Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

- Yang Berusaha Pn Nazirah bt Yeob Guru Besar SK Alma, Pn. Fatimah Wahid GPK
HEM, Encik Safuan bin GPK Kokurikulum, En. Wan Zolkipli B. W.Ismail GPK
Pend.Khas, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Bagi memulakan majlis
kita pada hari ini, marilah kita menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau
Pinang. Semua guru dan murid diminta berdiri.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian yang penuh semangat sebentar tadi.Bagi
memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Azni Bin Ali untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan
penuh kedamaian dan keamanan.
Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik
dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama. Bermula pada tahun ini, sambutan
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya
mengikut tahun. Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung Malaysia serta
Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16
September. Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para
guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat
kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang
patriotik.

Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis dengan sukacitanya ingin


menjemput dan mempersilakan Pn Nazirah Bt Yeoh selaku guru besar SK Alma memberikan
ucapan.
. Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Naziran bt Yeoh guru besar SK Alma untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2015
peringkat Sekolah Kebangsaan Alma. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan GB
Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi
merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi.
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
Hadirin yang saya hormati sekalian, Kehadiran kita semua pada pagi ini bukan hanya sekadar
untuk mewarnai program ini tetapi juga bertujuan untuk menzahirkan rasa bangga dan cinta kita
kepada tanah air. Ia bukan hanya berkisar tentang mengibarkan Jalur Gemilang, dan laungan
Merdeka, tetapi bagi memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan
seharian. Majlis seterusnya diteruskan dengan Gimik Perasmian Penutup serta Persembahan
Murid Tahun 6.
Gimik & Persembahan
Begitu menarik persembahan murid Tahun 6 itu tadi di bawah bimbingan
Kini, tibalah masa untuk kita mendengarkan keputusan bagi pertandingan-pertandingan yang
telah diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan 2015. Untuk tujuan itu, majlis dengan
berbesar hatinya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Nazirah Guru Besar SK Alma,
dengan diiringi En Safuan GPK KOKU bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
- Rujuk senarai keputusan pertandingan
Terima kasih diucapkan kepada GB dan GPK KOKU atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian, Kehidupan majmuk rakyat Malaysia membawa kepada
kebudayaan yang berbeza mengikut amalan setiap kaum. Kepelbagaian inilah yang menjadikan
Malaysia sebuah negara yang unik dan menarik yang perlu diraikan.Dengan keunikan dari segi
cara hidup, tatasusila, dan silang budaya, kita perlu terus mempertahankan kedaulatan negara
yang kita cintai ini dengan sentiasa bersatu-padu dan saling bertolak ansur tanpa mengira kaum
mahupun agama seiring dengan tema Sehati Sejiwa. Tidak lengkaplah sambutan
kemerdekaan kita tanpa nyanyian lagu tema sambutan Hari Kebangsaan 2015. Untuk itu, saya
ingin mengajak para hadirin untuk kita sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Sehati
Sejiwa

serta lagu-lagu patriotic ( tanggal 31, keranamu Malaysia, 1malaysia & jalur

gemilang) dengan penuh semangat.


Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di penghujung majlis. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk
menjayakan Sambutan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK Alma. Sebelum tirai
majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin atas
kerjasama yang telah diberikan. Saya mewakili jawatankuasa kerja Majlis Sambutan
Kemerdekaan 2015 memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan,keterlanjuran kata
mahupun tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung. Semoga sambutan ini akan
menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri kita terhadap tanah air yang tercinta.
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putera dan puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai