PSV 3108 Kraf Tradisional
PSV 3108 Kraf Tradisional
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
Topik 1 Bidang Kegiatan: Mengenal Kraf Tradisional
R tujuan kraf ini dipelajari dan kepentingan memperkenalkan
kepada pelajar
memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar
memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif
mereka
LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL
Definisi Kraf Tradisional
Makna kraf
Keluaran Kraf tangan bererti apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah
hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa
barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka
bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta
Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979)
Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan
dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan
atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang
dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusahapengusaha.
R Makna tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi.
R Makna kraf tradisional
satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan
tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat,
wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.
merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang
kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan
unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya,
sifat, garis, gerak, dan warnanya.
dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu.
Bahan yang digunakan tidak terhad.
asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk
sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha
mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan
kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk
berbagai-bagai tujuan.
terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya
yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan
suasana harmoni di antara manusia dan alam.
Ciri-ciri seni Islam jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti
penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri, di
samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa
geometri
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
menyedarkan pelajar kraf tradisonal mempunyai nilai estetika
merasa bangga dengan warisan tradisi Negara.
KEPENTINGAN
Mempelajari teknik membuat produk:
Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang
digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan.
Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau
mengkuang untuk menghasilkan objek.
Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional:
objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.
Topik2 Batik
PENGENALAN
merupakan salah satu daripada kraf tradisional.
kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan
Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti
dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud
rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.
batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik
bermaksud setitik lilin.
wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan
di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah
lama wujud di Indonesia.
Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis
kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya
bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah
dipelajari di kepulauan Jawa.
Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak
dari Kelantan.
Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain
Pereir atau Kain Pelangi iaitu
kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam.
Haji Che Su bersama rakan rakannya telah mengusahakan
perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati,
Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke
Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.
JENIS-JENIS BATIK
R empat jenis teknik batik:
Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian
digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak.
Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak
dihasilkan melalui leker.
Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan
melilinkan bahagian untuk dibuat corak.
Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).
MOTIF BATIK MALAYSIA
dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini
terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap
persekitaran.
Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah
sendiri boleh dijadikan corak.
enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak
atau ragam hias yang menarik:
RUnsur flora
Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:
Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga,
kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal
atau bertabur
Untuk menghiasi badan batik sarung.
bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar
dengan bentuk lembut
helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
bunga disusun berdahan tegak
Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif
pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan
secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
R diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam
R biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau
pisang
R rasa digunakan
Kain putih Bahan pewarna Debu soda
R Proses membuat batik blok
Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji.
Dijemur sehingga kering.
Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja.
Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok
dicelup ke dalam lilin cair itu.
Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan
reka letak motif dengan teliti dan kemas.
Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan
pewarna.
Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali
dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain
batik yang beraneka corak dan warna.
Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan
bahan debu soda.
Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering.
R Teknik batik tulis
Digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa
seperti warna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat
disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut peredaran
zaman.
mempunyai reka corak yang tersendiri.
(i) Alatan
Kain putih atau kertas
Canting Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin)
lemak binatang/minyak masak)
Berus lembut
Serbuk pewarna jenis reactive-dye
Sodium silicate (Pemati warna)
Soda ash
Pemidang kayu
R Proses membuat batik tulis
Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan
diregang pada pemidang kayu.
Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel
(6D).
Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana.
Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk
melicinkan aliran lilin.
Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut
lakaran pensel di atas permukaan kain.
Bahan pewarna disapu pada reka corak.
Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam
dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 812 jam di tempat
terlindung cahaya untuk mematikan warna.
Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air lalu
sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut.
Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit soda ash
sehingga lilin tanggal.
Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum
dikeringkan.
R Teknik batik skrin
Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri
Kelantan dan terus berkembang menjadi satu industri.
Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik
yang digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain.
R Alatan
Skrin Sekuji Meja mengecap Kelongsong stensil
Kain putih Bahan pewarna bahan lekar
R Proses membuat batik skrin
Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya
pada kertas
Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan
bilangan pemidang yang akan digunakan
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
R bahan yang digunakan:
Kayu Pewarna Gam
R Proses dan Teknik Mengukir
Penyediaan kayu
(i) Pilih papan yang sesuai.
(ii) Potong mengikut ukiran yang dikehendaki.
(iii) Ketamkan permukaan.
Melukis corak di atas permukaan kayu
Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan
(i) Melukis terus pada permukaan papan.
(ii) Tekap.
(iii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan.
Mengukir
R Ukiran layang:
Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak.
R Ukiran bunga timbul:
Bahagian latar corak ditebuk. Diukir menyerong pada corak untuk
menimbulkan silat.
R Ukiran tebuk tembus:
Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan
latar untuk menimbulkan silat. Bahagian latar tembus
menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.
R Ukiran larik:
Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.
R Menyilat
Menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada
jenis silat yang sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi
menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk. Menyilat
juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam
kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak.
R Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran
Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora,
seni khat, fauna, awan larat, kosmos dan geometri.
R Flora
Daun:
bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya,
ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung,
pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.
Bunga:
cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting,
kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung,
matahari, cengkih dan lain-lain.
R Seni Khat
ayat-ayat Al-Quran
R Fauna
itik pulang petang
RAwan Larat
awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angina
sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.
R Kosmos
Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.
R Geometri
Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam
rupa bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga
digunakan.
R Pengunan warna
biasaan ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai
timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau
perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada
emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada
bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya
ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang
digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu:
Tenunan Pahang
Tenunan songket (kain benang emas)
Tenunan Pua
R Tenunan Pahang
tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak
mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali
sebagai tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan
dikenali sebagai setuli benang. Tenunan ini ditenun dengan
menggunakan kek Siam.
diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan.
Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas.
Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan
benang setul (benang Rayon).
R Tenunan songket
Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu
tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini
sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas
atau perak (benang pakan).
R Terdapat dua jenis songket:
Tekat 3
Tekat 5
R Jenis Kain Tenunan
Terdapat tujuh jenis kain tenunan:
Kain bujang atau Samping
Kain sarung tenunan corak berang
Kain sarung
Kain kampuh Kain lepas Kain destar/Tanjak/Tengkolok
Kain selendang
R Proses Menghasilkan Songket
bahan-bahan yang digunakan:
Benang Benang loseng
Benang pakan vBahan pewarna
R alatan yang digunakan:
Kek (loom)/tumpoh/kek pua
Anak geliging Lidi Belira
Torak, cubaan dan pelting (peleting)
Pasong dan papan gulung
R Proses menenun songket
Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk
menghasilkan
tekstil
melalui
proses
tenunan
dengan
menggunakan alat seperti kek
tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna
pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan
sehelai kain.
Persediaan sebelum menenun:
R Menerai benang
Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan
menggunakan alat rahat dan ruwing. Benang-benang dililitkan
kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai
benang atau loseng untuk proses menganing.
R Menganing
Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi
mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain.
R Menggulung benang losing ke papan gulung
Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan
gulung melalui proses menggulung. Benang yang telah siap
digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang
terletak di hujung kek. Benang daripada papan gulung ini
dinamakan benang loseng.
R Menyapuk
Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk
dimasukkan ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana
proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk.
R Mengarat
Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan
karat. Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara
mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau
karat belakang.
R Menenun
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut
hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan.
R Persembahan hasil kerja
(i) Penilaian berdasarkan
ide rekacipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri
dan orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat
tenunan
Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana tenunan dihasilkan
(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan
hingga akhir
(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan
(iv) pemasaran barangan tenunan.
Aktiviti pembelajaran tambahan
(i) Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap
contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.
(ii) Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
tenunan.
Topik 5 Anyaman
Definisi Anyaman
satu proses menjalin, menjaring-jaringkan menyilangkan helaian
bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh,
rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan
teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang
dikeringkan.
R Seni Anyaman
seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,
lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas
tempat duduk.
menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain.
R Sejarah dan Perkembangan
seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dan tidak
mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan anyaman adalah
sama dengan perkembangan seni tikar.
anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah
menghasilkan tali, dinding rumah dan keperluan hidup seperti
bakul.
akar dan rotan adalah bahan asas yang terawal digunakan untuk
menghasilkan anyaman.
dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan
bukan sebagai mata pencarian utama.
Hasil seni anyaman sekarang ini tidak lagi terhad pada bentuk
tradisional sahaja.
organisasi dan perbadanan yang mengusahakan industri ini
dengan skala yang besar seperti, cawangan-cawangan
Perbadanan Kemajuan Krat Tangan Malaysia, Persatuan Gerakan
Wanita Felda, Pusat Kraf tangan Felda dan lain-lain lagi.
R Jenis Anyaman
Mengkuang Daun mengkuang Tikar, tudung saji, bekas
pakaian dan lain-lain.
Pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding
Buluh Jenis-jenis buluh yang
Sesuai Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
dikenali sebagai rotan pulor,rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit.
Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak corak bakul
yang dikehendaki. Jalinan
warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu
menarik. Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerjakerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang
digunakan adalah seperti berikut:
(a) Rotan pulor 2 mm digunakan untuk membentuk jalinan
dipermukaan bakul
(b) Rotan pulor 3 mm digunakan untuk dijadikan asas tiang atau
rangka bakul
(c) Rotan sega digunakan untuk pembentukan bingkai dan
tangkai.
R alatan yang digunakan:
Gunting besi
Ragum atau playar memotong
Penyucuk ais (penyisip rotan)
Penyembur air (melembutkan rotan)
Blow torch (mengemaskan permukaan hasilk anyaman)
Pita pengukur (mengukur saiz anyaman)
Penukul dan paku kecil
Pelarut (meluruskan rotan)
Pisau raut
Paku
Lilin
Proses Menganyam bakul
R tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses
pembuatan bakul, iaitu:
Tapak bakul
Badan bakul
Bingkai/Tangkai bakul.
R Rotan direndam
Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya
sebelum proses menganyam bakul bermula.
R Cara-cara Menganyam Bakul
R cara-cara menganyam bakul:
(a) Tapak Bakul
(i) bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan
panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul.
(ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan
ke salah satu bicu asas tapak tersebut.
(iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah
itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka
yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana
yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak
yang diperlukan.
(iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal
sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk
dijadikan bahan.
R Badan Bakul
Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 2
serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan
sekali.
pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90% lurur
tiang rangka.
Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan
hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.
R Bingkai Bakul
Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai
yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat
bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan
dengan paku kecil.
Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga
menutup bingkai bakul.
Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur,
hujungnya diraut hingga nipis.
Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti
mana yang dilakukan kepada bingkai tadi.
Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
7 / 14
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan
digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas
menyimpan air, balang dan lain-lain
lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.
R Sejarah
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu.
Ini terbukti
dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun,
Ipoh, Perak,
Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.
Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan
harian.
bentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling
awal dicipta oleh tukang tempatan.
barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri
mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta
dipengaruhi oleh budayan latar belakang si pembuat.
labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labun
dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional.
Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan
penghasilann
Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di
Serawak.
R Jenis-jenis tembikar
jenis-jenis tembikar:
R Geluk
Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi
sebagai bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif
yang kecil dan ringkas.
R Buyung
dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap.
Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung
nmempunyai bahagian leher dan badan.
permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar
dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh.
R Jambangan
berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh
mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya
seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau
buyung berkaki.
R Labu
diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk separti
kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau
menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling
dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum
wanita di
Sayong, Perak.
R Bekas Perasapan/Bekas Bara
Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar
kemiyan.
digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan
kematian masyarakat tertentu
R Motif Ragam Hias
aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang
digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan
berdasarkan motif
geometri dan organik. Motif ragam hias
berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentukbentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis
panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan
bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya
dijadikan motif tembikar.
R Motif Geometri
Garisan bersilang - seli. susun kisi-kisi
Titik tahi alat Garis keluh Garis berkotak.
Garis tulang ikan Pucuk rebung Bentuk potong wajik
Bentuk segi tiga Bentuk bujur Balung kuku
Rantai perak Susur kelapa Siku keluang
R Motif Gayaan Organik
Sulur kakung Bunga cengkih
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
Topik7 Tekat
DefinIsi
Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses
menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu.
seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji
timbul) di kalangan pengusaha tekatan.
Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama
ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semua
dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan
dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.
Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu
perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut
(melakukan sesuatu).
Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas
yang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di atas
lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.
menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul..
Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat.
Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan
tampalan kertas perada di atas kain berwarna.
seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni
ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti
tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk
tekat berasaskan corak awan larat
tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu.
motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun
keladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif
bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima,
bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya.
bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.
R Sejarah
berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya
dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber
alam oleh tukang-tukang tempatan.
berkembang pesat di istana pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, iaitu pada kurun ke 15.
Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di
kalangan kerabat di raja. Di Perak, seni tekat pada asalnya
http://oumclub.blogspot.com.
9 / 14
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada
akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak
menghasilkan reka bentuk tekat.
dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan
baba dan Nyonya Melaka serta orang-orang tempatan di beberapa
negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka. .
Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.
Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang
rumit, indah dan mewah.
Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnya
tekatan digunakan untuk penghasilan barangan tiga dimensi
seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tepak sirih, kasut dan lainlain lagi.
terbatas dan kegunaannya adalah terhad.
Jenis-jenis Tekat
jenis-jenis tekat:
R Tekat timbul benang emas atau perak
Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turut
di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan
sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang
emas atau perak.
R Tekat gubah
Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain
dasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat daripada
kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduan
untuk melukis corak.
Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau
berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang
untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas
atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain
dengan menggunakan benang sutera berwarna.
Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan
lagi dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang
kosong atau yang tidak bertekat.
R Tekat perada
Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen
yan ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian
tepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas,
ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian
bawah kerrawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna
lain atau cermin untuk
mengindahkannya lagi.
tidak lagi diusahakan sekarang.
Alatan Tekatan
R Pemidang kayu
dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.
digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan
tekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkan
bahagian tepi kain digunting.
R Cuban dan benang emas
Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas.
diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak
atau tanduk berukir.
Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam
bentuk palang.
R Irasan atau kain dasar
Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain
baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.
R Benang putih atau benang kapas
Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas
pada mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain
kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan
mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi
mengait dan mendapatkan jarak tekatan
yang rapat.
R Mempelur
Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas
tebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
(ii) Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu
dan orang lain.
(d) Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tekat atau tempat membuat tekat
Tempat : kilang atau tempat membuat tekat yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana tekat dihasilkan
(ii) proses bagaimana tekat dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tekat
(iv) pemasaran barangan tekat.
Topik 8 Wau (Layang-layang)
R DefinIsi
Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas
dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti
untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.
merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian
atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang
berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan
dengan bantuan angina
Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama
dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri
sembilan dan Selangor.
R Istilah Layang-layang di Malaysia
lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan
Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor
berbanding dengan negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan
catatan tun Sri lanang,di mana menurut beliau, Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama-sama dengan
pemuda-pemuda serta kerabat di raja.
R terbahagi kepada empat:
Layang-layang laga
Layang-layang anak
Layang-layang hiasan
(d) Layang-layang atau wau
R Wau
Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara
Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.
Menurut Wayne Hosking dalam kites of Malaysia perkataan
wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan
Wouw. I
merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa
dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan
pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau
berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang
dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai,
menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang
dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau
dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu
menghasilakan bunya wau, wau, wau secara irama.
R Ciri-ciri utama wau
mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.
RJenis-jenis wau
Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing
Wau daun atau barat
Jenis kegunaan wau
R kegunaan wau:
R ditayangkan di udara.
R dipertandingkan keindahan hiasannya.
R untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung.
Wau dimensi baru
dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak
serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai
pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah
menjadi satu identity istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang wau atau tempat membuat wau
Tempat : kilang atau tempat membuat wau yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
(i) bagaimana wau dihasilkan
(ii) proses bagaimana wau dihasilkan diperingkat
permulaan hingga akhir
(iii) kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari wau
(iv) pemasaran barangan wau.
Topik 9 Gasing
Definisi
berasal daripada suku kata ka dan sing. Ka iaitu singkatan
kayu dan sing daripada perkataan pusing kerana gasing sifatnya
berpusing.
popular sejak zaman kesultanan Melaka. Musim bagi
petandingan gasing ialah selepas musim menuai atau musim
buah-buahan.
Bentuk gasing, cara pembuatan dan peraturan permainannya
berbeza di antara negeri di pantai timur dengan negeri-negeri di
pantai barat Semenanjung Malaysia.
merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan
penduduk kampung di Malaysia terutama sekali di pantai timur
seperti Kelantan dan Terengganu.
dimainkan oleh kaum lelaki sahaja.
Menurut kepercayaan gasing boleh berpusing melebihi
24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat.
Gasing yang bermutu diperbuat daripada kayu jenis keras yang
banyak terdapat di Kelantan dan Trengganu.
Kayu ini kemudiannya akan dibentuk kapada bentuk sebiji piring.
Untuk memperkukuhkan lagi gasing, satu lingkaran besi akan
dipasang pada bibir gasing. Sebiji gasing akan mengambil masa 4
hingga 8 minggu untuk disiapkan.
R Jenis-jenis Gasing
Berikut adalah jenis-jenis gasing:
Gasing Pahang Gasing Pari Gasing Paying
Gasing Puyuh Gasing Loceng Gasing Berembang
Gasing Botol Gasing Bugis Gasing Bunut
Gasing Cina Gasing Denak Gasing Jantung
Gasing Kanak-kanak Johor Gasing Leper Kelantan
Gasing Loceng Gasing Merlimau Gasing Paku.
R Bahagian-bahagian Tubuh Gasing
Paksi
berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan
gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas
Patak
di antara tubuh dengan paksi gasing
Labu
antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing
Kepala
atas tubuh gasing yang bulat dan kecil
Leher
lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali
gasing
Bahu
atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali
Pemotek
Hiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atau plastik
yang dilekapkan pada kepala gasing uri
Turap
Dipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala
supaya tidak retak, tanggal dan mengelakkan dari pecah
R Fungsi Gasing
Gasing hiasan
dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak
memilih kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing
Gasing permainan
bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk
permainan.
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
Gasing pangkah
Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat
yang betul, memastikan imbangan yang baik dan mendapat
keligatan yang baik supaya tahan urinya walaupun setelah
dipangkah.
Gasing permainan
Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri.
Ianya bukan untuk pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan
urinya sahaja. Ianya popular di pantai timur sahaja.
R Ciri-ciri Istimewa Gasing
Paksi melambangkan kalbu kerana paksi ialah tempat gasing
berpusing.
terletak di bahagian tengah sebelah bawah gasing dan diperbuat
daripada besi waja.
Patak melambangkan roh.
c Labu melambangkan nafsu.
Kepala melambangkan akal.
Pemotek melambangkan iman. Pemotek ialah pusat ikatan
gasing yang terletak di bahagian tengah sebelah atas gasing dan
biasanya disalut dengan perak serta dihias dengan rekaan bungabungaan supaya kelihatan cantik.
R falsafah Gasing
Paksi gasing mengikut paksi bumi dan edarannya. Keseimbangan
amat diperlukan dalam pembuatan gasing supaya gasing tidak
ketetel atau imbal, begitu juga dengan kehidupan manusia yang
memerlukan keseimbangan dalam
R Bahan Membuat Gasing
Bahan
R Kayu
diperbuat daripada jenis kayu iaitu daripada kayu yang paling
keras hingga yang paling lembut.
Gasing yang keras diperbuat daripada kayu jenis terpilih yang
tahan dan tidak mudah pecah, berpusing ligat dan tenang ketika
dimainkan.
Kayu Koran adalah jenis yang terbaik tetapi sukar diperoleh.
Kayu bakau ban digunakan untuk membuat gasing kerana
sifatnya yang keras, tidak mudah pecah, tidak begitu imbal dan
mudah didapati.
Kayu ciku dan petai juga sesuai untuk membuat gasing
walaupun lebih ringan dari kayu Koran dan bakau.
Kayu johol dan kerada juga sering digunakan untuk membuat
gasing.
Kapak Gerudi
Paku Kertas Pasir Pemahat
R Proses Membuat Gasing
Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentuk
rangka kasar gasing yang berbentuk seakan-akan dua piring
bertangkup dua.
c Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusat
kayu.
Paku berukuran kira-kira 9cm panjang dibenamkan dan
meninggalkan kirakira 2cm di bahagian luar.
(d) Proses melirik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentuk
dan saiz yang dikehendaki.
Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh terus
digunakan atau pun dicat dan diwarna terlebih dahulu supaya
kelihatan lebih menarik.
Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni cipta
yang bermutu tinggi.
Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Gasing
R Penggunaan sabun
Bahan:
Sabun buku Carving tool Pisau
Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi
Span Paku
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang
rekabentuk gasing.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
rekabentuk gasing kepada pelajar.
12 / 14
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara bagaimana menghasilkan rekabentuk gasing.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekabentuk yang baru
dia kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar dikehendaki melakarkan rekabentuk gasing.
R Proses membuat gasing
Langkah 1 : Pelajar melakarkan rekabentuk gasing di atas sabun
dengan benda
tajam seperti jarum peniti.
Langkah 2 : Pelajar mengukir sabun mengikut rekabentuk yang
dilakarkan
dengan menggunakan carving tool atau pisau.
Langkah 3 : Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan
menggunakan
span sedikit air.
Langkah 4 : Pelajar mencucukkan paku pada bahagian bawah
gasing tersebut.
R Persembahan hasil kerja
Penilaian berdasarkan
(i) idea reka cipta
(ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
(iii) kemasan
Apresiasi
Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya sendiri dan
orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat gasing
Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
bagaimana gasing dihasilkan
proses bagaimana gasing dihasilkan diperingkat permulaan
hingga akhir
kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari gasing
pemasaran barangan gasing.
Topik 10 Perhiasan Diri
LATAR BELAKANG PERHIASAN DIRI
Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara
penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.
Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri
mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga
seperti emas, perak dan batu permata.
Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah
Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah
menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M)
lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan
barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan
kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian,
penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di
bawah naungan istana.
hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan
di kepala.
R Hiasan kepala
Cucuk sanggul
wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan
membuat sanggul.
Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa
dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan
menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga
berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si
pemakai.
cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna.
Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk
sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang.
R Sikat atau sisir rambut
alat untuk mengemas dan merapikan rambut.
sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul
dalam kedudukan tertentu.
daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading
http://oumclub.blogspot.com.
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang
menarik.
R Penutup Kepala
Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu
zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan.
Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya
dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas
bermotifkan flora dan fauna dalam berbagai bentuk.
Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai
oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas
bertahtakan intan permata.
R Hiasan telinga
tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting
(subang jurai), kerabu dan sunting malar.
Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat
dengan teliti dan halus.
dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis
tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh.Kerabu
ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam
pelbagai bentuk seperti geometric, flora dan diikat dengan sebutir
batu permata atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu
hiasan yang digantung di telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya
wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut
agar kelihatan lebih berseri.
R Hiasan Leher
rantai, loket, dokoh dan kalung.
(a) Rantai
terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh.
diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan
awan larat atau flora.Kadang kala ia diikat denga intan atau
berlian.
(b) Loket
Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan
flora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti
geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu
permata atau mutiara sebagai hiasan.
(c) Dokoh
terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan
dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya
dokoh mempunyai tiga tingkat.
Kalung
dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak.
Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada
sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung
panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga
dikenali sebagai aguk.
R Hiasan Tangan dan Leher
benda yang disarung pada bahagian anggota badan
khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti
cincin,gelang tangan, dan kaki.
Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. c
memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam
pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa
permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah
pada birainya untuk menampakkan seri
dan keunikannya. Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari
dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak.
Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk
geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata
mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di
dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai
dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan.
Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata.
Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan
keturunan di raja.
cBentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang
tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran
yang dijadikan hiasan pada gelang kaki.
R Hiasan Pinggang
13 / 14
SimpoNOTA
PDFRINGKAS
Password
Unregistered
HBAE3103
KRAFRemover
TRADISIONAL
Version - http://www.simpopdf.com
OUMClub
Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang
direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan
seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan
memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang
diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula
biasanya dihiasi dengan motif-motif flora dan fauna yang amat
halus dan menarik buatannya.
R Hiasan Pada Pakaian
. Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai
penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh.
Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang
diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu
permata. Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi
ianya dipakai pada baju kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu
diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang
baju yang dihiasi dengan batu permata.
R Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Bentuk
Kalung berhias:
Menggunakan manik atau lain-lain bahan buangan
Bahan
R Manik pelbagai warna dan lain-lain bahan buangan
R tali pancing
R kancing penyangkut
Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang ragam
bentuk yang terdapat dalam hiasan rantai.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran
ragam bentuk kalung kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi
peringkat cara sesuatu ragam bentuk dihasilkan di kertas.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru
dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar membuat ragam bentuk kalung mengikut
lakaran.
R Proses membuat
Tali pancing diisi dan dipenuhi satu persatu dengan manik
pelbagai warna mengikut reka cipta masing-masing.
Menyambung dan mengikat rantian manik tersebut kepada
bahagian rantai asas mengikut gubahan masing-masing.
(iii) Setelah kalung itu disiapkan, kancing pengangkut diikatkan
pada penghujung kedua-dua bahagian rantai tersebut.
R Persembahan hasil kerja
(a) Penilaian berdasarkan
idea reka cipta
kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
kemasan
R Apresiasi
Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan
orang lain.
R Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat hiasan diri
Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran,
seperti
kedai emas
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan.
bagaimana perhiasan diri dihasilkan
proses bagaimana perhiasan diri dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari hiasan diri
pemasaran barangan hiasan diri.
http://oumclub.blogspot.com.
14 / 14