Anda di halaman 1dari 15

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Pertimbangan Dan Pengamatan Asas Dalam


INTERAKSI 2 Lukisan, Teknik Menghasilkan Lukisan, dan
Pendekatan Dan Kaedah Lukisan

SINOPSIS
Topik ini merangkumi pertimbangan dan pengamatan asas dalam lukisan, teknik
menghasilkan lukisan, pendekatan dan kaedah lukisan.

HASIL PEMBELAJARAN

1.

Membuat lakaran berpandukan pemerhatian objek dan subjek alam sekeliling

2.

Menghurai serta menerangkan lukisan yang dihasilkan berdasarkan elemen dan


prinsip asas lukisan yang digunakan

3.

Mengaplikasikan teknik menghasilkan lukisan dengan menggunakan pelbagai alat,


bahan dan teknik.

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

1.0 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Lukisan

Pertimbangan dan
Pengamatan Asas dalam
Lukisan

1.4

Teknik
Menghasilkan
Lukisan

Pendekatan dan
Kaedah Lukisan

KANDUNGAN

1.4.1 Pertimbangan dan Pengamatan Asas Dalam Lukisan

Hal benda
Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan manusia dll)
yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan imej dalam karya
seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza. Memahami dan
membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual.
Ruang (hadapan, tengah, belakang)
Kaedah memilih ruang dengan tetingkap fokus. Pemahaman tentang perspektif
amat

penting

bagi

menentukan

kedudukan

objek

Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis.


apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza
2

yang

kita

lukis.

Perspektif berbeza

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Rupa bentuk, bentuk & proposi

Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.

Bentuk dan struktur

Jalinan pada permukaan objek tersebut

Warna - sekiranya menggunakan warna

Kedudukan objek, Skala dan Kadar banding

Teknik mengukur objek mengikut kadar banding & kedudukan yang betul.
Gambarajah 1

Gambarajah 2

(Sumber : Knobler.N. (1985).Dialog Seni Tampak :Zakaria Ali, Terj.)


3

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Perhatikan bagaimana komposisi (gubahan) imej itu dibentuk. Lihat susunan garisan struktur pada hasil
karya tersebut. Garisan-garisan itu dikenali sebagai implied lines atau garisan saranan. Analisa garisangarisan tersebut dan perhatikan bagaimana komposisi dalam hasil karya tersebut dihasilkan secara
menyeluruh.

Pencahayaan, Isipadu

Apabila melukis sesuatu objek, aspek bentuk, cahaya dan bayang adalah
penting.

Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis.

Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya
dan bayang

Kesan cahaya pada objek tepat. Pembentukan & kedudukan bayang-bayang.

Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis

Kesan arah cahaya

Kesan bayang objek

Kualiti ton yang wujud

Kesan Pantulan cahaya

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Untuk menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:

Asas Seni Reka (Unsur Seni dan Prinsip Rekaan)

Perspektif (1, 2 dan 3 titik lenyap)

Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan

Kesan cahaya pada imej

Pembentukan bayang-bayang

Teknik (garisan selari, silang pangkah, conteng, titik, teknik

Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan

campuran dan lain-lain

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Teknik Menghasilkan Lukisan


Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan
dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media
kering atau media basah ( bukan sapuan ).
Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang
berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik Gesture yang menjadi
satu identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh
diterokai untuk mendapatkan mutu karya yang baik. Aplikasi teknik garisan selari,
teknik contengan, teknik titik, teknik,Teknik pangkah silang, teknik campuran.

Hatching
Cross-hatching
Sgraffito
Frottage / gosokan

Satu proses menggosok dan merekod corak atau imej yang terdapat pada
permukaan yang berjalinan

Satu proses awal penerokaan murid melalui deria sentuh terhadap jalinan
yang terdapat di sekeliling mereka

Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan
pelbagai jalinan pada sesuatu permukaan

Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas


sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

Satu representasi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di


atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan
tertentu.

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Gosokan

dianggap

satu

eksplorasi

permukaan

supaya

dapat

mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.


Dalam Kamus Dewan, gosokan bermaksud bergesel iaitu menggosok dengan
(jari, barang atau lain-lain alat) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut
Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak
dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di
atas permukaan yang hendak dipindahkan. Dalam Sukatan Pelajaran KBSR,
kegiatan gosokan menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
bidang menggambar dan salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan
suatu hasil kerja seni.
Banyak manfaat boleh didapati apabila kita mempelajari bidang kegiatan ini. Di
antaranya ialah kita dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran
dan boleh mengekspresi pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa
dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni,
secara tidak langsung kita akan peka terhadap jalinan yang terdapat di
persekitaran dan menyedarkan kita bahawa setiap permukaan yang berjalinan
boleh menghasilkan pelbagai corak yang menarik.

Jalinan Permukaan Bersimen

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Jalinan Permukaan Kayu/Papan


Contoh Jalinan

Meneroka Pelbagai Teknik Gosokan


Secara sepintas lalu apabila kita memperkatakan tentang teknik untuk
mendapatkan jalinan akan terbayang bahawa proses itu dihasilkan dengan
menggosok di atas permukaan kertas yang terdapat bahan berjalinan di
bawahnya. Sebenarnya jika diteliti dengan lebih lanjut lagi teknik-teknik gosokan
boleh dipelbagaikan seperti:
Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang
kali
Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
Gosokan secara pusingan
Gosokan menggunakan pelbagai jenis warna
Gosokan monokrom (satu warna sahaja)
Gosokan potongan kertas

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Kesan Jalinan Melalui Teknik Gosokan


Alat dan Bahan
Lazimnya alat dan bahan yang digunakan dalam kegiatan gosokan adalah mudah
didapati dan terpulang kepada pengkarya itu sendiri. Walaubagaimanapun
diperingkat sekolah rendah, peralatan, bahan dan jenis media adalah terhad
kepada kemampuan dan keupayaan tahap murid itu sendiri. Guru harus
berperanan sebagai motivator/penggerak dalam pemilihan dan penyediaan
bahan. Berikut ialah senarai alatan dan media yang boleh digunakan dalam aktiviti
gosokan:

Pelbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel yang


berasaskan lilin dan pelbagai jenis pensel warna yang terdapat di pasaran.
Pensel dan pensel warna akan memberikan kesan yang halus. Kesan
graphite pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai tetapi cepat
rosak.

Kapur dan pastel yang pelbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak
akan kekal lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan rapuh.
Penyembur pemati warna atau fixatif perlu digunakan untuk melindungi
kesan jalinan daripada rosak.

Pelbagai jenis warna krayon. Memberikan kesan gosokkan yang


tebal dan nyata. Penggunaan krayon digosok secara sisi atau dibaringkan
akan menghasilkan kesan jalinan yang lebih baik daripada menggunakan
mata krayon.

Arang atau pensil arang. Gosokan yang dihasilkan oleh arang


mudah rosak kerana sifatnya yang berhabuk dan rapuh. Fixative atau
10

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

pemati

warna

digunakan

ke

atas

permukaan

berjalinan

untuk

mengukuhkan kesan jalinannya daripada mudah rosak.

Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak


dapur yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas yang
bersesuaian. Penggunaan pelbagai jenis kertas yang tidak terlalu tebal
adalah penting untuk memperoleh kesan jalinan yang menarik.

Campuran
Contengan

Jenis-Jenis Garisan (types of line)

Garisan Nyata ( Physical line )

Garisan Tidak Nyata ( Implied Line )

Garisan Organik (Curvilinear Line)

Garisan Geometrik ( Rectilinear Line )

Sifat-sifat Garisan (qualities of line)

Conteng (scribbles)

Silang pangkah (cross hatching)

Kontor (contour)

Beralun (wavy)

Titik (stippling)

Selari (parallel)

Berbulu, berserabut, berduri

Tebal, Nipis, Terang, Gelap

Berbintik, berputar

11

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Pendekatan dan Kaedah Lukisan

Tema Dalam Lukisan


1) Alam semulajadi dan objek di persekitaran

Menggunakan alam dan persekitaran sebagai sumber idea/ilham

Mengesan dinamik fom, kualiti organik, keunikan

Intergrasi alam & kehidupan

Kewujudan unsur-unsur seni dalam persekitaran

Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur

Berupaya mencari /mencipta nilai dan makna di persekitaran

2) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi

Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan pengaruh terhadap minda

Sosio-emosi dan sebagainya menjadi sumber penting melahirkan


idea/inspirasi

Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi merupakan daya penggerak


idea/ilham

3)Aliran dan tema sejagat

Pemikiran berupaya menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema /


agenda kehidupan

Sifat keunikan pemikiran menyebakan berkembangnya idea dalam


pelbagai aliran dan tema

Akibat daripada pemikiran dan keupayaan menyebabkan manusia


sentiasa mempunyai idea /inspirasi
12

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Perkembangan aliran seni satu bukti menjelaskan keadaan.

Keinginan untuk menjelaskan konsep & agenda seni, maka lahirlah ideaidea dan pemikiran tentang seni

4)Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

Desakan dan keperluan dalam kehidupan harian seperti keperluan untuk


hidup, keselamatan, keselesaan dan sebagainya membuka ruang untuk
manusia berfikir, mendapatkan idea & mencipta sesuatu

Masalah adalah peluang yang terbaik untuk manusia berfikir dan


bertindak secara lebih kreatif

Kaedah Dalam Lukisan


Kaedah Tetingkap
Langkah-langkah
1.
2.
3.
4.
5.

Menyediakan tetingkap.
Fokus pada sesuatu objek tertentu sahaja
Lebih tertumpu pada sesuatu objek tersebut.
Lukis imej yang berada dalam tetingkap sahaja.
Membuat kemasan pada lukisan yang telah dibuat.

Kaedah Tenang
Langkah-langkah
1. Menyediakan bahan yang perlu lukis.
2. Kaedah ini menggunakan pensel sebagai ukuran dan ibu jari sebagai penanda
ukuran .
3. Memfokuskan bahan yang kena lukis dengan menggunakan pensel,
pembaris atau ranting kayu.
4. Menentukan arah dan jarak benda itu.
5. Gandakan ukuran tersebut dengan skala yang betul.
13

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

6. Melukis gambar dan membuat kemasan.

Kaedah Grid
Langkah-langkah
1.
2.
3.
4.
5.

Memilih gambar yang hendak dilukis.


Membuat grid mengikut ukuran yang betul di atas gambar yang di pilih.
Melukis gambar tersebut mengikut skala yang di pilih.
Membuat lakaran mengikut grid.
Membuat kemasan.

Kaedah Peniruan
Langkah-langkah
1.
2.
3.
4.
5.

Memilih gambar.
Mengetahui bentuk asas yang hendak dilukis.
Buat lakarkan sebenar berdasarkan bentuk asas
Lukis gambar tersebut.
Membuat kemasan.

Kaedah Tekapan
Langkah-langkah
1.
2.
3.
4.
5.

Memilih gambar.
Meletakkan tracing paper di atas gambar.
Tekap gambar tersebut.
Melukis gambar tersebut mengikut bentuk.
Membuat kemasan.

14

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Latihan 1
Pelajar Menjelaskan lukisan yang dihasilkan berdasarkan elemen dan prinsip asas
lukisan yang digunakan.

Latihan 2
Pelajar

Melaksanakan

beberapa

proses

kreativiti

dan

artistik

menggunakan teknik-teknik menghasilkan lukisan.

Latihan 3
Pelajar Menjelaskan tentang pendekatan dan kaedah lukisan berdasarkan:
Dalam studio
Luar studio
Pelbagai kaedah dalam lukisan

15

dengan

Anda mungkin juga menyukai