Anda di halaman 1dari 97

PENGAJIAN MALAYSIA (Diploma)

Unit 1 (Pelajaran 1)
PENGENALAN MAYARAKAT MALAYSIA
OBJEKTIF
Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat memahami fakta-fakta berikut:
1. Anda dapat menegetahui takrif masyarakat dengan lebih mendalam dan lain-lain
aspek penting yang berhubungan dengan masyarakat.
2. Anda juga pasti dapat memahami beberapa konsep asas hubungan antara pelbagai
suku kaum yang menjadi teras kemajmukan masyarakat Malaysia.
3. Dengan mempelajari bab ini, beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
mengeratkan hubungan suku kaum di Malaysia dapat dipelajari.
Huraian tentang tiga aspek utama dalam unit ini akan kita lakukan sekarang: (a) konsep
masyarakat; (b) konsep budaya dan (c) hubungan Etnik Di Malaysia. Ketiga-ketiga topik
ini berkait rapat antara satu dengan lain.
PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA
Unit 1a
Masyarakat
1a. 1 Definisi
1a. 1.1. Masyarakat
Kamus Dewan (2005) menyatakan: Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat
wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka.
Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti
gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran
agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan
sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat
tersebut sebagai satu unit sosial.

1a.1.2 Masyarakat Majmuk


Apakah takrif masyarakat majmuk?
Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan
ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza. Dalam hubungan ini, cuba
kita perhatikan pandangan J.S.Furnival, seorang sarjana sains politik yang mula-mula
mengemukakan konsep masyarakat majmuk pada tahun 1948. Kata J.S.Furnival:
Di Burma, seperti di Jawa, barangkali perkara yang amat menarik hati pelawat adalah
campuran kumpulan-kumpulan manusia orang Eropah, Cina, India dan Bumiputera.
Dalam ertikata yang setepat-tepatnya, mereka bercampur tetapi tidak bersatu padu. Tiaptiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, pemikiran dan cara hidup masingmasing. Sebagai seorang perseorangan, mereka bercampur, tetapi hanya diapasar, dalam
menjual dan membeli. Wujud satu masyarakat majmuk yang terdiri dari kumpulankumpulan manusia yang hidup berdampingan, tetapi berasingan, dalam satu unit politik
yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi terdapatnya pembahagian tugas atau garisgaris perkauman (T.P. Jagedo, 1989: 28-9).
Jadi, anda sekarang dapat membuat satu rumusan tentang apa yang dimaksudkan dengan
masyarakat majmuk itu. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan pelbagai kelompok etnik
yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara tetapi tidak bersatu
padu. Masing-masing kelompok mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai dan pemikiran
serta cara hidup yang berlainan. Dengan kata lain, mereka nampak kelihatan hidup
bersama tetapi berasingan.
Aktiviti
Soalan Objketif
Jawab semua soalan di bawah. Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Semua pernyataan berikut adalah tepat, kecuali
A.
B.
C.
D.

Manusia ialah kumpulan bersama yang hidup bersama di sesuatu tempat.


Manuisa adalah hidup dengan peraturan dan cara tertentu.
Manusia adalah kumpulan yang suka hidup menyendiri
Manusia berhubungan antara satu sama lain

2. Apakah yang mencirikan masyarakat majmuk?


A.
B.
C.
D.

Warna kulit
Perumahan
Sekolah
Kilang

3. Anasir-anasir kemajmukan masyarakat Burma mengikut pandangan J.S. Furnival


kecuali
A.
B.
C.
D.

Masyarakat Burma terdiri dari pelbagai etnik


Masyarakat Burma bercakap pelbagai bahasa
Masyarakat Burma hanya beragama Buddha
Masyarakat Burma bercampur tetapi tidak berpadu dalam politik

1a.2 Ciri-Ciri
Antara ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Berkelompok.
Berbudaya
Mengalami perubahan.
Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar).
Mempunyai kepimpinan.
Mempunyai aturan soisalnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

1a.2.1. Faktor
Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana factor-faktor berikut:
1. Hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi
untuk hidup bermasyarakat.
2. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup masyarakat.
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam amsyarakat sendiri dan dengann
masyarakat lain. Jadi, sifat dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat
itu adalah satu yang dinamik.
Aktiviti
Soalan Objektif
1. Pilih penyataan yang benar dibawah ini berhubung dengan ciri-ciri masyarakat.
A. Masyarakat dari segi tabiatnya adalah statik (tidak bergerak)
B. Masyarakat suka berbudaya
C. Masyarakat tidak minat untuk berkahwin
D. Masyarakat tidak suka hiburan

2. Jelaskan satu sebab kenapa konsep masyarakat wajar difahami dengan jelas dan
tepat?
1a.3 Konsep Etnik
Anda telitikan takrif etnik sekarang:
Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi
adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah berkait rapat
dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan
fizikal atau sifat biologi. Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap
berada di bawah satu sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan
budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina,
India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik
itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya
etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada
pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Jika anda berada di Sarawak dan Sabah, anda pasti dapat melihat dengan jelas pelbagai
suku kaum yang terdapat di negeri-negri tersebut. Dari satu kaum berkembang pula kaum
yang lain. Inilah yang dinamakan sub-etnik. Dalam satu etnik, terdapat satu jenis budaya.
Ini menandakan adanya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan
anggotanya dengan nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Tahukah anda pakah yang dinamakan etnosentrisme? Maksudnya ialah kepercayaan atau
rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat dari kelompok lain.
1a.3.1 Konsep Ras dan Rasisme
Di negara kita nampaknya konsep ras dan etnik kerap kali bercampur aduk sehingga
maknanya menjadi lebih kurang sama. Jadi, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai
etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras
dalam kehidupan seharaian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda-tanda pengenalan bersama seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan
sebagainya. Lazimnya perbezaan warna kulit seperti seorang India yang berkulit hitam
dengan seorang Cina yang berkulit putih kuning menjadi kriteria utama bagi
membezakan kumpulan manusia.
Apakah yang dimaksudkan dengan rasisme?

Ia diertikan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu


kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesautu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara
terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prasangka buruk
(prejudis) dan kuasa yang ditunjukkan melalui amalan pilih kasih (diskriminasi) warna
kulit dan ciri-ciri fizikal-bilogikal yang lain.
1a. 3.2. Konsep Sangka Buruk (prejudis)
Apakah yang dimaksudkan dengan sangka buruk (prejudis)? Satu sikap negatif yang
ditunjukkan oleh seorang individu dan kelompok tertentu terhada sesuatu bangsa, ras,
etnik, individu dan masyarakat. Sikap sangka buruk ada dimana-mana sahaja dalam
masyarakat dunia. Dalam konteks Malaysia, lazimnya ia dirujukkan kepada amalan
sangka buruk antara pelbagai kaum dan masyarakat.
1a. 3.3 Diskriminasi
Sekarang mari kita pelajari apa itu diskriminasi? Ia ditakrif sebagai pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
anggota kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang
berpandangan negatif. Pokoknya, diskriminasi ialah perbuatan membezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata.
Aktiviti
Soalan Objektif
Pilih mana satu yang benar dalam kenyataan berikut.
1. A. Konsep etnik berkait rapat dengan ras dan bangsa
B. Konsep etnik tidak berkait lansgung dengan ras dan etnik
C. Konsep etnik hanya sadikit sahaja berkait dengan ras dan bangsa
D. Konsep etnik pada hakikatnya tidak wujud
2. A. Etnosentrisme menganggap budayanya rendah dari yang lain
B. Etnosentrisme tidak menganggap budayanya lebih tinggi dari yang lain
C. Etnosentrisme hanya kadang kala mengangap budayanya tinggi dari yang lain
D. Etnosentrisme bangga dengan ketinggian budayanya dari etnik yang lain
3. A. Rasisme adalah faham yang ekstrim bangsa
B. Rasisme bukan satu faham esktrim bangsa
C. Rasisme hanya separuh ekstrim
D. Rasime kadangkala ekstrim kerena faktur suasana

Unit 1B
Budaya
1b.1. Definisi
1. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, budaya bolehlah
didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, keprcayaan, adat
resam, sikap dan nilai.
2. Kamus Falsafah (1996) nenberikan maksud budaya sebaga: Cara hidup bagi rakyat,
termasuk sikap-sikap, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, seni, ilmu penegtahuan,
bentuk-bentuk persepsi (pemerhatian), tingkah laku, tabiat dan kegiatan-kigiatan.
1.b. 2 Ciri-Ciri Budaya?
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Budaya yang dipelajari;


Budaya yang dikongsi;
Budaya yang bersifat sejagat;
Budaya yang diwarisi;
Budaya yang berubah-ubah;
Budaya yang berunsur simbolik;
Budaya yang berpandangan semesta (world-view).

1b.3 Perubahan
1. Seperti yang diketahui bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya yang
tersendiri. Ia terbentuk kerana adanya hubungan yang rapat dalam kalangan
anggota seseuah masyarakat itu. Sebai contoh, masyarakat Melayu di desa-desa
telah wujud berpuluh abad lamanya iaitu sebelum kedatangan budaya asing (Cina,
India, Aab dan Eropah). Masyarakat berubah kerana zaman beredar.
2. Dalam konteks masyarakat Melayu di negara ini, orang-oarng Melayu berpindah
ke Rancangan FELDA (Lembaga kemajuan tanah Perseketuan) dalam tahun
60an. Pergerakan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar KL berlaku
dalam era 70an. Objektif utamanya adalah untuk ekonomi dan pelajaran.
3. Mutakhir ini perpindahan masyarakt Melayu diluar bandar berhijrah ke bandar
besar seperti KL, JB, Ipoh, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Seremban, Melaka,
Kucing dan lain-lain bandar di seluruh negara menjadi semakin rancak akibat
pelaksaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan
Wawasan 20/20.

Ib.3.1 Faktor
Jika kita mengkaji factor-faktor kenapa berlakunya perubahan dalam masyarakat Melayu,
ini adalah disebbakan oleh factor-faktor berikut:
1. Manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta,
mengubah, menambah dan melastarikan budaya. Mereka menurunkannya dari
satu generasi kepada satu generasi yang lain. Selanjutnya, generasi yang
menerima telah mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi
sosial dan fizikal semasa.
2. Manusia yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya:
bdaya material seperti Tembok Besar Cina dan budaya bukan material seperti
system kepercayaan dan pemikiran. Paduan kedua-dua budaya ini menjadi
pemacu kepada kemajuan sesebuah masyarakat.
3. Penglibatan setipa anggota masyarakat adalah diperlukan bukan sekadar untuk
mengatir pengurusan hidup harian seperti politik ekonomi dan pentadbira, tetapi
melibatkan juga nilai, norma, emosi dan sebagainya.
1b.3.2. Impaknya Keatas Pembinaan Negara Bangsa
Setelah kita memahami konsep masyarakt dan budaya, persoalanya sekarang apakah
impak (kesan) kedua-dua konsep tadi dalam konteks pembinaan negara bangsa (nation
state)? Cuba kita lihat fakta-fakta ini:
1. Oleh kerana pelbagai etnik wujud di negara ini Melayu, Cina, India dan lainlain suku kaum di Semannajung, Sabah dan Sarawak, perjuangan untuk
membentu sebuah Bangsa Malaysia amatlah diperlukan oleh semua lapisan
masyarakat di Malaysia demi kestabilan dan keharmonain hubungan antara
pelbagai bangsa/etnik di negara ini.
2. Justeru, pembinaan sebuah Bangsa Malaysia adalah lebih sulit dan mencabar dari
membina sebuah masyarakat Malaysia. Ini ialah kerana terdapatnya kepelbagaian
agama, bahasa dan budaya.
3. Pembentukan Bangsa Malaysia boleh diukur dengan berpandukan tiga perkara
berikut: (a) Semangat Cinta keppada negara seperti menghayati Rukun Negara
Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang; (b) Status Kewarnegaraan Malaysia seperti
yang ditunjukkan dalam MyKad (Kad pengenalan); (c) Memupuk semanagat
kebangsaan seperti yang dapat dilihat dalam penghayatan budaya kebangsaan
seperti memakai baju Melayu untuk kaum jenis lellaki dan perempuan dalam
acara-acara rasmi atau kegiatan harian bagi setiap seorang rakyat Malaysia.

Aktiviti

1. Definisi budaya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menyebut bahawa budaya adalah satu
cara hidup. Sebutkan 2 lagi elemen penting dalam konsep budaya?
2. Sebutkan 4 ciri-ciri budaya
3. Apa yang dimaksudkan dengan perubahan. Berikan contohnya
Unit 1c
Hubungan Etnik Di Malaysia
1c.1 Faktor Mempengaruhi
Perbincangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara etnik yang
dapat dilihat dalam tiga suku kaum terbesar di Malaysia Melayu, Cina dan India. Di
Sabah dan Sarawak, terdapat pula pelbagai suku kaum/etnik/sub-etnik .
1c.1.1. Komposisi Dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka

Sebelum penemuan bijih Timah oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, pada tahun
1948, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang-orang
Melayu.
Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai
pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala Trengganu, Sungai
Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang sama, terdapat pergerakan
kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu yang
terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Walaubagaimanapun, pada pertengahan kurun ke 19, orang-orang Cina dan India
telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku
kerana dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang bertanggungjawab membawa
orang-orang asing masuk ke negara ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih
dan ladang-ladang getah.
Kesan yang nyata dari dasar liberalisme ekonomi Inggeris itu telah menyebabkan
berlakunya proses pembentukan pelabagai kaum di Tanah Melayu. Nyata sekali
bahawa penghijrahan secara besar-besaran dalam kalangan imigran Cina dan
India telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil iaitu dari 54%
merosot 49% pada tahun 1921. Peratus warga Melayu menurun lagi kepada 45%
pada tahun 1931. Lihat Jadual (A) dan (B).
Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabakan Inggeris mentadbir
negara ini dengan menggunakan dasar pecah dan perintah (divide and rule).
Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi
kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat pengkhususan orang-orang
Melayu yang hanya bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina

diberikan ruang di dalam sektor perniagaan, dan orang-orang India pula dalam
bidang perladangan.
Rajah A

Rajah B

1c.1.2 Penduduk Utama Malaysia


Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik yang
terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-etnik yang
dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak budaya yang
diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang bayak terdapat di
Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Suku
Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan Selangor. Suku Jawa banyak
terdapat di Johor dan Selangor.

Rajah D
Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sabah
Melayu
Cina
India
Orang Asli
Hokien
Banjar
Malayali
Negrito
Kadazan
Chuan Boyan
Punjabi
Senoi
Bajau
chew
Bugis
Selon
Melayu
Dusun

Chin-chew
Asli
Jawa
Tamil
Murut

Eng-hua
(setiap
Kampar
Telegu
Bisaya
rumpun

Eng-choon
Kerinci
Kadayun
ini pula

Hok-chew
Mendaling
Orang
terdiri
Kwangtung
Sungai
Minangkabau
daripada

Teochew
Suang
Rawa
suku

Hakka
Laut
Johor-Riau
kaum)
Hailam
Brunei

Sarawak
Bidayuh
Bisaya
Iban
Kayan
Kedayan
Kelabit
Kenyah
Melanau
Melyau
Murut
Penan
Punan

Aktiviti
Soalan Objektif
Antara pernyataan berikut, yang manakah fakta yang benar
1. A. Hampir separuh penduduk di negara ini terdiri dari pelbagai kaum sebelum Long
jaafar membuka lombong bijih di Taiping, Perak
B. Penduduk Melayu di Tanah Melayu adalah majoriti sebelum Long Jaafar membuka
lombong bijih di Taiping, Perak, pada tahun 1948
C. Penduduk Cina telah datang berama-beramai sebelum tahun 1948
D. Penduduk India dan Melayu merupakan penduduk yang ramai di utara tanah
Melayu
2. Apakah dasar Penjajah Inggeris yang telah menyebabkan kemasukan beramai-beramai
orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu?
A.
B.
C.
D.

Dasar liberalisme ekonomi


Dasar orientalism
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar pecah dan perintah.

3. Kaum Kelabit terdapt di negeri-negeri berikut:

1.
2.
3.
4.

Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Johor

1c.1.3. Etnik Melayu


Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah
Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu.
1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana
nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu.
Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah
disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak
abad kesembilan lagi.
2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu
ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan
Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan
Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan
getah.
3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).
Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak.
1c.1.4. Ekonomi
1. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit
apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan
buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah
bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain
telah muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru.
2. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di
perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat
dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini
kekal kecil.
3. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman
penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak
mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan
terutama di luar bandar.
1c.1.5 Etnik Cina

1. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil.


Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk
masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang
oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura
dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat
pada tahun 1826.
2. Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak
perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang
tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir
10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000
orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di
Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh
buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan,
penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.
3. Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui
aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui
sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat
Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina
di Johor telah menacapai 100,000 orang.
4.

Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan


meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The
Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula
ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.

5. Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan
loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama
adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang
terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.
6. Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun
1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang.
Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina.
Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras 25%
sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007).
1c.1.6. Kaum India
1. Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan
Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama
Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama
mereka di Nusantara.

2. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan


perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.
3. Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran
mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka
mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau
Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di
kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari
tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah
berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya,
iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh
India berhijrah ke Tanah Melayu.
4. Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya
adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah
Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka
dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira
80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.
5. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau
sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang
bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunanbangunan kerajaan.
6. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India
ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah
bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang
pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali
sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.
1c.1.7. Etnik Sabah dan Sawarak
1. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan
sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal,
ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku
kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku
kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih
berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan
Kristian.
2. Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum
yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu,
Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya
kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami
rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami
perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.

Aktiviti
Soalan Objektif.
Manakah yang benar dalam kenyataan dibawah:
1. A. Orang Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu
B. Orang India dan Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu
C. Orang-orang Indocina adalah penduduk asal Tanah Melayu
D. Orang-orang Arab adalah penduduk asal di Tanah melayu
2. Masyarakat Jawa yang berhijrah dari Indonesia bertumpu kebanyakannya di negerinegeri berikut:
A.
B.
C.
D.

Perak dan Kedah


Johor dan Selangor
Pulau Pinang dan Johor
Selangor dan Melaka

3. Sebelum zaman penjajahan, masyarakat Melayu mengerjakan aktiviti seperti


A. bertani
B. menagkap ikan
C. brniaga
D. semua diatas
4. Masyarakat Cina di dalam kelompok Hokkien yang berhijrah ke negara ini lazimnya
tertumpu kepada kegiatan
A. Perlombongan
B. Perniagaan
C. Pertukangan
D. Perladangan
5. Kebanyakan suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah berasal dari
A.
B.
C.
D.

Punjab
Kalkota
Tamil Nadu
Coramandale

1c.2 Pendakatan Menyatupadukan Masyarakat Malaysia

1. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses
akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi
2. Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing .
3. Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan
asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan
proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal
masyarakat penerima.
4. Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila
terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi
dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand
menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai
sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan
Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.
5. Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan
yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai
etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.

Etnik
Bumiputera
Cina
India
Lain-lain
Jumlah
Penduduk

Jadual Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005


Tahun 2000
Tahun 2005
Juta
Peratus
Juta
Peratus
14.35
65.0
16.06
65.9
5.76
26.1
6.15
25.3
1.70
7.7
1.83
7.5
0.27
1.2
0.32
1.3
22.08

100

24.36

100

Aktiviti
1. Huraikan perbezaan antara akomodasi dan akulturasi?
2. Di negara Thai, orang Isalm yang tinggal di Selatan negara itu telah disiamkan namanama mereka kerana arahan pemerintah untuk mewujudka integrasi nasional. Apakah
konsep integrasi yang dipakai?
3. Apakah contoh terbaik dalam system amalgamasi?

1c.3 Cabaran Pembinaan Negara Malaysia


Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional, kini kita akan memfokuskan perbincangan tmenegnai cabaran-canaran untuk
membina sebuah negara bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut:
1c.3.1. Perpaduan
Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai
pelbagai kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969
telah mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Tragedi nasional itu
menandakan perpaduan kaum-kaum di Malaysia pada masa itu berada pada tahap yang
rendah.
1c.3.2. Pengagihan Kekayaan
Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang Melayu
berada dalam kemiskinan dengan kadar 64.8 %, berbanding dengan bukan Melayu (26%)
seperti yang dibanci pada tahun 1970. Jurang perbedaan pendapatan antara Bumiputera
dengan Bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sbagai conto, RM 1 pendapatan bagi orang
Melayu berbanding dengan RM 2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada
tahun 1970. Jadi, faktur pendapatan yang tidak seimbang antara bumi puetera dengan
bukan bumiputera bahkan bagi semua rakyat di negara ini merupakan factor yang paling
kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.
1c.3.2. Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan
antara kaum. Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masingmasing. Akibatnya sistem pendidikan di Malaysia menghadapi masalah polarisasi antara
pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak di
semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum
masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
1c.3.3. Perbezaan Kepercayaan dan Agama
Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan
berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antar penganut pelbagai agama sehingga
menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh,
pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak
berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas
hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang
berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri
Malaysia keempat.
1c.3.4 Penggunaan Akhbar

Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam Bahasa Melayu, Mandarin
dan Tamil telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam keadaankeadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di
Malaysia.
1c.3.5 Jati Diri
1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya
perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor
penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat
menghormati antara pelbagai penganut agama Islam, Buddha, Hindu,
Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia.
2. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan
idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi,
Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini
hendaklah berteraskan acuan Malaysia menghormati dan menghayati budaya
Timur.
1c.3.6. Identiti Nasional
1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti
nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan
kesejehteraan hidup rakyat.
2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat
mengamalkan agama masing-masing denganbebas.
3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.
4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.
5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.
6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan
untuk semua rakyat Malaysia.

Rajah E
Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Ethnik 1970
Pendapatan Purata
Kadar Kemiskinan
Kaum
Keluarga Sebulan
(peratus)
(RM)
Melayu
64.8
172.00
Cina

26.0

394.00

India

39.2

304.00

Lain-lain

44.8

813.01. 0

Aktiviti
Soalan-soalan objektif
1. Antara penyatan berikut, yang manakah sering dikaitkan sebagai masalaha-masalah
yang lahir dalam membentuk perpaduan rakyat selepas merdeka?
1. Pemisahan tempat tinggal.
2. Pengasingan sisem pendidikan.
3. Fahaman dan tumpuan politik pendidikan.
4. Perbezaan warna kulit.
A 1,2,3
B 1 dan 2
C 1, 2 dan 4
D. I, 2, 3 dan 4
2. Sifat-Sifat kemajmukan rakyat Malaysia boleh dicirikan dengan
1.
2.
3.
4.

Etnik dan budaya yang pelbagai


bahasa dan resam yang pelbagai
faham politik yang pelbagai
anutan agama yang pelbagai

A. Semua datas
B. 2 dan 4
C. 1,2 dan 3
D. 1,2 dan 4
Rumusan
Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di Malaysia
adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi kerana polisi
pecah dan perintah penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggungjawab membawa
masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia
adalah satu yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat,
tetapi asas-asas pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat
dilihat dalam pelbagai strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan
tragedi 13 Mei, 1969 berulang.

Rujukan

A.Aziz Deraman. 1992. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia.


KL:Arena Ilmu.
_______________. 2001. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. KL:DBP
Chew Hock Thye. 1979. Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: DBP.
Mansor Mohd Nor. 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UPENA.
Syed Husin Ali. 1989. Ethnicity, Class and Development in Malaysia: Implications
for Theory and Practice. KL:Oxford University Press.
Penilaian Keseluruhan
Soalan Struktur
1.Pilih sama ada pernyataan berikut BETUL atau SALAH
A. Akibat daripada kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu telah memunculkan bandarbandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Swettenham, Sermban dan Pot Dickson.
(Betul/Salah).
B. Adat Pepatih dan Temenggong diamlkan di Negeri Sembilan (Betul/Salah)
C. Sistem Kangani adalah berkaiatan dengan dasar pemgambilan buruh-buruh India
yang digunakan oleh penjajah Inggers di Tanah Melayu. (Betul/Salah)
D. Perbezaan agama dalam kalangan penduduk Malaysia adalah menjadi penghalang
utama kepada kemajuan negara. (Betul/Salah)
E. Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah kebanyakannya beragama Kristian (Betul/Salah)

PROSES POLITIK
Unit 2a
Zaman Penjajahan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar diharapkan dapat:
Menjelaskan wujudnya proses penjajahan di negara yang berlkau akibat
kemasukan kuasa-kuasa asing yang silih berganti

Membeincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di


dalam negara sehingga menjeaskan pentadbiran yang sedia ada
Huraian mengenai semangat penetangan terhadap penjajahan dan menilai kesankesan penjajahan tersebut
Pengenalan
Aapabila dunia Eropah mula terddah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta
kemudiannya diikuti dengan penjajahan, maka Tanah Melayu turut menjadi tumpuan
kuasa-kuasa barat kerena kedudukannya yang strategik dari segi ekonomi dan politik.
Penjajahan Inggeris (1824 1957) telah meninggalkan satu kesan besar terhadap
kedudukan politik, ekonmi dan sosial negera. Disamping itu pendudukan Jepun (141
-1945) dan Siam (negeri-negeri utara) turut menjadi faktur penglibatan British dalam
pentabiran Tanah Melayu.
2a.1. Faktor Campurtangan British
1. Campur tangan British di Tanah Melayu dipengaruhi oleh factor-faktor: (a) Dorongan
ekonomi iaitu memonopoli (menguasai) hasil-hasil dagangan utama di negeri-negeri
Melayu iaitu bijih timah terutamanya di Selangor dan Perak; (b) Perkembangan Revolusi
Perusahan pada pertengahan kurun ke 19 di Eropah dan bermulanya aktiviti mengetin
makanan memuncakkan lagi keinginan British untuk memenopoli perdagangan timah; (c)
Dorongan politik iaitu adanya kuasa-kuasa lain di Eropah seperti Perancis, Itali, Jerman
dan Rusia yang sedang bersaing untuk meluaskan jajajahan takluk masing-masing. Jadi,
tanpa pengawalan British keatas pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk
dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan ekonomi dengan raja-raja Melayu.
Jsuteru campur tangan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan fenomena tersebt terjadi.
2a.2. Reaksi Awal Masyarakat Tempatan
1. Penentangan Di Naning (1831 1832) ialah kerana Dol Said (Abdul said), iaitu
Penghulu Naning tidak bersetuju dengan cadangan British untuk membayar cukai
1/10 daripada hasil ekonomi kepada Kerajaan British di Melaka yang telah
mengambil alih dari pentadbiran Belanda pada 17 Mac 1824.
2. Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831, apabila British menghantar
sepasukan tentera untuk menagkap Dol Said dan memaksa pengikutnya supaya
menerima cadangan British.
3. Dalam serangan pertama, tentera British tewas. Seterusnya British melancarkan
serangan kedua pada tahun 1832. Dol Said kemudiannya telah mendapat
sokongan penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong.
4. Akhirnya penentangan Dol Said dapat ditumpaskan oleh British dan belua
menyerah diri pada bulan Februrai 1834.

5. Di Perak, setelah Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874,


J.W.W.Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W.Birch tidak mendapat
kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar melayu yang lain
kerena kebanyakkannya tidak suka dengan tingkah laku beliau.
6. Ketidakpuasanhati terhadap Sistem Residen dan sifat peribadi telah menyebabkan
J.W.W Birch telah menyebabkan berlakunya komplot pembunuhan J.W.W Birch
di Pasir Salak, Perak.
7. Penentangan di Pahang bermula apabila British mmeperkenalkan Sistem Residen
di negeri itu dengan melantik J.P.Rodger sebagai Residennya.
8. Pemberontakan di pahang telah berlaku dibawah kepimpinan Dato Bahaman, Tok
Gajah dan mat Kilau pada tahun 1891.
9. Antara sebab-sebab berlakunya pemberotakan di Pahang ialah kerana: Sultan dan
pembesar negeri kehilangan kuasa; (b) Undang-undang Tanah menyekat
kebebasan Sultan/Pembesar; (c) Undang-Undang dikendalikan oleh British; (d)
British menggantikan penghulu-penghulu tempatan; (e) pembesar dan orang
awam tidak berpuas hati.
10. Di Kelantan, pemberontak rakyatnya pada tahun 1909 terhadap Penasihat British
yang bernama James Scott Mason dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu
Haji Mat Hassan Munas atau yang terkenal dengan gelaran Tok Janggut.
11. Penentangan rakyat Kelantan kerana seorang pembesar tempatan di Pasir Putih
yang bernama Engku Besar Jeram Tun Ahmad merasa tidak puasa hati dengan
kehilangan kuasa. Selain itu, rakyat Kelantan tidak puas hati kerana pengenalan
system tanah baru 1915 dimana rakyat terpaksa membayar sewa tanah yang tetap.
British juga telah mengenakan cukai terhadap setiap hasil pertanian seperti padi
dan kelapa.
12. British akhirnya berjaya menumpaskan pemberontakan Tok janggut yang mati
terbunuh pada 24 Mei 1915.
13. Di Treangganu, Haji Abdul Rahman Limbong telah bangun menentang British.
Pemberontakan Tani berlaku pada tahun 1928 iaitu dalam zaman pemerintahan
Sultan Sulaiman badrul Alam Shah. Rakyat tidak puas hati hati kerana British
mengenakan cukai kepala, memperkenalkan system pendidikan Barat dan
memperkenalkan Pas kebenaran bagi sesiapa yang ingin membuka tanah baru
untuk bercucuk tanam.
14. Orang-orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala
Berang pada 21 Mei 1928. British berjaya menumpasknnya dengan Haji Abdul
rahman Limbong dibuang negeri di Mekah.
Aktiviti
Soalan Objektif
Pilih jawaban yang palin tepat dari soalan-soalan berikut:
1. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh:

(A) Dorongan agama Islam


(B) Dorongan lokasi yang startegik
(C) Dorongan politik
(D) Dorongan Eknomi
2. Manakah yang tidak benar dari penyataan dibawah:
(A) Dol Said pada mulanya tewas di Naning dalam perjuangan
menentang penjajah Inggeris
(B) Tuan Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya dibuang daerah
(C) Tok Janggut mati terbunuh di Pasir Putih, Kelantan
(D) Inggeris telah menggunakan pelbagai jenis cukai keatas warga
tempatan
3. Dimanakah tempat sebenar J.W.W. Birch mati dibunuh:
(A) Kampong Gajah, Perak
(B) Telok Anson, Perak
(C) Pasir Salak, Perak
(D) Kuala Kangsar, Perak

2a.3. Kesan Penjajahan


1. Penjajah Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik, sosial, pentadbiran,
ekonomi dan agama ke atas negeri ini jika dibandingkan dengan penjajah Portugis
dan Belanda.
2. Inggeris menggunakan pelabagai kaedah untuk terus menjajah Tanah Melayu:
menubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau pinang dan Melaka), campur tangan di
Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, membentuk Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri
Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Trengganu)
3. Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara, perebutan
takhta dan perlombongan, kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsikongsi gelap.
4. Walaupun Inggeris telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Perseketuan yang
bertujuan untuk menambahkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi Negeri Melayu
Bersekutu, tetapi pada hakikatnya kuasa raja-raja Melayu semakin lemah.
5. Pada tahun 1910, Inggeris telah mengemukakn dasar desentralisasi (pengurangan
kuasa pusat) ke negeri-negeri. Dasr ini telah tidak mendapat sokongan kerana
faktur kemelesetan ekonomi dunia, bantahan raja-raja melayu dan keinginan
untuk membentuk sebuah Perseketuan Tanah Melayu.

6. Dasar desentralisasi terbantut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun
1941. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya
semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan.
7. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba
mengambil alih pentadbiran negara selama tiga hari. Setelah Inggeris kembali ke
tanah ayer, PKM mengisytiharkan pering gerila untuk mearmpas kuasa
sehingga Inggeris mengisytiharkan darurat di negera ini. Rakyat menolak
faham komunis.

Aktiviti
Manakah yang betul dalam penyataan-penyataan berikut:
1. A. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu tidak memberi apa-apa impak
B. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu kurang memberi impak
C. Penjajahn Inggeris di Tanah Melayu benar-benar memberi impak
D. Penjajahan Inggeris di Tanah hanya mmeberi impak diperingkatan awalnya
sahaja
Bagaimanakah kedudukan kuasa Raja-Raja Melayu dengan penubuhan Majlis Undangan
Perseketuan?
2. A. Menjadi bertambah kuat
B. Menjadi bertambah lemah
C. Kekal seperti biasa
D. Raja-Raja Melayu bersikap dingin
3. Apakah sebab dasar desentralisasi Inggeris terbengkalai?
A. Pendudukan Siam di Tanah Melayu
B. Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu
C. Ratu England tidak bersetuju
D. Tentangan dari Raja-Raja Melayu

Rumusan
Adalah jelas kepada kita bahawa kekayaan hasil mahsul negara serta warisan peradaban
Alam Melayu telah menyebabkan Inggeris menjajah, campur tangan serta berkuasa
dalam pantabiran Tanah Melayu hamper satu setengah kurun lamanya. Meskipun
penjajahan telah mendapat tentangan hebat dari seluruh rakyat, kehadiran Inggeris

akhirnya telah menatijahkan berlakunya satu transformasi politik dan pentadbiran di


dalam negara ini. Kemerdekaan tanh ayer adalah satu rahmat. Rakyat telah dapat
mengembalikan maruah bangsa dan negara dari kongkongan penjajahan Inggeris.
Penilaian keseluruhan
Aktiviti
Jawab semua soalan-soaln berikut:
1. Senaraikan negeri-negeri yang terletak dibawah system pentadbiran Inggeris:
(A) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
___________________________
(B) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
______________________________
(C) Negeri-Negeri Selat
_______________________________
2. Berikan nama pegawai British pertama yang menjawat jawatan Residen bagi negerinegeri berikut:
(A) Perak
(B) Selangor
(C) Pahang
3. Berikan satu sebab utama yang menyebabkan Jepun menduduki Tanah Melayu pada
tahun 1942
(A)
(B)
(C)
(D)

Faktur ekonomi
Faktor pentadbiran
Faktor kehandalan tentera Jepun
Faktor smanat nasionalisme Jepun

4. Jawab mana yang BETUL/SALAH dari soalan-soalan beriku:


Titik tolak kepada campur tangan langsung Inggeris di Tanah Melayu ialah Perjanjian
Pangkor 1874 di negeri Selangor. (Betul/Salah)

5. Perang saudara tidak pernah berlaku di Tanah Melayu semasa Inggeris menjajah.
(Betul/Salah)
Unit 2b
Perjuangan Kemerdekaan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar diharap dapat:
Membincangkan semangat kebangkitan nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan
tanpa mengira kaum
Menghurai proses yang telah dilalui oleh Tanh Melayu sebelum mencapai kemerdekaan
Mengenal pasti seba-sebab Malaysia dibentuk serta cabaran-cabaran yang dihadapi
semasa pembentukan Malaysia
Menjelaskan sebab-sebab Singapura dan Brunei berpisah dan tidak menyertai
Perseketuan Malaysia.
Pengenalan
Perjuangan kemerdekaan di negara ini kemudiannya mula berkembang secara
menyuluruh. Faktor kebangkitan nasionalsime Melayu adalah penyebabnya. Gagagsan
Malayan Union tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat menentang
pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa buah parti politik
kebangsaan timbul di tanah ayer seperti UMNO, MIC dan MCA. Kemudian parti-parti
tersebut menubuhkan gabungan Perikatan yang meberikan kesan kestabilan politik di
tanah Melayu sehingga terbentuknya Barisan Nasional hingga kehari ini. Tunku Abdul
Rahman telah mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang telah mendapat dokongan
Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada petingkat awalnya. Kerajaan British
bersetuju dengan formula penyatuan politik nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra
itu. Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhakn seperti Suruhanjya Cobbold dan lain-lain
lagi dalam usaha untuk memperteguhkan idea pembentukan Malaysia. Singapura
akhirnya berpisah dengan Perseketuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerena fakturfaktur politik dan ekonomi.

2b.1. Malayan Union

2b.1.1. Latarbelakang
1. Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun
berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali
dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya).
2. Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada
12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan
Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union
telah diluluskan pada bulan Januari 1946.
2b.1.2 Tujuan diperkenalkan
1. Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah:
(a) Untuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris
tidak bersedia menanggong perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri
Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu.
(b) British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerena sebelum ini
orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat
mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.
(c) Percubaan Inggeris kea rah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan
tetapi mengikut ciri politik Inggeris.
(d) Sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang
berbilang kaum Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk
sebuah masyarakat yang kuat.
2b.1.3. Implikasi
Implikasi penting dari gagasan Malayan Union adalah seperti berikut:
1. Semua negeri Melayu, kecuali Singapura disatukan dibawah pemerintahan
Gebenur British. Gabenur ini dibantu oleh Majlis Mesyurat Perseketuan dan
Majlis Undangan Perseketuan.
2. Singapura dijadikan wilayah koloni British selepas dikeluarkan dari Perseketuan
dengan seorang Gebenor British menjadi wakil kerajaan British.
3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanyalah gelaran sahaja dan
mereka mempunyai kuasa di bidang agama Islam dan adat istiadat.
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan
keturunan. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union
boleh menjadi warganegara secara otomatik. Prinsip jus soli di perkenalkan.

Aktiviti
Soalan Objektif
Jawab soalan-soalan berikut:
1. Bilakah gagasan Malayan Union dirancang oleh Inggeris?
A.
B.
C.
D.

Sebelum Jepun berundur dari Tanah Melayu


Dirancang sejak dari awal penjajahan Inggeris di Tanah Melayu
Digagaskan selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu
Inggeris rancang bersama Jepun di Tokyo

2. Siapakah Wakil Kerajaan Inggeris untuk mengemukan gagasan Malaysan Union


di Tanah Melayu?
A. Frank Sweetenham
B. Huge Clifford
C. Sir Harold Mac Michael
D. Sir Stanford Raffles
3. Bilakah gagasan Malayan Union diluluskan di Parlimen England?
A. 10 Oktober 1946
B. 10 Oktober 1948
C. 10 Oktober 1945
D. 10 Oktober 1955
4. Mana yang BENAR dari kenyataan dibawah:
A. Malayan Union menjadikan Singapura sebagai Negeri Persektuan
B. Malayan Union telah menjadikan Singapura sebagai koloni Inggeris
C. Malayan Union tidak memberi apa-apa kesan politik kepada Singapura
D. Malayan Union menangguhkan tindakan dasar politik Iggeris keatas
Singapura

5. Manakah yang TIDAK BENAR dari kenyataan berikut:

A. Inggeris tidak berdendam dengan orang Melayu


B. Inggeris berdendam sedikit sahaja dengan orang Melayu
C. Inggeris pada hakkatnya berdendam sungguh dengan orang Melayu
D. Inggeris menaruh dendam dengan alim ulama Melayu

2b. 1.4. Tentangan Orang-Orang Melayu


Malayan Union telah mendapat tentangan hebat orang-orang Melayu kerana sebab-sebab
berikut:
1. Kehilangan kedaulatan raja. Orang-orang Melayu melihat Raja-raja Melayu
sebagai lambang kuasa dan kedaulatan bagi masyarakat Melayu.
2. Majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan apabila dasar keterbukaan
pemberian kerakyatan kepada warga asing dilakukan oleh British.
3. Malayan Union digbal tanpa mendapat pandangan daripada orang-orang Melayu.
Ia dirancang di London secara tergesa-gesa. Sultan-Sultan hanya diberi masa
sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatnginya tanpa berbincang
dengan pembesar-pembesa negeri.
4. Kaedah Harold Mac Michel mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu secara
paksaan dan dilakukan dengan keras. Sultan-sultan tidak bersetuju dengan cara
Harold Mac Michel yang tidak berunding dahulu dengan mereka dan lain
pembesar-pembesa negeri.
2b.1.5. Penubuhan parti-parti politik
UMNO
1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei
1946 oleh Dato Onn Jafar. Belau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951.
2. Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menetang gagagsan Malayan
Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mmepertahnkan
kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu.
3. Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan Hidup Melayu. Perkara ini
disuarakan sendiri oleh Dato Onn Jaafar semasa perhimpunan Agong UMNO,
pda bulan September, 1947.
4. Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik. Perlembagaan
UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang memuatkan tujuan, penubuhan
bahagian dan cawangannya.
5. Sebanyak 39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian
seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO
ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947.

6. UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakli orang-orang
Melayu di negara ini.
Aktiviti
1. Berapa lamakah masa yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu membaca deraf
Malayan Union?
A.
B.
C.
D.

Tujuh hari
Tiga hari
Sehari
Lima hari

2. Apakah sebab yang paling utama menyebabkan orang-orang Melayu menentang


Malayan Union?
A. Pemberian kerakyatan kepada warga asing
B. Inggeris mahu kuasai urusan pentadbiran agamaIslam
C. Gagasan Malayan dibuat secara tergesa-gesa
D. Kuasa Raja-Raja Melayu terhakis samasekali
3. Bilakah perlembagaan UMNO diluluskan?
A. 29 Mei 1946
B. 11 Mei 1946
C. 29 Mei 1948
D. 11 Mei 1948

MIC
1. Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya
yang pertama bernama Tun V.T.Sambanthan.
2. Antara tujuan utama penubuhan MIC (a) adalah untuk memupuk dan memelihara
kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu;
memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu.
3. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA.
Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.
MCA

1. Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea
penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA
ialah Tun Chen Lok.
2. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina
serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.
3. Pada peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada
tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi.
4. Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun
1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang bernama PERIKATAN.
Aktiviti
1. Siapakah Presiden MIC yang pertama?
(A)
(B)
(C)
(D)

Tan Sri Manikavasagam


Dato Pasamanikam
Dato S.O.K. Ubaidullah
Tun V.T.Sambanthan

2. Manakah kenyataan berikut yang tidak benar


(A) MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di tanah
Melayu dan India
(B) MIC ditubuhkan untuk penyatuan politik masyarakat India di tanah ayer
(C) MIC ditubuhkan untuk menguatkan ekonomi masyarakat Cina
(D) MIC ditubuhkan untuk berkongsi kuasa dengan lain-lain kaum di negara ini
3. Siapakah pengasas MCA?
(A) Tun Tan Siew Sin
(B) Tan Chen Lok
(C) Ong Yok Ling
(D) Lim Swee On

2b.1.6. Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu


1. Antara ciri Perlembagaan Tanah Melayu ialah:
(a) YDPA sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan Raja
Melayu.
(b) Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan
ahli Dewan Rakyat.

(c) Sebuah Parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.
(d) Syarat kewarganegaraan diketatkan: (a) kewarnegaraan diberikan kepada
semua orang yang lahir di tanah Melayu selepas merdeka; (b)
kewarnegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun
keatas, dilahirkan di tanah Melayu dan telah menetap selama lima tahun;
(c) kewarnegaraan juga diberi kepada mereka yang berumur 21 tahun
keatas walaupun lahir di luar Tanah Melayu, tetapi telah menetap selama
lapan tahun dan boleh berBahasa Melayu.
(e) Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.
(f) Agama Islam dijadikan sebagai agama Perseketuan, tetapi kebebasan
beragama diberikan.

2b.2. Ancaman Komunis


1. Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk
memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga
tahun 1960.
2. Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba
mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekrasan.
3. Semasa Darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan
membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah
membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap
menentang perjuangan mereka.
4. Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu. Ramai
yang telah terkorban.
5. Pada peringkat awal, British menganggap ancaman komunis hanya bersifat
sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, tanggapan British itu tidak benar. Itulah
sebabnya Britih telah menambahkan kekuatan polis dan tentera untuk menghadapi
pemberontakan komunis selama 12 tahun di Tanah Melayu.
6. Kemuncak keganasan pemberontakan komnis di negara ini ialah pembunuhan
Pesuruh Jaya Tinggi British di Tanah Melayu, Henry Gurney, di Kuala Kubu
Baru, Selangor, pada 6 Oktober 1951. Beliau telah digantikan oleh Gerald
Templer sebagai Pesuruhjaya British yang baru.
7. Kerajaan British telah menubuhkan kampong-kampong baru untuk penempatan
orang-orang Cina sebagai satu langkah untuk mengawal edaran bekalan makana
jatuh ketangan anggota komunis.
8. Kerajaan
British
gagal
membendung
pemberontakan
komunis.
Walaubagaimanapun Darurat diishtiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh
Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu. Kegiatan komunis secara kecil-kecilan
masih berlaku terutama di sempadan Siam dengan Tanah Melayu.
9. Kesan-kesan Darurat telah menyebebakan Kerajaan British mengemukakan
Undang-Undang Darurat 1948 yang menyekat kebebasan individu untuk berucap,

berhimpun dan bergerak. Selain itu, Darurat juga telah membuktikan bahawa
tidak semua orang-orang Cina menyokong perjuangan PKM.
Aktiviti
1. Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu memperuntukkan Islam sebagai:
(A) Agama rasmi negara
(B) Agama Perseketuan
(C) Agama rasmi Perseketuan dan negeri
(D) Agama tidak rasmi negara
2. Apakah kedudukan Bahasa Melayu seperti yang dicatat dalam Perlembagaan
Perseketuan?
(A) Bahasa kebangsaan
(B) Bahasa nasional
(C) Bahasa lingua franca
(D) Bahasa pilihan rakyat
3. Siapakah Pesuruhjaya Inggeris yang terbunuh kerana diserang hendap oleh
anggota PKM?
(A) Gerald Templer
(B) Harold Macmillan
(C) Henry Gurney
(D) Lord Mountbatten
4. Manakah kenyataan ini yang BENAR
A. Darurat di Tanah Melayu telah berjaya dipatahkan oleh Inggeris
B. Darurat di Tanah Melayu telah gagal dihapuskan oleh Inggeris
C. Darurat di Tanah Melayu hampi-hampir dapat digagalkan oleh Inggeris
D. Darurat di Tanah Melayu tidak menjadi perhatian Inggeris

2b.3. Perundingan Kemerdekaan

.
1. UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang
Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan dato Onn Jaafar menjadi ketuanya
yang pertama.
2. Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan
mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam perundingan
kemerdekaan.
3. Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy
sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah untuk
menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan sosial
4. Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb
Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat
penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi, politik dan
sosial kaum Cina di tanah Melayu.
5. Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila
UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya
6. Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Tunku
Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat
nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti
PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah
Melayu.
7. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London
untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu.
Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang
wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.
2. Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8
Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos
1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di
Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kemabli dari London
ketanah ayer.

2b.3.1. Suruhanjaya Reid

1.

2.

3.

4.

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senari keanggotaannya


seperti berikut: Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya,
dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir William Mc Kell
(Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali
(antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak
131 memorendum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu
dari raja-raja Melayu.
Suruhanjaya telah menghantara deraf Perlembagaan dalam bulan
Februrai 1957 yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah
Jawatankuasa yang terdiri dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4
wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua Setiausaha dan Peguam
Negara.
Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan
Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh Majlis
Perundangan perseketuan pada 15 Ogos 1957.

2b.4. Tanah Melayu Merdeka


1. Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan
turunnya bendera Union Jack di hadapan bangunan Sultan Abdul samad, Kuala
Lumpur, pada malam 31 Ogos, 1957. Ribuan rakyat telah hadir.
2. Pada 31 Ogos, 1957, secara rasmi wakil Queen Elizabith, England, telah
menyerahkan kuasa berakhirnya pentadbiran Inggeris di tanah Melayu secara rasmi
kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku Perdana Menteri Pertama
Perseketuan Tanah Melayu di dalam satu perhimpunan seramai 30,000 di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur. Rakyat dari pelbagai kaum hadir untuk mendenagar
periytiharan kemerdekaan negera oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan
teriakan Merdeka.
3. Duli yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, Yam Tuan negeri Sembilan, telah
dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Perseketuan Tanah
Melayu.

Aktiviti

Jawab soalan-soalan berikut


1. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
di:
(A) Padang Selangor Kelab, Kuala Lumpur
(B) Dewan Sulaiman Kelab, Kg.Baru, Kuala Lumpur
(C) Padang Bandar Hilir, Melaka
(D) Padang Polo, Kuala kangsar
2. Siapakah nama anggota Suruhanjaya Reid dari Pakisatan?
(A) Hakim Mushtaq Ahmad
(B) Hakim Afaq Khan
(C) Hakim Abdul Hamid
(D) Hakim Zafar Khan
3. Manakah penyataan berikut yang BENAR
(A) Hanya tiga wakil Raja-Raja Melayu yang telah meniliti deraf Perlembagaan
(B) Empat orang wakil Raja-Raja Melayu telah meniliti deraf Perlembagaan
(C) Seorang sahaja wakil Raja-raja Melayu yang meneliti deraf Perlembagaan
(D) Tidak ada wakil Raja-Raja Melayu meniliti deraf Perlembagaan

Rumusan
Perjuangan rakyat Tanah Melayu akhirnya tercapai dengan kemerdekaan tanah ayer dari
kerajaan Inggeris. Perpaduan erat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini
telah menyebbakan Inggeris tidak dapat menahan tekanan politik dari rakyat Tanah
Melayu sehingga akhirnya Inggeris mahu berunding untuk segera membebaskan
cengkaman penjajahan di Tanah Melayu. Pendekatan menubuhkan parti-parti politik amat
berkesan sebagai tanda bahawa rakyat di negaranya sendiri boleh mentadbir negara
dengan baik. Kebijaksaan diplomasi pemimpin-pemimpin pelabagai kaum dalam
rundingan kemerdekaan telah menyebabkan kerajaan Inggeris menubuhkan Suruhanjaya
Reid untuk menegerakan proses kemerdekaan pada tahun 1957.

Rujukan

Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonad Y. 1983. Sejarah Malaya. Kl:
McMillan Publishers (M) Sdn Bhd.
Ibrahim Mahmood. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. 1981. KL: Pustaka
Antara.
K.J.Ratnam. 1969. Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaysia. KL: Penerbit
Uinversiti Malaya.
Ramlah Adam. 1993. Dato Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan. KL: DBP.
Vasil, R.K. 1971. Politics in a Plural Society. KL: Oxford University Press.
Willian R.Roff. 1975. Nationalisme Melayu (tr) Ahmad Boestamam. KL: Penerbit
Universiti Malaya.
Zainal Abidin Wahid et.al.1996. Malaysia Warisan dan Pembangunan. KL: DBP
Penilaian Keseluruhan
Soalan Struktur
1. Namakan tiga tokoh politik tanah ayer yang telah merundingkan kemeredekaan
negara di London?
(A)_______________________
(B)________________________
(C) _______________________
2.
Parti
PERIKATAN
telah
dibetuk
bersama
antara
____________________________ bagi menyegerakan usaha kearah kemerdekaan
negara
4. Antara
kesan
Darurat
di
Tanah
Melayu
ialah
pembukaan
______________________ bagi masyarakat Cina sebagai langkah untuk
meneykat bekalan makanan kepada PKM
5. Tulis satu karangan ringkas penubuhan parti UMNO.

Unit 2c
PEMBENTUKAN MALAYSIA
Objektif
Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengeanl pasti lima factor yang mendorong pembentukan Malaysia
2. Mengenali pemimpin-pemimpin utama yang memainkan peranan penting dalam
usaha mebentuk sebuah negara baru yang bergelasr Perseketuan Malaysia.
3. Menjelaskan punca-punca Brunie menarik diri daripada menyertai Malaysia dan
pemisahan Singapura dari Malaysia.
4. Membinangkan konflik yang timbul antara Filipina dan Indonesia selepas
penubuhan Malaysia.

PENGENALAN
Dalam bab ini anda kan didedahkan beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu
pembentukan Perseketuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul rahman. Gagasan penyatuan
ini adalah untuk menggabungkan Semenanjung tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei. Cadangan tersebut telah mendapat pelbagai respons. Anda akan
dapat mengetahui dengan jelas kenapa berlaku perbezaan pandangan antara pemimpinpemimpin yang pada mulanya bersetuju dengan gagasan Malaysia tetapi telah menarik
diri pada saat-saat terakhir.
2c.1. Faktor Pembentukan
1. Cadangan penubuhan Perseketuan Malaysia telah dilahirkan oleh Tunku Abdul
Rahman Putra tatkala beliau berucap di Singapura pda 27 Mei 1961 dalam satu
majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia
Tenggara.
2. Wawasan Tunku Abdul Rahman adalah untuk melihat satu bentuk penyatuan
ekonomi dan politik berlaku antara Perseketuan Tanah Melayu dengan wilayah
jajahan Inggeris Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunie.
3. Idea utamanya adalah untuk mengatasi masalah kesukaran bagi negara/wilayahwilayah jajahan Inggeris untuk tegak secara sendirian bagi menghadapi
persaingan antara bangsa selain dari keperluan kerjasama dari segi politik,
ekonomi dan sosial.
4. Gagasan Malaysia bukanlah satu idea baru. Penyatuan Perseketuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei pernah dicadangkan oleh pihak British pada
tahun 1887. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut ditolak kerana dilihat hanya
untuk menjaga kepentingan jajahan dan negeri naungannya.

5. Cadangan kemasukan Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah untuk


membebaskan wilayak-wilayah penjajah Inggeris dari kongkongan pentadbiran
British di London.
Jadi, anda sekarang boleh memahami dengan lebih jelas setelah meniliti fakta-fakta
berikut:
1. Menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri Singapura, Brunie,
Sarawak dan
Sabah
2. Mengurangkan ancaman komunis dan mengekalkan kestabilan dan
keamanan serantau.
3. Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan.
4. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri
anggota.
6. Memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian
warisan budaya Timur yang kaya
Aktiviti
Soalan Objektif
1. Dimanakah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan cadangan
penubuhan Malaysia?
A. Jeselton, Sabah
B. Singapura
C. Kuala Lumpur
D. Sri Bagawan
2. Manakah yang tidak BENAR tentang pendirian Bruneit menyertai Malaysia?
A. Brunei menolak sejak dari awal lagi
B. Brunei tidak menunjukkan apa-apa sikap
C. Brunei tidak bersetuju di saat-saa terakhir
D. Pendirian Brunei tidak menentu
3. Manakah dari kenyataan ini BENAR
A. Kerajaan Inggeris pernah mencadangkan idea penubuhan Malaysia
B. Kerajaan Inggeris tidak pernah mencadangkan idea penubuhan Malaysia
C. Kerajaan Inggeris mencadangkan idea penubuhan Malaysia secara senyap
D. Kerajaan Inggeris merahsiakan cadangan penubuhan negara Malaysia

2c.2. Proses Pembentukan Malaysia


Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan proses
pembentukan Malaysia.
2c.2.1. Dailog Borneo
Selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada tahun 1961,
Gabenur Sarawak, Borneo Utara dan Pesuruhjaya Brunei telah mengadakan perbincangan
dengan Pesurujaya Agong British di Singapura. Walaubagaimnapun tidak ada sebarang
persetujuan muktamad dicapai. Hanya satu kenyataan bersama telah dikeluarkan dimana
negeri-negeri tanah jajajahan Inggeris itu telah meganjurkan kerjasama yang lebih rapat
antara negeri-negeri di Borneo sebelum membuat sebarang langkah untuk menyertai
Perseketuan Malaysia.
2c.3. Penubuhan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan (MSCC)
Jawatankuasa Perpaduan dan Perundingan (MSCC) telah ditubuhkan pada bulan Julai
1961 ekoran dari Persidangan Persatuan Parlimen Serantau. Keanggotaan Jawatankuasa
ini terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei telah
menghantar 5 orang wakil. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Donald Stephens.
Terma rujukan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
1. Untuk mendapatkan pandangan-pandangan dari negeri-negeri yang berpotensi
tentang cadangan Malaysia untuk menubuhkan Malaysia.
2. Menyebarkan penerangan tentang gagasan Malaysia.
3. Inisiatif dan galakan untuk bertukar-tukar pandangan tentang gagasan Malaysia.
4. Menggalakkan beberapa aktiviti yang dapat membantu pembentukan Perseketuan
Malaysia

Aktiviti
Soalan Objektif
1. Siapakah yang mempnegerusikan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan?
(A) Tun Mustafa Datu Harun
(B) Tun Abdul Razak Husein
(C) Lee Kuan Yew
(D) Donald Stephens

2. Apa yang dimaksudkan dengan Dialog Borneo?


(A) Perbincangan muktamad untuk menubuhkan Malaysia
(B) Perbincangan mengenai kerjasama serantau antara Borneo Utara dengan
Tanah Melayu dan Singapura
(C) Perbincangan untuk menentukan status negeri Brunei dalam Malaysia
(D) Perbincangan untuk menjadikan Singapura sebagai peneraju utama gagasan
Malaysia
3. Manakah yang TIDAK BENAR dari kenyataan berikut:
A. Pembentukan Malaysia adalah untuk mewujudkan semula gagasan Melayu
Raya
B. Pemebentukan Malaysia adalah untuk penyatuan politik serantu
C. Pembentukan Malaysia adalah untuk pemarkasaan ekonomi serantau
D. Pembentukan Malaysia adalah untuk merapatkan hubungan antara wilayah

2c.3.1. Rombongan Ke London


Dengan tercapainya persefahaman antara Singapura dan Perseketuan Tanah Melayu,
Kerajaan British telah mengundang Tunku Abdul Rahman untuk membincang dengan
lebih mendalam serta menyediakan jalan perundingan denga negara-negara Borneo.
Rumusan dalam perbincangan di London itu jelas menunjukkan bahawa gagasan
Malaysia telah mulai mendapat dokongan dari negeri-negeri Borneo.
Walaubagaimanapun, pendapat rakyat hendaklah diambil kira. Mesyuarat tersebut juga
bersetuju bahawa pandangan-pandangan Sultan Brunei adalah mustahak dan mesti
diambil kira.
2c.4. Jawatankuasa Antara Kerajaan
Selepas Jawatankuasa Cobbold melaksanakan tugasnya, maka satu Jawatankusa Antara
Kerajaan yang diketuai oleh Lord Landsdowne telah ditubuhkan. Tun Abdul Razak
Hussain sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil
negeri Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi anggota-anggotanya.
Jawatankuasa ini telah menubuhkan satu perlemabagaan, khususnya yang melibatkan
permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada partiparti politik di Sabah dan Sarawak. Tugas penting Jawatankuasa ini ialah membentuk
satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu 1957, Laporan
Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Perkara

utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, bahasa Melayu, kawalan imigresen,
pendidikan dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei.

2c.4.1. Suruhanjaya Cobbold


Pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold telah
ditubuhkan bagi mendapatkan respons dari rakyat Borneo Utara dan Sabah.
Keanggotaanya terdiri dari lima orang pegawai dengan tiga pegawai-pegawai British dan
dua orang pegawai Malaysia.
Fungsi utama Jawatankuasa Cobbold adalah untuk mendapatkan referendum rakyat di
Borneo Utara dan Sarawak tentang idea pemebentukan negara Malaysia. Jawatankusa
Cobbold telah mencadangkan perkara-perkara berikut:
(a) Perlembagaan baru negara hendaklah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu
ada.
(b) Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.
(c) Penguatkuasaan kuasa imigresen oleh Kerajaan Perseketuan adalah bergantung
kepada persetujuan kerajaan negeri.
(d) Tada ada ruang untuk menarik diri.
(e) Proses Pemborneoan boleh dilaksanakan tetapi pegawai-pegawai Inggeris masih
boleh memegang jawatan perkhidmatan awam sehingga ada ana tempatan yang layak.
(f) Kebebasan agama dijamin dan tidak menjadikan satu-satu agama sebagai agama
rasmi di negeri-negeri tersebut
Aktiviti
Apakah jawatan Tun Abdul Razak Husein di dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan?
1. A. Pengerusi
B. Timbalan Pengerusi
C. Naib Pengerusi
D. Pengerusi Bersam
2. Rombongan perundingan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengenai
pembentukan Malaysia di London diadakan selepas wujud persefahamn dengan:
A. Borneo Utara
B. Singapura
C. Borneo Utara
D. Borneo Utara dan Singapura
3. Suruhanjaya Cobbold melaksanakan tugas untuk mendapat respons rakyat di
Borneo Utara dengan cara:

(A) Pilihanraya
(B) Mesyuarat
(C) Refrendum
(D) Perundingan
2c.5. Perpisahan Singapura
1.
2.

3.

Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa kesediaan


Sinagpura menyertai Malaysia tidak bermakna bahawa negaranya hilang kuasa
secara mutlak. Rakyat Singapura adalah penentu bagi segala-galanya.
Pada 23 Ogos 1961, persetujuan antara Kerajaan Perseketan Tanh Melayu dan
Singapura telah dicapai. Persetujuan ini termktub dalam Kertas Putih yang
antaranya menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan
menjadi tanggungjawab Perseketuan. Walaubagaimanapun, perkara-perkara
pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah kuasa kerajaan Singapura.
Ketetapan juga telah dibuat bahawa Singapura mempunyai 16 orang ahli di
Dewan Rakyat Malaysia.
Setelah 2 tahun berada di dalam Malaysia, ketegangan politik telah berlaku
antara Singapura dan Kuala Lumpur. Antara isu yang menjadi perbahasan hangat
ialah soal ekonomi, politik kepartian DAP dan MCA serta isu perakauman.

2c. 6. Penarikan Brunei Menyertai Perseketuan Malaysia


Brunei pada saat-saat terakhir telah mengejutkan Malaysia, Singapura, Sabah dan
Sarawak apabila Sultan Sir Omar Ali Sharifuddin menyatakan bahawa Brunei menarik
diri menyertai gagagsan Malaysia kerana dua sebab yang paling utama: (a) kekanan
Baginda Sultan Brunei sebagai Sultan dalam Perseketuan Malaysia tidak dipersetujui; (b)
penguasaan hasil minyak Brunei juga tidak dipersetujui. Lain-lain tuntutan Brunei ialah:
(a) menuntut 10 buah kerusi Parlimen; (b) mengekalkan semua pelaburannya; (c)
meneruskan program pendidikan dan kebajikan.

Aktiviti

1. Berapakah jumlah anggota Dewan rakyat yang diperuntukkan kepada


Singapura?
A. 26 anggota
B. 16 anggota
C. 15 anggota
D. Antara 10 hingga 20 anggota
2. Antara bidang kuasa Singapura semasa berada di dalam Perseketuan Malaysia
ialah:
A. Pertahanan
B. Hubungan Luar
C. Pelajaran
D. Keselamatan
3. Antara sebab berlakunya perpisahan antara Singapura dengan Malaysia ialah:
A. Isu ekonomi
B. Isu agama
C. Isu perkauman
D. Isu Bahasa
4. Antara sebab Brunei tidak mahu menyertai Malaysia
A. Kekakanan status Sultan Brunei tidak dipersetuji
B. Brunei mahu keanggotaan Parlimen yang ramai
C. Brunei mahu menjadi YDPA pertama selepas Malaysia dibentuk
D. Brunei mahu jawatan Menteri Kewangan

Rumusan
Rancangan penubuhan Perseketuan Malaysia akhirnya berjaya dilaksanakan tanpa
ehadiran Brunei. Malaysia lahir secara rasmi pada 16 September 1963. Namun,
Singapura juga telah keluar dari Malaysia pada tahun 1963. Sabah dan Sarawak kekal
berada di dalam Malaysia hingga kehari ini. Penubuhan Malaysia telah mendapat
tentangan dari Indonesia pada peringkat permulaan sehingga telah menimbul konfrontasi
Indonesia terhadap Malaysia pada tahun 1963..
Rujukan

Ahmad Atory Hussain. 1990. Politik Dan dasar Awam Malaysia. KL: Utusan
Publications and Distributors.
Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. 2007. Pengajian Malaysia. PJ: Oxford Fajar
Jayum A Jawan. 2007. Malaysian Politics & Government. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd.
Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan.
KL: DBP.
____________________________. The Formation of Malaysia: The Role of the
Malaysia Solidarity Consultative Committee, dlm. Muhammad Abu Bakar etc (ed).
Historia. Kuala Lumpur.
Penilaian Keseluruhan
Soalan Strukur
1. Penubuhan Perseketuan Malayasia telah mendapat ____________________ dari
negara Indonesia
2. Penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963 telah melalui beberapa
usaha
_____________________________________________________
_______________________________________________________
3. Berikan empat tuntutan Brunei untuk menyertai Malaysia
______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
____
_______________________________________________________

Unit 2d
Perlembagaan Malaysia

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda dapat mempelajari:
1.
2.
3.
4.

Konsep perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara.


Mengenal pasti enam tujuan perlembagaan.
Membincangkan cirri-ciri asas perlembagaan.
Menjelaskan cara-cara perlembagaan dipinda

PENGENALAN
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-Undang laut Melaka dan
Hukum Kanun Melaka. Semantara itu, di setiap negeri pula mengamalkan adat
tradisional, itu Adata Temenggung dan Adat Pepateh seperti di Negeri Sembilan dan
Melaka. Perlembagaan moden yang dipengaruhi oleh perlembagaan Britain mula
diperkenalkan pada tahun 1957 dan dikemakinikan pentadbirannya pada tahun 1963.
2d.1. Konsep dan Tujuan Perlembagaan
Perlembagaan merupakan satu konsep yang amat penting dalam sebuah kerajaan moden
pada hari ini. Perlembaaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undangundang asas negara. Ia menerang dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh
pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dimiliki oleh orang-orang yang
diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.
Antara tujuan utama perlembagaan adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara


Menjadi sumber rujukan
Mewujudkan kestabilan negara
Mengawal perjalanan kerejaan
Mengekalkan keamanan
Menjamin keamanan negara

2d.2 Perlembagaan Perseketuan Malaysia dan Negeri


Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Menurut Tun
Mohamad Suffian (1983), Perlembagaan Perseketuan Malaysia merupakan puncak kuasa
yang tertinggi dalam negara. Ini bermakna bahawa Parlimen Malaysia memperolehi

kuasanya dari Perlembagaan Perseketuan Malaysia yang memperuntukkan kuasa


perundangan kepada Perseketuan Malaysia bagi satu pihak, dan tiap-tiap negeri pula bagi
satu pihak lagi. Perlembagaan Malaysia menentukan dengan jelas perkara-perkara yang
menjadi tanggungjawab Perseketuan dan Negeri.
2d.2.1. Ciri-Ciri Perlembagaan Perseketuan Malaysia
Tun Mohamed Suffian, Mantan Ketua Hakim Negara telah menyeneraikan cirri-ciri asas
Perlembagaan Malaysia seperti berikut:
1.
2.
3.
4.

Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Perseketuan.


Sebagai negara berperlembagaan.
Sebagai negara demokrasi berparlimen
Memperuntukkan Islam sebagai Agama Rasmi Perseketuan, tetapi pada masa
yang sama Malaysia bukan sebuah negara teokrasi dan menjamin kebebasan
agama kepada semua rakyat yang berbilang agama.
5. Memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang
6. Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan, iaitu
Perundangan,
Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiganya mempunyai
status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap
satunya mempunyai tanggungjawab dan fungsi yang berbeza
7. Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada
kawalan Parlimen dan Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif
untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti dalam perlembagaan
2d.2.2. Pindaan Perlembagaan
1. Perlembagaan Perseketuan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan boleh
dipinda. Parlimen boleh meminda kuasannya sendiri.
2. Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam
sidang . Parlimen dengan syarat diizinkan oleh Majlis Raja-Raja. Persetujuan
Majlis Raja-Raja adalah diperlukan bagi meminda undang-undang.
3. Sesetengah perkara yang berkepentingan khas seperti di Sabah dan Sarawak boleh
dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam setiap sidang Dewan Parlimen jika
dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong bagi mana-mana negeri.
4. Sesetengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam setiap
Dewan Rakyat tanpa berkehedakkan persetujuan sesiapapun di luar Parlimen.

Diantara pindaan yang telah diterima oleh sidang Parlimen adalah seperti berikut:

1. Pertambahan kerusi parlimen


2. Pemansuhan imuniti bagi YDPA, Raja-Raja yang memerintah negeri dan
kesalahan jenayah
3. Pembentukan Mahkamah Khas dengan bidang kuasa yang eksklusif untuk
membicarakan semua kesalahan yang dilakukan di dalam Perseketuan Malaysia
oeh YDPA dan Raja-Raja Negeri dan semua kes awam oleh atu YDPA atau Rajaraja Negeri
4. Penstrukturan Mahkamah Tinggi Perseketuan dengan mewujudkan Mahkamah
Rayuan di antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agong dan dinamakan
semula sebagai Mahkamah Perseketuan Malaysia.
2d.2.3 Perlembagaan Negeri
1. Perlembagaan Malaysia juga merupakan satu perjanjian perkongsian antara
negeri-negeri yang menganggotai Perseketuan Malaysia. Tiap-tiap negeri dalam
Malaysia mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab tersendiri menurut
Perlembagaan Perseketuan Malaysia dan Pelembagaan Negeri-Negeri.
Peruntukan tertentu tentang Perlembagaan Negeri diistilahkan sebagai perlu.
2. Peruntukan ini terkandung di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Perseketuan.
Sementara Perkara 71 Perlembagaan Perseketuan Malaysia memperuntukkan
bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukan ini.
Aktiviti
1. Dimanakah sumber kuasa yang diperolehi oleh Parlimen Malaysia?
A. Majlis Raja-Raja Melayu
B. Perlembagaan Malaysia
C. Badan Kehakiman Negara
D. Kabinet
2. Mahkamah Perseketuan dahulunya dikenali sebagi
A. Mahkamah Tinggi Perseketuan
B. Mahkamah Agong
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Khas
3. Kesalahan jenayah YDPA dan Raja-Raja Melayu dikendalikan oleh:
A. Mahkamah Agong
B. Mahkamah Tinggi Syariah
C. Mahkamah Khas
D. Tribunal DiRaja

4. Pindaan perlembagaan boleh dibuat di Parlimen Malaysia dengan persetujuan


YDPA dalam:
(A) Semua perkara
(B) Sesetengah perkara
(C) Satu perkara sahaja
(D) Sesetengah perkara dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
2d.3. Peruntukan Bahasa Melayu
1. Kedudukan Bahasa Melayu telah ditetapkan dalam Perkara 152 Perlembagaan
Perseketuan yang menentukan bahawa Bahasa Melayu hendaklah digunakan
untuk maksud-maksud rasmi. Dengan lain perkataan, Bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.
2. Bahasa-bahasa lain adalah dilindungi dalam Perlembagaan perseketuan dengan
tidak menghalang sesiapapun dalam kalangan warganegara untuk
menggunakannya.
3. Sesiapa yang mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
akan didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

2d.4. Kedudukan Agama Islam


1. Dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang
beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur
dalam Bahasa Melayu.
2. Sebagai agama rasmi negara, Kerajaan Perseketuan mempunyai kuasa
memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan
kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti pembinaan masjid dan surau,
sekolah-sekolah agama.
3. Perlembagaan Perseketuan memperuntukkan kuasa tertinggi agama pada setiap
negeri dengan Sultan/Raja/Yam Tuan Besar menjadi ketua agama Islam kecuali
bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan wilayah-wilayah
Persektuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putera Jaya. Di negeri-negeri ini, kuasa
agama terletak di bawah bidang kuasa YDPA.
4. Di negeri-negeri, Sultan/Raja/Yam Tuan Besar mempunyai kuasa melantik ahliAhli Ahli Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab melaksanakan dasardasar Islam di negeri-negeri dengan dokongan Jabatan-Jabatan Agama Islam
menjalanakan urusan pentadbiran. Selain itu, musfti-mufti dan Ketua-Ketua
hakim Syariah juga dilantik oleh Sultan/Raja/Yam Tuan Besar.

5. Satu perakara yang menarik, Majlis Raja-Raja Melayu telah bersetuju untuk
memberi kuasa kepada Kerajaan Perseketuan Malaysia menubuhkan Majlis Hal
Ehwal Kebangsaan Islam Malaysia dengan Perdana menteri Malaysia menjadi
Pengurusinya. Fungsi MHEKIM hanya untuk menyelaraskan program-program
Islam antara Kerajaan Pusat dan negeri. Walaubagaimanapun, Sultan Kedah dan
Sultan Pahang tidak membenarkan negeri-negeri tersebut menjadi anggota
MHEKIM.
Aktiviti
1. Peruntukan 152 dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia menjamin
kedudukan:
(A) Bahasa Cina
(B) Bahasa Malaysia
(C) Bahasa Tamil
(D) Bahasa Inggeris
2. Penentangan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara boleh
didakwa dibawah
A. Akta ISA boleh digunakan sekiranya Bahasa Melayu ditentang
B. Akta Hasutan 1948 boleh digunakan bagi
C. Akta Bahasa Kebangsaan 1976
D. Akta Jenayah
3. Pentabiran agama Islam di peringkat Perseketuan/ Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persketuan diketuai oleh:
A. Perdana Menteri
B. YDPA
C. Perkongisan kuasa antara YDPA dan YDPN
D. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

2d.5. Kedudukan Istimewa Orang Melayu


1. Hak istimewa orang-orang Melayu telah diperkenalkan dalam Perlembagaan
Perseketuan Malaysia agar pembelaan dan bantuan dapat dibuat untuk bangsa
Melayu sebagai penduduk utama pribumi. YDPA diberi kuasa untuk memelihara
kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.

2. Sebab utama mengapa kedudukan hak istimewa orang Melayu diperuntukan


dalam Perlembagaan Perseketuan ialah kerana orang-orang Melayu telah
didiskriminisaikan sejak zaman penjajahan Inggeris lagi dalam bidang pendidikan
dan ekonomi. Pada masa yang sama, penjajah Inggeris telah sengaja membawa
pekerja-pekerja asing bekerja di ladang-ladang getah dan di lombong-lombong
bijih. Mereka akhirnya menjadi rakyat Tanah Melayu. Bangsa Cina telah
menguasai bidang ekonomi dengan meninggalkan jauh orang-orang Melayu yang
ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan sehingga sekarang.
3. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota
kemasukan dalam sektor awam, kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi,
biasiswa, lesen kenderaan sewa dan dan permit perniagaan.

2d.6 Hak Asasi Individu


1. Perlembagaan Perseketuan Malaysia menyatakan setiap warganegara mempunyai
hak dan kebebasan tertentu seperti kebebasan beragama, bercakap, berhimpun dan
berpersatuan, kebebasan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya.
2. Walaubagaimanapun, Perkara 149 Perlembagaan Perseketuan Malaysia
menyatakan seseorang warganegara boleh ditahan atas penahahan kerana
keselamatan.
3. Sekatan terhadap individu telah dimaktubkan oleh beberapa akta dan ordinan
seperti: (a) Akta ISA (1960); Ordinan Hasutan (1948); Ordinan Perintah Awam
(1958); Ordinan Pencegahan Jenayah (1959); Peraturan Penting (Kes
Keselamatan 1957). Akta ISA menjadi bahan kritikan hebat di dalam dan di luar
negara kerena dianggap zalim. Pada hakikatnya ISA adalah warisan penjajah
Inggeris.

Aktiviti
1. Manakah yang tidak benar dalam penyataan berikut:
A. Hak Istimewa Orang-Orang diperuntukkan dalam Kontrak Sosial
B. Hak Istimewa Orang Melayu disebut dalam Perlembagaan Persketuan
C. YDPA diberi kuasa untuk mempertahankan Hak Istimewa Orang Melayu
D. Majlis Raja-Raja diberi kuasa boleh membincangkan hal Hak Istimewa Orang
Melayu
3. Hak Istimewa Orang Melayu diperuntukkan dalam Perlembagaan
Perseketuan kerana:
A. Kedudukan orang Melayu lemah dari segi ekonomi dan pelajaran
B. Orang Melayu adalah anak peribumi
C. Jumlah penduduk Melayu telah berkurangan

D. Permintaan dari Raja-Raja Melayu


4. Akta ISA yang dilihat sebagai satu akta zalim adalah warisan:
A. Belanda
B. Inggeris
C. Siam
D. Jepun

2d.7 Pilihan Raya


1. Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Perseketuan yang pertama di Tanah Melayu
telah diadakan. Parti Perikatan (Alliance), UMNO, MCA dan MIC telah
menyertainnya. Parti Perikatan telah menandingi 52 buah kerusi.
2. Parti Negara pimpinan Dato Onn Jaafar telah mengemukakan 32 orang
calun. Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calun. Parti-parti
lain yang mengambil bahagian dalam piliha raya tersebut ialalah Parti Buruh,
Parti Kemajuan Rakyat, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan
Melayu.
3. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripda 52 buah kerusi yang
dipertadningkan. Pas hanya memenangi satu kerusi sahaja di Krian, Perak.
4. Pilihan raya Perseketuan telah menadakan satu babak baru dalam amalan
demokrasi di Tanah Melayu. Dalam sisitem demokrasi berparlimen, rakyat
adalah penentu kepada pembentukan kerajaan.
5. Pilihan Raya diadakan untuk memilih wakil-rakyat di Dewan Rakyat dan di
Dewan Undangan Negeri setiap lima tahun sekali.
6. Apabila YDPA membubarkan Dewan Rakyat, pilihan raya mesti diadakan
dalam tempoh 60 hari selepasa pembubaran Dewan rakyat dan Dewan
Undangan Negeri. Bagi Sabah dan Sarawak, tempohnya adalah lebih panjang
kerena factor geografi.
7. Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kekosongan, sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau
seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan.
Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR.
2d.7.1. Proses Semasa Pilihan Raya
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan perkara-perkara berikut bagi menjamin
pengurusan sesuatu Pilihan raya itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan:
1. Hari penamaan calun.
2. Deposit.
3. Penggunaan symbol parti.

4. Kempen.
5. Hari mengundi
6. Barung SPR.
7. Pengiraan undi
8. Kebenaran memasuki tempat undi.
9. Cara-cara mengundi.
10. Undi pos.
11. Ejen mengundi.
12. Pengiraan undi.
13. Penjumlahan rasmi undi.
14. Petisyen pilihanraya.
15. Penyata perbelanjaan pilihanraya.
16. Pelupusan bahan-bahan bercetak pilihanraya
.
2d.7.2 Fungsi Pilihan Raya
1.
2.
3.
4.

Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi


Mengekalkan pucuk pimpinan.
Pemilihan calun bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
Menguatkan kestabilan politik negara

Aktiviti
Soalan Objektif
1. Mana yang TIDAK BENAR dalam penyataan berikut:
A. Parti UMNO bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955
B. Parti PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955
C. Parti Negara tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955
D. Parti MIC bertanding dalam Pilihan raya Umum 1955
2. PAS menang 1 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 1955 di:
A. Parit Buntar, Perak
B. Bagan Serai, Perak
C. Kota Bharu, Kelantan
D. Krian, Perak
3. Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Negeri mesti diadakan dalam tempoh:
A. 30 hari
B. Dua bulan
C. Satu minggu

D. 10 hari

2d.7.3. Elemen-Elemen Pilihan Raya


1. Seorang pemilih mesti mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi
membolehkan pengundian dibuat untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Seseorang itu layak menjadi calun dengan syarat-sayart berikut: (a) seorang warganegara
Malaysia; (b) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan; (c) seorang
penduduk di mana-mana bahagian pilihan Raya di Malaysia; (d) tidak hilang kelayakan.
2. Seseorang pemilih hilang kelayakan memilih jika sekiranya perkara-perkara berikut
berlaku: (a) pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara; (b) sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum
mati atau penjara lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan;
(c) di dapati besalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954; (d) Telah memperolehi
kerakyatan asing.
3. Kelayakan calun adalah seperti berikut: (a) warganegara Malaysia dan bermastautin di
negara ini; (b) berumur tidak kuang daripada 21 tahun pada hari penamaan calun; (c)
tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
4. Seorang calun akan hilang kelayakan sekiranya dia: (a) telah didapati atau
diisytiharkan tidak siuman; (b) bankrup; (c) memegang jawatan berkepentingan; (d) gagal
mengemukakan laporan perbelanjaan pilihanraya; (e) telah didapati bersalah oleh
Mahkamah Di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari setahun atau
denda tidak kurang dari RM 2000 dan belum mendapat pengampunan; (f) telah
memperolehi kewarganaan asing.

2d.8. Komponen Parlimen


1. Kedudukan di Parlimen Malaysia hari ini terkandung dalam Bahagian 4, Bab 4,
Perkara 44 perlembagaan Perseketuan Malaysia. Parlemen adalah lambang
demokrasi berjalan di Malaysia. Jadi, Parlimen adalah kuasa tertinggi
perundangan di Malaysia yang menagndungi YDPA, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.
2. Dewan Rakyat adalah dewan yang penting dalam menggubal rang undangundang, manakala Dewan Negara pula bertindak membahas dan meluluskan rand
undang-undang. YDPA bertindak untuk memperkenankan undang-undang
tersebut.
3. Dewan Rakyat hingga setakat ini mempunyai seramai 219 orang anggota yang
mewakili Barisan Nasional iaitu parti yang merintah dengan lebih dua partiga

majoriti. Bakinya dalah terdiri dari pembangkang terdiri daripada DAP, PAS dan
PKR.
4. Keanggotaan Dewan Negara adalah seramai 48 orang bagi setiap negeri di dalam
Perseketuan Malaysia dengan setiap negeri mempunyai dua wakil yang
dicadangkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Selain itu, Wilayah-Wilayah
Perseketuan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putera Jaya masing-masing
diperuntukkan dengan seorang wakil. Selanjutnya, 40 orang ahli Dewan Negeri di
lantik oleh YDPA dari kalangan individu professional yang mempunyai rekod
cemerlang dalam pelbagai bidang, termasuk seoarng ahli yang mewakili komuniti
Orang Asli, masyarakat minoriti Thai dan Orang Kurang Upaya (OKU).
5. Dewan Rakyat bertindak sebagai penggubal undang-unadang, manakala Dewan
Negara pula perlu bertindak sebagai tempat membahas dan meluluskan rang
undang-undang. YDPA pula berperanan memperkenankan rang undang-undan
tersebut.
Aktiviti
Soalan objektif
1. Seorang pemilih daftar pilihanraya hilang kelayakan mengundi kerana:
A. Minum arak
B. Bekerja di luar negara
C. Memiliki kewarnagaan asing
D. Menjadi pegawai pilihanraya
2. Seorang calun dalam pilihan raya kehilangan kelayakan menjadi calun kerana:
A. Bermain judi
B. Menyerang peribadi calun lawan
C. Diisytihar bankrup
D. Tidak mempunyai ijazah
3. Berapakah jumlah wakil lantikan kerajaan negeri di Dewan Negara?
A. 4 orang
B. 1 orang
C. 2 orang
D. Berubah-ubah
4. Manakah yang TIDAK BENAR dalam penyataan berikut
A. Fungsi Dewan Negara untuk menggubal undang-undang
B. Fungsi Dewan Negara untuk membahas dan meluluskan rang undang-undang

C. Fungsi Dewan Negara untuk menggubal beberapa jenis undang-undang


D. Fungsi Dewan Negara untuk menggubal dan mengesahkan rang undangundang

Rumusan
Perlembagaan Malaysia jelas melindungi hak setiap individu di negara ini dengan ciricirinya yang khusus. Proses penggubalan dan pengesahan undang-undang dibuat di
dalam Dewan rakyat dan Dewan Negara. Pemilihan keanggotaan dalam kedua-dua
institusi tersebut dilakukan secara pilihanraya dan perlantikan. Negara ini mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen dengan mengadakan pilihanraya di peringkat parlimen dan
negeri setiap lima tahun. Suruhanjaya Pilihanraya berfungsi mengikut prosedur undangundang yang diperuntukkan. Pada masa yang sama, Perlembagaan juga memperuntukkan
kedudukan Islam sebagai agama rasmi Perseketuan dengan lain-lain agama bebas dianuti.
Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan negara. Perlembagaan dan YDPA juga
melindungi Hak Istimewa Orang-Orang Melayu yang masih lemah di bidang pelajaran
dan ekonomi.
Rujukan

Ahmad Ibrahim dan Ahileman Joned. (1992). Undang-Undang Di Malaysia.KL: DBP


A. Rashid Rahman.(1994). Perjalanan Pilihan Raya Di Malaysia. KL: Berita
Publishing, Sdn Bhd.
Anom. UMNO Sepuluh Tahun (1946 1956). Penag: daud Press.
Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin. (200). Sejarah Malaysia. PJ: Fajar Bakti.
INTAN. Negara Kita-Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar Pembangunan. Kuala
Lumpur.
Mohamed Suffian Hashim. (1987). Mengenai Perlembagaan Malaysia. KL: DBP.
Tengku Anuar. (1991). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. KL: Nurin Enterprise
Zainal Abdidin Wahid. (1971). Malaysia Sepintas Lalu. PJ: DBP.

Penilaian Umum

Soalan Struktur
1. Jelaskan takrif Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Perseketuan

(A)___________________________________________________________________
__
(B)_____________________________________________________________________
(C)_____________________________________________________________________
_
2. Pilih sama ada penyataan berikut BETUL atau SALAH.
A. Penubuhan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Di Peringkat Perseketuan mendapat
tentangan dari dua buah negeri di Malaysia (Betul/Salah).
B. Sultan/Raja/Yam Tuan mempunyai kuasa melantik seorang Mufti Kerajaan Negeri.
(Betul/Salah).
C. Hak Istimewa Orang-Orang Melayu terhapus apabila Wawasan 20/20 dicapai
(Betul/Salah).
D. Akta ISA pada hakikatnya adalah ciplakan dari Akta Darurat 1948 (Betul/Salah)
E. Sistem Parlimen Di Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia mengamalkan system
demokrasi berparlimen. (Betul/Salah)
Unit 3a
JENTERA PENTADBIRAN
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1.
2.
3.
4.

Mengenal pasti apakah badan-badan utama yang terlibat dalam jentera


pentadbiran negara
Membincangkan peranan yang dimainkan oleh setiap jentera pentadbiran negara
Menjelaskan bagaimana cabinet beroperasi
Menerangkan peranan badan berkanun dan suruhanjuaya dalam melicinkan
jentera pentadbiran negara

PENGENALAN

Jentera pentadbiran negara adalah terdiri daripada kabinet, kementerian, jabatan, badanbadan berkanun iaitu lembaga-lembaga yang berfungsi sebagai alat pemerintahann
negara. Disamping itu diwujudkan juga suruhanjaya-suruhanjaya bagi melaksanakan
beberapa tugas utama dalam pengurusan negara..Sejak negara ini mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957, sistem pemerintahan negara sentiasa diperkemaskan. Negara Malaysia
pada masa kini dikenali seagai salah sebuah negara di dalam dunia yang mempunyai
pengurusan pentadbiran yang sistematik dan cekap.
3a.1. Pembentukan Sistem Kerajaan Malaysia
1. Setelah kedatangan Inggeris pada abad ke 19, berlaku perubahan yang ketara
dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Hal ini berlaku apabila Inggeris
mulai campur tangan dalam pentadbiran negara dengan mengemukakan model
pentadbiran British.
2. Keadaan ini berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
di mana struktur pentadbiran yang baru diterima pakai sepenuhnya. Sistem ini
dikenali sebagai sistem pengasingan kuasa.
3. Antara perkara yang diperkenalkan dalam sistem tersebut ialah pengasingan
Badan Eksekutif dengan Badan Kehakiman. Asal usul pengasingan sistem
pemerintahahan Teori ini dikemukakan oleh Montesqiue.
4. Dalam konteks negara Malaysia pada hari ini, pengasingan ini dapat dilihat dalam
tiga bentuk pemerintahahn yang utama:
(a) Badan Eksekutif (Pentadbiran)
(b) Badan Legislatif (Perundangan)
(c) Badan Judisiari (Kehakiman)
5. Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud, namun pada hakikatnya
penagsingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyuluruh. Ini ialah kerana
setiap badan mempunyai perkaiatan antara satu dengan lain. Contohnya, Badan
Pentadbiran jga terlibat dalam penggubalan undang-undang dan kuasa Badan
Kehakiman dapat dilihat apabila Perdana Menteri memberi nasihat kepada YDPA
siapa yang layak untuk dilantik sebagai Hakim setelah berbicara dengan ketua
Hakim Negara.
Aktiviti
Pilih kenyataan yang BENAR mengenai pengaruh system pentadbiraJn di Tanah Melayu
1. A. Sistem pentadbiran di Tanah Melayu adalah warisan Islam
B. Sistem pentadbiran di Tanah Melayu adalah warisan Portugis
C. Sistem pentadbiran di Tanah Melayu adalah warisan Kesultanan Melayu Melaka
D. Sistem pentadbiran di Tanah Melayu adalah warisan Inggeris
Jentera Pentadbiran di Perseketuan Tanah Melayu terdir dari:

2. A. Badan eksekutif sahaja


B. Badan Kehakiman sahaja
C. Badan eksekutif, kehakiman dan perundangan
D. Badan perundangan sahaja
Teori Pengasingan Antra Badan Eksekutif, Kehakiman dan Perundangan dikemukakan
oleh:
3. A. Rossue
B. John Locke
C. Montesque
D. Winston Churcill

3a.1.1. Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia


Komponen utama system Kerajaan Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah

3a.1.2. Majlis Raja-Raja


1. Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukannya. Ia
dianggotai oleh sembilan orang sultan dan empat orang genor atau Yang Dipertua
Negeri.
2. Antara bidang tugas utama Majlis Raja-raja ialah:
(a) Memilih YDP dan Timbalan YDPA.
(b) Memberi persetujuan atau menolak tentang hal ehwal agama Islam
dan adat itiadat bagi seluruh Perseketuan Tanah Melayu kecuali
Sabah dan Sarawak.
(c) Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada
mana-mana undang-undang atau memebri nasihat tentang
perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan
Majlis Raja-Raja Melayu.
(d) Mengesahkan perlantikan Ketua Hakim Negara, dua orang Hakim
Besar dan hakim Mahkamah Agong serta dua orang Hakim
Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, Ahli-Ahli Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya setelah
berunding dengan Perdana Menteri.

(e) Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa untuk bertindak


memelihara hak istimewa orang-orang Melayu jika timbul sebarang
masalah.

3a.1.3.Yang Di Pertuan Agong


1. YDPA bertindak sebagai Ketua Negara dan secara tidak langsung bertindak
sebagai ketua kepada tiga cabang pemerintahan negara pentadbiran,
kehakiman dan perundangan.
2. YDPA dilantik lima tahun sekali setelah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja
Melayu lima tahun sekali dari kalangan sembilan orang raja-raja melayu
yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja.
3. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA bertindak
sebagai punca kuasa eksekutif. Ini bermakna segala urusan kerajaan
dijalankan atas nama baginda.
4. Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam
menjalankan setiap tugas eksekutif, baginda mesti bertindak atas nasihat Jemaah
Menteri atau seorang menteri.
5. Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara
baginda untuk melantik Perdana Menteri.
6. Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 memberi kuasa kepada baginda untuk
melantik Jemaah Menteri. Tugas YDPA dalam hal ini perlu mengikut susunan,
iaitu dimulakan dengan pelantikan PM dan diikuti oleh Jemaah Menteri atas
nasihat PM.
7. Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada
Baginda untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran Parlimen.
1. Mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja
2. Melakukan kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan dan UndangUndang di Malaysia

Aktiviti
Soalan Objektif
Penyataan berikut adalah benar mengenai bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu kecuali:
1. A. Memilih YDPA dan Timbalannya
B. Menjaga kepentingan hak istimewa orang Melayu
C. Memperkenankan cadangan perlantikan hakim-hakim
D. Melantik Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri

Antara penyataan berikut, yang manakah bukan tugas rasmi YDPA?


2. A.
B.
C.
D.

Perlantikan perdana Menteri


Membubarkan persidangan Parlimen
Melantik ahli-ahli rasmi Dewan Negara
Memanggil Majlis Raja-Raja untuk bermesyuarat

3. Siapakah dibawah ini yang boleh melantik YDPA?


A. Majlis Raja-Raja
B. Wakil kerajaan yang dilantik oleh kerajaan negeri
C. Pedana Menteri
D. Menteri-Menteri Kabinet

Badan Eksekutif (Pentadbiran)


Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan,
kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.

3a.2. Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan


1. Tugas utama kabinet ialah menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara. Ia
diketuai oleh Perdana Menteri dan diikuti oleh menteri-menteri lain. Perdana
Menteri dilantik oleh YDPA, manakala menteri-menteri lain dilantik oleh YDPA
atas nasihat Perdana Menteri.
3a.2.1. Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
Raja/ Sultan/ yang Dipertuan Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Dewan Undangan Negeri

1.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa


eksekutif peringkat negeri di setiap negeri akan dijalankan oleh Raja/ Sultan/
Yang Dipertuan Negeri.

2.

Raja/ Sultan/ yang Dipertuan Negeri berkuasa untuk memperkenankan


pelantikan Menteri Besar/ Ketua Menteri daripada kalangan mereka yang
mengetuai parti yang berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihanraya
peringkat negeri. Raja/ Sultan/ yang Dipertuan Negeri juga akan
memperkenan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO)/ Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri.

Aktiviti
Isikan perkataan yang tepat ditempat yang kosong
1. Di Malaysia terdapat_______peringkat system pentadbiran
2. Kuasa eksekutif di peringkat_____________ dari segi pentadbiran harian diketuai oleh
Menteri Besar/Ketua Menteri
3. Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mesti diperkenan oleh
_____________

3a.3 Kabinet
Latar Belakang Sejarah
1.
2.

3.

4.

Dari segi sejarah, jemaah menteri/kabinet telah dimulakan sebelum negara kita
merdeka iaitu pada tahun 1951 melalui penegenalan sistem ahli. Seorang ahli
akan dilantik dimana jawatannya adalah sama seperti tugas seorang menteri.
Melalui sistem ini juga, beberapa buah jabatan kerajaan akan dilantik di bawah
kawalan seorang ahli. Seorang ahli yang dilantik pada waktu itu adalah
bertanggungjawab langsung kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem ahli ini
berakhir apabila pilihanraya umum pertama diadakan pada bulan Ogos, 1955.
Jemaah Menteri yang ulung telah mengadakan mesyuarat pertama di Majlis
Undangan Perseketuan, Kuala Lumpur pada tahun 1957. Dalam mesyuarat
tersebut, buat pertama kalinya pemimpin-pemimpin tempatan telah mengambil
alih tempat pegawai-pegawai Inggeris.
Mesyuarat ini telah dipenegerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman. Dalam Kabinet ini, menteri-meneteri terdiri daripada pemimpinpemimpin Perikatan (UMNO-MCA-MIC) yang menang dalam Pilihan Raya
Umum 1955. Sistem cabinet ini berlanjutan sehingga kehari ini.

3a.3.1. Bidang Kuasa Kabinet

1. Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang diketuai
oleh Perdana Menteri. Hingga kini terdapat 25 orang anggota kabinet termasuk
Perdana Menteri dan seorang Timbalan Pedana Menteri..
2. Mereka bertanggungjawab secara kolektif ke atas semua keputusan yang dibuat
oleh kabinet. Oleh kerana kabinet merupakan badan tertinggi di negara ini yang
bertanggungjawab dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan, maka beberapa buah
jawantankuasa tetap kabinet telah diwujudkan seperti Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Pekerja-Pekerja Asing. Lazimnya Timbalan Perdana Menteri
mempengerusikan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kabinet.
Di samping jawantankuasa ini, terdapat beberapa buah majlis dibentuk untuk
menyeleraskan pentadbiran negara dengan Timbalan perdana Menteri atau menterimenteri kanan yang ditentukan dari semasa kesemasa menjadi penguruisnya.
Majlis Tanah Negara
Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
Majlis Kewangan Negara
Majlis Angkatan Tentera
Keemua majlis-majlis ini dipengerusikan oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab
dalam portfolio-portfolio berkenaan. Kesemua majlis-majlis di atas adalah diperuntukkan
oleh Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis lain yang ditubuhkan oleh kerajaan
melicinkan perjalanan jentera pentadbiran seperti :
Majlis Tindakan Negara
Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Majlis Keselamatan Negara.
Majlis Tindakan Negara merupakan majlis pentadbiran yang tertinggi. Ia diwujudkan
bagi menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek pembangunan kerajaan.
Semua Menteri cabinet perlu hadir dalam Majlis ini. Majlis Tindakan Ekonomi Negara
diberi tanggungjawab khusus mengenai aspek ekonomi negara, dan majlis keselamatan
negara bertindak menyelaraskan tugas-tugas yang berkaitan dengan keselamatan negara.
Aktiviti
1. Majlis Tindakan Ekonomi Negara berfungsi seperti penyataan dibawah kecuali:
(A) Membahas kedudukan kewangan negara
(B) Membincangkan kadar pertumbuhan ekonomi
(C) Membahas hubungan perdagangan antara bangsa
(D) Membahas dasar luar negara

2.Jawatankuasa-Kabinet ditubuhkan untuk membincangkan:


(A) Hal-Hal khusus
(B) Hal-hal umum
(C) Hal hal separuh umum
(D) Semua perkara
3. Mesyuarat pertama kabinet telah dipengerusikan oleh:
(A) Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
(B) Tun Abdul Razak Hussein
(C) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
(D) Encik Mohamad Khir Johari
3a.3.2. Fungsi Perdana Menteri
1. Perdana Menteri adalah ketua Jemaah Menteri atau lebih dikenali sebagai kabinet.
Dengan lain perkataan Pedana Meneteri adalah Ketua Kerajaan.
2. Perdana Menteri adalah lantikan YDPA dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat
yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum dari parti yang menang
dengan majoriti.
3. Meskipun YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan tertinggi
dalam Perlembagaan, tetapi Perdana Menteri adalah peneraju politik yang
tertinggi di dalam negara.
4. Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk mencalonkan sesiapa sahaja dari
Dewan rakyat atau Dewan Negara untuk dilantik oleh YDPA sebagai anggota
kabinet.
5. Sebagai Ketua Kabinet, Perdana Menteri mempunyai hak untuk menentukan
agenda mesyuarat mingguan kabinet.

Aktiviti
Isikan perkataan yang tepat ditempat yang kosong
1. Perdana Menteri mempunyai ______________penuh untuk melantik atau
memecat Menteri
2. Perlantikan kabinet hendaklah mendapat _______________ dari YDPA.

3. Perdana Menteri berhak untuk ___________________ahli Dewan Rakyat dan


Dewan Negara bagi menganggotai kabinet
3a.3. Badan Perundangan (Judisiari)
1. Perundangan adalah merujuk kepda undang-undang yang digubal oleh badan khas
yang dipertanggungjawab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan
adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai
memberi kesan kepada kehendak badan perundangan. Kuasa perundangan di
Malaysia ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
2. Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen
Malaysia bagi peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat
negeri. Badan Perundangan Persekutuan dan negeri bukan yang tertinggi
(supreme). Kedua-dua badan ini menggubal undang-undang dalam sempadan
yang ditetapkan oleh Pelembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan
Negeri-Negeri. Perkara-perkara perundangan dibahagi dua anatara kedua-dua
badan ini. Parlimen Malaysia membuat dan meluluskan undang-undang.
3. Undang-Undang yang dibuat sebelum hari kemerdekaan terus berkuatkuasa di
negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadapnya dibuat oleh badan-badan
berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan yang dibuat.
1.

Badan perundangan peringkat Persekutuan terbahagi kepada :


Yang di-Pertuan Agong

Majlis Raja-Raja

Parlimen

2.

Dalam melaksankan kuasa legislatif atau perundangan, Parlimen memainkan


peranan yang amat penting. Fungsinya dapat dilihat semasa proses
penggubalan rang undang-undang dijalankan.

3a..4. Badan Kehakiman


1. Kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim dalam satu system
perlembagaan. Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza
antara satu negara dengan negara lain. Para hakim terus diberi kuasa mentafsir
dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa yang diberikan kepada mereka.
Kuasa ini termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia.

2. Dalam system demokrasi liberal yang diamalkan dinegara ini, kehakiman


merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan yang memainkan peranannya dalam
proses pegimbangan kuasa. Untuk melaksanakan semua fungsi kehakiman ini,
perlembagaan persekutuan Malaysia telah menyediakan peruntukkan untuk
mewujudkan system makhamah supaya tugas-tugas kehakiman dapat
dilaksanakan. Makhamah ini mempunyai kuasa yang besar terhadap badan
perundangan dan kuasa eksekutif kerana:
Mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara.
Mentafsir sesuatu undang-undang
Mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan atau Negeri.
Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi
undang-undang.
3. Undang-undang yang dibuat oleh hakim dan badan perundangan adalah berkaitan
antara satu dengan lain dalam lingkungan falsafah undang-undang. Di sini, badan
perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak makhamah
pula mlaksanakan undang-undang itu, jika ia digubal dengan betul.
4. Pihak makhamah boleh mentafsir bahagian-bahagian tertentu undang-undang
(akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang
kuasanya. Walau bagaimanapun, makhamah tidak boleh meminda undang-undang
ini disebabkan bidang kuasa pemindahan adalah hak badan perundangan atau
parlimen sahaja.
1.

2.

Aktiviti

Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai


sistem perundangan sendiri. Dalam hal ini, negeri-negeri di semenanjung
Tanah Melayu menggunakan Undang-undang Adat Melayu sementara di
Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Undang-undang Adat Bumiputera. Walau
bagaimanapun, undang-undang yang wujud pada waktu itu banyak
dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam.
Setelah kedatangan penjajah British, undang-undang asal telah banyak
mengalami perubahan. Undang-undang Inggeris telah digunakan secara
meluas, terutama Comman Law dan Kaedah-kaedah Ekuiti. Undang-undang
Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca yang utama, iaitu :
a. Undang-undang bertulis, iaitu Perlembagaan dan Perundangan
Persekutuan dan Negeri.
b. Keputusan-keputusan Mahkamah.
c. Undang-undang Inggeris.
d. Undang-undang Islam
e. Undang-undang Adat

1. Penggubalan undang-undang negeri dibuat oleh:


(A) Dewan Undangan Negeri
(B) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(C) Dewan Negara Negeri
(D) Istana Sultan
Penyataan mengenai bidang kuasa mahkamah adalah BENAR kecuali:
2. (A) Badan Kehakiman mempunyai kuasa mentafisr Perlembagaan
(B) Badan Kehakman berhak meminda undang-undang
(C) Badan Kehakiman berhak membatalkan tindakan kerajaan dari segi undangundang
(D) Badan kehakiman boleh membatlakan rang undnag-undang yang telah
diluluskan di Parlimen
3.
Terdapat____________unsur-unsur yang telah dirujuk sebagai sumber
perundnagan negara

3a.4.1. Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia


Mahkamah

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Negeri

Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua :


1. Mahkamah Persekutuan

- Mahkamah Atasan
- Mahkamah Rendah
- Mahkamah Khas

2. Mahkamah Negeri

- Mahkamah Syariah
- Mahkamah Adat

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

1. Mahkamah Atasan

- Mahkamah Agong
- Mahkamah Rayuan
- Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo

2. Mahkamah Rendah

- Mahkamah Sesyen
- Mahkamah Juvana
- Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II
- Mahkamah Tuntutan Kecil
- Mahkamah Penghulu

3. Mahkmah Khas

- Mahkamah Tentera
- Mahkamah Perusahaan
- Mahkamah Buruh
- Mahkamah Khas Raja-Raja
- Mahkamah Negeri

MAHKAMAH NEGERI
1. Mahkamah Syariah

- Mahkamah Syariah Rayuan


- Mahkamah Tinggi Syariah

2. Mahkamah Adat
(Sabah dan Sarawak)

- Mahkamah Adat Daerah


- Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat
- Mahkamah Penghulu

Kesimpulan
Didalam bab ini anda telah mendapat penjelasan ringkas tentang struktur pentadbiran di
Malaysia. Fungsi YDPA, Perdana Meneteri, Badan Kehakiman dan Perundangan adalah
merupakan institusi-institusi pentadbiran yang penting kepada Perseketuan Malaysia.
Kesemua institusi dan badan tersebut saling berperanan mengikut peruntukan-peruntukan
yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia.
Rujukan
Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan
Masalah. KL: DBP.

____________________. 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Dalam


Perlembagaan. KL: DBP.dan luar
____________________. 2003. Malaysian Cosntitution: A Critical Introduction. KL:
The Other Press.
Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned. 1992. Sistem Undang-Undang di Malaysia. KL:
DBP.
____________________. 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. KL:
Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Mohamed Sufian Hashim. 1987. Mengenai Perlembagaan Malaysia. KL: DBP.
Penilaian Keseluruhan
A. Pilih sama ada penytaan berikut BETUL atau SALAH.
1. Perdana menteri dan Kabinet bertanggungjawab dalam menentukan polisi
pemerintahahn dalam dan luar negara. (Betul/Salah)
2. Fungsi EXCO di negeri-negeri adalah sama dengan kabinet di Persketuan.
(Betul/Salah)
3. Mahkamah Syariah kini telah diiktiraf sebagai sebahagian dari institusi kehakiman
negara (Betul/Salah)

Unit 3b
Kementerian
1. Tugas-tugas Menteri akan dilaksanakn oleh sebuah badan yang dikenali sebagai
kementerian. Kemneterian merupakan satu agensi tertinggi dalam jnetera
pentadbiran Perseketuan. Portfolio Perdana Menteri berada di Jabatan Perdana
Menteri dengan beberapa orang menteri yang memegang pelbagai portfolio
seperti undang, agama Islam, perpaduan negara dan tugas-tugas khas.
2. Bagi kementerian yang besar, tugas Menteri akan dibantu oleh seorang Timbalan
Menteri yang juga dilantik oleh YDPA.
3. Di Malaysia, hingga setakat ini ada 27 buah kemneterian yang boleh ditambah
atau dikurangkan. Ketua pentadbir utama kemneterian ialah Ketua Setiausaha
manakala Ketua pentadbir utama di Jabatan perdana Menteri adalah Ketua
Setiausaha Negara yang juga secara otomatis mengelai semua ketua-ketua
setiausaha kementerian.

3b.1 Jenis-Jenis Kementerian dan Bidang Kuasa


Jenis-Jenis kementerian dapat dilihat dari segi objektif dan fungsi seperti berikut:
1. Jabatan Perdana Menteri tugas utama kementerian ini adalah untuk melaksana dan
memastikan semua dasar-dasar kerajaan tercapai. Antara bahagian-bahagian
terpenting dalam JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan
Perkhidamatan Awam (JPA).
2. Kemeterian Kewangan adalah satu dari antara kementerian yang kanan berfungsi
merancang system kewangan untuk kemajuan negara.
3. Kementerian Pertahanan satu lagi kementerian kanan yang bertugas utamanya ialah
melaksana dan mengurus system pertahanan Malaysia.
4. Kementerian Keselamatan dalam Negeri sebuah kementerian kanan yang
bertanggungjawab tentang keselamatan negara. Jabatan PDRM dan Bahagian
penguatkuasaan ISA berada dibawah kementerian ini.
5. Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi - membangun sektor komoditi
bagi memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
6. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menguruskan perkara-perkara yang
berikaitan hal ehwal dalam negeri seperti mengendalikan kad pengenalan.
7. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memastikan sains dan teknologi negara
bergerak maju dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
8. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membangun belia dan memajukan sukan bagi
mencapai matlamat wawasan 2020.
9. Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.
10. Kemneterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memastikan pembangunan
perumahan dan kemudahan untuk rakyat dirancang dengan baik.
11. Kemneterian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan memupuk kebudayaan negara
berteraskan dasar Kebudayaan nasional.
12. Kementerian Pelancungan - merancang program galakan pelancungan ke Malaysia
untuk meningkatkan pendapatan negara.
13. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjaga kebajikan penduduk di
luar bandar.
14. Kementerian Penerangan memastikan system penyaluran maklumat kerajaan
melalui media eletronik, komunikasi bersemuka dan perfileman bagi mewujudkan
masyarakat bermaklumat.dn pada masa yang sama memberi kesedaran kepada
pengguna
15. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat mewujudkan
masyarakat penyayang dalam institusi keluarga dan lain-lain institusi masyarakat.
16. Kementerian Pengangkutan menyediakan system pengangkutan yang bersepadu
untuk mewujudkan rangkaian pengangkutan yang canggih dan cekap.
17. Kementerian Sumber Manusia mewujudkan sumber manusia bertaraf dunia.
18. Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri menjaga kebajikan
pengguna agar menajdi pengguna bijak.

19. Kementerian Kerjaya membangun dan memajukan infrastuktur, industri pembinaan


dan perkhidmatan profesioanl yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada
ekonomi negara.
20. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi memastikan infrastruktur tenaga, air dan
komunikasi memberikan faedah kepada pengguna.
21. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan kemudahan
untuk bakal usahawan bagi mewujudkan pembanugunan usawahan yang tulen dan
berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan beraya saing dalam semua sektor.
22. Kementerian Pelajaran Malaysia salah sebuah kementerian yang kanan
menyediakan sumber tenaga manusia yang berilmu dengan menyediakan peluangpeluang pendidikan.
23. Kementerian Luar menjaga dan menjalin hubungan dengan negara lain.
24. Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri satu lagi kemneterian yang
kanan berfungsi untuk mewujudkan perdagangan dengan negara luar bagi faedah
negara.
25. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menguruskan sumber asli negara
ketahap yang minimum.
26. Kementerian Wilayah Perseketuan melaksanakan pembangunan Wilayah
Perseketuan
27. Kementerian Pengajian Tinggi satu kemeneterian yang baru ditubuhkan untuk
khusus mengurus hal ehwal pengajian tinggi negra.
3b. 2. Bidang Kuasa
Bidang kuasa kementerian adalah luas. Masing-masing kementerian mempunyai
peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan tetap bagi menjalankan dasar,
rancangan dan program pembangunan negara demi kesejehteraan rakyat. Setiap
kemneterian terdapat Bahagian Undang-Undang, Perancangan dan Pengurusan. Menteri
dengan bantuan Timbalan-Timbalan Meneteri serta Setiausaha-Setiausaha Parlimen
mempunyai kuasa mengikut kedudukan jawatan masing-masing dalam sesebuah
kementerian.
Aktiviti
Soalan Objektif
1. Menteri yang bertanggung jawab menegnai undang berada dibawah:
A. Kementerian Undang-Undang
B. kmeneterian Hal Ehwal dalam Negeri
C. Jabatan Perdana Menteri
D. Jabatan peguam Negara
2. Manakah yang BENAR dengan penyataan berikut:

A. Kementerian Pengajian Tinggi telah wujud sebelum ini


B. Kementerian Pengaian Tinggi baru diwujudkan
C. Kementerian Pengajian Tinggi pernah diwujudkan pada satu ketika
D. Kementerian Pengajian Tinggi tidak berbeza dengan Kemneterian Pelajaran
3. Jabatan Perkhidmatan Awam berada dibawah:
A. Kementerian Sumber Manusia
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
D. Kementerian Pelajaran

3b.3 Suruhanjaya
1. Untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancer dan
sistematik, kerajaan telah menubuhkan dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya
Tetap dan Suruhanjaya Sementara.
2. Contoh Suruhanjaya Tetap ialah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya
Sementara ialah Suruhanjaya Di Raja Mengenai Pita Linggam.
3. Bagi menjamin suruhanjaya ini bebas dan tidak ada campur tangan daripada pihak
tertentu, ahli-ahli suruhanjaya dilantik secar khas. Mereka dilantik oleh YDPA
setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Antara Suruhanjaya Tetap ialah:
(a) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - berfungsi untuk melantik,
menegsahkan, memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan
berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tata
tertib ke atas anggota bagi perkhidmatan perkhidmatan yang diliputi oleh
bidang kuasanya.
(b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - melaksanakan urusan
pengambilan dan perkhidmatan anggota perkhidmatan pendidikan dengan
cekap dan berkesan.
(c) Suruhanjaya Pasukan Polis bertanggungjawab melantik, mengesahkan,
memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen,
kenaikan pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tata tertib keatss
anggota pasukan polis.
(d) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-Undang bidang
kuasanya adalah untuk mengurus perkhidmatan kehakiman dan undangundang dari perlantikan, kenaikan pangkat, pemecatan dan lain-lain aspek
yang relevan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan
Perseketuan.
(e) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - berfungsi untuk
mendengar pandangan-pandangan dari rakyat Malaysia sama ada individu,

organisasi serta institusi dalam perkara-perkara yang berkaiatan dengan


hak asasi individu seperti yang tecatat dalam Perlembagaan Perseketuan.

Unit 3c
Kerajaan Tempatan
1. Kerajaan Tempatan berada pada tahap ketiga dalam system pentadbiran negara
Malaysia.
2. Meskipun bidang kuasanya adalah terhad jika dibandingkan dengan kuasa
kerajaan pusat dan negeri-negeri, ia tetap penting kerena kewujudannya
membuktikan prinsip demokrasi berjalan di negara ini.
3. Kerajaan Tempatan adalah dekat dengan rakyat diperingkat akar umbi.
4. Pada tahun 1965, sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja telah ditubuhkan
dengan Senator Athinahapan menjadi Pengerusinya. Fungsi Suruhanjaya Di Raja
adalah untuk seperti berikut: (a) Memupuk perpaduan kebangsaan; (b) Kecekapan
dalam Pentadbiran; (c) Pembangunan sosio ekonomi; (d) Kebebasan dan otonomi
dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran; (d) Demokrasi.
5. Strukur Kerajaan Tempatan di Malaysia adalah seperti berikut: Dewan
bandarRaya, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan. Kuala
Lumpu adalah bersatatus Bandar Raya pertama di Malaysia.
Aktiviti
1. Suruhanjaya Di Raja bersifat:
A. Tetap
B. Sementara
C. Tidak menentu perkhidmatannya
D. Dihadkan masa perhidamatannya
2. Penubuhan Suruhanjaya Tetap mesti di perkenankan oleh:
A. YDPA
B. Sultan
C. Perdana Menteri
D. Parlimen
3. Bandara Raya Pertama di Malaysia ialah:
(A) George Town, Pulau Pinang
(B) Kuala Lumpur

(C) Ipoh
(D) Butterworth
Rumusan
Sistem pentadbiran di Malaysia adalah tersusun rapi dari segi struktur pengurusan.
Kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, lembaga-lembaga serta suruhanjayasuruhanjaya telah memainkan peranan penting mengikut fungsi masing-masing.
Kewujudan institusi-institusi pentadbiran yang berstuktur ini telah menyebabkan dasardasar kerajaan memenuhi objektifnya secara berkesan dan telus. Susunan pentadbiran
negara mengkar pada pringkat akar umbi dari pusat sehingga kedesa-desa.

Rujukan
Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. 2007. Pengajian Malaysia. KL: Percetakan Rina
Sdn. Bhd.
ILBS. 2004. Malaysia Kita. PJ: International law Book Services.
Jayum A Jawan. 2007. Malaysian Politics & Government. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd.
Open University. 2006. Pengajian Malaysia. KL: Prentice Hall.
Penilaian keseluruhan
Soalan Struktur
1. Suruhanjaya Siasatan Pita Linggam berstatus:
(A) DiRaja
(B) Sementara
(C) Kabinet
(D) Parlimen
2. Jabatan Pentadfaran Negara berada idbawah kementerian:
(A) Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
(B) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
(C) Jabatan Perdana Menteri
(D) Kementerian Sumber Manusia

3. Sebutkan 3 portfolio yang dipegang oleh menteri-menteri di Jabatan Perdana


Menteri
A.______________________________
B.______________________________
C._______________________________

4. Huraikan beberapa fungsi Suruhanjaya DiRaja Mengenai Kerajaan Tempatan


(1956)
A.___________________________________
B.---------------------------------------------------C._______________________________________
D.-----------------------------------------------------5. Namakan tiga buah kementerian yang bersatus kanan dalam kabinet
A.___________________________________
B.___________________________________
C.___________________________________

Unit4a
DASAR-DASAR KERAJAAN
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar diharpkan dapat:
1. Membincangkan rancangan-rancangan pembangunan ekonomi negara.
2. Mengenal pasti strtaegi-startegi yang telah dijalnkan oleh pihak kerajaan dalam
memajukan ekonomi negara.

3. Mengenal pasti isu-isu yang diketengahkan dalam setiap rancangan pembangunan


ekonomi

PENGENALAN
Di dalam bab ini, anda akan didedahkan kepada beberapa dasar utama Kerajaan
Malaysia. Diantara dasar-dasar utama kerajaan yang telah diperkenalkan sejak negara ini
mencapai kemerdekaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional
(DPN), Dasar Wawasan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
Wawasan 2020 dan Pelan Integriti Nasional.
Unit 4a
4a.1

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


1.
2.
3.

4.
5.

6.

Dasar ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rancangan


Malaysia Kedua (1971 -1975). Pembentukan DEP adalah bermatlamat untuk
membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum.
Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka
rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990.
Strategi DEB dilaksnakan dengan menggnakan serampang dua mata, iaitu:
(a) mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak
peleuang pekerjaan kepada semua kaum; (b) menyususn semula masyarakat
untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Asas yang menajdi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan
ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu
yang masih ketinggalan dalam ekonomi kerena factor kemiskinan.
Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan kepada golongan miskin di luar bandar dan bandar. Pada tahun
1970, terdapat kira-kira 49.3 % penduduk berpendapatan dibawah paras
kemiskinan (disekitar 200RM), dan kira-kira 86% adalah terdiri dari
penduduk luar bandar.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan dapat dilihat dengan
penyediaan pelbagai program kemudahan untuk keselesaan hidup rakyat
seperti pembinaan jalan-jalan raya, jambatan, bekalan ayer, bekalan letrik,
sekolah, pusat kesihatan, dan lain-lain bantuan seperti bekalan baja, bantuan
buku teks, makanan dan minuman untuk pelajar-pelajar sekolah yang miskin
dan sebaginya.

4A.1.1. Pencapaian

Antara pencapaian yang telah diperoleh DEB adalah seperti berikut:


1. Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.
Pendapatan kaum bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan
pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pokoknya kadar kemikinan bagi
semua kaum telah dapat diturunkan.
2. Penyusunan semula corak guna tenaga untuk orang-orang Melayu yang selama ini
kurang dalam bidang ikhitisas dan teknik.
3. Penyususnan semula hak milik dalam sektor syarikat.
4. DEB telah brjaya mengubah hamprr keseluruhan system sosial masyarakat majmuk di
Malaysia.
5. Peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati inflasi
berjaya dikekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun
daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990.
Aktiviti
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal kerana:
A. Hartal di Pulau Pinang
B. Tragedi 13 Mei, 1969
C. Pilihan Raya Umum 1969
D. Permintaan ngo-ngo Melayu
2. Dasar Ekonomi Baru (DEB) terkenal dengan jolokan:
A. Dasar Ekonomi Nasional
B. Serampang dua mata
C. Menyelematkan bumiputra
D. Membina bangsa Malaysia
3.Antara penyataan berikut, yang manakah matlamat utama DEB ?
A. Mewujudkan perpaduan antara kaum
B. Membasmi kemiskinan
C. Menyusun semula masyarakat
D. Memajukan sektor industri

4a.2

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


1.
2.

Kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bersama


dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJPK2) pada tahun
1991.
RRJPK (1991 2000) yang mengandungi DPN merupakan era baru bagi
Malaysia khususnya dalam menempuh negara maju menjelang tahun 20202.

4a.2.1 Faktor
1. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masayarakat
yang bersatu padu angat penting untuk memperkukuh lagi kestabilan sosial,
politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
2. Walaupun DEB telah berjaya dari segi pelaksanaan, tetapi proses kejureteraan ala
DEB ini memrlukan masa yang lama dengan mengambil kira peruibahan dunia.
3. DPN membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua
segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.
4a.2.2. Pencapaian
1. DPN telah berjaya menumpukan aktivitinya dalam program pembasmian
kemiskinan di kalangan golongan termiskin (hardcore poor) disamng
mengurangkan kemiskinan relative.
2. DPN berjaya menggerakkan usaha kearah penubuhan masayarakat Perdagangan
dan Perindstrian Bumiputra (MPPB)
3. DPN berjaya memberi lebih tumpuan kepada sumber manusia termasuk system
nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
ekonomi yang sama.
4a.3 Dasar Wawasan Negara
1. RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara
(DWN), dengan tema meningkatkan keutuhan dan daya saing negara.
4a.3.1. Faktor
1. Membangun Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.
2. Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui
pengukuhan pelaburan dalam negeri disamping menarik pelaburan asing (FDI).

3. Memabasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil


seperti orang asli. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi
menyokong masyarakat yang berassakan pengetahuan.
4. Meningkatkan penglibatan kaum bumiputra dalam semua sektor utama ekonomi.
4a.3.2. Pencapaian
1. Malaysia kini muncul sebagai negara berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi
pada kadar yang memberangsangkan di dalam dunia
2. Malaysia berjaya menghadapi persaingan antara bangsa dan rantau berikutan
dengan pelaksanaan WTO dan AFTA.
3. Peningkatan produktiviti merupakan nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan daya
saing.
4. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu dengan pembangunan
tenaga manusia yang berpengetahuan.
5. S& T (sains dan teknologi) dan R & D (penyelidikan dan pembangunan sumber
daya manusia) kini menjadia agenda negara. Ini dapat dilihat dengan penubuhan
Kementeriann sains, Teknologi dan Inovasi, peranan SIRIM, Teknologi Park dan
sebagainnya.
6. Malaysia muncul sebagai negara ICT dengan Cyber Jaya menjadi pemacunya.
7. Syarikat-syarikat swasta negara telah mendapat tempat di pasaran dunia dalam
perdagangan brat seperti pembinaan lebuh raya, lapanagan terbang, bangunanbangunan seperti di Cina, India, negara-negara Teluk, Iran dan lain-lain.
Aktiviti
1. Manakah yang tidak terkandung dalam Dasar Wawasan Negara (DWN)
A. Membina bangsa yang berdaya tahan
B. Mewuudkan masyarakat yang saksama
C. Membangun ekonomi yang berasaskan pengetahuan
D. Meneruskan agenda ekonomi untuk semua kaum
2. RRJP3 pada hakikatnya ialah:
1. Dasar Wawasan Negara (DWN)
2. Wawasan 20/20
3. Pelan Industri Negara
4. DEB
3. Dasar Wawasan Negara telah berjaya memperkenalkan Malaysia sebagai negara
KECUALI:

(A) Negara ICT


(B) Negara industri
(C) Negara pelancungan
(D) Negara pertanian

Unit 4B
Dasar Sosial

4B.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan.


1.

2.
3.

Di dalam era negara menuju kemerdekaan, telah ada kesedaran di pihak kerajaan
untuk menyeragam dan mengemaskan system pendidikan negara. Oleh sebab
itulah lahirnya dasar pendidikan kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan di dalam ordinan pelajaran 1957.
Dasar pendidikan telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan tersebut kemudian dimaktubkan dalam akta
pelajaran 1961
Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji
semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya
untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan berdisiplin serta
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih agar pembangunan negara dapat
di capai. Laporan ini dikenali sebagai Laporan Kabinet

4b.1.1 Falsafah
1.
2.

Matlamat utama dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah mentaupadukan


kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kereja (tenaga
rakyat) bagi keperluan ekonomi.
Hasrat serta aspirasi negara dalam memberi penekanan kepada usaha melahirkan
insan yang berilmu dah berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat serta negara.

4b.1.2 Strategi Pelaksanaan


1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa parantara yang utama.
Mengadakan ko-kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah
(c) Mewujudkan system peperiksaan yang sama bagi semua.
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseleruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh seimbang dan bersepadu.
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukkan secara adil dan memeberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum baru sekolah rendah (KBSR)
yang berasaskan 3 M, iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) pada tahun 1989.
(i) memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula
kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978.
(j) mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti,
terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
(k) mempertingkat pendidikan kerohanian moral dan disiplin.
(l) menjadikan bahasa kebangsaan dan inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib di ajar
di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi mempelajari bahasa-bahasa
lain seperti bahasa cina dan bahasa tamil.
(n) Menggalakkan aktiviti kurikulum yang memupuk disiplin, seperti Pasukan KadeT
tentera , kadet Polis, Pengakap, Puteri Islam dan lain-lain.
4b.1.3 Pencapaian
Dasar Pendidikan kebangsaan telah berjaya mencapai matlamatnya seperti berikut:
1. Menjadikan sistem pendidikan nasional lebih tersusun dan terancang rapi
semenjak negara mencapai kemerdekaan 1957 di semua peringkat dari sekolah
rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
2. Bahasa Melayu telah dapat dinobatkan sepenuhnya menjadi bahasa rasmi negara
dan bahasa ilmiah yang berwibawa dalam semua disiplin.
3. Sekolah, kolej dan universiti telah berjaya mengrientasikan para pelajar untuk
mencintai negara dan bersatupadu.
4. Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan aliran Cina dan Tamil dapat menegkalkan
pengajaran bahasa Cina dan Tamil, tetapi pada masa yang sama memumpuk
pelajar-pelajarnya setia kepeda YDPA dan kerajaan Malaysia.

5. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diperkukuhkan lagi kemudiannya dengan


Falsafah Pendidikan Negara yang mahu mengimbangkan kualiti manusia dalam
bidang akal, emosi dan rohani.
4b..2. Dasar Belia Negara.
1.
2.
3.
4.

Untuk menanam semangat cinta kepada Rukun Negara


Untuk menggalakkan perpaduan, kesukarelaan dan berdikari.
Menggalakkan penyertaan dalam proses pembangunan negara.
Memupuk nilai-nilai serta moral yang tinggi, di samping menekankan kualiti
kesihatan dan kesedaran minda.
5. Memiliki Ilmu pengetahuan dengan lebih komprehensif .
4b.2.1. Plan Tindakan Pembangunan Belia Nasional.
1. Pembangunan Ekonomi
2. Pembangunan sumber manusia
3. Program Rakan Muda
4. pembangunan sosial
5. Sistem penyampaian
6. Peranan media dan komunikasi
7. peranan pertubuhan belia
8. Pembangungan Belia Tidak Berpersatuan
9. Pembangunan Kepimpinan
10. Penyelidikan dan pembangunan
11. Politik dan integrasi International.
4b.2.2. Pencapaian
Antara pencapaian Dasar Belia Negara dinegara inii, beberapa perkara telah berjaya
dilaksanakan:
1. Penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM), sebuah badan tertinggi belia di dalam
Malaysia. MBM amat aktif dalam memprkasakan belia di semua bidang.
2. Hari Belia Negara diadakan pada setiap 15 hb Mei pada setiap tahun dengan
berjaya menghimpunkan semua pertubuhan belia tanah ayer yang diikuti dengan
pemilihan Tokoh-Tokoh Belia dalam pelbagai bidang.
3. Pusat-pusat belia diwujudkan di seluruh negera dengan pembinaan kompleks
belia yang disediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan kualiti aktiviti
belia negara.
4. Menjalin hubungan kerjasama belia antara bangsa seperti menyetai program WAY
(World Yoouth Association) dan lain-lain aktiviti keantarabangsaan.
Aktiviti

Soalan Objektif
Pilih jawapan yang paling tepat
1. Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk:
A. Menyatupadukan kanak-kanak berbilang kaum di Malaysia
B. Mewuudakn masyarakat penyayang
C. Mewujudakn masyarakat berbudaya ilmu
D. Mewujudkan teknokrat
2. Antara berikut, yang manakah BUKAN salah satu daripada strategi pelaksanaan Dasar
Pendidikan Kebangsaan?
A. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang sama disemua sekolah.
B. Mengadakan kurikulum yang berorientasikan majoriti kaum di sebuah sekolah.
C. Mewujudkan system peperksaan yang sam di semua sekolah.
D. Memperluaskan pendidikan vokasioanl dan teknik
3. Program Rakan Muda adalah dibawah kelolaan:
A. Kementerian Belia Dan Sukan
B. Jabatan Perpaduan Negara
C. Majlis Sukan Negara
D. Kementerian Pelajaran
4b.3

Dasar Kebudayaan kebangsaan

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti berikut:


1. Berteraskan kebudayaan asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan.
3. Islam Merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan justeru Islam adalah Agama rasmi Negara.
4b.3.1. Falsafah
Dasar kebudayaan Kebangsaan bertujuan untuk mencapai tiga matlamat :
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

2. Memupuk dan memulihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada


kebudayaan kebangsaan.
3. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosial ekonomi.
4b.3.2. Pelaksanaan
1. Dasar Kebudayaan kebangsaan telah dilaksanakan oleh beberapa agensi penting
Kerajaan Perseketuan. Antaranya ialah penubuhan sebuah kementerian khas yang
dikenali dengan nama Kmeneterian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensinya seperti Dewan bahasa dan
Pustaka telah banyak menyumbang usaha kearah memertabatkan budaya, seni dan
warisan tanh ayer, mislanya, penerbitan majalah Budaya pada setiap bulan.
3. Universiti-universiti tempatan juga berperanan penting seperti ATMA (Institut
Alam dan Tamadun Melayu) yang telah ditubuhkan di UKM, Bangi sejak
beberapa tahun lalu.
4b.3.3.3. Pencapaian
1. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah menampakkan hasilnya apabila Kek Wa
berjaya menganjurkan sambutan sambutan untuk perayaan Hari Raya Puasa, Hari
Krismas, Hari Deepavali, Hari Tahun Baru Cina, Pesta Gawai pada setiapa tahun
sebagi acara rasmi negara.
2. Selain itu, Kek Wa juga bertanggungjawab memilih tokoh-tokoh Sasterawan
Negara dan Seniman negara pada setiap tahun.

4b.4

Wawasan 2020

4b.4.1. Rasional
Konsep wawasan 2020 telah di ilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, perdana
Menteri Malaysia yang ke-4 pada majlis pelancaran penbuhan Majlis Perdagangan
Malaysia pada 28 februari 1991.
Wawasan 2020 menggambarkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara bagi
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang
tahun 2020. kemajuan yang dimaksudkan bukanlah hanya meliputi aspek ekonomi tetapi
juga aspek-aspek lain seperti politik, sosial, budaya , psychology dan kerohanian.
Kemajuan ini juga haruslah mengikut acuan negara sendiri dan bukannya hasil tiruan
negara-negara maju sekarang.

4b.4.2 Cabaran-Cabaran Terhadap Pencapaian Wawasan 2020


1. Membentuk sebuah negara bangsa bersatu-padu. Pembentukan Bangsa Malaysia
hanya boleh di capai apabila semua rakyatnya hidup sejahtera dengan perkongsian
persamaan hak dan keadilan.
2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas teguh dan mempunyai
keyakinan diri.
3. Membangun msyarakat demokratis yang matan. Ini penting kerana hak rakyat
untuk melibatkan dalam pemerintahan negara juga mempengaruhi kemajuan.
4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai
agamanya.
5. Mewujudkan sebuah masyarakat yang matang dan bersifat toleran. Sifat toleran
atau bertolak-ansur amat penting dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya
seperti di Malaysia.
6. Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan serta berprogresif.
Pembangunan sains dan teknologi harus di ambil kira untuk membentuk sebuah
masyarakat sains dan berprogresif
7. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang. Sebuah
system sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendir harus
dibentuk.
8. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Pengagihan
kekayaan secara adil dan saksama di kalangan rakyat berbilang kaum, harus
dilaksanakan agar kemajuan ekonomi dapat dinikmati bersama oleh rakyat.
9. Mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur. Malaysia harus mencipta satu
system ekonomi yang dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan untuk
berjaya dalam persaingan dan mencapai kemakmuran.

4b.5

Pelan Integriti Nasional

4b.5.1. Falsafah
1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip
Perlembagaan Perseketuan.
2. PIN mencerminkan cirri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia, disamping
PIN mengambil kira perkembangan antara bangsa, pengalaman negara-negara
lain dan impak globalisasi.
3. PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat
yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara serta
beberapa dasar startegik sebelumnya.

4b.5 Objektif
Antara objektif khusus PIN adalah seperti berikut:
1

Memberikan halatuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat


bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatupadu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelabagi sektor dalam
usaha peningkatan integriti supaya ntegriti menajdi budaya masyarakat dan
diamalkan dalam semua bidang.
Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat
serta mendorong perkembangan masyaraka sivil yang menyunjung prinsip
integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,
dan peningkatan kesejehteraan hidup anggota masyarakat.
Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke 21 khususnya ketika menghadapi rempuhan globalisasi dengan
lebih berkesan.

2
3
4
5

4b.5.3. Strategi Pelaksanaan Pelan Tindakan Integriti


Staretegi pelaksanaan PIN menumpu kepada:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Institusi keluarga
Komuniti
Masyarakat Sivil
Institusi Sosiobudaya
Institusi Agama
Institusi Ekonomi
Institusi Politik
Institusi Pentadbiran

Aktiviti
Soalan Objektif

1. Dasar Kebudayaan Kebangsaan beriorientasikan tiga cirr utama KECUALI:


A. Kebudayaan serantau
B. Islam sebagai teras
C. Lain-lain bentuk budaya yang diterima

D. Budaya Hindu-Buddha
2. Idea Wawasan 20/20 dicetuskan oleh:
A. Tun Mohammed Ghazali Shafie
B. Ungku Abdul Aziz
C. Tan Sri Raja Mohar Badiuzzaman
D. Tun Dr. Mahathir Mohamed
3. Pelan Integrasi Nasional mmeberi keutamaan terhadap prinsip:
A. Harmoni
B. Intelek
C. Moral dan Etika
D. Falsafah
Rumusan
Dasra-dasar nasional yang telah dilaksanakan di negara ini semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 adalah bertujuan untuk menjamin berlakunya kestabilan
politik, kemajuan dan kemakmuran rakyat. Selain itu, dalam sebuah negara yang majmuk
dari segi penduduknya, beberapa dasar nasional seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan lain-lain telah
menapakkan tanda-tanda kejayaan dari segi perpaduan antara pelbagai kaum dan
pengurangan kadar kemiskinan penduduk di bandar dan di luar bandar.
Rujukan
Chew Hock Thye. 1979. Masalah Perpaduan Nasional. KL: DBP.
Institut Tadbiran Awam Negara. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur
Institut Tadbiran Awam Negara. 1994. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia. Kuala
Lumpur.
Government of Malaysia. 2001. Eight Malaysia Plan 2001 2005. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.
Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al.2001. Pengajian Malaysia: Kenageraan dan
Kewargnegaraan. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Penerbit
UPENA.

Penilaian Keseluruhan
Pilih sama ada penyataan berikut Betul atau Salah.
1. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah kesinambungan daripada Dasar
Ekonomi Baru (DEB). (Betul/Salah).
2. Penubuhan MARA, PERNAS, PNB, ASB mempunyai kaitan rapat dengan
program kerajaan memajukan ekonomi bumiputra. (Betul/Salah).
3. Perancangan pembangunan wilayah tidak termasuk dalam agenda DEB.
(Betul/Salah).
4. Objektif umum Pelan Nasional Integriti adalh untuk merialisasikan hasrat
Wawasan 20/20. (Betul/Salah).
Soalan Struktur
1. Huraikan empat matlamat Pelan Integriti Nasional
A.______________________________
B.______________________________
C._______________________________
D._______________________________
2. Senaraikan empat cabaran utama Wawasan 20/20
A.____________________________________________
B.____________________________________________
C.____________________________________________
D.____________________________________________

3. Sebutkan tiga pencapaian Dasar Belia Negara


A. ___________________________________
B.____________________________________

C.________________________________________
Unit 4c
DASAR POLITIK
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat menguasai fakta-fakta berikut:
Untuk mendedahkan kepada pelajar dasar luar Kerajaan Malaysia semenjak merdeka
hingga sekarang.
Memberikan maklumat sebab-sebab pentingnya hubungan dengan negara luar kepada
Malaysia.
Mendedahkan kepada peljar isu-isu antara bangsa dan pendirian Kerajaan Malaysia
mengenainya.
Penegenalan
Manusia dari segi tabiinya tidak boleh hidup sendirian. Logik yang sama dapat digunakan
kepada sesebuah negara yang mesti berhubungan dengan negara lain. Tujuannya adaalh
untuk menjamin keselamatan, pertahanan, hubungan ekonomi, budaya, sosial dan
sebagainya. Jadi, hubungan antarabangasa bukan asaha melampaui batas hubungan antara
negara dengan negara, tetapi ia juga melibatkan hubungan antara sebuah negara dengan
beberapa organisasi dan institusi antarabanagsa, syarikat-syarikat multinasional dan
individu-individu. Justeru, Malaysia sejak memcapai kemerdekaan telah melakar dasardasar keantarabangsaan yang dinamik dan progresif. Akibat dasar yang sentiasa
mendepani zamannya itu, Malaysia walaupun kecil dari segi saiz geografinya tetapi tetap
dihormati kewebaannya sebagai sebuah negara dunia yang semakin penting berdaa di
pentaas arus perdana dunia.
4c.1 Dasar Luar
Latar Belakang Sejarah
1. Dasar luar Malaysia ialah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan
untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejehteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara.
2. Dasar luar dalam zaman pemerintahahnTunku Abdul rahman Putra al-Hal,
Perdana Menteri Malaysia Pertama dikenali sebagai pro-Barat dan anti-Komunis.
Rasionalnya ialah kerana negara baru sahaja mencapai kemerdekaan.
3. Dalam era Tun Abdul razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, dasar luar Malaysia
mentikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih

banyak hubungan diplomatic dengan semua negara tanpa mengira ideologi


politik.
4. Pada zamn pentadbiran Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Keempat, penekenan
telah dibuat untuk kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.
5. Semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad, dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya.
Selain itu soal keamanan dan keadilan masayrakat antarabangsa juga turut
menjadi agenda penting.
4c.1. Objektif Dasar Luar Negara
Secara ringkas, objektif dasar luar negara antar lain ialah:
1. Untuk menjaga, mmepertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena
antara bangsa.
2. Menjaga dan mepertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia
3. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah
melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
diperingkat antara bangsa
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua
bidang
Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
Aktiviti
Soalan Objketif
Jawab semua soalan di bawah. Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar negara Malaysia ialah:
I
Politik
II
Keselamatan
III
Ekonomi
IV
Sejarah
A.I dan II
B.I, II dan II
C.I, II dan IV
D.I, II, III dan IV
2. Dasar luar Malaysia menekankan prinsip-prinsip berikut, kecuali
A. dasar berkecuali
B. dasar kerjasama
C. dasar agresif

D. menentang dasar Double Standard Barat


3. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan aspek penting penggubalan dasar
luar negara Malaysia?
A.
B.
C.
D.

Untuk menjaga keselamatan negara


Kerjasama ekonomi dan perdagangan
Kepentingan negara
Kerjasama dalam pembinaan senjata

4. Antara berikut, yang manakah bukan tujuan diadakan dasar luar negara?
A. Untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa
B. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia
C. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui
dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain
D. Untuk mengelakkan diri dari arus globalisasi
4c.2. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
1. Penubuhan Asean dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan persetujuan
negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.
2. Pada 8 Ogos 1997, Semua pemimpin negara tersebut termasuk Malaysia telah
menandatangani satu deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Keanggotaan Asean
bertambah apabila Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984. Pada 1997,
Vietnam , laos dan Myanmar telah menyertai ASEAN.
3. Bagi Malaysia, ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju
dasar luar negara. Malaysia mementingkan pengukuhan ASEAN kerana sekiranya
kestabilan ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan negatif kepada Malaysia
terutama dari segi politik dan ekonomi.
4. Dalam ASEAN Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdangan dan
perindustrian kerjasama ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, pendidikan,
kesihatan dan sukan.
5. Dalam soal keselamatan ASEAN, telah bersetuju menjadikan rantau ini sebagai
rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Konsep zon aman, bebas dan
berkecuali (zopfan) disemua negara-negara anggota ASEAN.
6. selain itu, semua negara ASEAn juga setuju untuk mengelakkan rantau ini
daripada menjadi persaingan tempat tenaga nuclear dan menerima konsep south
eat asia nuclear weapons free zone.
7. bagi Malaysia, ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar
Mlaysia. Pada masa ini, Malaysia berusaha gigih untuk menjayakan kerjasama
ASEAN +3. Ini merupakan kerjasama ASEAN, Korea, jepun dan China.
8. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan 3
pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan
ASEAN seperti yang telah di persetujui dalam siding kemuncak ASEAN di Laos.

Aktiviti
Soalan Objektif
1. Deklarasi Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Menteri-menteri Luar ASEAN pada
27 November 1971 mengisytiharkan
A.
B.
C.
D.

ASEAN sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali


ASEAN sebagai kawasan hak bersama
ASEAN sebagai kawasan bebas dadah
ASEAN sebagai pusat pendidikan

2. Objektif penubuhan ZOPFAN ialah


A.
B.
C.
D.

menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang aman, bebas dan berkecuali
menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan bebas cukai
menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai satu pakatan ketenteraan
menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan bebas senjata

Soalan 3 berdasarkan maklumat di bawah


Pertubuhan ini dianggotai oleh Malaysia, Negara Thai, Filipina, Singapura,
Indonesia, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar
3. Pertubuhan tersebut ialah
A.
B.
C.
D.

ASEAN
OIC
NAM
EAEC

4. Konsep kerjasama ASEAN + 3 membawa maksud


A.
B.
C.
D.

kerjasama antara ASEAN, Korea, Jepun dan China


kerjasama antara ASEAN, AS, Britain dan Rusia
kerjasama di kalangan negara ASEAN untuk memajukan AFTA
kerjasama negara dunia ketiga

4c.3. Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)


1. OIC adalah singkatan kepada Organization of Islamic Conference atau
pertubuhan persidangan negara-negara Islam.
2. Malaysia adalah anggota OIC sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1971 dengan
Tunku Abdul Rahman Putra , Perdana Menteri Malaysia Pertama menjadi
setiausaha Agung OIC yang pertama.
3. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia berpendapat bahawa hubungan negaranegara Islam sangat mustahak. OIC bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama

anatara semua negara dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan
teknologi.
4. Malaysia juga melihat kehadiran OIC untuk membendung usaha jahat yang
menindas umat islam di seluruh dunia.
4c.3.1. Peranan Malaysia Dalam OIC.
1. Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti
penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang
dihadapi oleh negara-negara islam seperti di Afghanistan, iraq, Palestin, Bosnia
Herzigovina dan yang lain-lain.
2. Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti
PETRONAS di Iran dan Sudan.
3. Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuaratmesyuarat yang penting bagi memajukan negara-negara Islam menerusi aktiviti
OIC sebagai contoh, selaku pengerusi Sidang kemuncak OIC pada bulan oktober
2003. Malaysia telah berjaya mempengaruhi negara-negara OIC mewujudkan
plan tindakan deklarasi Putrajaya. Tujuannya adalah untuk memastikan OIC tetap
relevan dengan perkembangan zaman.
4. Kini Malaysia dimandatakan oleh anggota-anggota OIC untuk menjadi menjadi
Pengerusinya.
Aktiviti
Soalan Objektif
1. Penubuhan Bank Pembangunan Islam, menangani masalah yang dihadapi oleh negaranegara Islam, mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan
rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina dan
membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur
ekonomi dan pembangunan. Kenyataan ini berkaitan dengan peranan Malaysia dalam
A.
B.
C.
D.

ASEAN
OIC
NAM
KOMANWEL

4c.4. Pertubuhan-Pertubuhan Bekas Jajahan British(KOMANWEL)


1. Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan british, termasuk
Malaysia. Malaysia telah menajdi anggota sebaik sahaja negara mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
2. Matlamat utama penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan
dan perpaduan pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, perundangan ,
pertanian antara semua negar bekas jajahan british.

3. Malaysia telah memainkan pernanan penting dalam komanwel seperti


penentangan terhadap isu apartheid di Afrika selatan. Dalam persidangan ketuaketua negara Komanwel di Bahamas 1985, di Vancouver 1987, Malaysia telah
menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih aggresif dalam
menangani isu-isu ketidakadilan perdangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi
serta masalah apartheid.
4. Antara faedah yang telah di terima oleh Malaysia sebagai anggota komanwel
Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan selama 10 tahun selepas
kemerdekaan. Selain itu, Malaysia juga telah menagadakan latihan ketenteraan
bersama dengan beberapa buah negara komanwel.
5. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam
komanwell umpanya pemberian status skim keutamaan am GSP bagi barangan
Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai bagi barangan Malaysia akan
direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan
Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar.
6. Melalui Rancangan Colombo Malaysia mendapat khidmat nasihat mengenai
pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya.
Aktiviti
Soalan objektif
1. Sejak menjadi ahli X pada tahun 1957, Malaysia telah mengutarakan beberapa isu
seperti masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan juga penentangan terhadap
isu Apartheid di Afrika Selatan. Pertubuhan X merujuk kepada
A.
B.
C.
D.

NAM
Komanwel
PBB
ASEAN

4c.5. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


1. Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai
kemerdekaan.
2. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua warga negara
anggota serta tidak ada negara yang boleh campur dalam hal-ehwal negara lain.
3. PBB juga adalah bermatlamat untuk melahirka sebuah masyarakat dunia yang
aman.
4. PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan denga politik dunia
iaitu:
(a) Perhimpunan Agong PBB
(b) Majlis Keselamatan
5. PBB melaksanakan aktiviti-aktiviti sosioekonomi menerusi Sekretariat PBB
seperti WHO, ILO, UNESCO, IMF, UNPROFOR, UNISOM dan UNCTAD.

6. Kepercayaan PBB kepada Malaysia jelas dapat dibuktikan dengan pemilihan


Malaysia untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk
membincang isu-isu pembangunan dunia.
7. Malaysia telah bekerjasama dengan PBB menghantar Pasukan Pengaman PBB
seperti di Congo (1961), Somalia (1993), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq
(1990).
8. Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya,
WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup.
UNESCO telah memajukan system pendidikan negara.
Aktiviti
Soalan objektif
1. Antara kenyataan berikut, yang manakah salah mengenai PBB?
A. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta
tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
B. PBB bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman
C. PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia,
iaitu Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan
D. Tindakan PBB perlu berlandaskan arahan dari AS
4c.6. Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
1. NAM atau singkatan bahasa Inggerisnya the Non-Aligned Movement iaitu
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961
bersempena Sidang Kemncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia.
2. Asas penubuhan badan tersebut adalah tindak balas kepada dua kuasa besar dunia
pada masa itu USA dan Rusia.
3. Malaysia telah menyertai NAM pada tahun 1969. NAM berpegang kepada prinsip
tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur. NAM menghormati
kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta tidak campur
tangan dalam hal ehwal negara lain.
4. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM
secocok dengan pendirian Malaysia.
5. Malaysia telah diberi pengormatan apabila dilantik sebagai Naib Presiden NAM
dalam Persidangan NAM di Balgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan itu
Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan
sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincang isu-isu yanag
berkaiatan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara-negara NAM.
6. Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke 13 sehingga tahun
2006 dengan 114 anggota.
4c.6.1. Peranan Malaysia dalam NAM

1. Malaysia sebagai Pengerusi NAM berperanan untuk meberikan kepimpinan yang


jitu dengan cara:
(a)
(b)

Mewakili negara-negara yang majoritinya terdiri dari negara-negara


membangun untuk bersuara.
Mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kea rah
mengekalkan keamanan dunia melalui dengan cara: mempromosi
keamanan melalui platform-platform politik seperti PBB, diplomasi
pelbagai hala.

2. Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu lain


seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan,
pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan kemanusiaan bersifat sejagat
serta isu-ius yang berkepentingan NAM.
3. Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui
inisiatif-inisiatif penyuburan semula NAM dengan terbitnya Deklerasi Kuala
Lumpur bersempena Sidang Puncak NAM ke 13di Kuala Lumpur.
4. Keyakinan negara-negara anggota NAM kepada Malaysia kerena berjaya
meyakinkan anggota-anngota NAM bahawa NAM tetap relevan dan tidak wajar
mengalami sindrom inferiority complex ketika berhadapan dengan dunia masa
kini.
Rumusan
Malaysia telah menunjukkan kematangannya sebagai sebuah negara yang berdaulat
dimana dasar-dasar luarnya adalah progresif dan bermaruah. Malaysia kini lebih dikenali
sebagai negara contoh tebaik dalam kalangan negara membangun dunia. Malaysia
bersikap tidak memihak kepada mana-mana blok, tetapi berbaik-baik dengan semua
negara dunia. Walaubagaimanapun, sikap bebas serta keyakinan menyuarakan suara
secara bebas tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Media asing selalu memburuburukan Malaysia. Pemilihan Malaysia sebagai pemimpin utama dalam NAM dan OIC
adalah bukti dasar luar Malaysia telah berjaya menawan hati lebih dari 114 buah negara
di dalam dunia.
Rujukan
Jayum A Jawan. 2007. Malaysia Politics & Government. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhad.
Mohamad Ghazali Shafie. 1982. Malaysia: International Relations. KL: Creative
Enterprises.

Mohammed Azhari karim, Llewllyn D.Howell dan Grace Okuda (eds). 1990. Malaysia
Foreign Policy: Issues and Perspectives. Kuala Lumpur: INTAN.
Syed Hamid Albar. Peranan Malaysia Di Arena Antarabangsa, Wacana Ilmiah Siri
Kedua Isu Antarabangsa., UKM, Bangi (24 Jun 2003).
Penilaian Keseluruhan
Aktiviti
Soalan struktur
A. Jawab semua soalan di bawah secara ringkas
1. Berikan tiga kepentingan Malaysia menjalin dan mengekalkan hubungan dengan
negara luar.
(a) _____________________________________
(b) _____________________________________
(c) _____________________________________
2. Berikan empat contoh dasar luar Malaysia
(a) _____________________________________
(b) _____________________________________
(c) _____________________________________
(d) _____________________________________
3. Nyatakan mana-mana tiga dasar yang telah diperkenalkan di bawah pimpinan Tun Dr.
Mahathir Mohamad.
(a) _____________________________________
(b) _____________________________________
(c) _____________________________________
4. Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada tahun 1955.
Sehingga kini ia dianggotai oleh 115 buah negara. Apakah matlamat penubuhan
NAM?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
B. Pilih sama ada penyataan berikut Betul atau Salah
1. Dasar luar Malaysia berbeza-beza mengikut pucuk pimpinan dan keadaan semasa.
(Betul/Salah)
2. Malaysia mengamalkan sikap berbaik-baik dan mengadakan hubungan perdagangan
dengan semua negara termasuk Israel.
(Betul/Salah)

3. ASEAN + 3 berkait rapat dengan pembentukan EAC.


(Betul/Salah)
4. Matlamat utama pertubuhan KOMANWEL adalah untuk mewujudkan persahabatan
dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan
perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.
(Betul/Salah)
5. Prinsip dasar berkecuali bermaksud tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok
Timur.
(Betul/Salah)

Anda mungkin juga menyukai