Anda di halaman 1dari 9

1

::PEMBIAKAN ASEKS::

Pembiakan aseks ini tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana
bahagian pada induk akan berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu,
anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut
sebagai KLON. Terdapat sebanyak 5 cara pembiakan aseks:

BELAHAN DEDUA

PERTUNASAN

PEMBENTUKAN SPORA

PENJANAAN SEMULA

PEMBIAKAN VEGETATIF

1. BELAHAN DEDUA

Pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk

Berlaku pada organisma unisel seperti Ameba, Paramesium, dan Bakteria

2. PERTUNASAN

Pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan akhirnya terpisah
dari induk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil mempunyai ciri yang
serupa dengan induk.

Contoh: Hidra (sejenis haiwan) dan Yis (sejenis organisma unisel)

3. PEMBENTUKAN SPORA

Spora adalah zarah yang halus yang dihasilkan daripada satu atau lebih sel dan
diselaputi dengan lapisan yang keras.

Apabila spora telah matang, ia akan disebarkan dan menghasilkan individu yang
baru.

Contoh: Tumbuhan tidak berbunga seperi paku pakis, cendawan dan lumut.

4. PENJANAAN SEMULA

Penjanaan semula adalah pembentukan organisma yang baru apabila bahagian


pada induk rosak, pecah ataupun putus.

Contoh: Tapak Sulaiman, Cacing pipih (Planarian)


2

5. PEMBIAKAN VEGETATIF

Pokok baru yang tumbuh daripada bahagian spesifik tumbuhan seperti batang,
akar, dan daun pada pokok induk.

Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif iaitu : Batang Rayap (Runner),


Umbisi (Corms), Rizom, Bebawang (Bulb) dan Sulur

BATANG RAYAP:

Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif
bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk
di permukaan tanah. Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas
dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya
batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing
daripada induknya. Contoh: Rumput, dan Strawberi

BEBAWANG:

SULUR:

Pucuk yang tumbuh daripada mata tunas yang terdapat pada batang pokok induk.
Contohnya Pokok Pisang

UMBISI:

Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan.


Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru tumbuh di atas
umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya. Contoh tumbuhan yang
membiak dengan cara umbisi ialah sengkuang cina dan keladi.

sengkuang cina

Keladi

RIZOM:

Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah.
Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom
terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun.
Contohnya halia dan teratai.

halia
3

:: KITARAN HAID ::

Kitar Haid boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu fasa:

FASA HAID

FASA PEMBAIKAN

FASA PENGOVULAN

FASA PRA-HAID

PENERANGAN KITARAN HAID:

:: PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN ::

PROSES PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN:

Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio

Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina)

Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian terus berenang
memamasuki tiub falopio

Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja sperma dapat
bergabung dengan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum
membentuk zigot.

Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai embrio.

Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke uterus dan terbenam pada
dinding uterus. Proses ini dikenali sebagai proses penempelan.

Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus juga akan terus
berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai bayi.

Proses perkembangan bayi

FUNGSI PLASENTA:

Pertukaran bahan antara ibu dan fetus seperti makanan, bahan buangan dan
oksigen
4

Ibu memberikan makanan, antibodi, dan oksigen manakala bayi menyingkirkan


bahan buangan seperti karbon dioksida dan urea

FUNGSI TALI PUSAT:

Menghubungkan fetus dengan ibu

Memindahkan bahan antara fetus dan ibu

FUNGSI CECAIR AMNION:

Sebagai penyerap hentakan

Memberi perlindungan kepada fetus daripada kecederaan

Membenarkan embrio/fetus bergerak bebas semasa pertumbuhan

:: CARA MENGAWAL KEHAMILAN ::

Terdapat pasangan yang telah berkahwin yang tidak bersedia untuk menimang
cahaya mata (anak) dan ada juga pasangan yang ingin menghadkan bilangan anak
atau mengawal jurang umur anak-anak mereka. Oleh itu, pasangan tersebut perlu
mengawal kehamilan (birth control). Terdapat 5 cara mengawal kehamilan iaitu:

Semulajadi : Kaedah beritma

Kimia : Spermicides

Alatan : Kondom, Diafragma, atau IUD

Hormon : Pil perancang kehamilan (contraceptive pills)

Pembedahan: Vasektomi dan Tubektomi (Ligasi)

KAEDAH BERITMA:

Elakkan melakukan hubungan seks pada Fasa 3 dalam kitaran haid iaitu Fasa
Pengovulan.

Fasa 2 dan Fasa 4 adalah fasa yang selamat untuk melakukan hubungan seks
kerana tiada ovum yang dilepaskan ke tiub falopio. Sekiranya terdapat sperma yang
memasuki tiub falopio pada fasa tersebut, tiada persenyawaan yang berlaku.

SPERMICIDES:

Spermicides adalah bahan kimia yang boleh membunuh sperma yang masuk ke
dalam faraj

Bahan ini ada dalam pelbagai bentuk seperti krim, gel, buih, tablet, dan aerosol
5

Bahan ini perlu disapu pada faraj perempuan sebelum melakukan hubungan seks

KONDOM:

Lapisan getah atau plastik yang digunakan pada zakar semasa melakukan
hubungan seks.

Semasa ejakulasi, sperma tidak dapat dilepaskan ke dalam organ pembiakan


perempuan.

Hari ini, ada kondom yang diselaputi dengan spermicides bagi mengelakkan sperma
memasuki uterus perempuan.

DIAFRAGMA:

Diafragma diperbuat daripada getah yang berbentuk seperti kubah

Alat ini diletakkan pada serviks perempuan bagi menghalang kemasukkan sperma
ke dalam uterus.

INTRA UTERINE DEVICE (IUD):

IUD adalah alat yang diperbuat daripada logam atau plastik yang dimasukkan ke
dalam uterus perempuan melalui serviks.

IUD digunakan bagi menghalang proses penempelan berlaku pada dinding uterus

PIL PERANCANG KEHAMILAN:

Pil perancang kehamilan dimakan oleh perempuan

Pil ini sebenarnya mengandungi hormon seks yang menghalang proses pengovulan
berlaku.

Sekiranya sperma memasuki tiub falopio, persenyawaan tidak berlaku kerana tiada
ovum yang dilepaskan oleh ovari.

Namun, pengambilan pil ini boleh mendatangkan kesan sampingan.

VASEKTOMI:

Vasektomi adalah proses memandulkan lelaki dengan cara memotong duktus


sperma dan mengikatnya

Pembedahan ini dapat menghalang sperma dikeluarkan dari badan lelaki semasa
proses ejakulasi.
6

Teknik ini paling berkesan dan kemandulan adalah berkekalan.

TUBEKTOMI / LIGASI:

Tubektomi atau ligasi adalah teknik memandulkan perempuan dengan cara


memotong tiub falopio dan mengikatnya

Pembedahan ini menghalang daripada sperma berenang sampai ke tiub falopio dan
tiada proses persenyawaan berlaku.

Teknik ini paling berkesan dan kemandulan adalah berkekalan.

CARA MENGATASI KEMANDULAN ::

Kemandulan adalah masalah tidak boleh menghasilkan anak dan ia boleh berlaku
pada lelaki dan juga perempuan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan
bagi membantu pasangan yang mandul untuk mendapatka zuriat.

IN VITRO FERTILISATION (IVF)

Ovum yang telah matang dikeluarkan daripada ovari perempuan

Ovum tersebut dimasukan kedalam bekas / tabung uji yang mengandungi sperma
suaminya bagi melakukan proses persenyawaan untuk menghasilkan zigot

Dengan menggunakan mikroskop, zigot/embrio yang telah terbentuk akan diambil


dan dimasukkan ke dalam uterus perempuan tersebut bagi melakukan proses
penempelan embrio.

RAWATAN HORMON

Rawatan ini sesuai bagi perempuan yang tiak boleh melakukan proses ovulasi
(melepaskan ovum ke dalam tiub falopio)

Hormon yang membantu melepaskan ovum dari ovari disuntik pada badan
perempuan.

PEMBEDAHAN
7

Pembedahan dilakukan kepada perempuan sekiranya tiub falopionya tersumbat


manakala pada lelaki pembedahan dilakukan sekiranya saluran duktus sperma
tersumbat.

PERMANIAN BERADAS (ARTIFICIAL INSEMINATION)

Sperma dikeluarkan daripada suami yang mandul atau tidak boleh melakukan
hubungan seks

Sperma dimasukkan ke dalam faraj dan dilepaskan berdekatan serviks apabila


isterinya sedang dalam fasa pengovulan.

::SISTEM PEMBIAKAN SEKS BAGI TUMBUHAN::

Seperti manusia, tumbuhan juga mempunyai organ pembiakan iaitu BUNGA. Pelajar
perlu menghafal setiap komponen yang terdapat pada bunga.

::STRUKTUR BUNGA::

::PENDEBUNGAAN::

PENDEBUNGAAN : Proses pemindahan butir debunga dari anter kepada stigma

Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu

PENDEBUNGAAN SENDIRI dan PENDEBUNGAAN SILANG

TERDAPAT 4 AGEN PENDEBUNGAAN IAITU [ASAH]:

ANGIN

SERANGGA

AIR

HAIWAN

::PERSENYAWAAN DAN PEMBENTUKKAN BUAH DAN BIJI BENIH::

Semasa pendebungaan, debunga akan jatuh di atas stigma pokok yang sama
spesies

Pada stigma, terdapat cecaik nektar (madu) yang berfungsi merangsang butir
debunga untuk membentuk tiub debunga (pollen tube)

Tiub debunga yang terbentuk akan memanjang sepanjang stil menuju ke ovari
8

Tiub debunga akan menembusi ovari menerusi mikropil dan membenarkan gamet
jantan memasukinya dan bercantum dengan ovul

Debunga (gamet jantan) dan ovul (gamet betina) akan melakukan proses
persenyawaan untuk membentuk gamet. Satu debunga hanya bergabung dengan
satu ovul sahaja.

Zigot yang terbentuk akan berkembang menjadi biji benih

Ovari pula akan berkembang membentuk isi buah

Stigma, stil, stamen, kelopak, dan sepal akan mengecut, layu dan gugur.

KESIMPULANNYA

::PERCAMBAHAN BIJI BENIH::

::SEED GERMINATION::

Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh

::STRUKTUR BIJI BENIH::

TERDAPAT 3 KEPERLUAN UNTUK PERCAMBAHAN BIJI BENIH:

AIR

OKSIGEN

SUHU YANG SESUAI

PROSES PERCAMBAHAN BIJI BENIH:

Biji benih menyerap air dan udara melalui mikropil

Kotiledon akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah

Radikel akan berkembang ke dalam tanah dan membentuk akar untuk menyerap air
dengan lebih banyak

Plumul pula akan berkembang ke atas dan membentuk pucuk iaitu daun pertama
bagi menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis

Kotiledon tidak diperlukan dan akan mengecut, layu dan gugur.

TERDAPAT 2 JENIS PERCAMBAHAN IAITU:


9

1. Percambahan Epigeal

2. Percambahan Hipogeal

PERCAMBAHAN EPIGEAL

Kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul

Contoh: Tumbuhan dikotiledon seperti kacang panjang dan pokok bunga matahari

PERCAMBAHAN HIPOGEAL

Kotiledon akan kekal di bawah tanah. Hanya plumul sahaja yang keluar dari
tanah.Contoh: Tumbuhan monokotiledon seperti rumput dan pokok jagung.

Anda mungkin juga menyukai