Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Kisah ini berlaku pada 4 tahun yang lalu. Seorang guru yang bernama Bakar (bukan nama
sebenar) yang bertugas di sebuah sekolah di pendalaman Tawau, Sabah. Beliau telah
berkhidmat selama 20 tahun dan dilantik sebagai Guru Besar di sekolah tersebut semenjak 5
tahun yang lalu.
Pada pertengahan Januari 2004, seorang kontraktor telah datang ke sekolah. Kontraktor
tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Kamaruddin (bukan nama sebenar), dan
menyatakan bahawa beliau telah mendapat tender pembersihan di sekolah tersebut. Bakar
meminta untuk melihat surat atau bukti yang boleh mengesahkan kenyataan tersebut. Pada
mulanya kontraktor tersebut teragak-agak atau keberatan untuk mengeluarkan surat tersebut,
tetapi akhirnya beliaupun mengeluarkan lantikan beliau sebagai kontraktor di sekolah
tersebut. Bakar melihat bahawa nilai tender yang terdapat pada surat tersebut adalah
sebanyak RM5000. Skop kerja pembersihannya pula adalah memotong rumput di seluruh
kawasan sekolah, membersihkan parit dan pagar sekolah. Segala kos pembersihan kontraktor
tersebut adalah di bawah tanggungan kontraktor tersebut.
Oleh kerana bilik pentadbiran tersebut agak sibuk Kamaruddin mengajak Bakar ke kantin.
Bos, bagaimana kalau bos sain surat pengesahan ini dan saya bagi bos RM500 dan abis
cerita kata kontraktor tersebut kepada Bakar setibanya mereka di kantin sambil
menghulurkan beberapa keping not RM100 kepada Bakar. Bakar terkejut bukan kepalang.
Saya tidak beranilah encik , kata Bakar kepada kontraktor tersebut. Bakar cuba menolak
dengan cara lembut tetapi kontraktor tersebut mendesak. Ternyata sekali bahawa beliau cuba
mendapatkan wang tersebut tanpa melakukan tugasan yang diamanahkan di sekolah tersebut.
Tak apalah bos, saya kasi up RM700, dan bos fikir dahulu. Esok saya akan datang lagi,
ujar Kamaruddin kepada Bakar.
Keesokkan harinya, kontraktor tersebut datang lagi ke sekolah. Beliau dengan gembiranya
meletakkan 7 keping not RM100 di atas meja Bakar, dan meminta Bakar menandatangani
surat selesai kerja pembersihan untuk beliau mendapatkan tuntutan pembayaran. Namun
Bakar tetap dengan pendiriannya. Kontraktor tersebut kelihatan agak marah dengan tindakan

Bakar, tetapi Bakar melihat bahawa kontraktor tersebut cuba sedaya-upaya mengawal
kemarahannya. You betul-betul tidak mau duitkah? Tak apalah bos, saya tinggalkan duit
dan surat ini di sini. Esok saya akan datang lagi, kata kontraktor tersebut dengan penuh nada
kekecewaan. Kontraktor tersebut terus pergi tanpa sempat Bakar berkata apa-apa.
Pada hari ketiga dan keempat, kontraktor tersebut tidak datang ke sekolah. Bakar
mengandaikan bahawa kontraktor tersebut cuba memberikan masa yang lebih banyak
kepadanya untuk memikirkan tawaran tersebut. Pada hari kelima, kontraktor tersebut datang
lagi dan bertanyakan tentang tawaran beliau. Setelah mengetahui pendirian Bakar yang tidak
berubah, kontraktor tersebut meningkatkan tawarannya. Beginilah, saya bagi bos RM1000
dan bos sain surat ini , katanya dengan nada yang agak terketar-ketar. Namun demikian
Bakar tetap menolak tawaran tersebut dengan baik. Kontraktor tersebut kelihatan terkejut dan
kecewa dengan keengganan Bakar. Tanpa berkata apa-apa, kontraktor tersebut membuat
beberapa panggilan. Bakar cuma memerhatikan kelakuan dan tindakan kontraktor tersebut
dengan perasaan berbeza.
Setengah jam kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba di sekolah tersebut
dengan membawa beberapa orang penumpang, Rupa-rupanya mereka ini adalah para pekerja
kontraktor tersebut. Mereka mengeluarkan perkakasan mereka (mesin rumput, cangkul,
parang dan sebagainya) dan mula melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan tersebut.
Bakar mengarahkan seorang guru untuk memantau kerja pembersihan tersebut. Namun
perkara yang paling mengecewakan Bakar berlaku tidak sampai sejam mereka memulakan
kerja pembersihan. Kontraktor tersebut mendapat panggilan dari seseorang. Ok. Gua caya
sama lu la. Nanti ini malam kita jumpa , ujar kontraktor tersebut dengan nada gembira.
Tanpa mempedulikan Bakar yang berada di sampingnya, Kamaruddin memerintahkan para
pekerjanya mengemaskan perkakasan mereka dan meninggalkan tempat itu dengan segera.
Beliau berlalu sambil tersenyum sinis kepada Bakar
2.0 LIMA CIRI MASALAH ETIKA
2.1. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG

BERPANJANGAN
Sesuatu keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengurus atau pihak
pentadbiran boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap
masyarakat jika kita menyentuh tentang pendapat atau sudut etika. Keputusan yang dilakukan
boleh mempunyai kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang
berada dalam organisasi terbabit atau dalam sesebuah masyarakat. Kesan-kesan tersebut
adalah di luar kawalan mereka.
Oleh yang demikian, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan
akibat atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum bertindak. Contoh
sebuah keputusan etika yang mempunyai akibat yang berpanjangan ialah:a. Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaan
b. Pencemaran udara mengakibatkan kesihatan terancam
c. Produk-produk yang tidak selamat mengancam orang ramai
Dalam kes Bakar, jika beliau memilih untuk mengambil wang (rasuah) yang diberikan oleh
Kamaruddin, keadaan sekolah mungkin akan berada dalam keadaan:a. Rumput yang panjang dan semak samun
b. Keadaan perparitan yang kotor dan tersumbat
c. Tidak selamat kerana mungkin ada ular di kawasan parit atau semak
d. Penyakit seperti demam denggi kerana ada takungan air untuk nyamuk membiak
e. Persekitaran yang tidak sedap mata memandang
Sebaliknya jika Bakar memilih untuk menolak wang tersebut kesannya terhadap sekolah
adalah seperti berikut:a. Keadaan sekolah akan menjadi bersih dengan rumput yang pendek
b. Keadaan perparitan yang bersih
c. Selamat
d. Tidak ada penyakit seperti demam denggi dan sebagainya
e. Persekitaran sekolah menjadi cantik dan selamat mata memandang
2.2. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI BANYAK ALTERNATIF
Biasanya kebanyakan keputusan etika secara dasarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu

ya dan tidak dan tidak mempunyai pilihan lain. Walaubagaimanapun, seseorang


pengurus harus memikirkan pilihan lain sebelum membuat keputusan pengurusan atau
pentadbiran. Contoh keputusan etika yang mempunyai banyak pilihan ialah:a. Adakah seseorang pengurus wajar memberi rasuah atau tidak?
b. Wajarkah sesebuah syarikat kilang mencemarkan udara atau tidak?
c. Wajarkah sesebuah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk yang selamat atau tidak?
Dalam kes Bakar , beliau mempunyai banyak pilihan keputusan yang boleh diambil. Namun
beliau terpaksa berhati-hati atau membuat pertimbangan sebelum mengambil keputusan
pilihan. Antaranya ialah:a. Beliau boleh mengambil wang tersebut dan membiarkan kawasan sekolahnya tidak bersih
b. Menolak wang tersebut dan sekolahnya bersih
c. Melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan dan kontraktor tersebut
dihukum
d. Mendiamkan perkara itu dan kontraktor tersebut selamat
2.3. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI HASIL ATAU KEADAAN
BERBEZA ATAU BERCAMPUR-ADUK
Kebanyakan pengurusan atau pentadbiran dalam sesuatu organisasi, terutamanya kumpulan
perniagaan lebih berunsurkan anti-etika. Isu-isu etika tidaklah begitu penting bagi mereka.
Ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan pulangan kewangan atau keuntungan yang
tinggi. Mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting yang lain seperti kebajikan
pekerja ataupun pelanggan mereka. Keputusan etika jenis ini lebih banyak berkait-rapat
dengan kebaikan dari segi sosial, kos penyelenggaraan, keuntungan, dan perbelanjaan
sesebuah organisasi, dalam hampir semua alternatif dalam pilihan keputusan etika. Contoh
keputusan etika yang mempunyai hasil berbeza atau bercampur-aduk ialah:a. Memberi rasuah secara tidak langsung, tetapi berjaya menjual barangan import dalam
jumlah yang sama melalui penghantaran yang cepat
b. Menyebabkan pencemaran udara dan air, tetapi mengelakkan kos pengeluaran peralatan
mengawal pencemaran udara
c. Mencipta produk yang tidak selamat, tetapi mengurangkan kos bahan bekalan dan para
pekerja pengeluaran.

Dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Bakar yang boleh
mendatangkan keputusan yang berbeza:a. Menandatangani surat pengesahan selesai kerja, tetapi mendapat wang suapan sebanyak
RM1000
b. Menerima rasuah daripada kontraktor, dan mengurangkan kos pembersihan yang terpaksa
ditanggung kontraktor tersebut.
c. Tidak menerima suapan, tetapi sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat
2.4. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG TIDAK PASTI
Adalah dipercayai bahawa isu etika dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran adalah bebas
daripada risiko atau menimbulkan keraguan. Ini adalah kerana seseorang pengurus atau
pentadbir sudah mengetahui hasil atau habuan yang bakal menanti mereka melalui pilihan
yang mereka lakukan. Sebagai contoh:a. Beri rasuah, dan menerima barangan import tersebut dengan segera
b. Melabur peralatan mengawal pencemaran udara, dan kepulan asap akan berkurangan
c. Mengeluarkan barangan atau produk yang selamat dengan kos tambahan yang minimal
Sesuatu model membuat keputusan ialah, sesuatu yang tidak mempunyai kemungkinankemingkinan yang memudahkan proses analisis, tetapi tidak menghuraikan dilema
pengurusan yang sebenarnya. Akibat yang bakal menyusul hasil daripada alternatif pilihan
seperti mengelakkan pemberian rasuah kepada pegawai kastam tidak mungkin dapat
dipastikan.
Demikian juga dengan kes Bakar. Beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat-akibat yang
mungkin akan menyusul jika beliau menerima rasuah yang diberikan oleh kontraktor
pembersihan terbabit. Kemungkinan beliau akan disabit kesalahan menerima rasuah dan
dipenjarakan. Beliau juga tidak mungkin akan tahu akan kemungkinan-kemungkinan yang
bakal menyusul jika beliau melaporkan perbuatan kontraktor tersebut meninggalkan kerja
pembersihan tersebut separuh jalan kepada pihak atasan. Kemungkinan beliau berjaya
membuatkan kontraktor tersebut dihukum oleh undang-undang atau sebaliknya beliau yang
mendapat susah, kerana kontraktor tersebut mungkin telah memberi rasuah kepada pihak

atasan.
2.5. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI IMPLIKASI SECARA
PERIBADI
Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi secara peribadi. Adalah dipercayai
secara umumnya bahawa isu etika dalam pengurusan sebahagian besarnya adalah untuk
kepentingan peribadi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi. Ramai orang
mempercayai bahawa keputusan-keputusan prima fasi atau pada zahirnya, yang berkaitan
dengan etika adalah lebih kepada keuntungan peribadi dan bukannya kepada syarikat atau
organisasi yang dipimpinnya. Kepentingan-kepentingan mereka seperti pendapatan (gaji) dan
kenaikan pangkat lebih diutamakan.
Di dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan etika yang mendatangkan implikasi
peribadi kepada Bakar mahupun kontraktor terbabit. Beliau mempunyai pilihan untuk
mengambil rasuah sebanyak RM1000 dan menambahkan simpanannya di dalam bank.
Dengan wang yang banyak itu juga, beliau boleh membeli barang-barang yang beliau
perlukan tanpa memikirkan kebajikan atau kepentingan majikannya.
Kontraktor tersebut pula hanya perlu melepaskan 20% daripada pendapatannya sebanyak
RM5000 untuk mendapatkan keuntungan besar kepada diri sendiri. Jika beliau memilih
untuk melakukan tugasannya (pembersihan), beliau mungkin hanya akan mendapat 30 40%
daripada jumlah RM5000 yang diperuntukkan di dalam tender. Ini disebabkan kontraktor
terbabit terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk membersihkan kawasan sekitar
sekolah yang luas, dan tentulah akan memakan belanja yang besar.
3.0 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA
Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran
sesebuah organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan
membawa implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan
kita, serta organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau

salah sesuatu keputusan yang dilakukan.


Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk
tujuan pengelasan betul atau salah dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400
tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilainilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika
yang benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini.
Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima
sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika
dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:1. Eternal Law (Undang-undang Abadi)
2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism
3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism
4. Distributive Justice Theory
5. Personal Liberty Theory
3.1. ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI)
Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh
digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat
dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata
kepada mana-mana pihak yang membuat research atau mempelajari mana-mana sumber di
atas.
Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya
bahawa kebenaran undang-undang ini adalah self-evident iaitu kepercayaan kepada diri
sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran
tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada
kebenaran tersebut.
If people have the right to life, liberty and the pursuit of happiness, then they also have the
obligation to ensure the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the

revealed source of the truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state
of the law is unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we
must love others. This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the
Golden Rule: Do unto others as you would have others do unto you.

3.2. CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISM


Teori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil
daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat
individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy
Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu diputuskan oleh
masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya
memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada
masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan
maksimum untuk semua orang dan keburukan untuk jumlah yang paling minimum.
3.3. CLASSICAL DEONTOLOGICAL ETHICAL THEORY: UNIVERSALISM
Teori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. Deontology berasal daripada
perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori
etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung
kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan
atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai
moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau
tindakan.
Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai
moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu
lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita.
Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan dan
lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang
memberangsangkan!

3.4. DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY


Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan.
Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls
menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama.
Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar
bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara
bersendirian atau individu
3.5. PERSONAL LIBERTY THEORY
Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama
iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu
peraturan atau undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau
dihapuskan walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain.
Nozick percaya bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di
kalangan individu ini adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan
kehormatan seseorang individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan
perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah.
4.0. TEORI PILIHAN
Dalam kes Bakar, saya memilih Teori Universalism kerana teori ini mementingkan niat atau
tujuan keputusan etika yang dilakukan oleh individu. Farid memutuskan untuk tidak
menerima rasuah daripada Kamaruddin, kerana beliau mahu kontraktor terbabit
membersihkan kawasan sekolah seperti yang telah termaktub dalam tender pembersihan
tersebut. Beliau tidak mahu gara-gara kawasan sekolah yang tidak bersih banyak
kemudaratan yang akan menyusul, seperti ancaman penyakit (denggi), binatang buas (ular,
anjing liar), dan sebagainya.
Bakar juga mahu memastikan wang yang diperuntukan oleh kerajaan untuk pembersihan
digunakan untuk tujuan yang sebenar dan bukannya diseleweng oleh individu-individu korup
seperti Kamaruddin. Bakar berpendapat, jika wang tersebut digunakan dengan sebaiknya, ia

akan mendatangkan kebaikan sama ada dari segi ekonomi atau kebajikan kepada semua
orang yang terlibat dengan pembersihan tersebut (pekerja pembersihan, pengusaha makanan,
kakitangan sekolah, murid).
Bagaimanapun, segala niat atau tujuan baik (universalism) Bakar tidak mendatangkan hasil
yang diharapkan. Kawasan sekolah yang bersih dan sedap mata memandang tidak menjadi
kenyataan. Parit atau longkang yang kotor dan tersumbat menjadi semakin teruk dan
menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, di samping menjadi tempat terbaik bagi
nyamuk untuk membiak. Binatang yang berbahaya dan menjijikkan seperti anjing liar, ular
dan tikus semakin banyak.
Tindakan atau keputusan yang dilakukan oleh Bakar tidak diketahui oleh ramai orang. Oleh
kerana ia melibatkan isu yang sensitif (rasuah), hanya beberapa orang yang tahu tindakan
universalism yang dilakukan oleh Bakar dan mereka terpaksa merahsiakannya daripada
pengetahuan umum untuk tujuan keselamatan dan keharmonian. Mereka menganggap
tindakan yang dilakukan oleh Bakar adalah tindakan yang sepatutnya dan menganggap Bakar
sebagai seorang individu atau pengurus yang jujur.
Individu yang tidak mengetahui akan keadaan sebenar akan membuat andaian atau spekulasi
masing-masing. Sudah tentulah individu-individu tersebut akan membuat kenyataan yang
mengcondemn Bakar. Mereka menganggap Bakar adalah seorang individu yang korup dan
tidak jujur. Mereka mempersalahkan Bakar kerana keadaan sekolah yang tidak bersih. Di
mata mereka, mereka menganggap Farid tidak layak menjadi pemimpin mereka.
Dalam Teori Universalism, biasanya hasil yang menyusul berikutan keputusan etika yang
dilakukan oleh seseorang individu dalam pengurusan pentadbiran mendatangkan kebaikan
kepada semua pihak yang terlibat dengan organisasi tersebut. Dalam kes Bakar, kontraktor
tersebut sudah mula membuat kerja-kerja pembersihan yang sepatutnya dilakukan seperti
yang terkandung dalam kontrak. Ini bermakna, hasil atau kesan yang berlaku akibat
ketegasan Bakar sudah menunjukkan tanda yang positif.
5.0. ADAKAH PENGETAHUAN DALAM TEORI TAAKULAN ETIKA MENGUBAH

CARA BAKAR MENYELESAIKAN MASALAH DILEMA ETIKA BELIAU


Pada pendapat Bakar teori taakulan etika yang telah dipelajarinya tidak mengubah cara beliau
menyelesaikan dilema etika yang dihadapinya. Bakar malah gembira kerana tindakannya
adalah di dalam salah satu teori taakulan yang telah dipelajarinya iaitu Teori Universalism.
Dua sebab yang membuat Bakar gembira dengan keputusannya ialah:
5.1. MEMARTABATKAN NILAI MURNI DALAM PENTADBIRANNYA
Bakar gembira kerana beliau tidak menerima rasuah. Semakin besar habuan yang dijanjikan
oleh kontraktor terbabit semakin kuat dia menolak tawaran tersebut. Kini Bakar telah
mengenali karektor peribadinya dengan lebih mendalam. Ternyata beliau adalah seorang
yang mempunyai keperibadian yang mulia dan jujur serta setia dalam menjalankan tugas
yang telah diamanahkan kepadanya.
Jika Bakar menerima suapan daripada kontraktor terbabit, Bakar mungkin akan menjadi lebih
demanding pada masa hadapan. Perbuatan tersebut mungkin akan menjadi kebiasaannya
dalam pengurusan pentadbirannya pada masa-masa akan datang. Maka lahirlah seorang lagi
pegawai kerajaan yang korup dan tidak amanah dalam jentera pentadbiran negara. Bakar
bersyukur kerana beliau masih lagi seorang yang amanah dan jujur dalam menjalankan tugas
sebagai seorang pentadbir dan guru.
5.2. MEMPERJELASKAN NIAT DAN TUJUAN BELIAU
Bakar gembira kerana beliau telah berjaya memperjelaskan niat dan tujuan beliau semasa
membuat keputusan kepada penyelesaian masalah dilema etika yang dihadapinya. Beliau
mahu sekolahnya berada dalam keadaan yang sepatutnya. Bersih, selamat dan sedap mata
memandang adalah keutamaan niat dan tujuannya.
Semasa kontraktor tersebut menyatakan pendiriannya (memberi rasuah), Bakar telah
mempertahankan betapa pentingnya menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan
oleh kontraktor tersebut melalui keputusan eksekutif yang dilakukan oleh Bakar . Niat dan
tujuan Bakar sudah beliau perjelaskan sehingga akhirnya kontraktor tersebut akur dengan

keputusan Bakar.
6.0. KESIMPULAN
Seperti yang telah dibincangkan, terdapat lima jenis sistem atau teori etika yang utama.
Walaupun teori-teori tersebut pada dasarnya tidak menimbulkan konflik di antara satu dengan
yang lain, ianya tidak boleh disatukan menjadi satu sistem atau teori yang secara logiknya
digunapakai mewakili kesemua teori tersebut. Setiap sistem atau teori tersebut hanya
menjelaskan sebahagian daripada teori tersebut yang benar, dan setiap satu teori tersebut
tidak lengkap atau mencukupi untuk kita menghakimi nilai moral yang mengiringi setiap
tindakan atau keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu seperti yang berlaku
kepada Bakar.
Apakah maknanya ini kepada semua individu yang terlibat dengan pengurusan dan
pentadbiran (pengurus)? Implikasi yang paling besar untuk individu yang menjadi pengurus
ialah tidak ada satupun sistem yang benar-benar mantap dari segi penaakulan tingkah laku
atau kaedah-kaedah dari segi moral reasoning yang boleh memberi panduan sepenuhnya
kepada mereka dalam membuat keputusan etika yang sukar.
Di sebalik penggunaan satu-satu jenis teori, kita seharusnya menggunakan segala kelimalima sistem tersebut dan memikirkan sepenuhnya akibat atau kesan daripada tindakan yang
dilakukan. Moral reasoning, yang menjadi asas kelima-lima sistem etika tersebut,
bukannya mudah dilaksanakan tetapi ianya tetap berjaya atau berkesan terutamanya apabila
menggabungkan kedua-dua kedudukan, atau keadaan ekonomi dan analisa yang sah dari segi
undang-undang.
RUJUKAN:
Majid, F. (1991). Ethical Theories In Islam. Laden. E.J.
MALAYSIA, Open University. (2007). OUMM 3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd

Micheal, D.B. (1991). Professional Ethics. Wadsworth Publishing Company, Belmont,


California.
Posted by sayed at 11:10 PM
Labels: AlTantuya, Bukit Gantang, Etika Professional 6 : Nizar Assignment, Permatang Pasir,
Teoh, Zambry

Anda mungkin juga menyukai