Anda di halaman 1dari 3

Prosedur Mohon Permit Import

PERMOHONAN PERMIT IMPORT

Pengguna perlu merancang sebelum memohon Permit Import supaya syarat-syarat di dalam Permit
Import dapat dipatuhi oleh negara pengeksport.

Masa yang diperlukan adalah 30 hari sebelum

pengimportan dibuat.

Permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh pengimportan.

Setiap permit adalah diperakui untuk satu konsainan dan sah bagi tempoh 3 bulan.

Sila sertakan maklumat teknikal yang telah diterbitkan jika ada mengenai bahan yang hendak diimport
bagi memudahkan permit diproses.
Untuk permohonan secara online:

 Pengimport, pengeksport, Agen Penghantaran (Forwarding Agent) dan individu termasuk warga asing
(Pengguna) mestilah berdaftar dengan pihak Dagang-Net supaya boleh mengakses sistem EPermit.
 Bayaran Pendaftaran (hanya untuk pengguna baru kepada sistem E-Permit) sebanyak RM 210 (RM
200 sebagai bayaran pendaftaran dan RM 10 untuk duti setem) perlu disertakan dengan Borang
Pendaftaran. Bayaran Tahunan akan dikenakan sebanyak RM200 setahun.
 Pengguna yang telah berdaftar dengan Dagang-Net hendaklah memaklumkan kepada Bahagian
Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian (JPK) untuk urusan
permohonan online.
 Pengguna hendaklah membuka akaun deposit dengan JPK untuk memohon Permit Import secara
online.


Had minima untuk penerimaan bayaran secara deposit adalah RM 150.00 (Ringgit Malaysia: Satu

Ratus Lima Puluh).

Pembayaran deposit boleh dibuat di pejabat-pejabat JPK iaitu:-

No.

Negeri

Nama Pejabat

WP Kuala
Lumpur

Seksyen Kawalan Import & Eksport Aras 2, Wisma Tani Kuala


Lumpur

Johor

UPTKT Jalan Abdul Samad, Johor Bahru

Kelantan

UPTKT Lundang

Kedah

UPTKT Teluk Chengai, Alor Setar

Bagi permohonan secara Off-Module, pengguna perlu mengisi Borang Permohonan Import Permit
Secara Off-Module.

Borang permohonan yang LENGKAP DAN BERTAIP beserta pembayaran tunai

hendaklah diserahkan oleh pengguna sendiri di Ibu Pejabat JPK Kuala Lumpur. JPK akan memasukkan
data ke dalam sistem.

Pembayaran wang pos atau draft bank hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah Pertanian (KPP).

Permit import hendaklah dihantar ke negara pengeksport untuk tindakan rawatan ke atas konsainan.

Syarat Pengimportan : Senarai Item/Bahan Yang D


Dikawal
ikawal Pengimportan Di
Bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan
Peraturan-Peraturan
Peraturan Kuarantin 1981
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus ke:
ke:-

Unit Kawalan Import Dan Analisa Risiko Perosak,


Seksyen Kawalan Import / Eksport,
Bahagian Perlindungan Tanan
Tananam Dan Kuarantin Tumbuhan,
Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.

Tel: 03-20301400 sambungan 1419

Pn. Atikah Abdul Kadir Jalaini - Ketua Penolong Pengarah


Pn Rozziah Bujang Masli - Penolong Pengarah
En. Hayusri Faizal Bin Idris - Penolong Pengarah

Anda mungkin juga menyukai