Anda di halaman 1dari 4

Cerpen

SEJARAH TUDUNG
Oleh: HILMI RINDU
JI anak sulung saya mulai berminat tentang tudung. Katanya dia hendak jadi peniaga tudung.
Semasa pulang bercuti minggu lalu ia membawa tudung fesyen terbaru dan ditunjukkan kepada
adik-adiknya. Emaknya juga terpesona melihat keunikan serta kecantikan tudung tersebut.
Kata Ji, tudung ini jenis yang dipakai oleh artis sekarang. Ia menjadi trend terkini dan
menjadi kegilaan kaum wanita di pejabat-pejabat. Ji juga pulang dengan memperagakan tudung
jenis yang dikatakan terbaru itu. Sehelai tudung yang menarik berwana biru air laut. Dipadankan
pula dengan baju kurungnya yang seakan-akan sewarna dengan tudung itu.
Saya sebagai orang lelaki tidak hirau sangat tentang apa yang mereka anak beranak
perkatakan tentang tudung. Dan perniagaan yang akan diceburi oleh anak sulung saya itu. Saya
hanya melihat sahaja reaksi dan keterujaan mereka petang itu. Sambil duduk di kerusi meja tulis
dan membelek-belek majalah yang saya baru terima melalui pos tengah hari tadi.
Hanya seingat saya, dahulu jarang orang perempuan memakai tudung. Mereka lebih
selesa melepaskan rambut dengan penampilan yang bermacam gaya dan rupa. Ada yang
berambut pendek, ada yang separas belikat, malah ada yang menyimpan rambut hingga ke paras
pinggang.
Yang berambut panjang pula, diikat seperti ekor kuda. Adalah amat membanggakan
khususnya bagi anak gadis yang mulai mekar bercinta dan minta dipinang. Mereka akan
berbasikal dengan tenang di jalan kampung kampung Kubang Kurus sambil membiarkan
rambutnya terurai dan terbuai dimainkan angin lalu.
Ada juga yang mengubah bentuk asal rambut dengan dijadikan kerinting. Khususnya
ketika musim perayaan, maka akan berkerumunlah mereka di kedai Lai Lai atau Ah Moi di
bandar Chukai sana. Mereka menunggu giliran hingga separuh malam semata-mata untuk
mencantikkan rambut.
Betapa tidak. Sehari dua lagi akan menyambut aidil-Fitri dan sudah tentulah kurang
berseri menyambut raya kalau fesyen rambut tidak berubah.
Ada satu ketika keluar fesyen mengecat rambut. Rambut yang sedia hitam ditukar
mencari kuning ataupun perang. Cantik sangatlah dirasakan mereka. Hendak tiru Saira Banu.
Atau Helan. Memang kedua-dua bintang filem itu menjadi idola dan rebutan remaja ketika itu.
1

Tambahan filem-filem Hindustan banyak menghiasi pawagam. Sebut saja filem apa. Mere
Sanam, Pyar Mohabbat, An Evening in Paris, Pyar Ka Mausam, Do Badan, Love In Tokyo,
semuanya pecah panggung.
Maka timbullah kemaruk remaja pada zaman itu mengecat rambut. Mereka sanggup
menghabiskan sepuluh hingga ke lima belas ringgit semata-mata untuk menjadikan rambut
mereka bertukar kuning. Atau perang. Maka akan terus cerialah kedai gunting Lai Lai dan Ah
Moi yang memang terkenal memberi perkhidmatan berkaitan rambut wanita pada masa itu.
Sepuluh ringgit waktu itu bukanlah kecil nilainya. Waktu itu harga sebungkus nasi lemak
hanya sepuluh sen. Harga secawan tea hanya dua puluh sen. Dan kuih muih ada yang boleh
dibeli dengan harga lima sen sebutir.
Bagi yang kurang mampu atau yang menjaga batas agama mereka memilih inai untuk
mengecat rambut. Inai banyak ditanam di kampung Kubang Kurus. Di halaman rumah saya juga
ada sepohon. Kalau hendak tidak payah beli. Mereka hanya datang minta saja dengan emak saya.
Dan sudah tentu emak saya akan beri tanpa meminta bayaran.
Orang-orang tua kita dahulu ramai juga pakai tutup kepala. Khususnya semasa keluar
rumah atau pergi ke tempat-tempat keramaian, ke pasar dan makan angin. Apa lagi ke surau atau
ke masjid. Tetapi mereka bukan memakai tudung separti sekarang ini.
Mereka memakai selendang. Sama ada selendang jenis kain kasa ataupun kain lepas
barat. Berbagai fesyen juga selendang mereka. Ada yang berbunga, ada yang berpetak-petak, ada
yang tebal, dan ada yang nipis hingga menampakkan juga rambut di kepala.
Emak saya, kalau keluar rumah dia akan pakai kain selendang lepas barat. Kadangkadang dia hanya memakai kain batik sarung yang sebahagiannya dikelubungkan di atas kepala
dan sebahagian lagi dilibas di atas bahu. Dengan itu rambutnya pasti terlindung dari pandangan
mata orang.
Seingat saya perubahan yang begitu ketara mengenai tutup kepala wanita ini tutup aurat
- adalah ketika Perdana Menteri Tun Hussain Onn merasmikan Bulan Dakwah se-Malaysia.
Sepanjang sebulan itu banyak aktiviti memperkasakan agama di kalangan orang-orang Melayu
diatur secara bersepadu oleh kerajaan.
Maka banyaklah kempen, ceramah dan berbagai aktiviti bercorak keagamaan dan
kesedaran ummah diadakan. Bukan sahaja di masjid dan surau. Malah di dewan-dewan orang
ramai, di stadium, di sekolah, di pejabat, melalui TV, corong-corong radio, dan penerbitan
risalah.
2

Mulai dari situlah bermulanya evolusi berpakaian di kalangan orang-orang Islam di


Malaysia khususnya di pejabat-pejabat kerajaan. Bermula dari situ wanita-wanita yang sebelum
ini memakai skirt mula beralih kepada baju kurung. Kepala yang sebelum ini dogol mulai
bertutup sama ada dengan selendang atau jilbab.
Kalau sebelum ini kerani atau pegawai tadbir wanita dengan dengan bangganya
memperagakan pakaian yang mendedahkan aurat perlahan-lahan mulai beralih kepada pakaian
yang lebih sopan dan sejuk mata memandang. Di sekolah-sekolah juga mulai berubah. Pelajar
lelaki yang dahulu hanya berseluar pendek telah bertukar memakai seluar panjang. Manakala
pelajar perempuan pula semua yang Islam diwajibkan berbaju kurung dan bertudung kepala.
Ayah, emak hendak sehelai. Boleh ayah tolong bayar? Tak mahal hanya RM160 sahaja.
Ji memutuskan lamunan saya.
Apa dia? Saya cuba amati balik apa yang Ji katakan kepada saya.
Emak minat sehelai kain tudung ni. Itu pun kalau ayah nak belanja.
Hari raya dah dekat, bolehlah emak pakai nanti. Fahmi salah seorang adiknya
menyampuk. Sementara itu Latifah dan Abdul Hadi hanya melihat-lihat kain tudung yang
berselerak di lantai mozek itu. Sambil mata kedua-duanya banyak terarah ke peti tv.
Menyaksikan berita sukan.
Saya tersenyum. Memandang wajah isteri saya yang bersandar di dinding sambil meriba
cucunya Umaira anak Ji. Isteri saya memang faham benar perangai saya. Saya memang tidak
banyak membantah hajat dan kemahuan keluarga. Apa lagi kalau isteri yang minta. Saya tahu,
keinginan mereka bukanlah sesuatu yang besar serta sukar untuk ditunaikan.
Mereka juga mengerti kemampuan saya. Sejak dahulu lagi. Sebagai seorang pegawai
kerajaan pangkat bawahan, sudah semestinya semua kemahuan hidup harus disempurnakan
dalam keadaan yang serba sederhana. Tidaklah perlu berlebihan apa lagi sampai ke tahap
membazir.
Dalam kepala saya lain pula fikirannya. Bukan tidak mahu beli kain tudung yang
berharga RM160 itu. Tetapi kena berkiralah sedikit. Saya sekarang bukan bekerja lagi. Duit
pencen yang dapat tiap-tiap bulan hanya seperuh daripada gaji selama ini.
Saya jadi teringat juga Proton Saga hitam saya yang sedang dibakar matahari di halaman
rumah. Bacaan meternya sudah cukup untuk diservis semula. Sementara pintu belakangnya yang
kemek dan tanggal cat itu perlu juga dibaiki.
3

Dua hari lalu kereta itu bergesek dengan tiang elektrik di simpang jalan masuk ke rumah.
Ini gara-gara terlalu mengalah apabila bertembung dengan beberapa kereta yang menyusur
keluar. Hingga saya mengambil side yang agak sipi lalu bergesek dengan tiang elektrik. Hasilnya
kemek pada pintu belakang sebelah kiri dan cat yang tergores juga agak tebal dan panjang.
Sampai di rumah saya hanya diam dan terus meninggalkan kereta di tengah halaman.
Hinggalah petang itu Abdul Hadi yang baru pulang dari sekolah melihat keadaan kereta tersebut.
Abdul Hadi memberitahu ibunya lalu saya pun dicari.
Abang tukar stiker baru, saya menjawab selamba hingga kedua-duanya pergi
meninggalkan saya dengan tersipu-sipu.
Apa yang ayah fikir? Suara Fahmi anak saya yang baru tamat kolej itu tiba-tiba
kembali menyentuh pendengaran saya.
Ayah rasa tak kan tudung saja. Kenalah ada bajunya sekali.
Saya pun ada bawa beberapa helai kain pasang, ayah. Rasa saya memang sesuai dengan
kian tudung yang mak berkenan tu. Ji cepat-cepat menambah.
Beginilah, Saya bersetuju. Tapi ayah tidak mahu bayar tunai. Ayah akan buat enam
kali bayaran. Bayaran pertama selepas hari raya nanti. Bayaran berikutnya adalah setiap hujung
bukan selepas itu.
Semua yang berada di ruang rehat rumah saya itu ketawa. Ji juga turut ketawa. Dan diamdiam dalam hati saya terbetik, inilah cabaran pertama yang harus dilalui oleh seseorang yang
ingin berjaya dalam bidang perniagaan.

TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai