Anda di halaman 1dari 18

ANALISIS KONSEP HOTEL PATUH SYARIAH DI MALAYSIA.

Nuruljannah Binti Jaafar2


Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
E-mel : mujahidahnuruljannah@yahoo.com

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti konsep hotel patuh syariah di
Malaysia. Ia cuba menganalisis konsep tersebut berdasarkan sorotan karya
dan kajian berkaitan yang telah dijalankan oleh para pengkaji lepas.
Analisis kandungan dan kaedah kajian perpustakaan digunakan dalam
mencapai hasrat ini. Kertas kerja ini mendapati bahawa konsep hotel
patuh syariah yang diamalkan di negara Malaysia diambil daripada konsep
hotel patuh syariah yang dibina oleh pengkaji Barat kemudian
diaplikasikan di negara Timur Tengah. Konsep tersebut digubah dengan
sokongan sumber-sumber rujukan mutlak Islam iaitu berdasarkan ayat alQuran dan hadis agar wujud ciri-ciri islamik dalam konsep tersebut.
Seterusnya, implikasi daripada jangkaan dapatan kajian ini adalah
perlunya satu kajian yang lebih komprehensif dilakukan bagi membina
suatu konsep hotel patuh syariah yang beracuankan Islam sebenarnya.
Kata kunci: definisi hotel patuh syariah, kajian literatur,
patuh syariah

konsep hotel

1 Kertas kerja yang akan dibentangkan dalam persidangan The 8th International Graduate Workshop
(INGRAW2014) pada 27-28 Oktober 2014 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

2 Nuruljannah Binti Jaafar merupakan calon siswazah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

PENDAHULUAN

Kertas kerja ini secara umumnya ingin meneliti konsep hotel patuh syariah
yang diamalkan di Malaysia. Secara khususnya pula, kertas kerja ini
adalah bertujuan untuk menganalisis konsep tersebut berdasarkan kajian
lepas dan sorotan karya berkaitan yang telah dijalankan oleh para
pengkaji lepas.
Perhotelan adalah merupakan salah satu bidang yang terkandung di
dalam agama, adat dan budaya Islam. Hal ini kerana, Islam itu sendiri
adalah merupakan cara hidup. Oleh yang demikian, dalam mewujudkan
hotel yang bertepatan dengan ciri-ciri keislaman, konsep hotel patuh
syariah diperkenalkan. Kini, konsep ini telah diguna pakai secara meluas
di negara-negara Timur Tengah dengan menawarkan prinsip dan adat
tradisional yang beracuankan Islam bagi memenuhi tuntutan pelancong
yang beragama Islam. Menurut Martin (2013), perkembangan konsep hotel
patuh syariah ini sebenarnya berasal daripada tujuan untuk memenuhi
keperluan agama dengan penekanan yang diberikan terhadap keluarga
dan kesihatan. Kemudian, ia dijadikan sebagai elemen pertumbuhan
ekonomi khususnya dalam industri pelancongan.
Sehingga kini, telah banyak kajian yang dilakukan oleh para pengkaji
dalam dan luar negara berkenaan konsep hotel patuh syariah ini. Antara
pengkaji yang telah menjalankan kajian berkenaan konsep hotel patuh
syariah ini ialah Nazifah Che Mat Nasir (2011), Wan Sahida, Suhaimi Ab
Rahman, Khairil Awang & Yaakob Che Man (2011), Mohd Fadhil Mohd Yusof
(2011), Mohd Rizal Razalli, Suzzaini Abdullah dan Mohamad Ghozali
Hassan (2012), Zakiah Samori dan Fadilah Abd Rahman (2013), Rosenberg
2

dan Coufany (2009), Henderson (2010), Stephenson (2010), Md. Aminul


Islam dan Laura Karkkainen (2013), Najahudin Lateh (2011),dan Md
Hamzaimi Azrol Md Baharudin (2012).
Oleh yang demikian, satu tinjauan literatur berkenaan konsep hotel patuh
syariah telah dijalankan merangkumi sumber bercetak dan sumber
elektronik. Namun demikian, tinjauan literatur tersebut hanya ditumpukan
kepada bahan-bahan yang hanya ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sahaja. Bahan-bahan berkaitan yang ditulis selain daripada
kedua-dua bahasa ini tidak diambil kira dalam tinjauan literatur ini.
Kertas kerja ini dimulai dengan pendahuluan dan maksud konsep hotel
patuh syariah berdasarkan pendefinisian daripada beberapa pengkaji
lepas. Seterusnya dilanjutkan kepada perbincangan tinjauan literatur dan
dengan rumusan.

DEFINISI HOTEL PATUH SYARIAH


Hotel patuh syariah bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Selain
daripada namanya, hotel patuh syariah turut dikenali sebagai hotel Islam
yang

juga

boleh

ditakrifkan

sebagai

hotel

yang

menyediakan

perkhidmatan selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang dianggap


sebagai kod etika yang mengawal keseluruhan kehidupan dalam Islam
(Shamim, 2009; Yuni dan NorAin, 2010; Yusof dan Muhammad, 2013).
Sementara itu, menurut Zakiah Samori dan Fadilah Abd Rahman (2013),
hotel patuh syariah boleh didefinisikan sebagai hotel yang menyediakan
perkhidmatan selaras dengan prinsip-prinsip syariah di mana ia bukan
sahaja terhad kepada perkhidmatan makanan dan minuman yang halal
semata-mata bahkan ia juga melibatkan keseluruhan operasi hotel yang
mematuhi prinsip patuh syariah yang telah digariskan.

Berdasarkan kedua-dua definisi hotel patuh syariah tersebut, maka


dapatlah disimpulkan bahawa hotel patuh syariah ialah hotel yang
menyediakan

perkhidmatan

serta

menjalankan

operasi

dengan

berpandukan prinsip patuh syariah yang ditetapkan selaras dengan


kehendak agama Islam.

KAJIAN LITERATUR TERHADAP KONSEP HOTEL PATUH SYARIAH


Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji tempatan
dan luar negara berkenaan dengan konsep hotel patuh syariah ini. Antara
pengkaji yang telah menjalankan kajian berkenaan konsep ini ialah Nazifah
Che Mat Nasir (2011), Wan Sahida, Suhaimi Ab Rahman, Khairil Awang &
Yaakob Che Man (2011), Mohd Rizal Razalli, Suzzaini Abdullah dan
Mohamad Ghozali Hassan (2012), Rosenberg dan Coufany (2009),
Henderson (2010), Stephenson (2010), Md. Aminul Islam dan Laura
Karkkainen (2013), Najahudin Lateh (2011), dan Md Hamzaimi Azrol Md
Baharudin (2012).
Menurut Nazifah Che Mat Nasir (2011) dalam kajian, beliau telah
menyatakan

bahawa

Islam

jelas

memerintahkan

umatnya

supaya

mengambil sesuatu yang halal dan meninggalkan segala yang haram


seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda
yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadanya.
(Surah Al-Baqarah, 2 : 172)
Kini, pasaran produk halal tidak semata-mata bertumpu kepada negara
Islam dan penduduk Muslim, malahan permintaan dan penerimaan
terhadap perkhidmatan dan barangan halal telah semakin meluas dalam
4

kalangan bukan Muslim juga. Hal ini ekoran daripada status negara
Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kemajuan dalam
dunia perniagaan dan semakin berkembang pesat terutamanya dalam
industri perhotelan dan hospitaliti. Salah satu produk yang semakin
mendapat sambutan ialah hotel patuh syariah. Hal ini kerana, hotel yang
berkonsepkan patuh syariah ini jelas selari dengan keperluan dan
kehendak yang telah digariskan dalam syariat Islam.
Selanjutnya, pertumbuhan pesat dalam industri perhotelan dan hospitaliti
ini juga telah membantu dalam menggalakkan pembangunan industri
pelancongan dan pelaburan daripada pelabur-pelabur asing. Demikian itu,
di Malaysia kini sektor pelancongan dan perhotelan telah menjadi antara
penyumbang utama kepada pendapatan negara.
Oleh itu, pihak pengurusan dalam industri perhotelan dan hospitaliti
haruslah memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengunjung
dan pelanggan adalah yang terbaik supaya mereka dapat menikmati
penginapan yang selesa. Misalnya, setiap pelanggan perlu disambut
dengan baik, memastikan semua keinginan atau keperluan pelanggan
dapat dipenuhi dan memastikan operasi hotelnya akan berterusan dalam
memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Seterusnya, berdasarkan kajian Wan Sahida, Suhaimi Abd Rahman, Khairil
Awang dan Yaakob Che Man (2011), terdapat beberapa keperluan patuh
syariah

yang

perlu

dipatuhi

oleh

setiap

hotel

yang

beroperasi

berlandaskan konsep ini. Setiap hotel perlu memastikan bahawa operasi,


reka bentuk dan juga sistem transaksi kewangan hotel tersebut mematuhi
peraturan dan prinsip-prinsip patuh syariah. Sebagai contoh, kemudahan
seperti spa, kemudahan gim, kolam renang, tetamu dan bilik majlis untuk
lelaki dan perempuan harus dipisahkan. Selain daripada kemudahan, hotel
yang mematuhi prinsip syariah tidak dibenarkan menyediakan minuman
beralkohol dan sepatutnya tiada bar mini yang beroperasi di dalam premis
hotel tersebut.

Kemudian, Mohd Fadhil Mohd Yusof (2011) pula mengatakan bahawa,


kebanyakan hotel patuh syariah mempunyai pelbagai versi dari segi
amalan pengurusan dan perniagaan. Hotel yang tidak menyediakan
minuman keras juga layak di kategorikan sebagai hotel patuh syariah
walaupun tidak mematuhi peraturan-peraturan lain yang digariskan oleh
syarak. Selanjutnya, ada juga yang berpendapat untuk melayakkan
sesebuah hotel dikategorikan sebagai hotel patuh syariah, perlu ada
peraturan yang ketat dari segi pergaulan bebas di hotel. Di samping itu,
hotel

ini

juga

perlu

menyediakan

restoran

khusus

untuk

tetamu

perempuan sahaja dan begitu juga perkhidmatan-perkhidmatan lain yang


menyediakan staf perempuan untuk melayan tetamu perempuan sahaja
serta sebaliknya. Oleh kerana tiada piawaian khusus yang ditetapkan oleh
pihak industri ke atas hotel patuh syariah ini maka terdapat sedikit
kecelaruan dari segi operasi dan pengurusan hotel tersebut.
Rosenberg dan Coufany (2009) seterusnya telah menggariskan beberapa
keperluan yang sepatutnya terhadap hotel patuh syariah ini. Menurut
kajian mereka, bagi menjadikan sesebuah hotel itu diiktiraf sebagai hotel
patuh syariah, ia haruslah melibatkan pengurusan yang patuh syariah
berdasarkan tiga komponen utama iaitu operasi, rekabentuk dan hiasan
dalaman dan sistem kewangan hotel tersebut. Menurut pengkaji ini,
operasi hotel termasuklah makanan, staf, ikhtilat antara staf lelaki dan
wanita, hiburan yang dibenarkan dan kemudahan pelanggan untuk
beribadah. Manakala dalam komponen rekabentuk dan hiasan dalaman
pula, ia melibatkan ruang makan yang berasingan untuk pelanggan
mengikut jantina, tanda arah kiblat di setiap bilik, tiada hiburan yang
lagha, katil dan tandas tidak menghadap kiblat, hiasan dan lukisan dinding
tidak

berunsurkan

haiwan atau

manusia, kemudahan riadah

yang

berasingan untuk pelanggan hotel mengikut jantina dan aras bilik yang
berasingan untuk tetamu lelaki, wanita dan keluarga. Seterusnya,
pembangunan
transaksi

dan

kewangan

pengurusan
Islam

hotel

yang

juga

patuh

haruslah

syariah

menggunakan

sepenuhnya

bagi

mengelakkan adanya unsur-unsur syubahat dalam keuntungan hotel serta

daripada keuntungan yang diperoleh juga wajib dikeluarkan zakat agar


matlamat akhir iaitu mardhatilah tercapai dan diberkati.
Namun, menurut Henderson (2010), tiada kriteria formal bagi pematuhan
syariah dalam sektor perhotelan, akan tetapi penelitian kenyataan tentang
kriteria yang sepatutnya ada bagi sesebuah hotel yang berkonsepkan
patuh syariah ada dibuat oleh para pengamal industri perhotelan dan
penganalisis yang mendedahkan bahawa, satu set ciri-ciri sesebuah hotel
patuh syariah telah diringkaskan seperti tidak menyediakan minuman
keras, menyediakan makanan halal sahaja, menyediakan naskah alQuran, sejadah dan petunjuk arah kiblat, katil dan tandas yang tidak
menghadap kiblat, tandas mesra pelanggan Muslim, kemudahan surau,
hiburan yang hanya dibenarkan oleh syarak, pekerja kebanyakannya
terdiri dari orang Islam, etika pakaian pekerja hotel mengikut syarak,
kemudahan rekreasi yang berasingan untuk lelaki dan perempuan, aras
bilik yang dikhususkan kepada tetamu perempuan sahaja, etika pakaian
yang dibenarkan untuk tetamu dan pengurusan kewangan yang dijalankan
perlu berlandaskan hukum syarak. Oleh sebab terdapat kekurangan
kesepaduan tentang aspek pematuhan hotel yang bertepatan dengan
hukum syarak, hal ini telah menunjukkan bahawa undang-undang syariah
secara keseluruhannya masih lagi kabur.
Selanjutnya, Najahudin Lateh (2011) menyatakan, untuk mewujudkan
hotel yang lebih mesra pelanggan Muslim, sebaiknya pengurus hotel harus
berbalik kepada al-Quran dan hadis. Contohnya, reka bentuk dan ruang
bilik air serta tandas tidak boleh menghadap kiblat. Hal ini kerana,
Rasulullah SAW melarang membuang air kecil atau besar dengan
menghadap ke arah kiblat. Seterusnya, kemudahan bilik air seperti paip
air untuk berwuduk atau beristinjak mestilah ada dan bukannya hanya
diletakkan tisu semata-mata. Kelengkapan lain seperti kain basahan,
peralatan kecil lain seperti berus gigi, ubat gigi halal dan seumpamanya
perlu disediakan. Hal ini secara langsung dapat menyarankan kepada
pelanggan supaya tidak berbogel ketika mandi dan sunnah sentiasa
bersiwak.
7

Sementara itu, pihak hotel juga perlu menyediakan ruang khas untuk
tetamu hotel beribadah di dalam bilik hotel. Sebagai tambahan, ruangan
ini juga boleh dilengkapi dengan jadual waktu solat, tikar, sejadah,
telekung, ketayap, tasbih dan sebagainya bagi memudahkan pelanggan
untuk menunaikan ibadah. Selain itu, tanda arah kiblat adalah menjadi
suatu kemestian selain perlu disediakan naskah al-Quran dan tafsirnya di
dalam setiap bilik di hotel tersebut.
Suasana di sekeliling bilik penginapan juga terutamanya ruangan solat
tidak boleh dipenuhi hiasan bermotifkan gambar-gambar yang boleh
mengganggu konsentrasi solat kerana Rasulullah SAW telah meriwayatkan
bahawa bilik dan ruang yang mempunyai gambar haiwan atau patung
tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat.
Selain itu juga, ruang dapur juga perlu diberi perhatian dalam industri
hotel kerana salah satu piawai penilaian hotel adalah pada tahap
kebersihannya. Makanan pula mestilah berkualiti, dimasak daripada bahan
dan sumber yang halal. Dalam hal ini, kebersihan ruang dapur dan
kehalalan dan kualiti makanan amat perlu dititik beratkan. Imam alGhazali menganggap bahawa aspek pemakanan adalah sebahagian
daripada urusan agama. Hal ini juga selaras dengan pesanan yang
terkandung di dalam Al-Quran dan hadis yang sering menggandingkan
istilah halal dan toyyib (baik) sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi
baik dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah
musuh yang nyata bagi kamu.
(Surah Al-Baqarah, 2:168)
Sebagai tambahan, setiap hotel patuh syariah ini hendaklah memenuhi
piawai yang halal yang ditetapkan seperti garis panduan makanan dan
minuman halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Piawai Standard Malaysia MS 1500:2009 (Makanan Halal: Pengeluaran,

Penyediaan,

Pengendalian

dan

Penyimpanan-Garis

Panduan

Umum)

Jabatan Standard Malaysia (DSM) di samping selari dengan Akta Perihal


Dagangan 1972 dan GHP (Amalan Kebersihan Baik). Hotel dan dapur hotel
patuh syariah juga mesti mendapat sijil halal daripada JAKIM. Pihak hotel
juga disyorkan memberi nilai tambah kepada ciri keislaman dengan
menyediakan minuman dan makanan pencuci mulut daripada makanan
yang disebut dalam al-Quran dan hadis sebagai makanan sunah seperti
madu, zaitun, buah tin, delima, kurma, kismis dan habbatul sauda'.
Makanan atau minuman yang haram seperti arak tidak boleh disajikan
kepada pelanggan. Restoran atau ruang makanan seperti di koridor bilik
seminar atau dewan juga disyorkan mempunyai kerusi yang memadai
untuk pelanggan. Hal ini adalah bagi mengelakkan pelanggan makan dan
minum secara berdiri kerana ia bukanlah suatu yang digalakkan oleh
Rasulullah SAW.
Menurut Najahudin Lateh (2011) juga, industri perhotelan sememangnya
mempunyai struktur organisasi yang ramai, iaitu bermula daripada
pengurus hinggalah kepada tukang sapu. Namun, realitinya pihak hotel
tidak menyediakan jawatan yang terlibat dalam urusan keagamaan.
Justeru, hotel patuh syariah sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya
seorang Pegawai Agama yang boleh memberikan justifikasi terhadap
sebarang perkara berkaitan hukum hakam. Pegawai Agama dan stafnya
juga boleh berperanan melaksanakan dakwah dan amar makruf nahi
mungkar. Justeru, pihak hotel perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan
Majlis Penasihat Syariah seperti yang terdapat dalam industri perbankan
dan takaful negara yang berfungsi sebagai penasihat, pemantau serta
individu yang akan mengenal pasti pelaksanaan urusan sama ada dari
segi fizikal, makanan mahupun persekitaran supaya sentiasa berada
dalam piawaian syariah.
Sebagai tambahan, hotel patuh syariah juga wajib mempunyai kod
pakaian yang selari dengan Islam. Para pekerja hotel dan rumah
penginapan
pergaulan,

juga

perlu

personaliti

menjaga

selain

etika

bersikap
9

ketika
prihatin

bertugas,
dan

jujur

mengawal
terhadap

pelanggan.

Hal

ini

demikian

kerana

hotel

patuh

syariah

juga

bertanggungjawab ke atas perilaku dan aktiviti pelanggan. Maka, pihak


hotel juga perlu memastikan pasangan lelaki dan perempuan yang
menginap adalah pelanggan yang sah daripada segi hubungan syarak.
Mereka yang belum berkahwin dan bukan mahram tidak boleh menginap
dalam satu bilik. Oleh itu, hotel sewajarnya meletakkan peringatan dalam
pamplet, risalah, papan tanda dan seumpamanya tentang larangan
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Selain itu, segala aktiviti
dan makanan serta minuman keras perlu disekat daripada dibawa masuk
ke dalam premis hotel oleh pelanggan.
Industri perhotelan juga biasanya menyediakan pelbagai kemudahan
sampingan kepada pelanggan seperti televisyen, kelab, kolam mandi,
akhbar dan sebagainya. Sebagai hotel berkonsepkan patuh syariah,
perkara ini juga perlu diberi pertimbangan supaya selari dengan syariah.
Justeru, televisyen sepatutnya mempunyai saluran informasi Islam dan
hanya

melanggan

saluran

bersesuaian

seperti

pendidikan,

selain

mengelak melanggan saluran yang tidak bermanfaat. Jadual waktu solat,


senarai masjid dan restoran halal berdekatan hotel harus disediakan di
kaunter hadapan untuk rujukan pelanggan. Kelab, pusat hiburan, pusat
urut dan sebagainya sewajarnya dipisahkan antara lelaki dan perempuan
selain tiada ruang untuk pergaulan bebas dan dalam suasana gelap.
Kolam renang pula wajib dipisahkan lelaki dengan perempuan di samping
ingatan penggunaan pemakaian yang sesuai dengan syarak.
Oleh yang demikian, dalam usaha untuk menjadikan sesebuah hotel itu
sebagai hotel patuh syariah, ia haruslah bermula daripada aspek
pembinaan, hiasan dalaman, makanan yang disediakan, perkhidmatan
yang diberikan, galakan ibadah kepada para pelanggan sehinggalah
struktur organisasi dan etika yang harus dipatuhi oleh para pelanggan
yang menginap di hotel tersebut. Sementelahan itu, pihak hotel juga boleh
mengadakan program keilmuan Islam dari masa ke semasa. Risalah dan
pelekat peringatan seperti doa harian perlu diedarkan dan ditampal di
tempat strategik serta berkaitan. Program berkala seperti ceramah, kuliah
10

dan bentuk tazkirah bukan lisan seperti di papan notis, banner dan
sebagainya juga perlu diberi perhatian.
Ringkasnya, kajian berkenaan konsep hotel patuh syariah ini adalah
penting demi menjaga hubungan antara manusia dan Allah (hablum
minallah) serta hubungan sesama manusia (hablum minannas). Selain itu,
ia juga jelas mempamerkan garis panduan yang sepatutnya dijadikan
ukuran dalam mengkategorikan sesebuah hotel itu sebagai hotel patuh
syariah walaupun penelitian terhadap konsep ini adalah masih kabur.
Berikut adalah antara ciriciri yang sepatutnya ada pada sesebuah hotel
patuh syariah iaitu tidak menyediakan minuman keras, menyediakan
makanan halal sahaja, menyediakan naskah al-Quran, sejadah dan
petunjuk arah kiblat, katil dan tandas yang tidak menghadap kiblat,
tandas mesra pelanggan Muslim, kemudahan surau, hiburan yang
dibenarkan oleh syarak, pekerja kebanyakannya terdiri dari orang Islam,
etika pakaian mengikut syarak, kemudahan rekreasi yang berasingan
untuk lelaki dan perempuan, aras bilik yang dikhususkan kepada tetamu
perempuan sahaja, etika pakaian yang dibenarkan untuk tetamu dan
pengurusan kewangan yang berlandaskan hukum syarak. Ringkasan
gambaran konsep hotel patuh syariah dapat dilihat dengan jelas
berdasarkan Rajah 1.

11

Konsep Patuh Syariah dalam Perhotelan

Makana
n dan
baranga
n dapur
1. Tiada
alkohol dan
bahan
terlarang
2. Halalan
Toyyiban
3. Perkakas
masak dan
tempat
memasak
perlu bersih

Operasi

Kewangan

Kemuda
han
1.
Memisahkan
kemudahan
mengikut
jantina

1.Sistem
kewangan
Islam
2.
Mengeluarkan
zakat daripada

Reka
bentuk

1. Tiada
hiasan
bermotifkan
haiwan dan
manusia
2. Seni
kaligrafi Islam

2. Tempat
berwuduk di
bilik air

3. Bilik air dan


tandas yang
berasingan

3. Ruang
yang selesa
untuk
bersolat dan
perkakas
solat

4. Tandas dan
katil tidak
menghadap
kiblat

1. Pakaian staf
menutup aurat
2. Suasana
hotel yang
bersih, selesa
dan islamik
3. Pekerja
hotel
mengamalkan
nilai-nilai Islam
seperti
amanah dan
adil

4. Al-Quran
5. Azan
6. Arah kiblat
7. Buku
amalan Islam
8. Keperluan
mandi yang

Rajah 1: Ringkasan Konsep Hotel Patuh Syariah


12

Sumber: Paul Rosenberg dan Hala Matar Coufany (2009) dan Henderson
(2010)
KESIMPULAN
Kertas kerja ini telah membincangkan konsep hotel patuh syariah
berdasarkan kajian yang telah dijalankan berkenaan konsep ini oleh para
pengkaji dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai andaian berkenaan
konsep hotel patuh syariah ini. Contohnya, sesebuah hotel patuh syariah
perlu menyediakan keperluan asas Islam seperti

menyediakan tikar

sembahyang, al-Quran, tasbih, tanda arah kiblat, perlu mengharamkan


alkohol, dan pasangan yang belum berkahwin tidak dibenarkan untuk
mendaftar masuk di hotel tersebut (Abdul Kadir Din, 1982). Dalam kajian
lain pula, terdapat pengkaji yang mengklasifikasikan konsep hotel patuh
syariah sepatutnya memfokuskan kepada operasi, reka bentuk dan hiasan
dalaman, dan kewangan yang perlu mematuhi landasan syariat yang
ditetapkan (Rosenberg dan Coufany, 2009; Henderson, 2010; dan Wan
Sahida, Suhaimi Abd Rahman, Khairil Awang dan Yaakob Che Man, 2011).
Hal ini telah jelas menggambarkan kepelbagaian versi konsep hotel patuh
syariah dan jelas mempamerkan bahawa konsep hotel patuh syariah ini
masih lagi kabur.
Oleh yang demikian, kajian untuk mewujudkan garis panduan konsep hotel
patuh syariah yang sejagat adalah penting bagi menggalakkan lebih
banyak hotel di Malaysia secara serius menerima pakai konsep tersebut.
Ekoran itu, terdapat banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada
konsep tersebut jika ia diguna pakai, salah satunya ialah ia mampu
meningkatkan daya saing antara hotel-hotel berkenaan. Bukan itu sahaja,
malahan ia juga boleh menarik minat lebih ramai pelancong daripada
negara Timur Tengah dan negara Islam lain untuk datang melancong ke
negara Malaysia. Seterusnya, kemasukan pelancong dari negara Timur
Tengah ke Malaysia ini juga dapat membantu meningkatkan jumlah
keuntungan mereka dan pendapatan negara. Namun begitu, konsep yang
masih kabur telah menyebabkan ia sukar dilaksanakan dan diterima pakai
13

oleh para pengusaha hotel di Malaysia. Justeru, pembentukan konsep


patuh syariah yang selari dan jelas adalah diperlukan agar ia

boleh

diterima pakai oleh semua pihak terutamanya dalam kalangan para


pengusaha hotel di samping boleh mengelakkan kekeliruan dalam
kalangan pengunjung.

BIBILIOGRAFI
Abd Jalil Borham (2013). Konsep Siyasah Syariyyah dan Pelaksanaannya
dalam Konteks
Malaysia. Seminar Kebangsaan Pelaksanaan Siyasah Syariyyah Dalam
Konteks Masa Kini: Isu dan Cabaran. Malaysia: KUIM
Abdul Kadir Din (1982). Economic implication of Moslem pilgrimage from
Malaysia. Contemporary Southeast Asia, 4 (1). pp. 58-75.
Ahmad Bashir Azizi (2004). Nilai dan Etika Pengurusan : Analisa Dari
Perspektif AgamaAgama di Malaysia. Seminar Nilai dalam Komuniti
(SIVIC) (pp 1-13). Malaysia: Universiti Utara Malaysia.
Babbie, E. (2010). The Practice of Social Research. USA: Cengage
Learning.
Badrila Jamlus (2013). Khidmat Patuh Syariah. Diakses pada 15 Februari
2014, daripada
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khidmatpatuhsyariah/2013
/Article/index_html
David K. Hayes dan Jack D. Ninemeier (2007). Hotel Operation and
Management. Michigan
State University: Pearson Prentice Hall.
Doi, A. R. I. (1984). Shariah The Islamic Law. London: Ta-Ha Publishers Ltd.
Fadillah Mansor dan Fakhruddin Sulaiman (2009). Operasi Dana Saham
Amanah Secara

14

Islam: Kajian Kes di Public Mutual Berhad. Shariah Journal, Vol. 17,
No 1, ms 6988.
Fadzila Azni Ahmad (2013). Konsep Pengurusan Institusi Pembangunan
Berteraskan Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fazuin Mohd. Yusoff., Flora Shumin Chang Abdullah (2011). What
Matters When
Choosing A Hotel? : The Case of Middle East Tourists in
Lumpur, Malaysia.
Journal of Tourism, Hospitality & Cullinary
(5), 53-62. Fontana dan Frey (1994). Methodology. Diakses pada
Disember
2013,
daripada
http://mathison.edublogs.org/2008/02/21/fontana-frey-oninterviewing/

Really
Kuala
Arts ,
5 10

Ibrahim, Z., Mohd Zahari, M.S., Sulaiman, M., Othman, Z., & Jusoff, K.
(2009) Travelling
Pattern and Preferences of the Arab Tourists in Malaysian Hotels.
International
Journal of Business and Management, 4 (7), 3-9.
Joan C. Henderson (2010). Sharia-compliant Hotels. Journal of Tourism and
Hospitality
Research, 1(10), 246-254
Koontz, Harold, Weihrich, dan Heinz (1988). Management (9th. Ed.,) United
Kingdom
McGraw-Hill International Publisher
Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Paizah Ismail. (2004). Pengantar Pengajian
Syariah
(2nd ed.). Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur:
Al-Baian
Corporation Sdn.Bhd.
Marcus.
L.
Stephenson
(2010).
Islamic
Hospitality
in
The
UAE:Indigenization of Products
and Human Capital. Journal of Islamic
Marketing, 1(10), 9-24.
Md. Aminul Islam dan Laura Karkkainen (2013). Islamic Tourism As A
Prosperous Phenomenon in Lapland. Rovaniemi, Finland: Rovaniemi
University of Applied
Sciences. Thesis Project Degree Programme in
Tourism.
Md Hamzaimi Azrol Md Baharudin (2012). Syariah Compliant dalam
Industri Perhotelan di Malaysia: Kajian Hotel De Palma Ampang,
Selangor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Laporan Projek Sarjana
Muda.
Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in
Educations.
15

(2nd Ed,.) Thousand Oaks, Califf: Sage


Mohamad Akram Laldin. (2011). Introduction to Shariah and Islamic
Jurisprudence,
(3rd ed.). Kuala Lumpur: CERT Publications.
Mohd Fadhil Mohd Yusof (2011). Hotel Patuh Syariah Sebagai Produk Baru
Industri
Pelancongan di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia ke VI
(pp 477-480). Malaysia: UMK, Kelantan
Mohd. Janib Johari (2001), Etika Profesional. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rizal Razalli, Suzzaini Abdullah dan Mohamad Ghozali Hassan.
(2012). Developing a model for Islamic hotels: Evaluating opportunities
and challenges. Persidangan Ilmu, Budaya dan Masyarakat Peringkat
2012 (ICKCS 2012), 29-30 June 2012. Korea
Selatan: Pulau Jeju. (Tidak
Diterbitkan)
Mohd Yahya Mohd Hussin dan Joni Tamkin Borhan (2009). Analisis
Perkembangan Pasaran
Saham di Malaysia. Shariah Journal, Vol. 17
(3), hlmn 431-456.
Nadhirah Nordin dan Asmak Ab. Rahman (2011). Opsyen sebagai
Mekanisme Lindung Nilai
dalam Kontrak Pertukaran Mata Wang Islam.
International Conference on Management
(ICM
2011)
Proceeding.
Malaysia: Universiti Malaya.
Najahudin Lateh (2010). Islamisasi Hotel Melalui Pendekatan Hadith
Ahkam. Seminar Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan Islam 2010.
Malaysia: Universiti Teknologi
Mara Shah Alam.
Najahudin Bin Lateh. (2011). Panduan Hotel Mesra Pelanggan Muslim.
Utusan Online, 29
Disember
2011.
Diakses
daripada
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1229&pub=utusan_malaysia&sec
=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm&arc=hive pada 26 Disember 2013.
Nazifah Che Mat Nasir (2011). Pelaksanaan Hukum Syariah Dalam
Pengurusan Hotel di
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
Laporan Projek Sarjana Muda.
Nor Raudah Siren. (2009, Oktober 22). Kuliah 4 & 5: Metodologi
Penyelididkan. Diakses pada 12 Disember, 2012, daripada Mari Belajar

16

Menulis:
http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009/10/kuliah-4-5metodologi penyelidikan.html
Nor Azzah Kamri (2008). Kefahaman dan Sambutan Terhadap Kod Etika
Islam:
Pengalaman Tabung Haji. Jurnal Syariah Jil.16, Bil 1 (2008),
145-162.
Othman Lebar (2012). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada
Teori dan Metod. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI)
Paul Rosenberg dan Hala Matar Choufany (2009). Spiritual Lodging- The
Sharia-Compliant Hotel Concept. Dubai: HVS Global Hospitality Services.
Portal Rasmi Halal Malaysia (2013). Senarai Hotel dan Resort Yang
Mendapat Sijil Halal
Malaysia (JAKIM). Diakses pada 4 Disember 2013,
daripada
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/108pulau-pinang
Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji (2013). Latar Belakang TH Hotel Pulau
Pinang. Diakses pada
2
Disember
2013,
daripada
http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/latarbelakang1
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail dan Idris Awang (2006).
Pendekatan Baru Maqasid al-Syariah dalam Pengajian Syariah di Malaysia:
Suatu Analisis.
International Conference: Islamic Jurisprudence and The
Challenge of The 21st Century. Malaysia: UIAM
S. Medlik dan H. Ingram (2000). The Business of Hotels (4th. Ed.,)
Butterworth Heinemann,
Oxford.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosial. Edisi Pertama
Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia.
Shamim Yusuf. (2009). The Real Sense of Shariah Hospitality Concept.
Kertas dibentangkan
di The World Halal Forum, Kuala Lumpur, Malaysia.
Syaikh Mahmud Syalthut (1959). Aqidah Wal Syariah. Al-Islam (p. 68).
Syed Arabi Idid (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Tourism Malaysia (2012). Malaysia
Nationality 2012. Diakses
pada
1

Tourist Arrivals By Country of


Disember
2013,
daripada

http://corporate.tourism.gov.my/images/research/pdf/2012/TouristArrivals_J
anDec_
012.pdf
Wan Sahida.,Suhaimi Ab Rahman.,Khairil Awang.,Yaakob Che Man (2011).
The Implementation of Shariah Compliance Hotel : De Palma Hotel
17

Ampang, Malaysia.
Proceeding of 2nd International Conference of
Humanities and Social Sciences (pp
138 -142). Singapore: IACSIT
Press
Yuni Aryanty & Nor Ain Othman. (2010). Awareness and Attitudes Towards
Hotel
Operation According to Syariah Compliance In Malaysia. In
Prosiding Seminar
Pengurusan Perhotelan & Pelancongan Islam 2010,
CITU, UiTM, 268-275
Yusof Ismail (1991). Mengurus Secara Islam : Model dan Prinsip-prinsip
Pengurusan Islam
bagi Individu dan Organisasi. Malaysia : Kuala
Lumpur.
Zamaliah Mahmud (2009). Handbook of Research Methodology: A
Simplified Version. Shah
Alam, Selangor : Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA) Universiti Teknologi Mara.
Zakiah Samori dan Fadilah Abd Rahman (2013). Towards The Formation of
Shariah
Compliant Hotel in Malaysia: An Exploratory Study on Its
Opportunities and
Challenges. The 2013 WEI International Academic
Conference Proceedings (hlmn
108124). Istanbul, Turkey: The West
East Institute.

18

Anda mungkin juga menyukai