Anda di halaman 1dari 2

Tips Bermain Bowling

1.) Postur badan Even saiz korang agak istimewa, yang perlu korang buat,
pandang hadapan terus kearah pin, dan pastikan badan tetap pegun cuma tangan
saja korang hayun. Mungkin korang boleh try and error masa buat balingan.
2.) Pegang Bola betul-betul Nak pegang bola dengan betul, bola tu sendiri
mestilah sesuai, pastikan lubang bola bowling tu sedikit longgar dan tidak
terlalu ketat, kalau korang ada bola sendiri lain cerita lah..Satu lagi, elakan dari
tangan yang berpeluh, sebabnya nanti korang terlepas masa pegang bola tu, jadi
bawaklah towel yang bersih dan kering semasa bermain bowling.
3.) Pastikan kedudukan korang Jika korang pengguna tangan kanan, pastikan
korang berkedudukan tengah kanan berpandukan poin-poin yang ada dekat lane
bowling tu. Untuk yang kidal, ambik kedudukan tengah kiri.
4.) Fokus!!! Korang akan melakukan balingan yang menentukan hidup mati
korang, heheSo better aim pin kedua dan ketiga, sama ada sebelah kanan pin
tu atau sebelah kiri pin tu, ikut fokus korang.
5.) Kawalan pernafasan Mungkin step ni ramai yang terlepas, sebab terlalu
suka, so pernafasan penting untuk mengawal rasa gemuruh, so tarik nafas
beberapa kali, saat korang nak baling bola tu, korang tahan nafas dan terus

baling, ini nak mengurangkan pergerakan badan sekiranya korang hembus


nafas.
6.) Gerakan lembut Bukan korang bergerak macam auwww, nanti bola tu pun
pergi macam auwww..Gerakan lembut bermaksud, korang ambik sekurangkurangya empat langkah dan teruskan balingan, tapi bukan dengan gelojoh,
orang kata take time ketika baling.
7.) Kawal kelajuan Kebanyakan yang main bowling adalah berdarah muda,
tak sabar dan gopoh. Dalam bowling, korang tak boleh laju sangat dan terlalu
perlahan sangat, so kena man man(perlahan-lahan)..hehe, sebab kalau terlalu
laju, bola bowling akan tersasar dari lane atau pin tu tak jatuh ke belakang, tapi
berpisah(split), so pin yang kat belakang tak kena balingan atau jatuhan
pin..Faham!!!
8.) Maintain postur Macam aku terangkan kat atas tadi, postur badan semasa
balingan menentukan arah balingan korang, so pastikan badan tegak, muka
pandang kehadapan menghala ke arah target.
9.) Lepaskan bola itu!!! Sebelum melepaskan balingan, bengkokkan sedikit
tangan, tangan yang memegang bola rapat dengan badan dan tangan lagi satu
pegang bola untuk sokongan. Hati-hati semasa lepaskan balingan, sebab kita
akan tidak sengaja membongkokkan badan selepas melepaskan badan. Pada
kerendahan yang sesuai, lepaskan bola dalam keadaan relaks.
10.) Style Pandang ke arah bola itu pergi, jangan berganjak ke mana-mana, ni
untuk melihat samaada korang strike ke tak..

Anda mungkin juga menyukai