Anda di halaman 1dari 2

EMPAYAR MAJAPAHIT

Latar Belakang
Kerajaan ini muncul sebagai kuasa yang kuat selepas kemerosotan Kerajaan Singhasari pada
tahun 1292. Pengasas kerajaan ini ialah Raden Vijaya. Kerajaan ini mencapai zaman
kegemilangan semasa pemerintahan Hayam Wuruk (1350-1389). Kerajaan ini runtuh pada tahun
1478.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa
Empayar Majapahit dibentuk menerusi hubungan khas dengan kerajaan di sekitarnya. Sebelum
Srivijaya, Singhasari merupakan kerajaan yang kuat di Jawa. Rajanya yang bernama Kertanegara
berjaya menyatukan daerah-daerah kecil di sekitarnya. Pada tahun 1275, Kertanegara
mengalahkan Srivijaya. Seterusnya, Singhasari telah runtuh pada tahun 1292 kerana diserang
oleh Kerajaan Kediri. Raden Wijaya (menantu Kertanegara) mendirikan Kerajaan Majapahit
dengan pertolongan tentera Monggol dari China. Pada kurun ke-14, Majapahit berjaya
menyatukan seluruh Asia Tenggara dengan menggunakan kekuatan tentera laut di bawah
pimpinan Panglima Nala. Penyatuan ini dilakukan dengan cara: bersahabat dengan MelayuJambi pada tahun 1377 (Raja Muda Adityawarman sebagai ketuanya), bersahabat dengan
Kerajaan Tanjungpura di Kalimantan Barat, bersahabat dengan negara di Indo-China seperti
Syangka, Martaban, Rajapura, Dharmanagari, Singanagari, Kemboja, Yuwana, Langkasuka dan
Tambralinga.
Pemerintah yang Cekap
Hayam Wuruk merupakan pemerintah Majapahit yang terkenal. Baginda memerintah Empayar
Majapahit antara tahun 1350 hingga 1398. Baginda juga dikenali sebagai Raja Sanagara.
Baginda dengan bantuan Patih Gajah Mada, Perdana Menteri Majapahit, berjaya menguasai
wilayah yang hampir sama dengan Republik Indonesia pada hari ini. Hayam Wuruk ialah
seorang pemerintah yang berjiwa rakyat, sentiasa melakukan lawatan ke daerah-daerah
naungannya, mengadakan kemudahan-kemudahan perdagangan, mengadakan projek pertanian,
membahagikan kawasan dan daerah ditadbir oleh pembesar (bupati), bersifat adil dan bercita-cita
besar. Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1398, baginda diganti oleh pengganti yang
bukan berkaliber dan inilah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Empayar Majapahit
merosot.
Ekonomi yang Kukuh
Selepas menguasai Srivijaya pada tahun 1377, Majapahit menjadi pusat perdagangan yang
penting di Asia Tenggara. Majapahit menguasai Selat Melaka dan Selat Sunda yang begitu
penting dalam perdagangan. Kerajaan ini dikunjungi oleh saudagar dari Asia Tenggara, China,
India dan Asia Barat. Selain itu, Majapahit juga menjalin hubungan perdagangan dengan Thai,
Burma, Kemboja, Champa dan sebagainya.
Tentera yang Kuat
Angkatan tentera yang dimiliki oleh Kerajaan Majapahit adalah besar dan ramai. Walau
bagaimanapun, dalam melaksanakan perluasan kuasa, Majapahit kurang menggunakan kuasa

tenteranya. Sebaliknya, mereka meluaskan kuasanya melalui mitos atau perkahwinan. Angkatan
Tentera ini diwujudkan semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan kerajaannya.
Undang-undang yang Teratur
Undang-undang di Majapahit disusun oleh Patih Gajah Mada (1331-1364) iaitu Perdana Menteri
Kerajaan Majapahit. Beliau telah mengarang sebuah kitab yang berjudul Kutaramanawa yang
telah menjadi buku rujukan perundangan Kerajaan Majapahit. Dalam kitab ini, ia menceritakan
pemberian kepada pegawai-pegawai, yayasan agama, penyelenggaraan pasukan tentera,
perlindungan pengusahaan, pemilikan tanah, pembayaran hasil-hasil diraja, penaksiran cukai dan
sebagainya. Dalam bidang kehakiman, segala hukuman yang hendak dijatuhkan perlu rujuk
kepada buku pedoman adat-istiadat tempatan. Buktinya, kewujudan sektor kehakiman ialah
pengukiran di atas sekeping tembaga yang menunjukkan bagaimana hakim diperintah
menguruskan kes awam.
Pentadbiran Sistematik/Kemas
Dalam pentadbiran, Prapancha memberikan penerangan yang selanjutnya berkenaan jawatan dan
tugas kerabat diraja. Bapa raja bertanggungjawab menguruskan hal-hal keadilan, cukai dan
pengelasan penduduk. Bapa saudara raja pula bertanggungjawab menjaga hal-hal tanah dan jalan
raya serta jambatan. Tanah kampung dan tanah suci telah diukur untuk membezakannya. Kerjakerja lain akan diserahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat tertentu.
www.geocities.com/cominglucky/majapahit.htm

Anda mungkin juga menyukai