Anda di halaman 1dari 6

LUKISAN

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas


sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej
dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna
paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas
bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain
seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada
media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan
dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan
jalinan. dalam lukisan seseorang itu boleh menggunakan teknik
coreng/conteng, garisan kontur, titik, pangkah silang, dan garisan
selari.
Dalam lukisan tema dan atau subjek amat dititik beratkan.
Lukisan figura adalah berkaitan dengan imej yang dikaitkan dengan
manusia atau haiwan. lukisan alam benda pula dikaitkan dengan
objek kaku atau tidak bernyawa manakala lukisan lanskap adalah
berkaitan pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu
mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
Kesan cahaya pada imej
Pembentukan bayang-bayang
Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Pelukis: Josper Branker Anak Iching


Saiz : Kertas A2
Medium : arang dan pensel

Pelukis: Josper Branker Anak Iching


Saiz : Kertas A2
Medium : arang, pensel dan pensel warna

Pelukis: Josper Branker Anak Iching


Saiz : Kertas A2
Medium : arang

Pelukis: Junaidi Bin Darwis


Saiz : Kertas A3
Medium : arang

Pelukis:Junaidi Bin Darwis


Saiz : Kertas A3
Medium : pensel

Pelukis:Junaidi Bin Darwis


Saiz : Kertas A3
Medium : pensel warna

Anda mungkin juga menyukai