Anda di halaman 1dari 14

PERLEMBAGAAN (PINDAAN 2009)

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA

BAB I
NAMA, PEJABAT, LAMBANG DAN BAHASA

FASAL 1
NAMA

Nama Persatuan ini adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia, ringkasnya
PKPMI. Dalam perlembagaan ini selanjutnya disebut Persatuan sahaja.

FASAL 2
PEJABAT

2.1. Pejabat dan alamat Pusat adalah mengikuti di mana tempat Pusat berada. (Pindaan 2009)

2.2. Alamat Pejabat Cawangan adalah Pusat Pelajar Malaysia setempat.

FASAL 3
LAMBANG

Terdiri dari bulan, bintang, roda, bendera merah putih, topi dan ijazah seperti contoh. Setiap unsur
memberi makna sebagai berikut:

3.1. Bulan bintang (pecah 14) berwarna kuning: Lambang Malaysia yaitu
3.1.a. Bulan : Lambang Islam sebagai agama rasmi negara.
3.1.b. Bintang : Perpaduan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan dibawah satu
pemerintah Pusat, dan
3.1.c. Kuning : Warna Di Raja.

3.2. Roda berwarna merah: Kegiatan bergerak mengikuti Peralihan keperluan pelajar-pelajar, waktu
dan aktiviti. (Pindaan 1990)

3.3. Jalur merah putih: : Lambang bendera Malaysia


3.3.a. 14 jalur merah
3.3.b. Bendera Malaysia dibuat secara artistic menjadi jalur-jalur.

3.4. Topi dan Ijazah berwarna hitam: lambang kemahasiswaan (Pindaan 1994)

3.5. Cogankata Persatuan ‘BERILMU, BERAMAL, BERSATU’ (Pindaan 1994)

FASAL 4
BAHASA

Bahasa yang digunakan dalam setiap mesyuarat dan segala bentuk tulisan rasmi Persatuan adalah Bahasa
Melayu. (Pindaan 2009)

1
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
BAB II
ASAS DAN TUJUAN

FASAL 5
ASAS

Persatuan ini berdasarkan pada pendidikan, persahabatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan
untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan
berteraskan pada nilai-nilai Islam dan Ideologi Kebangsaan Malaysia (Rukun Negara)

FASAL 6
TUJUAN

6.1. Menyatupadukan seluruh pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia, memupuk semangat kebangsaan


dan rasa tanggungjawab berdasarkan Rukun Negara.
6.2. Menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dalam segala
perundingan dan perhubungan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
6.3. Menjalankan kegiatan-kegiatan sosial dan ilmiah yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam
dan peraturan-peraturan di Indonesia serta setempat.
6.4. Berusaha mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan pelajar-
pelajar dan masyarakat Indonesia serta pelajar-pelajar asing lain di Indonesia.
6.5. Meningkatkan dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.
6.6. Bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia khususnya dengan Bahagian
Pendidikan (Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia) dalam segala hal terutama yang menuju
tercapainya tujuan-tujuan di atas.

BAB III
PENAUNG DAN PENASIHAT

FASAL 7
PENAUNG

Penaung Persatuan adalah Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Indonesia. (Pindaan 1997)

FASAL 8
PENASIHAT

Penasihat Persatuan adalah: (Pindaan 1997)


8.1. Pengarah Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia.
8.2. Pegawai Kebajikan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia.

FASAL 9
PENASIHAT CAWANGAN

Mesyuarat Agung Tahunan boleh memilih tidak lebih dari dua (2) orang penasihat Cawangan jika
difikirkan perlu.

2
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
BAB IV
PENDAFTARAN

FASAL 10
PENDAFTARAN

Persatuan ini adalah terdaftar di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan tertakluk kepada Undang-
Undang yang berkenaan berkuatkuasa di Malaysia dan Indonesia pada perkara yang tidak bertentangan
dan bersesuaian.
BAB V
KEAHLIAN, HAK DAN KEWAJIBAN

FASAL 11
KEAHLIAN

Ahli Persatuan terbahagi kepada dua jenis:


11.1. Ahli biasa. (Pindaan 2009)
11.1.a. Semua warga negara Malaysia yang belajar di Indonesia boleh menjadi ahli biasa dengan
syarat hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang rasmi yang dikeluarkan
oleh Persatuan dan mengikuti Majlis Suai Kenal.
11.1.b. Permohonan hendaklah diluluskan oleh cawangan dan disahkan oleh Pusat, jika dalam
waktu tiga puluh (30) hari tiada jawaban dari Pusat, secara automatik menjadi ahli.
11.1.c. Setiap pemohon diwajibkan mengikuti Majlis Suai Kenal yang diadakan di Cawangan
masing-masing tetapi kebijaksanaan dalam Cawangan akan berlaku jika ada pemohon
yang tidak dapat mengikuti Majlis Suai Kenal.
11.1.d. Semua nama ahli hendaklah didaftarkan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

11.2. Ahli Kehormat. (Pindaan 2009)


11.2.a. Ahli Jawatankuasa Pusat dan Cawangan boleh melantik sesiapa sahaja yang difikirkan
sesuai dan berfaedah pada Persatuan untuk dilantik menjadi Ahli Kehormat.
11.2.b. Perlantikan Ahli Kehormat di peringkat Cawangan hendaklah disahkan oleh Pusat dan
didaftarkan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
11.2.c. Perlantikan ini hendaklah bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia dan setempat.

FASAL 12
HAK AHLI

12.1. Semua ahli mempunyai hak suara dan mengundi dalam mesyuarat Persatuan yang dihadiri, juga
berhak memilih dan dipilih untuk menjadi Wakil Persatuan atau Ahli Jawatankuasa Persatuan.
12.2. Setiap ahli berhak mendapat faedah dari Persatuan sesuai kedudukan dan peraturan dalam
Persatuan serta minat ahli.
12.3. Ahli Kehormat tidak berhak mengundi, memilih dan dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa
Persatuan dan Wakil Persatuan, tetapi boleh memberikan pendapat dan nasihat di dalam dan di
luar mesyuarat Persatuan.
12.4. Setiap ahli berhak menarik diri dari keahliannya dengan syarat ahli itu sudah memenuhi
kewajibannya.

3
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
FASAL 13
KEWAJIBAN AHLI

13.1. Mematuhi dan mendukung kehendak Perlembagaan.


13.2. Menghormati dan melaksanakan keputusan mesyuarat Persatuan yang sah.
13.3. Setiap ahli diwajibkan melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan
Persatuan.
13.4. Membayar yuran selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari sebelum mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan.
13.5. Mempertahankan maruah dan kehormatan Persatuan.
13.6. Bertanggungjawab dan memelihara harta benda Persatuan.

FASAL 14
PENGGANTUNGAN, PEMECATAN DAN KEHILANGAN KEAHLIAN

14.1. Seseorang ahli akan hilang keahliannya serta merta dan dipotong namanya dalam daftar ahli
apabila tidak membayar yurannya selama setahun, terhenti kedudukannya sebagai ahli pelajar,
meninggal dunia atau dipecat.
14.2. Ahli jawatankuasa Pusat boleh menggantung seterusnya memecat seorang ahli melalui
perbincangan dalam mesyuarat dan diluluskan dengan suara terbanyak. Seorang ahli boleh
digantung keahliannya dan seterusnya dipecat kerana melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan Perlembagaan atau boleh merosakkan nama baik Persatuan. (Pindaan 2009)
14.3. Jawatankuasa Pusat hanya membincangkan pemecatan setelah ada usul pemecatan yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Cawangan. Pihak yang mengusulkan pemecatan tersebut
hendaklah memberikan bukti-bukti bahawa pihaknya telah memberikan beberapa peringatan.
(Pindaan 2009)
14.4. Tempoh penggantungan keahlian ahli hendaklah tidak melebihi 6 bulan dan sekiranya ahli
berkenaan tidak menunjukkan usaha memenuhi kehendak Persatuan, maka pemecatannya
dilakukan.
14.5. Ahli yang dipecat boleh merayu pada Jawatankuasa Pusat mengenai pemecatannya dalam tempoh
60 hari dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pusat adalah muktamad.
14.6. Ahli yang diusulkan untuk digantung/ dipecat keahliannya hilang hak dan kewajibannya selama
belum diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

BAB VI
SUSUNAN URUSAN, KUASA DAN TANGGUNGJAWAB PKPMI PUSAT

FASAL 15
PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN

15.1. Persidangan Agung Tahunan adalah Majlis Mesyuarat yang tertinggi sekali.
15.2. Persidangan Agung Tahunan akan diadakan setahun sekali. Kalau Persidangan Tahunan tidak
dapat diadakan dalam waktu yang ditentukan, pendaftar hendaklah diberitahu. Tetapi jika
kewangan persatuan tidak mampu, persidangan diadakan dua tahun sekali. (Pindaan 2009)
15.3. Persidangan hendaklah dihadiri oleh: (Pindaan 2009)
15.3.a. Ahli Jawatankuasa Pusat. Surat tunjuk sebab harus dikemukakan sekiranya tidak dapat
melibatkan diri.
15.3.b. Wakil dari PKPMI Cawangan. Jumlah wakil adalah bergantung kepada kondisi semasa.
15.3.c. Pemerhati yang didaftarkan.

4
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
15.4. Ahli Jawatankuasa Pusat dan Perwakilan sahaja yang dibenarkan bersuara, mencadang,
menyokong dan mengundi.
15.5. Korum Persidangan Agung Tahunan adalah dua pertiga (2/3) dari jumlah perwakilan.
15.6. Agenda Persidangan Agung Tahunan adalah: (Pindaan 2009)
15.6.a. Menerima pendaftaran kehadiran dan menentukan korum Persidangan.
15.6.b. Mengesahkan Cawangan baru (jika ada).
15.6.c. Mengesahkan minit Persidangan Agung Tahunan yang lalu dan perkara berbangkit.
15.6.d. Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
15.6.e. Membentang dan mengesahkan Pernyata kewangan.
15.6.f. Ucapan penangguhan Yang Dipertua Pusat dan pembubaran Ahli Jawatankuasa Pusat.
(Pindaan 1997)
15.6.g. Pemilihan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, Yang Dipertua Pusat, Timbalan
Yang Dipertua Pusat, Juru Audit I dan Juru Audit II bagi tempoh setahun. (Pindaan 2009)
15.6.h. Membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat dari usul
yang diterima.
15.6.i. Meminda Perlembagaan (jika ada)
15.6.j. Ucapan penangguhan. Segala keputusan Persidangan Agung Tahunan hendaklah
mengikuti suara ramai, kecuali dalam meminda Perlembagaan hendaklah mengikuti Bab
XII, pasal 40

15.7. Segala usul yang hendak dikemukakan dalam Persidangan Agung Tahunan mestilah sampai
kepada Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya tiga puluh hari (30) dari tarikh Persidangan
Agung Tahunan.
15.8. Persidangan Agung Tahunan hendaklah meluluskan satu garis panduan pencalonan dan pemilihan
Ahli Jawatankuasa Pusat.
15.9. Perwakilan Persidangan Agung Tahunan hendaklah mematuhi peraturan persidangan. (Pindaan
2001)

FASAL 16
PERSIDANGAN LUAR BIASA

16.1. Persidangan Luar Biasa boleh diadakan atas permintaan:


16.1.a. Keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat atau,
16.1.b. Dua pertiga (2/3) dari jumlah ahli, atau
16.1.c. Dua pertiga (2/3) dari jumlah cawangan.
16.2. Persidangan Luar Biasa hendaklah hanya membincangkan perkara khas sebab-sebab Persidangan
Luar Biasa.
16.3. Peraturan dalam fasal 15 di atas yang berkaitan hendaklah digunakan bagi menjalankan
Persidangan Luar Biasa.

FASAL 17
AHLI JAWATANKUASA PUSAT

17.1. Ahli Jawatankuasa Pusat terdiri daripada:


17.1.a. Yang dipilih oleh Perwakilan Persidangan Agung Tahunan iaitu:
17.1.a(1). Pengerusi Tetap. (Pindaan 1994)
17.1.a(2). Timbalan Pengerusi Tetap. (Pindaan 1994)
17.1.a(3). Yang Dipertua Pusat (Pindaan 2002)
17.1.a(4). Timbalan Yang Dipertua Pusat (Pindaan 2002)

5
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
17.1.b. Yang dilantik oleh Yang Dipertua Pusat: (Pindaan 2009)
17.1.b(1). Setiausaha Kehormat.
17.1.b(2). Timbalan Setiausaha Kehormat
17.1.b(3). Bendahari Kehormat
17.1.b(4). Timbalan Bendahari Kehormat
17.1.b(5). Ahli Jawatankuasa Kerja (exco)
17.2. Ahli Jawatankuasa Pusat adalah Badan Pengurus Persatuan yang tertinggi selepas Persidangan
Agung Tahunan dan bertanggungjawab serta mempunyai kuasa untuk:
17.2.a.(1). Mengetahui dan menerima permintaan ahli persatuan.
17.2.a.(2). Menerima dan mengesahkan permohonan keahlian Persatuan menggantungkan,
memecat dan menimbang rayuan terhadap pemecatan.
17.2.b. Merancang dan mengelolakan Persidangan Agung Tahunan.
17.2.c. Merancang dan melaksanakan aktiviti bagi menjayakan dasar dan tujuan Persatuan
khususnya keputusan Persidangan Agung Tahunan.
17.2.d. Mengadakan hubungan dengan organisasi masyarakat setempat dan luar Indonesia dalam
rangka menjayakan dasar dan tujuan Persatuan.
17.2.e. Memberi nasihat dan bantuan kepada cawangan-cawangan yang aktif atau tidak, untuk
melaksanakan tujuan dasar perlembagaan Persatuan.
17.2.f. Membentuk beberapa Ahli Jawatankuasa Kecil bagi melaksanakan rancangan dan aktiviti
Ahli Jawatankuasa Pusat yang terbentuk menyeluruh dan untuk keseluruhan ahli dan
Cawangan. Satu dari Ahli Jawatankuasa Kecil yang diperlukan adalah Jawatankuasa Usul
Persidangan Agung Tahunan.
17.2.g. Berhak memecat seseorang dari Ahli Jawatankuasa Pusat setelah tidak hadir Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah dengan
syarat Ahli Jawatankuasa Pusat yang ada mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang
dikosongkan itu seterusnya melantik penggantinya. (Pindaan 1994)
17.3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat: (Pindaan 2009)
17.3.a. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali
setahun.
17.3.b. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat dengan Yang Dipertua Cawangan hendaklah
diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
17.4. Korum mesyuarat adalah dua pertiga (2/3) dari jumlah Ahli Jawatankuasa Pusat. Segala
keputusan adalah mengikut suara ramai.
17.5. Bilangan Ahli Jawatankuasa Pusat termasuk Juru Audit hendaklah penuh seperti kehendak
Perlembagaan. Ahli Jawatankuasa Pusat boleh melantik mana-mana ahli untuk memangku
kekosongan jawatan sekiranya perletakan atau kekosongan jawatan.

FASAL 18
PERLETAKAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA PUSAT

18.1. Mana-mana Ahli Jawatankuasa Pusat yang mahu meletakkan jawatan hendaklah menyampaikan
surat perletakkan jawatannya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat semasa dan dianggap sah apabila
dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Pusat. Perletakkan jawatan ini hendaklah dimaklumkan
kepada penasihat Persatuan. Yang Dipertua Pusat boleh melantik mana-mana Ahli PKPMI untuk
memangku jawatan itu dengan pengetahuan Penasihat Persatuan. (Pindaan 2009)
18.2. Sekiranya dua pertiga (2/3) dari Ahli Jawatankuasa Pusat meletakkan jawatan serentak, maka
surat perletakan jawatan mereka hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Tetap. Pengerusi
Tetap berhak mengendalikan perjalanan Persatuan sehingga Persidangan Agung Tahunan/
Persidangan Luar Biasa diadakan.

6
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
18.3. Ahli Jawatankuasa Pusat yang didapati bersalah oleh Penasihat Persatuan atau mana-mana
Mahkamah Awam atau Syari’ah serta dijatuhkan hukuman, mereka telah dianggap mencemarkan
nama baik Persatuan dan hendaklah meletakkan jawatan dalam tujuh (7) hari dari tarikh dia
didapati bersalah. Mereka yang didapati tidak berbuat demikian dalam tempoh akan terpecat
dengan sendirinya. (Pindaan 1997)
18.4. Ahli Jawatankuasa Pusat yang meletakkan jawatan diwajibkan terlebih dahulu
mempertanggungjawabkan tugas yang telah diamanahkan ke atasnya.

BAB VII
SUSUNAN URUSAN, KUASA DAN TANGGUNGJAWAB PKPMI CAWANGAN

FASAL 19
CAWANGAN

Cawangan boleh ditubuhkan apabila ada sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang ahli pada suatu
kota atau Pusat Pelajar Malaysia. Ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah menganjurkan mesyuarat
penubuhnya. Penubuhan tersebut mestilah disahkan oleh Persidangan Agung Tahunan dan
didaftar kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

FASAL 20
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN

20.1. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan adalah Majlis Mesyuarat Cawangan yang tertinggi sekali.
(Pindaan 2009)
20.2. Mesyuarat Agung Tahunan Cawagan hendaklah diadakan setahun sekali sebelum Persidangan
Agung Tahunan diadakan. (Pindaan 2009)
20.3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan adalah dihadiri oleh semua ahli yang sah dan mempunyai
hak suara, mengundi dan diundi serta dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang wakil dari Pusat
jika difikirkan perlu. (Pindaan 1997)
20.4. Korum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan dihadiri oleh semua dua pertiga (2/3) dari jumlah
ahli cawangan. Sekiranya tidak cukup maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan selama satu (1)
jam. Setelah itu mesyuarat hendaklah dijalankan dengan syarat jumlah kehadiran tidak kurang
satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli.
20.5. Mesyuarat Agung Tahunan/ Mesyuarat Luar Biasa Cawangan adalah melantik perwakilannya
yang akan mengikuti Persidangan Agung Tahunan.
20.6. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan. (Pindaan 2009)
20.6.a. Melantik Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
20.6.b. Menerima Pendaftaran Kehadiran dan menentukan korum.
20.6.c. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
20.6.d. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Cawangan.
20.6.e. Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Cawangan. (Pindaan 1997)
20.6.f. Pemilihan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, Yang Dipertua Cawangan, Timbalan
Yang Dipertua Cawangan, Juru Audit I dan Juru Audit II bagi tempoh setahun. (Pindaan
2009)
20.6.g. Membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh ahli dan mendapatkan sokongan
sekurang-kurangnya oleh seorang ahli dan diterima setelah mendapat sokongan dua
pertiga (2/3) dari ahli.
20.6.h. Hal-hal lain.
20.7. Segala keputusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dibuat mengikuti suara ramai.
20.8. Segala usul yang hendak dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disampaikan
kepada Setiausaha Cawangan tujuh (7) dari sebelum tarikh mesyuarat.

7
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
FASAL 21
MESYUARAT AHLI CAWANGAN

Mesyuarat Ahli Cawangan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

FASAL 22
MESYUARAT LUAR BIASA CAWANGAN

22.1. Diadakan dengan permintaan:


22.1.a. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
22.2.b. Dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli Cawangan.
22.2. Peraturan dalam Fasal 20 Bab VII di atas yang berkaitan hendaklah digunakan bagi menjalankan
Mesyuarat Luar Biasa Cawangan. (Pindaan 1997)

FASAL 23
AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN

23.1. Ahli Jawatankuasa Cawangan terdiri daripada:


23.1.a. Yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan iaitu: (Pindaan 1997)
23.1.a.(1) Yang Dipertua.
23.1.a.(2) Timbalan Yang Dipertua.
23.1.a.(3) Timbalan Setiausaha.
23.1.a.(4) Timbalan Bendahari.
23.1.b. Yang dilantik oleh Yang Dipertua Cawangan dengan Persetujuan Ahli Jawatankuasa
Cawangan iaitu: (Pindaan 1997)
23.1.b.(1) Setiausaha.
23.1.b.(2) Bendahari.
23.2. Ahli Jawatankuasa Cawangan adalah Badan Pengurus Persatuan peringkat cawangan yang
tertinggi setelah Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan bertanggungjawab dan mempunyai kuasa
untuk:
23.2.a. Menerima permohonan menjadi ahli, meluluskan dan mengemukakan kepada Pusat untuk
disahkan.
23.2.b Merancang dan mengelola Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
23.2.c. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan dan kebajikan ahli-ahli di
Cawangan selaras dengan asas dan tujuan Persatuan serta bersesuaian dengan kehendak
setempat. Laporan kegiatan yang telah dilaksanakan hendaklah dikirimkan kepada Pusat
tiga (3) bulan sekali.
23.2.d. Mengadakan hubungan dengan badan-badan luar peringkat setempat dan cawangan-
cawangan lain menjayakan asas dan tujuan Persatuan serta faedah untuk ahli cawangan.
23.2.e. Membentuk Jawatankuasa Kecil bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti cawangan.
23.2.f. Berhak memecat seseorang daripada menjadi Ahli Jawatankuasa Cawangan setelah tidak
hadir Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebab yang
munasabah dengan syarat Ahli Jawatankuasa Cawangan mempertanggungjawabkan
kewajiban seterusnya melantik penggantinya.
23.3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh tiga (3) bulan. (Pindaan 2009)
23.4. Korum Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan adalah dua pertiga (2/3) dari Jumlah Ahli
Jawatankuasa Cawangan. Setiap keputusan adalah berdasarkan suara ramai.

8
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
FASAL 24
PERLETAKAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN

24.1. Mana-mana Ahli Jawatankuasa Cawangan yang mahu meletakkan jawatan hendaklah
menyampaikan surat perletakkan jawatannya kepada Yang Dipertua Cawangan dan perletakan
jawatan itu tidak dianggap sah sebelum dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan. Yang
Dipertua Cawangan boleh melantik mana-mana ahli biasa untuk memangku jawatan yang
dikosongkan itu. (Pindaan 2009)
24.2. Sekiranya dua pertiga (2/3) Ahli Jawatankuasa Cawangan meletakkan jawatan serentak, maka
surat perletakan jawatan mereka hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Tetap. Pengerusi
Tetap berhak mengendalikan perjalanan Persatuan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan/
Mesyuarat Luar Biasa diadakan. (Pindaan 2009)
24.3. Ahli Jawatankuasa Cawangan yang didapati bersalah oleh Yang Dipertua Pusat, mana-mana
Mahkamah Awam atau Syari’ah serta dijatuhkan hukuman, mereka telah dianggap mencemarkan
nama baik Persatuan dan hendaklah meletakkan jawatan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada
tarikh dia didapati bersalah. Mereka yang didapati tidak berbuat demikian dalam tempoh tersebut
akan terpecat dengan sendirinya.
24.4. Ahli Jawatankuasa Cawangan yang meletakkan jawatan diwajibkan dahulu
mempertanggungjawabkan kewajiban yang telah diamanahkan kepadanya.
24.5. Ahli Jawatankuasa Cawangan yang telah dilantik tidak boleh mengundurkan diri setelah enam (6)
bulan menjawat jawatan tersebut kecuali atas sebab-sebab munasabah yang disertai Surat
Sokongan dari pihak tertentu. (Pindaan 1997)

BAB VIII
KEWANGAN

FASAL 25
YURAN

25.1. Jumlah yuran keahlian cawangan adalah mengikut kesesuaian semasa dan bergantung kepada
kebijakan Ahli Jawatankuasa Cawangan. Yuran harus disertakan bersama borang keahlian.
(Pindaan 2009)
25.2. Sebarang yuran lainnya boleh dikenakan kepada ahli jika difikirkan wajar dan diserahkan kepada
kebijaksanaan cawangan. (Pindaan 2002)

FASAL 26
SUMBER KEWANGAN PERSATUAN (PUSAT DAN CAWANGAN)
Pindaan 2009

26.1. Bantuan dari Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia melalui Bahagian Pendidikan.
26.2. Punca-punca lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang dan agama.

FASAL 27
PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT (Pindaan 2009)

27.1. Bendahari Kehormat hendaklah membuka akaun Persatuan di bank atas namanya yang
berasingan dengan akaun persendiriannya dan buku tersebut hendaklah sentiasa disimpan oleh
Yang Dipertua Pusat kecuali apabila hendak mengeluarkan wang.
27.2. Pengeluaran wang hendaklah dibuat melalui surat keterangan pengeluaran yang telah
ditandatangani oleh Bendahari Kehormat dan Yang Dipertua Pusat. (Pindaan 2009)

9
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
27.3. Bendahari Kehormat hanya dibenarkan menyimpan wang tunai tidak melebihi dari Rp 500.000
untuk keperluan semasa. (Pindaan 2009)
27.4. Semua perbelanjaan hendaklah dilaporkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat. (Pindaan
2009)
27.5. Setiap perbelanjaan dan wang yang keluar hendaklah mempunyai resit dan surat keterangan rasmi
yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Pusat dan Bendahari Kehormat.
27.6. Juru Audit hendaklah memeriksa Kira-kira Kewangan setiap enam (6) bulan sekali sekiranya
difikirkan perlu oleh Ahli Jawatankuasa Pusat. (Pindaan 1997)
27.7. Menghantar Laporan Tahunan dan Laporan Penyata Kewangan yang telah disahkan dalam
Persidangan Agung Tahunan kepada kepada Penasihat Persatuan. (Pindaan 2009)

FASAL 28
PENGURUSAN KEWANGAN CAWANGAN (Pindaan 2009)

28.1. Kebijaksanaan Yang Dipertua Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan dapat
mengeluarkan wang jika keperluan mendesak.
28.2. Selain dari Fasal 28.1, pengurusan kewangan persatuan peringkat cawangan hendaklah mengikuti
Fasal 27.
28.3. Menghantar Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan yang telah disahkan dalam Mesyuarat
Agung Cawangan kepada Penasihat Persatuan. (Pindaan 2009)

BAB IX
JURU AUDIT

Fasal 29
JURU AUDIT

29.1 Dua (2) Juru Audit hendaklah dipilih dalam Persidangan/ Mesyuarat Agung Tahunan dan
sekiranya terjadi kekosongan jawatan, hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Pusat/ Cawangan.
29.2. Juru Audit tidak termasuk dalam Ahli Jawatankuasa Pusat/ Cawangan supaya lebih bersifat
otonom. (Pindaan 1997)
29.3. Juru Audit hendaklah memeriksa Kira-kira Kewangan setiap enam (6) bulan sekali sekiranya
difikirkan perlu oleh Ahli Jawatankuasa Pusat/ Cawangan.

BAB X
PENGERUSI TETAP DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP

FASAL 30
PENGERUSI TETAP

30.1. Menjadi Pengerusi Persidangan Agung Tahunan akan datang.


30.2. Jika dua pertiga (2/3) atau semua Ahli Jawatankuasa Pusat meletakkan jawatan serentak maka
Pengerusi Tetap hendaklah melantik Ahli Jawatankuasa Sementara dan dalam tempoh tidak
kurang daripada enam puluh (60) hari mengadakan Persidangan Luar Biasa untuk melantik Ahli
Jawatankuasa yang baru.
30.3. Menjadi Pengerusi Persidangan Luar Biasa.

10
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
FASAL 31
TIMBALAN PENGERUSI TETAP

31.1. Membantu tugas-tugas Pengerusi Tetap.


31.2. Mengambil alih tugas Pengerusi Tetap jika Pengerusi Tetap berhalangan atau tidak ada.
31.3. Timbalan Pengerusi Tetap juga menjadi Timbalan Pengerusi dalam Persidangan Agung Tahunan/
Persidangan Luar Biasa.

BAB XI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
PUSAT DAN CAWANGAN (Pindaan 1997)

FASAL 32
YANG DIPERTUA PUSAT

32.1. Bertanggungjawab di atas segala perjalanan Persatuan, pelaksanaan keputusan persidangan


Agung Tahunan.
32.2. Mempengerusikan semua Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat.
32.3. Menyimpan setiap masa buku simpanan kewangan Persatuan. Sekiranya Yang Dipertua Pusat
berada diluar daerahnya, beliau berhak melantik mana-mana Ahli Jawatankuasa Pusat untuk
mengambil alih menyimpan buku simpanan kewangan buat sementara waktu, dan
memaklumkannya kepada Bendahari Kehormat. (Pindaan 2009)
32.4. Menandatangani surat keterangan pengeluaran kewangan bersama Bendahari Kehormat. (Pindaan
2009)
32.5. Menjadi juru bicara Persatuan dengan pengetahuan Ahli Jawatankuasa Pusat.
32.6. Melantik Setiausaha Kehormat, Timbalan Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Timbalan
Bendahari Kehormat dan Ahli Jawatankuasa Kerja (Exco) selepas Persidangan Agung Tahunan
dijalankan. (Pindaan 2009)

FASAL 33
TIMBALAN YANG DIPERTUA PUSAT

33.1. Membantu tugas-tugas Yang Dipertua Pusat mengikut ketentuan yang dibuat oleh Yang Dipertua
Pusat atau oleh Jawatankuasa Pusat.
33.2. Memangku dan menjalankan tugas Yang Dipertua Pusat semasa ketiadaannya.

FASAL 34
SETIAUSAHA KEHORMAT

34.1. Mengetahui pentadbiran urusetia Persatuan.


34.2. Segala mesyuarat diadakan mengikut kehendak Perlembagaan dan minit mesyuarat dibuat dan
disimpan dengan baik.
34.3. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Pusat lain mengikuti Persetujuan
Mesyuarat. Melaksanakan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat.
34.4. Menyediakan Laporan Tahunan Persatuan untuk dibentangkan dalam Persidangan Agung
Tahunan.
34.5. Bertanggungjawab menjaga dan memperkemas rekod dan semua dokumentasi Persatuan.
34.6. Mestilah sudah siap mencetak dan mengedarkan Perlembagaan baru, tujuh (7) minggu setelah
Persidangan setelah Persidangan Agung Tahunan (tidak berlaku pada Setiausaha Cawangan)

11
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
FASAL 35
TIMBALAN SETIAUSAHA KEHORMAT

35.1. Membantu tugas Setiausaha Kehormat seperti yang telah diatur oleh Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Pusat atau Setiausaha Kehormat dengan pengetahuan Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Pusat.
35.2. Dengan kerjasama Timbalan Bendahari Kehormat bertanggungjawab mengemaskinikan senarai
ahli Persatuan.
35.3. Memangku dan menjalankan tugas Setiausaha Kehormat semasa ketiadaannya.

FASAL 36
BENDAHARI KEHORMAT

36.1. Bertanggungjawab kepada segala pengurusan kewangan Persatuan mengikut kehendak


Perlembagaan Persatuan dan amalan undang-undang di Malaysia.
36.2. Memikirkan cara-cara menambahkan kewangan Persatuan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa
Pusat.
36.3. Menyediakan Penyata Kewangan untuk diperiksa oleh Juru Audit seterusnya membentangkannya
dalam Persidangan Agung Tahunan.
36.4. Melaporkan pengeluaran wang dan keadaan kewangan Persatuan pada setiap kali Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Pusat.
36.5. Bertanggungjawab menyimpan senarai harga benda persatuan dan menjaganya.
36.6. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Persatuan untuk persetujuan Ahli
Jawatankuasa Pusat.

FASAL 37
TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT

37.1. Membantu tugas-tugas Bendahari Kehormat seperti yang telah diaturkan oleh Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Pusat atau oleh Bendahari Kehormat dengan pengetahuan Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa Pusat.
37.2. Dengan kerjasama Timbalan Setiausaha Kehormat bertanggungjawab mengemaskinikan senarai
ahli Persatuan.
37.3. Memangku dalam menjalankan tugas-tugas Bendahari Kehormat semasa ketiadaannya.

FASAL 38
LAIN-LAIN AHLI JAWATANKUASA

Ditetapkan tugasnya dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat mengikut aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan pada tahun tersebut. (Pindaan 2009)

FASAL 39
AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN
(Pindaan 1997)

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Cawangan adalah sama dengan garis panduan tugas-tugas Ahli
Jawatankuasa Pusat yang disesuaikan dengan kedudukan Cawangan

12
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
BAB XII
PINDAAN PERLEMBAGAAN

FASAL 40
PINDAAN DAN TAMBAHAN PERLEMBAGAAN

40.1. Perlembagaan ini boleh dipinda atau ditambah sekurang-kurangnya dua (2) tahun sekali dengan
persetujuan dari dua pertiga (2/3) perwakilan dalam Persidangan Agung Tahunan/ Persidangan
Luar Biasa. (Pindaan 1997)
40.2. Cadangan pindaan atau tambahan pada Perlembagaan hendaklah disampaikan secara bertulis
kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum Persidangan
Agung Tahunan dijalankan dan Setiausaha Kehormat hendaklah membincangkannya dengan ahli
Jawatankuasa Pusat untuk menentukan samada pindaan tersebut dibuat atau tidak. (Pindaan 1997)
40.3. Segala pindaan atau tambahan berkuatkuasa setelah dimaklumkan kepada pihak Kedutaan Besar
Malaysia di Indonesia selaku Pendaftar. (Pindaan 1994)

BAB XIII
PEMBUBARAN

FASAL 41
PEMBUBARAN

41.1. Persatuan ini hanya boleh dibubarkan dengan syarat, mendapat persetujuan tiga perempat (3/4)
dari jumlah ahli Persatuan melalui cara suara referendum dan dipersetujui oleh Kedutaan Besar
Malaysia di Indonesia.
41.2. Persidangan Agung Tahunan mempunyai kuasa untuk membubarkan mana-mana Cawangan tidak
aktif dan tidak menghadiri Persidangan Agung Tahunan tiga kali berturut-turut dengan alasan
yang kukuh dan pembubaran ini disetujui (3/4) perwakilan. (Pindaan 2009)
41.3. Cawangan hanya boleh dibubarkan apabila mendapat persertujuan dari tiga perempat (3/4)
daripada ahli cawangan dan dipersetujui oleh Pusat.

FASAL 42
HARTA DAN HUTANG

42.1. Apabila Persatuan dibubarkan maka hutang yang menjadi tanggungjawab Persatuan hendaklah
diselesaikan oleh seluruh ahli semasa. Jika ada harta yang lebih akan diserahkan kepada pihak
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia untuk tindakan sewajarnya mengikut budi bicara pihak
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
42.2. Apabila cawangan dibubarkan maka segala hutang yang menjadi tanggungjawab hendaklah
diselesaikan oleh seluruh ahli semasa. Jika ada harta yang lebih maka akan diserahkan kepada
Pusat untuk tindakan yang sewajarnya mengikut budi bicara Kedutaan Besar Malaysia di
Indonesia.

13
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’
BAB XIV
PENAFSIRAN

FASAL 43
PENAFSIRAN (Pindaan 1997)

Jika terdapat sebarang perselisihan dalam tafsiran perlembagaan ini, maka tafsiran yang dibuat
oleh Jawatankuasa Pusat (bagi Peringkat Pusat) dan Jawatankuasa Cawangan (bagi peringkat
Cawangan) adalah muktamad.

Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan 2009


Zahril Akmal bin Usaili
Nur Afini Rozana bt. Mohd Sani
Nurul Hidayah bt. Hamarudin
Siti Azura bt. Abdul Kahar
Azril Ishak b. Zaharudin
Mohd Izzun Nasheef b. Mohamad Hasmuri

Persidangan Agung Tahunan PKPMI Pusat kali ke 36


15-17 Ogos 2009
Hotel Park Lane, Jakarta

Disediakan Oleh: Nur Afini Rozana Mohd Sani, RS Koja, Jakarta. =)

14
‘Memimpin Harapan Mahasiswa’

Anda mungkin juga menyukai