Anda di halaman 1dari 7

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan

bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak,
cat air dan lilin, cat air dan krayon dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses
penolakan warna.
Teknik gosokan dijasilkan dengan menggunakan media kering dan menggosok
kertas yang diletak di bawah sesuatu yang mempunyai permukaan yang kasar. Jalinan di
atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.
Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan
angin. Teknik tiupan angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat
corak (tidak terancang ) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar.
Contohnya seperti membuat ranting-ranting katu atau pokok yang rendang.
Renjisan merupakan satu teknik menghasilkan

tidak sengaja dengan cara

menghamburkan titik-titik warna air yang berselerak ke sana sini. Renjisan boleh
dilakukan ke atas permukaan kertas kering atau lembap dan kesan warna yang direnjis
akan menimbulkan corak tidak terancang yang menarik.
Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain
ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula
semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh
seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari
sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini
boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah
mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga
ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun
nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh


luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan
kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahanbahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung
dan kawasan di sekitar pasir pantai.
Pelbagai rupa bentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik
anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk
anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau
nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka
rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.
Batik Ikat celup adalah proses membuat motif dan warna pada kain putih polos
dengan teknik mengikat dan menutup sebahagian kain dengan karet gelang, tali rapia dan
platik gula pasir selanjutnya dicelup pada pewarna kain misalnya yang mudah didapat
iaitu wantex.

Percikan adalah satu teknik yang menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara
menghambur titik-titik warna air yang berserak-serak ke sana sini.

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan. Cetakan pada
awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan
berwarna muncul pada abad ke 15. Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan
banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.

Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna
terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atas kertas tersebut.
Hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku.
Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti. Teknik tersebut
diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara
amnya, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling
kompleks bergantung kepada yang ingin menghasilkan corak.

BIBLIOGRAFI
Teknik resis. http://bttan2422.blogspot.com/p/blog-page_10.html. Dilayari web pada 17
April 2015.
Teknik gosokan. http://weechin82.blogspot.com/2012/11/teknik-gosokan.html. Dilayari
web pada 17 April 2015.
Rekaan

corak

tiupan.

http://kasbie.blogspot.com/2011/11/rekaan-corak-tiupan.html.

Dilayari web pada 17 April 2015.


Teknik renjisan. http://weechin82.blogspot.com/2012/11/renjisan.html. Dilayari web pada
17 April 2015.
Banding beza percikan dan renjisan. http://www.scribd.com/doc/58259968/BandingBeza-Percikan-Renjisan. Dilayari web pada 17 April 2015.
Rekaan corak pualaman-marbling. http://kasbie.blogspot.com/2011/11/rekaan-corakpualaman-marbling.html. Dilayari web pada 17 April 2015.
Batik ikat celup dengan wantex. https://subhandepok.wordpress.com/bahan-ajar/materiajar/kelas-viii-2/batik-ikat-celup-dengan-wantex/. Dilayari web pada 17 April 2015.
Pengenalan cetakan. http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/pengenalan-cetakan.html.
Dilayari web pada 17 April 2015.
Origami. http://senivisual1.blogspot.com/search?q=origami. Dilayari web pada 17 April
2015.
Anyaman tikar. http://senivisual1.blogspot.com/search?q=anyaman+tikar. Dilayari web
pada 17 April 2015.

PENGENALAN
Terdapat empat bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada menggambar, membuat corak
dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.
Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan
melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan
estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi. Pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Bidang-bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai cara
serta teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya seni. Ini memberi
peluang kepada pelajar membuat pelbagai karya yang istimewa serta dapat menguasai
teknik-teknik melalui menghasilkan karya dengan sendiri. Aspek apresiasi hasil kerja
juga diadakan sebagai satu proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai