Anda di halaman 1dari 33

BAB 4 - PEMBIAKAN

PEMBIAKAN MANUSIA

KENAPA...
perlu ada sistem pembiakan?
1.

KEPENTINGAN PEMBIAKAN
1. Dapat menghasilkan individu yang baru
2.Mengelak dari berlaku kepupusan spesies
hidupan
3.Sekiranya bilangan individu semakin
bertambah, spesies tersebut akan koloni
kawasan yang baru
TERDAPAT 2 JENIS PEMBIAKAN YANG PERLU ANDA
KETAHUI:
PEMBIAKAN ASEKS : Penghasilan anak dengan
individu tunggal tanpa melibatkan
persenyawaan
PEMBIAKAN SEKS : Penghasilan anak melalui
persenyawaan (pencantuman) antara dua gamet
berbeza iaitu gamet jantan dan gamet betina.
::PEMBIAKAN ASEKS::
Pembiakan aseks ini tidak melibatkan induk jantan
dan betina. Mana-mana bahagian pada induk akan
berkembang menjadi individu yang baru (anak).
Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan induknya yang disebut sebagai
KLON. Terdapat sebanyak 5 cara pembiakan aseks:
1.BELAHAN DEDUA
2.PERTUNASAN
3.PEMBENTUKAN SPORA
4.PENJANAAN SEMULA
5.PEMBIAKAN VEGETATIF
1. BELAHAN DEDUA
Pembelahan sel kepada dua sel anak yang
serupa dengan sel induk
Berlaku pada organisma unisel seperti Ameba,
Paramesium, dan Bakteria

2. PERTUNASAN

Pembentukan tunas baru pada induk yang akan


berkembang dan akhirnya terpisah dari induk
menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil
mempunyai ciri yang serupa dengan induk.
Contoh: Hidra (sejenis haiwan) dan Yis (sejenis
organisma unisel)

3. PEMBENTUKAN SPORA

Spora adalah zarah yang halus yang dihasilkan


daripada satu atau lebih sel dan diselaputi
dengan lapisan yang keras.
Apabila spora telah matang, ia akan disebarkan
dan menghasilkan individu yang baru.
Contoh: Tumbuhan tidak berbunga seperi paku
pakis, cendawan dan lumut.

4. PENJANAAN SEMULA

Penjanaan semula adalah pembentukan


organisma yang baru apabila bahagian pada
induk rosak, pecah ataupun putus.
Contoh: Tapak Sulaiman, Cacing pipih
(Planarian)

5. PEMBIAKAN VEGETATIF

Pokok baru yang tumbuh daripada bahagian


spesifik tumbuhan seperti batang, akar, dan
daun pada pokok induk.

Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif


iaitu : Batang Rayap (Runner), Umbisi (Corms),
Rizom, Bebawang (Bulb) dan Sulur

BATANG RAYAP:
Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh
pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang
yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah. Ia
mempunyaibukudanruas.Padabukunyatumbuhtunasdanakar
yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru.
Akhirnyabatangrayapiniakanhancurmereputdanmeninggalkan
anakpokokiniterasingdaripadainduknya.Contoh:Rumput, dan
Strawberi

BEBAWANG:

SULUR:
Pucuk yang tumbuh daripada mata tunas yang
terdapat pada batang pokok induk. Contohnya
Pokok Pisang

UMBISI:
Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak
untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa
berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru
tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan

tumbuh di tepinya. Contoh tumbuhan yang membiak


dengan cara umbisi ialah sengkuang cina dan
keladi.

sengkuang cina

Keladi

RIZOM:
Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk
di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan
bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada
rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang
menjadi batang, akar, dan daun. Contohnya halia
dan teratai.

halia
::PEMBIAKAN SEKS::
1.Melibatkan dua induk yang berbeza jantina
(lelaki/jantan) dan (perempuan/betina)
2.Ia melibatkan organ seks yang menghasilkan
GAMET
(sel
pembiakan)
dan
proses
PERSENYAWAAN
3.Gamet jantan dikenali sebagai SPERMA dan
gamet betina adalah OVUM

PERSENYAWAAN : Percantuman nukleus sperma


dengan nukleus ovum membentuk zigot. Zigot akan
berkembang membentuk embrio dan kemudian
menjadi fetus (janin) sebelum dilahirkan.

Sperma memasuki ovum semasa proses


persenyawaan
TERDAPAT 2 JENIS PERSENYAWAN:

Persenyawaan luar
Persenyawaan dalam

Persenyawaan luar: Persenyawaan sperma dan


ovum di luar badan betina. Biasanya berlaku di
dalam air seperti katak.
Persenyawaan dalam: Persenyawaan sperma dan
ovum di dalam badan betina. Berlaku pada hidupan
darat seperti burung, reptilia dan mamalia.

Persenyawaan luar katak di


kawasan berair
::SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN::

Organ Pembiakan Perempuan

GAMET BETINA : OVUM

1.Dikenali juga sebagai telur


2.Berbentuk sfera dan mempunyai nukleus yang
besar dan sitoplasma
3.Ovum akan dihasilkan oleh ovari dan dilepaskan
pada setiap bulan.
4.Ovum adalah sel yang paling besar dalam
badan
5.Ovum boleh hidup selama 24 jam (1hari)
::SISTEM PEMBIAKAN LELAKI::

GAMET JANTAN :SPERMA

Struktur sperma
1.Sperma dihasilkan selepas seorang lelaki
mencapai akil baligh (puberty)
2.Sperma terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
KEPALA, LEHER, dan EKOR.
3.Bahagian kepala mengandungi nukleus yang
berfungsi membawa maklumat genetik (baka)
daripada ayah kepada anak

4.Bahagian leher pula berfungsi untuk


menghasilkan dan membekalkan tenaga kepada
ekor
5.Bahagian ekor pula membantu sperma untuk
bergerak dan berenang.
6.Sperma boleh hidup di luar badan selama 72
jam (3hari)
::AKIL BALIGH (PUBERTY)::
Akil Baligh : Fasa pertumbuhan sangat aktif bermula
di mana seseorang kanak-kanak bertukar menjadi
seorang dewasa. Organ pembiakan bagi lelaki dan
perempuan mula berfungsi dengan sempurna dan
boleh menghasilkan hormon seks.

:: KITARAN HAID

Kitar Haid boleh dibahagikan kepada empat fasa


iaitu fasa:
1.FASA HAID
2.FASA PEMBAIKAN
3.FASA PENGOVULAN
4.FASA PRA-HAID

PENERANGAN KITARAN HAID:

PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN ::

PROSES PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN:

1. Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam


tiub falopio
2. Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma
ke dalam faraj (vagina)

3. Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks


dan kemudian terus berenang memamasuki tiub
falopio
4. Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya
satu sahaja sperma dapat bergabung dengan ovum.
Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum
membentuk zigot.
5. Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang
dikenali sebagai embrio.
6. Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke
uterus dan terbenam pada dinding uterus. Proses ini
dikenali sebagai proses penempelan.
7. Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus
(janin). Fetus juga akan terus berkembang sehingga
dilahirkan yang panggil sebagai bayi.

Proses Perkembangan bayi

Gambarajah fetus dan plasenta

FUNGSI PLASENTA:

Pertukaran bahan antara ibu dan fetus seperti


makanan, bahan buangan dan oksigen
Ibu memberikan makanan, antibodi, dan oksigen
manakala bayi menyingkirkan bahan buangan seperti
karbon dioksida dan urea

FUNGSI TALI PUSAT:


Menghubungkan fetus dengan ibu
Memindahkan bahan antara fetus dan ibu
FUNGSI CECAIR AMNION:
Sebagai penyerap hentakan
Memberi perlindungan kepada fetus daripada
kecederaan

Membenarkan embrio/fetus bergerak bebas semasa


pertumbuhan
:: CARA MENGAWAL KEHAMILAN ::

Terdapat pasangan yang telah berkahwin yang tidak


bersedia untuk menimang cahaya mata (anak) dan
ada juga pasangan yang ingin menghadkan bilangan
anak atau mengawal jurang umur anak-anak
mereka.
Oleh
itu,
pasangan
tersebut
perlu
mengawal kehamilan (birth control). Terdapat 5 cara
mengawal kehamilan iaitu:
1.Semulajadi : Kaedah beritma

2.Kimia : Spermicides
3.Alatan :Kondom, Diafragma, atau IUD
4.Hormon
:
Pil
(contraceptive pills)

perancang

kehamilan

5.Pembedahan: Vasektomi dan Tubektomi (Ligasi)


1.KAEDAH BERITMA:
Elakkan melakukan hubungan seks pada Fasa 3
dalam kitaran haid iaitu Fasa Pengovulan.
Fasa 2 dan Fasa 4 adalah fasa yang selamat
untuk melakukan hubungan seks kerana tiada
ovum yang dilepaskan ke tiub falopio. Sekiranya
terdapat sperma yang memasuki tiub falopio
pada fasa tersebut, tiada persenyawaan yang
berlaku.
2. SPERMICIDES:
Spermicides adalah bahan kimia yang boleh
membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj
Bahan ini ada dalam pelbagai bentuk seperti
krim, gel, buih, tablet, dan aerosol

Bahan ini perlu disapu pada faraj perempuan


sebelum melakukan hubungan seks

3. i .KONDOM:

Lapisan getah atau plastik yang digunakan pada


zakar semasa melakukan hubungan seks.

Semasa
ejakulasi,
sperma
tidak
dapat
dilepaskan
ke
dalam
organ
pembiakan
perempuan.

Hari ini, ada kondom yang diselaputi dengan


spermicides
bagi
mengelakkan
sperma
memasuki uterus perempuan.

ii. DIAFRAGMA:

Diafragma diperbuat daripada getah yang


berbentuk seperti kubah
Alat ini diletakkan pada serviks perempuan bagi
menghalang kemasukkan sperma ke dalam
uterus.

Iii INTRA UTERINE DEVICE (IUD):

IUD adalah alat yang diperbuat daripada logam


atau plastik yang dimasukkan ke dalam uterus
perempuan melalui serviks.
IUD
digunakan
bagi
menghalang
proses
penempelan berlaku pada dinding uterus

4. PIL PERANCANG KEHAMILAN:

Pil
perancang
kehamilan
dimakan
oleh
perempuan
Pil ini sebenarnya mengandungi hormon seks
yang menghalang proses pengovulan berlaku.
Sekiranya sperma memasuki tiub falopio,
persenyawaan tidak berlaku kerana tiada ovum
yang dilepaskan oleh ovari.

5. VASEKTOMI:

Vasektomi adalah proses memandulkan lelaki


dengan cara memotong duktus sperma dan
mengikatnya
Pembedahan ini dapat menghalang sperma
dikeluarkan dari badan lelaki semasa proses
ejakulasi.
Teknik ini paling berkesan dan kemandulan
adalah berkekalan.

6. TUBEKTOMI / LIGASI:

Tubektomi
atau
ligasi
adalah
teknik
memandulkan
perempuan
dengan
cara
memotong tiub falopio dan mengikatnya
Pembedahan ini menghalang daripada sperma
berenang sampai ke tiub falopio dan tiada
proses persenyawaan berlaku.
Teknik ini paling berkesan dan kemandulan
adalah berkekalan.

:: CARA MENGATASI KEMANDULAN ::

Kemandulan
adalah
masalah
tidak
boleh
menghasilkan anak dan ia boleh berlaku pada lelaki
dan juga perempuan. Terdapat beberapa cara yang
boleh digunakan bagi membantu pasangan yang
mandul untuk mendapatka zuriat.

1.

IN VITRO FERTILISATION (IVF)

Ovum yang telah matang dikeluarkan daripada


ovari perempuan
Ovum tersebut dimasukan kedalam bekas /
tabung uji yang mengandungi sperma suaminya
bagi melakukan proses persenyawaan untuk
menghasilkan zigot
Dengan menggunakan mikroskop, zigot/embrio
yang telah terbentuk akan diambil dan
dimasukkan ke dalam uterus perempuan
tersebut bagi melakukan proses penempelan
embrio.

2 RAWATAN HORMON

Rawatan ini sesuai bagi perempuan yang tidak


boleh melakukan proses ovulasi (melepaskan
ovum ke dalam tiub falopio)

Hormon yang membantu melepaskan ovum dari


ovari disuntik pada badan perempuan.

3. PEMBEDAHAN

Pembedahan dilakukan kepada perempuan


sekiranya tiub falopionya tersumbat manakala
pada lelaki pembedahan dilakukan sekiranya
saluran duktus sperma tersumbat.

4.PERMANIAN BERADAS

Sperma dikeluarkan daripada suami yang


mandul atau tidak boleh melakukan hubungan
seks
Sperma dimasukkan ke dalam faraj dan
dilepaskan berdekatan serviks apabila isterinya
sedang dalam fasa pengovulan.

Ya..anda
telah
selesai
mengulangkaji
sistem
pembiakan manusia. Harap pelajar-pelajar dapat
memahami dan mengingati semua nota-nota

penting sebelum menghadapi PMR. Sekarang..kita


akan mempelajari berkenaan sistem pembiakan
seks
bagi
tumbuhan
pula.
Belajar
YA!

::SISTEM PEMBIAKAN SEKS BAGI TUMBUHAN::


Seperti manusia, tumbuhan juga mempunyai organ
pembiakan iaitu BUNGA. Pelajar perlu menghafal setiap
komponen yang terdapat pada bunga.
::STRUKTUR BUNGA::

::PENDEBUNGAAN::

PENDEBUNGAAN :Proses pemindahan butir debunga dari


anter kepada stigma
Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu
PENDEBUNGAAN SENDIRI dan PENDEBUNGAAN KACUK

TERDAPAT 4 AGEN PENDEBUNGAAN IAITU [ASAH]:


1. ANGIN
2. SERANGGA
3. AIR
4. HAIWAN / MANUSIA
::PERSENYAWAAN DAN PEMBENTUKKAN BUAH DAN BIJI
BENIH::

1. Semasa pendebungaan, debunga akan jatuh di atas


stigma pokok yang sama spesies
2. Pada stigma, terdapat cecair nektar (madu) yang
berfungsi merangsang butir debunga untuk
membentuk tiub debunga (pollen tube)
3. Tiub debunga yang terbentuk akan memanjang
sepanjang stil menuju ke ovari
4. Tiub debunga akan menembusi ovari menerusi mikropil
dan membenarkan gamet jantan memasukinya dan
bercantum dengan ovul
5. Debunga (gamet jantan) dan ovul (gamet betina) akan
melakukan proses persenyawaan untuk membentuk
zigot. Satu debunga hanya bergabung dengan satu
ovul sahaja.
6. Zigot yang terbentuk akan berkembang menjadi biji
benih
7. Ovari pula akan berkembang membentuk isi buah
8. Stigma, stil, stamen, kelopak, dan sepal akan
mengecut, layu dan gugur.
KESIMPULANNYA:

::PERCAMBAHAN BIJI BENIH::


Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh
radikal dan diikuti oleh plumul

::STRUKTUR BIJI BENIH::

TERDAPAT

3 KEPERLUAN UNTUK PERCAMBAHAN BIJI


BENIH:
1. AIR ; melembutkan testa/ koteledon mengembang
2. OKSIGEN : pernafasan sel
3. SUHU YANG SESUAI ; tindakan enzim
PROSES PERCAMBAHAN BIJI BENIH:

1.
Biji benih menyerap air dan udara
melalui mikropil
2.
Kotiledon akan mengembang dan
menyebabkan testa menjadi lembut dan
pecah
3.
Radikel akan berkembang ke dalam
tanah dan membentuk akar untuk
menyerap air dengan lebih banyak
4.
Plumul pula akan berkembang ke atas
dan membentuk pucuk iaitu daun pertama
bagi menghasilkan makanan sendiri
melalui proses fotosintesis
5.
Kotiledon tidak diperlukan dan akan
mengecut, layu dan gugur.

TERDAPAT 2 JENIS PERCAMBAHAN IAITU:


1. Percambahan Epigeal
2. Percambahan Hipogeal
PERCAMBAHAN EPIGEAL

Kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul


Contoh: Tumbuhan dikotiledon seperti kacang panjang dan
pokok bunga matahari

PERCAMBAHAN HIPOGEAL

Kotiledon akan kekal di bawah tanah. Hanya plumul sahaja


yang keluar dari tanah.
Contoh: Tumbuhan monokotiledon seperti rumput dan
pokok jagung.

Anda mungkin juga menyukai