullah
s.a.w. Sekaligus ia merupakan pernyataan setianya terhadap pemerintahan Rasulullah
s.a.w.
Disebabkan keterbatasan sebagai raja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
raja yang Muslim, beliau memohon agar Rasulullah s.a.w memohon ampun untuknya.
Rasulullah s.a.w menerima permintaannya yang menujukkan keredhaan beliau terhadap
Najasyi dan pengakuan beliau terhadap keterbatasan beliau.
Riwayat Ketujuh
Az-Zahabi meriwayatkan bahawa dari tanda keelokan Najasyi ialah (bahawa) Ummu
Habibah Ramlah binte Abi Sufyan bin Harb Al-Umawiyah, Ummul Mukminin, telah

12

masuk Islam bersama suaminya Ubaidullah b. Jahsy Al-Asadi. Suaminya telah berhijrah
denganya ke Habsyah. Mereka lalu menyelinap masuk ke bumi Habsyah. Lalu beliau
melahirkan Habibah, anak tiri Nabi s.a.w. Kemudian berlaku perselisihan antara mereka.
Ubaidullah menjadi tertarik dengan agama Nasrani, lalu menganut agama itu. Beliau
kemudian mati di Habsyah. Setelah iddahnya berlalu, Rasulullah s.a.w mengutus utusan
meminangnya. Ummu Habibah menerima pinangan itu. Najasyi pun menguruskannya.
Najasyi menyaksikan perkahwinan Ummu Habibah dengan Nabi s.a.w dan beliau
membayarkan mas kahwin bagi pihak Nabi s.a.w dari hartanya sendiri sebanyak 400
dinar. Dengan itu, Ummu Habibah mendapat sesuatu yang tidak diperolehi oleh Ummul
Mukminin yang lain. Najasyi kemudian menyiapkan Ummu Habibah (untuk dihantar
kepada Nabi s.a.w).
Telah diriwayatkan dari Ma`mar dari Az-Zuhri dari `Urwah dari Ummu Habibah bahawa
beliau pada mulanya adalah dibawah (ikatan nikah) Ubaidullah b. Jahsy. Dia berhijrah ke
Habsyah. Rasulullah s.a.w menikahinya (Ummu Habibah) semasa beliau di Habsyah.
Najasyi menikahkan Rasulullah s.a.w dengannya dengan mahar sebanyak 4000 dirham
dari miliknya. Najasyi kemudian menghantar Ummu Habibah dengan ditemani oleh
Syurahbil b. Hasanah. Segala persiapannya ditanggung oleh Najasyi 13 .
Riwayat Kelapan
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w memaklumkan kematian Najasyi
pada hari kematiannya. Beliau keluar bersama para sahabat ke tempat solat, menyusun
barisan dan bertakbir empat kali ke atas Najasyi. 14
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata pada ketika Najasyi meninggal
dunia Telah meninggal hari ini seorang lelaki yang soleh. Berdirilah kamu semua dan
bersolatlah bagi saudara kamu Ashamah. 15
Anas meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersolat ke atas Najasyi ketika dimaklumkan
mengenai kematiannya. Lalu dikatakan kepadanya Wahai Rasulullah, adakah kita
bersolat ke atas seorang hamba berbangsa Habsyah?. Lalu Allah azza wa jalla
menurunkan (yang bermaksud) Sesungguhnya sebahagian dari kalangan Ahli Kitab ada
yang beriman dengan Allah (Ali Imran : 199). 16

13
Riwayat Abu Daud, Sunan Abu Daud, kitab Nikah, bab Mahar, Dar As-Salam, 1999, ms 304, hadits 2107. Riwayat
An-Nasa`ii, Sunan An-Nasa`ii, kitab Nikah, bab Bersederhana Dalam Mahar, Dar Al-Hadits, 1999, jld 3, ms 447, hadits
3350.
14
Riwayat Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, kitab Jenazah, bab Seorang Yang Memaklumkan Kematian Kepada Keluarga
Si Mati, Dar As-Salam, 1999, ms 200, hadits 1245. Riwayat Muslim, lihat di An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, kitab
Jenazah, bab Takbir Atas Jenazah, Dar Al-Khair, 1996, jld 7, ms 20.
15
Riwayat Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, kitab Manaqib Al-Ansar, bab Kematian Najasyi, ms 651, hadits 3800.
Muslim juga meriwayatkan hadits yang hampir sama isinya dalam, Sahih Muslim, kitab Jenazah, bab Takbir Atas
Jenazah. Lihat di An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 21.
16
Riwayat Al-Bazzar dan At-Tabrani. Dinukil dari Sa`id Hawwa, Al-Asas Fi As-Sunnah (As-Sirah An-Nabawiyah), jld
4, ms 2147. Beliau menukil riwayat Al-Bazzar di Kasyf Al-Astar, jld 1, ms 392) dan menukil Ibn Hajr Al-Haitsami
berkata dalam Majma Az-Zawaid, jld 3, ms 38 bahawa perawi dari At-Tabarani adalah tsiqah.

13

Abdullah b. Az-Zubair meriwayatkan bahawa telah turun ayat (yang bermaksud) dan
apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat mata-mata
mereka berlinangan dengan air mata (Al-Maidah : 83) bagi menceritakan mengenai
Najasyi dan sahabat-sahabatnya. 17
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Mohon
ampunlah bagi saudara kamu. 18
Komentar
Riwayat ini secara jelas membuktikan bahawa Najasyi adalah seorang Muslim dan
diperakui akan kesolehannya walau pun dia terpaksa merahsiakan keIslamannya, tidak
dapat menggabungkan diri bersama Rasulullah s.a.w dan mempunyai keterbatasan dalam
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang raja yang Muslim.
PANDANGAN PARA PEMIKIR ISLAM
Di bawah ini disertakan beberapa pandangan pemikir Islam berkaitan dengan hijrah
orang-orang Islam zaman awal ke Habsyah.
Ibn Taimiyah memberi fatwa 19 :
Dan Najasyi, ia pasti tidak boleh untuk berhukum dengan hukum Al-Quran.
Sesungguhnya kaum dia tidak akan membenarkan sedemikian. Ramai sekali individu dari
masyakat Islam yang ditentukan sebagai Hakim di antara orang-orang Mongol bahkan
sebagai Pemimpin, di dalam dirinya ada perkara-perkara dari keadilan yang ingin ia
laksanakan tetapi dia tidak boleh melakukannya. Bahkan di sana ada yang menghalang
mereka dari melakukannya. Dan Allah tidak membebankan satu jiwa lebih kecuali
sekadar keupayaannya. Maka Najasyi dan yang seumpamanya adalah manusia-manusia
yang bahagia di syurga, walau pun mereka tidak beriltizam dengan syariat Islam sekadar
apa yang mereka tidak mampu dan mereka berhukum dengan syariat yang mereka boleh
berhukum
dengannya.
Ustaz Sa`id Hawwa di dalam bukunya Al-Asas Fi As-Sunnah (As-Sirah An-Nabawiyah)
berpendapat 20 ;
1. Berusaha untuk mengamankan dakwah dan menjaga keselamatan orang-orang Islam
tidak semestinya tanda kelemahan dan bukan satu kesalahan. Sebaliknya ia adalah
keringanan yang dibenarkan oleh Islam.
17

Riwayat Al-Bazzar, Kasyf Al-Astar, jld 3, ms 286. Dinukil dari Sa`id Hawwa, Al-Asas Fi As-Sunnah (As-Sirah AnNabawiyah), jld 4, ms 2147. Beliau menukil Ibn Hajar Al-Haitsami berkata dalam Majma Az-Zawaid bahawa perawi
Al-Bazzar bagi hadits ini adalah sahih dan dipercayai.
18
Riwayat Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, kitab Manaqib, bab Kematian Najasyi, ms 651, hadits 3880. Muslim juga
meriwayatkan hadits yang sama maknanya dalam Sahih Muslim, kitab Jenzah, bab Takbir Atas Jenazah. Lihat di AnNawawi, Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 21.
19
Ibn Taimiyah, Majmu Fatawa, jld 19, ms 218-219.
20
Sa`id Hawwa, Al-Asas Fi As-Sunnah (As-Sirah An-Nabawiyah), jld 1, ms 255 256 dan jld4, ms 2147 2148.

14

2. Terdapat negara-negara di dunia ini yang membenarkan seorang Muslim untuk


menghidupkan syi`ar-syi`ar agamanya. Negara itu melayan mereka sebagaimana ia
melayan anak jatinya dari segi hak dan tanggungjawab. Boleh bagi Muslim yang
tertindas di negerinya untuk berpindah ke negeri seperti ini bahkan boleh menetap di
sana. Tidak mengapa jika tiada jaminan mengenai kemudahan pendidikan bagi
keluarganya. Bahkan para fuqaha mazhab Syafi`i berpendabat bahawa jika seorang
Muslim boleh menghidupkan syi`ar-syi`ar Islam di bumi bukan Islam, adalah lebih
utama untuk dia kekal di sana kerana dengan itu rumahnya menjadi satu bumi Islam.
Walau bagaimana pun, masalah ini melibatkan pertimbangan antara maslahat dan
mudarat.
3. Didapati dalam penelitian bahawa orang-orang Islam yang berhijrah ke Habsyah tidak
dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab dakwah di bumi Habsyah. Ini
menunjukkan adab-adab seorang Muslim, jika keadaan memaksanya untuk berhijrah,
sesungguhnya pada ketika itu hendaklah dia mematuhi undang-undang negara itu.
Hendaklah dia tidak masuk campur dalam hal ehwal dalam negeri berkenaan kecuali
pada kadar yang dibenarkan oleh negara berkenaan. Persoalan ini amat luas dan
berkisar pada hukum rukhsah 21 dan azimah 22 . Oleh itu adalah penting bagi
kepimpinan umat Islam untuk menetapkan peranan umat Islam yang berhijrah.
Namun eloklah diperhatikan bahawa walau pun Rasulullah s.a.w tidak membebankan
Jakfar dengan tugas berdakwah, tetapi dia tetap mengambil peluang untuk
melakukannya dan dakwahnya diterima.
4. Najasyi setelah masuk Islam tetap kekal sebagai pemerintah yang mempunyai
peraturan yang bukan Islam. Namun Rasulullah s.a.w tetap menerimanya dan bersolat
untuknya apabila dia meninggal dunia. Ini bermakna bahawa menghukumkan satu
peraturan sebagai kufur tidak bermakna mengkufurkan individu yang berada di
dalamnya. Bahkan kemungkinan berlaku satu pemerintahan yang kufur tetapi
diterajui oleh seorang pemimpin yang Muslim pada zahir dan batinnya, sebagaimana
Najasyi. Dalam hal ini, Najasyi adalah satu contoh yang amat penting dan berguna
khususnya bagi umat Islam di akhir-akhir ini kerana sejarah sedemikian pasti akan
berulang. Ini memberi ruang bagi kewujudan seorang Muslim di tengah kekufuran
dan penglibatan mereka dalam tampuk kekuasaan.
Dr. Sa`id Ramadhan Al-Buty pula menulis 23 :
1. Hukum berhijrah dari negara Islam adalah antara wajib, harus dan haram. Ia menjadi
wajib jika seorang Muslim tidak berupaya untuk menegakkan syi`ar-syi`ar agamanya
21

Bermaksud ialah sesuatu yang disyariatkan kerana keuzuran yang menyulitkan sebagai pengecualian dari hukum
yang umum yang asalnya melarang sedemikian seperti hukum solat zohor dua rakaat ketika bermusafir. Hukum yang
dikecualikan itu pula terbatas pada tempat-tempat yang berkeperluan sahaja. Lihat Al-Imam Asy-Syatibi, AlMuwafaqat, Dar Al-Fikr, t. tpt, t.t, jld 1, ms 210.
22
Adalah hukum asal sesuatu perkara seperti hukum wajib solat zohor empat rakaat. Lawan bagi rukhsah. Lihat nota
kaki di atas.
23
Sa`id Ramadhan Al-Buty, Fiqh Sirah (terj.), Dewan Pustaka Fajar, jld 1, ms 60 64.

15

seperti solat, puasa, azan dan haji, menjadi harus jika di negara itu ia ditimpa bala
yang menyusahkan dirinya dan menjadi haram jika hijrahnya menyebabkan
pengabaian kewajiban dalam Islam yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain selain
dirinya.
2. Harus bagi orang Islam untuk mendapatkan perlindungan dari orang-orang bukan
Islam jika ada hajat kepada yang sedemikian, samada yang memberi perlindungan itu
orang-orang Ahli Kitab atau bukan.
Dr. Mustafa As-Siba`ii pula menulis 24 :
1. Sesungguhnya bagi para pendakwah jika berhadapan dengan bahaya terhadap nyawa
dan agamanya, hendaklah dia menyediakan tempat yang dia dapat menyelamatkan
diri dan agamanya dari permusuhan musuhnya. Ini tidak bermakna menidakkan
kepentingan pengorbanan, kerana pada ketika jumlah mereka sedikit, mudahlah bagi
musuh untuk memusnahkan mereka sehingga terhapaus dakwah mereka. Sedangkan
kewujudan mereka, membolehkan dakwah diteruskan dan berkembang.
2. Hijrah ke Habsyah menunjukkan bahawa hubungan antara umat-umat yang
beragama, walau pun berbeza agama mereka, adalah lebih kuat dari hubungan dengan
golongan yang menyembah berhala dan tidak beragama.
Soleh Ahmad Asy-Syami pula menulis 25 :
1. Antara sebab utama Habsyah dipilih bagi tempat berhijrah ialah kerana keperibadian
Rajanya yang adil.
BEBERAPA ISU PENTING BAGI KAJIAN LANJUT
Dari riwayat-riwayat di atas dapat dicerna persoalan-persoalan berikut yang berkaitan
minoriti Muslim:
1. Hukum mengambil langkah untuk mengamankan agama Islam dan penganutnya dari
kehancuran. Dari riwayat yang dinyatakan, hukumnya adalah harus. Ini dilihat dari
perbuatan Rasulullah s.a.w yang menyuruh para sahabat berhijrah ke Habsyah.
2. Hukum mendapatkan perlindungan dan pertolongan bagi menyelamatkan agama dan
diri dari orang-orang bukan Islam yang diketahui dan dipercayai keadilannya. Dari
riwayat yang dinyatakan, hukumnya adalah harus. Ini dapat dilihat dari pemilihan
Habsyah sebagai tempat hijrah kerana rajanya yang adil.

24

Mustafa As-Siba`ii, As-Sirah An-Nabawiyah: Durus Wa `Ibar (Sirah Nabi; Pelajaran dan Pengajaran) (terj.),
Dewan Pustaka Fajar, 1985, ms 54.
25
Soleh Ahmad Asy-Syami, As-Sirah An-Nabawiyah; Tarbiyah Ummah Wa Bina Daulah (Sirah Nabi; Tarbiyah
Umat Dan Pembinaan Daulah), Al-Maktab Al-Islami, 1992, ms 112.

16

3. Hukum keberadaan masyarakat Islam di dalam negara, masyarakat atau persekitaran


yang tidak Islamik. Dari riwayat yang dinyatakan, hukumnya adalah harus. Ini dapat
dilihat dari keberadaan para sahabat di Habsyah selama beberapa tahun dan Najasyi
sebagai ketua negara setelah memeluk Islam.
4. Hukum hijrah ke negara bukan Islam. Dari riwayat yang dinyatakan, hukumnya
adalah harus. Ini dapat dilihat dari perbuatan hijrah ke Habsyah.
5. Hukum bagi seorang Muslim menjawat jawatan dalam pemerintahan yang tidak
mejalankan sistem Islam dan hukum bagi seorang Muslim menjadi pemimpin sebuah
negara yang tidak mengamalkan Islam. Dari riwayat yang dinyatakan, terdapat jelas
kelonggaran. Ini dilihat dari kedudukan Najasyi yang kekal sebagai penguasa Muslim
dan diperakui kesolehannya oleh Rasulullah s.a.w.
6. Hukum menyokong penguasa yang bukan Islam atau penguasa Islam yang tidak
menjalankan syariat atau berperang di pihak mereka. Ini dapat dilihat dari sikap para
sahabat yang menyokong Najasyi ketika menghadapi pemberontakan. Ini mempunyai
kaitan dengan peranan masyarakat Islam dalam pembangunan negara (nation
building).
7. Hukum menjalin pakatan dan bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam dalam
perkara yang tidak melanggar syara dan yang berkaitan dengan kepentingan
bersama. Ini dapat dilihat kerjasama para sahabat dengan Najasyi dan kerjasama
Najasyi dengan pembesar-pembesarnya bagi memelihara keadilan yang umum. Ini
mempunyai kaitan dengan peranan masyarakat Islam dalam pembangunan negara dan
isu-isu kemasyarakatan.
8. Adab dan tingkah laku seorang Islam selaku penduduk atau rakyat di negara bukan
Islam yang melindunginya dan menjamin hak asasi baginya. Ini dapat dilihat dari
akhlak yang baik yang ditunjukkan ketika berdialog dengan Najasyi seperti memberi
salam, menyebut nama Najasyi dengan gelaran yang baik, bercakap dengan sopan
dan lembut serta membalas budi baik. Ini mempunyai kaitan dengan kerakyatan yang
baik (good citizenry) dan tingkah laku yang sopan (good manners / courtesy).
9. Pelaksanaan kerja-kerja dakwah di negara bukan Islam. Ini mempunyai kaitan pada
persoalan matlamat, keutamaan kerja, pemeliharaan adab yang baik dan akhlaq yang
mulia, prinsip kepatuhan pada undang-undang dan kerangka (framework) yang ada.
10. Berusaha untuk memelihara prinsip agama yang tetap dan ajaran sebenar agama
semampu mungkin. Ini dapat dilihat dari sikap para sahabat yang tidak sujud pada
Najasyi, penerangan secara jelas dan terang mengenai ajaran Islam dan nabi Isa.
PENUTUP
Apa yang dicernakan di atas bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak (absolute). Ini adalah
kerana bagi setiap hukum itu ada perbahasannya dan syarat-syarat penerimaannya.

17

Selain itu, banyak perkara yang dinyatakan di atas termasuk dalam persoalan pentafsiran
hukum atau ijtihad. Ini adalah kerana apa jua isu berkaitan Islam ia hendaklah dihuraikan
dengan melihat dalil-dalil secara komprehensif dan tidak hanya merujuk kepada satu-satu
dalil sahaja.
Di sebabkan kewujudan dalil-dalil lain, maka kebanyakan isu di atas menatijahkan
pelbagai pandangan ulama dan khilaf di sisi mereka.
Sebagai contoh ialah persoalan hukum berhijrah ke negara bukan Islam. Ulama berkhilaf
kerana ada dalil seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan menganyiaya
diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya Dalam keadaan bagaimana kamu ini?
Mereka menjawab Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah). Para
Malaikat berkata Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat behirjrah di bumi
ini?. Orang-orang itu tempatnya di neraka Jahannam dan neraka Jahannam adalah
seburuk-buruk tempat tinggal. Kecuali mereka yang tertindas, baik laki-laki atau wanita
atau anak-anak yang tidak ada daya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah).
Mereka itu, mudah-mudahan Allah akan mengampunkan mereka dan Allah Maha
Pemaaf dan Maha Pengampun. Dan barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya
mereka akan dapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang
banyak... 26 (An-Nisa : 97-100)
Hukum memegang jawatan di dalam pemerintahan bukan Islam kerana antara lain, ada
dalil firman Allah taala yang bermaksud:
Dan barangsiapa yang berhukum dengan apa yang bukan diturunkan oleh Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Al-Maidah : 44)
Oleh itu, timbullah persoalan bagaimana dalil-dalil ini saling berinteraksi antara satu
sama lain. Adakah yang satu memansukhkan yang lain atau setiap satu merujuk kepada
situasi yang berbeza atau ada ruang bagi melakukan rekonsiliasi (jama) antara dalil-dalil
itu.
Disebabkan ruang yang terbatas, kertas ini tidak mampu untuk menghuraikan
keseluruhan perkara yang dicernakan di atas itu secara terperinci dengan membawa
perbahasan para ulama mengenainya dan pertimbangan dalil-dalil mereka.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam pendahuluan, kertas ini hanyalah satu usaha untuk
mendedahkan akan kewujudan riwayat-riwayat mengenai orang-orang Islam di Habsyah
26

Berkata Al-Qurtubi Ayat ini menunjukkan bahawa tidak harus bagi sesiapa kekal di bumi yang para salaf dimaki
dan dilayan di dalamnya dengan cara yang tidak benar. Dinukil dari Muhammad Sulaiman Tubuliyak, Al-Ahkam AsSiyasiyah Li Al-Aqalliyat Al-Muslimah Fi Al-Fiqh Al-Islami (Hukum Bagi Minoriti Muslim Dalam Bidang Politik Dari
Sudut Fiqh Islam), ms 48. Lihat Al-Qurtubi, Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, jld 5, ms 248

18

yang pada pengetahuan penulis tidak banyak diketahui mengenainya oleh para
pendakwah di Singapura, apatah lagi masyarakat umum.
Paling kurang dengan pendedahan ini, para pendakwah dan masyarakat Islam Singapura
tahu akan kewujudannya dengan itu meluaskan perspektif mereka. Sekurang-kurangnya,
apa yang perkara-perkara yang dicernakan di atas itu tidak dilihat sebagai satu perkara
yang asing semata-mata kerana kejahilan (ignorance). Sebaliknya ia dilihat sebagai satu
pandangan yang wujud di antara pandangan para ulama. Dengan itu ia meluaskan pilihan
(option) kita dalam menghadapi situasi kehidupan sebagai minoriti Muslim yang
mencabar ini.
Pendedahan ini pula akan mendorong untuk pelbagai pihak di kalangan masyarakat Islam
Singapura atau dalam kesempatan lain untuk mengkaji dan menghuraikan pula setiap satu
dari persoalan-persoalan yang dicerna secara khusus dan komprehensif.
Pengamalan Islam sejajar dengan konteks Singapura adalah satu keperluan syara bukan
semata-mata pertimbangan politik atau strategi. Oleh kerana itu, sifat minoritinya adalah
faktor penting dalam menentukan corak pengamalan Islam di sini. Hakikat ini mencabar
masyarakat Islam Singapura untuk membina Fiqh Aqalliyat (fiqh minoriti) yang sesuai
dengan konteks mereka. Fiqh minoriti yang bukan condong ke Timur atau ke Barat tetapi
fiqh model mereka sendiri. Sehingga kita tidak janggal secara konsep dan praktik untuk
mengaku sebagai Muslim Warga Singapura.
Kalau masyarakat Islam Singapura boleh maju di banding masyarakat Islam lain di dunia
dalam beberapa perkara. Ia pasti boleh maju dalam membangun Fiqh Aqalliyat ini yang
bukan hanya bermanfaat untuk diamalkan di Singapura tetapi juga menjadi contoh bagi
minoriti Muslim lain di dunia.
Langkah awal ialah dengan menggali semula khazanah dulu, melakukan rekonstruksi
terhadap apa yang ada dan ijtihad baru secara kolektif. Usaha ini diharap akan
menyumbang bagi ke arah yang diharapkan.
Semoga Allah taala memberi taufiq dan hidayah.

19

Anda mungkin juga menyukai